Anda di halaman 1dari 91

PENGURUSAN DALAM ISLAM

Asmahan Mokhtar
Nurshahiza Mohamad Isa
Norni Abd Wahab

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum


Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum


Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any
retrieval system or transmitted in any form or by any mean electronics, mechanical,
photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :
Curriculum Development and Assessment Section,
Curriculum Development and Career Training Division
Department of Polytechnic Education, MOHE
Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara

Cataloguing in-Publication Data

Pengurusan Dalam Islam Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa, Norni Abd
Wahab
ISBN
1. Islam
2. Pengurusan Islam

Pengurusan Dalam Islam

Editorial
Editor

Pn. Yusma bt. Yusof


Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

En. Yusni b. MohamadYusak


Penolong Pengarah Kanan
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pn. Suzianah bt. Sahar


Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Penulis

Pn. Asmahan bt. Mokhtar


Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Pn. Nurshahiza bt. Mohamad Isa


Politeknik Seberang Perai (PSP)

Norni bt. Abd Wahab


Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

AA204

Bab - 1
Konsep Pengurusan Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)
Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)
Norni bt. Abd Wahab (PKK)

Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 1

KONSEP PENGURUSAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:


Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1.

1.1

Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)

Memahami konsep pengurusan Islam


Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan
sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan
yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi
yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT
dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

1.1.1 Pengertian pengurusan dan pentadbiran


1.1.1.1

Pengurusan

Pengurusan

merupakan

satu

proses

sosial

selaras

dengan

perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan


dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi
hinggalah kepada pengurusan sebuah negara

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi


melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik,
teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan
pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti
mencakupi 3 elemen utama iaitu :
i.

Pengurus

ii.

Organisasi

iii.

Tatacara atau garis panduan pengurusan.

Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa sebab


pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi. Antara keperluan pengurusan
termasuklah :

Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi

tidak mungkin dapat beroperasi

dengan lancar dan bersistematik.


Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan
cekap dan pantas.
Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang
dikehendaki.
Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.
Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah.

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Proses Pengurusan
Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenalpasti
fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini
merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan.

Ramalan dan
Perancangan

Pengelolaan

Arahan

Penyelarasan

Kawalan

Pengurus melihat masa depan dan


membuat keputusan berhubung
atau berdasarkan tindakan yang
akan diambil.
Pengurus mengumpul
yang berkaitan dalam
tersendiri, kemudian
ahli-ahli
dan
menetapkan
tugas
tersebut.

kerja-kerja
kelompok
menyusun
seterusnya
ahli-ahli

Pengurus memberi arahan dan


panduan untuk memastikan kerja
dapat dibuat dengan cekap dan
sempurna.
Pengurus menyatukan segala usaha
dan aktiviti yang dikira penting
serta memastikan segala aktiviti
berjalan sesuai dengan rancangan
yang telah ditetapkan.

Pengurus membuat pemeriksaan


dan penyeliaan yang berterusan
tentang pelaksanaan rancangan dan
memastikan tindakan yang diambil
tepat.

Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.1.2 Pentadbiran
Asas sesebuah pentadbiran adalah untuk mencapai matlamat organisasi melalui
kakitangannya yang cekap, amanah, setia, dedikasi dan berkesan. Dalam
melaksanakan tugasnya, manusia memerlukan keseluruhannya pengurusan,
kepimpinan, pengambilan keputusan, perhubungan manusia dan kelengkapan
kerja membentuk satu sistem pentadbiran.

Definisi Pentadbiran

Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan


urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lainlain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk
mengurus

atau

bertindak

sebagai

ejen

dalam

hal-ehwal

fungsi

pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau


konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa
pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan
pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dr. S.P Siagian mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada tujuh peringkat


kegiatan iaitu:
Penentuan tujuan yang hendak dicapai, dimana sifat, skop dan bentuk tujuan itu
akan menentukan kegiatan yang seterusnya

Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, dimana mencakupi tujuan akhir,


strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan.

Perumusan polisi, dimana pimpinan organisasi bertanggungjawab untuk


merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan

Pengambilan keputusan, di mana ia merupakan satu proses yang penting dalam


pentadbiran.

Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan selanjutnya


dilaksanakan, atau dengan kata lain dipanggil fungsi pengurusan seperti
perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.

Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem), membolehkan pengukuran dan
perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau
standard yang telah ditetapkan sebelumnya

Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas, di mana


merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan
membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali
perjalanan organisasi, perumusan polisi baru, perancangan semula, memperbaiki
sistem pengurusan dan sebagainya.

Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.2 Menjelaskan peranan tauhid sebagai asas pengurusan


Pengenalan

Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka dengan itu, ianya tidak dapat
dipisahkan dengan paksi )slam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui roh tauhid

inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh


kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada
satu ketika dahulu.

Konsep Tauhid
Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam
semestinya berteraskan kepada konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati
ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan
sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya. Konsep
tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan
Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan
doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia
adalah makhluk Allah SWT.

Konsep ini meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang


sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah
manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha
Pencipta, sementara manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah di muka
bumi ini.

10

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Manusia tidak boleh


mengagung-agungkan inovasiinovasi manusia berupa
perundangan, adat-istiadat,
teori-teori dan falsafah-falsafah
yang bertentangan dengan
ajaran Islam itu sendiri. (Jiwa
Mohd.Isa (1998). "Konsep
Pengurusan dari Perspektif
)slam .Jurnal Produktiviti,5)
Secara idealnya pula, seseorang
itu tidak harus tunduk atau
menurut perintah ketuanya
ataupun mana-mana pihak
sekiranya perintah tersebut
jelas berlawanan dengan
prinsip-prinsip Islam.

Sesama Manusia
(Hablun Minannas)

Penciptanya
(Hablun Minallah)

Konsep tauhid bertujuan untuk menjalinkan ikatan di antara manusia


dengan :

Menyeru manusia memperbaiki


dan mempertingkatkan
hubungan kerjasama antara
mereka bagi kesejahteraan
hidup bermasyarakat.
Hubungan di antara manusia
sesama manusia hendaklah
berlandaskan kepada nilai-nilai
persaudaraan, toleransi, kasih
sayang, persefahaman dan
keadilan. Jika nilai-nilai ini
diabaikan, masyarakat akan
menjadi kucar-kacir, dipenuhi
dengan syak
wasangka,permusuhan dan
perbalahan

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid ini
dengan sebenarnya.

1. Tujuan Penciptaan Manusia

Dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan
diri kepada Aku Allah SWT. Az-Zariyat : 56)

2. Mendapat Keredhaan Allah SWT

Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan daripada Allah dan Rasulnya,
sekiranya mereka adalah daripada orang yang beriman. At-Taubah ; 62)

11

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Implikasi Tauhid Terhadap Pengurusan


Sekiranya semangat tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu
muslim dengan sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam
kepada kehidupan sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid
akan memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuan
seseorang muslim. Ini kita hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang
pentadbiran atau pengurusan seperti berikut :

12

Pengurusan Dalam Islam

AA204

1. Individu muslim akan bersikap


terbuka, tidak jumud dan sempit
fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia
akan menjadi seorang pekerja yang
beramanah, cekap dan berdisiplin. Dia
melihat organisasi sebagai satu unit
kecil daripada sistem alam semesta
yang tujuan akhirnya adalah untuk
mendapat rahmat dan keredhaan
Allah SWT.
2. Melahirkan insan yang mempunyai harga
diri (self-respect) dan keyakinan diri (selfesteem) yang paling tinggi. Dalam
organisasi , individu seperti ini akan berani
memperkatakan sesuatu yang hak dan
benar,walaupun
ini boleh menjejas
kedudukannya.
Walaupun
demikian,
sekiranya ini perlu dilakukan di hadapan
seorang ketua, ia hendaklah dilakukan
dengan cara yang hikmah.
3. Menjana insan yang mempunyai rasa
rendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikap
sombong, angkuh dan bongkak walaupun
mempunyai kuasa atau autoriti dalam
organisasi. Sikap pekerja atau pengurus
seperti ini akan dapat membentuk budaya
kerja yang dicirikan oleh semangat hormatmenghormati,
prihatin
dan
tolongmenolong di antara satu sama lain.
4. Konsep tauhid akan menjadikannya
manusia itu orang yang soleh, berani dan
berdiri tegak dalam kebenaran. Individu
tersebut percaya dia tidak akan menempah
kejayaan melainkan dia mengikut perintah
Allah SWT. Keyakinan seperti ini sudah
tentunya akan menjadikan seseorang
pekarja atau pengurus itu mengamalkan
nilai-nilai
murni,
amanah
dalam
tanggungjawab dan rajin serta cekap
menjalankan tugas.

13

Pengurusan Dalam Islam

AA204

5. Tidak akan mudah putus asa apabila


berlakunya musibah ataupun kegagalan

6. Semangat tauhid membina insan yang


mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan
kesungguhan yang tinggi.

7. Mewujudkan sikap aman, redha dan


menghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan iri
hati.

