Anda di halaman 1dari 15

1

Judi dalam Pelaburan Semasa dan Dunia Siber: Isu dan Penilaian Syariah

Zamzuri Zakaria
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM



Pengenalan

Judi merupakan aktivi yang ditegah secara jelas oleh Islam. Bahkan keseluruhan agama
dan akal manusia yang sihat juga menolak judi yang ternyata membawa banyak
keburukan. Menurut perspektif Islam, ia tergolong dalam salah satu cara perolehan harta
secara batil. Ia diharamkan kerana wujud unsur ketidakpastian, kesamaran, penipuan,
untung dan rugi hanya berdasarkan kepada nasib bukan kepada usaha sebenar dan lain-
lain lagi. Ia direka dalam pelbagai jenis dan bentuk. Pelaksanaannya berlaku secara
tradisi dan moden, nyata dan maya dan sentiasa diubahsuai bagi memenuhi hasrat
pemakan harta secara batil.

Kertas ini akan melihat kedudukan judi dari perspektif Islam dengan mengenalpasti
apakah unsur-unsur utama yang boleh dijadikan rangka asas kepada teori judi
berdasarkan dalil, contoh dan pandangan ulama. Seterusnya melihat dan menilai isu-isu
judi yang dikatakan berlaku dalam aktiviti pelaburan semasa serta pelaksanaan judi
dalam dunia siber dari sudut syarak.

1. Konsep judi

Perkataan judi dalam bahasa Inggeris merujuk kepada gamble, bet. Bahasa Arab,
, . Menurut Kamus Dewan judi ialah permainan dengan memakai wang dan
lain-lain sebagai taruhan (main ceki, main dadu, dan lain-lain).
1
Kamus Oxford juga
memberi pengertian yang hampir sama, iaitu bermain permainan untuk wang.
2
Begitu
juga kalau dirujuk kepada kebanyakan kamus Arab, antaranya al-Qamus al-Fiqhi
lughatan wa istilahan mentakrifkan al-qimar sebagai setiap permainan yang disandarkan
dengan harta yang akan diperolehi oleh pemenang dengan mengambil daripada yang
kalah.
3
Manakala al-Sabuni pula menegaskan:


4


Ertinya: Setiap permainan yang membawa keuntungan kepada satu pihak dan
kerugian kepada satu pihak yang lain, ia adalah judi yang diharamkan


1
Kamus Dewan Edisi ke-4, DBP
2
Oxford- Fajar Advanced Learner`s, Fajar Sdn. Bhd. 2000.
3
Sa`di Abu Jayb, Qamus al-Fiqhi lughatan wa istilahan. hlm.309
4
al-Sabuni, Rawai al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam: 1/279
2

Menerusi pengertian tersebut, seolah-olah judi dihadkan kepada aktiviti permainan
yang ada unsur pertaruhan, menang atau kalah, untung atau rugi bergantung kepada risiko
kemungkinan dan nasib.

Walau bagaimanapun ada juga pandangan yang telah memperluaskan maksud judi
kepada semua aktiviti yang mempunyai risiko kepada pemain atau pesertanya sama ada
untung atau rugi dengan wujudnya unsur pertaruhan dalam perolehan harta.

Antaranya, Longman Dictionary telah memberi takrif yang lebih umum terhadap
gambling: to risk money or possessions on the result of something such as a card game
or a race, when you do not know for certain what the result will be
5


Begitu juga terdapat fatwa yang memberikan maksud al-maysir sebagaimana
berikut:


6

Semua aktiviti yang menjadikan pesertanya sama ada hanya mendapat untung atau
pun rugi.

Perbezaan pengertian judi ini berlaku atas beberapa kemungkinan.

