Anda di halaman 1dari 12

TAJUK 13 : Huraikan tuduhan orientalis terhadap kesahihan Al-Quran dan jawapan sarjana Islam terhadap tuduhan tersebut.

Pengenalan

Al Quran adalah merupakan asas utama kepada Islam dan Syariatnya . Ia adalah sumber utama kepada semua ajarannya . Sikap golongan orientalis yang memusuhi Islam terhadap Al-Quran adalah sama seperti sikap mereka terhadap Rasulullah saw. dan hadithnya. Bagi mereka al Quran tidak patut dibiarkan menjadi pegangan umat Islam dan menguasai pemikiran mereka. Umat Islam harus dipisah atau dijauhi darinya.

Atas sikap ini maka didapati pelbagai kekeliruan dan tuduhan tidak benar yang telah dilemparkan secara berterusan oleh Quran ini, baik dari segi golongan orientalis terhadap al

kedudukannya sebagai wahyu, isi kandungannya dan

ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya . Semua kekeliruan yang ditimbulkan adalah untuk menafikan al Quran itu sebagai wahyu dari Allah dan untuk membukti atau menyatakan bahawa ia adalah hasil ciptaan Nabi Muhamad s.a.w.

Orientalis berasal dari perkataan orient yang bererti timur dan orientalis pula biasanya dirujukkan kepada orang-orang barat yang mengkaji ilmu-ilmu ketimuran seperti bahasa, sastera, tamadun dan agama. Tetapi bagi dunia Islam, apabila disebut orientalis atau orientalisme ia merujuk kepada orang barat yang mengkaji tentang tamadun dan selok belok agama Islam termasuk al-Quran, al-Hadith, sejarah, bahasa dan lain-lain.

Meskipun istilah orientalis dari segi formalnya baru digunakan pada abad ke 18 tetapi ia mempunyai pertalian dengan latar belakang psiko-historis dari peringkat awal kelahiran Islam yang berdepan dengan golongan agamawan Yahudi-Kristian. Pertengahan umat Kristian dan juga Yahudi dapat dilihat dari dendam kesumat dan konflik dari mereka seperti gambaran negatif mereka terhadap Islam. Peperangan menguasai Sepanyol dan beberapa siri peperangan salib adalah rentetan dari dendam kesumat mereka terhadap Islam.

Di mana serangan yang dilakukan oleh tentera salibiyyin ke atas negaranegara Islam adalah disebabkan factor utama, iaitu faktor agama dan taksub [m/s 75] membuta tuli serta faktor politik. Pada anggapan mereka bumi ini hanya layak didiami oleh orang Kristian sahaja. Berikutan itu proses pembersihan bumi ini dari didiami oleh orang-orang Islam perlu dilakukan. Selain dari itu serangan mereka juga didorong oleh faktor politik dan penjajahan. Di mana kekayaan hasil bumi, kemajuan dan ketenangan yang dimiliki oleh negara-negara Islam pada masa itu khususnya negara Syam dan sekitarnya sedikit sebanyak mendorong mereka untuk menjajah negara-negara tersebut. Kegiatan penjajahan ini dipelopori oleh British dan Perancis dan diikuti oleh kuasa penjajah yang lain seperti German, Amerika dan lain-lain. Tetapi kehandak Allah (s.w.t.) mengatasi segalanya, di mana setelah peperangan salib yang berterusan selama dua ratus tahun berakhir dengan kekalahan dan kekecewaan kepada tentera salibiyyin.

