Anda di halaman 1dari 25

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Asbabun nuzul
Pengenalan
Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mempunyai sebab
dan qadarnya. Kanak-kanak yang baru dilahirkan tidak dapat
melihat cahaya dunia melainkan setelah melalui kejadian sebab
musabab dan proses pertumbuhannya. 1 Justeru itu , ayat-ayat alQuran yang diturunkan juga ada latar belakangnya. Namun
begitu, ulama menjelaskan bahwa ayat-ayat al-Quran yang
diturunkan boleh dikategorikan kepada dua iaitu , ada yang
mempunyai sebab dan ada yang tidak mempunyai sebab.
1. Penurunan al-Quran tanpa sebab.
Ayat-ayat

yang

diturunkan

tanpa

sebab

sering

memperkatakan soal penghidupan harian atau perkara yang


sering berlaku. Selain itu, ia juga menyentuh tentang perkara
yang telah diketahui maklumatnya seperti berakhlak mulia. Ia
juga untuk memberi maklumat tambahan, penjelasan yang
kurang dan membetulkan kekeliruan. Wahyu ini banyak berlaku
dan jumlahnya melebihi jumlah ayat yang diturunkan bersebab.
Menurut Ahmad Von Denffer, In some cases scholars have
provided us with the background of certain events that heve
1 Subhi Saleh, Penterjemah Zainal Abidin Abdul Kadir, (1991), Kajian al-Quran, hal:
1752

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

been

narrated

in

the

Quran.

Obviously,

however,

such

information does not belong to the field of asbab al-Nuzul.


Although it may help to understand the message of the
recelation, it is not related in a direct and reliable wa, showing
immediate reason for or the occasion of the revelation. 2 (Dalam
beberapa kasus ulama telah memberikan kita dengan
latar belakang peristiwa tertentu yang mendalami meteri
diriwayatkan

dalam

Al-Quran.

Jelas,

bagaimanapun,

informasi tersebut bukan milik bidang asbab al-Nuzul.


Meskipun mungkin membantu untuk memahami pesan
dari recelation, itu tidak terkait dalam wa langsung dan
dapat diandalkan, menunjukkan alasan langsung untuk
atau kesempatan wahyu). Beliau menegaskan bahwa tidak
semua ayat al-Quran yang diturunkan itu mempunyai sebab.
Penurunannya semata-mata untuk menunjukkan jalan yang
benar, tanpa menjelaskan peristiwa atau pertanyaan. Firman
Allah surah al-Rum ayat 30:

2Ahmad Von Denffer,(1991), Ulum al-Quran, An Introduction To The Science Of The


Quran , hal : 92

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Maksudnya:

(Setelah

jelas

kesesatan

syirik

itu)

maka

hadapkanlah dirimu (kamu dan pengikut-pengikutmu wahai


Muhamad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah
terus Agama Allah iaitu agama yang Allah menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk
menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan pada
ciptaan Allah itu; iaitulah agama yang betul lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.3 (Surah al-Rum ayat 30)
1.2 Contoh kedua. Penurunannya untuk mencerikatakan
tentang umat terdahulu, menenangkan serta menghiburkan nabi
dan sahabat. Contohnya firman Allah surah Yusuf ayat 3-5.



3 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi
(1994) , hal : 873

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN


Terjemahan:

Kami

ceritakan

kepadamu

(wahai

Muhamad)

seindah-indah kisah dengan jalan wahikan kepadamu al-Quran


ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahi itu,
adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan
halnya . (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada
bapaknya : Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat
sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka
tunduk memberi hormat kepadaku. Bapaknya berkata: Wahai
anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudarasaudaramu kerana aku khawatir mereka akan menjalankan
sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