1. Perbezaan pandangan dalam penentuan jenis aktiviti yang boleh berlaku judi. Ada
golongan yang hanya menghadkan kepada aktiviti permainan dan hiburan sahaja,
tidak berlaku dalam aktiviti lain.
2. Perluasan pengertian ini mungkin dibuat selaras dengan keadaan semasa yang
menunjukkan aktiviti judi tidak lagi hanya tertumpu pada bentuk permainan dan
pertandingan yang mutlak, bahkan didapati berlaku juga dalam aktiviti
perniagaan dan pelaburan apabila unsur-unsur utama judi wujud. Atau,
3. Aktiviti perniagaan dan pelaburan yang dilaksanakan tidak lagi atas landasan
falsafah perniagaan sebenar tetapi lebih kepada permainan, theory of game atau
dipermainkan untuk memenuhi cita-cita sekelompok manusia yang rakus, tamak
dan zalim. Oleh itu wujudlah aktiviti permainan perjudian yang bertopengkan
perniagaan yang selalunya tidak menepati konsep dan peraturan muamalat yang
ditetapkan serta bercanggah dengan ruh muamalat Islam. Penulis cenderung
kepada kemungkinan ini

2. Judi dari perspektif Islam

Judi merupakan salah satu perolehan harta secara batil. Islam menegah perolehan harta
secara batil iaitu melalui aktiviti curi, rompak, rampas, riba, judi, tipu ghubn, najasy,
ihtikar, spekulasi, manipulasi dan lain-lain. Perolehan dan pemilikan harta yang

5
Longman Dictionary of Contemporary English, Fifth Edition Pearson Education Limited 1978,
2009
6
Lihat Fatwa no. 150831, Anwa
c
al-maysir wa hukm kul naw
c
, 6/3/2011. http://www.islamweb.net/fatwa.
3

dibenarkan mestilah berlaku mengikut konsep dan peraturan muamalat yang ditetapkan
dengan adanya unsur keredaan. Barulah harta yang diperolehi statusnya halal dan
mendapat keberkatan daripada Allah.


Mengenai hukum judi, para ulamak tidak berbeza pendapat tentang status haramnya
kecuali dari segi perincian judi. Berlaku beberapa perbezaan dalam penetapan jenis
aktiviti judi. Pengharaman judi adalah berdasarkan dalil al-Qur`an, al-Sunnah, Ijmak
ulamak dan juga dalil akal.

Firman Allah:

,.l:`. _s .>l ..l _ !., ".| ,, _... _!.ll !...| _.
!.-. .l:`. :!. 1.`, _ -l l. _,,`, < `>l ., l-l
`>..
7
__
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu:
apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa)
Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-
ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.

Melalui ayat di atas jelas menunjukkan judi adalah haram kerana ia berdosa besar
setara dengan minum arak. Meskipun syarak memperakukan bahawa dalam perjudian ada
manfaat atau kebaikan tetapi dosa dan mudaratnya lebih besar justeru manfaatnya tidak
ada nilai di sisi syarak. Seterusnya dalam ayat berikut Allah swt mengkategorikan judi itu
sebagai rijs iaitu keji dan kotor daripada amalan kesukaan syaitan. Syaitan
menjadikannya alat permusuhan dan porak peranda seterusnya menjauhkan kita daripada
mengingati dan beribadat kepada Allah.


7
al-Qur`an, al-Baqarah: 219.
Cara Perolehan Harta Menurut Islam
4

!!., _ `.., !..| `.>' .,.l ,!.. `.l _> _. _.s _.L,:l :,..>!
>l-l >l. _ !..| .,`, _.L,:l _`, `> ., :.-l ,!.-,l _ ,>' ..l
.., _s : < _s :l.l _ ,.. ... _
8

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah
kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu
masih berdegil)?

Ayat di atas mengguna kalimah merujuk kepada judi. al-Maysir adalah salah satu
bentuk qimar (perjudian) amalan masyarakat Jahiliah.

Berkata Ibn Abbas r.a:
. .
9

Maksudnya: al-Maysir itu adalah qimar. (iaitu) Pada zaman jahiliah terdapat
orang yang bertaruh dengan keluarga dan hartanya, sesiapa yang menang atas
pertaruhan rakannya maka dia akan mengambil keluarga dan hartanya.