8. Membuatkan manusia patuh kepada


peraturan-peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan semestinya berteraskan konsep


tauhid. Konsep tauhid ini mencerminkan pandangan dunia dan alam yang
bersepadu. Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas
sekalian mahluk-Nya. Oleh itu sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam
dalam perkhidmatan awam hendaklah berteraskan kepada konsep tauhid
tersebut.
Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipraktikkan oleh individu Islam
dengan sebenar-benarnya, maka sudah semestinya ianya akan menghasilkan
implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan seharian.

14

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Implikasi yang boleh dikaitkan dengan pentadbiran ialah :

1. Individu muslim akan bersifat terbuka, tidak jumud dan sempit

pemikirannya.

2. Konsep tauhid akan melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan
diri yang begitu tinggi.

3. Semangat tauhid menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.

4. Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh,
berani bertindak dan berdiri tegak dengan kebenaran.

5. Orang yang beriman tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran,


keazaman, dan kesungguhan yang tinggi.

7. Semangat tauhid mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap


tamak, haloba dan dengki.

8. Konsep tauhid membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan


Allah.

15

Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.3 Menerangkan konsep al-istikhlaf.

Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang


ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan
memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan
mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang
amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia.
Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan
tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk
menjadi pengurus dunia.

Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukkan kepada


manusia sejak awal kejadian iaitu semasa Nabi Allah Adam diciptakan.
Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan dibandingkan dengan
makhluk-makhluk lain iaitu untuk memikul tugas membangun dan
memakmurkan dunia.

Dari prinsip istikhlaf inilah berpaksinya sistem kerana bermula dari titik
inilah manusia ditetapkan dengan tanggungjawab mengurus segala isi
kandungannya. Ianya adalah termasuk manusia itu sendiri, segala sumber
kekayaan alam dan segala pemberian serta kemurahan Ilahi dalam bentuk
ilmu termasuk sains dan teknologi.
Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : Bagi Allahlah segala yang ada
di langit dan di bumi . Terjemahan Surah al-Maidah : 17. Oleh itu manusia
bertanggungjawab menjaga, mengolah, mengguna dan mengagihkan harta
yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka
yang memerlukannya.

16

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Secara terperincinya boleh dijelaskan seperti berikut :-

i)

Melaksanakan tanggungjawab sebagai


khalifah.

Kedudukan ini meletakkan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T
dalam keadaan keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang
boleh mendatangkan kerosakan kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada
alam sekitar, pembaziran dan pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber
manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status
manusia dalam konteks ini diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah S.W.T dan
bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia
sebagai khalifah ini, Allah berfirman yang bermaksud :

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan
sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang
diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya Dia
Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang . Surah Al-An am ayat

ii) Memakmurkan bumi


Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah
pengeluaran, mempertingkatkan kidmat bakti kepada masyarakat, membangun
dan menggalakkan pertumbuhan. Tentang peranan ini, al-Quran menjelaskan
dalam surah Huud ayat 61 yang bermaksud : Dia telah menciptakan kamu dari
bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya . Falsafah ini jelas mengikat
manusia dengan peranan yang positif untuk memakmurkan bumi. Dalam
perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan menjuruskan segala aktiviti
perekonomian di atas landasan yang sihat dan bermanfaat.

17

Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.4 Membandingkan Pengurusan Islam dan Barat

Teras Pengurusan

Pengurusan
Islam

Berdasarkan
paradigm tauhid yang
menekankan
keseimbangan dan
kesepaduan antara
tuntutan keduniaan
dan akhirat

Pengurusan
Barat

Tidak berteraskan
prinsip agama,
malahan bersifat
dualism dalam banyak
hal

Matlamat

Pengurusan
Islam

Keuntungan dan
tanggungjawab sosial
membawa kepada
kebaikan hidup
individu,organisasi,
Negara dan ummah
secara menyeluruh

Pengurusan
Barat

Memaksimumkan
keuntungan untuk
kebaikandiri,
organisasi serta
negara dari sudut
kebendaan dan
keduniaan sematamata

Fungsi Individu

Pengurusan
Islam

Pengurusan
Barat
Sebagai hamba Allah
dan juga khalifahNya di
bumi ini.

Mengabdikan diri
kepada ketua dan
organisasi

18

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Sistem Ganjaran

Pengurusan
Islam

Upah yang setimpal


di samping
mengambil kira
persoalan dosa dan
pahala yang bersifat
lahiriah
dankerohanian

Pengurusan
Barat
Bersifat lahiriah
keduniaan yang
bersifat jangka
pendek

Falsafah Bekerja

Pengurusan
Islam

Berlandaskan niat
yang ikhlas dan
menjadikan bekerja
sebagai satu ibadah
dengan segala
implikasinya

Pengurusan
Barat

Bekerja untuk
mendapat kepuasan
kebendaan,untuk
kehidupan dan
kepuasan diri sematamata.

Motivasi bekerja

Pengurusan
Islam

Didorong untuk
mendapat keredhaan
Allah selain daripada
untuk memenuhi
tuntutan majikan

Pengurusan
Barat

Lebih didorong oleh


faktor kebendaan dan
pengiktirafan majikan

Ukuran Prestasi

Pengurusan
Islam

Berdasarkan dimensi
ekonomi, kerohanian
dan juga
tanggungjawab sosial

Pengurusan
Barat

Lebih berdasarkan
dimensi ekonomi dan
kebendaan

19

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Sumber

Pengurusan
Islam

Wahyu iaitu al-Quran


dan al-Sunnah

Pengurusan
Barat

Sentiasa berubah dan


amat bergantung
kepada dorongan
suasana dan tuntutan
semasa

Etika Kerja

Pengurusan
Islam

Berasas kepada akhlak


atau etika Islam yang
abadi

Pengurusan
Barat

Berubah-ubah
mengikut norma dan
nilai masyarakat yang
berubah

Penekanan

Pengurusan
Islam

Membina peribadi dan


akhlak insan

Pengurusan
Barat

Menekankan ilmu dan


kemahiran sehingga
meremehkan soal
akhlak

Kaitan dengan agama

Pengurusan
Islam

Terikat dengan hukum


hakam agama
terutama dalam
membuat keputusan
dan membentuk
budaya.

Pengurusan
Barat

Tiada kaitan langsung


dengan hukum hakam
dalam amalan
pengurusan.Ini kerana
agama menurut
mereka hanyalah
urusan peribadi.

20

Pengurusan Dalam Islam

1.1.5

Membincangkan

contoh

model

pengurusan

AA204

zaman

Rasulullah s.a.w.
Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepada
syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah
merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan
satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui
perantaraan Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadi
contoh yang terbaik kepada manusia

dalam menguruskan urusan duniawi

mahupun ukhrawi.

Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin


yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya
kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya
merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.

Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu :

i.

Era Mekah

ii.

Era Madinah.

21

Pengurusan Dalam Islam

AA204

ERA MEKAH
A.

PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN DAKWAH

Dakwah Secara Rahsia

Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwah
telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan
Nabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai Baginda
SAW.

Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :i.

Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)

ii.

Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)

iii.

Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan di
bawah jagaan Baginda)

iv.

Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)

Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannya


melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilangan
mereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelar
sebagai al-Sabiqun al-Awwalun.

Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjang
tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk
Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahui
dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun
mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah
Nabi Muhammad SAW.

22

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dakwah Secara Terbuka


1. Terus terang kepada Kaum Kerabat

Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke -4 kenabian Baginda SAW. Ayat
pertama yang turun berkenaan hal ini ilaha ayat 214 dari surah Asy-Shu ara :

Ertinya : Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu


yang dekat.

Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada
beberapa langkah :

1. Memanggil Bani Hashim.


Turut serta ialah Bani alMuttalib bin 'Abd Manaf.
Sebelum Nabi SAW berucap,
Abu Lahab terlebih dahulu
memberikan ucapan dengan
meremehkan Nabi SAW.

2. Baginda memanggil
mereka kali kedua. Kali ini,
Abu Talib telah mengatakan
bahawa sokongan akan
diberikan terhadap apa yang
diucapkan oleh Nabi SAW.

23

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit, Celaka engkau
seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami? Kemudian
turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.

2. Terus terang kepada orang ramai (umum)

Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah SAW setelah turunnya perintah Allah di
dalam Surah al-Hjir ayat 94 :

Ertinya : Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada


kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan
tentangan kaum musyrikin.

Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesarpembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan
menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.

Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy.
Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai
penyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pemgikut
Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

B.

PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN

Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan


kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah
diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah
dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah
dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya.

24

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10


tahun di Madinah.

Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya
terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan
Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya
apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar.
Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanakkanak Islam Madinah membaca dan menulis.

Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh


dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa
tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.

Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan

25

Pengurusan Dalam Islam

Menyamp
aikan ilmu
Pendidika
n Islam

Rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang


pertama, iaitu pada tahun 610 M. Galakan Rasulullah SAW kepada
umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan
sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan
diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti
menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat
, di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW
sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada
dalam kejahilan dan buta huruf.