adalah musuh yang nyata bagi manusia. 4 (Surah Yusuf ayat 35.) 4 -31.3 Contoh ketiga iaitu ayat yang menceritakan cerita-cerita
ghaib yang akan berlaku pada masa hadapan . Ayat-ayat yang
dimaksudkan ini termasuk gambaran peristiwa hari qiamat ,
pemandangan pada hari tersebut dan gambaran-gambaran
nikmat dan azab pada hari akhirat. Ayat-ayat yang memberikan
fokus khas tentang gambaran ini boleh didapati dengan jumlah
yang banyak khususnya semasa al-Quran dibentangkan pada
zaman Makkiyyah.5 Sebagai contoh iaitu Surah al-Rahman ayat
46 , terjemahannya :
Dan

orang

yang

takut

akan

keadaan

berdirinya

di

mahkamah Tuhan (untuk dihisab), disediakan baginya dua


syurga. 6
2. Penurunan al-Quran Bersebab
2.1 Sebab nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan
membetulkan kesilapan.

4 Ibid , hal : 436-437


5 Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff , (1996), Kunci Mengenal al-Quran, hal :
40
6 opcit , hal : 1191

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Firman Allah :



Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
hampiri solat (mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan
mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu
katakan. Dan janganlah pula (menghampiri) masjid sedang kamu
dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja
hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit atau dalam
musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang
air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu
tidak

mendapat air

(untuk

mandi

11

atau berwudhu) maka

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

hendaklah kamu bertayamum dengan tanah-debu yang suci,


iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah adalah amat pemaaf, lagi amat pengampun.
7

(Surah al-Nisa ayat 43) Penerangan Ayat tersebut diturunkan

dengan sebab ada di kalangan sahabat yang mengerjakan solat


dalam

keadaan

mabuk,

menyebabkan

beliau

silap

ketika

membaca surah al- Kafirun. Ayat dan wahyu tersebut diturunkan


untuk

menjelaskan

supaya

jangan

bersembahyang

dalam

keadaan mabuk.
2.2 Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab pertanyaan
yang diajukan kepada baginda. Sebagaimana firman Allah:
Maksudnya:

Dan

mereka

bertanya

kepadamu

(wahai

Muhammad), tentang Zul Qarnain. Katakanlah . Aku akan


bacakan kepada kamu (wahi dari Allah yang menerangkan)
sedikit tentang perihalnya. 8 (Surah al-Kahfi ayat 83) Ayat
tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang bertanya
kepada nabi kisah Zul Qarnain. 2.3 Penurunan wahyu apabila
nabi ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah ayat yang
menerangkan hukumnya. Contohnya ialah kisah Khaulah binti
Thalabah yang telah diziharkan oleh suaminya Aus ibn Sabit.
Khalulah kemudian mengadu kepada Rasulullah. Sebagaimana
hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn
7 Ibid , hal : 158

13

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Abi Hatim. Aisyah berkata yang bermaksud: Maha suci Allah yang
mana pendengaranNya meliputi segalanya. Aku mendengar
aduan Khaulah binti Thalabah itu, meskipun tidak semuanya. Ia
mengadu tentang suaminya kepada Rasulullah , dengan katanya:
Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup bersamaku dan aku
juga

telah

beberapa

kali

mengandung

kerananya,

tetapi

sekarang setelah aku tua, dan tidak beranak lagi, dia telah
menziharkan

aku.

Ya

Allah

sesungguhnya

aku

mengadu

kepadaMu. Aisyah berkata: Tiba-tiba malaikat Jibril turun


membawa ayat; Terjemahannya:8 Ibid , hal : 604 -7Sesungguhnya
memperkenankan)

Allah
aduan

telah

mendengar

perempuan

yang

bersoal

(dan
jawab

denganmu (Wahai Muhammad) tentang suaminya, sambil ia


berdoa

dan

merayu

kepada

Allah

(tentang

perkara

yang

menyusahkannya) sedang Allah sedia mendengar perbincangan


kamu berdua. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagi amat
melihat. 9 (Surah al-Mujadalah ayat 1).2.4 Penurunan wahyu dan
al-Quran apabila berlaku sesuatu peristiwa. Hal ini sebagaimana
hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: Ketika
turunnya ayat 214 surah al-Syuara yang bermaksud: Dan
berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang
dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa, lalu baginda berseru:
15

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul


berhampiran dengan nabi. Baginda berseru lagi: Bagaimana
pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di sebalik
bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang
kamu. Percayakah kamu terhadap kata-kataku ini ? Mereka
menjawab: Kami belum pernah mendapati kamu mendusta.
Lantaran

itu

nabi

menyambung

kata-katanya:

Aku

memperingatkan kepada kamu tentang azab yang amat pedih.