Meskipun kalimah maysir lebih khusus maksudnya apabila dilihat kepada sejarah
penggunaannya, namun Rasulullah juga pernah merujuk muqamarah bi al-nard (judi dengan
dadu) dengan kalimah maysir Penggunaan kedua-dua kalimah ini dengan maksud yang sama
juga telah dipersetujui oleh kebanyakan ulama. Mu`jam Lughatul Fuqaha menjelaskan
maksud al-maysir adalah qimar iaitu: Semua permainan atau pertaruhan yang mensyaratkan
yang kalah mesti membayar ganjaran kepada yang menang.
10
Selain itu (rihan:
betting, bertaruh) juga adalah termasuk di dalam qimar.
11

Jelas di sini bahawa kalimah qimar adalah lebih umum kerana merangkumi kesemua
jenis judi.
12
Walau bagaimanapun jika dirujuk kepada pandangan Imam Malik, Ibn
Taymiyyah, Ibn al-Qayyim dan beberapa ulama yang sependapat dengannya, mereka telah
meletakkan maksud maysir merangkumi maysir qimar (ada pertaruhan harta) dan maysir al-

8
al-Qur`an, al-Maidah: 90.
9
al-Tabari, Jami` al-Bayan an ta`wil ayat al-Qur`an. Kaherah: Matbaah Mustafa al-Babiy al-Halabiy 4/324.
10
Qalaji, Mu`jam Lughat al-Fuqaha, Beirut: Dar al-Nafais. hlm.369.
11
Ibn al-Manzur, Lisan al-Arab, juz 5, hlm. 115
12
Lihat Shukri Ali Abd al-Rahman al-Tawil, al-Qimar wa anwa
c
hu fi d aw` al-Shariah al-Islamiyyah.
5

lahwi (hiburan yang melalaikan tanpa pertaruhan harta).
13
Keadaan ini menjadikan maksud
maysir itu lebih umum daripada qimar bagi mereka.
Dari sudut hukum, sebagaimana yang digambarkan melalui ayat al-Qur`an di atas bahawa
perjudian adalah perbuatan yang diharamkan secara jelas. Pelakunya berdosa besar dan
disamakan statusnya seperti minum arak, tetapi hukuman ke atas pelakunya tidak sama
dengan kesalahan minum arak. Dalam Islam ia boleh dikenakan hukuman ta`zir. Buruknya
aktiviti judi ini digambarkan oleh Rasulullah:
:
Maksudnya: Daripada Buraidah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa bermain
Nardasyir (dadu) maka seolah-olah dia mencelup tangannya ke dalam daging dan darah
babi. (Riwayat Muslim, Abu Daud)

Antara hikmat pengharaman judi ialah
ia boleh membawa kepada kelalaian,
penindasan, kerugian, pergaduhan,
perpecahan, merosakkan sistem ekonomi
dan lain-lain lagi. Ini berikutan ada unsur
3G yang utama gharar (ketidaktentuan),
ghubn (ketidakadilan, keuntungan
melampau), ghish (penipuan).


3. Unsur Judi

Berdasarkan kepada pengertian, contoh dan ketetapan unsur yang diberikan oleh ulama,
maka unsur utama yang perlu wujud untuk menetapkan sesuatu perbuatan atau aktiviti itu
judi ialah:

1. Aktiviti permainan dan
perolehan harta yang tidak
akur dengan konsep muamalat.
2. Pertaruhan dalam perolehan
harta. Samada pertaruhan
permainan mutlak atau
pertaruhan untung rugi
perniagaan yang bercanggah.
Ada unsur gharar dsb. Ada
unsur yang berjaya ambil harta
daripada yang tidak berjaya
3. Nasib. Iaitu bergantung kepada
semata-mata nasib atau tanpa
landasan perniagaan sebenar

13
Rafiq Yunus al-Misriy, al-Maysir wa al-Qimar, al-Musabaqat wa al-Jawaiz, 1993, hlm. 28-29
6



3.1 Aktiviti

Menyentuh tentang aktiviti yang boleh membawa kepada judi, ia boleh dipecahkan
kepada dua kategori berdasarkan perbezaan pandangan ulama. Kebanyakan ulama
menetapkan aktiviti dalam perjudian mestilah wujud unsur sandaran atau pertukaran
harta. Sama ada ia berbentuk permainan, perniagaan atau pelaburan. Apabila ia
mempunyai unsur pertukaran harta maka selain menjauhi unsur gharar
(ketidakpastian), ihtimal (kemungkinan), mukhatarah (kebarangkalian, risiko) dan
taraddud (keraguan; dapat atau tidak)
14
, konsep yang berkaitan dengan pertukaran
tersebut juga mestilah dipenuhi segala rukun dan syaratnya. Umpamanya jika
melibatkan perniagaan yang berasaskan jual beli atau ijarah atau jialah maka rukun
dan syarat berkaitan dengannya mestilah dipenuhi. Jika ia berkaitan permainan atau
pertandingan yang ada unsur ganjaran, maka mestilah akur dengan peraturan jialah.
Sebaliknya jika aktiviti berkaitan pelaburan maka rukun dan syarat shirkah atau
musharakah (syarikat perkongsian keuntungan) perlu dipenuhi.

