Anda di halaman 1dari 9

1

PENGENALAN
Strategi dakwah merupakan satu asas penting yang diperlukan oleh seorang daie. Tanpa ilmu ini,
dakwah yang disampaikan tidak dapat diterima dengan baik oleh golongan sasar. Ilmu strategi
dakwah mempunyai beberapa sumber iaitu Al-quran,Al-Hadith,dan juga berdasarkan
pengalaman-pengalaman daie terdahulu.
Pada asasnya, ilmu strategi dakwah adalah berdasarkan firman Allah Subhanallah Taala:
@Bb P[Lf V@P ,;
N6BB _Bb,
,1@6Bb F ),
/BB ; @=0 P f ,;
,_ 10 V@
0b@P F ,_, 10
)JBB
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara
Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat
hidayah petunjuk.
Surah Al-Nahl. (16): 125.
Semoga kajian perpustakaan ini mampu menambah pengetahuan kita mengenai teknik-teknik
yang boleh diperaktikkan dalam menyampaikan dakwah. Insyaallah.


2



DEFINISI STRATEGI DAKWAH

Strategi dakwah terdiri daripada dua patah perkataan iaitu strategi dan juga dakwah. Menurut
Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka, strategi merujuk kepada muslihat untuk mencapai
sesuatu maksud. Selain itu juga, strategi turut membawa maksud ilmu siasat perang atau pun
ilmu taktik perang
1
. Kamus Oxfors pula mendefinisikan perkataan strategy sebagai a plan of
action designed to achieve a long-term or overall aim
2
yang bermaksud suatu pelan tindakan
yang direka atau disusun untuk mencapai matlamat jangka panjang atau matlamat secara
keseluruhannya. Dapatlah kita katakana strategi merupakan satu bentuk pengurusan yang bersifat
professional dan sistematik dengan mengambil kira pelbagai metode dan cara dalam usaha
mencapai misi dan visi. Ia banyak dilaksanakan terutamanya di medan perang, ekonomi dan
pengurusan organisasi.
Manakala dakwah pula bererti perbuatan menyeru atau memanggil,sama ada perkara yang haq
atau batil. Mengikut istilah syarak pula, secara khususnya dakwah membawa maksud ajakan ke
jalan Allah.
3

Daripada takrifan ini dapatlah disimpulkan bahawa strategi dakwah merupakan satu bentuk
pengurusan yang bersifat professional dan sistematik dengan mengambil kira pelbagai metode
dan cara untuk mencapai matlamat dakwah.

1
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=strategi
2
http://oxforddictionaries.com/view/entry/m_en_gb0819520#m_en_gb0819520
3
Abu Urwah. (1999). Konsep-konsep umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Hlm:124.

3


SIAPAKAH ABUL ALA AL-MAUDUDI?
Beliau dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, Hyderabad-Deccan, India.
Berketurunan Maudud iaitu salah seorang perawi hadith nabi yang datang ke India unutk
menyerbarkan agama Islam iaitu Muhammad bin Qasim pada tahun 92 Hijrah bersamaan 711
masihi.
4
Al-Maududi mendapat pendidikan di rumah yang diajar oleh bapanya sendiri walaupun
sudah ada sekolah Inggeris pada waktu itu, bapanya memilih untuk tidak menghantarnya belajar
di sekolah tersebut. Al-Maududi dibekalkan dengan ilmu-ilmu agama dan menguasai bahasa
Arab, Parsi, Urdu, dan Inggeris.
5
Al-Maududi merupakan seorang pejuang yang menegakkan
Islam di India dengan sepenuh hatinya sehinggalah tertubuhnya Pakistan.









4
Mohamed A. Kadir. (Ed). (1988). Beberapa aspek pemikiran Al-Maududi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm: 1.
5
Opcit.
4