Berikutan dari kekalahan dan kekecewaan tersebut, mereka mula mengalihkan pandangan mereka daripada serangan senjata kepada serangan mental dan fikiran. Dari sinilah mereka mula mengkaji tentang Islam dari pelbagai aspek termasuk aqidah, tafsir hadith, sastera dan lain-lain yang berkaitan dengan agama sebagai persiapan terhadap serangan mental dan fikiran umat Islam. Dapatlah dikatakan motif kajian terhadap bidang-bidang keislaman yang bersifat negative adalah pencetus ke arah melahirkan orientalisme khususnya di Inggeris (1779), Perancis (1799), dan di negeri-negeri lain. Dalam kata lain serangan orientalis adalah merupakan lanjutan dari konfrantasi antara Kristian da Yahudi dengan Islam yang pada awalnya lebih bersifat un-realistic militant kearah yang bersifat penyusupan di dalam kegiatan intelektual dan persuratan.

Tuduhan orentialis terhadap kesahihan Al-Quran

Berikut akan dilihat beberapa tuduhan dan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh mereka serta ulasan yang dibuat oleh penulis-penulis dan ilmuan Islam terhadapnya.

1. Al Quran Adalah Hasil Ciptaan Nabi Muhamad .

Kaum orientalis sama ada mereka terdiri dari kalangan yahudi atau nasara memang tidak senang untuk menerima pandangan bahawa al Quran itu merupakan wahyu dari Allah. Mereka sendiri menganggap kitab suci mereka sebagai hasil dari susunan dan ciptaan yang dilakukan oleh para Nabi atau pendita mereka , maka begitu juga dakwaan mereka terhadap al Quran . Mereka sebolehbolehnya mahu memadamkan keyakinan terhadap nilai ketinggian dan kesucian alQuran dari hati sanubari penganut Islam .

Tuduhan seperti ini dikemukakan oleh para orientalis dalam pelbagai cara. Montgomery Watt , Noldeke , Goldizher dan lain-lain membuat tuduhan sedemikian dalam bentuk yang berbeza tetapi maksudnya sama.

2. Isi Kandungan Al Quran Adalah Di Saring Dari Kitab Taurat dan Injil.

Di antara dakwaan dan kekeliruan yang mereka timbulkan berkaitan alQuran adalah ; ia adalah saringan atau dengan lain ungkapan berasal dari kandungan kitah Taurat dan Injil .

Sandaran yang menjadi latar belakang kepada dakwaan ini ialah

iii-

Dakwaan mereka bahawa al Quran itu ciptaan Nabi . Adanya titik persamaan antara kandungan al-Quran dan kandungan kedua kitab berkenaan. Iaitu tentang kisah nabi-nabi dan umat dahulu.

Matlamat dari tuduhan ini tetap bermaksud untuk mengisbatkan bahawa al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad dan bukannya wahyu Allah . Tujuan akhirnya ialah menghakis keyakinan dan mengikis penghormatan manusia terhadap kitab suci ini.

3. Pengharaman Arak Di Dalam Al Quran Ditangguhkan Kerana Takutkan Quraisy.

Suatu dakwaan yang dibuat oleh sebahagian orientalis khususnya oleh Montgomery Watt yang telah menulis dalam bukunya Muhamad di Makkah mengatakan bahawa al Quran telah mendiamkan diri dan tidak mengharamkan arak dan riba secara tegas sebelum Nabi berhijrah ke Madinah . Ini adalah disebabkan oleh ketakutan dan kegerunan Islam terhadap kebengisan dan tindakan oleh kaum kafir Quraisy.

Sekali lagi dakwaan ini dibuat atas landasan bahawa al Quran itu merupakan ciptaan nabi Muhamad s.a.w. dan berasaskan bahawa kedua perkara tersebut iaitu arak dan riba adalah merupakan dua perkara yang menjadi darah daging dalam amalan dan kehidupan kaum quraish di Makkah. Golongan kafir quraisy pula dilihat sebagai satu bangsa yang bengis dan ganas , melalui tindakan yang mereka lakukan terhadap pengikut Nabi. Contohnya terhadapBilal , terhadap keluarga Amamr dan lain-lain. Satu bangsa yang di lihat tidak berperik kemanusiaan apabila sanggup menanam ank perempuan mereka hidup-hidup .

