Kaedahlatihansuaianfizikal 120830140229 Phpapp01
Kaedahlatihansuaianfizikal 120830140229 Phpapp01
Prinsip-prinsip Latihan
Latihan adalah satu proses yang sistematik dan mempunyai objektif untuk
meningkatkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang terancang. Ia adalah
satu proses jangkamasa panjang yang progressif dan yang mengambil kira
keperluan dan kebolehan individu.
Masa Latihan.
Masa latihan adalah bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan, yang
merujuk kepada keupayaan menaikkan kadar nadi latihan ke tahap 75 %
daripada aras kadar nadi rihat semasa aktiviti latihan dijalankan dan dalam
jarak masa melebihi 30 minit adalah mencukupi bagi menghasilkan
kecergasan yang signifikan.
Kekerapan Latihan.
a. Kekerapan
Kekerapan merupakan bilangan kali seseorang itu bersenam di dalam
seminggu. Blanksby (1987) menegaskan bahawa kesan positif bersenam
akan diperolehi jika kekerapan bersenam dilakukan sebanyak tiga hingga
lima kali seminggu
b. Intensiti
Intensiti boleh diertikan sebagai darjah kesukaran senaman dan dinyatakan
sebagai peratus (%) misalnya 60% atsau 90%.
c. Tempoh
Pada amnya, tempoh yang sesuai ialah antara 15 hingga 60 minit. Ini
melibatkan aktiviti aerobik yang berterusan. Tempoh sebenarnya bergantung
kepada intensiti; senaman intensiti rendah memerlukan tempoh senaman
yang lebih panjang dan senaman intensiti tinggi memerlukan masa yang
lebih pendek.
d. Ulangan
Ulangan merupakan bilangan kali sesuatu senaman atau aktiviti diulang. Ia
harusnya ditingkatkan secara beransur-ansur untuk mencapai tahap
kecergasan yang diperlukan.
Latihan mestilah khusus kepada empat perkara iaitu mod, sistem tenaga,
kumpulan otot dan pola pergerakan dari segi
sistem aktiviti yang dipilih
sistem tenaga yang digunakan (tenaga aerobik atau anaerobik)
kumpulan otot yang digunakan untuk aktiviti yang dipilih
pergerakan sendi khusus berkaitan dengan aktiviti yang dipilih
Menurut prinsip ini tahap kecergasan jasmani adalah bukan kekal abadi
tahap kecergasan ini akan hilang secara beransur-ansur.
Jenis-jenis Latihan
Contoh 1 :
Kelebihan jenis latihan ini ialah ia adalah berbeza daripada latihan lain dan
untuk mengelakkan kebosanan yang dialami dalam senaman serta
merangsang mental seseorang. Sebaliknya kebebasan latihan ini
menyebabkan individu yang tidak berdisiplin menyalahgunakannya dan
menyebabkan kesan latihan tidak tercapai.
Bagi setiap senaman yang dipilih, ujian ulangan maksimum (UM) diadakan.
Contoh, bilangan ulangan maksimum dilakukan dalam masa 30 saat atau 60
saat.
Beban disetengahkan apabila 2 set digunakan. Jika 3 set digunakan maka
beban di bahagikan 3. Beban yang disetengahkan atau disatupertigakan
dipanggil dos latihan.
Latihan ini memerlukan mesin-mesin atau alatan yang agak mahal. Mesin
untuk latihan ini membolehkan kerja serta kelajuan dikekalkan. Ia
membangunkan tekanan otot secara maksimum sepanjang pergerakan. Di
samping itu, ia membolehkan latihan pergerakan sukan seperti lontaran atau
tendangan dilakukan.
1. Memanaskan Badan
2. Latihan Berprogresif
3. Penyejukan Badan
Intensiti latihan:
Untuk meningkatkan keupayaan dayatahan kardiovaskular serta dayatahan
otot,latihan yang
bercorak lebihan beban adalah lebih mendatangkan kesan. Semasa
menjalankan gerak kerja
latihan, kadar nadi jantung menggambarkan tenaga yang diperlukan serta
pengambilan
oksigen yang bertambah.Dengan sebab inilah maka kadar nadi latihan
digunakan sebagai
satu pengukuran yang mudah untuk menilai tekanan fisiologi badan. Kadar
nadi dijadikan
sebagai satu pengukuran lazim bagi menentukan tahap intensity latihan di
dalam semua
gerak kerja latihan kecergasan fizikal. Menurut pakar-pakar fisiologi kadar
nadi latihan yang berdasarkan kepada 75% daripada perbezaan diantara
kadar nadi maksimum dengan kadar nadi rehat(75% X KNM-KNR) adalah
satu pengukuran intensity kerja yang menasabah dan selamat untuk
memberi kesan kepada tubuh badan.
Kekerapan latihan:
2.2
Bagaimana melatih atlet sukan bola sepak menggunakan prinsip FITT
Kesimpulan
Jika kita melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa mengamalkan
cara tertentu dalam melakukan aktiviti itu, kita dikatakan mempunyai gaya
hidup tertentu. Gaya hidup individu boleh menjadi gaya hidup masyararakat
jika semua individu dalam masyarakat itu mengamalkan gaya hidup yang
sama. Gaya hidup individu dan gaya hidup masyarakat boleh mempengaruhi
kesihatan. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi kesihatan individu seperti
pemakanan, kebersihan diri, bersenam dan berekreasi, menjauhi tabiat
buruk serta tidur, rehat dan istirehat yang cukup.
. PENGENALAN KECERGASAN
Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, dan rohani.
Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta
keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap.
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk
meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi
mewujudkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan
kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak
berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang
bermakna dan konstruktif.
2.1. Pengenalan
Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang
individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti
sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh
Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh manakala
kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk berfungsi dengan cekap
dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu.
Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap induvidu. Kecergasan tubuh badan
hanya akan tercapai menerusi latihan fizikal bersistematik yang terancang dan dijalankan
mengikut prinsip-prinsip latihan yang sesuai serta disiplin yng tinggi. Latihan bererti satu
persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh untuk melakukan aktiviti fizikal. Kecergasan
menggambarkan tahap keupayaan individu itu boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa
cepat berasa letih dan lesu. Tahap kecergasan seseorang itu bukan hanya diukur dan dinilai
melalui ketiadaan atau bebas daripada sebarang penyakit, malah ianya juga ditentukan oleh tahap
kecergasan fizikal individu tersebut. Oleh itu, tahap kecergasan fizikal sebenarnya dapat dinilai
berdasarkan kepada prestasi seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Dr. Wildor Hollman (1991), beliau mendefinisikan kecergasan sebagai suatu keadaan
fizikal dan mental, di mana seseorang itu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu tugasan
oleh individu lain. Sementara itu, Clarke (1976) mendefinisikan kecergasan sebagai kemampuan
seseorang melakukan aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa berasa letih serta mampu
lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kecergasan merupakan kemampuan paru-
paru, jantung, saluran darah, serta otot tubuh badan dapat berfungsi pada tahap yang optimum
(Sheikh Kamaruddin 1987).
Program latihan kecergasan fizikal memberi tumpuan kepada peningkatan penambahan dari segi
kecergasan keseluruhan tubuh badan seperti:
c. membina ketangkasan
c. Memahami konsep dan komponen kecergasan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
b. Mengekalkan tahap kecergasan di kalangan individu yang telah mempunyai tahap tertentu.
Setiap program latihan mesti berlandaskan kepada beberapa prinsip latihan. Prinsip-prinsip ini
merupakan garis panduan latihan untuk orang awam mahupun atlet. Antaranya adalah :
Prestasi kerja akan meningkat bila berlaku penambahan dalam beban kerja. Penambahan beban
kerja perlu dilakukan secara secara progresif setelah badan atau sistem biologi dapat mengaptasi
kepada beban kerja yang dikenakan. Penambahan ini boleh dilakukan dengan memanipulasikan
pembolehubah-pembolehubah berikut:
a) Intensiti Latihan: iaitu kualiti kerja yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan
maksima (Repitition Maximum).
b) Frekuensi Latihan: iaitu kekerapan latihan dilakukan 2 sesi sehari atau 5 sesi seminggu.
c) Jangkamasa: iaitu masa yang diambil bagi menjalankan sesuatu latihan seperti 1 jam 1 sesi
atau 12 jam seminggu.
Tidak semua individu mengalami kadar peningkatan prestasi yang sama bagi swatu latihan
fizikal yang dikenakan. Program latihan seharusnya dirancang khusus untuk individu kerana
terdapat perbezaan antara individu seperti matlamat, keupayaan fizikal dan tahap kecergasan
fizikal.
Komponen-komponen fizikal atau sitem tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan sukan
yang lain. Latihan fizikal yang dijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau
kehendak sesuatu sukan yang diceburi. Sekiranya individu lemah dalam daya tahan
kardiovaskular, maka kaedah l;atihan yang dapat meningkatkan komponen ini perlulah
diberikan.
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara
berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku. Pada umumnya penurunan dalam daya tahan
mengambil masa yang lebih singkat daripada masa yang diambil untuk meningkatkannya.
Prestasi fizikal akan menurun dengan ketara jika latihan tidak dilakukanlebih daripada 12 jam.
Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti
atau bagi mengelakkan kebosanan.
3. KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL
Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu:
Merupakan keupayaan bersenam dalam masa yang agak panjang. Sistem pengaliran darah dan
pernafasan membekalkan bahan api iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal yang
dijalankan.
Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya berulang-
ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa kali perubahan bagi mengatasi rintangan atau
bebanan.
c. Kekuatan Otot
Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya kerja.
Pertambahan meneruskan suatu aktiviti dalam tahap yang tinggi.
d. Kelenturan / Kelembutan
e. Komposisi Badan
Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot dan tulang-tulang.
Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan berbanding dengan isi
kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan
masalah kegemukan (obesity). Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan
individu.
a. Koordinasi
b. Imbangan
Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan
dasar (tapak) menyokongnya diubah. Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan
teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.
c. Ketangkasan
d. Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu
melakukan sesuatu pergerakan pantas (mengejut / explosive muscular power) yang kuat dalam
jangkamasa yang singkat dengan kecakapan yang tinggi. Ianya adalah hasil kuncupan otot yang
kuat dalam jangkamasa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan otot dan
kepantasan kuncupan otot.
e. Masa Tindakbalas
Masa tindakbalas adalah suatu jangkamasa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas
menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Masa tindakbalas selalunya dikaitkan dengan
faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat mungkin
dapat membantunya dalam situasi perlawanan dan dalam masa kecemasan dari segi
menyelamatkan diri.
f. Kelajuan (Kepantasan)
Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang
singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa
bergerak. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.
Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), jenis-jenis latihan yang sesuai untuk
kecergasan fizikal adalah seperti berikut:
i. Merentas desa
d)lari terikat
Latihan bebanan
i. Latihan litar
Di dalam sesi ini, atlet akan melakukan aktiviti gerakkerja bagi meningkatkan kecergasan yang
berlandaskan kesihatan (daya tahan kardiovaskular, daya tahan dan kekuatan otot, dan komposisi
badan) dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor (koordinasi, keseimbangan, ketangkasan,
kuasa dan masa tindakbalas).
Sesi ini dijalankan untuk menurunkan kadar nadi latihan secara perlahan-lahan. Sesi pemulihan
ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesakitan otot. Jika aktiviti senaman
dihentikan secara tiba-tiba atau mengejut, badan akan merasa kejutan dan otot akan mengecut
dan menyebabkan darah berkumpul di saluran darah. Ketiga-tiga fasa ini adalah penting bagi
setiap sesi program latihan.
Para atlit perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan dan melakukan aktiviti
pulihan selepas latihan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan serta
untuk meningkatkan prestasi kendiri. Aktiviti memanaskan badan tersebut melibatkan persediaan
kardiovaskular dan regangan otot. Selepas latihan, aktiviti yang sama atau yang berlainan
diulangi sebagai aktiviti pulihan.