Asas Aktiviti Mesti akur dengan konsep berikut
Judi
(secara tradisi @
moden, nyata @
maya)
Pertukaran 1. Jual beli
2. Upah
3. Permainan
4. Pertandingan
5. Pertaruhan
1. Bay (jualbeli)
2. Ijarah (upah & sewa)
3. Jialah (ganjaran)
Pelaburan Shirkah/ musharakah

Manakala segolongan kecil ulama, seperti yang dijelaskan sebelum ini,
menetapkan judi bukan sahaja berlaku dalam permainan yang disandarkan dengan
pertukaran harta bahkan ia juga berlaku dalam setiap permainan dan hiburan yang
melalaikan daripada zikr dan ibadah kepada Allah seperti chess, dadu, terup dan
seumpamanya (yang nyata membazir masa dan melalaikan)


3.2 Pertaruhan

Pertaruhan dalam perolehan harta. Iaitu adanya unsur pertukaran harta dengan harta lain
yang tidak pasti perolehannya bergantung kepada nasib dan keadaan lain yang tidak
berkait secara langsung dengan nilai dan nature pertukaran. Ia juga mempunyai unsur
pihak yang berjaya mengambil harta daripada pihak yang tidak berjaya. Berlaku dalam
pertaruhan permainan mutlak atau pertaruhan untung rugi perniagaan yang bercanggah
dengan falsafah, rukun dan syarat perniagaan Islam.


14
Bahawa setiap kedua belah pihak (di dalam suatu permainan) ragu-
ragu (tidak pasti) di antara (samada) dia akan mendapat habuan dan (atau) di akan menanggung
kerugian. (Hasyiyatan Qalyubi Umairah: 4/268)
7

Harta vs Harta
-Tidak maklum
-Tidak pasti -Boleh atau tidak, sikit atau banyak
-Diambil dari pihak yang kalah atau tidak bernasib baik
-Istilah yang biasa digunakan; hadiah, ganjaran, keuntungan

Pertaruhan dalam permainan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Pertaruhan dalam permainan pihak lain seperti lumba kuda dan pertaruhan
bolasepak.
ii. Pertaruhan dalam permainan yang penjudi sendiri terlibat seperti tikam ekor,
poker, black jack, pertandingan sukan dan hiburan.

Manakala pertaruhan untung rugi perniagaan yang bercanggah dengan konsep
muamalat Islam pula berlaku dalam pertukaran melalui jual beli, sewaan dan ganjaran
yang tidak maklum, tidak tentu dan tidak setara tetapi hanya berdasarkan nasib atau
bergantung dengan kejadian atau tindakan orang lain.

3.3 Nasib atau bukan perniagaan sebenar

Sebagaimana yang telah dijelaskan secara tidak langsung dalam huraian di atas bahawa
perolehan harta dalam pertukaran aktiviti judi adakalanya disandarkan kepada nasib
semata-mata seperti cabutan bertuah yang ada unsur pertukaran. Nombor yang ditikam
tepat, balingan mengena, tekaan dan jawapan tepat. Berlaku kemalangan, kematian dan
lain-lain lagi.

Ada kalanya pertukaran itu bergantung kepada risiko yang tidak berkait secara
langsung dengan nilai dan nature pertukaran atau perniagaan tetapi bergantung dengan
kejadian atau tindakan orang lain yang diluar kawalan pihak yang berkontrak atau
bercanggah dengan syarat akad. Seperti beli barangan melalui gores dan menang.
Ganjaran daripada pertandingan yang ada pembayaran khusus. Upah kerja bergantung
kepada sumbangan downline tanpa ada kaitan dengan kerja tertentu yang maklum. Ini
berlaku dalam skim cepat kaya; skim pyramid dan skim ponzi.

