Anda di halaman 1dari 1

Jenis-jenis Cerun

3.1 Cerun terbahagi kepada dua jenis iaitu cerun terhingga dan cerun tak terhingga.
i)

Cerun terhingga.
a) Cerun ini lebih dikenali sebagai cerun pendek kerana kedalaman
lengkung gelincirannya agak tinggi berbanding dengan panjang
permukaan

gelinciran

cerun.

Permukaan

cerun

ini

mengalami

kegagalan dalam bentuk lengkung bulat dan lengkung tidak bulat.


Ketidakstabilan cerun terhingga mungkin disebabkan oleh jumlah berat
jisim tanah.
b) Untuk tanah yang homogeny, bentuk kegagalan yang berlaku didapati
berbentuk lengkung bulat, manakala bagi tanah yang tak homogeny
permukaan gelongsornya tidak berbentuk bulat.

ii) Cerun tak terhingga.


a) Cerun ini dikenali sebagai cerun panjang dan kegagalan permukaannya
selari dengan permukaan bumi. Kegagalan permukaan ini berbentuk
gelinciran peralihan dan gelinciran tergabung. Ia dipengaruhi oleh
kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang
berbeza.
b) Gelinciran peralihan berlaku apabila stratum bersebelahan berada pada
kedalaman yang cetek, manakala gelinciran tergabung pula berlaku
pada kedalaman yang besar, iaitu pada permukaan kegagalannya
terdapat keratan yang berbentuk lengkung.

Anda mungkin juga menyukai