4.2.2 Regangan
Otot boleh diregang dengan sempurna jika kita memberi perhatian kepada beberapa perkara
seperti berikut:
Pelaku mula dengan regangan senang iaitu meregang dalam keadaan tidak tegang sehingga tahap
terasa tekanan pada otot. Keadaan tersebut dikekalkan selama 10-30 saat. Pelaku kemudiannya
melakukan regangan membangun (developmental stretch) dengan mengulangi regangan
sehingga mencapai tahap tekanan pada otot yang lebih tinggi serta mencapai beberapa sentimeter
lebih jauh dari jarak yang dicapai sebelum ini. Regangan akan dilakukan selama 10-30 saat.
ii. Pernafasan
Pernafasan pelaku tidak diganggu semasa melakukan aktiviti regangan. Pelaku perlu terus
bernafas, mengawal pernafasan supaya mengikut ritma semulajadi. Semasa membongkok, nafas
dihembuskan perlahan-lahan sehingga ke tahap regangan optima. Kekalkan pada tahap itu dan
bernafas perlahan-lahan sebelumnya. Dalam apa keadaan sekalipun, pernafasan tidak harus
dihentikan kerana ini akan menyebabkan peningkatan tekanan dalam paru-paru dan keadaan ini
sangat membahayakan.
Semasa mengira tempoh regang, pelaku seharusnya mengira dalam ritma saat untuk
mendapatkan kesan yang baik.
Sebelum melakukan aktiviti regangan, perancangan perlu dibuat supaya otot-otot utama diregang
dahulu. Selepas itu, bolehlah kita melakukan regangan khusus mengikut acara olahraga
berkenaan.
Setiap aktiviti regangan hendaklah dilakukan selama 10-20 saat dan aktiviti berkenaan hendaklah
diulang selama 20-30 saat. Contoh aktiviti regangan yang boleh dilakukan:
Regangan 3 - Otot bahagian bawah kaki belakang (betis dan otot soleus)
5. SISTEM TENAGA
Sistem ini boleh dilatih Sistem ini boleh dilatih Untuk mendapatkan
dengan menysusn dengan menyusun kesan latihan
berselang-seli antara secara selang-seli aerobik. Aktiviti
jeda kerja maksimum antara jeda kerja perlu dijalankan
dan jeda rehat penuh. dengan jeda rehat. sekurang-
kurangnya 20 minit.
Intensiti latihan adalah Intensiti senaman pada
100 % tahap 80 % 90 % Intensiti kerja adalah
keupayaan maksimum antara 40 % 70 %
- lakuan kerja dengan keupayaan
intensiti maksimum - jeda kerja 10 saat maksimum
dan rehat sehingga
kadar nadi balik ke - jeda rehat 50 ke 60
120 denyut seminit. saat
Sesuatu rancangan yang dirancang untuk setahun adalah perlu untuk mencapai peningkatan
prestasi atlet yang maksimum. Ini bermakna, untuk merealisasikan seseorang atlet hendaklah
berlatih secara berterusan.
Program latihan keseluruhan tahunan bertujuan dan berfungsi berdasarkan tahap peringkat
latihan yang dilakukan. Sesuatu rancangan tahunan mengandungi 5 jenis fasa latihan, iaitu:
a. Fasa Pra-Persedian
b. Fasa Persediaan
c. Fasa Pra-Pertandingan
d. Fasa Pertandingan
e. Fasa Transisi
Objektif: Untuk meningkatkan kebolehan dan persediaan bagi menerima latihan dalam intensiti
yang lebih tinggi.
Latihan: Latihan kecergasan (Latihan Litar, Latihan Fatlek, Latihan Jeda serta kompenon).
Fasa Pra-Persediaan ini merupakan peringkat awal latihan. Isipadu latihan yang tinggi adalah
perlu untuk membina tapak bagi adaptasi yang secukupnya kepada pengkhususan latihan.
Biasanya di peringkat ini memerlukan masa tiga bulan bergantung kepada ciri-ciri sukan tertentu.
Objektif Pra-Persediaan adalah untuk membentuk keupayaan kerja atlet, persediaan fizikal
secara menyeluruh dan mempertingkatkan elemen-elemen teknik disamping memperbaiki taktik
pergerakan-pergerakan asas. Ini juga untuk membentuk peringkat pelaziman fizikal yang tinggi
yang akan memudahkan latihan masa hadapan dan juga prestasi.
Pada keseluruhan fasa ini, isipadu latihan yang tinggi dipertekankan bertujuan untuk
mempertingkatkan keupayaan bekerja dan desakan psikologi iaitu azam, kesungguhan dan
ketabahan bagi membolehkan adaptasi atlet kepada usaha-usaha khusus yang diperlukan oleh
sukannya.
Objektif: Cantuman jenis latihan dengan suaian fizikal khusus diutamakan. Meningkatkan teknik
kemahiran dan tahap kecergasan.
Latihan: Latihan bebanan yang berat, latihan tekanan, intensiti latihan ditingkatkan, latihan am
dikurangkan, latihan khas / khusus ditambah dan pendedahan pelbagai situasi seperti pagi,
petang, hujan dan panas.
Pada keseluruhan fasa ini, seseorang atlet itu akan cuba mempertingkatkan perkembangan
fizikal, teknik, taktik dan persediaan psikologi untuk menghadapi fasa Pra-Pertandingan. Ciri-ciri
latihan menjadi lebih khusus. Penekanan lebih diberikan untuk membina daya tahan
kardiovaskular.
Matlamat utama fasa ini adalah untuk mengadakan kesedian fizikal terhadap beban kerja
yang lebih berat. Ini juga adalah tahap di mana atlet memperbaiki sikap dan tanggungjawab
terhadap latihan. Diperingkat ini juga mereka memperbaiki kelemahan kemahiran dengan
memperkenalkan teknik-teknik yang betul.
Walaupun terdapat isipadu latihan yang masih tinggi, tetapi usaha diarah kepada latihan dan
senaman yang berkaitan dengan kemahiran atau corak teknik yang perlu dikuasai. Di hujung fasa
ini, isipadu latihan akan beransur-ansur kurang membenarkan pertambahan intensiti latihan.
Latihan: Oleh kerana latihan telah sampai di kemuncak maka latihan am dan khas
dipertingkatkan. Latihan Persediaan dikurangkan, pertandingan lain dielakkan.