Perintahka
n sahabat
belajar
menulis

Baginda menyuruh agar setiap seorang memberi pelajaran kepada


keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah
mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran
dan tafsirnya, hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta
bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan
masalah yang baru berlaku dari satu masa ke satu masa.

Galakan
kepada
kaum
perempua
n untuk
menuntut
ilmu

Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya samasama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah
mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isterinya Sayyidah Hafsah
menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan
bilangan umat Islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada
lelaki atau perempuan.

AA204

C. PERANCANGAN RASULULLAH SEBELUM BERHIJRAH


Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan
oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :
i.

Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang
yang beragama Islam.

ii. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin
Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal
puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah
mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk
member perkhabaran tentang orang Quraish.

26

Pengurusan Dalam Islam

AA204

iii. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu Amir bin

Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka


bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan
mereka minum susu pada waktu malam.

Contoh di atas membuktikan bahawa perancangan dan pengurusan adalah perkara


yang amat penting dalam Islam.

ERA MADINAH
Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk,
yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada
tiga kabilah, iaitu Qainuqa , al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak
aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di
kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj
dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan, sama ada antara etnik dan kabilah
atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti
kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.

Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat


pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk
mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah SAW membuat perjanjian
dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam
pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut


bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam
Madinah.

27

Pengurusan Dalam Islam

Membina
masjid

Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan


harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para
sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen
untuk menyatupadukan ummah, sebuah universiti bagi mengajar
soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk
kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan
tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.

Program
Keluarga
angkat

Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini


sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad
yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi
yang mempunyai kesan jangka panjang dalam menjayakan
sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang
dilakukan oleh Nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara
golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada
Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada
Ansar.

Perjanjian
dengan
Yahudi

AA204

Rasulullah SAW membuat perjanjian bertulis dengan yahudi.


Dalam perjanjian tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap
golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan
menjalankan syariat agamanya masing- masing dengan dasar
saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib
menjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota madinah serta
bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan
serangan musuh dari luar kota.Mereka akan menjadikan kota
madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus
terpelihara kesuciannya.

Aspek-aspek Utama Piagam Madinah

Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah


yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara
penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk
kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua
ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka
sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang


tidak terpengaruh dengan apa apa elemen yang tidak baik dari luar.

28

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan


bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan
musuh.

Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing


masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka
mematuhi perlembagaan tersebut.

Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di


dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang
memerintah dunia selama tujuh abad.

Hal ini menunjukkan pencapaian besar Rasulullah SAW dalam pelaksanaan


hijrah dan mengubah landskap akidah, undang-undang dan akhlak masyarakat
jahiliah adalah kerana kecemerlangan perancangan yang strategik. Rasulullah SAW
menyedari walaupun Islam baru bertapak di Makkah, tetapi ia memiliki kekuatan
untuk membina masa depan manusia selari dengan standard piawaian yang
ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, kepimpinan Rasulullah dalam merancang
dan menguruskan pentadbiran perlu dicontohi bagi melahirkan sistem
pengurusan yang terancang dan sistematik.

RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

29

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami ush Shaghir .
Johor Darul Ta zim: Perniagaan Jahabersa. )SBN: 3-077-288-8)

Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.

30

Bab - 2
Objektif Dan Prinsip Pengurusan Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)
Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)
Norni bt. Abd Wahab (PKK)

Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 2

OBJEKTIF DAN PRINSIP


PENGURUSAN ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)

Objektif Pengurusan Islam

Sebagai sistem pengurusan, sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau


objektif yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat
penting. Di antara kepentingan objektif termasuklah: (Rasid Muhamad : 2011)
1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang
melambangkan matlamat yang hendak dicapai. Ia menjadi garis
panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi
2. Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber
yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kea rah pencapaian
objektfif yang telah digariskan.

3. Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan

dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini,


pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan .

4. Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran


dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian
diperolehi. Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran
pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah
datang.

dapat
yang
serta
yang

32

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dalam konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya


tidak lari dari matlamat umum syari ah )slamiah iaitu: (Rasid Muhamad : 2011)

a Menjaga keselamatan agama

Menjaga keselamata agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan


terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti
sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks
organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan
hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman
tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan
yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan

b. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)

Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara
jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara
nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah:

Bermaksud:

De ga sebab kisah pe bu uha keja ya g de ikia itu, Ka i tetapka atas Ba i


Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang
membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi,
maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga
keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan
hidup a usia se ua ya. (al-Maidah:32)

33

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Keterangan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap
individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi
keutamaan. Ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di lapangan
perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam
nyawa manusia hendaklah dihindarkan.

c. Menjaga keselamatan akal

Menjaga akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah Islam. Oleh
itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang
paling berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yang
membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu
dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara
keseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan akal adalah
dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkan
perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia

Ini berdasarkan firman Allah:

Bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan

berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya

kamu berjaya.

al-Maidah:90

34

Pengurusan Dalam Islam

AA204

d. Menjaga keselamatan Maruah

Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat


syariah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah
dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.

Ini sejajar dengan firman Allah :

Bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan .
al-)sra :

Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina
dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat
dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan
budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu,
organisasi dapat dillihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan
masyarakat.

35

Pengurusan Dalam Islam

AA204

e. Menjaga keselamatan harta

Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid alsyariah. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:

Bermaksud:

Da ora g lelaki ya g e uri da ora g pere pua ya g e uri aka


(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah,
dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksa a. (al-Maidah:38)

Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yang
dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru itu, setiap
individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta
dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara
harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlaku
pemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehi
harta yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkannya dengan cara yang
salah seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Segala amalan yang baik
tersebut perlu dijadikan

budaya di kalangan warga organisasi. Dengan itu,

pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah. (Rasid Muhamad :
2011)
Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan
budaya yang ingin dikembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiring
dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi
itu sendiri.

36

Pengurusan Dalam Islam

AA204

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam (CLO 2)

Prinsip Pengurusan Islam


Pengurusan )slam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada kerajaan

)slam atau pemerintahan )slam. Oleh itu, prinsip sebuah Negara )slam. Secara
umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

a. Al-Ubudiyyah

Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi
utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri
seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseoang
individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan
pengabdian diri kepada Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia
dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang
ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya
kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada
suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah
merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya.

(Ahmad

Ibrahim : 1991)

37

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Firman Allah :

Bermaksud :
Ja ga lah ka u se

ah dua tuha . Ha ya Dia Tuha ya g Esa, se a itu takutlah

kamu kepada Ku. Allah memilikki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya
(hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain
daripada Allah
(an-Nahl:
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan
muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang
pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami
konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim : 1991)
1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia
dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid sematamata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana
sahaja sama ada di kebun, di tempat-tempat perniagaan kerana semua
perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta
pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri
dengan Allah.

2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau


kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah)
Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata
kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.

38

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Firman Allah Bermaksud:

Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka jawab ruh: Ya, kami bersaksi
supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya
kami lupa terhadap hal ini .
(al-A raf : 7
Firman Allah :

Bermaksud:
I gatlah ketika Tuha u erfir a kepada alaikat: sesu gguh ya Aku aka
e jadika seora g khalifah di atas uka u i. Maka jawa
ereka: adakah patut
Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan
e u pahka darah seda gka ka i ertas ih e uji da
e su ika E gkau?
Allah erfir a : esu gguh ya Aku e getahui apa ya g tidak ka u ketahui.
(al-Baqarah: 30)

Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada


manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan
dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya
sebagai punca rezki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah.

(Ahmad

Ibrahim : 1991)
Firman Allah yang bermaksud :
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi sertra memakmurkan kamu di
dalamnya.

(Hud: 61)

39

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan


pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya
organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah
serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep


pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya
adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai
oleh Islam.

2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai


matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiah
kepada Allah . Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut
mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan
terhadap konsep matlamat menghalalkan cara.

3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong


oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud
budaya yang bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.

40

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati dapat memberi kesan yang positif
kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang
diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah:
(Rasid Muhamad : 2011)

1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan


dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan
mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan
tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan
bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam
sesebuah organisasi.

Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan

2.

setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah


dengan

menjaga

adab

dan

syarat-syaratnya.

Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk


nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.

3.

Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu


yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini
akan

menyumbang

ke

arah

pengurusan

dan

mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif


seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya

4.

tindakitu,

Agama menjadi unsur utama dalam menetukan


tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan
seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama
sebagai

penentu

nilai

perkembangan organisasi

utama

dalam

kegiatan

41

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana


melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan
sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan
mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan
kemajuan organisasi.

b. Al-Syura

Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang ke dua. Kepentingannya ditegaskan


dengan nyata di dalam al-Qura dapat dikukuhka oleh su

ah Rasulullah s.a.w serta

amalan para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan
seharian.

Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:


1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik
berdasarkan logik akal , keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai
lebih baik daripada pandangan seorang.

2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada


perbincangan yang lebih matang dan mendalam

3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana


ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

4. Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang
dibuat telah diputuskan secara ramai

42

Pengurusan Dalam Islam

5.

AA204

Syura akan meningkatkan komitmen pekrja kerana keputusan tersebut


dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang
dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

6. Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu,


berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang
berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama
apabila mereka diajak berbincang dan membuat keputusan bersama.

Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka
yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat
baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut: (Rasid
Muhamad : 2011)

1. Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang
yang zalim dan melakukan kejahatan.
3. Seorang yang jujur dan bertaqwa.
. 4. Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.
5. Seorang yang adil.
6. Seorang yang berilmu dan terpelajar.
7. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah

43

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks


organisasi melibatkan perkara-perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi.


2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut
syariah.
3. Meluluskan program-program kewangan
4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memkirkan bagaimanakah cara
untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.
5. Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan
perlu.
6. Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar
7. Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan
pendapat demi kemaslahatan organisasi.
harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang
8. Menggunakan
diputuskan oleh syara.

c.

Al-Hurriyah

Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini
bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia
miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa
sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.. (Rasid Muhamad : 2011)

Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan


melibatkan perkara-perkara berikut:

1.Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang


dianuti.
2.Kebebasan berfikir.
3.Kebebasan bersuara.
4.Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5.Kebebasan untuk menuntut ilmu.
6.Kebebasan bergerak.

44

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambilkira


beberapa perkara berikut:

1. Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan


awam. Hal ini kerana dalam Islam, apabila bertembung antara
kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan
umum itu hendaklah didahulukan.

2. Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud


kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan
kepentingan dan kebebasan diri.

3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip


agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.

Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organisasi, kebebasan


melambangkan penghargaan Iwslam terhadap hak yang dimiliki individu,
selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam.
Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti, serta keterbukaan yang
dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kea rah kebaikan dan
kecemrlangan organisasi.

45

Pengurusan Dalam Islam

AA204

d. Al-Musawah

Al-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam.


Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal
daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang

membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan,
tanggungjawab dan ketaqwaan.

Firman Allah:

Bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari


lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersukupuak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu).

(al-Hujurat:13)

46

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Pelaksanaan musawah atau persamaan di dalam organisasi melibatkan beberapa


perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari


sudut peraturan dan undang-undang.

2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut


kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah,
kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri.

3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan


kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai
peluang dan hak yang sama.

4. Pembahagian tugas hendaklah mengambilkira aspek


kemanusiaan dan persamaan.

Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan


kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan
keturunan, warna kulit dan sebagainya. Tetapi ia dibina atas dasar persamaan,
yang mana dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan yang
sama untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan
organisasi.

47

Pengurusan Dalam Islam

AA204

PRINSIP OPERASI
2.3.1 MEMBINCANGKAN PRINSIP OPERASI
Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan
merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan
seseorang pengurus. Untuk membantu kejayaan pengurus menguruskan pekerja
dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang
pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi
pengurusan Islam.

Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga
sebahagian daripada prinsip ini juga dipraktis dalam pengurusan moden.
Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah
beberapa prinsip tersendiri yang membezakannya dengan pengurusan moden.
Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan
kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam.
(Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif Islam Azman Che Omar)

2.3.2 MENGHURAIKAN KETAATAN KEPADA ORGANISASI


PENGENALAN
Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa
mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat
digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua
(imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara
berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah
juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup
berorganisasi. Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri
penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.

48

Pengurusan Dalam Islam

AA204

DEFINISI ORGANISASI

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung
antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
Dalam buku Mengurus Secara )slam , Yusof )smail mengungkapkan, organisasi
didefinasikan sebagai struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan Jackson
dan Musselmen,
, kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk
mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.
KETAATAN KEPADA ORGANISASI

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada


pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.

Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus
tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.

Meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama
bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu :

arahan tersebut mestilah berada dalam


bidang tersebut.

kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam


deskripsi kerja.

kerja tersebut boleh dilakukan mengikut


keupayaan mental dan fizikal pekerja.

49

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia


penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang
hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga
melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang
ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman
Allah s.w.t :

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa)
dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan
ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang
lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan
arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh
Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :

Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah

Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti


mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua)

bererti ia melanggari perintahku . Riwayat Muslim)

50

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang
atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang
bermaksud :

Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam

keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang
disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu . Riwayat
Muslim)

Ketaatan kepada arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi


mana ia tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah SWT
dan rasulNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda baginda
yang bermaksud :

Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang

disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat.
Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat maka tiada adalah menjadi
kewajipan untuk didengar dan ditaati . Riwayat Muslim

Kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya


seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi
ke arah kecemerlangan.
Dengan adanya ketaatan ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar akur dan
menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai
ataupun tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

51

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan
kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.

Kesetiaan kepada organisasi

Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :


1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada
organisasinya.
2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian
syarikatnya.
3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi
yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada
organisasi pesaing.
4. Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa

Kepatuhan kepada disiplin

1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan

operasi organisasi berjalan dengan lancar.


2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh
setiap individu yang bekerja di dalamnya.
3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya
akan memusnahkan organisasi akhirnya.
4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan
bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan
kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

52

Pengurusan Dalam Islam

AA204

CIRI-CIRI ORGANISASI
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang
tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik
seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat
penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan
sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat
nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau
nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan
peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat
awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza
dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.
Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai
hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil
dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan
bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar
mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti
itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi
lagi.
Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis
pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan
mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran.
Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran,
dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara
pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.
2.3.3 PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN
TUGAS
Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.
Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja.
Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada

53

Pengurusan Dalam Islam

AA204

pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan


kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti
memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi mebolehkan
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah
wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan
autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam
menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samada kepada pekerja
bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada
kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau
pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor
pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia
yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk
memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada
gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil
kepada pemimpin. Selanjutnya amalanpenyerahan kuas ini secara tidak langsung
akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan
ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diserahi
tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.

PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT


Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah
diwarisi pula oleh para sahabat. Mohd Kurd Ali mengatakan :

Cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya,
Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan
urusan

pentadbiran

tempatan,

permasalahan

awam

dan

mereka

juga

bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan


tertutup atau dalam keadaan terbuka.

54

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin,
teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini
sebenarnya yang dicita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih
merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam
statut.
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur
seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan
pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah
organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan
kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

3.2.3 MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN


Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting
dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang
bawahan. Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang
melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka
Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan
Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang
lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (al-Nahl : 97)

55

Pengurusan Dalam Islam

AA204

PEMBAHAGIAN GANJARAN

PEMBAHAGIAN
GANJARAN

Ekstrinsik
Ganjaran kewangan
upah dan bonus

seperti

Instrinsik
kenaikan

Ganjaran penghargaan seperti surat


pujian dan sijil pekerja cemerlang

Kita harus maklum bahawa pengurus hari ini tidak berkuasa untuk memberikan
ganjaran kewangan secara terus dan segera kepada pekerja yang cemerlang.
Justeru, pengurus akan mencadangkan pekerja yang berprestasi cemerlang
diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi.
Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik
mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini
seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian
dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.

56

Pengurusan Dalam Islam

AA204

RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami ush Shaghir .
Johor Darul Ta zim: Perniagaan Jahabersa. )SBN: 3-077-288-8)

Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.

57

Bab - 3
Proses Pengendalian Pengurusan Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)
Nurshahiza bt Mohamad Isa (PSP)
Norni bt Abd Wahab (PKK)

Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 3
PROSES PENGENDALIAN
PENGURUSAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1.

Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam

3.1 Memahami proses pengurusan


Pengenalan
Kebanyakan sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan
melibatkan persoalan perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan
dan pengawalan. Ianya merupakan rentetan pekerjaan yang perlu dilakukan oleh
seseorang pengurus. Ianya juga dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau
proses kerja pengurusan.
Islam tidak melarang umatnya menggunakan sebarang teori selagi teoriteori tersebut tidak bertentangan dengan nas-nas yang sahih dan jelas dalam
syariat Islam. Malahan terdapat banyak perkara dalam pengurusan konvensiaonal
yang bersamaan dengan apa yang telah digariskan dalam pengurusan Islam. Begitu
juga dengan perbezaan atau perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat
Islam dan sukar disatukan antara kedua-dua bentuk pengurusan tersebut.
Bab ini akan membincangkan amalan atau proses kerja pengurusan dalam
Islam seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. Prosesproses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaannya kerana pengurus yang
merancang kebiasaannya bukan hanya sekadar menyusuli tindakannya dengan
menyusun, bahkan tindakan seperti merancang, menyusun dan mengawasi
dijalankan secara serentak.