Maka ketika itu, Abu Lahab bangun lantas berkata: Celakalah
engkau ! Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk
urusan ini? Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman
Allah;9 Ibid , hal : 1216 -8Maksudnya: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan
binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya,
ia tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran api
neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya, seorang
perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari talitali yang dipintal.10 (Surah al-Masad ayat 1-5)3. Pembahagianpembahagian penurunan bersebab Pembahagian penurunan
bersebab. Boleh dibahagikan kepada 3:- a) Satu ayat satu sebab
nuzul; b) Satu ayat beberapa sebab nuzul; c) Satu sebab nuzul
untuk banyak ayat. 3.1 Satu Ayat Satu Sebab Nuzul10 Ibid , hal :
1448 -917

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan


pernyataan dan riwayat sebab nuzul yang jelas tanpa ada
banyak riwayat yang menghubungkannya dengan asbab nuzul
lain. Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al -Syuara, yang
maksudnya :Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum
kerabatmu yang dekat. Nabi telah pergi menaiki Bukit Safa, lalu
baginda berseru: Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua
berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru lagi:
Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada
kamu bahawa disebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang
akan menyerang kamu, percayakahkamu terhadap kata-kataku
ini? Mereka menjawab: Kami belum pernah mendapati kamu
berdusta. Lantaran itu Abu Lahab menyambung kata-kata:
Celakalah engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini
hanya untuk urusan ini ? Maka turunlah Surah al-Masad.
Sebagaimana firman Allah : Maksudnya : Binasalah kedua-dua
tangan

Abu

Lahab

dan

binasalah

ia

bersama!

Hartanya

dansegala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya! Ia


akan menderita bakaran - 10
api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya
seorang perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali
dari tali-tali yang dipintal. 11 ( Surah al-Masad ayat 1-5) Ayat
tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela
19

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Abu Lahab yang mencaci dan mencela nabi. 3.2 Satu ayat
beberapa sebab nuzul Jika ada dua riwayat mengenai satu ayat
yang turun dan menyebutkan sebab yang jelas , maka keduaduanya perlu dikaji lebih lanjut.12Maksudnya terdapat beberapa
riwayat tentang sebab nuzul sesuatu ayat.Huraiannya ada 6. i)
Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang
asbabun nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat
yang sahih maka hendaklah diterima riwayat yang sahih itu.
Contohnya:

Riwayat

pertama

iaitu

hadis

riwayat

yang

dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jundub alBajali.Terjemahannya : Nabi mengalami sakit, menyebabkan dua
atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam.
Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan berkata :
Wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu,
sepanjang dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu lagi.
Maka Allah menurunkan ayat:11 Ibid , hal : 144812 Syeikh
Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun
dan Nur Ahmad Musyafiq(2000), Menyingkap Rahsia al-Quran,
hal : 245. - 11
Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi
sepi

Bahawa

tuhanmu

Wahai

Muhammad)

tidak

meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana


yang dituduh oleh kaum musyrik) .13 (Surah Dhuha ayat 1-3)
21

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Riwayat kedua pula , hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn


Abi Syaibah daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya,
daripada

budak

perempuan

pembantu

rumah

nabi

yang

meriwayatkan :

