Anda di halaman 1dari 7

Program Pementoran

PENGENALAN: Perlaksanaan pementoran dalam perkhidmatan awam adalah selaras dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Melalui pekeliling ini, empat aplikasi utama telah digariskan iaitu: i) Aplikasi psikologi dalam penilaian personal; ii) Aplikasi psikologi dalam pembangunan personal; iii) Aplikasi penyelidikan psikologi: dan iv) Aplikasi psikologi dalam intervensi.

Aplikasi psikologi dalam intervensi melalui Program Pengupayaan Kendiri (PKK) merupakan satu kaedah dalam mengurus sumber manusia bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai. Ia merangkumi aspek penilaian, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri. Empat program utama telah digabungkan menjadi Program Pengupayaan Kendiri iaitu Program Penilaian Pekerja, Program Pementoran, Program RakanPembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan program Kaunseling. Keempat-empat program. Keempat-empat program ini akan berfungsi secara matrik dalam menyelaras dan memperkasakan diri pegawai.

TUJUAN: i) Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam meningkatkan prestasi kerja dan psikososial; ii) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial; iii) Membina keperibadian tinggi di kalangan warga organisasi; iv) Membudayakan kerja keras pertama dan berprestasi tinggi dalm oraganisasi; v) Menerapkan amalan pembelajaran berterusan; dan

vi) Meningkatkan imej dan reputasi pegawai serta organisasi.

SKOP: Skop pementoran dalam perkhidmatan meliputi bagaimana seseorang mentor yang cemerlang dalam kerjaya memindahkan pengetahuan kerja dan sokongan kepada menti. Perkongsian pengalaman ini akan mampu melahirkan pegawai yang kompeten dan pemimpin yang berkebolehan.

Rajah : Skop Pementoran dalam Perkhidmatan Awam. SKOP: Skop pementoran dalam perkhidmatan meliputi bagaimana seseorang mentor yang cemerlang dalam kerjaya memindahkan pengetahuan kerja dan sokongan kepada menti. Perkongsian pengalaman ini akan mampu melahirkan pegawai yang kompeten dan pemimpin yang berkebolehan. Rajah di bawah menunjukkan aspek-aspek dalam skop pementoran.

FOKUS: Rajah di bawah menerangkan fokus pementoran dalam perkhidmatan awam.

Rajah: Empat Dimensi Fokus Pementoran Perkhidmatan Awam

IMPAK:

i) Organisasi o o Mempelajari visi, pengalaman dan pembelajaran orang lain;

Lebih memahami tentang budaya organisasi, tingkah laku, sikap dan protokol;

o o

Meningkatkan keberkesanan dalam mengendalikan latihan personel; Mengurangkan kos, masa dan kapasiti kakitangan dalam mengendalikan latihan personel; o Menggerakkan organisasi ke arah pembelajaran sepanjang hayat; o o Membawa perspektif baru dalam dunia kerjaya; Mengubah keperluan dalam pembangunan personel; o o Meningkatkan produktiviti; dan

Meningkatkan persefahaman dan komunikasi dalam organisasi.

ii) Mentor o o o o o o Memberi kepuasan kepada diri; Kejelasan tentang visi dan kerjaya yang dilaksanakan; Memahami individu lain; Meningkatkan kemahiran berkomunikasi; Membentuk perancangan yang lebih bermakna dan; Meningkatkan cara gaya kepimpinan.

iii) Menti o o o Meningkatkan keyakinan diri; Mendapat sokongan dan empati; Menti melihat mentor sebagai rakan dalam persekitaran yang berbeza dari pekerjaan sebenar; o o o o Membantu dalam menghadapi sesuatu isu; Perkongsian pengalaman; Meningkatkan kemahiran bekerja; dan Mendapat penghargaan dan meningkatkan nilai positif diri.

