Anda di halaman 1dari 21

ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN

TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

KHAIRUDDIN BIN NISA


M20101000240

PENSYARAH :
PROF. MADYA DATO DR. ABD RAHMAN BIN DAUD

1.

Pengenalan

Teknologi instruksional pada masa kini sangat mempengaruhi sistem


pendidikan negara. Atas kepentingan ini maka isu dan cabaran terhadap guru yang
berkaitan teknologi instruksional wajar diperbincangkan dengan teliti. Terdapat enam
isu yang akan dihuraikan. Isu pertama, bahan pengajaran menggunakan teknologi
instruksional

dapat

meningkatkan

pencapaian

pelajar.

Isu

kedua,

tahap

pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Isu


ketiga, sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional.
Isu keempat, kelengkapan kemudahan komputer di sekolah dapat meningkatkan
penggunaan teknologi instruksional. Isu kelima, sokongan pentadbir sekolah dapat
meningkatkan

penggunaan

teknologi

instruksional

dan

isu

yang

keenam

penggunaan teknologi instruksional pada masa depan.


Berdasarkan perbincangan enam isu ini akan diperoleh pula enam cabaran
utama bagi meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru.
Cabaran pertama, menggalakkan guru menghasilkan bahan pengajaran berasaskan
teknologi instruksional. Cabaran kedua, meningkatkan tahap pengetahuan teknologi
instruksional di kalangan guru. Cabaran ketiga, meningkatkan sikap positif di
kalangan guru bagi menggunakan teknologi instruksional. Cabaran keempat,
kelengkapan dan kemudahan di sekolah akan meningkatkan penggunaan teknologi
instruksional di kalangan guru. Cabaran kelima, peranan pentadbir dalam
menggalakkan guru menggunakan teknologi intruksional dan cabaran keenam,
persediaan guru menghadapi gelombang teknologi instruksional pada masa depan.
Sebelum isu dan cabaran diperbincangkan dengan lebih lanjut, isu berkaitan
sejarah, definisi dan perhubungan antara teknologi instruksional dengan teori-teori
pembelajaran harus difahami terlebih dahulu agar isu dan cabaran teknologi
instruksional yang akan dikupas nanti menjadi lebih jelas.

2.

Sejarah dan Definisi Teknologi Instruksional

Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2,


apabila golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan
digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program
2

latihan ini diteruskan oleh ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional
dibidang pendidikan seperti Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan
rekabentuk instruksional terus berkembang di dalam bidang pendidikan sehingga
kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk teknologi instruksional boleh didefinisikan
sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang digunakan dengan
tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki ( Molenda,
Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

3.

Teknologi Instruksional dan Teori-Teori Pembelajaran

Setiap teknologi instruksional akan dipengaruhi dengan pelbagai teori-teori


pembelajaran,

seperti

teori

pembelajaran

behaviorisme,

kognitivisme

dan

konstruktivisme. Menurut Schuman (1996), teori pembelajaran behaviorisme


bermaksud perubahan tingkah laku yang telah dilatih berkali-kali supaya tingkah laku
tersebut boleh berlaku secara refleksi. Teori pembelajaran kognitivisme pula
menganggap pencapaian berlaku apabila penambahan ilmu pengetahuan dapat
mengubah minda seseorang yang juga akan mengubah tingkah lakunya. Manakala
teori pembelajaran konstruktivisme pula ialah perubahan yang berlaku melalui
pengalaman individu dan memfokuskan kemahiran menyelesaikan pelbagai
masalah.
Menurut Mergel (1998), terdapat beberapa contoh penggunaan teori
pembelajaran behaviorisme ini di dalam rekabentuk instruksional, seperti yang
digunakan dalam latihan ketenteraan dan industri. Rekabentuk instruksional bagi
latihan ketenteraan dan industri ini akan membahagikan tingkah laku kepada
beberapa bahagian utama supaya setiap masalah dapat diatasi dengan tersusun
dan berkesan. Contohnya Gagnes dan Briggs model telah membahagikan set
latihan kepada lima bahagian utama iaitu (1) tindakan, (2) objektif, (3) situasi, (4)
alatan dan kekangan, dan (5) kebolehan untuk belajar. Rekabentuk instruksional
yang bersandarkan kepada teori pembelajaran berasaskan konitif pula ialah program
SHOLAR yang

akan

mengajar

pelajar tentang geografi

Amerika

Selatan

menggunakan kaedah Socratic dan progarm LOGO yang dapat membantu kanakkanak mempelajari komputer. Manakala contoh rekabentuk instruksional yang
dipengaruhi oleh teori pembelajaran konstruktivisme ialah program komputer yang
3

mempunyai hypermedia, dimana akan membolehkan penerokaan maklumat melalui


pengalaman berlaku.

