Anda di halaman 1dari 24

Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya


pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41
Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi
Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil
kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang,
Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad
(Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO
untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap
meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan
Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus
membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union.
Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.
Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan
Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan
Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta
dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan
negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya
berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak
demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat
kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh
kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya
menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu


dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan
bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan
Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-
pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka
jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua
golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak


sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa
bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga
sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi
perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini
adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang


rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu
berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang
sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit
menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan
orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai
pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang
Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan
ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih
maju.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang


kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat
Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang
meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan
sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk
menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk
asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada
hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.

Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk
merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat
awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu
kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain
yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi
mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-
MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini
membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan
UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama
yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra,
kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak
penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh
merdeka

UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri
Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 4 Mac 1946.

Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah
menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula Semenanjung Tanah Melayu,
dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri
Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya
menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa
pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu
bersama Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau
Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.

Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di


Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke
Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah
penubuhan Malayan Union. Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Ketetapan yang telah dipersetujui di Kongres tersebut adalah:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

2. Membantah Penubuhan Malayan Union


3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau


Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan
Perlembagaan itu telah diterima oleh perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru
pada 11 Mei 1946 dan pada tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan
rasminya.

Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union.


Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu
menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan
Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor
Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan
kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.

Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah
pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan
Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini
berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang
mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi
Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.

Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu
oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua
UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member)
Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah
menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and
Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang
Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula
adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.
Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan
pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian
menyebabkan Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi
menghadapi ancaman komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang
Melayu lelaki dan perempuan supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis
khas dan pengawal kampong.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan


pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan
Perundangan dan seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.

Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan


Persatuan Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu
Majlis Munisipal Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa
kejayaan cermerlang dan dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres
India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance)
telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955
yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi
Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra
telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang
dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya
1955, UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan
demi rundingan telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang
diketuai oleh Yang DiPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja
Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai
bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat
mulai pada 31 Ogos 1957.

Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya
dengan merangkumi, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan
konsep ini diterima baik oleh hampir semua pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold
Commission) dan penyiasat dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan
positif dan setelah diadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat, maka
Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963. Singapura keluar dari
Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik pada 9 Ogos
1965.

Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam
Kerajaan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus
bergerak untuk mengisi makna kemerdekaan.

Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya


Rancangan Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan bagi tiap-
tiap lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-60) hinggalah
Rancangan Malaysia Ke-7 bagi 1996-2000.

Tujuan utama Rancangan pembangunan negara adalah, di antara lain,


meningkatkan taraf politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan
rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam atau luar negari, memperkembangkan
ekonomi negara dan menyediakan prasarana yang berkesan.

Pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Perundangan


Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat pada tahun
1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Pilihanraya juga diadakan bagi memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.

Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang
setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju
pemerintahan berturut-turut semenjak 195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan
Nasional telah menang dengan cermerlang setiap kali diadakan pilihanraya
Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-turut semenjak
1955. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keazaman pimpinan dan anggota UMNO
dan sokongan rakyat jelata umumnya terhadap dasar dan program yang disediakan
oleh UMNO dan rakan-rakannya.

Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin


mereka di peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi dan persidangan
perhimpunan agong juga diadakan tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli
mengetahui perjalanan parti, menentukan dasar-dasar dan mengesan
pembangunan negara.

Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak
penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas
ekonomi negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina.

Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta
merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi
yang subur dan hasil bumi yang berharga.

Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di
mana 89 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua
komoditi ini. Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua
tahun kemudian meningkat kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.

Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat
kepada penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata
pertubuhan ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih
dasar ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai
program pembangunan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan dengan


Rancangan Tanah Melayu Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua
(1961-65) dan kemudiannya diteruskan oleh Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1-
1966-70) RMK 2 (1971-75) dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei 1996.

Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan melaksanakan Rancangan


Pembangunan Luar Bandar dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan air,
sekolah-sekolah, klinik, masjid dan berbagai kemudahan lagi.

Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi sejak zaman penjajah ialah di
tahun-tahun awal kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan mengikut
kaum iaitu orang-orang Melayu menjadi petani, orang-orang Cina menguasai
perdagangan dan perindustrian serta perlombongan manakala orang-orang India
menjadi buruh di lading-ladang getah.

Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan ekonomi Negara


menimbulkan kebimbangan di kalangan orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli
UMNO. Oleh itu merekamenganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama
pada 1965 dan Kongres Ekonomi Bumiputra kedua tiga tahun kemudian.
Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap masa depan mereka mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru
(DBE) yang dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting. Di bawah DEB,
masyarakat Malaysia disusunsemula supaya 30 peratus kekayaan Negara berada di
tangan orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang asing dan 40 peratus di
tangan kaum Cina.
Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk Seri Dr Mahathir, Malaysia mula
memberi perhatian khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi dengan
memberi penekanan kepada sector perindustrian dan perdagangan

Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia bagi mengatasi


masalah birokrasi yang tidak sensitif terhadap dunia perniagaan dan program
pembangunan. Di bawah dasar ini sector awam dan swasta menjadi rakan kongsi
untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah tembok psaikologi rakyat


Malaysia, khasnya orang-orang Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan kita
tidak boleh membuat walaupun jarum, dengan melancarkan projek perindustrian
berat Negara yang dimulakan dengan projek kereta nasional, Proton.

Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi bermula 1083, ekonomi Malaysia


masih bergantung kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit, balak,
selain timah menjadi bahan eksport utama. Di waktu inilah kerajaan
memperkenalkan dasar penswastaan bagi meningkatkan kecekapan syarikat-
syarikat milik kerajaan di samping mengurangkan beban kerajaan yang
menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan gaji kakitangan yang basar.
Sejak itu sehingga 1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh pada kadar
purata 8 peratus setahun.

Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan 2020 yang akan membawa


Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan bagaimana Malaysia bertukar


menjadi salah satu naga Asia Timur. Saranan Datuk Seri Dr Mahathir untuk
mewujudkan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah untuk menjamin kurun
ke-21 merupakan abad rantau ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan terus menjadi
sebuah Negara yang berpengaruh di dunia dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.

Walaupun pada peringkat-peringkat awal, terdapat pelbagai gerakan nasionalisme


Melayu yang didukung oleh pelbagai kumpulan, namun gerakan politik Melayu
secara besar-besaran hanya muncul apabila tertubuhnya sebuah parti politik yang
dikenali sebagai UMNO pada tahun 1946. Tujuan utama penubuhan UMNO pada
ketika tersebut adalah untuk melindungi hak-hak dan identiti bangsa Melayu
daripada ancaman bangsa-bangsa asing yang menetap di Tanah Melayu pada ketika
itu yang timbul akibat daripada pengenalan konsep Malayan Union oleh kolonial
British. Kepimpinan tertinggi UMNO pada awal penubuhannya adalah terdiri
daripada golongan elit Melayu tradisional yang berlatar belakang administratif dan
aristokratik sekular dan tidak terlalu mementingkan perjuangan prinsip-prinsip Islam
dalam usaha-usahanya mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Selepas penubuhan UMNO pada tahun 1946, peranan Islam di dalam


perkembangan politik Melayu menjadi semakin penting. Sejak lewat tahun 1950,
Islam bukan sahaja telah dilihat sebagai ejen pembangkit semangat nasionalisme
Melayu, malah telah menjadi sumber langsung ideologi politik Melayu pada ketika
itu. Hasil usaha-usaha Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan sokongan
Maahad Il-Ehya Assyarif Gunung Semanggol, PKMM telah berjaya mengumpulkan
ramai pemimpin Melayu Islam di Tanah Melayu, kecuali pemimpin-pemimpin UMNO,
bagi menyertai satu kongres pada tahun 1948. Hasilnya, tertubuh satu majlis yang
dikenali sebagai Majlis Islam Tertinggi Se Malaya (MATA). Matlamat utama
penubuhan MATA adalah bagi menuntut dan melaksanakan perubahan yang radikal
terhadap sistem pentadbiran Islam di seluruh Tanah Melayu daripada British. Pada
tahun 1948 juga, MATA telah berjaya menubuhkan satu parti politik Islam yang
dikenali sebagai Hizbul Muslimin yang bertujuan mendaulatkan Islam di Tanah
Melayu. Penubuhan Hizbul Muslimin adalah mengambil inspirasi daripada perkataan
Hizbullah di dalam Al-quran serta gerakan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir dan
gerakan Masyumi di Indonesia.[1] Namun akibat daripada sikap radikal Hizbul
Muslimin, pihak British telah mengharamkannya setahun kemudian dengan alasan
bahawa parti tersebut menjadi ancaman kepada kestabilan politik di Tanah Melayu.
[2]