Manakala dalam pelaburan, keuntungan dalam pelaburan yang diambil bukan
berasaskan pendasar sebenar perniagaan tetapi sumbangan atau usaha pihak lain,
spekulasi dan manipulasi. Keadaan ini juga berlaku dalam sesetengah pelaburan pada
masa kini seperti pelaburan insuran konvensional dan skim cepat kaya.

Ada yang mendakwa perolehan itu sama ada dalam permainan atau perniagaan,
diperolehi hasil kerja, kemahiran atau skill. bukan semata-mata nasib. Tetapi dalam
muamalat Islam asas pertukaran mestilah berlaku dengan ukuran kerja tertentu yang
maklum untuk ditukarkan dengan sesuatu harta yang maklum. Hasil keuntungan
pelaburan pula dengan sesuatu nilai aktiviti yang maklum, setara dan sebenar. Bukan
dengan spekulasi, manipulasi semata-mata kerana ia akan membawa ketidakadilan,
penindasan dan merosakkan sistem ekonomi sejagat yang pada dasarnya saling bantu
membantu dalam memperoleh keuntungan dan kekayaan.

8

4. Jenis Judi

Kamus Dewan telah memberikan contoh jenis judi seperti berikut: judi karan sejenis
permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai
keping-keping besi); judi tikam ekor taruhan yang ditikam pada tiga (atau empat) angka
terakhir daripada nombor loteri lumba kuda; judi wawei sejenis permainan judi dgn
menikam pada salah satu daripada tiga puluh enam jenis gambar binatang
15


Sebenarnya cukup banyak bentuk judi yang dilaksanakan pada masa kini. Berdasarkan
kepada unsur-unsur judi di atas, maka jenis judi mengikut platform permainan,
perniagaan (jual beli, sewa dan upah dan ganjaran) dan pelaburan boleh dikategorikan
secara khusus. Manakala jika dilihat kepada medan tempat aktiviti dilaksanakan maka ia
boleh dikategorikan kepada judi nyata-fizikal (judi langsung) iaitu dilaksanakan secara
nyata berdepan dengan pihak yang terlibat sama ada di tempat persendirian atau di
premis yang khusus. Dan, judi siber atau maya iaitu pelaksanaan judi melalui
penggunaan komputer dan talian internet.

5. Judi dalam Pelaburan

Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau
aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah,
pendapatan, atau penambahan nilai instrument.
16


Menurut Kamus Pelaburan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, pelaburan
adalah penggunaan wang atau dana bagi aktiviti tertentu yang diharapkan akan
menghasilkan pulangan yang lebih pada masa hadapan
17


Dari perspektif Islam pelaburan juga merujuk kepada maksud yang hampir sama,
ia diharuskan oleh Islam selama mana akur dengan rukun, syarat dan peraturan yang
ditetapkan dalam konsep shirkah sama ada mudarabah atau musharakah yang lain.
Subjek matter utama dalam pelaburan ialah perolehan keuntungan hasil perkongsian
modal dan kerja Sebagaimana yang dijelaskan dalam unsur-unsur judi di atas, judi juga
dikatakan boleh berlaku dalam pelaburan apabila kaedah perolehan keuntungannya
adalah berdasarkan pertaruhan, spekulasi
18
dan manipulasi bukan dengan nilai
aktiviti yang maklum, setara dan sebenar. Sememangnya risiko wujud dalam menjana
keuntungan dalam pelaburan. Namun risiko tersebut adalah lahir dari hasil aktiviti
pelaburan sebenar seperti komoditi diniagakan di pasaran sebenar.

Dalam pelaburan insuran konvensional umpamanya, judi berlaku apabila ada
unsur pertaruhan. Seseorang membayar premium tertentu untuk mendapatkan pertukaran

15
Kamus Dewan Edisi ke-4, DBP
16
Sullivan, Arthur; Steven M. Sheffrin. Economics: Principles in action. 2003
17
Kamus Pelaburan, Kuala Lumpur ,DBP,1997,hlm.. 110.
18
Perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat
keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula. Dengan harapan dan jangkaan semata-mata tanpa
bersandarkan realiti pelaburan sebenar. Kamus Dewan Edisi ke-4, DBP
9

harta yang lebih tinggi yang belum pasti bergantung kepada berlaku atau tidak keadaan
yang ditetapkan seperti kemalangan. Dalam hal ini Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-16 bertarikh 15-16 Februari 1979 telah
memfatwakan:
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat
insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalat
yang fasid kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu,
mengandungi gharar; mengandungi unsur judi; mengandungi muamalat
riba

Berdasarkan keputusan ini, kontrak insurans konvensional yang wujud hari ini
adalah haram hukumnya kerana mengandungi unsur-unsur tersebut termasuk judi.
Berikutnya pada tahun 2006, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-76
pada 21-23 November telah memutuskan bahawa Investment Link juga terlibat dengan
insuran konvensional, maka hukum fatwa sebelumnya adalah terpakai.