FAEDAH: O Mempelajari visi, pengalaman dan pembelajaran orang lain; O Mendapatkan khidmat nasihat perancangan kerjaya; O Lebih banyak penilaian berhubung organisasi; O Mempelajari tentang diri dan membangunkan kemahiran;

O Bantuan pertolongan menyelesaikan masalah dan perubahan perspektif; O Membentuk keyakinan diri; O Menambahkan tenaga dan minat terhadap kerja; O Menambahkan keselesaan di dalam organisasi; dan O Lebih memahami tentang budaya organisasi, tingkah laku, sikap dan protokol.

TANGGUNGJAWAB: i)

MENTOR

Mewujudkan jangkaan realistik dalam perhubungan, pencapaian menti dan komitmen diri, nilai dalam pementoran; Memberi komitmen terhadap ruang dan masa untuk melaksanakan proses pementoran; Memberi dorongan emosi dan komunikasi kepada menti; Mengekalkan hubungan secara konsisten dengan menti; Mendengar dengan empati serta terbuka terhadap pendapat menti; dan Memberi dan menerima maklum balas konstruktif, berkongsi maklumat tentang kejayaan dan kegagalan kepada menti.

ii)

MENTI

Menghargai bnatuan mentor tanpa ada unsure prejudis; Menerima secara terbuka maklum balas mentor; Belajar dan mengamalkan self empowerment behavior; Berkerjasama dengan mentor untuk mendapatkan matlamat yang realistik; Berkomunikasi dengan mentor berkenaan dengan permasalahan secara terus; Mencari pelbagai alternatif untuk mencapai matlamat; Menyumbang idea untuk menyelesaikan masalah; Mahu/rela berbincang tentang kegagalan dan kejayaan yang dialami; Melakukan sebarang tindakan yang sesuai untuk membina perhubungan mentormenti dalam proses pementoran; dan Memperakui elem hormat, mempercayai dan keterbukaan adalah teras untuk mencapai matlamat.

ISU DAN ETIKA: Isu dual relationship berisiko untuk berlaku antara mentor dan menti kerana dalam perhubungan pementoran turut melibatkan elemen perkongsian emosi. Ia berkecenderungan mewujudkan perasaan intim. Justeru, pemadanan mentor dan menti yang sama jantina wajar diberi keutamaan bagi mengurangkan risiko. Di samping itu, mentor dan menti perlu berpegang kepada etika, tanggungjawab dan matlamat pementoran agar isu ini dapat dikendalikan dengan bijaksana. Etika perhubungan pementoran adalah seperti berikut:-

i) Tiada diskriminasi Mentor mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan menti atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau sosio-ekonomi. ii) Makluman menti Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubungan pementoran. iii) Perhubungan peribadi Mentor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan dengan menti sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional. Apabila perhubungan ini tidak dapat dielakkan, maka mentor mesti mengambil langkah bersesuaian supaya penilaian yang dibuat tidak terjejas dan mewujudkan eksploitasi terhadap menti. iv) Perhubungan intim Mentor tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan menti. Mentor juga tidak boleh terlibat dalam perhubungan seksual dengan menti. v) Perhubungan di luar bidang tugas Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra di luar bidang tugas dengan menti yang di bawah penilaian mereka. vi) Ketidakupayaan membantu menti Mentor perlu menamatkan perhubungan pementoran secepat mengkin sekiranya tidak berupaya membantu menti secara profesional.

vii) Keperluan kerahsiaan Mentor mesti menyimpan semua maklumat yang bersifat peribadi dan sulit kecuali pendedahan untuk kebaikan menti dan keperluan perkhidmatan. Apabila pendedahan perlu dilakukan, hanya maklumat berkaitan diberikan dan menti perlu dimaklumkan tentang pendedahan tersebut. viii) Tanggungjawab profesional Mentor mesti mempraktikkan perhubungan pementoran dalam batas kecekapan mereka sahaja. ix) Peningkatan pengetahuan Mentor perlu meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan mereka bagi meningkatkan perkhidmatan yang profesioanal. Di samping itu, mentor mestilah terlatih dan bersedia dengan teknik dan kaedah pementoran yang betul.

Anda mungkin juga menyukai