UMNO yang merasa tergugat dengan perkembangan ini telah melantik beberapa
tokoh agama bagi membentuk komponen-kompenen agama di dalam parti tersebut.
Pada November 1951, melalui Bahagian Agama dalam UMNO, didirikan Persatuan
Ulama Se-Malaya yang dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad Hassan. Pada tahap awalnya
pertubuhan ini adalah bersifat kebajikan dan penubuhannya adalah tertakluk
kepada undang-undang tubuh UMNO sendiri. Namun setelah beberapa ketika,
Persatuan ini mendapati cita-cita Islam tidak boleh digunakan di dalam UMNO,
kerana itu satu parti Islam perlu dilahirkan untuk menyatukan golongan yang
mahukan Islam di dalam UMNO. Pertelingkahan yang terjadi antara ahli-ahli UMNO
yang menyokong pendirian Persatuan Ulama Se-Malaya dan ahli-ahli UMNO yang
lain telah menyebabkan ramai pemimpin Islam di dalam UMNO telah keluar dan
bersatu menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Pan-Malayan Islamic
Party pada tahun 1951 yang seterusnya telah dikenali sebagai Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) setelah secara rasmi didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada
31hb Mei 1955.

Penubuhan PAS secara bebas daripada UMNO ini menunjukkan bahawa konflik dan
perbezaan pendapat antara PAS dan UMNO telah wujud seawal penubuhan UMNO
itu sendiri. Ahli-ahli UMNO yang tediri daripada golongan yang mendapat
pendidikan agama dan menyokong Persatuan Ulama Se-Malaya di dalam UMNO
melihat bahawa ideologi politik nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh
UMNO tidak serasi dengan cita-cita politik Islam mereka. Perbezaan pendapat yang
menyentuh asas ideologi perjuangan UMNO inilah merupakan titik utama
perpecahan di dalam UMNO sehingga mewujudkan parti PAS.

Pada period awal penubuhan PAS, perjuangannya lebih menumpukan kepada


ideologi nasionalisme Melayu-Islam. Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang telah dilantik
sebagai Presiden PAS bagi menggantikan Dr. Haji Alias Abbas pada 25hb Disember
1956, sepanjang tempoh kepimpinannya, amat menekankan prinsip-prinsip
perjuangan yang mengharmonikan antara faham nasionalisme dan Islam sekaligus.
Namun pada sisi PAS nasionalisme dipandang sebagai alat untuk perjuangan Islam
dan bukan tujuan utama perjuangannya. Di dalam Falsafah Kebangsaan Melayu, Dr.
Burhanuddin menyebut:

Islam memandang kebangsaan itu sebagai alat bukan tujuan. Kebangsaan


hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai satu lambang
yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-
cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan
tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.[3]

Sepanjang kepimpinannya, Dr. Burhanuddin Al-Helmi konsisten memperjuangkan


prinsip nasionalisme Melayu Islam sehinggalah beliau ditahan dibawah ISA, Prinsip
ini diulanginya didalam ucapan terakhir, sebelum beliau meninggal dunia, di
Mesyuarat Agung PAS pada tahun 1964, beliau menyatakan:

Dalam pergolakan politik di tanah air ini, PAS muncul dengan cita-cita kenegaraan
Islam, cita-cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidpu beragama
dalam kalangan pendukung PAS.[4]

Prinsip-prinsip perjuangan nasionalime Melayu-Islam yang dibawa oleh kepimpinan


Dr. Burhanuddin ini bukan sahaja dianuti oleh pemimpin-pemimpin PAS yang lain
malah juga didukung oleh seluruh ahli-ahli PAS yang lain, menjadikan zaman
kepimpinan Dr. Burhanuddin sebagai salah satu era kegemilangan bagi PAS.
Hasilnya pada pilihanraya 1959 PAS telah berjaya menawan 2 negeri iaitu Kelantan
dan Terengganu walaupun hayat pemerintahan PAS di Terengganu hanya bertahan
selama 2 tahun sahaja.[5]