STRATEGI DAKWAH AL-MAUDUDI
Dalam usahanya untuk memartabatkan Islam dan membawa umat pada masa itu kepada Islam
Al-Maududi telah melaksanakan beberapa strategi. Al-Maududi menggunakan sepenuhnya
kemahirannya dalam bidang penulisan untuk melahirkan idea-ideanya kepada masyarakat
walaupun mendapat tentangan dan sekatan dari pemerintah yang takut dengan apa yang cuba
dibawa oleh Al-Maududi.
1.Setajam Mata Pena
Pada usia yang masih muda iaitu 11 tahun, al-Maududi mula bergiat secara aktif dalam bidang
penulisan dengan menulis artikel. Dan pada usianya 16 tahun beliau sudah pun terkenal sebagai
seorang wartawan dan pengarang.
6
Banyak hasil karya Al-Maududi yang masih lagi dijadikan
rujukan sehingga ke hari ini antaranya ialah:
1.Tafhim Al-Quran
2.Towards Understanding Islam
3.Tanggungjawab Pemuda Hari Ini
4.Syahadatul Haq
5.Cara Hidup Islam
6.Dasar-Dasar Islam
7. al-Jihad Fi al- Islam (Buku ini merupakan buku Al-Maududi yang termasyur)


6
Mohd. Kamil Abd.Majid. (1993). Syed Abul Ala al-Mawdudiy dan sumbangannya kepada gerakan Islam: Tokoh-
Tokoh Pemikir Islam. Petaling jaya: ABIM. Hlm: 215
5


Buku-buku di atas ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada apa yang telah dihasilkan Al-
Maududi sepanjang hidupnya. Dengan menghasilkan karya-karya penulisan inilah beliau cuba
untuk membawa rakyat India pada masa tersebut agar mengamalkan Islam secara
keseluruhannya.

2.Politik dan Penubuhan Negara Islam
Al-Maududi percaya bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam dan Islam tidak
pernah memisahkan antara politik dan juga agama. Ketika India masih lagi berada di bawah
penjajahan Britain, Al-Maududi bangkit sebagai seorang tokoh yang berusaha membebaskan
India daripada cengkaman penjajah. Namun begitu, Al-Maududi menolak idea nasionalisme
dimana penganut Hindu dan Islam bergabung tenaga untuk mencapai kemerdekaan. Baginya
cukuplah sekadar orang-orang Islam bersatu hati dan tidak perlu bergabung bersama para
penganut Hindu kerana baginya ia hanya akan membahayakan umat Islam sementelah orang-
orang Hindu juga memerangi orang Islam.
Penolakan Al-Maududi terhadap semangat kebangsaan atau nasionalisme ini mendatangkan
reaksi kurang senang sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kesatuan antara penganut
Hindu dan Islam pada waktu itu perlu dalam menggulingkan penjajah dan penolakan
terhadapnya akan hanya menegangkan hubungan antara agama. Al-Maududi dapat melihat
fenomena ini secara lebih mendalam.
6

Penggabungan atas nama nasionalisme ini tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan kepada
umat Islam dan apabila India berjaya mendapat kemerdekaan, umat Islam akan terpaksa bersujud
dan mengikut telunjuk penganut Hindu.
3.Gerakan Islam
Al-Maududi tidak hanya berteori dalam mengeluarkan idealismenya, malah beliau juga
menganggotai dan menubuhkan gerakan-gerakan Islam yang dapat mendokong usaha-usahanya
dalam menegakkan Islam baik ketika di India mahupun di Pakistan. Walaupun baru berusia 16
tahun, Al-Maududi telah pun bergabung dengan pergerakan yang memperjuangkan sistem
khilafah. Disusuli dengan menyertai Jamaati Ulama Hindi (Persatuan Ulama India) dan
menyumbang tenaga dan buah fikirannya kepada majalah Muslim merangkap lidah rasmi
persatuan terbabit sehinggalah beliau dilantik menjadi ketua pengarang majalah tersebut pada
usia 16 tahun.
7

Pada tahun 1920, beliau menyertai gerakan khalifah yang memperjuangkan pemerintahan Islam
di India. Atas usaha gigihnya dalam memerangi kerjasama antara penganut agama Hindu dan
Islam dalam Parti Kongres India. Orang Islam mula keluar beramai-ramai daripada parti tersebut
yang kemudiannya mendukung politik melalui parti Muslim League (Liga Muslim). Sehinggalah
terjadinya suatu peristiwa di Madras apabila sebilangan ahli parti Liga Muslim membawa
bendera parti dan melakukan kerosakan serta rompakan-rompakan. Al-Maududi mula menilai
semula akan fungsi parti tersebut yang seolah-olah hanya bergantung kepada sentimen
keduniaan.

