Anda di halaman 1dari 3

MOHAMAD NAZIF AIMAN BIN ISMAIL

BPP2014-4500
PENYELESAIAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
`
Masalah adalah perkara lumrah dalm kehidupan manusia. Setiap manusia pasti akan
mempunyai masalah yang tersendiri dalam kehidupan seharian mereka. Dalam setiap masalah itu
pula terdapat cara penyelesaian yang unik dan tersendiri. Setiap orang perlulah berusaha dengan
sedaya-upayanya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya lari dari masalah tersebut.
Terutamanya kita sebagai Penolong Pegawai Perubatan haruslah mempunyai cara yang terbaik
untuk menghadapi masalah.
Cara yang pertama ialah mengenalpasti masalah yang kita hadapi ataupun yang kita
perolehi dari tempat kerja iaitu hospital ataupun di luar tempat kerja. Dalam mengenalpasti
masalah ini juga,ada beberapa teknik yang betul untuk diamalkan supaya masalah dapat
dikenalpasti dengan betul. Yang pertama adalah,mengenal simpton masalah yang dihadapi. Kita
sebagai PPP haruslah mengenal simpton masalah yang berlaku kepada pesakit seperti sakit
dibahagian atas kepala ataupun di belakang kepala pesakit. Yang kedua adalah melakukan kajian.
Untuk mengenalpasti masalah dengan tepat,PPP perlu melakukan kajian tentang masalh tersebut
contohnya punca dan sebab masalah atau penyakit itu berlaku kepada pesakit. Yang ketga adalah,
cari jalan penyelesaian secara berkumpulan. PPP haruslah sentiasa melakukan rawatan dalm
sesebuah kumpulan kerana hal ini dapat memudahkan masalah tersebut dapat diselesaikan.
Selain itu, cara kedua dalah menandakan atau membuat penandaan tentang masalah yang
kita hadapi. Teknik dalah dengan menyenaraikan masalah. Masalah boleh disenaraikan dengan
pelbagai cara iaitu dengan membuat analisis maklumat. Maklumat tentang masalah boleh
disenaraikan dan dianalisis untuk memudahkan jalan penyelesaianya. Yang kedua, penyelesaian
secara berkumpulan adalah amat penting. Dan yang ketiga adalah menganalisa kemungkinan
yang akan berlaku jika berlaku masalah supaya langkah-langkah berjaga dapat dilakukan selepas
mengalami masalah.

Di samping itu, dalam penyelasaian masalah juga PPP haruslah menganalisa punca
masalah yang dihadapi. Dalam menganalisa masalah,kita perlulah brainstorming suapaya
masalah dapat diselesaikan. Yang kedua PPP perlulah menganalisa unsur negatif dan positif
dalam masalah tersebut. Hal ini dapt memudahkan PPP dalam mengetahui unsur negatif seperti
cara hidup yang salah atau unsur positif adalah susur galau keluarga. Yang kedua, penganalisaan
haruslah mengikut turutan suapaya masalah bolehlah dikenalpasti dengan mudah. Dan yang
keempat ialah PPP perlulah membuat gambarajah punca dan akibat masalah tersebut supaya
gambaran tentang masalah tersebut mudah digambarkan dan difahami.

