Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN FORMAT SURAT TIDAK RASMI UPSR 2017

No. 20, Jalan Bahagia,


Taman Cahaya Biru,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
18 April 2012.
Saudara/ Saudari,
Ke hadapan sahabatku, Faris Naufal yang berada di Bayan Baru,
Pulau Pinang. Apa khabar saudara? Diharapkan saudara sekeluarga sihat.
Saya di sini seperti biasa.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang
sekolah baharu saya. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Bangi.
Sekolah saya terletak di atas bukit. Kawasan sekitar sekolah saya sungguh
cantik dan bersih.
Saya belajar dalam Tahun Enam Bestari. Pada mulanya, agak sukar
untuk saya menyesuaikan diri di tempat baharu. Namun, lama-kelamaan
semuanya berjalan dengan lancar kerana murid-murid dalam kelas saya
peramah dan baik-baik. Selain itu, mereka banyak membantu saya.
Di sekolah saya ada 40 orang guru. Guru di sini baik-baik. Puan
Azlina Ahmad ialah guru besar sekolah saya. Guru kelas saya pula ialah
Puan Zulraidah. Walaupun bersikap tegas, namun mereka baik hati.
Sungguh cepat waktu berlalu. Sudah hampir dua bulan saya belajar
di sekolah ini. Walaupun saya banyak mendapat rakan baharu, namun
mereka tidak sama seperti saudara. Maklumlah kita berkawan sejak kecil.
Banyak kenangan pahit dan manis kita harungi bersama-sama.
Sampai di sini dahulu surat saya pada kali ini. Saya berharap agar
saudara tidak keberatan untuk membalas surat ini. Semoga persahabatan
kita akan terus berkekalan.
Yang benar,
Haziq Zaquan

Anda mungkin juga menyukai