Anda di halaman 1dari 43

1.

PENGENALAN

1.1 Latarbelakang Kajian

Ortodontik merupakan salah satu bidang pergigian yang khas dalam merawat pesakit
yang mempunyai kedudukan gigi yang tidak normal ketika mulut tertutup (maloklusi),
serta menyebabkan gigitan abnormal (Nordqvist, 2014). Maloklusi adalah ketidakaturan
gigi apabila rahang beroklud (Murchinson, 2014). Maloklusi boleh berlaku disebabkan
oleh beberapa sebab yang mungkin. Secara umum, maloklusi adalah disebabkan sama
ada faktor genetik atau faktor alam sekitar (Alam,2012).

Cara yang sering digunakan untuk merawat maloklusi adalah dengan menggunakan
aplians ortodontik. Terdapat tiga jenis aplians yang utama dalam rawatan orthodontik
iaitu aplians boleh tanggal, aplians fungsi dan aplians tetap. Aplians boleh tanggal
adalah aplians yang tidak melekat secara langsung pada gigi dan pesakit boleh
menanggalkan aplians bagi tujuan pembersihan (Kit, 2015). Aplians tetap pula adalah
aplians yang dilekatkan pada korona gigi dan membetulkan gigi yang terputar,
mengerakkan keseluruhan gigi dan menjajarkan gigi yang ektopik (Roberts-Harry &
Sandy, 2006). Aplians fungsi digunakan untuk modifikasi pertumbuhan yang bertujuan
untuk menghalang dan merawat ketidakseimbangan rahang (Alam, 2012). Namun,
hanya aplians boleh tanggal, aplians tetap dan aplians fungsi sahaja yang paling kerap
kali difabrikasi di makmal pergigian.

Tujuan proposal ini adalah untuk mengenalpasti jenis aplians orthodontik yang dibuat di
klinik pergigian, untuk mengenalpasti jenis-jenis maloklusi pesakit yang dibuat aplians
orthodontik. dan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh juruteknologi
pergigian semasa membuat aplians orthodontik di klinik pergigian.

1.2Lokasi Kajian

Sarawak terletak di barat laut Borneo yang bersempadan dengan negeri Sabah di timur
laut, Kalimantan, Indonesia di selatan dan mengelilingi Brunei. Lokasi kajian akan
diadakan di daerah Miri yang terletak di timur laut Sarawak dan ia bersempadan dengan
Brunei di Pulau Borneo. Bagi menjalankan kajian tinjauan tentang jenis aplians
ortodontik yang dibuat di klinik pergigian serta masalah yang dihadapi oleh
juruteknologi pergigian, kajian akan dijalankan di klinik yang mempunyai pakar
ortodontik iaitu Klinik Pergigian Tudan.

Lampiran 1 : Peta Sarawak

Lampiran 2 : Peta Miri, Sarawak

Lampiran 3 : Peta lokasi Klinik Pergigian Tudan

1.3 Rangkakerja Konseptual

Tinjauan tentang jenis aplians ortodontik yang


dibuat di Klinik Pergigian serta masalah yang
dihadapi oleh Juruteknologi Pergigian

i) Jenis aplians ortodontik


ii) Masalah yang dihadapi

Input

Tinjauan
pembuatan
aplians
ortodontik serta masalah yang
dihadapi :
i. Jenis aplians ortodontik yang
dibuat
ii. Jenis maloklusi yang dibuat
aplians ortodontik
iii. Masalah yang dihadapi semasa
pembuatan aplians

Proses

Meningkatkan
kepentingan
pengetahuan dalam pembuatan
aplians
ortodontik
pada
juruteknologi pergigian serta
komunikasi yang lancar di
antara pegawai pergigian dan
juruteknologi pergigian akan
menghasilkan aplians yang
berkualiti bagi menghasilkan
aplians yang berkualiti.

Output

Rajah 1 : Rangka konsep kajian

Rajah 1 menunjukkan 3 komponen. Komponen utama terdiri daripada jenis aplians dan
masalah yang dihadapi. Komponen kedua pula merupakan tinjauan pembuatan aplians
ortodontik serta masalah yang dihadapi dan dibahagi kepada tiga aspek iaitu jenis
aplians ortodontik yang dibuat, jenis maloklusi yang dibuat aplians ortodontik serta
masalah yang dihadapi semasa pembuatan aplians. Komponen ketiga pula menunjukkan
hasil yang akan diperolehi daripada kajian ini iaitu meningkatkan kepentingan
pengetahuan dalam pembuatan aplians ortodontik pada juruteknologi pergigian bagi
menghasilkan aplians yang berkualiti. Penerangan secara terperinci mengenai rangka
konsep kajian di atas yang menjelaskan ketiga-tiga komponen yang akan dikaji dengan
lebih mendalam dalam rajah 2.

Tinjauan
tentang jenis

Jenis
aplians
ortodontik yang
dibuat

i. Aplians Tetap
ii. Aplians Fungsi
iii. Aplians Boleh
Tanggal

Jenis maloklusi
yang
dibuat
aplians ortodontik

i.

Masalah
yang
dihadapi semasa
pembuatan
aplians

i.

aplians
ortodontik
yang dibuat di
Klinik
Pergigian

i) Jenis aplians
ortodontik
ii)
Masalah
yang dihadapi

serta masalah
yang dihadapi
oleh
Juruteknologi
Pergigian

Maloklusi
intra arch
ii. Maloklusi inter
arch
iii. Maloklusi
skeletal
Kad LP6
kurang lengkap
ii. Masalah ketika
memfabrikasi
aplians
iii. Masalah yang
melibatkan
perbincangan

Meningkatkan
kepentingan
pengetahuan
dalam
pembuatan
aplians
ortodontik
pada
juruteknologi
pergigian serta
komunikasi
yang lancar di
antara pegawai
pergigian dan
juruteknologi
pergigian akan
menghasilkan
aplians yang
berkualiti bagi
menghasilkan
aplians yang
berkualiti.

