Anda di halaman 1dari 3

PENILAIAN PENDIDIKAN : ORIENTASI FALSAFAH

Falsafah ( philosophies) boleh dikatakan sebagai produk falsafah. Yakni, pemikiran


berfalsafah, sama ada pemikiran itu menyatakan sesuatu yang lama tetapi baru bertunas, atau
secara kritikalnya menggantikan yang lama dan berfungsi mengeluarkan sesuatu system idea
yang secara kasarnya dikenali sebagai falsafah. Berfalsafah berkait rapat dengan kaedah :
falsafah adalah sesuatu yang dihasilkan daripada penggunaan kaedah itu.
Plato memberi makna falsafah suatu kritikan yang bijaksana tentang
hakikat muktamad dan dunia ini.

Bagi Plotinus pula, falsafah merupakan

suatu pandangan dalam konteks dunia agama. Menurut Aristotle

falsafah

adalah ilmu pengetahuan bersistematik dan tidak dapat dibezakan dengan sains.
Aquinas pula berpendapat falsafah berkaitan rapat dengan teologi (ketuhanan),
manakala Wittgenstein mentafsirkan falsafah sebagai suatu kaedah penilitian
bahasa dengan cara yang akan menyelesaikan masalah metafizik (hakikat
kenyataan) yang lepas.
Berdasarkan buku yang ditulis oleh Nigel Norris bertajuk Understanding
educational evalution , Wiliam Filstead membezakan paradigm kualitatif dengan
kuantitatif melalui idea realisme dan idealism.

IDEALISME
Absolut :

Kenyataan yang sebenarnya adalah


spiritual dan rohaniah.

Kritis

Ada kenyataan yang bersifat fisik dan

REALISME
Metarialisme :

Kenyataan yang sebenarnya hanyalah

kenyataan fisik.
Dualisme

Kenyataan ynag sebenarnya adalah

rohaniah, tetapi kenyatan rohaniah

kenyataan yang bersifat fisik/ material

yang lebih dapat diambilkan

dan bersifat rohaniah/ imaterial.


Pluralisme

Kenyataan yang sebenarnya terbentuk


dari berbagai bentuk kenyataan.

Donald Campbell pula membezakan kedua-dua paradigma berikut berdasarkan konsep


humanistik (hakikat manusia) dan saintifik. Manakala Egon Guba dan Yvonna Lincoln
pula menggunakan konsep saintifik dan naturalistik.

Terdapat satu analisis paradigmatik yang berdasarkan kepada epistemology social Jurgen
Habermas telah ditawarkan oleh Walter Werner. Menurut beliau, penilaian ialah aktiviti
mencipta perasaan yang mana perasaan itu terbit daripada program atau tetapan yang
bergantung kepada skema interpretif (paradigma) yang penilai bawa ke dalam kes tersebut.
Aktiviti ini terbahagi kepada tiga paradigma utama yang sinonom dengan tiga bentuk
kepentingan ilmu juzuk Habermas iaitu : (i) cara tamat, (ii) situasi, (iii) kritikal.
( Paradigma cara tamat ) :

Sepadan dengan kepentingan analisis empirikal juzuk yang dinyatakan oleh

Habermas.
Aktiviti penilaian berfokus kepada cara (kaedah atau bahan pengajaran) hingga

penamatnya (objektif atau hasil pembelajaran)


Paradigma ini boleh dihuraikan sebagai orientasi teknikal atau teknologi dan system
penilaian adalah berdasarkan kepada nilai-nilai kawalan, kepastian, kecekapan,

ketepatan, keberkesanan kos, ramalan, piawauan dan kelajuan.


Dalam paradigma ini, projek atau program pendidikan ditakrifkan sebagai kenyataan
hasil/ objektif yang diharapkan bersama kaedah dan teknik untuk mencapai objektif,
dan pertimbangan tentang kejayaan program adalah berdasarkan kepada langkah-

langkah pencapaian objektif tersebut.


Menurut paradigma ini penilai adalah pengeluar tunggal pengetahuan manakala yang
dinilai adalah pengguna pengetahuan tersebut.

( Paradigma situasi) :

Sepadan dengan kepentingan interpretif (hermeneutik) juzuk oleh Hebermas.


Dari perspektif paradigma situasi ini, tidak terdapat satu program seperti yang
ditakrifkan oleh pelan induk kurikulum tetapi sebagai banyak program dimana
terdapat kumpulan yang mentafsir dan mengalami sesuatu yang mereka rujuk sebagai
program dalam situasi yang berbeza.

( Paradigma kritikal ) :

Sepadan dengan kepentingan juzuk teori- kritikal yang digariskan oleh Hebermas.
Kerangka rekabentuk paradigma ini ialah refleksi- diri kritikal.
Dalam paradigma ini, penilai akan mendedahkan asas-asas bagi sesuatu program dan

akan menerbitkan masalah bagi asas yang diambil ringan.


Tujuan utama paradigma ini adalah supaya pendidik sentiasa refleksi diri dan sedar

akan amalan mereka seharian.


Paradigm ini menunjukkan bahawa program adalah satu set andaian, kepercayaan dan
nilai yang terungkap dan terpendam dalam aktiviti-aktiviti pendidik.

Anda mungkin juga menyukai