Jangkamasa Fasa Pertandingan boleh dilanjutkan dari empat hingga enam bulan bergantung
kapada sukan tertentu. Jangka masa pertandingan yang terlalu lama memerlukan fasa persediaan
yang lama juga dan ini akan memendekkan fasa persediaan yang berikutnya. Fasa Pertandingan
menumpukan kepada peningkatan potensi atlet kepada tahap optima dan dengan itu
memudahkan pencapaian prestasi yang maksimum di dalam pertandingan.
Objektif Fasa Pertandingan ini adalah untuk mencapai peningkatan yang berterusan
kebolehan biomotor iaitu kekuatan, kepantasan, ketahanan, kelenturan dan koordinasi serta trait-
trait psikologi yang diperlukan dalam sukan tertentu. Ia menyempurnakan, memperkukuh dan
meningkatkan taraf kemahiran teknik serta memperkenal dan mendalami lebih banyak strategi.
Melalui fasa ini juga, atlet dapat menyempurnakan taktik-taktik pergerakan dan mendapat
pengalaman bertanding. Selari dengan itu, pada tahap ini para atlet dapat mengekalkan tahap
kecergasan yang sedia ada dan memperolehi persediaan fizikal yang menyeluruh.
Objektif: Memberi masa rehat, pulih kecederaan, tekanan, mentalisasi dan fizikal. Atlet rehat
emosi. Latihan aktif agar prestasi atlet tidak merosot
Latihan: Aktiviti kesenggangan dan rekreasi serta latihan intensiti yang rendah.
2. Teknikal
3. Taktikal
4. Psikologikal
Tempoh latihan adalah 52 minggu dan dibahagikan kepada 4 fasa iaitu fasa persediaan
umum, fasa persediaan khusus, fasa pertandingan dan fasa transisi. Terdapat 2 kitaran mikro
dalam fasa persediaan umum, 1 kitaran mikro dalam fasa persediaan khusus juga fasa
pertandingan dan 2 kitaran mikro dalam fasa transisi.
8. KAEDAH LATIHAN
Kaedah-kaedah latihan berikut digunakan untuk mencapai objektif program fasa tertentu dalam
program ini:
a. Latihan Jeda
b. Latihan Bebanan
c. Latihan Fartlek
d. Latihan Pliometrik
e. Latihan Kemahiran
Latihan Fartlek berasal dari Negara Sweden. Latihan ini dirancang bertujuan untuk membina
daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Latihan ini juga bermaksud sebagai speed
play di mana ianya melibatkan larian yang laju diselangi dengan larian perlahan di atas
permukaan tanah semulajadi. Untuk menjalankan larian, individu akan menetukan kelajuan
mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.
8.1.1 Objektif
b. Meningkatkan kepantasan.
a. ATP-PC
b. Laktik Asid
c. Sistem Aerobik
c. Mengurangkan rasa jemu iaitu dengan menggunakan lokasi latihan yang berbeza dan
berdasarkan kemampuan individu.
e. Dapat menyesuaikan diri dalam bentuk-bentuk kemahiran yang lain apabila latihan itu
dijalankan.
c. Striding.
d. Lari pecut.
e. Berjalan
f. Bounding
Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan untuk mencapai kecergasan fizikal terutamanya sebagai
persediaan semasa pra-musim. Ia merupakan satu sistem latihan yang diselang-selikan dengan
masa kerja dan masa rehat. Peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh dicapai melalui latihan
jeda. Ini dapat dibuktikan oleh Annarino (1976). Semasa musim persediaan atlet lari berpagar
akan cuba untuk membina asas yang kukuh dalam usaha meningkatkan kecergasan sehingga ke
musim pertandingan.
Latihan Jeda digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal para atlet. Kajian terhadap
latihan ini telah membuktikan bahawa Latihan Jeda yang merupakan satu siri ulangan yang
berintensiti tinggi dengan masa rehat yang tertentu di antara siri tersebut adalah cara yang paling
baik dan efisyen untuk meningkatkan tahap ambang anaerobik seseorang atlet.
a. Latihan berintensiti tinggi atau sub-maksima dengan jangka masa yang pendek akan
menggunakan sistem tenaga ATP-PC. Untuk meningkatkan sistem tenaga anaerobik para
atlet maka penggunaan cara latihan ini adalah perlu.
b. Latihan berintensiti rendah dengan jangka masa yang panjang akan menggunakan sistem
tenaga laktik asid dan oksigen. Cara ini akan meningkatkan sistem tenaga aerobik atlet.
d. Latihan yang digunakan perlu ada penentuan kecepatan pergerakan yang meliputi masa untuk
menyudahkan jarak. Jauh jarak yang akan disudahi dan jangka masa untuk pemulihan.
d. Kekerapan latihan.
Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan
masa rehat yang berlainan dengan latihan yang berintensiti rendah dan sederhana. Fox dan
Mathews (1981) berpendapat bahawa masa pemulihan boleh ditentukan dengan cara:
Latihan Bebanan merupakan suatu kaedah latihan yang memusatkan kepada penggunaan
bebanan bagi tujuan meningkatkan komponen-komponen kecergasan fizikal terutama sekali dari
segi kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Tiga angkubah yang terlibat dalam latihan bebanan
ialah:
a. Intensiti
b. Tempoh ulangan
c. Ulangan
8.3.1 Objektif
b. Laktik asid
8.3.3 Kekerapan
a. Kekuatan otot terbina melalui latihan-latihan yang tinggi intensitinya iaitu ulangan perlu
dibuat 8 10 kali dengan beban 60% daripada keupayaan maksima.
b. Daya tahan pula dapat dibina melalui ulangan yang banyak dengan beban yang kurang.
Ulangan yang disyorkan ialah 10 15 kali dengan beban antara 50 60%.
c. Kelenturan dapat dibina melalui aktiviti meregang atau over stretching sendi secara perlahan
dan pergerakan otot / sendi yang maksima.
Disebabkan Latihan Pliometrik ini menumpukan atau menentukan satu gerakkerja yang
aktif, fleksibel dan cergas maka aktiviti ini hendakalah dimulakan dengan aktiviti
memanaskan badan yang sempurna dan konklusif. Ini diikuti dengan aktiviti
menyejukkan badan.
