Anda di halaman 1dari 24

Bagaimana

Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Sebelum anda teruskan bacaan, tolong


faham apa yang Tok cakap.
Ebook ini tidak boleh dijual. Ebook ini tidak
bertanggungjawab atas segala tindakan yang anda buat.
Tolong ambil iktibar, ilmu dan pengajaran daripada
perkongsian Tok.
Tolong jangan jadi "babi yang buta". Bertindak dengan ilmu.
Bertanya kalau tak tahu.
Ada soalan? Emel Tok Penghulu: gilahartanah@gmail.com

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Jika Tok cerita cara kumpul aset hartanah


bernilai RM1 juta berdasarkan cerita realiti.
Apa yang anda akan buat?
Terima kasih sebab download ebook ini.
Mudah-mudahan ebook ini mampu membantu membuka
mata dan hati kita untuk memahami selok belok dunia
pelaburan hartanah.
Tok Penghulu akan cerita berdasarkan kajian kes sebenar,
daripada orang yang sebenar, dan hasil yang sebenar
(realiti).
Tok tak mahu cerita gebang atau cerita yang sekadar
gersang di mata, tapi pahit apabila berpaksikan realiti.
Jika anda sudah bersedia untuk memahami bagaimana
proses memiliki aset hartanah yang akan memberikan nilai
RM1 juta, mari kita teruskan bacaan.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Siapa yang akan jadi contoh dan panduan?


Tok Penghulu pernah baca pengalaman mamat ini. Malah
Tok juga pernah bertemu dua muka dan berborak-borak
dengan beliau tentang pelaburan hartanah.
Apa yang Tok boleh cakap, dia seorang yang boleh
dipercayai dan diyakini.
Mamat itu mungkin tak kenal Tok. Sebab Tok ini bukan
orang yang popular macam dia.
Okay. Siapa mamat yang Tok maksudkan?
Rasanya majoriti pelabur hartanah sudah sinonim dengan
nama dia: Faizul Ridzuan.
Dia bukan pakar. Tetapi lebih sesuai digelar sebagai...
Tok tidak mahu gelarkan Faizul Ridzuan sebagai "pakar
pelaburan hartanah." Geli tekak Tok.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Tetapi, Tok mahu kongsikan apa yang Tok belajar daripada


dia ketika mana dia berkongsi 1 strategi yang menarik
perhatian Tok.
Strategi itu yang menyebabkan Tok memberi judul ebook
ini. Ya, bagaimana membina portfolio hartanah bernilai RM1
juta.
Ia 100% berdasarkan pengalaman Faizul Ridzuan sendiri.
Tok akan togelkan maklumat hartanah yang dia miliki dan
nilainya melebihi RM1 juta sekarang.
Sebelum bagi banyak alasan, baca kisah dia sebelum
berjaya dalam pelaburan hartanah.
Sebelum itu, Tok mahu anda semua tahu beberapa perkara
tentang latar belakang beliau. Memandangkan Tok sudah
terhidu bau-bau pembaca yang akan bercakap negatif
seperti,
"Faizul Ridzuan bolehlah!"

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Ini latar belakang mamat ini sebelum beliau jadi "Faizul


Ridzuan" yang ramai orang kenali.
1) Bermula dengan wang simpanan peribadi sebanyak
RM2,000 sahaja.
2) Dia cuma seorang pekerja makan gaji semasa beli hartanah
yang pertama. Gaji sekitar RM2,500 sebulan.
3) Ini mungkin nampak pelik. Dia berhutang dengan kad kredit
untuk pembelian hartanah pertamanya.
4) Sehingga saat Tok menulis ebook ini, Faizul Ridzuan sudah
beli lebih 25 unit hartanah "high rise". Cth: Kondominium,
apartment dsb.
Apa tujuan Tok kongsikan latar belakang Faizul
Ridzuan?
Tok sengaja kongsikan latar belakang Faizul Ridzuan supaya
para pembaca boleh faham satu perkara:

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Kemudian,
"Jika kita benar-benar mahukan sesuatu, kita akan cari jalan
dan buang segala alasan."
Akhir sekali,
"Cerita senang hari ini bermula dengan penderitaan dan
duka sepanjang menempuhi perjalanan ke arah impian."
Dalam ebook ini, anda juga akan faham secara asas
bagaimana untuk memiliki hartanah yang bakal memberi
pulangan nilai sebanyak RM1 juta. Berdasarkan
pengalamannya sendiri.
Ya, realiti. Bukan fantasi.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Langkah 1: Beli hartanah pertama.