Manakala dalam pelaburan yang matlamatnya bukan atas dasar pelaburan sebenar
tetapi seperti permainan untuk dapat keuntungan segara dengan wujud unsur spekulasi
dan manipulasi, maka ada ulama menganggapnya judi seperti yang berlaku dalam
sesetengah urusniaga bursa saham. Ini kerana wujud dalamnya unsur pertaruhan melalui
spekulasi.
19


Perkara ini boleh dilihat dalam urusniaga saham Day Trading, T+3 dan Kontra:
20


i. Day trading merujuk kepada praktis menjual sesuatu saham pada hari yang sama
ia dibeli iaitu sebelum pasaran ditutup pada hari itu. Para ulama berbeza
pandangan dalam menentukan hukumnya, sebahagian besar berpendapat ianya
harus kerana saham yang telah dibeli adalah hak milik penuh pembeli, ia boleh
menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun,
terdapat sebahagian ulama yang lain berpendapat jika ia dijual pada hari yang
sama, elemen spekulasi menjadi besar dan boleh menjadikannya sebahagian dari
perjudian.
ii. T+3 bererti urusniaga pembelian saham dibuat sebagai contoh pada hari Isnin,
tetapi pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau
pada hari khamis (dalam masa 3 hari). Pemilikan saham akan bertukar milik
sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat. Ia dikatakan
mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada
nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang
mencukupi, ia hanyalah bergantung kepada wang broker yang mengabuinya
iii. Kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup
didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa
harga saham yang dibelinya akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.

19
Rafiq Yunus al-Misriy,1993, hlm. 58-59.
20
Zaharuddin Abd Rahman, Beberapa Bentuk Urusniaga: Saham & Hukum Shariah, 6 Ogos 2007 ,
http://www.zaharuddin.net.
10

Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di
Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu
hari pembayaran adalah tujuh hari selepas transaksi. Hukum bagi transaksi kontra
ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan.

Selain itu judi juga dikesan berlaku dalam pelaburan berasaskan skim cepat kaya sama
ada skim piramid atau ponzi.

Skim piramid ialah model perniagaan (yang tidak akan dapat bertahan lama) yang
membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim
ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan (wang pelaburan) atau
ada barangan tetapi barangan yang dijual tidak bernilai atau bernilai rendah secara
sendirinya atau dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran adil.
Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu
pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai
balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan
mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui
orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.
Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang
itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian
kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang
dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar pyramid: mereka yang
menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah
mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai
rujukan, maklumat dan persaksian palsu

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan
(keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar
oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan
dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem
penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat
semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si
penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu

6. Judi dalam dunia siber

Judi alam siber dengan judi biasa adalah sama, cuma yang membezakannya ia
dilaksanakan ialah melalui peralatan komputer dan kemudahan jaringan internet sebagai
alat perhubungan. Oleh itu hukumnya adalah sama apabila memenuhi unsur-unsur
judi seperti yang disenaraikan. Jawatankuasa Fatwa Am Jordan telah memfatwakan
bahawa hukum berjudi melalui internet adalah haram.
21



21
Fatwa no. 488, 2/2/2010, Hukm la`b al-qimar an tariq al-internet
11

Kemudahan dan kecanggihan teknologi ini menyaksikan pelaksanaan judi
semakin mudah dan semakin berkembang. Ia boleh berlaku melalui permainan,
perniagaan, program dan pelaburan
22
. Melalui permainan cukup banyak sekali seperti
Poker, Black Jack dan Bingo. Ia dapat dicapai melalui laman web khusus, ada juga
tawaran melalui e-mel dan ada yang diiklankan melalui facebook.

