Anda di halaman 1dari 12

KESUSASTERAAN KANAK-KANAK

DEFINISI SASTERA KANAK-KANAK

Perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu, seperti


sastera untuk kanak-kanak dalam masyarakat lain, dapat dikesan daripada tradisi sastera
lisan. Sastera lisan atau lebih dikenali sebagai sastera rakyat walaupun ditujukan khusus
untuk golongan dewasa, telah tersebar luas dan turut diminati oleh kanak kanak.
Perkembangan kesusasteraan kanak-kanak dianggap selaras dengan proses tumbesaran
kanak-kanak kerana terdapatnya hubungan yang mesra dan sebati antara sastera dengan
kanak-kanak.
Puisi kanak-kanak, terutamanya yang didendangkan dalam bentuk nyanyian atau
irama kanak-kanak amat kurang diwarisi, dikenali dan dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika
mereka bermain. Mereka tidak lagi didodoikan dengan irama atau puisi tersebut oleh ibu bapa
atau pengasuh. Masa dan perubahan corak hidup masyarakat telah mengikis tradisi sastera
lisan dalam masyarakat dan menukarkan bentuk dan sifat hubungan antara sastera dengan
kanak-kanak. Hari in tempat sastera lisan telah diambil alih oleh sastera tulisan.

KONSEP BERCERITA

Apabila cerita dapat disampaikan dengan baik, murid-murid dapat mempelajari


sesuatu dalam keadaan yang menyeronokkan dan pelajaran yang diajar akan lebih kekal
dalam ingatan. Penggunaan teknik bercerita dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di kelas prasekolah. Cara penyampaian cerita adalah melalui lisan, pita
rakaman, menonton video ataupun CD dan menggunakan boneka.
Bercerita dikenal pasti sebagai suatu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan
idea dan boleh mengakibatkan perubahan dalam pembelajaran dan terbukti akan
keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinafikan. Bercerita
dikatakan salah satu kaedah yang sesuai untuk mengajarkan nilai, dapat meningkatkan
pembelajaran dalam kalangan guru-guru serta membantu kanak-kanak meningkatkan
kemahiran menulis mereka. Malah bercerita mampu dilaksanakan dengan atau tanpa bahan
bantu mengajar serta teknik ini juga menjimatkan masa.

1
Cerita juga dapat memberikan sumbangan ke arah kejayaan akademik dan
kesejahteraan emosi kanak-kanak. Selain itu, bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih
kemahiran mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana
sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi
perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita.
Sebagai contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, guru boleh memberi
perhatian yang lebih sewaktu menyebut harimau meNGAUM bagi memberi kesungguhan
bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru
tidak perlu untuk membunyikan ngauman itu, cukup kalau memberi penekanan dalam
sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jika guru tidak dapat mengaum dengan suara yang
kuat dan dalam. Suasana bercerita dan mendengar cerita ini dapat mewujudkan keseronokan
kepada kanak-kanak di samping mereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik.
Jika pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesi
melatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul. Contohnya: Ada seekor itik
cantik ingin memetik buah betik. Itik yang cantik tidak dapat memetik buah betik. Pokok
betik sangat tinggi. Itik cantik tidak putus asa. Buah betik itu mesti dipetik. Itik cantik
bercadang meminta tolong. Seboleh-bolehnya guru perlu berusaha untuk memperkenalkan
beberapa perkataan baru setiap kali bercerita kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-
kanak akan mudah belajar makna kata apabila digunakan dalam konteks yang sesuai. Banyak
perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dengan menggunakan dalam cerita,
kanak-kanak dapat menyesuaikan kegunaan kata dengan konteks yang sesuai. Walau
bagaimanapun, guru perlu elakkan memperkenalkan terlalu banyak perkataan dalam satu-satu
masa kerana ianya mungkin akan mengelirukan kanak-kanak. Sekiranya ada perkataan baru
yang telah diperkenalkan, guru bolehlah membuat sedikit persediaan dengan menuliskannya
pada kertas imbasan dan dilekatkan di papan flannel atau dinding kelas supaya mudah
diingat oleh kanak-kanak. Daya imaginasi sewaktu bercerita dapat merangsang penggunaan
bahasa yang baik. Kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang diminati dan bercerita sangat
menarik perhatian mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai minat yang berbeza terhadap
cerita.
Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan seperti taat
kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik, berkongsi kemudahan dalam kelas atau di
rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativiti guru. Namun perlu diingat iaitu
elakkan memberi penekanan yang terlalu berat terhadap pemupukan nilai sehinggakan sesi
bercerita bertukar menjadi sesi ceramah. Keadaan ini tidak dapat meninggalkan impak yang