Bahagian ini yang ramai tunggu. Iaitu bahagian yang akan
menceritakan tentang "caranya".
Tok pun agak teruja untuk berkongsi. Sebab ia berdasarkan
realiti.
Kalau anda faham keseluruhan kajian kes ini, anda sendiri
akan dapati bahawa tidak mustahil untuk anda juga
mencapai kejayaan yang sama.
Beli 1 unit hartanah. Nilai sekarang RMXXX,XXX.
"Aku beli aset hartanah pertama aku pada tahun 2005."
Itu ayat yang keluar daripada mulut Faizul Ridzuan bila dia
berkongsi dengan Tok tentang kisah pembelian hartanah
pertamanya.
Tok malas mahu cerita panjang. Ini Tok kongsikan maklumat
hartanah yang Faizul Ridzuan beli pada tahun 2005.
Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Kemudian Tok mahu anda lihat nilainya sekarang pada


tahun 2015.
1) Beli unit kondominium Kelana Puteri dengan harga
RM140,000.
2) Nilai hartanah itu pada tahun 2015 adalah sekitar
RM380,000.
3) Berapakah jumlah peningkatan nilai yang berlaku pada
hartanah dia dari tahun 2005 hingga 2015 (10 tahun)?
RM240,000.
Maksud yang Tok cuba tekankan di sini adalah: Faizul
Ridzuan mempunyai aset hartanah bernilai RM380,000.

Jika kita ikut pada matlamat RM1 juta nilai aset, nilai yang
beliau perlukan hanya tinggal RM620,000 sahaja lagi.
Mari sini Tok bagi jawapan matematik ringkas:

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Matlamat: RM1,000,000 nilai aset hartanah.


Nilai 1 unit hartanah: RM380,000.
Baki untuk mencapai matlamat: RM1,000,000 -
RM380,000 = RM620,000.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Langkah 2: Beli hartanah kedua.


"Pengalaman pertama membeli rumah pelaburan adalah
pengalaman yang paling bermakna. Ia juga memberikan
1,001 pengajaran berharga buat diri kita."
Tok sendiri agak terkejut dengan peningkatan nilai hartanah
yang berlaku dalam masa 10 tahun. Tok pun perlu ingatkan
bahawa tidak semuanya "manis belaka."
Tok percaya Faizul Ridzuan menghadapi pelbagai jenis
cabaran apabila beliau mula membeli hartanah yang
pertama.
Bezanya, ia adalah satu pengalaman yang sangat bermakna.
Langkah kedua pula adalah sangat tipikal: Mencari aset
hartanah yang kedua.
Tok ulang kembali matlamat utama dan kajian kes yang
berlaku pada Faizul Ridzuan:

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Matlamat: RM1,000,000 nilai aset hartanah.


Nilai 1 unit hartanah: RM380,000.
Baki untuk mencapai matlamat: RM1,000,000 -
RM380,000 = RM620,000.

Berjuang selama 1 tahun untuk beli


hartanah kedua.
Dalam kes hartanah yang kedua, beliau mengorak langkah
dalam masa 1 tahun sahaja. Berikut adalah maklumat
ringkas tentang pembelian hartanahnya:
1) Beli 1 unit rumah studio di Casa Mutiara.
2) Kawasan terletak di Pudu.
3) Harga adalah RM160,000 dengan keluasan 380 kaki
persegi.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

4) Faizul menggunakan modal daripada keuntungan


hartanah yang pertama untuk digunakan sebagai bayaran
deposit hartanah yang kedua.
5) Beliau meraih pendapatan sewa sebanyak RM1,500
sebulan. Untuk unit rumah yang sekecil 380 kaki persegi,
beliau mengambil penyewa yang berbeza daripada biasa
untuk mengaut keuntungan mewah daripada sewaan.

