Anda di halaman 1dari 1

Manfaat Mengamalkan Integriti

Integriti bermaksud kewibawaan yang meliputi keseluruhan pembawaan


seseorang dari aspek peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun.Untuk
merealisasikannya secara berkesan, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti
Nasional yang bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral
dan etikanya. Dalam kehidupan, integriti seseorang itu terjelma manifestasinya
menerusi keperibadian dan tingkah laku setelah mengharungi dan mengalami proses
pendidikan dan sosialisasi.

Keteguhan integriti sangat dituntut dalam usaha memupuk budaya yang baik
dan etika yang positif dalam segala bidang termasuk pekerjaan, perniagaan,
penulisan, sukan dan sebagainya. Dalam aspek yang lain integriti dapat dikaitkan
dengan sesebuah institusi yang tarifannya meliputi visi dan misi serta tadbir urusnya.
Manakala setiap ahlinya pula menghormati sistem dan tatacara yang telah diwujudkan
oleh institusi itu. Ahli-ahli institusi pula dapat menyebatikan diri dengan amalan yang
telah ditetapkan itu. Dalam konteks Pelan Integriti Nasional, kerajaan telah membuat
ketetapan bahawa dalam tempoh lima tahun sasarannya adalah untuk mengurangkan
gejala rasuah dalam pelbagai peringkat dan meningkatkan kecekapan dalam sistem
penyampaian awam. Malah pelan tersebut mementingkan lapan sektor dalam lapisan
masyarakat berasaskan peranan mereka dalam membentuk budaya integriti di
Malaysia. Sektor-sektor ini meliputi keluarga, masyarakat, sosiobudaya, agama,
politik, pentadbiran awam, ekonomi dan pertubuhan sivil. Dengan itu diyakini bahawa
integriti dapat memantapkan institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan
masyarakat.

Menerusi pembudayaan integriti dalam kehidupan masyarakat maka peluang


penyalahgunaan kuasa untuk melakukan jenayah dapat ditutup. Walaupun budaya
ialah suatu proses hidup tetapi hal yang berkaitan dengannya tidak boleh dipaksakan
ke atas seseorang. Kejayaan proses ini bergantung pada kemampuan seseorang dan
masyarakat melakukan perubahan nilai. Kita harus menerima hakikat bahawa nilai
bukanlah mudah untuk diubah.Oleh sebab pembentukan nilai memakan masa yang
lama, maka proses penyisihan nilai mengambil masa yang lama juga. Menerusi
integriti, pelan pembangunan sumber manusia dapat dilengkapkan.Sehubugan dengan
itu, integriti akan menjadi pemangkin kepada rancangan pembangunan negara kerana
denghan kewujudanya menampilkan cara membaiki perwatakan, minda dan budi
pekerti rakyat negara ini.

Berdasarkan manfaat yang dapat disumbangkan penghayatannya maka sangat


wajar pelbagai lapisan di negara ini meningkatkan pemahaman dan komitmen tentang
keperluan integriti dan etika dalam amalan mereka.Dengan kata lain, menerusi
penjiwaan integriti kita dapat mengubah mentaliti rakyat daripada terus terkokong
dalam kepompong mentaliti dunia kelas ketiga sekalipun di sekeliling mereka wujud
prasarana dunia kelas pertama.

Anda mungkin juga menyukai