Input

Proses

Output

Rajah 2 : Penerangan rangka konsep kajian

1.4 Rasional Kajian

Pada zaman moden ini, estetik memainkan peranan yang amat besar. Persepsi awam
yang semakin mengalakkan terhadap kepentingan keestikan oral telah menjadi kuasa
yang memacu kenaikan permintaan industri ortodontik kebelakangan ini. Pembuatan
aplians yang bagus akan menghasilkan keputusan yang memuaskan dan akan
meningkatkan permintaan aplians. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kepentingan
pengetahuan dalam pembuatan aplians ortodontik pada juruteknologi pergigian serta
komunikasi yang lancar di antara pegawai pergigian dan juruteknologi pergigian akan
menghasilkan aplians yang berkualiti bagi menghasilkan aplians yang berkualiti.

2.

Literature Review

Menurut Nordqvist (2012), aplians ortodontik membantu dalam menutup jurang yang
luas diantara gigi, memastikan hujung gigi adalah sejajar, menjajarkan kedudukan gigi
yang malposisi, membaiki pertuturan atau fungsi penguyahan, meningkatkan kesihatan
gusi dan gigi dalam jangka masa panjang, untuk mencegah kehausan atau trauma pada
gigi dan merawat gigitan yang tidak betul. Rawatan ortodontik dapat memberi hasil yang
memuaskan pada pesakit seperti senyuman yang indah, kesihatan oral yang lebih baik
dan meningkatkan mutu hidup seseorang.

2.1 Untuk mengenalpasti jenis aplians orthodontik yang dibuat di klinik pergigian

Terdapat tiga jenis aplians yang sering difabrikasikan di klinik pergigian iaitu aplians
boleh tanggal, aplians fungsi dan aplians tetap.

2.1.1 Aplians boleh tanggal

Menurut Kit (2015), aplians ini biasa digunakan untuk membetulkan masalah gigitan
dan dapat juga berfungsi sebagai alat peyenggara ruang. Ia juga boleh disertakan dengan
aplians tetap dan headgear. Aplians boleh tanggal biasanya dilakukan pada rahang atas.
Ia terdiri daripada akrilik dan komponen dawai yang berfungsi untuk mengerakkan gigi
dan sebagai pemegang. Aplians boleh tanggal jarang dibuat pada rahang bawah kerana
sukar untuk pesakit memakainya disebabkan aplians tersebut akan menganggu lidah
7

serta sukar untuk mendapat perlekatan yang baik jika dibandingkan dengan aplians bagi
rahang atas. Aplians boleh tanggal perlu dipakai dalam tempoh 6-9 bulan bagi
mendapatkan hasil yang memuaskan.

a.

Cara aplians boleh tanggal berfungsi

Aplians boleh tanggal melakukan pergerakkan condong pada korona gigi yang akan
digerakkan. Pengerakkan dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai bentuk rekaan
spring untuk mengerakkan gigi ke kedudukan yang dikehendaki. Skru boleh disertakan
dengan aplians boleh tanggal rahang atas bagi tujuan mengembangkan arkus.

b.

Kelebihan dan keburukkan aplians boleh tanggal

Aplians boleh tanggal boleh ditanggalkan bagi tujuan pembersihan dan semasa bersukan
atau aktiviti sosial,oleh itu ia mendapat sambutan yang tinggi oleh pesakit. Ia adalah
lebih murah jika dibandingkan dengan aplians tetap. Namun, aplians ini memerlukan
kerjasama yang tinggi daripada pesakit untuk menjayakan rawatan. Pergerakan yang
dilakukan oleh aplians ini juga terhad kepada mencondong. Ia juga boleh menjejaskan
pertuturan terutamanya apabila aplians ini longgar.

2.1.2 Aplians fungsi

Menurut Ying (2015), aplians fungsi diindikasikan kepada kanak-kanak dalam peringkat
tumbesaran yang aktif. Ia biasanya digunakan untuk merawat maloklusi kelas II dan
kelas III. Aplians ini tidak dapat membetulkan ketidakaturan susunan gigi kerana ia tidak
mempunyai komponen aktif yang bertanggungjawab dalam mengerakkan gigi. Ianya
8

perlulah dipakai sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

a.

Jenis-jenis aplians fungsi

Aplians fungsi boleh dikategorikan kepada :


Aplians fungsi boleh tanggal (contohnya :bionator)
Aplians fungsi tetap (contohnya :herbst)
Atau kepada :
Aplians pasif bersokong gigi (activator, bionator, herbst dan twin block)
Aplians aktif bersokong gigi (aplians modifikasi activator dan bionator)
Aplians bersokong tisu (frankel)

b.

Rawatan

Apabila pesakit memakai aplians fungsi, secara langsung tulang rahang bawah akan
diposisikan ke hadapan dan secara tidak langsung kepala kondil mandibel akan tertarik
ke hadapan. Daya tarikan kepada kepala kondil ini akan menyebabkan pemodelan
semula fosa glenoid dan menyebabkan proses tumbesaran. Perubahan tumbesaran tulang
ini akan menyebabkan perubahan kepada skeletal, dentoalveolar dan bentuk muka
pesakit. Kesan daripada penggunaan aplians fungsi dapat terbahagi kepada dua iaitu
perubahan pada dentoalveolar dan skeletal. Perubahan pada dentoaleolar menyumbang
pada 60-70% iaitu dengan merencatkan pertumbuhan gigi maksila ke arah bawah dan ke
hadapan, menggalakkan pertumbuhan dan pergerakan ke arah mesial gigi molar bawah,
menyebabkan retroklinasi gigi anterior maksila dan proklinasi gigi anterior mandibel.
Kesan pada skeletal pula menyumbang kepada 30-40% iaitu menggalakkan proses

pemodelan semula kepala kondil dan fosa glenoid, menghalang tumbesaran maksila,
penambahan tinggi muka dan mengalakkan tumbesaran mandibel.