Berapakah nilai harga hartanah kedua


sekarang?
Semua maklumat di atas adalah ringkasan yang Tok dapat
apabila berbual dengan Faizul. Bahagian paling menarik
adalah apabila Tok tanya soalan ini,
"Okay, berapa nilai harga Casa Mutiara sekarang (tahun
2015) yang engkau beli pada tahun 2006?"
Faizul diam. Tarik nafas. Kemudian baru beliau memberikan
jawapan,
Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

"Tidak setinggi nilai hartanah yang pertama. Nilai hartanah


kedua ini hanya mengalami peningkatan sebanyak
RM170,000 dalam masa 9 tahun. Maksudnya, nilai harga
rumah ini sekarang (tahun 2015) adalah RM330,000."
Tok Penghulu jadi semakin seronok dan teruja apabila
mendengar kisah hartanah keduanya. Mari kita buat kiraan
matematik ringkas.
Adakah Faizul semakin hampir dengan matlamat
mempunyai aset hartanah bernilai RM1 juta?
Matlamat: RM1,000,000 nilai aset hartanah.
Nilai 2 unit hartanah: RM380,000 (Kelana Puteri) +
RM330,000 (Casa Mutiara) = RM710,000.
Baki untuk mencapai matlamat: RM1,000,000 -
RM710,000 = RM290,000.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Tok harap perkongsian ini semakin membuka mata anda


untuk nampak potensi pelaburan hartanah untuk jangka
masa panjang. Teruskan bacaan.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Langkah 3: Beli hartanah ketiga.


"Perkara terbaik dalam pelaburan hartanah untuk jangka
masa panjang adalah jumlah aset bersih yang saya bakal
miliki dalam masa 30 tahun dari sekarang. 100% percuma
kerana kos ditanggung oleh penyewa."
- Faizul Ridzuan
Okay, anda sekarang sudah hampir ke penghujung
rancangan. Tok akan berkongsi kajian kes pengalaman
Faizul Ridzuan membeli hartanah ketiga.
Kenapa tiga sahaja?
Baca dahulu sampai habis dan jangan tinggal 1 muka surat
pun. Supaya anda faham mesej yang Tok cuba untuk
beritahu.

Lokasi yang Tok agak ragu dan sangsi...

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Untuk hartanah yang ketiga ini, Tok agak skeptikal sedikit.


Sebab Faizul cakap dia beli di kawasan Masjid India pada
tahun 2007.
Cuba bayangkan tahun 2007... Kawasan Masjid India?
Bukan itu sahaja. Malah beliau membeli unit hartanah
daripada pemaju hartanah yang mempunyai kredibiliti yang
agak menghampakan.

Maklumat ringkas hartanah ketiga


Faizul
Mungkin anda mahu tahu maklumat hartanah yang ketiga.
Ini maklumat ringkas:
1) Pada tahun 2007, beliau beli 1 unit hartanah di
Maytower Service Apartment.
2) Harga yang beliau beli ketika itu adalah RM180,000.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

3) Keluasan unit hartanah itu hampir sama seperti unit


kedua. Cuma kecil sedikit. 351 kaki persegi.
4) Faizul gunakan duit sewaan daripada hartanah kedua
(sekitar RM18,000) untuk pembayaran deposit rumah.
5) Untuk unit hartanah ketiga ini, beliau berjaya dapat
penyewa yang bayar dengan harga RM1,000 sebulan.
Macam biasa, soalan yang Tok akan ajukan kepada Faizul
selepas dengar beliau cerita gebang tentang pengalamannya
membeli unit hartanah yang ketiga:
"Jangan kata hartanah ketiga engkau ini naik ratusan ribu
juga macam dua unit yang lain?"
Faizul Ridzuan sekali lagi mendiamkan diri. Hirup air
sedikit. Tarik nafas. Kemudian baru beliau bersuara,
"Ya. Nilai hartanah ketiga saya ini mengalami peningkatan
nilai harga yang positif pada tahun ini (2015). Sekarang

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

harga permintaan untuk unit yang saya miliki adalah


RM310,000."
Tok pun gunakan aplikasi kalkulator yang memang
tersimpan rapi dalam smartphone untuk mencongak jumlah
peningkatan unit hartanah ketiganya.