Jawapan sarjana islam tentang tuduhan orentialis tentang kesahihan Al-Quran

Ulasan ilmuan Islam terhadap tuduhan al-quran adalah ciptaan nabi muhammad :

Tuduhan yang dibuat oleh orientalis ini adalah tidak mempunyai sebarang asas yang kukuh. Tidak ada sebarang sandaran bukti sejarah . Ia hanya merupakan khayalan mereka semata-mata . Tuduhan itu tidak lebih dari ulangan semula terhadap apa yang pernah di katakan oleh kaum kafir quraisy dahulu seperti yang dijelaskan oleh al Quran dalam ayat 4-5 Surah al Furqan , dan telah pun dijawab oleh al Quran dalam ayat 6 . Jika tuduhan mengatakan bahawa Nabi belajar dari seseorang maka ia juga telah dijawab oleh al-Quran dalam ayat 103 surah al Nahl.

Sejarah memang nyata bahawa Nabi Muhamad s.a.w. adalah seorang yang ummi tak tahu membaca dan menulis- dan al Quran mula dipaparkan oleh Rasulullah s.a.w setelah baginda berumur 40 tahun , sedang corak kehidupan Rasulullah dalam tempoh sebelum itu tidak memberikan sebarang peluang untuk baginda mempelajari dari mana-mana sumber. Bagaimana seorang yang ummi boleh mengarang dan mencipta suatu kitab yang sebegini unik bentuknya?.

Ada juga kalangan yang mendakwa bahawa Nabi telah meperolehi maklumat dari kalangan kaum ahl kitab ( Yahudi dan Nasara ) . Dakwaan ini boleh diberikan pertimbangan sekiranya dapat dibuktikan bahawa baginda ada peluang dan kesempatan yang cukup untuk berhubung dengan mereka yang dikatakan itu dan mendapatkan maklumat seperti yang terkandung dalam al-Quran itu!.

Kalau al Quran itu Nabi cipta hasil penglibatannya dengan kaum Yahudi dan Nasara, soalannya ; mengapa orang yang lebih lama dan lebih banyak bergaul dengan kaum berkenaan tidak mampu untuk mengemukakan hasil seperti itu. Dan mengapa tidak ada kalangan yahudi dan Nasara yang menjadi sumber itu sendiri yang mampu. Sedangkan mereka sangat-sangat ingin menyekat pengaruh dan ajaran Nabi Muhamad s.a.w. disamping dicabar untuk berbuat demikian.

Kalau al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad mengapa pula terdapat ayat-ayat yang mengkritik dan menegur baginda sendiri dalam al Quran itu.

Secara logiknya apakah seorang yang ummi mampu untuk mengemukakan dalam al Quran itu perkara-perkara yang seluruh ahli ilmu di masa itu tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung dengannya seperti ilmu yang berkaitan unsur alam / fakta sains dan sebagainya .

Dari sudut masa dan tempoh . Tempoh kerasulan adalah sekitar 23 tahun sahaja sedang Rasulullah s.a.w berada 13 tahun di Makkah dengan menghadapi dan berdepan dengan pelbagai tindakan oleh kaum kafir quraisy , sementara tempoh 10 tahun di Madinah di penuhi dengan pelbagai tugas yang dihadapi oleh

Rasulullah saw. Dari pentadbiran, kepada megharungi medan perang , menguruskan berbagai-bagai perkara lain lagi . Logiknya bagaimana baginda mempunyai peluang untuk berfikir dan duduk merenung mencipta dan mengarang al Quran , pada hal kitab ini begitu sempurna dan lengkap kandungannya mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-kitab pun sebelum dan sesudahnya .