4.

Isu Terhadap Guru Berkaitan Teknologi Instruksional

4.1 Isu Pertama : Bahan Pengajaran Menggunakan Teknologi Instruksional Dapat


Meningkatkan Pencapaian Pelajar

Terdapat tiga bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan


teknologi instruksional akan diketengahkan di dalam penulisan ini. Setiap bahan
atau koswer pengajaran dan pembelajaran ini telah dibuktikan melalui kajian dapat
meningkatkan pencapaian pelajar berbanding kaedah tradisional.
Bahan pertama dihasilkan oleh Habibah Hj. Lateh dan Arumugam Raman,
yang mengkaji koswer Web-Based Map Reading In Geography. Kajian ini telah
dilaksanakan pada Disember 2005. Tujuan utama kajian Web-Based Map Reading
In Geography adalah untuk mengkaji sama ada penggunaan peta interaktif dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dari segi membaca peta, mentafsir peta dan
memahami konsep geografi berbanding menggunakan peta statik. Terdapat dua
kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 telah dibentuk dalam kajian ini,
iaitu kumpulan eksperimen yang akan menggunakan kaedah peta interaktif dalam
mempelajari kemahiran peta manakala kumpulan kawalan pula akan menggunakan
kaedah peta statik. Peta Interaktif ini berupaya memfokuskan kawasan yang
dikehendaki, mampu mengubah hamparan peta secara topografi, tumbuhtumbuhan, sempadan dan dapat mencetak peta. Manakala peta statik hanya mampu
memaparkan satu imej sahaja (Habibah dan Arumugam, 2005, pp. 404-407).
Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan kumpulan eksperimen yang
menggunakan peta interaktif menguasai dari segi latihan berbentuk animasi
berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan peta statik dari segi kemahiran
membaca peta dengan min 2.55 berbanding kumpulan kawalan yang mendapat min
1.95 dan dari segi mentafsir peta, kumpulan eksperimen mendapat min 7.77
berbanding kumpulan kawalan hanya mendapat min 6.35 (Habibah dan Arumugam,
2005, p. 408).

Bahan kedua dihasilkan oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok
Boon Shiong, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti
Teknologi Malaysia pada tahun 2006. Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar
Tingkatan 6 yang mengambil Matematik S. Pengkaji cuba membuat perbandingan
antara dua kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pertama mempelajari
Matematik S melalui Goal Programming menggunakan multimedia interaktif (IMM).
Kaedah kedua pula mempelajari matematik s melalui Goal Programming melalui
kaedah tradisional (Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong,
Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2006, pp. 85-88).
Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert mendapati kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan mendapat min yang tinggi dari segi minat untuk
belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif dengan min 3.28
berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.45. Pelajar juga menganggap
belajar Matematik S menggunakan multimedia interaktif lebih berkesan dengan min
3.73 berbanding menggunakan buku teks dengan min 2.33 sahaja (Baharuddin et
al., 2006, pp. 89-94).
Bahan ketiga dihasilkan oleh Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Tengku Mohd Tengku
Sembok dan Wong Su Luan dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti
Kebangsaan Malaysia yang mengkaji keberkesanan pembelajaran kalkulus
menggunakan koswer Mastering Calculus Computer Courseware (MACCC)
berbanding kaedah tradisional. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2008 dengan
melibatkan pelajar diploma. Pembina koswer MACCC telah mengkategorikan
koswer ini berasaskan pembelajaran masteri kerana berupaya menjadikan pelajar
menguasai (masteri) dalam topik yang belum dipelajarinya dengan berkesan. Sila
rujuk rajah 1 di bawah, bagi melihat Rajah Aliran Modul MACCC.

Rajah 1 : Rajah Aliran Modul MACCC


MACCC
Module
Introduction
module

Diagnostic
module
Objective

Enrichment
module

Reinforcement module

Explanation

Examples

Evaluation

Games

(Sumber : Ahmad Fauzi, Tengku Mohd dan Wong, 2008, p. 6)