Peningkatan harga sebanyak 6 angka


dalam masa 8 tahun.
Tahun 2007: Beli 1 unit hartanah dengan harga RM180,000.
Tahun 2015: Nilai harga hartanah untuk unit yang sama
adalah RM310,000.
Jumlah peningkatan: RM310,000 (Tahun 2015) -
RM180,000 (Tahun 2007) = RM130,000.
Walaupun tidak semewah dua unit hartanah yang pertama,
namun dari sudut matlamat memiliki aset hartanah RM1
juta itu berjaya dicapai.
Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Mari kita tengok jadual di bawah:


Matlamat: RM1,000,000 nilai aset hartanah.
Nilai 3 unit hartanah: RM380,000 (Kelana Puteri) +
RM330,000 (Casa Mutiara) + RM310,000 (Maytower Service
Apartment).
Jumlah nilai aset hartanah: RM1,020,000 (Yeah! Berjaya
kumpul aset hartanah bernilai RM1.2 juta).
Akhirnya, berjaya juga Tok kongsikan sampai habis strategi
yang boleh kita ambil iktibar daripada pengalaman pelabur
hartanah bernama Faizul Ridzuan ini.
Ingat, Tok tidak bagi sebarang cadangan tentang lokasi
pembelian yang bagus. Apa yang Tok ingin sampaikan
adalah peluang dan potensi apabila kita melabur dalam
hartanah menggunakan strategi yang betul.
Tetapi, ada 1 masalah yang Tok berdebat dengan Faizul
Ridzuan sebelum kami tamat berbual.
Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

"Eleh... Engkau beli masa harga hartanah


tengah murah. Bolehlah!"
Tok nampak muka Faizul agak menyirap selepas Tok cakap
ayat di atas. Beliau cuba berlagak tenang. Sambil-sambil itu
Faizul keluarkan Macbook Air dan tunjukkan satu gambar
rajah yang membuat Tok terus diam membisu.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu


Lalu Faizul pun mengeluarkan ayat ini,
"Jika engkau perhatikan gambar rajah ini, engkau akan
dapati harga hartanah di Malaysia meningkat sekitar 5%
setiap tahun. Sampai bila rakyat Malaysia akan bagi alasan
untuk tidak beli hartanah sekarang?"

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Perbualan Tok dengan Faizul Ridzuan ini sebenarnya lebih


daripada apa yang Tok kongsikan dalam ebook ini. Cuma,
Tok tak mahu bagi anda maklumat yang terlalu berat.
Ini adalah kesimpulan yang Tok dapat sampaikan kepada
para pembaca:
1) Kebarangkalian semua unit hartanah yang kita miliki hari
ini akan mengalami kenaikan sebanyak 5% setahun.
Kenapa tidak mula melabur sekarang?
2) Jika kita mempunyai strategi yang bagus untuk dapat
penyewa dengan harga sewaan yang berpatutan, bayaran
pinjaman (loan) 100% ditanggung mereka.
3) Dalam masa 30 tahun, hutang pinjaman akan habis
dibayar dan aset hartanah itu 100% milik kita.
Ini adalah potensi pelaburan hartanah yang Tok nampak.
Hanya bermodalkan RM2,000, Faizul Ridzuan boleh
memiliki aset hartanah bernilai lebih RM1 juta dalam
tempoh 30 hingga 35 tahun.
Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Jika anda rasa ebook ini bermanfaat,


boleh Tok minta testimonial? Apa yang
anda belajar selepas baca ebook ini?
Sila hantarkan testimonial anda ke emel Tok di
gilahartanah@gmail.com
Tok akan baca setiap patah perkataan yang anda tulis.
Terima kasih sekali lagi, kerana muat turun. Terima kasih,
kerana sudi baca ebook ini sampai habis.
Semoga anda juga berjaya dalam pelaburan hartanah.

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah
a.k.a Tok Penghulu

Anda mungkin juga menyukai