Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat

Kehidupan manusia alaf baru yang serba-serbi pantas menyebabkan mereka mengabaikan amalan gaya hidup
sihat. Gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek daripada segi penjagaan makanan, senaman dan kitaran
tidur yang betul. Pelbagai manfaat daripada pengamalan gaya hidup sihat dapat kita perolehi seandainya kita
mengamalkannya dengan kaedah yang betul.
Antara faedah mengamalkan gaya hidup sihat adalah dapat menjadikan badan kita kuat. Makanan yang diambil
berdasarkan piramid makanan akan membantu tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat
nutrisi yang secukupnya. Sebagai contoh, apabila makanan yang diambil bebas daripada penggunaan bahan
pewarna dan perasa tambahan juga baja kimia, badan kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Hal ini akan
menjurus kepada menjadikan badan lebih kuat bagi menangkis penyakit.
Selain itu, kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Hal ini kerana, gaya hidup sihat menjanjikan
kita dengan kesihatan yang lebih baik berbanding gaya hidup tidak sihat. mereka yang mengamalkan gaya hidup
sihat seperti mengawal makanan dan bersenam dapat mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung
tersumbat. Kesannya, pengamal tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual
ubat-ubatan
dan
pergi
ke
hospital.
Di samping itu, pengamal juga akan terhindar daripada pelbagai gejala sosial seperti merokok, minum arak,
mengambil dadah dan pergaulan bebas. Hal ini kerana pengamal akan dapat memikirkan secara logik tentang
kesan apabila terlibat dengan penyakit sosial. Sebagai kesan, pengamal akan menjadi seseorang yang memberi
manfaat
kepada
masyarakat.
Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini
kerana keluarga ini dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup mantap iaitu gaya hidup sihat yang
merangkumi pengambilan makanan seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan gejala sosial. Hubungan antara
keluarga juga dapat dieratkan. Misalnya, ahli keluarga makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah
bersama sama. keluarga bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif untuk negara.
Konklusinya, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat menghasilkan sebuah negara yang maju kerana
rakyatnya hidup dengan ceria berdasarkan amalan gaya hidup sihat.

Anda mungkin juga menyukai