5

Hasil dapatan kajian ini mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan


koswer MACCC mendapat nilai min yang lebih tinggi iaitu 57.74 berbanding
pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah tradisional dengan hanya mendapat
min 30.64. Penggunaan koswer MACCC yang lebih mengutamakan pembelajaran
masteri iaitu melibatkan ekplorasi pelajar seperti bermain sambil belajar telah
menyebabkan penggunaan koswer MACCC mencapai keputusan jauh lebih baik
berbanding kaedah tradisional. Selain itu juga koswer MACCC mempunyai modul
bagi membuat diagnostik terhadap pelajar. Kebolehan pelajar akan dianalisis
dengan cepat berbanding diagnostik cara tradisional yang akan mengambil masa
yang lama. Malahan apabila kelemahan pelajar telah dikesan, koswer ini akan
menentukan pelajar membuat latihan pengukuhan di modul pengukuhan. Apabila
pencapaian pelajar semakin meningkat, pelajar boleh ke bahagian modul pengayaan
dalam bentuk permainan atau games (Ahmad Fauzi, Tengku Mohd dan Wong,
2008, pp. 1-8). Contoh print screen MACCC boleh dilihat pada lampiran 1.
Dapatan kajian daripada tiga bahan yang berasaskan teknologi instruksional
ini jelas dapat membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding cara pembelajaran
kaedah tradisonal.

4.2 Isu Kedua : Tahap Pengetahuan Guru Dapat Meningkatkan Penggunaan


Teknologi Instruksional

Tahap pengetahuan guru sememangnya boleh mempengaruhi penggunaan


teknologi instruksional. Buktinya satu kajian kes telah dijalankan oleh Abdul Wahab
Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa daripada Universiti Sains
Malaysia pada tahun 2006. Tujuan utama kajian ini bagi mengkaji penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah
yang melibatkan seramai 184 guru-guru di Pulau Pinang (Abdul Wahab, Kamaliah
dan Hasrina, 2006, pp. 203-204).
Dapatan daripada kajian ini mendapati terdapat perhubungan yang signifikan
antara

pengetahuan

dan

penggunaan

komputer

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran di mana nilai r = 0.534 dan p = 0.001 (Abdul wahab et al., 2006, p.
218). Melalui keputusan ini dapatlah disimpulkan bahawa semakin meningkat ilmu

pengetahuan komputer guru, akan meningkatkan juga penggunaan komputer dalam


pengajaran dan pembelajaran guru.
Bukti berikutnya melalui

jurnal yang dihasilkan oleh Habibah Lateh dan

Vasugiammai Muniandy dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011 berkenaan
cabaran dan potensi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pendidikan di Malaysia.
Mereka telah menganalisis dua puluh artikel iaitu, melibatkan sepuluh artikel dari
dalam negara dan sepuluh artikel dari luar negara. Dua puluh artikel ini dianalisis
secara SWOT iaitu dilihat dari sudut kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman.
Dapatan melalui analisis secara SWOT ini mendapati kekuatan penggunaan GIS
dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi di kalangan guru dan
kelemahan penggunaan GIS pula adalah berpunca kurang pengetahuan GIS di
kalangan guru (Habibah dan Vasugiammai, 2011, pp. 42-50).
Melalui dua kajian ini telah dapat menjelaskan bahawa peningkatan
penggunaan teknologi instruksional sangat bergantung kepada tahap ilmu
pengetahuan yang dimiliki guru.

4.3 Isu Ketiga : Sikap Positif Guru Dapat Meningkatkan Penggunaan Teknologi
Instruksional

Melalui isu ketiga ini akan melihat sejauh manakah sikap positif guru dapat
meningkatkan penggunaan teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Bukti akan diambil dari kajian yang oleh Abdul Wahab Ismail Gani,
Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa ke atas 184 guru di Pulau Pinang. Hasil
kajian ini mendapati terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana nilai r = 0.4333
dan p = 0.0001. Maka dapatlah disimpulkan di sini sikap positif guru dapat
meningkatkan

penggunaan

teknologi

instruksional

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran (Abdul wahab et al., 2006, p. 218).

4.4 Isu Keempat : Kelengkapan Kemudahan Komputer Di Sekolah Dapat


Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional

Berdasarkan jurnal yang dibuat oleh Habibah Lateh dan Vasugiammai


Muniandy mengenai cabaran dan potensi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam
7

pendidikan di Malaysia telah mendapati kekuatan bagi menggalakkan penggunaan


GIS di sekolah sangat dipengaruhi oleh kemudahan makmal komputer yang
lengkap, bilangan komputer yang semakin meningkat di sekolah-sekolah dan
teknologi VSAT iaitu kemudahan internet di kawasan pendalaman (Habibah dan
Vasugiammai, 2011, p. 50).
Manakala kajian yang dibuat oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj.
Siarap dan Hasrina Mustafa ke atas 184 guru di Pulau Pinang juga mendapati faktor
utama yang mendorong guru tidak menggunakan komputer ialah disebabkan oleh
faktor kemudahan yang tidak mencukupi dengan mendapat peratus tertinggi
sebanyak 28.6% berbanding faktor-faktor lain (Abdul wahab et al., 2006, p. 215).
Hasil daripada maklumat ini maka dapatlah dirumuskan bahawa kemudahan
teknologi seperti makmal komputer, bilangan komputer, internet dan LCD yang ada
di sekolah sangat mempengaruhi aras penggunaan teknologi instruksional di
kalangan guru.