Terjemahannya :13 Opcit , hal : 1403 - 12 -

Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu


masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu
selama empat hari wahyu tidak turun kepada baginda. Maka
baginda bersabda : Wahai Khaulah apa yang telah terjadi di
rumah Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ?
Maka aku berkata dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya
aku mengemas rumah ini dan menyapunya. Lalu aku menyapu di
bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak
anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar.
Adalah nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka
Allah menurunkan ayat: Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan
malam apabila ia sunyi sepi . Bahawa tuhanmu ( Wahai
Muhammad)

tidak

meningalkanmu

dan

ia

tidak

benci

(kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .14


(Surah Dhuha ayat 1-3) Menurut Ibn Hajar, dalam Sahih Bukhari,

23

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

tentang lewatnya datang wahyu kerana ada bangkai anak anjing


di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah itu untuk
dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang gharib dan tidak
sesuai dengan martabat nabi. Kita perlu mengambil riwayat
pertama

sebagai

kesahihannya

sebab

sedangkan

nuzul.
riwayat

Riwayat
kedua

pertama

pula

tidak

jelas
sahih

disebabkan di dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak


diketahui namanya (rawi majhul). Menurut14 Ibid , hal : 1448 13
pendapat Dra . H. St Amanah , pada riwayat yang kedua ini
tercium bau kepalsuannya15 . Selain itu , riwayat pertama
diterima kerana ia diriwayatkan daripada imam Bukhari dan
Muslim. ii) Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, namun di
antara keduanya masih boleh ditarjihkan di antara salah satu
daripadanya disebabkan salah satunya lebih sahih di antara yang
lain ataupun perawi pertama telah menyaksikan sendiri kejadian
tersebut,

oleh

itu,

dalam

keadaan

tersebut,

riwayat

ini

seharusnya diterima sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama :


Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn masud berkata :
Terjemahan : Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah.
Baginda bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi
sekumpulan orang Yahudi, salah seorang daripada mereka
berkata ; Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya (nabi). Lalu
25

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

mereka bertanya, Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi


berdiri dan diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu
waktu itu wahyu sedang turun kepada baginda, hinggalah selesai
penurunan wahyu. Selepas itu baginda bersabda: Sebagaimana
firman Allah : Yang bermaksud : Dan mereka bertanya kepadamu
(wahai Muhammad) tentang 16 roh. Katakanlah Roh itu dari
perkara urusan tuhanku... ( Surah al Isra ayat 85 )15 Dra. H. St.
Amanah , (1993), Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir , hal : 87.16
Opcit , hal : 572 - 14
Riwayat kedua hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan
oleh imam al-Tirmizi katanya : Orang-orang Quraisy berkata
kepada orang Yahudi. Berilah kepada kami sesuatu persoalan
untuk kami tanya kepada lelaki ini (nabi Muhammad). Mereka
menjawab : Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun
bertanya kepada nabi. Maka Allah menurunkan ayat : Terjemahan
: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang
roh. 17 Katakanlah Roh itu dari perkara urusan tuhanku...
( Surah al Isra ayat 85 ) Daripada kedua-dua riwayat tersebut,
riwayat pertama adalah lebih rajih berbanding riwayat kedua. Ini
adalah kerana hadis pertama diriwayatkan oleh al- Bukhari.
Selain itu, Ibn Masud ada bersama nabi ketika peristiwa
penurunan ayat tersebut berlaku dan beliau menyaksikan sendiri
keadaan itu. Justeru itu, riwayat pertama diterima sebagai sebab
27

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

nuzul ayat tersebut. iii) Sekiranya kedua-dua riwayat adalah


sahih dan tidak pula dapat ditarjihkan, maka terimalah keduadua riwayat sebagai asbabun nuzul18. Dalam konteks ini kita
hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas
terjadinya kedua-dua peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam
tempoh waktu yang berhampiran. Contohnya ;17 Ibid , hal :
57218 Rosmawati binti Ali , (1997), Pengantar Ulum Quran , hal :
147 - 15
Riwayat pertama : Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan
oleh Ikrimah daripada Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah
telah menuduh isterinya berlaku sumbang dengan Syuraik Ibn
Shama di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda
kepada Hilal: Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat .
Hilal berkata : Wahai Rasululullah, bagaimana keadaannya kalau
seseorang itu mendapati isterinya berlaku sumbang dengan
seorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan atau saksi
juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda : Terjemahan : Dan
orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka
tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya
dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali
bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah
termasuk orang-orang yang benar.19 (Surah al-Nur ayat 6)
Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari
29

