Anda di halaman 1dari 3

LARI PECUT.

1. Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. dalam buku ini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam melakukan pecutan dan larian. 2. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acaraacara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. 3. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciriciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. 4. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. 5. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. 6. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

LARI PECUT Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsipprinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut Tangan digerakkan dengan pantas. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

LATIHAN ASAS LARI PECUT 1. Menggerakkan tangan 90 darjah di siku dari pinggul ke hidung. 2. Berjalan dengan lutut tinggi 3. Lari menyepak belakang 4. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut 5. Lari berpasangan.murid dikehendaki berlari dengan badan ditarik oleh pasangan TEKNIK MULAAN LARI PECUT Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Mulaan gaya berdiri Gaya ini seringkali diamalkan oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat.

Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula. Bengkokkan sedikit kaki hadapan. Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan.

Condongkan badan ke hadapan. Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.

Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan kuat.

Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang tepat ke arah hadapan.

FASA PENAMAT 1. Terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan 2. Bahagian dada atau torso di bawa ke hadapan 3. Badan condong sedikit

Anda mungkin juga menyukai