2.1.3 Aplians tetap

Menurut Lee (2015), aplians ini adalah aplians yang paling popular kerana pergerakan
gigi dapat dilakukan dengan lebih efektif dan pesakit juga menggemarinya. Rawatan
tetap pada umumnya mengambil jangkamasa lebih kurang dua tahun bagaimanapun ia
bergantung dengan jenis kes. Bagi kes yang mudah mengambil masa yang lebih singkat
manakala kes yang rumit mungkin mengambil masa yang lebih lama. Aplians tetap
datang dalam bermacam-macam jenis, jenama dan rupa bentuk, antaranya ialah:

Klasifikasi Aplians berdasarkan tempat lekatan


Aplians Labial (permukaan depan gigi)
Aplians Lingual (permukaan belakang gigi)
Klasifikasi Aplians berdasarkan jenis bahan:
Aplians Stainless Steel (keluli nirkarat)
Aplians Seramik (porselin)
Klasifikasi Aplians berdasarkan cara ikatan wayar
Aplians Konvensional (diikat menggunakan module/ligature getah atau
dawai halus)
Aplians Self-Ligating (ikat menggunakan klip)

10

a.

Komponen Biasa Aplians Tetap

Brackets
Bands

:Bahagian aplians yang terlekat di atas permukaan gigi


:Gegelang yang biasa dilekatkan pada gigi geraham di penghujung

aplians
Archwires

: Wayar yang menyambungkan semua bracket dan bands

Elastomeric modul/Ligature

:Getah yang mengikat dawai arkus kepada

bracket

b.

Indikasi

Aplians tetap disyorkan bila:


Banyak gigi perlu digerakkan serentak
Pelbagai jenis pergerakkan perlu dilakukan (condong,torquing,intrusi,extrusi)
Gigi pada kedua-dua rahang atas dan bawah memerlukan rawatan
Keseluruhan gigi (akar dan korona gigi) perlu digerakkan (translasi)

Aplians yang sering difabrikasi di makmal adalah aplians boleh tanggal dan aplians
fungsi manakala di bilik rawatan pula aplians yang sering dipasangkan adalah aplians
tetap.

2.2 Untuk mengenalpasti jenis-jenis maloklusi pesakit yang dibuat aplians

11

orthodontik

Klasifikasi dibuat atas sebab-sebab tradisional iaitu untuk memudahkan rujukan, untuk
tujuan perbandingan dan untuk memudahkan komunikasi diri Moyers (1988). Menurut
Phulari (2011), maloklusi dapat dibahagi dalam tiga kumpulan utama iaitu maloklusi
intra arch, maloklusi inter arch dan maloklusi skeletal .

2.2.1 Maloklusi intra arch

Menurut Phulari(2011), maloklusi intra arch adalah maloklusi yang terdapat dalam
arkus samaada di arkus maksila atau mandibel. Maloklusi intra arch dapat dibahagikan
kepada empat kategori utama iaitu kecondongan gigi individu, kesesaran gigi individu,
putaran gigi individu dan perubahan kedudukan gigi individu.

2.2.2 Maloklusi inter arch


Maloklusi inter arch dapat dibahagi kepada tiga seperti yang dinyatakan oleh Indian
Dental Academy (2014) dan Phulari (2011) iaitu sagittal plane malocclusion, transverse
plane malocclusion dan vertical plane malocclusion.

a.

Sagittal plane malocclusion adalah keadaan di mana rahang maksila dan mandibel
berhubung dalam keadaan yang luar biasa pada satah sagittal. Sagittal plane
malocclusion dapat dibahagi kepada dua iaitu:
Prenormal occlusion

:Rahang mandibel di letakkan lebih anterior apabila

12

gigi bertemu pada oklusi sentrik.


Post normal occlusion

: Rahang mandibel di letakkan lebih posterior apabila

gigi bertemu pada oklusi sentrik.

b.

Vertical plane malocclusion adalah keadaan di mana ada kecacatan hubungan gigi
pada rahang maksila dan mandibel pada satah menegak.
Gigitan dalam

: Pertindihan yang melampau pada satah menegak di anterior

maksila pada anterior mandibel.


Gigitan terbuka : Kurang perhubungan pada satah menegak di antara gigi atas
dan bawah. Gigitan terbuka boleh berlaku di kawasan anterior dan posterior.

c.

Transverse plane malocclusion adalah keadaan di mana terdapat hubungan


melintang yang abnormal pada maksila dan mandibel.
Gigitan silang

: Keadaan di mana satu atau lebih gigi diposisikan secara

abnormal ke bukal,lingual atau ke labial kepada gigi bertentangan.


Gigitan gunting : Keadaan di mana gigi posterior atas beroklud lebih ke bukal
dari gigi posterior bawah.

2.2.3 Maloklusi skeletal


Menurut Phulari (2011), maloklusi skeletal boleh disebabkan oleh kecacatan pada saiz,
kedudukan atau hubungan di antara rahang atas dan bawah. Maloklusi skeletal boleh
berlaku pada sagittal, vertical dan transverse.
a.

