Anda di halaman 1dari 5

Kecederaan Dalam Sukan PJM 3118

PENYAKIT ASMA
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

Saluran pernafasan yang normal

Saluran pernafasan pasakit asma

Gejala-gejala asma:
Batuk ( terutama di waktu malam atau semasa cuaca sejuk ) Susah bernafas ( sesak nafas ) Nafas berbunyi ( wheezing ) Rasa ketegangan di dad
Simptom-simptom 1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas. 2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelarwheezing. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas. 3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak. 4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.

Disediakan oleh : Siti Aminah binti Ahmad (G 8.7)

Kecederaan Dalam Sukan PJM 3118


Punca-puncanya?

1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah. 2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing. 3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar. 4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi. 5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar exercise-induced asthma. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.

Serangan asma ialah serangan secara tiba-tiba yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. TANDA TANDA Gangguan tidur akibat serangan Asma. Ubat yang diambil tidak mengurangkan gejala Asma. Perasaan atau anggapan bahawa ubat tidak berkesan. Tidak dapat menjalankan aktiviti harian kerana gejala Asma. Kekurangan aliran puncak ( bacaan peak ' flow meter ')
Disediakan oleh : Siti Aminah binti Ahmad (G 8.7)

Kecederaan Dalam Sukan PJM 3118

TANDA BAHAYA Pesakit tidak dapat bercakap secara berterusan. Tidak dapat baring. Perasaan sesak nafas semakin membimbangkan. Bibir dan hujung jari ( kuku ) kelihatan biru gelap. TINDAKAN Ambil dos tambahan , ubat yang telah diberikan oleh doktor. Jika tiada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkan rawatan kecemasan di klinik atau hospital. Pesakit perlu bersabar dan tenang.

PERANAN KELUARGA Bersabar dan beri dorongan kepada pesakit. Mengetahui mengenai ubat pesakit seperti nama ubat, fungsi ubat tersebut, jumlah dos yang perlu diambil serta di mana ubat tersebut disimpan.

Kawalan asma :

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal. Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah " bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil. INGAT !!! Anda harus berjumpa doktor sekiranya ; Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil . Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa . Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .

Disediakan oleh : Siti Aminah binti Ahmad (G 8.7)

Kecederaan Dalam Sukan PJM 3118

Jenis jenis ubat untuk asma :

Ubat sedutan
1. 2. 3. 4. 5. 6. Inhaler Salbutamol ( Respolin ) Inhaler Terbutaline ( Bricanyl ) Inhaler Ipratropium ( Atrovent ) Inhaler Budesonide ( Pulmocort ) Inhaler Disodium Cromoglycate ( Intal )

Ubat makan
1. 2. 3. 4. 5. Tab. Tab. Tab. Tab. Tab. Salbutamol 2 mg. Theophylline 125 mg. Theophylline SR 250 mg. Prednisolone 5 mg. Terbutaline 2.5 mg.

Ubat suntikan

1. Inj. Hydrocortisone 100 mg. 2. Inj. Aminophylline 250 mg.

Disediakan oleh : Siti Aminah binti Ahmad (G 8.7)

Kecederaan Dalam Sukan PJM 3118

Cara menggunakan ubat sedutan :

Tanggalkan penutup daripada corong mulut dan goncangkan Inhaler tersebut

Pegang Inhaler pada paras menegak

Letakkan corong mulut di dalam mulut , tutup dengan bibir .Tarik nafas perlahan - lahan , kemudian tekan inhaler dengan kuat ke bawah untuk menyalurkan ubat dan teruskan menarik nafas dengan dalam. Kemudian tahan nafas selama 10 saat atau selama mana yang boleh agar ubat dapat masuk ke paru paru

Bernafas keluar perlahan - lahan . Andainya anda perlu melakukan penyedutan sekali lagi , anda harus menunggu sekurang - kurangnya 1 - 2 minit sebelum sebelum mengulangi langkah 2 - 5

Tutuplah corong mulut inhaler selepas penggunaan

Bahan rujukan :
http://moodpro.tripod.com/inyakit/asma_pg2.htm http://www.infopenyakit.com/2008/02/penyakit-asma-asthma.html Disediakan oleh : Siti Aminah binti Ahmad (G 8.7)

Anda mungkin juga menyukai