4.5 Isu Kelima : Sokongan Pentadbir Sekolah Dapat Meningkatkan Penggunaan


Teknologi Instruksional

Perbincangan seterusnya ialah untuk melihat pengaruh sokongan pentadbir


sekolah dalam meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Berdasarkan
kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa ke
atas 184 guru di Pulau Pinang juga mendapati terdapat perhubungan yang signifikan
antara sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran, di mana nilai r = 0.463 dan p = 0.001. Melalui keputusan ini dapat
disimpulkan bahawa melalui sokongan positif daripada pihak pentadbir dapat
meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru-guru lain (Abdul
wahab et al., 2006, p. 215).
Malahan

berdasarkan

jurnal

yang

dibuat

oleh

Habibah

Lateh

dan

Vasugiammai Muniandy juga mendapati bahawa peluang bagi meningkatkan


penggunaan GIS di sekolah sangat dipengaruhi oleh sokongan pentadbir sekolah
pendalaman (Habibah dan Vasugiammai, 2011, p. 50). Jelasnya di sini, sokongan
pentadbir sekolah amat berpengaruh dalam menjayakan penggunaan teknologi
instruksional di sekolah.

4.6 Isu Keenam : Penggunaan Teknologi Instruksional Pada Masa Depan

Pada masa akan datang teknologi instruksional akan mendominasi bukan


sahaja bidang pendidikan, malahan akan turut mempengaruhi sektor perdagangan
dan industri. Perubahan dunia yang mahukan segalanya cepat dan mudah sangat
memerlukan penggunaan teknologi instruksional yang efisien. Malahan menurut
Merrill dan Wilson (2007, p. 336) di universiti tempatnya bekerja mengambil profesor
kimia bukan berdasarkan pengalamannya bekerja atau ilmu pedagogi yang
dimilikinya tetapi sebaliknya mengambil profesor kimia itu berkerja berdasarkan
bagaimana cara mengajar dan mereka bentuk teknologi instruksional tentang apa
yang hendak diajar.
Satu perbandingan dapat dibuat di sini, manakah yang lebih penting pedagogi
atau teknologi instruksional? Mungkin di Malaysia jawapannya pedagogi lebih
penting. Tetapi negara maju telah mula menganggap bahawa teknologi instruksional
lebih penting. Satu lagi contoh yang dapat menunjukkan bahawa teknologi
instruksional menjadi lebih penting berbanding pedagogi ialah melalui telefon bimbit.
Adakah syarikat telefon bimbit mengambil kira pedagogi supaya pelanggannya
memahami penggunaan telefon bimbitnya atau lebih mengutamakan kaedah
teknologi instruksional supaya pelanggannya dapat memahami penggunaan telefon
bimbit dengan lebih cepat? Malahan jika benar teknologi instruksional menjadi lebih
penting berbanding pedagogi, maka pada masa akan datang peranan guru lebih
kepada menghasilkan bahan teknologi instruksional berbanding mengajar di kelas.
Teknologi instruksional pada masa depan juga akan dipengaruhi oleh
permainan games dan simulasi. Keadaan ini dibuktikan dengan perkembangannya
perniagaan yang melibatkan permainan atau games ini sejak dua puluh tahun yang
lalu (Merrill dan Wilson, 2007, p. 345). Maksudnya pada masa depan teknologi
instruksional yang melibatkan permainan dan simulasi akan menjadi lebih utama
berbanding teknologi instruksional yang berunsurkan kognitif atau kuiz. Terdapat
juga kajian yang dilakukan oleh Yu Tzu Chiang, Dr. Sunny S.J. Lin, Chao Yang
Cheng dan Dr. Eric Zhi Feng Liu dari National Chiao Tung Universiti dan National
Central Universiti telah dapat membuktikan bahawa melalui permainan atau games
sama ada permainan yang berunsurkan keganasan atau permainan yang tidak
melibatkan keganasan tetap akan mendapat pengalaman terus yang akan memberi
kesan positif dari segi pemahaman pemain (Yu, Lin, Chao, dan Zhi, 2011, p. 112).
9

Melalui kelebihan pengalaman terus ini akan memberi kesan positif terhadap
psikologi pelajar dan secara tidak langsung pelajar dapat menguasai topik dengan
lebih baik dan lebih berkesan.
Teknologi instruksional pada masa depan juga akan menjadi lebih saintifik.
Menurut Merrill dan Wilson (2007, p. 338) Teknologi instruksional akan menjadi lebih
saintifik kerana melibatkan kajian, teori dan hipotesis. Melalui pendapat ini dapat
dibuat andaian bahawa guru-guru pada masa depan bukan sahaja perlu
menghasilkan

bahan

pembelajaran

dan

pengajaran

berasaskan

teknologi

instruksional, malahan bahan tersebut perlu dibuat kajian saintifik supaya dapat
dibuktikan keberkesanannya.