Maloklusi skeletal pada sagittal plane

: Keadaan di mana rahang atas dan

13

bawah berhubung secara abnormal pada satah sagittal. Maloklusi sagittal plane
boleh berlaku dalam satu rahang atau kedua-duanya atau sebagai kombinasi
pelbagai.

b.

Prognathic jaws

: Kedudukan rahang yang ke hadapan

Retrognathic jaws

: Kedudukan rahang yang ke belakang

Maloklusi skeletal pada vertical plane

: Gigitan terbuka dan gigitan dalam

tergolong dalam maloklusi ini.


c.

Maloklusi skeletal pada tranverse plane

: Pengecilan atau pembesaran rahang

dapat menghasilkan hubungan rahang yang abnormal di antara rahang atas dan
bawah pada transverse plane. Ini termasuk keadaan gigitan silang skeletal dan
gigitan gunting skeletal, yang mungkin ekalateral atau bilateral.

2.3 Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh juruteknologi pergigian


semasa membuat aplians orthodontik di klinik pergigian

Menurut American Dental Association (1999) dan Al-AlSheikh (2012), komunikasi yang
jelas dan berkesan antara pegawai pergigian adalah faktor yang menyumbang kepada
pembuatan aplians yang berkualiti tinggi. Pegawai boleh membina asas dengan
mengalakkan komunikasi secara terbuka dan mutu kerja yang berkualiti tinggi dengan
menyediakan makmal pergigian dengan impresi yang tepat dan prosedur makmal yang
terperinci. Maklumat rekabentuk aplians yang kurang terperinci untuk juruteknologi
pergigian akan menyebabkan aplians dibina dengan kurang pertimbangan terhadap

14

faktor klinikal dan biologi. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada tisu mulut pesakit.

15

3.

OBJEKTIF

Objektif Umum
Untuk meninjau tentang jenis aplians orthodontik yang dibuat di klinik pergigian serta
masalah yang dihadapi oleh juruteknologi pergigian
Objektif Spesifik

i.

Untuk mengenalpasti jenis aplians orthodontik yang dibuat di klinik pergigian

ii. Untuk mengenalpasti jenis-jenis maloklusi pesakit yang dibuat aplians orthodontik.
iii. Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh juruteknologi pergigian semasa
membuat aplians orthodontik di klinik pergigian

16

4. Kaedah Kajian

4.1 Jenis kajian

Jenis kajian yang digunakan adalah kajian rentasan yang juga dikenali sebagai
crossectional. Kajian jenis ini bersifatkan deskriptif. Kajian jenis ini akan dimulakan
pada Ogos 2015 hingga Januari 2016. Kajian ini memerlukan data dari kad LP6 dan
serba sedikit input dari juruteknologi pergigian.

4.2 Populasi dan sampel


4.2.1 Populasi

Populasi terdiri daripada jenis-jenis aplians ortodontik yang dibuat di klinik pergigian
Tudan.

4.2.2 Sampel

Sampel yang dipilih adalah aplians yang di buat di makmal pergigian Klinik Pergigian
Tudan. Sampel yang dipilih untuk mewakili populasi adalah aplians fungsi dan aplians
boleh tanggal. Sampel pesakit terdiri daripada pelbagai umur, jantina dan bangsa yang
menerima rawatan ortodontik dari bulan Ogos 2015 hingga Januari 2016.

4.3 Rangka sampel


17

Rangka pensampelan ditentukan berdasarkan kriteria yang dimasukkan dan kriteria yang
dikeluarkan. Kriteria yang dimasukkan dalam kajian adalah pesakit yang menggunakan
aplians ortodontik samada aplians boleh tanggal atau aplians fungsi dan kes yang
berulang. Kriteria yang dikeluarkan dalam kajian ialah pesakit yang menggunakan
aplians tetap.

4.4 Saiz sampel

Saiz sampel kajian adalah seramai 50 orang pesakit yang terpilih bagi mewakili Klinik
Pergigian Tudan. Sampel yang dipilih dalam kerja projek saya ialah pesakit yang
memakai aplians ortodontik samada aplians fungsi mahupun aplians boleh tanggal.

Tujuan sampel tersebut dipilih adalah untuk mengetahui jumlah pesakit yang
mendapatkan rawatan ortodontik dalam tempoh 5 bulan. Selain itu, kajian ini adalah
untuk meninjau tujuan pesakit memohon rawatan ortodontik dan masalah yang dihadapi
ketika memfabrikasi aplians tersebut.

4.5 Kaedah pensampelan

Sampel kemudiannya akan dipilih secara rawak dengan menggunakan kaedah sampel
rawak mudah. Sampel akan dipilih secara rawak mengikut bulan selama 5 bulan. 10
nama akan dipilih untuk mewakili setiap bulan. Cabutan undi akan dibuat berdasarkan
senarai nama yang diambil dari buku rekod kerja. Kemudiannya, nama akan dipetik
18

secara rawak dari kotak yang mengandungi nama dari buku rekod kerja. Nama yang
dipetik akan dipilih. Nama yang tidak dipetik akan dihapuskan. Berhenti setelah
mendapat saiz sampel yang diigini.

Senarai nama diambil dari buku rekod kerja dari bulan Ogos 2015 hingga Januari 2016

Dalam setiap bulan, 10 nama akan dipilih secara rawak

Cabutan undi akan dibuat berdasarkan senarai nama yang diambil dari buku rekod kerja

Nama akan dipetik secara rawak dari kotak yang mengandungi nama dari buku rekod
kerja

Nama yang dipetik akan dipilih

Nama yang tidak dipetik akan dihapuskan

Berhenti setelah mendapat saiz sampel yang diingini


Rajah 3 : Aliran skematik proses pensampelan

4.6 Peralatan Kajian

19

Kajian ini menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada
empat bahagian iaitu bahagian A, B, C and D.