Intensiti adalah faktor yang penting di dalam Latihan Pliometrik. Kecergasan dengan
kekuatan daya yang maksima amat perlu untuk mendapat kesan yang optima dari latihan
yang dilakukan. Kadar ulangan regangan otot adalah lebih utama dari magnitud latihan
itu.
Pergerakan dan daya kedua-duanya penting dalam Latihan Pliometrik. Dalam banyak
keadaan, kelajuan gerakan badan dititikberatkan.
Tempoh rehat antara 1 2 minit antara latihan adalah mencukupi bagi sistem
neuromuscular yang tegang untuk pulih sediakala. Jangka masa rehat yang mencukupi di
antara Latihan Pliometrik amatlah penting menjamin pemulihan otot, ligamen, dan
tendon yang secukupnya. Latihan Pliometrik yang dilakukan 2 3 hari dalam satu
minggu adalah mencukupi untuk menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.
Untuk menghasilkan yang terbaik, setiap jurulatih perlu mengetahui jenis dan tempoh
program latihan yang mampu dan berguna untuk dilakukan oleh setiap individu atlet.
Berdasarkan kepada hasil penyelidikan Sinclar dan Contello (1984) serta dengan
pengalaman yang lalu, empat ujian asas telah dikenalpasti boleh membantu menilai daya
kekuatan. Ini adalah seperti berikut:
i. Vertical Jump
Adalah dicadangkan agar ujian ini dijalankan sebelum sesi latihan dijalankan. Ianya
hendaklah diulang setiap tiga minggu sewaktu program berjalan. Jika tiada perubahan, penilaian
hendaklah dibuat terhadap intensiti dan bebanan. Dapatkan maklum balas daripada atlet. Setiap
maklum balas dan pencapaian hendaklah direkod untuk mendapatkan kesan yang positif pada
masa akan datang.
Latihan Pliometrik merupakan satu latihan untuk membina kepantasan dan otot-otot yang kuat.
Dengan itu, secara tidak langsung ia akan melibatkan sistem tenaga yang diperlukan. Sistem
tenaga atau cara tenaga dibekalkan kepada kumpulan otot yang memerlukannya bergantung
kepada jenis dan intensiti kerja yang dilakukan.
Tenaga yang dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan phospnate yang dipanggil
adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine
diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil nutrien yang terdapat dalam
makanan untuk mendapatkan bekalan tenaga dengan serta-merta. Sebaliknya ATP yang
tersimpan di dalam sel-sel otot merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan
tenaga segera. Walaupun ATP merupakan pembekal kepada semua sel, bekalannya terhad dan
perlunya dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan.
Terdapat tiga sistem asas di mana ATP dibekalkan ke sel-sel otot menghasilkan pengucupan dan
pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dipanggil sistem anaerobik dan aerobik
yang memerlukan oksigen.
Seseorang pelompat jauh sebaiknya adalah seorang yang berkebolehan dalam acara lari pecut.
Ini adalah kerana larian landas merupakan satu ciri penentu kepada keberkesanan lompatan.
Mengikut Ralph Lindemann, seorang jurulatih di Universiti Arizona, Tuoson, taktik lompat jauh
dibahagikan kepada lima fasa :
8.5.1. Fasa Lari Landas
b. Jarak larian adalah 30 35 meter, bergantung kepada capacity for acceleration pelari itu.
Ada juga yang menyatakan dalam bentuk langkah iaitu 16 23 langkah. Tetapi
kebanyakan pakar bersetuju bahawa 18 langkah merupakan jarak yang ideal untuk
mencapai maximum controlled velocity tanpa meletihkan pelompat. Sebelum membuat
lonjakan larian adalah on the balls of the feet dengan mengangkat lutut tinggi.
c. Kelajuan mendatar pelari semasa lonjakan adalah satu faktor yang tersendiri yang akan
menentukan jarak lonjatan. Ianya mestilah tetap atau terkawal.
d. Tidak kira apa cara pun menentukan larian, satu tanda (check mark) adalah perlu pada langkah
keempat untuk mengawal ketepatan langkah-langkah di awal larian. Langkah-langkah
terakhir biasanya lebih panjang agar kedudukan badan rendah tetapi meninggikan laluan
acceleration of the body centre of gravity. Langkah terakhir sekali adalah pendek
sedikit kerana langkah ini menggerakkan pelompat meninggikan pusat gravitinya dalam
a heel to toe foot plant.
a. Semasa di langkah-langkah akhir inilah, pelari mencapai kelajuan maksimum yang terkawal,
berlari tegak dengan perawakan yang lurus.
b. Pinggung direndahkan dengan cara mengfleksi lutut sepenuhnya semasa membuat langkah
panjang.
c. Ini dapat merendahkan pusat gravitinya. Sebaliknya langkah terakhir mestilah pendek agar
pusat graviti ditinggikan semula untuk membantu lonjakan.
a. Sudut lonjakan yang sesuai ialah 20 25 darjah, tetapi halaju lebih penting.
b. Dari kedudukan penanaman tapak (the planting of the foot), pelompat menghayunkan lutut
kaki depannya dan ke atas dengan sepantas yang mungkin.
d. Tangan yang bertentangan dengan kaki melonjak adalah lebih kurang 90 darjah dan tinggi.
Manakala tangan di sebelah kaki lonjakan decellerated sebelum lonjakan dan siku
adalah bersudut 90 darjah.
e. Badan tegak, kepala, mata, dada, dan pinggul juga mestilah menghadap ke atas pada masa
lonjakan.
f. Teknik berikut disarankan hasil daripada pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat
oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarangbangsa:
i. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lonjakan.
ii. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah,
dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlu diubah.
iii. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan iaitu dengan kedua-duanya
diangkat ke atas.
b. Tendang kayuh ini boleh dibuat antara satu setengah hingga tiga setengah langkah ke udara.