5.

Cabaran Bagi Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional Di


Kalangan Guru.

Cabaran ini akan diperbincangkan berdasarkan enam isu utama yang telah
dihuraikan. Mudahnya setiap isu yang dikaji ini mempunyai cabarannya yang
tersendiri dan jika setiap cabaran di dalam isu ini dapat ditangani dan diuruskan
dengan baik, maka akan meningkatkan pula penggunaan teknologi instruksional di
kalangan guru.

5.1 Cabaran Pertama : Menggalakkan Guru Menghasilkan Bahan Pengajaran


Berasaskan Teknologi Instruksional

Melalui isu pertama yang dibincangkan telah dapat dibuktikan bahawa


penggunaan teknologi instruksional di dalam proses pembelajaran dan pengajaran
dapat

meningkatkan

pencapaian

pelajar

berbanding

menggunakan

kaedah

tradisional. Cabaranya pula ialah apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi
menggalakkan

guru

menghasilkan

bahan pengajaran

berasaskan

teknologi

instruksional? Terdapat dua langkah yang dicadangkan bagi meningkatkan


penghasilan bahan pengajaran berasaskan teknologi instruksional ini.
Cadangan pertama, membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan
pengajaran teknologi instruksional terbaik di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Melalui pemilihan ini setiap sekolah perlu menghantar satu bahan
10

pengajaran atau koswer yang berasaskan teknologi intrusksional bagi pemilihan di


peringkat daerah. Bahan pengajaran yang terbaik akan dipertandingkan diperingkat
negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan. Sepuluh bahan terbaik diperingkat
kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara.
Cadangan kedua, memberi guru modal khas dan masa bagi menjalankan
kajian bahan yang telah terpilih diperingkat kebangsaan. Contohnya pihak
kementerian memilih dua bahan terbaik untuk dikaji secara lebih mendalam dan
terancang dari segi hasil dapatan kajian. Kajian yang telah dibuktikan melalui ujian
terperinci berkemungkinan boleh menjadi sumber asas bahan pengajaran untuk
guru-guru lain dan berkemungkinan dapat menjimatkan kos kementerian pelajaran
jika didapati koswer yang berasaskan teknologi instruksional tersebut telah terbukti
dapat menggantikan buku teks.

5.2 Cabaran Kedua : Meningkatkan Tahap Pengetahuan Teknologi Instruksional Di


Kalangan Guru

Hasil dapatan daripada isu yang kedua, jelas menunjukkan peningkatan ilmu
pengetahuan guru tentang komputer juga akan meningkatkan penggunaan teknologi
instruksional di kalangan guru. Cabaran bagi isu ini ialah bagaimana untuk
meningkatkan

tahap

pengetahuan

guru

dalam

bidang

komputer?

Saya

mencadangkan dua langkah bagi menjawab persoalan ini.


Langkah pertama ialah mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua
atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras. Tujuan utamanya supaya
setiap bakal guru mempunyai kepakaran ilmu yang khusus dalam bidang komputer
sebagai

persediaan

menjadi

guru.

Contoh

kursus

komputer

yang

boleh

diketengahkan di universiti seperti multimedia, animasi, pengaturcaraan permainan


komputer, dan sistem maklumat geografi (GIS)
Langkah

kedua

pula

dengan

mengutamakan

kursus

latihan

dalam

perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional. Melalui kursus ini


guru-guru di sekolah boleh mempelajari program-program tertentu yang bertujuan
untuk menghasilkan bahan pengajaran. Antara contoh program yang boleh dipelajari
guru dalam menghasilkan bahan pengajaran seperti Flash dan Dreamweaver.
Tambahan ilmu pengetahuan ini akan menjana semangat guru menggunakan
teknologi instruksional.
11