Judi Judi Pelaburan Judi Siber
Permainan, hiburan,
pertandingan,
pertaruhan yang
menggunakan harta
antara dua pihak untuk
mendapat gantian /harta
berdasarkan kepada
risiko untung (rugi)
nasib
Insuran
Konvensional,
Beberapa urusniaga
saham, Skim Cepat
Kaya; skim
pyramid, skim
ponzi.
1.Permainan: Poker, Black Jack
Baccarat, Roulette, Slot, Keno,
Bingo, Sports Books Cyber
Betting
2. Pelaburan: Skim cepat kaya,

6.1 Perniagaan internet
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Iaitu, perniagaan yang
berasaskan produk; produk fizikal ataupun produk digital. ataupun "perniagaan yang
berasaskan perkhidmatan". Antara contoh perniagaan internet yang berasakan
perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
dan Perkhidmatan membina website. Perniagaan melalui internet seperti ini jarang
berlaku penipuan dan perjudian. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil sama
seperti perniagaan biasa. Begitu juga dengan judi, ia akan jadi judi bila wujud elemen
judi seperti jual beli biasa.

6.2 Program internet
23


Manakala program internet pula boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Program
Pengiklanan seperti Google Adsense,Text-Links-Ads, Bidvertiser dan Nuffnang. Program
Affiliate seperti Clickbank dan Amazon.com. Program Internet MLM, program Get Paid
To Program seperti Get Paid to Read Email, Get Paid to Surf . Program Randomizer dan
program Force Matrik.

Sebahagian daripada program di atas mempunyai elemen gharar dan judi.
Program yang sering dimasukkan elemen judi ialah program Affiliate, program Internet
MLM, program Randomizer dan program Force Matrik.




22
Mohd Suhaimy, Usah Tertipu Dengan Skim Pelaburan Haram & Skim Cepat Kaya Di Internet, 18
Mei 2007, http://www.wangcyber.com/pelaburan-internet-perniagaan-internet.htm
23
Mohd Suhaimy, 2007.
12

i. Program Affiliate
24

Program Affiliate sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website
perniagaan, bagi melantik individu tertentu untuk menjadi agen mereka. Proses
pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma.
Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan
dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah
mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan
kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan
komisyen.
Program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun
tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier)
sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan
komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan
bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang
mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate
mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Ini adalah
skim piramid yang cuba memperdaya dengan istilah "Affiliate Program".

Pada pandangan penulis jika komisyen yang diberikan adalah berdasarkan
bilangan "downline" yang diperolehi dan pendaftaran dikenakan bayaran tertentu, maka
unsur gharar dan judi berlaku kerana perolehan harta melalui pertukaran bukan atas kerja
sebenar, samar dan tidak pasti.

ii. Program Internet MLM
25

Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan
internet sebagai sebuah medium pemasaran. Namun begitu, industri MLM pada masa
kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh
skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat
MLM sebagai topeng mereka.
Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan produk" kini
sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja.
Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-
matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan &
menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.
Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti
"Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar kepada "Jadilah
jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan
dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli

24
Ibid
25
Ibid
13

dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan
dalam masa beberapa bulan!"
Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini,
mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk
membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak
syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu
mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan
pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di
dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang
tercatat di dalam booklet keahlian mereka.
Pada pandangan penulis jika komisyen yang diberikan adalah berdasarkan "bilangan
agen baru" yang dapat ditaja dan pendaftaran dikenakan bayaran tertentu, maka unsur
gharar dan judi berlaku kerana perolehan harta melalui pertukaran bukan atas kerja dan
perniagaan sebenar, samar dan tidak pasti. Ia adalah permainan mendapatkan
keuntungan.

iii. Program Randomizer
26

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" &
"program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma"
dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki
mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program
ini.
Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program
tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini..
dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut
nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa"
yang lain.

iv. Program Forced Matrix
27

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai
yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya
adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih.
Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa
dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk
dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah
mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan
diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25
orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa
yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program

26
Ibid
27
Ibid
14

ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk
dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7.