Dalam sesebuah masalah pasti ada penyelesaianya. PPP haruslah membuat pilihan
penyelesaian yang ada setelah melaksanakan cara-cara yang sebelumnya. Pilihan penyelesaian
ini haruslah dilakukan dengan brainstorming agar pilihan yang dilakukan adalah tepat dan tiada
penyesalan setelah membuat keputusan. Pilihan penyelesaian juga haruslah dibuat dengan
menganalisa unsur-unsur yang ada supaya penyelesaian itu tepat dan betul.
Setelah membuat penyelesaian masalah, tibalah masa untuk PPP membuat keputusan
dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan haruslah dilakukan melalui perbincangan
secara tak rasmi dahulu sebelum rasmi agar keputusan rasmi boleh dijalankan dengan lancar.
Sebagai contoh. Dalam Emergency Department,kita bekerja dalam satu kumpulan,perbincangan
haruslah diamalkan supaya tidak berlaku pergaduhan. Keputusan juga boleh dibuat melalui
kaedah brainstorming. Keputusan yang tidak munasabah atau tidak tepat bolehlah disingkirkan
supaya tidak menggangu dalam proses untuk membuat keputusan. Keputusan yang tepat tidak
boleh dilakukan dalam keadaan yang ragu-ragu tetapi haruslah dilakukan dengan yakin dan
bersungguh-sungguh. Keutamaan keputusan untuk menyelamatkan pesakit adalah keputusan
yang paling tepat walaupun sukar untuk melaksanakannya. Ketepikan keputusan yang tidak
penting dan menjejaskan pesakit. Kriteria-kriteria yang digunkan untuk membuat keputusan
adalah criteria yang diguna pakai dalam hospital tersebuat dan tidak bercanggah dengan akta
yang ditetapkan hospital. Contoh kriteria yang diguna pakai ialah menjaga privasi pesakit dalam
membuat rawatan.
Keutamaan membuat keputusan yang tepat haruslah terbaik. Sebagai contoh, ibu yang
mempunyai risiko dalam mengandungkan anak yang tidak sempurna bolehlah mengugurkan
anaknya dalam tempoh awal. Keputusan terbaik haruslah dipilih oleh sang ibu tersebut dan PPP
perlulah member nasihat yang terbaik bagi pesakit membuat keputusan. Keputusan yang dibuat
juga adalah paling berkesan iaitu member kesan yang positif dan bukannya negative. Keputusan
yang dibuat adalah keputusan yang boleh diharap. Keputusan yang mempunyai peratusan yang
tinggi dalam menyelesaikan masalah. Contohnya ibu yang mengandungkn anak dalm keadaan
abnormal perlulah dimasukkan dalam dewan bedah dan tidak boleh melahirkan dengan cara
normal demi menyelamatkan bayi. Sama juga dengan keputusan yang dibuat adalah mempunyai
risiko yang paling kurang untuk gagal. PPP perlulah mengambil risiko yang paling kurang untuk
membuat keputusan. Sebagai contoh,seorang pesakit yang mengalami severe asma perlulah
diletakkan dalam red zone dan bukannya yellow zone atau athma bay. Yang seterusya ialah,
keputusan yang dibuat haruslah mempunyai keupayaan ahli atau pesakit untuk merealisasikan
matlamat. Contohnya, pesakit yang mengalami diabetis mellitus yang teruk dan perlu dipotong
kaki, PPP haruslah member semngat kepada pesakit kerana mungkin pesakit tidak akan boleh
berjalan dan memrlukan sokongan moral yang tinggi untuk meneruskan kehidupan dan
menjalani rutin hariannya seperti manusia biasa dan itulah hasratnya. Dan akhir sekali, keputusan
yang terbaik adalah mempunyai peratusan dan peluang kejayaan yang tinggi demi
menyelamatkan pesakit dan member peluang kepda pesakit menjalani khidupan seperti biasa.

Pelan tindakan adalah cara terakhir untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
dalam prospek Penolong Pegawai Perubatan. Dalam pelan tindakan ini, PPP haruslah
mempunyai tindakan tertentu selaras dengan penyelesaian masalah dan keputusan yang dibuat.
Tindakan tidak boleh menjejaskan pesakit dan masyarakat. PPP perlulah mempunyai rasa
tanggungjawab yang jelas dalam membuat sesuatu kepusan dan tindakan. Tindakan bukannya
hanya tanggungjawab tetapi amanah yang dipikul oleh PPP haruslah sentiasa dingat. Pelan
tindakan seseorang PPP adalah dalm tempoh yang munasabah. Tidak terlalu cepat dan tidak
terlalu lambat, tempoh yang diambil haruslah tempoh yang terbaik. Pelan tindakan yang
dilaksanakan adalah mempunyai standard pencapaian seseorang PPP tersebut supaya kit tidak
lari dari landasan yang sepatutnya. Tindakan yang dilakukan haruslah selaras dan mempunyai
sitem pemantauan yang berkesan supaya pelan tindakan yang dijlankan adalah tepat.
Pemerhatian yang berterusan perlulah dilaksanakn demi menjaga kualiti pelan tindakan tersebut.
Sistem sokongan yang kuat juga perlu dilaksankan demi menyokong setiap pelan tindkan yang
dijalankan. Dalam sesbuah kumpulan itu perlulah menyertai dengan penuh agar tindakan yang
dijalankan lebih mudah. Keputusan yang terjamin dapat memuaskan hati semua pihak adalah
yang penting sekali dalam pekerjaan kita sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Anda mungkin juga menyukai