2
positif terhadap pelajar. Sekiranya keadaan ini berlaku, pelajar akan berasa bosan dan enggan
memberi kerjasama pada masa-masa akan datang. Misalnya terdapat watak tertentu dalam
cerita yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar, guru bolehlah mengaitkannya dengan
mengambil pelajar-pelajarnya sebagai contoh. Misalnya, Tengok, apa yang jadi kalau tidak
mendengar nasihat ibu atau Piko sakit gigi sebab tidak memberusnya sebelum tidur. Guru
boleh menyambung Siapa nak jadi seperti Piko? atau Siapa tak suka dengar cakap ibu?.
Seterusnya mungkin dia boleh berkata Cikgu tahu Amar suka dengar cakap ibu kan? atau
Semua pelajar cikgu ni suka dengar cakap ibu, kan?. Secara tidak langsung kanak-kanak itu
akan terasa dihargai kerana dilibatkan dalam penceritaan. Perkara ini dapat menaikkan imej
kendiri mereka.
Bercerita merupakan aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam mana-mana
pelajaran bagi menghidupkan sesuatu pengajaran. Bercerita dapat meningkatkan kefahaman
kanak-kanak terhadap pelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak melahirkan idea atau
pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai suatu pengalamanyang menyeronokkan.
Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan. Sebelum bercerita, guru perlu
menyediakan diri selengkapnya. Misalnya memilih cerita yang sesuai, menentukan focus
cerita, memikirkan soalan-soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu
difokuskan dan mencatat rangka cerita sebagai panduan. Selain itu, guru perlu berlatih
bercerita sebelum bercerita kepada kanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau
mencatat butir-butir penting atas kad-kad kecil sebagai rujukan dan menentukan alat atau
bahan yang akan digunakan semasa bercerita.

TEKNIK KETIKA BERCERITA

Sebelum bercerita kepada kanak-kanak, guru perlu menguasai dahulu sesuatu cerita
itu. Ini kerana apa yang ingin disampaikan diterima oleh kanak-kanak. Cerita pula perlulah
yamg sesuai daripada segi minat, kebolehan, umur dan pengalaman. Guru-guru juga
hendaklah memulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi agar kanak-kanak
bertambah minat untuk lebih mendengar
Teknik bercerita biasa digunakan oleh guru-guru sewaktu menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada kanak-kanak. Mereka akan memberikan lebih tumpuan dan perhatian
apabila suasana yang dapat diwujudkan lebih menyeronokkan dan berkesan. Bermain juga
adalah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan aktiviti.