Bahagian A akan mengandungi maklumat asas yang akan diisi oleh pembantu
pembedahan pergigian. Maklumat asas tersebut akan mengandungi nombor kad
pengenalan, jantina dan umur pesakit. Bahagian B akan mengandungi maklumat jenis
maloklusi penyakit dan jenis aplians yang diisu oleh pegawai pergigian. Bahagian C
pula akan mengandungi informasi motif pesakit untuk mendapatkan rawatan dan diisi
oleh pesakit tersebut. Bahagian D pula akan mengandungi informasi faktor yang
mempengaruhi pembuatan aplians ortodontik yang akan diisi oleh juruteknologi
pergigian.

4.7 Definisi Operasi

Berikut merupakan definisi istilah yang terdapat dalam konteks kajian:

i.

Tinjauan

Tinjauan merupakan satu tindakan melihat atau memeriksa kualiti atau keadaan sesuatu
atau seseorang. Dalam konteks ini, pemerhatian dibuat ketika pembuatan aplians
ortodontik dilaksanakan.

ii. Aplians Ortodontik

20

Aplians ortodontik adalah satu alat yang boleh dilekatkan pada atau ditanggalkan dari
gigi yang memberi daya kepada gigi dan akar gigi untuk menghasilkan perubahan dalam
hubungan rahang dan juga untuk mengawal pertumbuhan dan pengembangan rahang. Ia
digunakan dalam rawatan ortodontik untuk mengerakkan gigi pada kedudukan yang
lebih estetik dan lebih baik dari segi fisiologi. Ia memberikan penjajaran yang lebih baik
dalam arkus pergigian atau dengan gigi yang berlawanan. Ia juga digunakan dalam
merawat rahang yang patah atau yang tercedera bagi menstabilkan dan mengimobilisasi
gigi dan rahang.

iii. Masalah

Masalah merupakan sesuatu perkara atau keadaan yang tidak di ingini atau berbahaya
yang perlu ditangani atau diatasi. Dalam konteks ini, masalah merupakan masalah yang
timbul semasa pembuatan aplians ortodontik.

iv. Juruteknologi Pergigian

Juruteknologi pergigian merupakan seseorang yang membuat dan membaiki gigi tiruan.

4.8 Pengumpulan data

Kajian ini dijalankan melalui pengedaran surat kebenaran yang dibincang terlebih
dahulu dengan pengurus projek dan perseptor tempatan ke Pegawai Pergigian Bahagian
21

Miri bagi meminta izin beliau sebelum memulakan kajian tersebut. Kemudian borang
soal selidik diedarkan hasil daripada perbincangan dengan perseptor tempatan. Bagi
memudahkan pengumpulan data projek, soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian
disediakan. Borang yang diedarkan akan dikumpul pada pertengahan bulan Januari
2016.

Borang-borang soal selidik akan diedarkan melalui pembantu pembedahan pergigian dan
pegawai pergigian di klinik pergigian Tudan selama 5 bulan dari bulan Ogos2015 hingga
Januari 2016.

Bahagian A akan diisi oleh pembantu pembedahan pergigian, bahagian B akan diisi oleh
pegawai pergigian, bahagian C akan diisi oleh pesakit dan bahagian D akan diisi oleh
juruteknologi pergigian. Borang diisi semasa peringkat aplians ortodontik diisu terhadap
pesakit oleh pegawai pergigian.

4.9 Aliran pengumpulan data

Borang diedarkan pada pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian


bahagian ortodontik

22

Maklumat akan diisi oleh pegawai pergigian, pembantu pembedahan pergigian dan
pesakit

Borang tersebut akan disertakan sekali ke makmal dengan Kad LP6

Juruteknologi pergigian akan mengisi bahagian seterusnya

Borang akan dikumpulkan pada setiap hujung bulan.


Rajah 4 : Aliran skematik pengumpulan data
4.10 Pertimbangan etika

Penyelidikan ini akan dijalankan di bawah fasiliti KKM. Surat kebenaran akan ditulis
bagi memohon penggunaan fasiliti KKM terutamanya di Makmal Klinik Pergigian
Tudan dan kebenaran untuk menemuramah kakitangan dan pesakit Klinik Pergigian
Tudan. Rujuk lampiran bagi surat kebenaran. Pengkaji perlu menitikberatkan beberapa
aspek etika penyelidikan iaitu :

a. Penyertaan yang sukarela


Subjek adalah sukarela. Pengkaji perlu meminta konsent dan menerangkan
tujuan kajian, kebaikan dan keburukkan kajian tersebut sebelum mendapat
persetujuan responden.
b. Keselamatan

23

Pengkaji perlu berusaha untuk memastikan keselamatan responden terjamin.


c. Identiti responden
Identiti responden perlu dirahsiakan. Pengkaji perlu merahsiakan segala
maklumat yang dibekalkan oleh pembekal maklumat.
d. Perjanjian sulit
Segala maklumat responden haruslah dirahsiakan.
e. Amanah
Pengkaji diberikan amanah untuk merahsiakan segala maklumat yang telah
didapati. Kejadian pecah amanah harus dielakkan.

4.11 Analisis Data

Data dikumpul melalui borang kaji selidik yang diedarkan. Responden terdiri daripada
pesakit yang menggunakan aplians ortodontik samada aplians boleh tanggal atau aplians
fungsi dan kes yang berulang yang dipilih dengan menggunakan kaedah sampel rawak
mudah. Penganalisian data kemudiannya dapat dilakukan dengan menggunakan
maklumat yang diperolehi.