Kaki bebas menghayun dan sebelah bahagian kaki melurus dan dihayunkan ke
belangkang.
c. Kaki lonjakan bergerak ke depan apabila the leading leg comes back. Ini menghasilkan satu
pergerakan yang cyclic. The leading leg juga akan bergerak ke depan dan bertemu
dengan training leg untuk membentuk double extension.
d. Akhirnya kaki akan berada dalam kedudukan selari dalam persediaannya mendarat. Tangan
perlu diextensikan untuk mendapat atau untuk menambah lagi pergerakan dan
melambatkan pula rotasi ke depan, (the arm and legs rotate opposite of each other).
a. Tangan yang dihayun ke atas dan ke bawah. Kedua-dua kaki rapat dan mendarat dengan
kedua-dua tumit pada masa yang sama. Bahagian atas badan adalah lurus. Tangan depan
tercampak jauh lagi ke depan.
b. Semasa mendarat, lutut bengkok dan punggung dibawa ke depan untuk mengseimbangkan
engsel pergerakan badan pada tumit.
9. ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
Aspek keselamatan amat penting di dalam Latihan Litar. Tujuan latihan ini tidak menghabiskan
litar secepat mungkin atau seberapa banyak aktiviti yang dilakukan. Bagi mengelakkan
kemungkinan berlaku kecederaan, beberapa pertimbangan dari segi keselamatan perlu diambil
kira. Antaranya ialah:
iii. Jauhkan daripada melaksanakan Latihan Litar di bawah pokok yang telah mati atau
reput.
i. Pemeriksaan doktor ke atas pelatih yang terlibat perlu dibuat bagi mengesahkan
kesihatan sebelum menjalani sebarang bentuk latihan terutamanya di kalangan kanak-
kanak sekolah.
ii. Arahan harus diberikan dengan jelas untuk mengelakkan salah laku yang mungkin
akan menyebabkan kecederaan.
iii. Pastikan semua otot harus diberi latihan dan bukannya otot-otot tertentu sahaja. Ini
bagi memastikan kawalan tubuh badan sentiasa seimbang.
iv. Pengawasan yang mencukupi terhadap atlet dan pastikan atlet mempunyai
pengetahuan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
i. Alat-alat yang digunakan haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan
selamat untuk digunakan.
ii. Setiap jenis aktiviti yang akan dijalankan boleh diubahsuai mengikut kemudahan yang
ada dan aktiviti yang khusus bersesuaian dengan sukan yang akan dijalankan.
10. OLAHRAGA
Kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar
sejak bertahun-tahun lagi. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dipandang
tinggi oleh masyarakat dan negara. Kekuatan menjadi sasaran yang dikejar dan diimpikan oleh
setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini telah diperkembangkan dan
diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang dipertandingkan pada hari ini.
Walaupun sudah dipertandingkan sejak zaman sebelum masihi lagi, tetapi sukar untuk
mengetahui dengan jelas dan tepat masa sebenar manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat,
dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno seperti yang
dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah diambil kira, bermakna olahraga sudah mula wujud
sejak 3000 tahun yang lampau. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu
merupakan sukan yang terawal di dunia. Salah satu bukti kukuh menjelaskan kesahihan
kenyataan ini ialah sejarah awal sukan Olimpik Kuno yang dipercayai bermula pada tahun 776
sebelum masihi. Pertandingan ini diadakan empat tahun sekali sehingga tahun 397 sebelum
masihi. Selepas itu, Sukan Olimpik telah dihentikan atas arahan Raja Rom, Theodosius tanpa
menyatakan alasannya. Ianya berlarutan sehingga abad ke-19.
Walaupun tanpa sukan tersebut, mereka mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-
kecilan. Olahraga berjaya ditubuhkan kembali di England oleh Royal Military College menerusi
temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Temasya sukan ini dianggap sebagai yang
pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan pasukan itu
mengembangkan sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama
mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England.
Kelab The New Guild yang ditubuhkan di England merupakan sebuah kelab yang
pertama mengembangkan olahraga. Perkembangan olahraga yang pesat telah berlaku di England
dalam tahun 1860-an. Permainan ini turut diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha
mengembangkan sukan ini diteruskan pada tahun 1876. England telah berjaya mengadakan
kejohanan olahraga berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa yang pertama. Kejohanan
tersebut melibatkan England dan Ireland. Perkembangan seterusnya ke negara-negara Eropah
yang lain selain daripada Kepulauan Inggeris dan beberapa Negara dunia yang lain.
Kemasukan sukan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk
setempat. Dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf
dunia terutamanya para olahragawan Amerika Syarikat. Australia dan New Zealand juga turut
berjaya melahirkan atlet olahraga yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah
dan Amerika Syarikat. Pada waktu itu olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan masih
belum mampu menggugat mereka. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta
dari tiga bahagian dunia itu mampu menandingi dan memberi saingan, tetapi masih belum
mampu menggugat potensi atlet olahraga dari Amerika Syarikat dan Kanada.
Sesetengah pihak berpendapat, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens
dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa) dalam
tahun 1912. Sejak itu program olahraga telah diubahsuai dan dipertimbangkan secara berterusan.
Pada tahun 1926, Malaysia mula menubuhkan persatuan olahraga. Dengan adanya persatuan-
persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari
pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang
dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persatuan Olahraga Amatur
Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan negara itu sendiri.
Lompat jauh mula diperkenalkan di Sukan Olimpik Greek Purba sebagai acara `Broad Jump
yang dilakukan secara statik dan lebih mementingkan gaya. Tiada rekod mengenainya
dicatatkan.
Pada tahun 1886 lompatan menggunakan papan lonjak diperkenalkan. Pemenang pertama ialah
K.W. Ford dengan lompatan sejauh 23 kaki 2 inci. Lima belas tahun kemudian rekod dunia telah
dipecahkan atau dicipta oleh tiga orang berbangsa Irish dan empat orang Amerika.
Dalam tahun 1901, Pat OConnor yang berbangsa Irish telah berjaya melompat sejauh 24 kaki 11
inci. Rekod dunia ini dapat bertahan selama 20 tahun. Dalam tahun 1921, Gaurdun dari
Havard berjaya melompat sejauh 25 kaki 3 inci, diikuti oleh Silviocator dari Haiti dalam tahun
1928 yang mana telah berjaya melompat sejauh 26 kaki 8 inci. Rekodnya kekal selama 25
tahun.