59

Pengurusan Dalam Islam

AA204

3.1.1 Menjelaskan proses pengurusan:


Secara umumnya, elemen pengurusan dan pentadbiran melibatkan empat
unsur utama iaitu :

PERANCANGAN

PEORGANISASIAN

KEPIMPINAN

PENGAWASAN

a. Perancangan

Pengenalan
Elemen utama dalam pengurusan ialah perancangan. Perancangan merupakan
sesuatu yang amat penting terutamanya dalam sesebuah organisasi. Tanpa
perancangan yang rapi,

sesebuah organisasi tidak akan dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Menurut Saidina Ali:

kebenaran yang tidak tersusun akan

dikalahkan oleh kepalsuan yang tersusun .


Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh akan mempengaruhi keberhasilan
dan kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan yang teliti juga melambangkan
keunggulan sesebuah organisasi terutamanya dalam persediaan menghadapi
pelbagai masalah dan cabaran masa depan.

60

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Elemen perancangan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut :

Pengenalpastian sumber yang ada


Penentuan matlamat atau objektif organisasi
Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif
Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai objektif
Falsafah dan prinsip organisasi
Keseluruhan kegiatan organisasi

Proses perancangan :
Perancangan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi biasanya melibatkan
proses berikut :

Menentukan
objektif yang
hendak dicapai
oleh organisasi
(jangka
panjang dan
jangka pendek)

Menganalisis
suasana dan
status semasa
yang melibatkan
persekitaran
dalaman dan
luaran
organisasi dan
hubungannya
dengan
matlamat yang
hendak dicapai
oleh organisasi

Mengenalpasti
kekuatan dan
kelemahan
organisasi.Ini
termasuklah
factor atau
cabaran yang
boleh menjadi
ancaman
kepada
organisasi

Mengemukakan
pelan tindakan
yang bersifat
jangka panjang
dan pendek
yang
seharusnya
dilaksanakan
bagi mencapai
matlamat
organisasi

Contoh perancangan dalam Islam


Contoh terbaik yang dapat dijadikan sebagai role model ialah perancangan
Rasulullah ketika menyampaikan dakwah di Mekah semasa awal kedatangan Islam
dan seterusnya mengembangkannya di Madinah.

61

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Peringkat pertama

Pada peringkat awal, dakwah yang dilaksanakan adalah


bersifat tertutup dan sulit. Hal ini kerana mengambil
kira kekuatan dalaman umat Islam ketika itu serta
ancaman yang bakal diterima daripada golongan
musyrikin Mekah ketika itu.

Peringkat kedua
Setelah umat Islam telah mencapai sedikit kekuatan,
dakwah dilaksanakan secara terbuka dan terangterangan.

Peringkat ketiga
Setelah ancaman terhadap umat Islam semakin kuat, baginda merancang
untuk meneruskan dakwah di Madinah. Rentetan daripada itu, penghijrahan
pun dilaksanakan dengan penuh teliti dan ianya berjaya dilaksanakan. Di
Madinah, rasulullah telah membuat beberapa perancangan strategik seperti
mendirikan masjid, mempersaudarakan orang ansar dan Muhajirin,
menggubal perlembagaan Madinah, mendirikan pasar, mengukuhkan
Madinah sebagai sebuah Negara, menjalankan hukum dan peraturan Islam
dan membina masyarakat dan negara yang berdaulat, kuat dan dihormati.

b. Pengorganisasian
Pengenalan
Perancangan yang tidak baik tidak akan mendatangkan hasil jika ianya
tidak diorganisasikan. Pengorganisasian

merupakan

kesinambungan

daripada perancangan. Ia mempengaruhi keberhasilan perancangan yang


dilaksanakan.

Maksud pengorganisasian
Pengorganisasian ataupun juga penyusunan merujuk kepada

proses

penentuan tenaga, terutama tenaga manusia supaya ianya diurus dan


disusun dengan rapi agar matlamat organisasi tercapai .

62

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Penyusunan sebagaimana yang dibahaskan oleh sarjana pengurusan biasanya


melibatkan perkara-perkara berikut :

Menentukan tenaga kerja yang tertentu bagi satu tugas yang tertentu
Mengenalpasti tenaga yang terlibat
Menentukan kesesuaian bakat, potensi serta kemampuan seseorang
pekerja

Kepentingan Penyusunan
Penyusunan merupakan proses yang penting. Di antara kepentingan penyusunan
adalah seperti berikut :

Tenaga dan sumber organisasi yang terhad dapat dimanfaatkan secara


optimum.
Warga organisasi akan disusun dan diberikan tugas secara tepat dan
sesuai dengan kepakaran,pengalaman,kecenderungan, kemampuan serta
potensi
Memanfaatkan bakat dan potensi yang ada untuk keberhasilan matlamat
organisasi.
Dapat mengelakkan pembaziran.
Mewujudkan penyelarasan.
Dapat melakukan penambahbaikan.
Memastikan matlamat serta objektif organisasi tercapai.

63

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Proses Penyusunan
Senaraikan kerja
yang hendak
dilaksanakan

Membahagikan tugas
mengikut kesesuaian

Mewujudkan unit

Mewujudkan
penyelarasan

Proses penyusunan melibatkan


proses-proses berikut :

Mengawasi
perlaksanaan,
melakukan
penyesuaian dan
penambahbaikan

Contoh penyusunan :

Peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh


penyusunan yang sangat baik. Dalam peristiwa hijrah, baginda melaksanakan
konsep di mana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya :

Saidina Abu Bakar sebagai teman ketika berhijrah.


Asma bt Abu Bakar yang masih kanak-kanak membekalkan makanan
semasa baginda bersembunyi di Thur.
Ali bin Abu Talib tidur di tempat tidur baginda di malam penghijrahan.
Amir bin Furaihah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda,
Abu Bakar dan Asma melalui binatang ternakannya.

Abdullah bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat ke Madinah.

64

Pengurusan Dalam Islam

AA204

c. Kepimpinan

Pengenalan
Untuk melaksanakan perancangan dan perorganisasian, ianya memerlukan
pengarahan. Pengarahan ini berkaitan dengan fungsi kepimpinan dalam
organisasi. Salah satu aspek penting disiplin dalam pengarahan ialah kepatuhan
terhadap arahan yang diberikan. Ini selaras dengan Firman Allah SWT (an-Nisa:
59)

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri
orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengendalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

65

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Pengarahan merupakan penggunaan kuasa dan mandat yang ada pada


seseorang pemimpin. Ianya perlu digunakan secara berkesan. Kuasa
merupakan unsur penting kepada pemimpin. Seperti yang dihuraikan oleh
Abdul Aziz Yusof (2000), kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin
seperti :

Membolehkan pemimpin mengarahkan pekerjanya untuk


melakukan tugas dan perubahan sebagaimana yang dikehendaki

Membolehkan
pemimpin
melaksanakan perubahan

mengagihkan

tugas

dalam

Membolehkan pemimpin membuat keputusan terutamanya


dalam menentukan siapakah yang layak untuk melakukan
perubahan, apakah yang perlu diubah dan bagaimanakah
perubahan perlu dilakukan
.
Kuasa merupakan satu sImbol atau penghormatan.Oleh
itu,cadangan perubahan yang dilakukan akan lebih mudah
diterima, dihormati dan disokong

Membolehkan pemimpin memberi idea baru dan meyakinkan


pihak lain untuk menerima idea yang dikemukakan

Membolehkan pemimpin membuat justifikasi ke atas setiap


perubahan yang dicadangkan

Membolehkan pemimpin mempengaruhi individu tertentu atau


kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakan
cadangan atau ingin melakukan perubahan

66

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Contoh kepimpinan :

Dalam sejarah Islam ketika berlakunya penghijrahan, Rasulullah telah


menunjukkan proses kepimpinan yang baik. Rasulullah telah mengarahkan
Ali bin Abi Talib agar tidur di tempat baginda pada malam hijrah. Saidina Ali
akur pada arahan tersebut walaupun menyedari akan risiko yang perlu
ditempuhinya. Ini menunjukkan kepimpinan amat perlu bagi memastikan
arahan dapat diterima dengan baik. Ianya melambangkan realisasi yang
unggul dari konsep kepimpinan yang digariskan dalam Islam.

d. Pengawasan

Pengenalan
Untuk memastikan perancangan, pengorganisasian dan pengarahan dilaksanakan
dengan baik, ia memerlukan pengawasan. Azman Che Omar (2003), mentakrifkan
pengawasan dalam konteks organisasi sebagai :

satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau
terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan
yang sedia ada

Jaafar Muhammad (2003:53) mendefinisikan pengawasan sebagai :

Satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi kearah


kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan
seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian
dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan. Di antara kepentingan
pengawasan menurutnya termasuklah :

67

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Memastikan perjalanan organisasi sejajar dengan matlamat yang ditetapkan

Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam perlaksanaan


kegiatan organisasi

Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam


organisasi

Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskinikan


perjalanan organisasi

Memastikan keutuhan organisasi, kerana proses kawalan melibatkan


dalaman dan luaran

Proses kawalan biasanya melibatkan beberapa kegiatan. Jaafar Muhammad (2003)


menghuraikan pengawalan tersebut biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

Menetapkan piawaian atau ukuran yang hendak dicapai


berkaitan dengan matlamat organisasi

Mengukur pencapaian yang dicapai berbanding dengan


matlamat yang disasarkan

Mengenalpasti masalah dan penyelewengan jika ada

Mengambil tindakan atau melakukan pembetulan


terhadap masalah yang dihadapi

68

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dalam tradisi Islam, pengawalan ini amat diutamakan. Namun jika diteliti, Islam
menekankan kawalan yang melibatkan pengawasan dan pengawalan dalaman

yang bersifat kemanusiaan. Hal ini penting kerana unsur utama dalam organisasi
ialah manusia . Pengawasan ini perlu dilakukan dengan melibatkan semua warga
organisasi sama ada dari kumpulan pemimpin, mahupun mereka yang dipimpin.