Data yang diperolehi dari borang kaji selidik tersebut akan dianalisa secara manual.
Keputusan analisis tersebut kemudiannya akan dipersembahkan dalam bentuk graf dan
jadual.

24

5. Jangkaan Hasil Kajian


Data yang diperolehi akan dilakukan secara manual dan kajian adalah bersifat deskriptif.
Kesemua data yang dikumpul dibentangkan dalam bentuk jadual dan graf.

Objektif 1: Untuk mengenalpasti jenis aplians orthodontik yang dibuat di klinik


pergigian

Jenis Aplians

Bilangan Aplians

Peratus (%)

(n)

B
i
l
a
n
g
a
n
A
p
l
i
a
n
s
(
n
)

Aplians Tetap
Aplians Fungsi
Aplians Boleh Tanggal
Jadual 1 : Bilangan unit setiap aplians

0
5
4
0
3
2
1
0
0
i
l
p
A
s
n
a
a
t
e
T
p
p
A
i
n
e
J
n
a
i
l
p
A
s
u
F
s
n
a
i
l
i
s
g
n
s
p
A
s
n
a
i
l
o
B
T
h
e
l
g
n
a
l
a
g

Jadual 2 : Graf menunjukkan bilangan unit setiap aplians

Objektif 2: Untuk mengenalpasti jenis-jenis maloklusi pesakit yang dibuat aplians


orthodontik.

Karakteristik Subjek
(Skeletal)
Kelas I
Kelas II
Kelas III

Bilangan subjek
(n)

Peratus
(%)

25

Jadual 3 : Jumlah pesakit berdasarkan maloklusi

Jadual 4 : Graf menunjukkan jumlah pesakit berdasarkan maloklusi

Objektif 3: Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh juruteknologi


pergigian semasa membuat aplians orthodontik di klinik pergigian
Jenis Masalah
Kad LP6 kurang lengkap
Masalah ketika

Min

Peratus (%)

memfabrikasi aplians
Masalah yang melibatkan
perbincangan
Jadual 5 : Masalah yang dihadapi oleh juruteknologi ketika memfabrikasi aplians

Petunjuk

: A- Kad LP6 kurang lengkap


B- Masalah ketika memfabrikasi aplians
C-Masalah yang melibatkan perbincangan

Jadual 6 : Taburan frekuensi yang menunjukkan masalah yang dihadapi oleh


juruteknologi ketika memfabrikasi aplians

26

6. Batasan

Sepanjang kajian ini, pelbagai halangan yang membatasi kajian ini. Faktor kos
menghadkan kemajuan kajian ini kerana ia mempunyai kesan domino terhadap perkaraperkara lain seperti kos pengangkutan, kos pencetakkan dan sebagainya. Kekangan masa
juga satu faktor kerana pengkaji diberi tempoh yang amat terhad untuk menjalani kajian
tersebut. Di samping itu, kerjasama pesakit juga adalah penting kerana ia akan
memastikan keputusan yang ideal untuk kajian.

27

7. Gantt Chart

FEBRUARI

OGOS

JULAI

MAC

PERKARA

SEPTEMBER

BULAN

1. Syarahan Penyelidikan Saintifik dan


Taklimat Kerja Projek
2. Penyediaan pengenalan, objektif dan
literature review.
3.Perjumpaan dengan Preseptor Tempatan

Perbincangan tentang tajuk kerja


projek

Penyerahan borang perjanjian

Penyerahan

penulisan

pengenalan,

objektif, literature review, kaedah kajian


dan borang soal-selidik untuk simpanan

28

dan semakan.

29

4.

Perjumpaan

dengan

Perseptor

Tempatan

Kaedah kajian

5. Perancangan sebelum pelaksanaan


kajian

Memohon

kebenaran

untuk

menjalankan kajian
6. Pengumpulan data
7. Analisa data
8. Penyediaan dan penyerahan draf
penulisan kepada Preseptor Tempatan.
9. Pembetulan penulisan dan pencetakan
10. Menghantar buku projek untuk
penjilidan
11. Menghantar buku projek ke KLPM

30

8. Cadangan Penambahbaikan

Cadangan pertama bagi menangani masalah kos ialah sebelum kajian dijalankan, adalah
sebaik baiknya pengkaji merancang penggunaan wang dengan bijak dan teliti supaya
kejadian pembaziran dan kekurangan wang dapat dielakkan.

Cadangan kedua pula bagi menangani kekangan masa ialah pengkaji perlu terlebih
dahulu membuat gantt chart. Pengkaji perlu berpegang pada gantt chart tersebut agar
pengkaji tidak melebihi masa tarikh penyerahan kajian. Di samping itu, gantt chart
mampu memberi kajian dijalankan dengan lebih teratur kepada pengkaji.

Cadangan ketiga pula, pengkaji perlu menitikberatkan sumbangan kerjasama kepada


pesakit agar pesakit berasa lebih dihargai dan seterusnya mereka akan lebih
bekerjasama.

31

9. Rujukan

1.

Alam, M. (2012). A to Z Orthodontics; Functional Orthodontic Appliances. 11th ed.


Kelantan: PPSP Publication, p.8.

2.

Alam, M. (2012). A to Z Orthodontics; Maloclussion. 3rd ed. Kelantan: PPSP


Publication, p.3.

3.

Al-AlSheikh, H. (2012). Quality of communication between dentists and dental


technicians for fixed and removable prosthodontics. King Saud University Journal
of Dental Sciences, 3(2), pp.55-60.

4.

Almuzian, M. (2013). Extraoral Orthodontic Appliances.

5.