5.3 Cabaran Ketiga : Meningkatkan Sikap Positif Di Kalangan Guru Bagi


Menggunakan Teknologi Instruksional

Sikap yang positif di kalangan guru juga telah dibuktikan dapat meningkatkan
penggunaan teknologi instruksional di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Cabaran di sini ialah bagaimana dapat mewujudkan sikap positif di kalangan guru
ini? Sikap positif di kalangan guru tentang keperluan penggunaan teknologi
instruksional ini perlulah dibentuk untuk jangka panjang dan bukannya dalam bentuk
jangka pendek. Sikap positif jangka panjang ini dapat dibentuk jika guru tersebut
mempunyai mempunyai motivasi intrinsik iaitu motivasi yang terbit dari dalam diri
dan bukannya motivasi ekstrinsik iaitu contohnya seseorang itu bermotivasi kerana
faktor luaran seperti mendapat anugerah atau kenaikan gaji (Ryan dan Deci, 2000,
pp. 54-67). Contohnya guru tersebut bermotivasi apabila mendapat anugerah kerana
berjaya menghasilkan bahan pengajaran berasaskan teknologi yang menarik.
Pada pandangan saya sikap positif jangka panjang guru ini hanya dapat
dibentuk jika guru tersebut mempunyai motivasi intrinsik. Persoalannya di sini
bagaimana untuk membentuk sikap positif jangka panjang hasil daripada motivasi
intrinsik? Cadangan saya bagi mewujudkan sikap positif jangka panjang guru
terhadap teknologi instruksional ini dengan menyedarkan guru-guru tersebut betapa
pentingnya penggunaan teknologi ini dengan menerangkan atau lebih baik membuat
lawatan ke sekolah-sekolah malahan ke negara-negara yang telah berjaya
melaksanakan teknologi instruksional ini.

5.4 Cabaran Keempat : Kelengkapan dan Kemudahan Di Sekolah Akan


Meningkatkan Penggunaan Teknologi Instruksional
Di Kalangan Guru

Juga telah dibuktikan melalui isu yang keempat bahawa kelengkapan dan
kemudahan di sekolah akan meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di
kalangan guru. Cabarannya ialah bagaimana untuk melengkapkan kemudahan
komputer yang terkini di sekolah? Kementerian pelajaran sebenarnya telah pun
menyediakan keperluan-keperluan asas ini di setiap sekolah seperti membina
makmal komputer, membekalkan komputer, LCD, kemudahan internet dan koswerkoswer yang mengaplikasikan teknologi instruksional. Perkara yang menjadi
12

masalah di sini ialah kelengkapan dan dari segi komputer dan peralatan terkini atau
membaik pulih komputer yang rosak. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah
hendaklah mempunyai inisiatif dengan mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG
atau pun membuat hari tertentu, seperti hari kantin dan jogathon bagi mendapatkan
dana bagi melengkapkan sekolah dengan kemudahan teknologi yang terkini.
Guru sendiri juga hendaklah mempunyai peranan dan rasa bertanggungjawab
untuk menyediakan keperluan ini tanpa menunggu bantuan daripada pihak lain.
Contohnya membeli sendiri komputer riba dan menggunakannya di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

5.5 Cabaran Kelima : Peranan Pentadbir Dalam Menggalakkan Guru


Menggunakan Teknologi Intruksional.

Memang tidak dapat dinafikan peranan pentadbir dalam menggalakkan guru


menggunakan teknologi intruksional ini. Perkara ini juga telah dibuktikan melalui
perbincangan isu yang kelima. Cabarannya ialah apakah peranan pentadbir yang
boleh dilakukan bagi menggalakkan guru menggunakan teknologi instruksional ini?
Antara langkah biasa yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah dengan
memberi anugerah kepada guru-guru yang aktif menghasilkan bahan-bahan
teknologi instruksional. Namun itu hanya merupakan motivasi yang bersifat
ekstrinsik.
Cadangan saya ialah pihak pentadbir menggunakan sebahagian besar
pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi. Contohnya sekolah
mempunyai laman web sendiri dan melalui web tersebut juga disediakan ruangan
blog bagi guru-guru di sekolah tersebut. Maklumat-maklumat tertentu seperti minit
mesyuarat, bahan-bahan pengajaran, bank soalan, markah pelajar hendaklah boleh
diakses melalui laman web ini. Jika perkara ini berjaya dilaksanakan, maka akan
membudayakan penggunaan teknologi intruksional di kalangan guru.