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

dan Muslim , lafaz hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari


daripada Sahl bin Saad: Bahawa Umaymir telah datang kepada
Asim Ibn Adi iaitu ketua bagi suku Bani Ajlan sambil berkata :
Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya
bersekedudukan dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh
sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia dibalas bunuh pula atau
apakah yang sepatutnya dilakukan ?19 Opcit , hal : 734 - 16
Tolonglah

tuan

hamba

bertanyakan

Rasululah

tentang

perkara ini? Selepas itu, Asim pergi kepada Rasulullah dan


bertanya : Wahai Rasulullah (Asim bertanya tentang perkara
Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan
seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama
itu. Walau bagaimanapun, Uwaymir masih tidak berpuashati ,
sambil beliau bersumpah: Demi Allah , aku tidak puas hati
kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang hal
tersebut. Maka Uwaymir pun datang menemui baginda sambil
berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya
tidur bersama lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki
itu, tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah
yang

sepatutnya

ia

lakukan.

Maka

baginda

menjawab:

Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat tentang kamu dan


isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri
untuk bermulaanah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan
31

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

kitabNya. Maka ia melakukan lian dengan isterinya iaitu firman


Allah : Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya
berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan
tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu
ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya
dia adalah termasuk orang-orang yang benar.20 (Surah al-Nur
ayat 6) Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu,
kita hendaklah mengambil kedua-dua riwayat itu sebab nuzul
ayat berkenaan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku20 Ibid , hal :
734 - 17
dalam masa yang berdekatan di mana dalam riwayat
tersebut kita boleh menyatakan bahawa orang pertama yang
bertanya

ialah

Hilal

tersebut

pula

diikuti

ibn

Umaiyyah

oleh

,kemudian

Uwaymir

pertanyaan

sebelum

jawapan

diberikan.iv) Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan


sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara satu sama
lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan
oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antara
keduanya adalah jarak masa yang jauh. Kita hendaklah membuat
tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali
dengan berasaskan sebab penurunannya juga lebih daripada
satu. Kita boleh melihat hal ini dengan melihat riwayat pertama
iaitu hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar
33

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasululullah


SAW berdiri di samping mayat Hamzah yang gugur syahid dalam
perang Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu
baginda bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang
70 orang dari kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak
engkau. Maka di saat itu, Jibril menurunkan ayat terakhir
daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat jenazah
Hamzah.Firman Allah : - 18
Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka)
maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama
seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu
bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih
baik bagi orang yang sabar.21 (Surah al-Nahl ayat 126) Riwayat
kedua : Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay ibn
kaab yang berkata : Ketika berlangsungnya peperangan Uhud di
mana 64 orang Ansar dan 6 orang Muhajirin terkorban termasuk
Hamzah

yang

dikelar-kelarkan

tubuhnya,

maka

berkatalah

golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya


menimpakan kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang
kafir ) nescaya kami pasti akan akan mengajar mereka secukupcukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah maka Allah
menurunkan ayat: Maksudnya : Dan jika kamu membalas
kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan
35

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada


kamu dan jika kamu bersabar , maka sesungguhnya yang
demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. (surah alNahl ayat 126)21 Ibid , hal : 544 - 19
Terjemahan

:-Isteri-isteri

kamu

adalah

sebagai

kebun

tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu


menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah amalan-amalan
yang baik untuk diri kamu . Dan bertaqwalah kepada Allah , serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuinya (pada hari
Akhirat kelak) . Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang beriman .23 (Surah al-Baqarah ayat
223) Menurut riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari katanya yang bermaksud: Pada suatu
hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat 223 : Terjemahan
:-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh
sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai.Maka Ibn Umar berkata kepadaku Tahukah engku
tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab: Tidak tahu.
Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan
menyetubuhi isteri dari arah belakang. Riwayat kedua pula ialah
hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah,
Jabir berkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata :
37