Chew Kit, Y. (2015). Aplians Boleh Tanggal. [online] MyHEALTH Kementerian


Kesihatan Malaysia. Available at: MyHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA,

(2015).

Aplians

Boleh

Tanggal.

[online]

Available

at:

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/aplians-boleh-tanggal

[Accessed

10

May 2015]. [Accessed 10 May 2015].


6.

CLASSIFICATION OF MALOCCLUSION. (2014). . Presentation

7.

Dentalhealth.org, (2015). Oral treatments and dental health Orthodontics


Orthodontic treatment (braces) | The British Dental Health Foundation. [online]
Available

at:

https://www.dentalhealth.org/tell-me-

about/topic/orthodontics/orthodontic-treatment-braces [Accessed 31 May 2015].


8.

eMedicineHealth, (2015). Malocclusion and Orthodontics - Malocclusion and


Orthodontics

Exams

and

Tests:

Healthwise

Medical

Information

on

32

eMedicineHealth.

[online]

Available

at:

http://www.emedicinehealth.com/malocclusion_and_orthodonticshealth/page5_em.htm#Treatment Overview [Accessed 31 May 2015].


9.

Google.com, (2015). dental technician definition - Google Search. [online]


Available

at:

https://www.google.com/search?

q=dental+technician+definition&oq=dental+techn&aqs=chrome.3.69i57j69i65l2j69
i59j69i60.4807j0j4&sourceid=chrome&es_sm=93&ie=UTF-8 [Accessed 9 Sep.
2015].
10. Google.com,

(2015). problem

definition.

[online]

Available

at:

9.https://www.google.com/webhp?sourceid=chromeinstant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=problem%20definition [Accessed 9 Sep.


2015].
11. Mao.org.my, (2015). THE ORTHODONTIC TREATMENT PROCESS - MAO Malaysian

Association

Of

Orthodontists.

[online]

Available

at:

http://www.mao.org.my/public10.htm [Accessed 9 May 2015].


12. Medical News Today, (2014). What is orthodontics?. [online] Available at:
http://www.medicalnewstoday.com/articles/249482.php [Accessed 18 May 2015].
13. Merriam-webster.com, (2015). review | an act of carefully looking at or examining
the quality or condition of something or someone : examination or inspection.
[online] Available at: http://www.merriam-webster.com/dictionary/review [Accessed
11 Sep. 2015].
14. Moyers, R. Handbook of orthodontics.4th ed. Chicago. Book Medical
Publishers.1988:184
15. Murchinson, D. (2015). Malocclusion. [online] Merckmanuals.com. Available at:
33

http://www.merckmanuals.com/home/mouth-and-dental-disorders/symptoms-oforal-and-dental-disorders/malocclusion [Accessed 10 May 2015].


16. Nordqvist, C. (2014). What is orthodontics?. [online] Medical News Today.
Available at: http://www.medicalnewstoday.com/articles/249482.php [Accessed 10
May 2015].
17. Phulari, B. (2011). Orthodontics. New Delhi: Jaypee Bros. Medical Publishers.
18. Roberts-Harry, D. and Sandy, J. (2004). Orthodontics. Part 5: Appliance choices. Br
Dent J, 196(1), pp.9
19. Soon

Lee,

L.

(2015). Aplians

Tetap.

[online]

MyHealth.

Available

at:

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/aplians-tetap [Accessed 10 May 2015].


20. Starting Your Dental Practice: A Complete Guide (Practice Managment Series).
(1999). American Dental Association.
21. TheFreeDictionary.com, (2015). orthodontic appliance. [online] Available at:
http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/orthodontic+appliance [Accessed 9
Sep. 2015].
22. Ying Ying, T. (2015). Aplians Fungsi Rawatan Ortodontik. [online] MyHealth.
Available at: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/aplians-fungsi-rawatanortodontik [Accessed 10 May 2015].

34

10. Lampiran

Lampiran 4

FAEONA ODELIA CLAYTON


Juruteknologi Pergigian Pelatih Sesi Julai 2013- Jun 2016
Klinik Pergigian Tudan,
Jalan Tudan,
98000 Miri,
Sarawak.
Dr. WAN MARIAM BT WAN ABDUL RAHMAN
Pegawai Pergigian Bahagian Miri
Klinik Pergigian Miri,
Jalan Merbau,
98000 Miri,
Sarawak.

27 JULAI 2015

Puan,
PENGEDARAN BORANG SOAL SELIDIK TENTANG MASALAH YANG
DIHADAPI

OLEH

JURUTEKNOLOGI

PERGIGIAN

SEMASA

MEMFABRIKASI APLIANS ORTODONTIK


Saya seperti nama dan perkara di atas ingin meminta kebenaran jasa baik puan untuk
saya mengedarkan borang soal selidik kepada juruteknologi yang membantu dalam
memfabrikasi aplians ortodontik di klinik pergigian Tudan.
2.

Pengedaran borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
pengumpulan data terhadap kertas kajian yang wajib dilakukan oleh para pelatih
35

Juruteknologi Pergigian Tahun 3 sewaktu di Pusat Latihan Amali.


3.

Borang soal selidik hendaklah diberikan kepada pesakit sebaik sahaja aplians

ortodontik diisu kan. Pengedaran borang soal selidik adalah 1 set bagi setiap pesakit.
Borang soal selidik hendaklah dikumpulkan sebaik sahaja pesakit melengkapkan butiran
yang perlu di isi. Borang yang sudah lengkap bolehlah diserahkan ke makmal JT di KP
Tudan untuk saya mengambilnya. Jikakalau ada persoalan mengenai borang soal selidik
berikut, bolehlah menghubungi saya di 0198887658. Saya akan berhubung dengan
personnel dari masa ke semasa mengenai borang soal selidik tersebut.
4.