3
Kanak-kanak akan lebih memahami dengan kaedah permainan. Teknik-teknik ini seperti
menggunakan puppet yang diperbuat daripada kain, senduk kayu, papan Flanel dan lain-lain
lagi.
Guru-guru juga boleh mencipta sesuatu cerita sambil bermain dengan puppet. Intonasi
suara juga penting. Contohnya guru-guru membuat suara yang berlainan mengikut watak
didalam sesebuah cerita seperti suara marah, garang, suara lembut dan sebagainya. Begitu
juga dengan mimik muka yang penting seperti muka garang, menangis dan sebagainya. Ini
menambahkan lagi minat kanak-kanak untuk mendengar cerita serta memahami apa yang
ingin disampaikan oleh guru-guru. Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah
sesi bercerita. Sekiranya suara yang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi
yang mendatar, pelajar akan jemu dan gagal guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius
jika guru berterusan tiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak
berminat mengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga
boleh bertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.
Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsep
kesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapi akan
memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadangkadang buku
cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Benar
atau salah cerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baik
sehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah berjaya. Sekiranya
perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesi bercerita. Tujuannya
supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambar binatang, pemandangan, atau
apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikan sesi bercerita lebih menarik minat.
Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepada penceritaan yang menarik. Tema cerita
yang dipilih untuk kanak-kanak juga penting. Ianya bergantung kepada tujuan guru
menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingin disampaikan kepada kanak-
kanak. Kadang kala terdapat buku-buku cerita yang mengandungi makna yang berlapis, iaitu
yang tersirat. Terdapat pelbagai jenis buku-buku cerita kanak kanak. Jenis-jenis itu ialah :-
1. Kisah binatang
2. Cerita Pari-pari, mitos atau legenda
3. Misteri dan pengembaraan
4. Cerita hantu dan seram
5. Kisah persekolahan
6. Kisah fantasi
7. Fiksyen Sains
8. Novel sejarah

4
9. Cerita jenaka
Melalui cerita, guru dapat menyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan
meneguhkannya selepas cerita selesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan
kanak-kanak. Buku-buku yang mengandungi pengenalan konsep-konsep mudah seperti saiz,
bentuk, dan warna bolehlah diperkenalkan. Namun, sebelum membaca sesebuah buku kepada
kanak-kanak, guru-guru atau sesiapa sahaja perlu membacanya terlebih dahulu. Pastikan
cerita atau idea yang ingin disampaikan melalui buku tersebut dapat menyentuh hati kanak-
kanak. Untuk membantu memilih buku yang sesuai dan menjadikan sesi membaca cerita atau
bercerita itu efektif, guru perlulah mempunyai panduan-panduan tertentu seperti pilihlah
buku-buku yang dapat menggambarkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh kanak
kanak tersebut. Misalnya dalam usia enam tahun, biasanya apakah perkara yang sering
bermain di fikiran kanak-kanak. Kemungkinan isi cerita yang berkaitan dengan permainan,
binatang, dan seumpamanya adalah menarik minat mereka. Buku cerita yang dipilih juga
sebaik-baiknya dapat menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak. Misalnya mengandungi
lagu atau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan bersama-sama. Walaupun tujuan utama
mendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu diingat bahawa kanak-kanak juga perlu belajar
sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan unsur-unsur kognitif
dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai dan pengajaran yang ingin
diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita yang dipilih perlu mengandungi
unsur-unsur penyelesaian masalah.
Guru-guru boleh menggunakan anak patung kerana anak patung juga adalah alat
berkomunikasi dengan rakan-rakan dan ia dapat dijadikan bahan meluahkan perasaan
mereka. Dengan anak patung juga kanak-kanak berkomunikasi kerana secara tidak langsung
timbul keyakinan diri dan menghindari sifat malu pada diri mereka.

KONSEP PUISI

Puisi merujuk kepada susunan ataupun aturan ayat yang menyampaikan maksud
dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri
secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi atau lirik. Terdapat
pendapat bahawa kesenian adalah apa yang membezakan manusia berbanding haiwan. Puisi
juga adalah bentuk karangan yang terkikat oleh rima, ritma, ataupun jumlah baris serta
ditandai oleh bahasa yang padat. Puisi terdiri daripada pantun, syair, gurindam, seloka dan

5
lain-lain lagi. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat,
berkait dan seterusnya. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Puisi mampu membawa
tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan
sebagainya serta membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dengan
jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus. Puisi mudah dicipta secara
spontan.