Ulasan Terhadap Tuduhan :

Tuduhan ini adalah berkait dengan anggapan mereka bahawa nabi Muhamad adalah pencipta dan pengarang kepada al Quran. Jika mereka menerima bahawa al-Quran itu datangnya dari Allah maka dakwaan bahawa al-Quran itu disaring atau diambil daripada apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil tidak timbul. Bila dakwaan itu dibuat sudah tentulah ada pihak atau orang yang mengambil atau menyaringnya . Maka yang mereka maksudkan ialah Nabi Muhamad sendiri. Anggapan dan dakwaan ini telah pun di ulas dan dijawab serta dinyatakan kepalsuannya . Oleh itu tak perlu dipanjangkan lagi jawapannya.

ii- Kandungan Kisah yang Berbeza.

Adapun tentang terdapatnya persamaan di antara kisah dan cerita-cerita yang terdapat dalam al-Quran dan dalam kedua kitab berkenaan berhubung dengan para nabi dan umat dahulu , maka adalah benar dan tak dapat dinafikan bahawa topik dan isu yang sama terdapat dalam al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya . Persoalannya apakah keseluruhan cerita dan kandungan kisah itu benar-benar sama ?

Jika diteliti maka persamaan yang ada hanya pada tajuk ceritanya dan mereka yang berkenaan sahaja, tetapi isi kandungannya adalah jauh berbeza. Cerita dan kisah yang terdapat di dalam al-Quran adalah tertumpu kepada pekaraperkara penting yang menjadi pengajaran dan perkara yang boleh dijadikan contoh teladan dan iktibar , sedang yang terdapat di dalam Taurat dan Injil adalah lebih tertumpu kepada jalan cerita dan kisah itu semata-mata tanpa sebarang penekanan kepada apa-apa aspek pengajaran. Bahkan kadang apa yang

dikemukakan adalah suatu yang tidak munasabah dan bertentangan dengan logik dan kehormatan para Nabi dan Rasul .

Bahkan terdapat perbezaan yang jelas di antara apa yang dipaparkan di dalam al-Quran dengan yang terdapat dalam kedua sumber ini walau pun tentang kisah yang sama. Seperti cerita yang berkaitan dengan Nabi Yusuf dengan isteri pembesar Mesir , kisah kelahiran Nabi Isa adalah sangat berbeza.

Bahkan terdapat perkara-perkara yang dinyatakan oleh al Quran tentang kisah umat-umat dahulu yang langsung tidak disebut di dalam Taurat dan Injil. Contohnya kisah tentang kaum cAd dan Thamud, Tentang Mariam yang dijaga oleh Nabi Zakaria , dan dialog yang berlaku antara Nabi Nuh dan juga anaknya sewaktu dilanda gelombang banjir besar .

iii. Perbezaan dalam perkara asas yang penting.

Selain perbezaan yang begitu ketara wujud dalam perkara yang pada mulanya dilihat ada kebetulannya, maka terdapat perbezaan dan pertentangan yang begitu jelas antara kedua kitab ini dalam perkara-perkara asas yang utama , seperti akidah , hukum syariah,

a- Dalam akidah :

Al Quran memandu dan mengajar konsep tauhid yang tegas akidah dalam kedua kitab ini tidak menegakan tauhid. Dalam Injil tuhan itu berbilang . Ini dijelaskan dalam al Quran : . Dalam injil yang menjadi pegangan mereka ( orientalis) konsep trinity adalah merupakan ajarannya. Sedang di dalam al-Quran konsep tauhid adalah suatu yang tidak ada tolak ansurnya. Al Quran menolak semua bentuk syirik terhadap Allah s.w.t. Al Quran menjadikan hak memberikan keampunan hanya oleh Allah ajaran yang dipegang oleh nasara pula ialah , para padri mereka adalah diberikan

hak untuk menerima pengakuan dosa oleh setiap orang dan boleh mengampunkan dosa mereka .