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

Apabila

seorang

suami

menyetubuhi

isterinya

dari

arah

belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling. Dengan


sebab itu, turunlah ayat 223 surah al-Baqarah.23 Tafsir Pimpinan
al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal :
544 - 21
Dalam hal ini riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan
kerana tegas manakala riwayat ungkapan Ibn Umar diterima
sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul. Rumusan banyak sebab
nuzul untuk satu ayat. Menurut Ibn Hajar : Apabila semuanya
tidak tegas, dinilai sebagai tafsir dan kandungan ayat. Apabila
sebahagian tegas dan sebahagian tidak, yang dipegang yang
tegas. Apabila semuanya tegas, pilih yang lebih sahih. Apabila
semuanya sahih dilakukan tarjih. jika tidak boleh ditarjih,
dikompromikan. Jika tidak boleh dikompromikan, ayat itu turun
secara berulang.3.2 Satu sebab nuzul untuk banyak ayat. Kadang
kala satu kejadian menyebabkan wahyu turun dua kali atau
lebih , iaitu sesuatu yang dipanggil oleh ulama dengan istilah :
Turun

beberapa

wahyu

keranasebab

yang

satu24.

Ini

menunjukkan permasalahan itu penting. Contohnya : Hadis


daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan
al-Hakim

Katanya:

Wahai

Rasululah!

Saya

tidak

pernah

mendengar Allah menyebut tentang orang perempuan sedikit

39

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quran surah


Ali Imran ayat 195. Yang bermaksud: Maka Tuhan mereka
perkenankan doa mereka (dengan FirmanNya) : Sesungguhnya
Aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari
antara kamu sama ada lelaki atau perempuan4 Pegangan ialah
lafaz umum, bukan sebab khusus24 Subhi Saleh, Penterjemah,
Zainal Abidin Abdul Kadir (1991), Kajian al-Quran, hal: 203 - 22 Para ulama usul berbeza pendapat dalam hal yang mana
mesti diperhatikan untuk pegangan sama ada umumnya lafaz
atau khususnya sebab . Adakah hukum itu hanya berlaku atas
kejadian peristiwa atau perseorangan tertentu yang di situ ayat
diturunkan atau hukum itu menjadi bersifat umum untuk
kesemuanya . Menurut jumhur ulama ,bahawa yang mesti
diperhatikan adalah umumnya lafaz dan bukan khususnya sebab.
Ini pendapat yang sahih.25 Apabila sesuatu ayat sesuai dengan
sebab secara umum atau sesuai dengan sebab secara khusus.
Maka yang umum itu diterapkam kepada keumumannya dan
yang khusus itu diterapkan kepada kekhususannya. Contohnya
firman Allah : Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu
tentang haidh. Katakanlah darah haidh itu satu benda yang
menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri
dari perempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh
itu,

dan

janganlah

kamu

menghampiri
41

mereka

(untuk

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka


sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang
diperintahkan oleh25 Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni ,
Penterjemah, M.Junaid Hashimi (1996), Sejarah dan Dasar
Pengajian Ilmu Al-Quran , hal : 38 - 23 Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa

mensucikan

diri.26

(Surah

al-Baqarah

ayat

222)

Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila


setiap kali isteri-isteri orang yahudi berhaidh, mereka dipulau
atau dikeluarkan daripada rumah tidak diberimakan atau diberi
minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama. Dengan itu
Rasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan
ayat tersebut. Kemudian nabi bersabda : Bersama-samalah
dengan mereka di dalam rumah dan perbuatlah apa sahaja,
kecuali menyetubuhinya. Perkara yang menjadi perbincangan
ialah jika sesuatu sebab itu khusus sedangkan ayat yang
diturunkan berbentuk umum. Dalam hal ini pendapat ulama
terbahagi

kepada

dua.

Pendapat

pertama

Jumhur

ulama

berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umum


bukannya sebab yang khusus. Pendapat kedua Segelintir ulama
mengatakan yang menjadi pegangan dan hukum yang dipegang
ialah

sebab

yang

khusus.

Pendapat
43

pertama

Contohnya

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

berkenaan

ayat

lian.

