Anda di halaman 1dari 12

1) Jelaskan jenis-jenis penyenggaraan berikut:

a) Penyenggaraan berkala ( periodic maintenance )

Penyenggaraan jenis ini melibatkan penyelenggaraan yang dilakukan


secara berkala dan berjadual.
Ia lebih mengutamakan pemeriksaan, pengawalan kerosakan, dan
kecacatan sepanjang tempoh penggunaan bangunan tersebut.

b) Penyenggaraan semasa ( current maintenance )


Penyenggaraan jenis ini dijalankan dari semasa ke semasa oleh tuan

punya bangunan atau penghuninya untuk mengelakkan kemerosotan fabrik


bangunan.
Ia amat penting untuk memastikan keadaan bangunan adalah baik dan
tiada masalah dari segi penggunaannya.
Kerja-kerja penyenggaraan yang terlibat adalah :
Membaiki tandas
Membersih longkang
Membaiki bumbung
Membaiki tangki simpanan

Mengecat siling dan dinding


Sistem bekalan elektrik perlulah diperiksa lebih kerap lagi dari segi
pencahayaan dan pendawaian.

c) Penyenggaraan kecemasan ( emergency maintenance )

Penyenggaraan kecemasan beroperasi 24 jam sehari.

Apabila berlaku sebarang kerosakan yang memerlukan penyenggeraan


kecemasan, pengguna atau tuan punya bangunan boleh menelefon pihak
yang berkenaan.

Pekerja akan bertindak serta merta untuk membaiki kerosakan yang ada.

Antara contoh kerja-kerja penyenggeraan kecemasan ialah:

Kegagalan system bekalan elektrik berfungsi

Kebocoran pada paip utama

d) Penyenggaraan mekanikal ( Mechanical maintenance )

Penyenggaraan mekanikal meliputi pengendalian lingkungan (iaitu,


pemanas, ventilasi, AC, kulkas), dan paip. Sistem kemudahannya
menyediakan alat pendingin hawa, alat pemanas dan menyejukkan
bangunan.

Penyenggaraan mekanikal bertanggungjawab ke atas pengedaran dan


penyelanggaraan semua kemudahan kecuali elektrik dalam bangunan.

Alat pendingin hawa juga di selenggara oleh Mekanikal.

e) Penyenggaraan struktur ( structural maintenance )

Jabatan Penyenggeraan struktur ( Structural Maintenance Department )


menyediakan tukang kayu, pengecat, dan tukang melepa untuk melakukan
kerja mengecat pada dalaman dan luaran bangunan, melepa, kaca,
memperbaiki kunci, pertukangan (contohnya, perbaikan peranti keras, pintu
dan tingkap) dan sebagainya

f) Penyenggaraan pemulihan / baik pulih ( corrective maintenance )

Penyenggaraan pemulihan atau baik pulih adalah kerja yang dilakukan untuk
memperbaharui dalam pemasangan dan pengubahsuaian pada keadaan
yang boleh diterima.

Penyenggaraan jenis ini melibatkan kerja-kerja pembaikan atau pemulihan


kembali kepada fungsi-fungsinya atau keadaan asal setelah sesuatu item itu
mengalami kerosakan.

Tindakan segera akan diambil bagi mengelakkan kerosakan menjadi lebih


serius.

g) Penyenggaraan Dalam Masa Tanggungan Kecacatan


( Maintenance During The Defect Liability Period )

Penyenggaraan ini dilaksanakan oleh pihak kontraktor dalam masa enam


bulan iaitu jangka masa yang telah dipersetujui selepas sesebuah bangunan
siap dibina.

Pemeriksaan perlu dijalankan oleh pihak kontraktor dari segi kerja dan mutu
kerja , sama ada telah dilaksanakan dengan sempurna atau tidak mengikut
kontrak.

Ini termasuklah kecacatan atau kerosakan yang ada dan juga ujian-ujian
yang perlu dilaksanakn ke atas system pendawaian elektrik, system
pemasangan paip air, dan system saliran air sisa dan najis.

Sijil penamatan kerja akan diberi selepas semua kecacatan dan kerosakan
telah diperbaiki.

Spesifikasi serta lukisan bangunan seperti di dalam kontrak adlah di


perlukan sebagai rujukan semasa pemeriksaan dibuat.

h) Penyenggaraan Luar jangkaan ( Breakdown / Force maintenance )

Merupakan penyenggaraan kecemasan yang dilakukan oleh operator atau


krew penyenggaraan terhadap kemudahan yang gagal berfungsi.

Pembaikan atau penggantian dilakukan apabila sesuatau kemudahan gagal


kembali ke keadaan asalnya.

i) Penyenggaraan pencegahan ( preventive maintenance )

i.

Kerja servis
Kerja servis adalah kerja-kerja pembersihan yang dijalankan
mengikut jadual masa yang tetap dengan kekerapan yang berbeza.