CIRI-CIRI PUISI

PANTUN

Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan kanak-kanak. pantun
adalah puisi yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
Puisi melayu yang paling tua iaitu yang pertama dicipta dikalangan masyarakat
melayu. Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada
dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama
dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun
lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya
pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu


bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang
bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud,
dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat
maksud dan demikianlah seterusnya. Contoh pantun:-

Orang buta pergi ke kebun


Makan longan dibekal cucur
Janganlah kita bermain mercun
Kelak badan pasti hancur

SYAIR

6
Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Syair ialah puisi melayu lama yang
berangkap dan setiap rangkap mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa
makna isi dan maksud tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3
rangkap. Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna
isi yang berhubung dengan kias, sindiran, nasihat, pengajaran, agama, dan juga
berasaskan sejarah ataupun dongeng. Syair tidak mempunyai pembayang seperti
pantun tetapi hanya mempunyai maksud. Setiap baris dalam syair mempunyai makna
yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan
suatu kisah. Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan
juga syair keagamaan. Syair mempunyai rima akhir yang sama seperti a/a/a/a. Contoh
syair:-

".segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang
seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang
bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang
seperti orang bergurindam "

GURINDAM

Merupakan puisi bebas atau tidak terikat. Mempunyai 2 hingga ke 12 baris


serangkap. Baris pertama merupakan syarat manakala baris ke dua sebagai jawapan.
Rima akhirnya tidak tetap seperti syair. Contoh gurindam:-

Dunia ini taman pergaulan,


Harus dipilih sahabat kenalan.

Jangan gemar membuat dusta,


Kelak dirimu mendapat nesta.

Jika ilmu tiada sempurna,


Tiada berapa ia berguna.

Jika kena penyakit kikir,


Sanak saudara lari menyingkir.

7
Jika kita bersifat dermawan,
Sekalian orang dapat ditawan

Barang siapa mungkir janji,


Namanya tentu menjadi keji.

Barang siapa berbuat khianat,


Tuhan kelak memberi laknat.

Barang siapa berbuat fitnah,


Ibarat dirinya menentang panah.

Barang siapa berbuat jasa,


Mulia namanya sepanjang masa.

SELOKA

Merupakan puisi bebas ataupun tidak terikat. Tidak tetap rangkapnya. Rima
akhirnya juga tidak tetap seperti gurindam. Satu ciri penting bagi seloka adalah ia
mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik
tingkah-laku dan sifat negatif. Contoh seloka:-

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin

8
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

KONSEP NYANYIAN

Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka
melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling
melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini, keyakinan diri mereka akan
terbentuk. Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.
Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu,
lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang. Lagu yang tidak
bermakna juga boleh digunakan.
Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang
bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti
kanak-kanak yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan
bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian
memerlukan daya kreativiti dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Asas muzik atau
dipanggil irama memang sedia terdapat dalam kehidupan serta pergerakan harian.
Kebanyakan golongan yang cenderung kearah nyanyian adalah kanak-kanak prasekolah.ini
kerana keadaan ini menjadikan mereka berasa senang dan meluahkan perasaan secara
spontan dalam melahirkan eksperesi diri. Penglibatan dalam nyanyian ini berupaya
menggalakkan perkembangan motor kanak-kanak, kognitif, afektif dan psikomotor.
Aktiviti menyanyi, bergerak secara kumpulan dan bermain alat muzik memberi
kesempatan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai
murni. Selain itu dengan aktiviti menyanyi juga, kanak-kanak dapat mempelajari nilai
kerjasama dalam kumpulan, sikap positif dan ingin mencuba. Kanak-kanak prasekolah amat
menyukai nyanyian. Ini kerana mereka berasa seronok menyanyi bersama-sama atau
berseorangan. Suara adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat
menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian. Lagu kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti tema haiwan, tumbuhan, konsep masa,
nombor dan sebagainya.

