Anda di halaman 1dari 2

http://cikguhaidi.wordpress.

com/2009/09/01/masalah-pengamatan-dan-cadanganmengatasi-part-1/

Bahagian 1 Dalam mengatasi masalah pengamatan, seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan bentuk motortangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Dua jenis masalah pengamatan yang utama : 1. Kelemahan pengamatan penglihatan 2. Kelemahan pengamatan pendengaran Kelemahan Pengamatan Penglihatan 1. 2. 3. 4. Diskriminasi penglihatan Penerimaan penglihatan Perhubungan penglihatan Ingatan visual (visual memory)

Kelemahan Pengamatan Pendengaran 1. 2. 3. 4. 5. 6. Diskriminasi pendengaran Penerimaan pendengaran (auditori reception) Perhubungan pendengaran (auditori association) Rumusan / melengkap pendengaran Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran Ingatan pendengaran (auditori memory)

Diskriminasi Penglihatan

Dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek, gambar, huruf dan perkataan. Untuk membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara m dan n atau pun lari dan lori. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini, maka mereka haruslah diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti : 1. Mencari gambar, bentuk, huruf dan simbol-simbol yang tidak sama. 2. Perbezaan dan persamaan objek. Contoh : kerusi, meja, papan hitam dan sebagainya. 3. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga dan daun-daun. 4. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan. 5. Menekap corak, bentuk dan huruf.

Anda mungkin juga menyukai