Kerjasama dari pihak puan amatlah saya hargai dan sanjung tinggi. Juga jutaan

terima kasih yang tak terhingga kepada semua kakitangan pergigian di klinik-klinik
pergigian bahagian Miri kerana sudi memberikan kerjasama dan

bagi menjayakan

kajian ini.
Sekian terima kasih,

Disediakan oleh,

FAEONA ODELIA CLAYTON


Pelatih Juruteknologi Pergigian
Sesi Julai 2013/2016

Disahkan oleh,

Dr. WAN MARIAM BT WAN ABDUL RAHMAN


Pegawai Pergigian Bahagian Miri

36

Lampiran 5

KAJIAN TENTANG MASALAH YANG DIHADAPI OLEH


JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN SEMASA MEMFABRIKASI

37

APLIANS ORTODONTIK
BAHAGIAN A (diisi oleh Pembantu Pembedahan Pergigian)
1.

No. Kad Pengenalan

: ________________________________

2.

Jantina

: ________________________________

3.

Bangsa

: ________________________________

4.

Umur

: ________________________________

BAHAGIAN B (diisi oleh Pegawai Pergigian)


5.

Jenis maloklusi pesakit :


Jenis

()

(Skeletal)

Sila tandakan
yang berkenaan

Kelas I
Kelas II
Kelas III
6.

Jenis aplians yang di isu : ________________________________

BAHAGIAN C (diisi oleh Pesakit)


7.

Tujuan untuk mendapatkan rawatan

Tandakan yang berkenaan


Penampilan diri
Keestetikan
Pengaruh rakan sebaya
Motivasi diri
Lain-lain : ________________________

38

BAHAGIAN D (diisi oleh Juruteknologi Pergigian)


8.

Faktor yang banyak mempengaruhi pembuatan aplians:

1. Adakah anda mengahadapi masalah ketika memfabrikasi aplians.


Tandakan yang berkenaan
[ ] Tidak
[ ] Ya , sila nyatakan : _______________________________________________
____________________________________________________________________
2. Sekirannya terdapat masalah ketika memfabrikasi aplians, adakah anda akan
berbincang dengan Pegawai Pergigian?
____________________________________________________________________
3.
4. Sekirannya maklumat di kad LP6 kurang lengkap, adakah anda akan berbincang
dengan Pegawai Pergigian?
____________________________________________________________________
Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

39

Lampiran 6
FAEONA ODELIA CLAYTON
Juruteknologi Pergigian Pelatih Sesi Julai 2013- Jun 2016
Klinik Pergigian Tudan,
Jalan Tudan,
98000 Miri,
Sarawak.
Medical Research Ethics Committee (MREC)/
MOH Research Grants (MRG)/
Publication NIH Secretariat Ministry of
Health Malaysia,
c/o Institute for Health Management,
Jalan Rumah Sakit, Bangsar,
59000 Kuala Lumpur.

27 JULAI 2015

Tuan,
KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI FASILITI KKM
KLINIK PERGIGIAN TUDAN MIRI,
Saya seperti nama dan perkara di atas ingin meminta kebenaran tuan untuk menjalankan
penyelidikan di salah satu fasiliti KKM.
2.

Penyelidikan yang dijalankan adalah bertajukan Tinjauan tentang jenis aplians

ortodontik yang dibuat di klinik pergigian serta masalah yang dihadapi oleh
juruteknologi pergigian. Kajian ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
pengumpulan data terhadap kertas kajian yang wajib dilakukan oleh para pelatih Pusat
Pergigian Kanak-Kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia jurusan Juruteknologi
Pergigian Tahun 3 sewaktu di Pusat Latihan Amali.

40

3.

Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk memantau jenis-jenis maloklusi yang

sering dihadapi oleh rakyat Malaysia serta masalah yang sering timbul semasa
memfabrikasi aplians tersebut. Penyelidikan ini juga dapat membantu dalam mencari
cara mengatasi masalah pergigian yang melanda penduduk Miri. Penyelidikan ini dapat
memberikan gambaran yang lebih mendalam ke akar masalah.

4.

Penyelidikan ini akan memakan masa selama 6 bulan. Di samping itu, saya akan

menemuramah kakitangan KKM dan juga pesakit untuk mendapatkan maklumat bagi
penyelidikan ini. Kajian ini akan dijalankan di fasiliti Makmal Klinik Pergigian Tudan.
Jikakalau ada kemsyukilan mengenai penyelidikan berikut, bolehlah menghubungi saya
di 0198887658.
5.

Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai dan sanjung tinggi. Juga jutaan

terima kasih bagi pihak tuan kerana sudi memberikan kebenaran bagi saya untuk
menjalankan penyelidikan ini.
Sekian terima kasih,

Disediakan oleh,

FAEONA ODELIA CLAYTON


Pelatih Juruteknologi Pergigian
Sesi Julai 2013/2016

41

Lampiran 7

Bulan

Jenis Aplians
Aplians Tetap

(Jumlah)
Aplians Fungsi

Aplians Boleh

Peratus
(%)

Tanggal
Ogos 2015
September
2015
Oktober 2015
November
2015
Disember 2015
Januari 2016
JUMLAH
Bilangan unit aplians setiap bulan

42

Kelas I

Kelas

Bulan
AF

ABT

AT

AF

II
ABT

Kelas
AT

AF

III
ABT

Peratus (%)
AT

Ogos 2015
September 2015
Oktober 2015
November 2015
Disember 2015
Januari 2016
JUMLAH
Jumlah pesakit yang dibuat aplians ortodontik berdasarkan jenis maloklusi

43

Anda mungkin juga menyukai