Anda di halaman 1dari 2

Resepi Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai

AddThis Sharing Buttons


Share to Facebook101Share to PrintShare to PinterestShare to TwitterShare to EmailMore
AddThis Share options37

Resepi Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai


Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan:
Bahan untuk kerabu:

4 ekor sotong, dibuang kulit dan kelar

6 ekor udang, dibuang kulit

1/2 biji bawang besar, hiris nipis

sedikit suhun (glass noodles)

1/2 batang timun, hiris nipis

1 biji tomato, buang biji dan hiris nipis

1 tangkai daun ketumbar, cincang kasar

1 tangkai daun bawang, potong 2 cm panjang

1 batang serai, hiris nipis

Bahan untuk sos kerabu:

5 biji cili padi, hiris nipis

3 ulas bawang putih, tumbuk kasar

3 sudu besar sos ikan Thai

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar gula melaka

2 biji limau nipis, diambil jus

Cara Penyediaan:
1. Rebus seketika suhun sehingga lembut dan toskan.
2. Rebus udang dan sotong yang telah dibersihkan dalam masa anggaran 1-2
minit sahaja kerana jika terlebih masak udang dan sotong akan menjadi keras
dan liat.
3. Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, kicap cair, jus limau nipis, gula
melaka, bawang putih dan cili padi. Kacau sebati.
4. Tuangkan sos ke dalam bahan untuk kerabu dan gaulkan sehingga sebati.
5. Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah.
Garis panduan ukuran cawan dan sudu di iResipi.com

Anda mungkin juga menyukai