Hadis

daripada

Ibn

Abbas

yang

diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Tirmizi dan Ibn majah di mana


Ibn. Abbas berkata yang bermaksud: Daripada Ibn Abbas katanya
Hilal Ibn Umayyah telah menuduh isterinya berzina26 Tafsir
Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi
(1994) , hal : 69 - 24 dengan Syuraik Ibn Shama di hadapan nabi. Nabi bersabda
Hendaklah ada bukti atau saksi, kalau tidak belakang engkau
akan

disebat.

seseorang

Hilal

daripada

berkata
kami

Wahai

(suami)

Rasulullah!

melihat

lelaki

Apabila
bersama

(melakukan persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah


seharusnya ia membawa bukti atau saksi juga ? Rasululah
menjawab, Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan
disebat. Hilal berkata lagi, Demi yang mengutuskan engkau
(Allah) dengan kebenaran, sesungguhnya saya berkata benar.
Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yang melepaskan
belakang aku daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril
menurunkan ayat : Surah al-nur ayat 6 hingga 9.Lafaz (
Ilmu asbabun nuzul amat penting . Sebenarnya ayat al-Quran
diturunkan melalui sebab-sebab tertentu . Namun begitu , ada
juga

ayat

yang

diturunkan

tanpa

sebab

yang

khusus

Mempelajari ilmu mengenai sebab nuzul ayat amat penting,

45

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

antaranya ialah : Mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu


hukum. Mengetahui bahawa syariat Islam memberi perhatian
yang serius terhadap kepentingan umum, terutamanya dalam
menghadapi segala peristiwa, demi umat Islam yang terhormat
dan mulia. Mengkhususkan serta membataskan hukum yang
diturunkan dengan sebab yang berlaku. Iaitu apabila sesuatu
hukum itu dinyatakan dalam bentuk yang umum. Dapat
membantu seseorang dalam memahami ayat dan maksud alQuran. Ibn Daqiq al-Id (
Untuk mengetahui dan mengenal pasti ayat nasikh dan
mansukh. Mengkhususkan hukum dengan sebab serta menolah
sangkaan yang tidak benar tentang sesuatu batasan hukum.
Semoga kita semua dapat membaca , memahami , menghayati
dan mengamalkan al-Quran dengan baik. Quran adalah panduan
utama umat manusia amnya dan umat Islam khususnya . Islam
adalah agama Rahmatan lil alamin . Justeru itulah ia menjadi
kajian bukan hanya oleh ulama Islam tetapi juga para orientalis
dan pemikir barat kerana mereka juga amat kagum dan
mengakui secara senyap-senyap akan keagungan Islam . AlQuran adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat . Allah
yang telah menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab dan Allah
akan

memeliharanya

hingga

hari

qiamat

.Wallahu

alam

Bibliografi Ahmad Von Denffer , Ulum al-Quran , An Introduction


47

SLQ 4042 ULUM AL-QURAN

To The Science Of The Quran (1991), AS Noordeen, Kuala Lumpur.


Asmawi bin Haji Ehsan, Ulum Al-Quran (2004) , Pustaka Haji
Abdul Majid, Kuala Lumpur. Dra.H. St. Amanah , Pengantar Ilmu
al-Quran dan Tafsir (1993) , Penerbit Assyifa ,Darul Fikir , Kuala
Lumpur . - 27
Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran.( 1997),
Pustaka Salam Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Subhi Saleh , Kajian alQuran , Penterjemah , Zainal Abidin bin Abdul Kadir (1991),
Dewan bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .Syeikh Muhammad
Ali Ash Shabuni , Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran,
penterjemah , M. Juanaid Al-Hashimi (1996), Al-Hidayah Publisher
, Kuala Lumpur. Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal alQuran (1996), Berita PublishingSdn. Bhd. Kuala Lumpur.Tafsir
Pimpinan

al-Rahman

kepada

Pengertian

al-Quran

(1994),

Bahagian Hal EhwalIslam , Jabatan Perdana Menteri, Kuala


Lumpur . - 28 -

49

Anda mungkin juga menyukai