Kawalan pertama dalam tradisi Islam bersifat dalaman yang merujuk kepada
kawalan bersifat peribadi. Ia juga berkaitan dengan sifat intergriti yang ada di
dalam diri seseorang. Syed Omar Syed Agil (1994), menghuraikan kawalan
peribadi ini melibatkan perkara-perkara berikut :

1
Seseorang pekerja
perlu mempunyai sikap
amanah dalam setiap
pekerjaannnya sama
ada yang melibatkan
urusan peribadi atau
urusan
kemasyarakatan.

Mempunyai sikap adil


dalam pengendalian
urusan orang lain dan
tidak menzalimi mereka
dengan tidak
menyerahkan apa yang
menjadi hak mereka

3
Seseorang itu perlu
melaksanakan kerja
secara sempurna,
walaupun terpaksa
mengorbankan
kepentingan diri sendiri

Kawalan kepimpinan atau organisasi pula berkait dengan fungsi pemimpin


terutama dalam memastikan apa yang dirancang berjalan dengan sebaiknya. Ini
termasuklah perkara-perkara berikut :

69

Pengurusan Dalam Islam

Melakukan penilaian
terhadap pencapaian
setiap fungsi yang
ditugaskan untuk
mengendalikannya

Setiap anggota harus


diberikan maklumat
yang betul mengenai
visi, misi dan peraturan
organisasi

Melibatkan seluruh
pekerja yang berkaitan
dalam menjalankan
tugas termasuklah
sistem reward and
punishment yang adil.

Memastikan tidak ada


sebarang bentuk pilih
kasih

Meletakkan pekerja itu di


tempat yang betul dan
adalah tidak adil
meletakkan pekerja itu di
tempat yang tidak
bersesuaian dengannya.

Tidak bertundak secara


dictatorship iaitu
hendaklah membuat
keputusan selepas
musyawarah

Pengawasan bertujuan
untuk melihat
kelemahan sebagai
manusia yang mungkin
lalai dalam melakukan
tugas

AA204

Pemimpin perlu
mendapatkan maklumat
dengan tepat untuk
memastikan pekerja
menjalnkan tugas
dengan penuh
tanggungjawab

Kawalan juga merujuk kepada penguasaan seseorang pekerja terhadap tatacara


dan kaedah bekerja yang sewajarnya mereka lakukan. Ini termasuklah menguasai
dan melibatkan perkara-perkara berikut :

Membuat laporan tentang


perkembangan tugasan dan
kenalpasti masalah yang timbul
sebagai maklumbalas kepada pihak
organisasi
Bertanggungjawab secara langsung
kepada ketua kerana tugas itu amanah
Allah yang dipersetujui bersama
Mengetahui sistem dan prosedur kerja
yang cekap dalam melaksanakan
tugas dengan berkesan
Bekerja sebagai satu pasukan dengan
rakan sekerja yang lain
Melakukan kerja dengan penuh
amanah dan tidak telibat dengan
perkara-perkara yang bercanggah
dengan etika Islam

70

Pengurusan Dalam Islam

AA204

RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami ush Shaghir .
Johor Darul Ta zim: Perniagaan Jahabersa. )SBN: 3-077-288-8)

71

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.

72

Bab - 4
Etika Kerja Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS)
Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)
Norni bt. Abd Wahab (PKK)

Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 4
ETIKA KERJA ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Membincangkan etika kerja menurut Islam. (CLO 3)

4.1

Memahami etika kerja Islam, tanggungjawab majikan dan pekerja

Pengenalan
Setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf
keprofesionalan sesuatu bidang, maka semakin tinggi dan tegas kod etika
profesion tersebut. Sejarah telah membuktikan kepentingan etika dalam
kehidupan dan ianya telah menjadi topik perbincangan sejak zaman dahulu lagi.
Etika merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kerana ianya
menjadi asas untuk seseorang bertindak yang akhirnya menjadi nilai yang
dihormati dan diterima-pakai dalam masyarakat. Begitu juga denga pengurusan
dalam Islam. Ianya mempunyai etika tersendiri yang mampu menyumbang kepada
kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi yang dipimpin.

4.1.1 Menjelaskan etika kerja Islam, tanggungjawab majikan dan pekerja


Pengenalan
Dalam Islam, etika atau moral ini mirip kepada konsep akhlak walaupun ianya
berbeza dengan moral Barat. Hal ini kerana akhlak dalam Islam, dasarnya
ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Ianya bersifat mutlak, menyeluruh dan
mempunyai pertimbangan dosa dan pahala.

74

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Kepentingan etika
Antara kepentingan etika ialah :

Memupuk nilai dan sikap yang positif dalam sesebuah organisasi.

Membentuk kawalan dalaman di kalangan warga organisasi dan mengukuhkan


sistem kawalan luaran sedia ada.

Membentuk budaya positif dalam organisasi.

Satu usaha menuju ke arah kecemerlangan dan membentuk motivasi yang


unggul.

Menggalakkan persaingan yang sihat berdasarkan etika kerja yang disepakati.

Membantu mengurangkan pelbagai bentuk penyelewengan dalam organisasi.

Menyumbang kepada pembentukan organisasi yang berintegriti dan dihormati.

Etika Kerja Islam


Islam juga telah menggariskan etika kerja yang perlu dihayati oleh para
penganutnya dalam aktiviti harian mereka. Etika kerja ini merupakan salah satu
aspek utama dalam system pengurusan Islam.
Sebagai garis panduan, Prof Dr. Muhammad Abdul Rauf telah mengemukakan
sepuluh etika kerja yang perlu dipraktikkan untuk mewujudkan Sistem
Pengurusan Islam yang kukuh.

75

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Etika kerja tersebut, secara ringkasnya adalah seperti berikut:

1. Etika kerja untuk semua peringkat

1. Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan


objektif jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah swt
dan memohon keredaan-Nya.
2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja.
3. Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disiasiakan.
4. Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin,
kejujuran, menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan.
5. Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan
atau kesilapan tidak dilakukan dengan berulang-kali.

2. Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan


dalam pentadbiran

1. Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran.
2. Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam
memberi sesuatu tugas dan layanan kepada para pekerja.
3. Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat.
4. Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan
langkah-langkah

yang

cukup

untuk

mengesan

dan

mengelakkan

pelanggaran peraturan.
5. Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya.

76

Pengurusan Dalam Islam

AA204

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Antara tanggungjawab majikan :
1.

Mengambil kira maslahah

Maslahah ialah penjagaan kepentingan tertentu yang dimiliki oleh pihak-pihak


tertentu. Abdul Wahab Arbain dalam manual UIS 304 : Pentadbiran Islam 1
menitik berat kepentingan maslahah ini yang perlu dijaga dalam Islam ialah
agama, keselamatan, intelektual, kehormatan dan harta benda. Dengan sendirinya
dalam praktis pengurusan, kepentingan tersebut wajib diambil kira apabila
seseorang pengurus mengambil sesuatu tindakan atau membuat keputusan.
Dalam pengurusan Islam, maslahah besar perlu diutamakan daripada
maslahah kecil. Oleh itu, maslahah masyarakat lebih penting daripada maslahah
organisasi. Manakala maslahah organisasi pula perlu diutamakan daripada
maslahah individu.

2. Pemilihan pekerja yang layak dengan kerja yang bakal


dilakukan

Dalam pengurusan Islam, majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana


pekerja bagi organisasi perniagaannya. Meskipun begitu, pekerja yang dipilih
mestilah pekerja yang sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak semestinya
mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik ataupun pengalaman yang
luas.
Ini bermakna pekerja yang akan dipilih perlu serasi dan sesuai dengan nilai
dan fahaman yang dikongsi bersama oleh individu di dalam organisasi tersebut.
Jadi organisasi Islam akan memberi keutamaan kepada pekerja mereka yang
terdiri daripada orang Islam. Hal ini disebabkan hanya pekerja Islam yang faham
dan boleh mempraktiskan kerja sebagai satu ibadah untuk disesuaikan dengan
budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi Islam.