7
http://www.one-ummah.net/renungan/kisah-kehidupan/367-maududi-perjuangkan-konsep-negara-islam.html
7

Tidaklah cukup dan lengkap jika sesebuah parti itu hanya mempunyai ahli-ahli yang
bersemangat tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak Islam. Al-Maududi yang ketika
itu merupakan amir bagi Jamaati Islami mengambil jalan yang bijak dalam menangani
pemberontakan tersebut dengan meminta semua pihak agar tidak berkeras dengan pemberontak-
pemberontak tersebut.
Apabila tertubuhnya Pakistan pada 28 Ogos 1948, setiap jasad di sana meletakkan harapan yang
tinggi agar Islam dapat tertegak di bumi tersebut. Namun malangnya pemerintah Pakistan telah
berpaling tadah dengan keengganan mereka untuk menjalankan hukum-hukum Allah. Sebaliknya
mereka mengangkat undang-undang sekular dalam pemerintahan mereka. Parti Liga Muslim
tidak dapat menerima deklarasi yang telah dinyatakan oleh Al-Maududi iaitu:
1. Pakistan adalah miiik Allah dan pemerintah Pakistan harus menggunakan sistem negara
dengan yang diredhai oleh Allah.
2. Pelaksanaan undang-undang yang bertentangan dengan syari'at masih berjalan di negeri
ini. Oleh sebab itu pelaksanaan ini harus segera dihentikan dan tidak dibenarkan
membuat undang-undang terpisah yang bertentangan dengan syari'at Islam.
3. Pemerintah Pakistan harus membuat batas kekuasaannya sesuai dengan batasan-batasan
syari'at.


Al-Maududi difitnah lalu dipenjarakan bersama beberapa orang rakannya yang lain pada 4
Oktober 1948 atas tuduhan beliau mengeluarkan fatwa melarang berjihad di Kasymir yang masih
8

lagi dibawah India.
8
Malang bagi sebuah negara Islam yang hanya Islam pada namanya sahaja
tetapi tidak mahu mengamalkan hukum-hukum Islam.

Pada tahun 1939, Al-Maududi telah mendirikan satu perkampungan Islam bersama kawan-
kawannya di Lahore yang mengaplikasikan hukum-hukum Islam di dalamnya. Pada September
1965, tercetus perang India-Pakistan. Al-Maududi menganggap satu kewajipan untuk
mempertahankan Pakistan walaupun pada masa tersebut Pakistan sendiri sedang memerangi Al-
Maududi. Pakistan itu lebih penting daripada persengketaannya dengan pemerintah. Kesannya,
rakyat keluar beramai-ramai untuk mendaftar sebagai sukarelawan perang.


KESIMPULAN
Berdasarkan kajian perpustakaan yang telah dijalankan, dapatlah kita fahami bahawa Abul Ala
al-Maududi telah melaksanakan satu strategi atau cara yang begitu berkesan dalam
menyampaikan dakwah pada zaman itu.. Melalui iltizam yang tinggi untuk mendaulatkan agama
Islam di India dan Pakistan dan juga semangat jihad yang tinggi saja yang dapat membuatkan
Al-Maududi bertahan dalam perjuangannya. Para pendakwah masa kini juga hendaklah
mempunyai keazaman yang sama dalam menyebaarkan dakwah dan juga menegakkan agama
Islam ini. Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi pada masa kini yang secara tidak
langsung memperluaskan lagi sasaran dan juga medan dakwah itu sendiri. Semoga kajian ini
dapat memberi sumbangan dalam memberikan semangat kepada daie-daie untuk terus
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Amin.

8
Ab Aziz Mohd. Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm:160.
9




BIBLIOGRAFI

1. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=strategi
2. http://oxforddictionaries.com/view/entry/m_en_gb0819520#m_en_gb0819520
3. Abu Urwah. (1999). Konsep-konsep umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Hlm:124.
4. Mohamed A. Kadir. (Ed). (1988). Beberapa aspek pemikiran Al-Maududi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Mohd. Kamil Abd.Majid. (1993). Syed Abul Ala al-Mawdudiy dan sumbangannya kepada
gerakan Islam: Tokoh-Tokoh Pemikir Islam. Petaling jaya: ABIM.
6. http://www.one-ummah.net/renungan/kisah-kehidupan/367-maududi-perjuangkan-konsep-
negara-islam.html
7. Ab Aziz Mohd. Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Anda mungkin juga menyukai