Mengikut ajaran al-Quran ,dosa adalah ditanggung oleh yang melakukannya tidak seorang pun boleh menanggung dosa orang lain tapi dalam ajaran injil Isa yang dikira sebagai salah satu tuhan mereka adalah dibunuh dan disalib sebagai penebus kepada dosa yang yang ditangung oleh umat manusia. (Adam dan anak cucunya)

Dalam Injil Nabi Isa dibunuh dan salib sedang di dalam al-Quran menegaskan abahawa Nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib.

Dalam ajaran al Quran para rasul di berikan nilai yang tinggi dan merupakan hamba yang maksum dan terpelihara dari dosa tetapi dalam ajaran taurat dan injil tidak melihat Nabi sedemikian bahkan kadang mereka di lihat sebagai penjenayah yang melakukan bebagai kejahatan .

b- Dalam Hukum /Perundangan /

Dalam Taurat yang menjadi pegangan Yahudi tidak banyak peraturan hukum hakam yang mengatur penghidupan. Yang ada itu pun berbeza. Contohnya Taurat membenarkan kaum yahudi mengambil riba dari golongan lain tetapi tidak membenarkannya sesama yahudi. Ia berbeza dari yang ada dalam al-Quran yang mengharamkan riba untuk semua .

Di dalam al Quran peraturan hukum hakam yang mengatur semua aspek penghidupan adalah lengkap semantara di dalam Injil dan Taurat hampir tak ada.

c- Tentang Fakta Ilmiah .

Al-Quran mengandungi fakta-fakta ilmu yang begitu tinggi dan nyata dan fakta-fakta yang menepati dengan hakikat yang diketahui itu tidak terdapat sedikit pun dalam kedua kitab yang didakwa menjadi sumbernya . Contohnya seperti ilmu berkaitan unsur alam, kejadian manusia dan lain-lain .

Ilmu ilmu berkenaan yang termuat dalam al-Quran bukan sahaja tidak terdapat dalam Taurat dan Injil tetapi tidak terlintas pun dalam fikiran manusia pada masa itu, bahkan sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam al-Quran itu hanya baru boleh difahami oleh manusia hampir seribu tahun selepas ia diturunkan. Penilaian al Quran terhadap Kedua Kitab dan pengajarannya.

Al-Quran telah mengkritik dan menjelaskan berbagai-bagai keburukan yang adalah dalam Taurat dan Injil . Al-Quran juga mendedahklan perbuatan kaum Yahudi dan Nasara dalam meminda dan mengubah kandungan kedua kitab ini. Dalam al-Quran dipenuhi dengan kritikan dan penjelasan terhadap keburukan amalan kaum yahudi dan nasara.

Adakah layak untuk mendakwa bahawa kandungan al-Quran itu diambil daripada Taurat dan Injil pada hal hampir keseluruhan kandungannya itu berbeza dan bahkan bertentangan dengan apa yang ada dalam kedua-dua kitab berkenaan. Apakah logik untuk dikatakan al Quran itu merupakan saringan atau dicedok dari kedua kitab itu sedangkan al Quran mendedah dan menelanjang segala keburukan dan kepincangan yang terdapat di dalam kedua-dua nya. Tentunya dakwaan itu tidak berasas langsung.

Ulasan sarjana islam:

Yang nyata dakwaan ini adalah merupakan andaian palsu yang tidak berasaskan sesuatu alasan yang kukuh .

Memang benar pengharaman arak dan riba tidak berlaku pada peringkat Makkah . Bukan sahaja dua perkara ini , bahkan semua pensyariatan hukum tidak dikemukakan oleh al Quran pada peringkat ini Bukan disebabkan ketakutan dan kegerunan terhadap kaum quraisy seperti yang di dakwa, tetapi

disebabkan oleh hikmah yang Allah tentukan . Antara hikmat yang boleh difahami , bahawa Islam di peringkat Makkah adalah merupakan perinngkat memberikan tarbiyah . Ia menerap dan melaksanakan strategi mendahulu yang terpenting daripada yang penting dan kurang penting . Perkara yang paling penting diberikan tumpuan pada peringkat awal dakwah diMakkah ini ialah membetulkan akidah dan pegangan serta keyakinan terhadap keesaan Allah SWT. Kerana apabila akidah dapat diperbetulkan maka segala hukum hakam akan dapat dikemukakan dan ia akan dilaksanakan dengan mudah dan penuh kepatuhan .