77

Pengurusan Dalam Islam

AA204

3. Pemberian kerja atau penyerahan tugas yang berpadanan dengan


kelayakan

Apabila seseorang individu diambil maka menjadi kewajipan majikan untuk


memberitahunya jenis dan bentuk pekerjaan yang akan dilakukan. Pekerjaan
tersebut mestilah sesuai dengan fitrah individu. Dalam Islam, tidak semua kerja
sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan berat yang memerlukan perhatian
peribadi seperti jururawat pula amat sesuai dengan fitrah wanita.

4. Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas

Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.


Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja.
Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada
pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan
kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti
memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan beliau
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa
yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut
akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan
kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak
sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang
bawahan mereka.

5. Pertanggungjawaban pekerja kepada seorang ketua sahaja

Prinsip ini melihatkan tanggungjawab pekerja hanya kepada seorang ketua sahaja.
Prinsip ini menerangkan bahawa seseorang pekerja perlu patuh dan taat kepada
arahan dan perintah seorang ketua sahaja. Sekiranya seorang pekerja mempunyai
dua ketua dalam satu masa yang sama sudah pasti keadaan ini akan mengelirukan
dan membingungkan pekerja.

78

Pengurusan Dalam Islam

AA204

6. Pemberian ganjaran yang berpatutan

Seseorang pekerja bekerja untuk mendapat upah bagi menyara diri dan
keluarganya. Sekiranya seseorang pekerja mendapat upah yang tidak berpadanan
dengan kerja yang dilakukan, sudah tentu perkara sebegini akan melemahkan
semangat dan motivasinya untuk bekerja. Hakim Mohamad Said dalam buku
Hubungan Majikan-Pekerja Menurut Islam mengatakan kesesuaian upah yang
berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan
kos sara hidup seseorang pekerja.

7. Pengawasan dan kawalan pekerja

Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawas dan mengawal
prestasi dan kelakuan pekerja semasa mereka bekerja. Perangai dan kelakuan
pekerja perlu diawasi kerana kedua-dua faktor tersebut mempengaruhi prestasi
kerja seseorang individu dan para pekerja yang lain.
Seseorang pekerja yang malas sekiranya tidak diawasi akan mengambil
kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti
melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti melakukan kerjakerja peribadi, tidak produktif atau sengaja melengah-lengahkan kerja. Seseorang
pengurus seharusnya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan kerja
yang telah diamanahkan kepada pekerja tersebut.

8. Latihan bina insan

Seseorang pekerja apabila bekerja di dalam sesebuah organisasi dengan


sendirinya telah memperhambakan dirinya dalam waktu kerja yang ditetapkan
kepada organisasi tersebut. Apa yang berlaku di sini ialah seseorang pekerja itu
biasanya tidak lagi berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan terutama
berkaitan dengan agama Islam kerana keseluruhan masa di pejabat digunakan
untuk bekerja. Bagi pekerja Islam, mereka sudah tidak lagi berpeluang untuk
meningkatkan kefahaman dan keimanan mereka tentang Islam.

79

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Organisasi hari ini lebih banyak menitikberatkan latihan bercorak


pengetahuan dan kemahiran kerja. Sesebuah organisasi Islam apabila mengadakan
latihan perlu meletakkan latihan bercorak Islam sebagai rangkaian kepada latihan
yang sedia ada. Latihan becorak Islam lebih menitikberatkan modifikasi kelakuan
seseorang individu sama ada pengurus ataupun pekerja.

9. Kebajikan pekerja

Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seseorang majikan Islam tidak boleh
meletakkan

keuntungan

maksimum

semata-mata

tanpa

mengambil

kira

kepentingannya terhadap masyarakat dalaman dan luaran organisasi. Sebagai


seorang saudara sesame Islam, beliau mestilah juga menjaga kepentingan dan
keperluan pekerja. Tujuan kebajikan di dalam Islam adalah untuk meringankan
beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi mental pekerja
dalam menghadapi masalah peribadi yang akan mempengaruhi prestasi kerja
mereka. Unsur kebajikan tidak semestinya berupa wang ringgit sahaja.

10. Penjagaan hak wajib pekerja Islam

Pekerja Islam selain mempunyai hak yang sama dengan pekerja lain juga
mempunyai hak wajib tersendiri, iaitu hak untuk diperlakukan sebagai seorang
Islam. Hak terpenting individu Islam adalah untuk menunaikan hak-hak yang
khusus dan perlu dilindungi oleh majikan. Antara hak-hak yang utama adalah
seperti berikut :
i.

Upah yang setimpal


Majikan hendaklah member upah berdasarkan kepada keperluan asasi yang
perlu dipenuhi oleh seseorang pekerja.

ii.

Penentuan bebanan pekerjaan


Dalam Islam, pekerja hendaklah terus bekerja tanpa memberatkan dirinya
seperti hadis Rasulullah saw : Janganlah kamu membebankan pekerja di luar
kemampuannya .

80

Pengurusan Dalam Islam

iii.

AA204

Bentuk pekerjaan
Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk melakukan tugas yang tidak
setimpal dengan kemampuannya. Jenis pekerjaan hendaklah sesuai dengan
ajaran Islam.

iv.

Hak memilih pekerjaan lain


Para pekerja bebas untuk memilih pekerjaannya sendiri dan mengembara ke
mana sahaja untuk mencari rezeki yang halal.

v.

Kebersihan dan kesihatan


Majikan perlu menjaga kesihatan pekerjanya dan menyediakan tempat kerja
yang bersih.

81

Pengurusan Dalam Islam

AA204

TANGGUNGJAWAB PEKERJA
Antara tanggungjawab pekerja :

Amanah

seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam


setiap pekerjaannya sama ada yang melibatkan urusan
peribadi (dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah)
atau urusan kemasyarakatannya (tugas atau tanggungjawab
yang diberikankepadanya) secara konsisten.

Adil

Mempunyai sikap adil dalam pengendalian urusan orang lain


dan tidak menzalimi mereka dengan tidakmenyerahkan apa
yang menjadi hakmereka.

Tekun

Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh seseorang


pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan
mereka dalammenjalankan tugas sekiranya mereka tekun

Sempurna

Seseorang itu perlu melaksanakan kerja dengansempurna,


walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Bersatu padu

setiap pekerja memerlukan sikap menyatupadukan usaha


mereka supaya matlamat organisasi tercapai. Sekiranya tidak
ada perpaduan, sudah tentu organisasi tidakmenjalankan
aktivitinya dengan berkesan dan sempurna

Produktiviti

Produktiviti sesebuah kumpulan kerja dalam sesebuah


organisasi perlu dipertingkatkan dalam menambahkan kualiti
dan mutu organisasi dalam mencapai matlamat.
Jikaproduktiviti sesebuah organisasi itu tidak mengalami
perubahan atau peningkatan, ia akan menyebabkan mutu
dan kualiti menurun dan tidak dapat mencapai matlamat
yang diharapkan.

Kebahagiaan manusia
sejagat

Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang


sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama
orang yang berkaitan menurut ajaran Islam. Sebagaimana
hadith Nabi SAW yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah
menyukai orang yang tidak menyukar-nyukarkan pekerjaan dan
yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia."

82

Pengurusan Dalam Islam

AA204

KOMUNIKASI VERBAL DAN NON VERBAL


Pengenalan
Komunikasi merupakan satu proses yang membolehkan pihak-pihak yang terlibat
saling memahami antara satu sama lain. Sebagai makhluk sosial, manusia perlu
berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Suasana yang demikian
menjadikan komunikasi penting dalam kehidupan. Dalam konteks organisasi,
komunikasi mempunyai peranan yang cukup signifikan dan penting. Malah
komunikasi seringkali dianggap sebagai nadi kepada sesebuah organisasi. Oleh
kerana itu, komunikasi seharusnya dikendalikan dengan cekap serta dihiasi
dengan nilai dan adab yang digariskan dalam Islam.

Definisi komunikasi

Seni berinteraksi antara satu sama lain. Dari sudut bahasa berasal daripada
perkataan communicare yang bermaksud penyertaan atau turut serta atau
perkataan communis yang bererti milik bersama. Jaafar Muhammad, 997
Komunikasi boleh didefinisikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang
digunakan oleh pemimpin dalam organisasi. (Mohd Yusof Hussain, 1990)
Unsur-unsur komunikasi

Tujuan atau matlamat ditentukan terlebih dahulu

Pertukaran maklumat antara penghantar dan penerima

Idea atau maklumat yang bergantung kepada tujuan atau konteks

83

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Fungsi komunikasi

Memastikan seluruh warga organisasi


berkongsi visi dan misi organisasi

Menyatukan usaha bagi mencapai


matlamat organisasi

Memupuk suasana kerja dan budaya


yang sihat dalam organisasi

Membina kemampuan untuk membuat


keputusan yang tepat dan bijaksana

Peranan Pemimpin Dalam Komunikasi

Pemimpin sebagai Penyebar Maklumat

Pemimpin Sebagai Perunding

Pemimpin Sebagai Pemantau

Pemimpin Sebagai Penghubung (Liaison)

Pemimpin Sebagai Agen Perubahan

84

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Mekanisme Dalam Komunikasi


Pengenalan
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemimpin dalam
menjayakan komunikasi kepimpinan yang baik. Pemimpin boleh menggunakan
secara lisan, mahupun bukan lisan samada melalui tingkahlaku dan perbuatan.
Pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik supaya
dapat mewujudkan suasana yang mesra dan melahirkan keinginan untuk saling
bekerjasama dalam kalangan anggota organisasi.

