Anda di halaman 1dari 3

JMS 417 - Berasal dari keluarga pertengahan yang setia kepada system monarki, kerajaan Prusia.

- Mendapat pendidikan awal dalam bidang teologi dan filologi klasik di Universiti Leipzig dari tahun 1814 1818. Sepanjang hayatnya selama 90 tahun, beliau t elah menerbitkan 60 jilid karya. - Karya pertama - Histories of Latin and Germanic Nations from 1494 1514, yang ditulis pada tahun 1825. - 1824 -1872 dialntik menjadi Profesor dalam bidang sejarah di Universiti Berlin. Di universiti inilah beliau telah membawa era baru dalam bidang pensejarahan sehingga dianggap sebagai pengasas pensejarahan Jerman di Universiti Berlin dan dikenali sebagai bapa pensejarahan moden. - Semasa terlibat dalam penyelidikan terhadap teks-teks Latin dan Greek. Beliau telah mengikut cara Neibuhr membuat perubahan dalam pensejarahan iaitu dengan menukar kaedah baru kepada sejarah umum maysarakat Eropah. - Sejarawan pertama yang menekankan kepentingan penggunaan sumber primer dalam pengkajian sejarah dan membuat penilaian sumber secara kritikal demi pembangunan bidng sejarah sendiri. - Gino Benzoni dalam artikelnya bertajuk Rankes Favourite Source mengatakan bahawa Ranke cuba membuat penyelidikan berdasarkan kaedah baru dnegn menggunakan fakta-fakta yang sebenar bagi menunjukkan penulisannya berbeza daripada penulisan sejarah sebelumnya. - Kenyataan ini dimuat dalam bahagian pembukaan halaman Histories of the Latin dan Germantic from 1491 -1514, apabila Ranke menyatakan secara jelas bahawa sejarah seharusnya ditulis dengan sebenar-benarnya tentang apa yang telah berlaku berdasarkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya. - Menyarankan kepada sejarawan agar tidak melakukan spekulasi, tidak bersikap berat sebelas (bias), mereka-rekakan cerita dan memasukkan unsure-unsur fiksyen ke dalam sejarah

Mahukan sejarawan mengutarakan fakta dan rekod-rekod yang sebenar dalam penyelidikan mereka disamping semua dokumen perlu diselidiki bukan saha dari segi kesahihannya tetapi juga dari segi personality penulis atau pengarangnya. - Beliau turut menghuraikan dengan tepat ideanya tentang kesatuan politik dan diplomatic bangsa-bangsa di negara Latin dan Jerman. Baginya idea ini penting bagi pembangunan negara-negara bangsa dan ketamadunan. Di Universiti Berlin, Ranke memainkan peranan besar dalam mengukuhkan pengajian sejarah sebagai disiplin utama. Dalam seminarnya beliau memperkenalkan asas teknik penyelidikan dan kaedah serta latihan yang sesuai bagi tenaga pengajar yang menjadi sejarawan di semua universiti di Jerman. Ranke tidak gemar akan penulis sejarah yang memasukkan unsurunsur ghaib dan fiksyen sehingga mencacatkan sejarah yang sebenar. Ini terbukti apabila beliau tidak mahu membaca karya sejarah Walter G.P. Gooch yang penuh dengan kesalahan dan khayalan. - Bagi Ranke, fakta yang benar-benar baik ialah fakta yang berdasarkan maklumat peristiwa lalu yang kaya dengan kebenaran dan kesahihan. - Benzoni turut menyatakan bahawa Ranke mencurigai kesahihan falsafah sejarah yang kerap membayangkan perkembangan sesuatu perkara terlebih dahulu tanpa mengambil pertimbangan terhadap peristiwa sebenar yang telah berlaku. Leopold Von Ranke dianggap sebagai perintis yang membuka jalan kepada kebangkitan pensejarahan moden di barat. Merupakan pelopor yang mengutarakan sains tentang sejarah yang berdasarkan kajian kritikal sumber-sumbernya serta penyusunan sumbersumbernya mengikut prinsip keutamaan. Telah menggunakan kaedah yang dipelajari dalam bidang filologi dan analisis domuken untuk menyempurnakan kajiannya yang diterbitkan secara berjilid tentang sejarah zaman moden. Walalupun karyanya bukan asli tetapi teleh berjaya menyatupadukannya secara bijak supaya mewujudkan suatu disiplin sejarah

yang bebas daripada ikatannya dengan filologi, ilmu undang-undang dan teologi. W/b/pun ada juga sejarawan-sejarawan lain yang mengkritik kaedahnya dan ada yang menolak sejarahnya yang mempunyai nilai-nilai falsafah dan saintifik. Antara factor yang menyebabkan mengapa sejarawan lain berpandangan begitu kerana : i. beliau merupakan seorang yang kuat berpegang kepada agama sehingga banyak penekanan karyanya cuba dikaitkan dengan dengan peranan tuhan. ii. beliau enggan menghuraikan dan mengaitkan sejarah dengan bidang falsafah, psikologi dan bidang ilmu yang lain. iii. penekanan terhadap politik amat menonjol terutama apabila kerajaan Prusia meminta beliau berbuat demikian kerana kerajaan mahu mempertahankan polisi kerajaan pada ketika itu daripada kritikan puak feudal dan liberal.

Anda mungkin juga menyukai