5.6 Cabaran Keenam : Persediaan Guru Menghadapi Gelombang Teknologi


Instruksional Pada Masa Depan

Berdasarkan isu yang keenam iaitu penggunaan teknologi instruksional pada


masa depan ini maka tiga andaian dapat buat, pertama pada masa depan
13

kemahiran guru lebih kepada rekabentuk teknologi instruksional berbanding


pedagogi, kedua guru mesti bersedia mempunyai kemahiran menghasilkan bahan
pembelajaran dan pengajaran teknologi instruksional yang berunsurkan permainan
atau games dan yang ketiga pada masa depan bahagian penyelidikan dan
pembangunan teknologi instruksional menjadi lebih utama berbanding bahagian
peperiksaan. Jelasnya di sini persediaan guru menghadapi gelombang teknologi
instruksional pada masa depan akan bersandar kepada tiga andaian ini.
Bagi menghadapi gelombang ini maka sangat perlu di maktab-maktab
perguruan atau di universiti-universiti menyediakan kurikulum yang dapat melahirkan
golongan pendidik berkemahiran dalam rekabentuk instruksional. Kemahiran bakal
guru-guru ini dalam bidang rekabentuk instruksional hendaklah juga meliputi
kemahiran seperti menghasilkan bahan grafik, animasi dan mahir dalam bahasa
pengaturcaraan komputer supaya dapat menggabungkan elemen grafik, animasi
dan bahasa pengaturcaraan menjadi permainan atau simulasi yang menarik. Sudah
pastinya jika mahu bersedia menghadapi gelombang teknologi instruksional pada
masa depan, adalah sangat perlu kurikulum bagi melahirkan guru-guru pada masa
depan lebih mengutamakan ilmu teknologi instruksional berbanding pedagogi. Lebih
tepat lagi revolusi ke atas perubahan kurikulum bagi menghasilkan guru-guru ini
perlu dilakukan sekarang.
Pada masa sekarang unit peperiksaan merupakan bahagian yang sangat
penting di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan di
Kementerian. Saya berpendapat pada masa depan bahagian penyelidikan dan
pembangunan teknologi instruksional akan menjadi lebih penting berbanding
bahagian analisis peperiksaan. Perbandingan boleh dibuat antara tingkah laku
pelajar selepas teknologi instruksonal dijalankan dan tingkah laku pelajar selepas
peperiksaan dijalankan. Adakah pelajar yang telah lulus peperiksaan dengan
cemerlang boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan berkesan? Atau
adakah pelajar yang tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik tetapi
kemudiannya menggunakan koswer yang mempunyai teknologi instruksional
simulasi serta dapat mengaplikasikan ilmu dengan lebih berkesan? Satu contoh
yang mungkin dapat membuktikan penyataan hipotesis ini ialah dalam latihan
penerbangan. Adakah juruterbang itu boleh membuat penerbangan dengan hanya
mendapat keputusan yang cemerlang di atas kertas? Atau peluang diberikan kepada

14

mereka yang tidak pernah mempelajari teori penerbangan tetapi terus membuat
latihan simulasi penerbangan, mampu untuk menerbangkan pesawat.
Telah banyak kajian yang membuktikan bahawa teknologi instruksional ini
dapat meningkatkan pencapaian berbanding kaedah tradisional. Apabila teknologi
instruksional ini terbukti mampu menghasilkan pencapaian dengan lebih cepat dan
lebih berkesan maka adalah tidak mustahil penyelidikan dan pembangunan
teknologi instruksional akan lebih diutamakan berbanding pada masa sekarang yang
terlalu berorientasikan peperiksaan.

6.

Kesimpulan

Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan
teknologi instruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi
merealisasikan hasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.

1. Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi


instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan

melalui CD dan

disebarkan diseluruh negara.


3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan
komputer sebagai subjek teras.
4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan
teknologi instruksional.
5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional
melalui motivasi intrinsik.
6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk
menyediakan keperluan teknologi instruksional.
7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran
sekolah menggunakan teknologi maklumat.
8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi
instruksional berbanding pedagogi.

15

Cuba kita bayangkan pada masa depan pelajar mempelajari rujukan grid
melalui teknologi instruksional virtual. Melalui teknologi 3D ini pelajar akan diberikan
situasi dan gambaran telah sesat di dalam hutan. Pelajar akan dibekalkan kompas
dan peta bagi mencari petempatan berhampiran bagi mendapatkan pertolongan.
Sepanjang perjalanan pelajar perlu memilih jalan betul untuk menuju ke arah
petempatan tersebut. Jika pelajar tersesat akan menyebabkan bekalan makanan
mereka semakin habis dan tenaga mereka semakin lemah. Malahan pelajar
mungkin berjumpa binatang buas atau makhluk yang ganas jika tersalah memilih
jalan. Pelajar yang tidak berjaya melepasi halangan tahap 1 akan mengulangi
semula tahap tersebut. Pelajar yang berjaya pula akan dibenarkan mengharungi
halangan yang lebih mencabar dan mendebarkan.
Contoh di atas dapat menggambarkan pembelajaran rujukan grid pada masa
depan. Persoalannya di sini, apakah perbezaan pencapaian menggunakan teknologi
instruksional virtual ini berbanding penggunaan buku teks pada masa sekarang.
Melalui perbandingan ini juga jelas dapat menunjukkan terdapat perbezaan antara
teori pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme, di mana pembelajaran yang
berasaskan

