Anda di halaman 1dari 6

Psikologi Sukan

PSIKOLOGI SUKAN

PENGENALAN

Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik
serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu
bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi
komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan
atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan
juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang
dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta
membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai
yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering
hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan
pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut.
Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang
mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta
penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh
sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung
mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang
ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi
sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi
Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian
saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini
membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk
perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta
melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :

- Menyatakan sesuatu tingkah laku

- Menerangkan tingkah laku tersebut

- Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Kondisi seseorang atlet diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai
untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat
untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai
yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.
SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN

Untuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarah perkembangan
bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub (1993), bidang psikologi sukan mula
muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan
bidang ini dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang
psikologi sukan merupakan bidang yang masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan apabila
ditanya tentang sejarah psikologi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan
konsep sukan dan pertandingan itu sendiri.

Kenyataan McGowan itu merujuk kepada atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan olympik di
Greece. Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain
bagi menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada penghujung abad ke-19,
barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat perhatian para pengkaji. Kajian
pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh Norman Triplett pada tahun 1898 (Davis,
Huss dan Backer, 1995). Dalam kajian tesis sarjana beliau, Triplett mendapati bahawa masa yang
dicatatkan oleh pelumba basikal yang berlumba secara individu adalah lebih perlahan daripada masa
yang dicatatkan oleh pelumba yang bersaing dengan pelumba yang lain. Ini adalah kesan dari segi
fasilitasi sosial.

Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang sama dalam
makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuh basikal selaju yang boleh
secara bersendirianserta beramai-ramai. Hasilnya sama dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba
basikal. Beliau merumuskan bahawa pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang
lainmencatatkan masa yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan
kesan dari fasilitasi sosial.

Peringkat kedua dapat dilihat dalam sejarah perkembangan bidang psikologi sukan ini adalah
pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1925
oleh Coleman Robert Griffith. Griffith sangat berminat mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak
1910, sehingga beliau diberikan gelaran sebagai Bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox, 1998).
Kajian yang dilaksanakan oleh Griffith tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu motor, prestasi serta
personality. Hasil kajian serta idea yang popular tentang psikologi sukan banyak terdapat dalam dua
karya utama beliau iaitu The Psycholoogy of Coaching dan The Psychology of Athletics. Penutupan
makmal Griffith pada tahun 1932 membantutkan perkembangan psikologi sukan sehingga tahun 1950-an.
Mulai dekad tersebut, psikologi sukan mula membebaskan diri dari induknya iaitu bidang pembelajaran
motor serta bergerak kearah menjadi satu bidang pengkhususan yang tersendiri (Landers, 1995)

Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) telah memperlihatkan
kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International society of Sport Psychology) yang
mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi sukan yang lain. Pada tahun
1967 juga lahirnya Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji
psikologi sukan. Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan pada tahun
1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli
psikologi sukan klinikal). Bidang psikologi sukan juga diperkenalkan di negara kita apabila ia mula
didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra
Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia) pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan
Negara (MSN) Juga adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan telah
menbantu mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan Unit Psikologi Sukan
serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami bidang ini untuk membantu persiapan
atlet negara supaya menladi pemangkin kepada perkembangan bidang ini di Malaysia.

TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983 yang
mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut
USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan (applied sport
psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer,
1984). Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan
klinikal dan pendidik psikologi sukan.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal. Mereka ini adalah
golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana berkelayakan menjadi seorang pakar
psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang
menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah
gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam
jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar sebagai
ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan
bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat latihan dalam
bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas
psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej
yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat
rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya
tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai
konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebih kepada jurulatih mental iaitu
membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan
potensi diri masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat
sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap
perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan

Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan kemerosotan
sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan. Oleh itu, tugas
seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi memastikan bidang ini mampu berdiri dengan
sendirinya serta mendapat perhatian yang wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan
sumbangan kepada mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan ahli psikologi sukan
gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-duanya saling
bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan doktor
falsafah diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi,
konsentrasi, keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan psikologi sukan. Penyelidikan ini juga
mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan
sukan dan latihan. Selain itu, mereka perlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil kajian serta
mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam konferens profesional.

ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN

Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun jurulatih mental ini semakin
popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet
ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan
kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan
serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan membantu kita
mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta
jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orang telah
memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi sukan telah menunjukkan
keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia
mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan
sukan (Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik
psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang
membanggakan.

Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan satu
kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli
psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang
memerlukan kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan
akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti
kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri
anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak
mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi
sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori serta teknik
psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989).
Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini
dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan
kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada
atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998).
Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh
melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi
sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling,
psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi
seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk
melaksanakan tugas tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan
tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi
Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of Sport and
Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann,
1977) :

1. Bertanggungjawab Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta
saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan
tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.

2. Berkelayakan Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan

yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.

3. Mematuhi moral dan etika Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri

dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral

yang ditetapkan.

4. Kenyataan umum Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas

serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.

5. Kerahsiaan Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan
oleh klien atau subjek kajian mereka.

6. Kebajikan klien Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti

klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.

7. Hubungan profesional Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap

keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan

dengan sukan.

8. Teknik penilaian Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta

menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran,

kebajikan klien perlu diutamakan.

9. Kajian yang milibatkan manusia Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang
terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis panduan
yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional
terbabit.

KESIMPULAN

Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukan ini
seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana melibatkan
strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi serta
teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara
ini penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih
baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan
memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum. Disamping itu, beberapa
perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah
latar belakang pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah
beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal,
pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan
adalah etika-etika dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat
dalam profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan
mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif kearah usaha
meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

Anda mungkin juga menyukai