Antara kerja-kerja yang terlibat adalah:


Menyapu lantai setiap hari
Membersih tingkap pada setiap bulan
Membersih serombong setiap enam bulan
Mengecat bangunan pada setiap empat tahun.

ii.

Kerja Pembaikan
Kerja pembaikan merupakan kerja yang dilakukan pada peringkat
awal selepas pembinaan kerana terdapat beberapa kekurangkan dari
segi rekabentuk, ketidak sesuaian komponen-komponen bangunan,
kerosakan semasa pengangkutan dan pengendalian dan
pemasangan.
Penggunaan komponen-komponen yang bermutu tinggi dan
bersesuaian dalam kerja pembaikan ini akan menjimatkan kos
penyenggaraan pada masa akan datang.

iii.

Kerja Penggantian
Kerja penggantian adalah perlu kerana penggunaan sesuatu bahan
akan menyebabkan bahan itu rosak dan merosot pada kadar yang
berbeza.
Antara kaedah yang digunakan untuk mengkaji kerosakan pada
bangunan adalah dengan menyiasat bahan-bahan binaan yang
terdedah ditapak bina dan penggunaan yang terlalu kerap.
Kekerapan penggantian boleh dikurangkan dengan menggunakan
bahan-bahan dan komponen-komponen yang bermutu tinggi dan
berkos lebih besar.

j) Penyenggaraan terancang ( Planned Maintenance )

Penyenggaraan terancang terbahagi kepada 3 iaitu:


Penyenggaraan semasa yang sedang digunakan
Penyenggaraan bagi kemudahan yang tidak digunakan
Penyenggaraan dilaksanakan apabila berlaku kerosakan, peralatan
disediakan sebelum maklumat pemeriksaan diberi

Sistem penyenggaraan mengandungi 2 komponen iaitu :


Penyenggaraan perancang pencegahan ( preventive )
Komponen ini bermaksud butir-butir yang dikesan lebih awal
dari segi kerosakan atau kemerosotan dari keadaan yang
boleh diterima.
Penyenggaraan terancang pembetulan ( corrective )
Ia merupakan pemulihan kepada keadaan yang diperlukan
dan penyenggaraan ini perlu diutamakan.

Kedua-dua komponen ini perlu dibentuk dengan teliti terutama dari segi
perancangan, pengawalan dan pengrekodan.

Terdapat beberapa contoh program penyenggaraan iaitu:


Kerja penyenggaraan merangkumi fabric bangunan, perhiasan/
kemasan bangunan, pembersihan, penyenggaraan loji dan servis
dijalankan setiap lima tahun.
Bangunan dan tapak di bahagikan kepada zon-zon untuk tujuan

penyenggaraan

2) Terangkan manual penyenggaraan

Maklumat-maklumat dan manual ini perlulah ringkas dan jelas supaya


penyenggaraan dan pengurusan bangunan dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan.

Cadangan-cadangan asas yang diperlukan dalam manual penyenggaraan


adalah seperti berikut:

Rekod keadaan fizikal mengenai bangunan dan tapak

termasuk bahan-bahan , servis keluasan dan isipadu ruang


bengunan serta semua spesifikasi yang dapat membantu dalam
penjagaan bangunan.

Rekod pemeriksaan dan penyenggaraan dari segi masa dan

kekerapan untuk semua komponen termasuk servis-servisnya


perlulah disertakan dengan senarai pemeriksaan, jadual
penyenggaraan untuk peralatan jentera/ kejuruteraan dalam
bangunan dan senarai kontraktor-kontraktor kecil dan pembekal.

Maklumat dan arahan-arahan mengenai penyenggaraan

yang diberikan kepada penghuni.

Manual penyenggaraan memerlukan spesifikasi-spesifikasi berikut:

Maklumat-maklumat mengenai kontrak, undang-undang

serta sejarah ringkas bangunan tersebut.

Kerja-kerja penjagaan bangunan termasuk kemasan,

perhiasan dalaman dan luaran serta maklumat penyenggaraan dari


semasa ke semasa. Maklumat ini haruslah berada dalam bentuk
jadual, masa pemeriksaan, dan kerja-kerja operasi.

Pengendalian jentera dan loji yang mempunyai operasi ,

maklumat penyenggaraan, servis dan spesifikasi bahagian-bahagian

terpenting di dalam loji tersebut. Loji ini termasuklah jenis mekanikal,


elektrikal dan loji pembekal bahan api.

Spesifikasi mengenai penyenggaraan dan membaik pulih

bahan , komponen dan proses-proses pembinaan. Bahagianbahagian tersembunyi perlu diterangkan. Sambungan-sambungan ,
penggantian, pemasangan, baik pulih, penanggalan dan mendirisiap
perlu dicatatkan. Senarai pembekal dan kontraktor perlu disertakan.

Anda mungkin juga menyukai