Apakah dengan pengharaman arak itu dilewatkan maka boleh dibua dakwaan wujud ketakutan dalam diri Muhamad? Sedangkan sejarah perjalanan dakwah di Makkah memang diketahui dengan jelas oleh semua termasuk orientalis ini. Yang manakah lebih utama antara arak dan riba yang di amalkan dengan akidah dan keyakinan yang menjadi tunjang kehidupan quraisy.Akidah penyembahan berhala . Tentunya akidah adalah lebih utama .

Bagaimana boleh diterima dakwaan Nabi Muhamad gerun dan takut sedangkan dalam sepanjang tempoh 13 tahundi Makkah Al Quran yang disampaikan oleh Baginda adalah mengkritik dan menghentam perkara yang lebih asas dan terpenting bagi kaum quraisy ini, iaitu seluruh akidah yang menjadi pegangan hidup mereka sambil mepersendakan kebodohan mereka kerana menyembah berhala yang mereka bentuk dengan tangan mereka sendiri. Sedangkang sewaktu mengatakan tentang perkara ini Nabi Muhamad masih sendirian tanpa sebarang kekuatan atau hanya disokong oleh beberapa kerat pengikutnya sahaja.

Nabi dan kaum muslimin berada di Makkah selama 13 tahun menghadapi pelbagai tindakan zalim yang dilakukan oleh kafir quraisy terhadap baginda dan pengikutnya , termasuk ejekan , penyiksaan , pemulauan dan sebagainya . Kalau ada rasa takut dan gerun masakan baginda terus berada di Makkah selama tempoh itu dan terus melakukan dakwah yang ditentang oleh kaum quraisy . Sejarah mengenali sikap Rasulullah s.a.w ini, yang terpancar dalam ungkapan baginda sewaktu menjawab tawaran yang dibuat oleh quraisy melalui bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti daripada dakwah Baginda . Baginda menegaskan Demi

Allah jika mereka boleh meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari urusanku ini maka aku tetap tidak akan berhenti sehingga urusan ini selesai atau pun aku terkorban kerana mempertahan kannya .

Apakah orang yang bersikap begini boleh dituduh sebagai pengecut dan takut. Sesungguhnya melewatkan pengharaman arak itu tidak ada sangkut paut dengan perasaan demikian tetapi ia dilaksanakan mengikut perintah Allah yang mempunyai hikmatnya.

Kesimpulan

Dari perbincangan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa orientalisorientalis barat telah lama beruasaha dan membuat kajian terhadap al-quran dengan tujuan menimbul keraguan kepada umat Islam terhadap autoriti al-quran sebagai salah satu sumber asas kepada syariat Islam. Usaha-usaha tersebut telah dibuat dengan pelbagai cara untuk menyarankan bahawa al-quran adalah perkara terkemudian yang direka oleh generasi Islam yang menyusul pada akhir abad pertama, kedua dan ketiga hijrah dan tiada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w tetapi ternyata segala keraguan yang ditimbulkan terhadap autoriti al-quran sebagai sumber syariat adalah tidak berasas sama sekali. Perkara ini jelas dengan bukti-bukti yang ditemui dan kemukakan oleh ulama Islam yang menggambarkan bahawa kriteria dan nilaitara periwayatan al-quran serta perawinya adalah benar selain dari yang ditolak oleh al-quran yang terkawal. Dengan ini jelaslah bahawa alquran tetap utuh autoritinya sekalipun cuba dipertikaikan oleh musuh-musuh Islam.

Anda mungkin juga menyukai