Dalam tahun 1968, Bob Beamon berbangsa Amerika telah berjaya mencipta rekod dunia di
Sukan Olimpik yang diadakan di Mexico dengan lompatan sejauh 29 kaki 2 inci.
Latihan Litar ialah suatu kaedah latihan yang mudah dan berkesan, yang dapat digunakan oleh
kebanyakan jurulatih. Ia sebenarnya mengandungi satu latihan yang dapat kita gayakan mengikut
keperluan sukan tertentu. Latihan litar ini merupakan beberapa urutan aktiviti senaman yang
dipilih dan diatur mengikut suasana tertentu. Semua aktiviti ini dilaksanakan dengan rehat yang
minima di antara aktiviti. Satu kebaikan yang nyata pada latihan litar ialah semua aspek
pelaziman jasmani dapat dijalankan. Latihan litar dapat digunakan untuk pelaziman daya otot
dan daya tahan kardiovaskular, kuasa aerobik, kemampuan anaerobik atau daya laju dan
kelembutan. Oleh kerana latihan litar untuk beberapa komponen kecergasan boleh dijalankan
serentak, latihan litar sesuai bagi satu kumpulan peserta.
d. Biasanya latihan litar tamat setelah menjalani 1 kali pusingan dalam satu set tetapi boleh
juga diteruskan kepusingan kedua setelah atlit itu dalam keadaan sedia.
Latihan litar buat pertama kali telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England dalam
tahun 1953. Ia telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G. T Adamson (1961). Latihan Litar ini
telah diterima dan mendapat yang lebih baik keberkesanannya.
Menurut Sorani (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk
menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan kardiovaskular. Latihan litar
merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu.
Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan pelaku
bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut turutan yang ditetapkan. Peserta
dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan
latihan. Bilangan satu set latian yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan
kemampuan individu.
Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap kecergasan atlet,
umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak dibina.
Mengikut Anthony A. Annarino pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal
(conditioning) di mana prinsip lebihan beban diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam
tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah:
i. Faktor masa
a. Faktor Masa
Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu minit
atau 30 saat dengan mengambil 50 % daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan akan
dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat.
b. Faktor Ulangan
Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti ditetapkan.
Menurut Morgan dan Adamson (1961) telah mengemukakan tiga ciri penting mengenai latihan
litar:
i. Latihan litar adalah bertujuan untuk membina daya tahan otot dan kardiovaskular.
iii. Sekiranya ramai peserta yang hendak melakukan serentak dalam latihan litar, maka bilangan
ulangan aktiviti ditetapkan dan mereka dapat menilai kemajuan dalam perubahan masa
lakuan.
iii. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke masa dengan merujuk kepada beberapa
pembolehubah:
a. Masa pencapaian.
iv. Penyusunan dari stesen ke stesen hendaklah betul supaya tidak berlaku penumpuan bahagian
otot yang sama secara berturutan.
v. Peserta haruslah menghabiskan latihan dalam masa atau ulangan yang ditentukan dan masa
rehatnya satu minit atau 30 saat bagi setiap stesen. Dalam masa rehat ini, pelaku mesti
bergerak ke stesen berikutnya dan bersedia untuk memulakan aktiviti senaman
seterusnya.
i. Objektif latihan; Apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau keperluan
atlet.
v. Menyimpan rekod.
Latihan Litar boleh dilakukan di dalam dewan kerana untuk mengelolakan Latihan Litar ini tidak
memerlukan kawasan yang luas. Ketika melaksanakan Latihan Litar, aktiviti yang dibuat
hendaklah dipelbagaikan.
Kebanyakan Latihan Litar melibatkan 8 hingga 15 aktiviti menggunakan ulangan tertentu dan
bergantung kepada tahap kecergasan fizikal seseorang. Aspek aspek kecergasan yang terlibat
dalam Latihan Litar adalah:
Semasa melakukan Latihan Litar, tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti. Tenaga yang
diperlukan terbentuk dari dua proses iaitu :
a. Sistem ATP-PC
Dalam sistem penghasilan tenaga ini, penghasilan ATP dari sistem ini tidak memerlukan oksigen.
Phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang dinistisiskan kembali ADP dan ATP yang menyebabkan
sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga kepada otot dalam masa yang singkat.
ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Ia juga adalah
sistem anareobik kerana ia:
i. Tidak memerlukan oksigen dan pembakaran yang berlaku tidak lengkap.
Sistem tenaga ini hanya memberikan sumber tenaga hanya di mana di antara dua hingga
tiga minit (selepas ATP-PC).
Dalam Latihan Litar, setiap aktiviti dilakukan dalam jangka masa yang pendek (30 saat)
dengan sistem anaerobik digunakan iaitu ATP PC dan Asid Laktik. Ini disebabkan tenaga dapat
diadakan dengan segera. Oksigen pula tidak berapa digunakan kerana masa setiap aktiviti adalah
pendek.Tenaga anaerobik merupakan keupayaan melakukan gerak kerja atau latihan yang
berintensiti tinggi dalam jangka masa yang singkat.
Perubahan-perubahan fisiologi yang berlaku akibat daripada peningkatan kekuatan otot adalah
seperti berikut:
ii. Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi.
iii. Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi, umur, tahap, kemampuan, dan
kebolehan.
iv. Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku.
viii. Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan.
Antara kelemahan Latihan Litar ialah bagi peserta yang kurang berdisiplin atau lemah akan
mengambil kesempatan untuk melakukan latihan secara kurang jujur. Keadaan ini mudah
dilakukan kerana pada kebanyakan masa para peserta sibuk menjalankan aktiviti masing-masing.
Di samping itu, Latihan Litar juga hanya dirancang untuk mencapai kecergasan fizikal
keseluruhannya dan bukan sebagai suatu latihan jenis prestasi tertentu. Oleh keran Latihan Litar
merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghabiskan aktiviti dalam masa yang singkat
atau dengan cepat, kadangkala jika peserta kurang cergas, dia akan cuba mamaksa dirinya dan ini
akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta terbabit.
Menurut Benjamin Ricci (1989), tambahan bebanan boleh dibuat dengan tiga cara iaitu :
iii. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal, mencari dosej latihan dan masa
sasaran.