PANDUAN MEMILIH DAN MENGAJAR LAGU KANAK-KANAK

9
Pemilihan lagu yang mengandungi banyak ulangan lirik serta melodi amat sesuai oleh
kerana ianya mudah untuk dipelajari. Kaitkan lagu dengan pergerakan, drama atau mainan
yang sesuai kerana ia menambahkan minat kanak-kanak terhadap lagu itu. Nyanyian untuk
tahap prasekolah tidak memerlukan symbol not muzik. Kanak-kanak belajar lagu dengan cara
mengikuti nyanyian guru. Lagu itu sentiasa diulangi supaya kanak-kanak dapat menghafal
lagu itu dengan mudah. Ciri-ciri lagu yang sesuai dengan kanak-kanak ialah seperti lirik yang
sederhana iaitu tidak terlalu pendek ataupun panjang dan mengandungi perkataan berulangan
ataupun lirik berulangan.
Lagu kanak-kanak yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang
pendek serta mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Guru-guru perlu
bersedia dengan lagu dan lirik sebelum mengajarkan pada kanak-kanak. Aktiviti nyanyian
boleh disertakan dengan aktiviti lain seperti nyanyian dengan berdrama, pergerakan badan
dan sebagainya. Permainan jari juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang kecil kerana
pergerakan ini tidak membebankan dan hanya tertumpu pada paras matanya. Pergerakan ini
amat disukai oleh kanak-kanak dan ia boleh diiringi dengan nyanyian. Contoh-contoh lagu
yang menggunakan pergerakan tangan ialah seperti Labah-labah Laili, satu jari, mana ibu jari,
dan sebagainya.secara tidak langsung pergerakan ini melatih tangan kanak-kanak.
Nyanyian dengan beraksi pula adalah aktiviti nyanyian yang diikuti dengan
pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan. Lagu dan pergerakan kreatif juga
penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi
kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan
maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si
Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat.
Aksi ini membantu menyenangkan kanak-kanak mengingati lirik lagu. Contoh lagu beraksi
adalah seperti:-

Mari kita menari


Bunyikan tanganmu
Kanan dulu
Kenudian kiri
Marilah kita pusing.

Angguk-anggukkan kepala

10
Petik jari-jarimu
Kanak dulu
Kemudian kiri
Marilah kita pusing.

KESIMPULAN

Kanak-kanak adalah bakal pemimpin masa depan. Dalam membentuk keperibadian


kanak kanak mulia dan bermoral, sastera kanak-kanak memainkan peranan yang tidak kurang
pentingnya. Maka karya sastera kanak-kanak yang dihasilkan di Malaysia perlulah menitik
beratkan aspek mutu dengan mengambil kira permintaan dan kehendak kanak-kanak
tempatan dari segi pendidikan. Selain itu, ibubapa dan guru-guru turut memainkan peranan
yang penting untuk memupuk minat membaca kepada kanak-kanak menerusi aktiviti bacaan
yang bersesuaian dan menarik. Hal ini penting bagi menjamin kecemerlangan masa depan
kanak-kanak. Tanggungjawab pendidikan ini bukan hanya ditanggung oleh ibu bapa dan
sekolah sahaja, malahan masyarakat turut memainkan peranan penting. Jikalau semua pihak
memainkan peranan masing-masing sebaik-baiknya, sudah tentu generasi akan datang adalah
generasi yang bukan sahaja minat membaca, tetapi juga generasi yang mempunyai
keperibadian yang mulia dan berbudi pekerti.

BIBLIOGRAFI

11
http://psasir.upm.edu.my/5685/1/FPP_2009_2.pdf: Keberkesanannya teknik bercerita dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Melalui


Kesusasteraan Kanak-kanak. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Md. Sidin Ahmad Ishak (2005) Cerdik Publication Sdn. Bhd. Perkembangan Sastera
Kanak-Kanak Malaysia

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi

http://www.scribd.com/doc/19174256/PUISI

http://wadahwanita.blogspot.com/2005/03/lagu-kanak-kanak-klasik-asas.html

12

Anda mungkin juga menyukai