6.3 Pelaburan internet
28


HYIP (High Yield Investment Program)
Ini pula adalah kaedah yang paling disukai oleh ramai orang. Dasar pelaburan mereka
Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun
bank! Nak lagi banyak? Ajak saudara-mara, kawan-kawan sekali, jemput semua sekali
masuk melabur!
HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang
menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan
skim pelaburan internet jenis ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit
daripada masyarakat secara haram.
Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari
pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-
orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur
A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur
pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan
orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini
mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat
ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.
Berkaitan pelaburan internet yang ada unsur gharar dan judi tersebut, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke
77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 memutuskan:

Dalam isu pelaburan saham melalui internet, Jawatankuasa telah
memutuskan bahawa sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara
tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar
negara seperti SwissCash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia
mengandungi unsur riba dan gharar. Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat
dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain berlandaskan
Islam yang boleh disertai oleh umat Islam.
Kaedah pelaburan tersebut menggambarkan ia merupakan salah satu bentuk pelaburan
berdasarkan skim cepat kaya. Sepatutnya kes SwissCash dan berita di bawah ini boleh
menjadi panduan dan pengajaran kepada masyarakat khususnya umat Islam. Tetapi
ternyata masih ramai mereka yang terlibat dengan skim begini.
Pada tahun 2003, satu "skim piramid" berasaskan Internet dibongkar oleh FTC,
di mana pelanggan membayar yuran pendaftaran bagi menyertai program dan
membeli pakej yang termasuk gudang Internet (Internet mall) dan khidmat dan

28
Ibid
15

barangan berkait. Aduan FTC menyatakan bahawa syarikat menjamin pengguna
yang membeli pakej tersebut bahawa pakej tersebut akan membenarkan mereka
mendapat komisen bagi setiap WebSuite yang dijual. FTC menuduh bahawa
syarikat tersebut salah tonjol bahawa pelanggan yang terbabit dalam skim mereka
akan mendapat pendapatan yang lumayan, sedangkan kebanyakan pelanggan
kerugian dalam operasi tersebut, dan pembela membekalkan bahan pemasaran
penipuan kepada rakan berkait (affiliates - membekalkan mereka cara menipu
orang lain; dan akhirnya, syarikat gagal menjelaskan bahawa sebahagian besar
peserta akan kehilangan wang, dan skim tersebut sebenarnya merupakan skim
piramid haram.
29

Selain bentuk pelaburan tersebut Pelaburan Forex, Saham di Bursa Malaysia juga ada
dilaksanakan menerusi internet. Hukumnya adalah sama mengikut sebagaimana
pelaburan biasa (offline/ no-line)

Penutup
Judi merupakan salah satu cara perolehan harta yang jelas diharamkan oleh dalam Islam.
Meskipun ada kebaikan, khususnya bagi mereka yang memperolehi keuntungan tetapi ia
tetap ditegah kerana keburukannya adalah lebih besar. Bukan sahaja kepada individu
yang kalah dan rugi tetapi ia ternyata mengancam kestabilan dan keharmonian sistem
sosial dan ekonomi umat. Aktiviti judi sudah berlaku semenjak dahulukala lagi dan kini
ia masih berlaku bahkan dengan teknik, kaedah dan platform yang pelbagai. Judi secara
tradisi didapati banyak berlaku dalam acuan permainan dan kini ia semakin canggih
dengan adanya kemudahan teknologi internet tanpa perlu berhadapan dengan khalayak.
Ia juga semakin banyak diterapkan di dalam bidang perniagaan dan pelaburan dengan
ciptaan program, sistem dan skim tertentu seperti skim cepat kaya. Matlamat perekanya
untuk mendapat keuntungan sebagaimana dalam objektif asal judi diterjemahkan dalam
program dan skim tersebut sehingga mampu menarik lebih ramai peserta dengan
bertopengkan perniagaan dan pelaburan. Walau apapun caranya sekiranya sesuatu aktiviti
itu mempunyai elemen judi iaitu wujud unsur pertaruhan dalam perolehan harta yang
hanya bersandarkan nasib dan keadaan lain yang tidak berkait secara langsung dengan
nilai, peraturan dan nature perniagaan maka ia termasuk dalam kategori judi. Ini perlu
dijadikan panduan agar kita tidak terpedaya dalam tipu muslihat syaitan dan konco-
konconya yang secara jelas disebut oleh Allah mereka menjadikan judi sebagai alat
perpecahan, perosak sistem sosial, ekonomi dan agama.




29
http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_piramid#cite_note-2. 2Mei2011

Anda mungkin juga menyukai