Anda di halaman 1dari 6

Si Tanggang Anak Derhaka

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana,yang di hormati guru dan rakan-rakan yang di kasihi sekalian,
Assalamuaimualaikum dan salam satu Malaysia, saya Intan Izzlyanie Bt
Abd. Hamid akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Tanggang
anak derhaka
Di hujung sebuah kampong tinggal seorang wanita tua yang sangat
miskin. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Si
Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari
seorang kawannya datang, ketika itu Si Tanggang sedang sibuk membelah
kayu api di hadapan rumahnya. ada kapal datang, marilah kita pergi
tengok, mendengar sahaja kapal, Tanggang begitu teruja. Dia segera berlari
bersama kawannya menuju ke muara sungai yang tidak berapa jauh dari
rumahnya.
Apabila tiba di tepi sungai , Si Tanggang terlihat sebuah kapal
yang besar sedang berlabuh di muara sungai yang berhampiran.Wah !
besarnya kapal itu.Kalaulah aku dapat berkerja di atas kapal itu, tentu bagus.
Si Tanggang terus pergi berjumpa dengan nakhoda kapal yang meminta
pekerjaan sebagai anak kapalnya. Nakhoda kapal bersetuju kerana melihat
kesungguhan Si Tanggang. saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh
tanpa mengira waktu siang dan malam. Janji Si Tanggang kepada nakhoda
kapal. Nakhoda kapal hanya tersenyum kerana melihat gelagat Si Tanggang
yang begitu seronok mendapat kerja tersebut.
Walaupun

ibu

Si

Tanggang

amat

keberatan

untuk

melepaskannya pergi belayar, namun dia terpaksa mengalah. Si Tanggang


berjanji kepada ibunya akan kembali ke kampung setelah ia menjadi kaya.

Tanggang berjanji akan sentiasa ingat pada ibu. Bila sudah kaya
nanti,Tanggang akan kembali dengan harta dan ibu tidak akan susah. Kita
tidak akan di hina lagi. Janji Tanggang. Dengan linangan air mata ibu Si
Tanggang melepaskanya pergi. Si Tanggang segera berlari menuju ke kapal
dengan perasaan gembira. Akhirnya Si Tanggang berjaya keluar dari
kampong dan berkerja di sebuah kapal serta belayar ke segenap benua. Dia
berazam untuk memiliki sebuah kapal yang besar suatu hari nanti.Si
Tanggang melakukan apa sahaja yang disuruh oleh nakhoda. Si Tanggang
bekerja dengan rajin dan lebih tekun lagi. Nakhoda menjadikan Si Tanggang
sebagai anak angkatnya.
Apabila nakhoda uzur, maka Si Tanggang telah di lantik sebagai
nakhoda kapal yang baru. Dia di panggil sebagai nakhoda Tanggang. Si
Tanggang cekap dan pandai berniaga . namanya mulai terkenal. Sultan di
negeri itu tertarik dengannya lalu menjemput dia ke istana.
Tidak lama kemudian Si Tanggang telah berkahwin dengan puteri
sultan. Si Tanggang telah membawa isterinya belayar ke banyak tempat di
merata negeri. Pada suatu hari, kapal yang di naiki Si Tanggang berlabuh di
muara sungai tempat asalnya.
Orang kampung mengetahui nakhoda itu ialah Si Tanggang. Mereka
segera memberi tahu orang tuanya . anak aku sudah pulang, Tanggang
sudah pulang. Kata ibunya dengan gembira.
Ya aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang.
Katanya lagi.
Dengan pertolongan seorang pemuda, ibu Si Tanggang mengayuh
sampannya untuk berjumpa dengan nakhoda Tanggang. Si ibu membawa
makanan kegemarannya iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang
pekerja kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian

Si Tanggang

muncul bersama isterinya, dia mengaku tuan anaknya. Jawab pekerja


kapal. betulkah dia ini ibu kanda? Tanya si isteri.
Si Tanggang berasa malu mengaku untuk mengaku orang tua ibunya.
Kesusahan dan kemiskinan membuat ibunya kelihatan uzur dan daif sekali.
Ibu kanda,oh tidak kanda tidak mempunyai ibubapa lagi.jangan benarkan
orang tua ini naik.herdik Tanggang dengan perasaan marah.
Oh Tanggang aku ibu mu. Ibu ada bawakan makanan kegemaranmu
pisang salai.rayu si ibu.
Pergi orang tua yang tidak sedar diri. Mereka pun pergi ketepi
sungai dengan perasaan sedih. Apabila tiba di tepi sungai, ibu Si Tanggang
memandang ke langit, sambil mengangkat tangan dia berseruoh tuhan kau
tunjukankanlah kepada Si Tanggang aku ibu kandungnya.
Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang, Si Tanggang berasa
takut dan kesal. Kapal yang di naiki Si Tanggang terumbang ambing. Dia
tahu tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasan
kerana tekah menderhaka kepada ibunya.
Oh , ibu ampunkan Tanggang!, Tanggang berdosa ibu, Tanggang
mengaku Tanggang anak ibu, ampukan Tanggang. Akan tetapi segalanya
sudah terlambat. Apabila angin bertiup kencang itu sudah redha,kapal yang
di naiki Si Tanggang menjadi batu. Pekerja-pekerja kapal itu juga menjadi
batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Kawan-kawan pengajaran daripada cerita ini ialah:


1. Kita tidak boleh derhaka kepada ibu kita..kita dan melawan katakata ibu kita kerana syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.
2. Janganlah kita bersikap sombongdan bongkok kepada orang yang
telah berjsa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian
Tuhan.. Usahlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit.
Sebelum saya mengakhiri cerita ini, saya ingin menyampaikan
serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Klau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA


MELAYU PERINGKAT NEGERI
PAHANG.

TEMPAT

: KUALA ROMPIN (SK


LEBAN
CONDONG)

TARIKH

: 28 MAC 2011- 31 MAC

2011
KATOGERI : PIDATO SK RENDAH
PESERTA

NUR

NAJIHAH

ATHIRAH BT JAZLAN
DAERAH

CAMERON

HIGHLANDS
TAJUK

JIRAN

SEPAKAT

MEMBAWA BERKAT

Anda mungkin juga menyukai