11.17 Peraturan Semasa Pelaksanaan Latihan Litar.
Berikut adalah dinyatakan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa melaksanakan Latihan
Litar.
ii. Peserta dalam keadaan berpasangan, bersedia dan setiap pasangan bermula dari stesen yang
berlainan.
iii. Bagi setiap aktiviti, cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dari stesen
taklimat atau penerangan.
iv. Peserta melakukan Latihan Litar untuk setiap stesen secara pusingan jam.
v. Aktiviti yang dibuat bukanlah pertandingan, namun ianya untuk meningkatkan kecergasan.
vi. Kadar denyutan nadi hendaklah diambil selepas aktiviti untuk setiap stesen.
vii. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor dalam tempoh
ulangan yang ditentukan.
viii. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej bagi setiap
aktiviti iaitu 50 % daripada keupayaan minimum. Contohnya dalam tempoh 30 saat,
peserta A dapat melakukan bangun tubi sebanyak 30 kali. Oleh itu dosej latihannya
bagi 50 % ialah 15 kali.
ix. Setelah memperolehi dosej latihan, peserta hendaklah melakukan litarnya sebanyak tiga
pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya.
x. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi, peserta akan dapat menetapkan masa sasaran iaitu
2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar.
xi. Mencari dosej maksimum yang baru menurut Benjamin Rocci (1989) tambahan beban boleh
dibuat dengan tiga cara iaitu :
c. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal, mencari dosej latihan dan
masa sasaran.
xii. Selepas tamat latihan, peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan
kardiovaskular.
LATIHAN LITAR
(Kumpulan A & B)
Berikut adalah contoh senaman dan kesannya terhadap otot-otot yang terlibat.
KESAN
Mewujudkan
1 Skipping koordinasi Gastrocnemius Ketangkasan
ketangkasan
Kekuatan
Triseps, Anterior
Kekuatan tangan tangan dan bahu
4 Tekan Tubi Deltoid,
dan bahu untuk hayunan
Pectoralis Major
larian
Membina
Daya tahan Gastrocnemius,
Naik Turun kekuatan
7 kardiovaskular dan Hamstrings,
Bangku lonjakan dalam
daya tahan otot Quardiceps
larian
STESEN 1 : SKIPPING
Aktiviti:
Gastrocnemius
Pelaku baring terlentang di atas lantai, lutut bengkok 90 darjah dan tangan diletak di dada.
Selepas setiap pergerakan, pelaku hendaklah balik kepada keadaan asal iaitu baring terlentang
sebelum bangun semula.
Abdominis
Iliopsoas
Aktiviti:
Gastrocnemus
Vastus lateralis
Soleus
Ulangkan pergerakan ini dalam masa 30 saat. Turun naik dikira 1 ulangan.
Triceps
Anterior deltoid
Pectoralis major
Aktiviti:
Tangan haruslah berada di sisi badan dan bahu melunjur ke hadapan di atas lutut.
Gastrocnemius
Guardricep
Hamstring
Gluteals
Aktiviti:
Baring pada kedudukan telentang dengan bahagian hadapan badan mangadap ke langit, kedua-
dua kaki dirapatkan.
Angkat kedua-dua belah kaki dan bahagian badan sehingga ketinggian 90 darjah.
Abdomen
Hamstring
Quadricep
Aktiviti:
Pelaku berdiri tegak dalam keadaan bersedia dengan kedua belah kaki tidak menyentuh
bangku.
Apabila wisel dibunyikan, pelaku boleh memilih kaki dominan untuk memulakan aktiviti.
Ulangi pergerakan dalam masa 30 saat dan berhenti apabila isyarat tamat diberikan.
Gastrocnemius
Quadriceps
Hamstring
Aktiviti:
Apabila wisel dibunyikan, pelaku akan berlari dalam jarak 10 meter dari A ke B dan dari B ke
A.
Gastrocnemius
Hamstring
Quadriceps
Hari Pertama
Nama : Kumpulan : ..
1. SKIPPING 30 15
2. BANGUN TUBI 18 9
3. LOMPAT KANGGARU 30 15
4. TEKAN TUBI 14 7
6. ANGKAT KAKI 16 8
8. LARI ULANG-ALIK 20 10
Hari Kedua
Nama : Kumpulan :
1. SKIPPING 15
2. BANGUN TUBI 9
3. LOMPAT KANGGARU 15
4. TEKAN TUBI 7
6. ANGKAT KAKI 8
8. LARI ULANG-ALIK 10
Pusingan Litar : 3
13. KESIMPULAN
Apabila dibincangkan mengenai tujuan, kebaikan, dan kesesuaian terhadap fizikal seseorang atau
sekumpulan peserta, Latihan Litar boleh diubahsuai untuk memberi kecergasan fizikal atau
latihan kekuatan dengan menggunakan kemudahan alatan yang sesuai.
Dengan adanya perancangan dan pemilihan aktiviti yang sesuai, Latihan Litar akan dapat
memberikan kesan yang sangat baik kepada peserta. Kekuatan, kemahiran, motivasi, dan
semangat kesukanan akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain itu, sikap
kerjasama, jujur, dan toleransi akan dapat ditanam di kalangan peserta ketika melakukan aktiviti
ini.
Keseimbangan dalam melakukan aktiviti tersebut amat penting bagi setiap atlet kerana latihan ini
dapat melahirkan individu atau atlet yang berakhlak mulia, berpengetahuan, bertanggungjawab,
serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
BIBLIOGRAFI
B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan
Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.
Fauzee H.A. 1989. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala
Lumpur. Terbit Sri Maju Sdn. Bhd.
Fox E.L & Mathews D.K. 1981. The Physiological Basics of Physical Education and Athletcs
USA. Saunders College Publishing.
Oshea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed.
London. Addison-Wesley Publishing Co. Inc.
Rax Hazeldine. 1992. Fitness for Sport Marlborough. The Crowood Press Ltd.
Trevor Slack. 2000. USA Track & Field Coaching Manual. Human Kinetik: Australia.
Tudor O. Bompa. 1994. Theory and Methodlogy of Training. Canada. Kendall & Hunt
Publishing Company.