konstruktivisme

berkemungkinan

akan

iaitu

mencapai

yang

melibatkan

keputusan

yang

pengalaman
lebih

baik

pelajar

berbanding

pembelajaran yang hanya memfokuskan pengetahuan pelajar. Dapat juga


dirumuskan di sini bahawa pembelajaran berasaskan konstruktivisme akan
mendominasi kaedah-kaedah pengajaran pada masa depan.
Penekanan yang serius terhadap teknologi instruksional dalam proses
pembelajaran dan pengajaran ini perlu dilakukan. Jika perkara ini dipandang ringan
kita akan ketinggalan jauh dari segi pendidikan berbanding negara-negara lain.
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi instruksional dapat menjadikan
pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan menghasilkan pencapaian
yang lebih baik. Malahan pada masa hadapan apabila teknologi 3D dan virtual
semakin berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bunyi, rasa, bau, dan
sentuhan akan menyebabkan berlakunya revolusi dalam pendidikan. Pada era
tersebut, sudah tentunya penggunaan buku teks menjadi tidak lagi releven dan
pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia ke arah itu.

16

Rujukan

Abdul Wahab Ismail Gani., Kamaliah Hj. Siarap., & Hasrina Mustafa. (2006).
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan
guru sekolah menengah : Satu kajian kes di Pulau Pinang. Diperoleh pada 14
Februari 2011, sumber dari http://web.usm.my/km/24-06/KM ART 11.pdf

Ahmad Fauzi., Tengku Mohd., & Wong, S. L. (2008). Teaching and learning calculus
using computer. Diperoleh pada 04 Februari 2011, sumber dari http://latcm.
mathandtech.org/EP2008/papers_full/2412008_15028.pdf

Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,
Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning goal programming
using an interactive multimedia courseware: design factors and students
preferences. Diperoleh

pada

Januari

2011,

sumber

dari

http://eprints.utm.my/8165/1/8165.pdf

Habibah Hj. Lateh., & Arumugam Raman. (2005). Web-based map reading in
Geography. Diperoleh pada 10 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.
my/mojit/articles/pdf/Dec05/12- A_STUDY_ON_THE_USE_OF_
INTERACTIVE_WEB_BASED_1-final.pdf
Yu, T. C., Lin, S. S. J., Chao, Y. C., & Zhi, E. F. L. (2011). Exploring online game
players flow experiences and positive affect. Diperoleh pada 20 Februari
2011, sumber dari http://www.tojet.net/articles/10111.pdf

Habibah Hj. Lateh., & Vasugiammai Muniandy. (2011). GIS dalam pendidikan
geografi di Malaysia : Cabaran dan potensi. Diperoleh pada 14 Februari 2011,
sumber

dari

http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2011-1-

habibah lateh-melayu-4.pdf

17

Mergel, B. (1998). Instructional design & learning theory. Diperoleh pada 8 Januari
2011, sumber dari http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/
mergel/mergel.pdf

Merrill, M. D., &

Wilson, B. (2007). The future of instructional design

(point/counterpoint). Di dalam R. A. Reiser & J. V. Dempsey (Eds.), Trends


and issues in instructional design and technology (pp. 335 - 351). New
Jersey: Pearson Prentice Hall.

Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional design.


Diperoleh pada 4 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/
artikel/ID_CogSci.pdf

Reiser, A. R. (2001). A history of instructional design and technology : Part II : A


History of instructional design. Diperoleh pada 6 Januari 2011, sumber dari
http://www.aect.org/pdf/etr&d/4902/4902-04.pdf

Ryan, M.R. & Deci, E.L. (2000). Intrinsic and extrinsic motivations : Classic
definitions and new directions. Diperoleh pada 18 Februari 2011, sumber
dari http://www.psych.rochester.edu/SDT/documents/2000_RyanDeci_Int
ExtDefs.pdf

Schuman, L. (1996). Perspectives on instruction. Diperoleh pada 12 Januari 2011,


sumber dari http://edweb.sdsu.edu/courses/edtec540/Perspectives/
Perspectives.html

Yusup Hashim. (2006). Penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum dan


instruksi. Diperoleh pada 7 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim.
blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html

18

Lampiran 1: Print screen MACCC


Contoh modul ujian diagnostik
MACCC

Contoh modul pengayaan MACCC

Contoh modul pengukuhan


MACCC

19

Lampiran 2: Print screen PowerPoint

20

21

Anda mungkin juga menyukai