1. Komunikasi lisan (verbal)

Komunikasi lisan (verbal) merupakan teknik asas yang sangat mengesankan


dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang
yang dipimpin.
Rasulullah s.a.w telah menyampaikan risalah Allah kepada seluruh alam secara
lisan.

Firman Allah swt :


Maksudnya :
Katakanla (waai Muammad): Waai sekalian manusia!Tela datan kepada kamu
kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuan kamu.
Surah Yunus:108

85

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Contoh-contoh komunikasi lisan (verbal)

1. Kemahiran Mendengar

Kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah membuktikan bahawa
sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar
berbanding 17 peratus untuk membaca, 16 peratus untuk bercakap dan 14 peratus
untuk menulis.

Seorang pemimpin yang baik ialah seorang ketua yang boleh, mahu dan
mempunyai kemahiran mendengar apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh
kakitangannya. Pendengar yang berkesan pula sentiasa berusaha mencari unsurunsur yang menarik dalam subjek yang dibicarakan, sentiasa memfokus kepada isi
perbicaraan dan idea utama yang ingin disampaikan, berusaha mendengar dengan
bersungguh-sungguh dan cuba mendalami erti perkataan yang didengari.

Kebolehan mendengar membolehkan pemimpin mendekati golongan yang


dipimpin dengan lebih dekat, seterusnya membolehkan komunikasi dan interaksi
di tempat kerja dilakukan dengan lebih baik antara pemimpin dan orang yang
dipimpin.

2. Kemahiran Berbicara dan Berbahasa

Dalam komunikasi seharian di tempat kerja, pemimpin dan orang yang dipimpin
perlulah menguasai selok-belok berbicara dengan baik kerana ia dapat
menimbulkan kuasa pengaruh dan bahasa yang lebih mudah diterima serta
memberi kesan yang mendalam di lubuk jiwa.

86

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Antara contoh kemahiran beebicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di


tempat kerja ialah :

i.

Menggunakan bahasa yang mudah difahami


Perkara ini sangat perlu ditekankan kerana tidak semua anggota
organisasi mempunyai tahap ilmu dan kemampuan yang sama.
Penggunaan bahasa yang kurang difahami menyukarkan komunikasi
dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan.

ii.

Isi bicara hendaklah benar


Kebenaran isi perbicaraan amat penting kerana ia merupakan sumber
kredibiliti seseorang pemimpin dengan orang yang dipimpin.

iii.

Nada suara yang terkawal dan sesuai


Pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu mengawal kelembutan
bicara dan kelunakan suara agar dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Hal ini amat jelas kerana nada suara kadangkala boleh menimbulkan
tanggapan yang pelbagai kepada pendengar.

iv.

Berhujahlah dengan waras


Dalam menguruskan organisasi di tempat kerja, kadangkala pemimpin
dan golongan yang dipimpin perlu berdepan dengan situasi yang
memerlukannya untuk berhujah atau menerangkan sesuatu hal. Dalam
menghadapi situasi tersebut, mereka perlulah berusaha mengelakkan
sesuatu isu yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan kontroversi
kerana tujuan utama berhujah bukanlah untuk mencari kemenangan,
tetapi untuk menyerlahkan kebenaran.

v.

Meninggalkan celaan dan mengumpat


Bagi seseorang yang ingin mengukuhkan kredibiliti, seharusnya
merebut peluang berkomunikasi dengan menitikberatkan keistimewaan
dan kekuatan orang lain, bukannya mencari kesalahan dan
mendedahkan keaiban sesuatu golongan.

87

Pengurusan Dalam Islam

vi.

AA204

Bercakap dengan lemah lembut dan bersopan


Dalam berbicara dan berbahasa di tempat kerja perlulah berkomunikasi
dengan lembut dan bersopan kerana Allah telah menekankan kepada
manusia untuk berbicara dengan perkataan yang baik dan
membiasakan diri dengan ucapan-ucapan yang baik.

vii.

Menyebut perkara yang penting berulang-kali


Tindakan ini diamalkan bagi memastikan para pendengar betul-betul
jelas dan dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik. Prinsip
ini amat bersesuaian dengan apa yang telah diamalkan oleh Rasulullah
saw. Apabila baginda memperkatakan sesuatu perkara yang penting dan
rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda juga
berbuat perkara yang sama dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh
ramai orang kerana bimbang suaranya tidak dapat didengari dengan
baik.

2. Komunikasi bukan lisan (non-verbal)

Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan pesanpesan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan
semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara
teorinya, komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal adalah dua cabang
komunikasi yang berlainan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis
komunikasi ini saling jalin-menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi
yang kita lakukan sehari-hari.

88

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Contoh-contoh komunikasi bukan lisan (non-verbal)


Termasuk di bawah komunikasi ini ialah :
1. Contoh teladan yang baik
2. Aspek penampilan diri, personality dan bahasa badan
3. Pendekatan psikologi

1. Contoh teladan yang baik

Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak
yang baik dantindakan yang selari dengan kata-kata. Konsep akhlak dan
kepimpinan dalam Islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu
dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang
baik dan unggul. Antara sifat yang menggambarkan teladan yang baik ialah sabar
dan pemaaf.

Dalam hal ini keterbukaan sikap pemimpin, sanggup menerima kritikan dan
kesediaan mengubah praktik negatif yang diamalkannya dalam organisasi dapat
melambangkan teladan yang baik yang boleh dicontohi. Begitu juga dengan
golongan yang dipimpin perlu sentiasa bersifat terbuka dan boleh menerima
teguran yang boleh memberikan impak positif dalam organisasi. Komunikasi
seperti ini amat penting bagi mencipta suasana harmoni di antara pemimpin dan
golongan yang dipimpin.

2. Penampilan diri, personaliti dan bahasa


badan

Penampilan diri dan personaliti seseorang menggambarkan sikap, perwatakan dan


peribadinya yang sebenar. Seperti contohnya pakaian yang dipakai boleh
memberikan imej samada pemakainya bersikap teliti, peramah, berfikiran mantap,
berdisiplin atau sebaliknya. Selain itu, ia juga dapat dilihat dari aspek perilaku,
kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa, tempat dan
sebagainya.

89

Pengurusan Dalam Islam

AA204

Bahasa badan turut memainkan perananyang cukup penting dalam


komunikasi. Dikatakan terdapat sebanyak 750000 bentuk bahasa badan seperti
postur tubuh, penampilan, kontak mata, mimik muka dan padding, iaitu perkataanperkataan seperti ah , uh dan sebagainya. Bahasa badan ini penting untuk

menilai maksud sebenar sesuatu maklumat terutamanya apabila terdapat


percanggahan dalam perkara yang diungkapkan seperti lisan.

3. Pendekatan Psikologi

Psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia dan selalunya merujuk
kepada kajian tentang tingkah laku. Komunikasi ini amat berkait rapat
terutamanya kepada pemimpin. Ia juga amat penting dalam proses komunikasi
kepimpinan bagi memahami jiwa sasaran. Antara cara yang boleh dilakukan oleh
pemimpin ialah dengan memberikan ucapan penghargaan, pujian dan memahami
perasaan orang lain dengan empati.

Saidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat pernah menyatakan :
teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali
terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpama itu insya-Allah
akan mendorong tindakan yang lebih berani. Cubalah memahami perasaan orang
lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila
memberi ganjaran yang sewajarnya .

Kesimpulan

Komunikasi menurut kaca mata Islam membawakan satu sudut pandangan yang
berbeza. Ia bersendikan keimanan dan ketakwaan terhadap Pencipta Yang Maha
Agung tanpa mengenepikan kepentingan hak-hak nilai kemanusiaan yang patut
dijaga dalam berkomunikasi. Ia merupakan satu manifestasi dalam kehidupan
berorganisasi supaya tugas-tugas dapat dijalankan dengan baik dan efisien serta
dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul secara profesional.

90

Pengurusan Dalam Islam

AA204

RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hashim Fauzy Yaacob (2011), Komunikasi untuk Pembangunan Sumber Manusia.
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami ush Shaghir .
Johor Darul Ta zim: Perniagaan Jahabersa. )SBN: 3-077-288-8)

Mokhtar Muhammad (2008), Komunikasi dan Perubahan Permasalahan. Shah


Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.

91

Anda mungkin juga menyukai