Anda di halaman 1dari 7

SISTEM EKONOMI ISLAM

NAMA AHLI: 1) MUHAMAD SYAZWAN BIN OTHMAN

PENGERTIAN EKONOMI
Perkataan ekonomi berasal dari perkataan Yunani, iaitu oikos dan nomos yang bermaksud peraturan mengurus rumah tangga. Adam Smith mendefinisikan ekonomi sebagai suatu disiplin ilmu yang mengkaji sarana-sarana kekayaan bangsabangsa dengan memusatkan perhatian secara khusus tentang sebab-sebab kebendaan daripada kemamkmuran. Menurut perspektif Islam, harta adalah milik Allah yang diamanahkan kepada manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Akram Khan mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian al-falah manusia melalui pengurusan sumber bumi berasaskan kerjasama dan penyertaan.

FALSAFAH EKONOMI ISLAM


1. Konsep Tauhid: Iaitu hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Rububiyyah: ( Penguasa), peraturan Ilahi bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi. 2. Konsep Tazkiyyah: Kusucian jiwa dan ketinggian akhlak , membersihkan harta menerusi zakat dan sedekah yang membawa kpd al-falah. 3. Manusia sebagai khalifah: Memikul amanah, tanggungjawab memakmurkan bumi dalam rangka pengabdian diri kepada Allah swt.

4. Hari pembalasan: Menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa berada pada landasan yang dibenarkan syarak. 5. Kesamaan dan Persaudaraan: Menjangkau batas sempadan geografi, bangsa, bahasa, warna kulit, persaudaraan mencetuskan keadilan dan menolak kezaliman, terhindar pemerasan, eksploitasi, penindasan dan penyelewengan. 6. Konsep hak milik: Sumber kekayaan milikNya, manusia pengendali amanahNya sebagai ujian untuk mencapai keredaanNya.

CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM


Sistem ekonomi Islam berbeza dengan sistem ekonomi lain. Perbezaan ini dapat dilihat melalui ciri-ciri sistem ekonomi Islam iaitu (Surtahman,2001).
y Ekonomi yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. y Merupakan bahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap. y Kepentingan individu dan masyarakat dalam ekonomi Islam akan sentiasa diseimbangkan. y Bersifat kebendaan dan bertujuan untuk mendapat kebaikan sebagai ibadah. y Sentiasa sesuai sepanjang zaman kerana sifatnya yang tetap dan dinamik.

SUMBER HUKUM SISTEM EKONOMI ISLAM


Sistem ekonomi Islam berasaskan kepada sumber perundangan Islam yang terdiri daripada dua sumber utama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah dan berapa sumber lain seperti ijma, qias, uruf, ijtihad, istihsan, masalihul mursalah dan sebagainya.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN BARAT


Pelbagai sistem ekonomi yang dicetuskan oleh pemikiran manusia yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup belum mampu menjamin keseimbangan dan keadilan. Selain dari sistem ekonomi Islam, terdapat dua sistem ekonomi besar yang diamalkan di dunia hari ini iaitu, sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis Oleh itu, kita dapat mengklasifikasikan sistem ekonomi dunia kepada dua iaitu sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi barat (sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis).

Anda mungkin juga menyukai