Selepas Dr. Burhanuddin, PAS diterajui oleh Datuk Mohd Asri bin Haji Muda (1962-
1982) sebagai Yang di Pertua PAS, semasa Asri PAS gagal menunjukkan
kemampuannya untuk begerak sebagai sebuah parti Islam, malah tidak banyak
bezanya dengan UMNO sendiri dari segi cita-cita Melayu dan beberapa
pemimpinnya tidak memaparkan perwatakan Islam, maka kepada golongan
fundamentalis di kalangan ahlinya sendiri, PAS dilihat sebagai tidak menepati
kehendak atau idea sebuah pergerakan Islam. PAS pada masa Asri merupakan satu
masa peralihan antara fahaman nasionalisme Melayu -Islam kepada fahaman
fundamentalis Islam yang mencabar sejak awal 1980-an. Akibat konflik dalaman
PAS dan tekanan golongan fundamentalis yang ada didalam PAS, akhirnya Asri telah
keluar PAS dan menubuhkan HAMIM pada tahun 1982. Dengan berakhirnya era
Datuk Asri maka bermulalah pula era kepimpinan ulamak di dalam PAS yang
diterajui oleh Haji Yusuf Rawa yang merupakan bekas Duta Malaysia ke Iran.[6]
Selepas Haji Yusuf Rawa, pada 1989 jawatan Presiden PAS diambil alih pula oleh Haji
Fadzil Mohd. Nor.

Kejatuhan Datuk Asri dalam Muktamar Tahunan PAS ke-28 menyaksikan angin
perubahan yang berlaku dalam parti tersebut daripada pendekatan nasionalime-
Islam kepada fundamentalime Islam yang radikal yang dipimpin oleh golongan
ulamak di dalam PAS. Mauduk perjuangan PAS lebih ditumpukan kepada soal
dakwah dan akidah. Justeru soal akidah menjadi justifikasi utama dalam
menentukan apa jua perkara yang menyentuh dasar-dasar perjuangan PAS.
Kepimpinan sebegini,dihujahkan, sengaja dilaksanakan oleh kepimpinan ulamak di
dalam PAS bagi tujuan menghapuskan bayang-bayang kepimpinan lama di bawah
Datuk Asri yang telah menyebabkan PAS kehilangan sentuhan perjuangan
nasionalisme-Islamnya. Kepimpinan sebegini juga dihujahkan, dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada usaha-usaha untuk mengembalikan keyakinan ahli-ahli PAS
yang lain terhadap model perjuangan Islam yang telah dipelopori oleh kepimpinan
PAS yang terdahulu sebelum zaman Datuk Asri. Era kepimpinan ulamak yang
memperkenal perjuangan fundamentalisme-Islam radikal yang dimulakan oleh Haji
Yusuf Rawa dan seterusnya membawa kepada zaman Haji Fadzil Mohd. Nor telah
berjaya mencipta beberapa tokoh ulamak yang disegani oleh ahli-ahli PAS dan
menjadi lambang cita-cita perjuangan PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
dan Haji Abdul Hadi Awang. Dalam dekad 1990an walaupun masih mengekalkan
konsep kepimpinan ulamak, hasil daripada penyertaan golongan-golongan
professional didalam PAS, PAS dilihat sebagai lebih liberal dan terbuka walaupun
masih mengekalkan dasar-dasar fundamentalis-Islam dalam perjuangannya.[7]

PAS walaupun telah mengalami beberapa anjakan pemikiran sepanjang sejarah


perjuangannya seperti yang dibincangkan diatas, namun faktor Islam yang menjadi
asas utama dan menunjangi perjuangannya tidak pernah dilupakan oleh
pendukung-pendukungnya. Bagi PAS Islam mengatasi segalanya dan segala sesuatu
mestilah tunduk dan selaras dengan kehendak-kehendak Islam itu sendiri. Adalah
tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa politik PAS adalah politik Islam itu sendiri.
Dengan kata lain PAS tidak pernah mengamalkan pemisahan, walau sedikitpun,
antara politik dan agama, malah Agama Islamlah yang menjadi tunjang utama
kepada ideologi politik PAS. Hasilnya PAS telah sepanjang perjuangannya
mempunyai ideologi politik yang amat jelas iaitu perjuangan Islam secara
keseluruhannya dalam apa jua bidang yang menyangkut kehidupan berpolitik.

Pada Dekad 1990-an dibawah pimpinan Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am
Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS mengamalkan dasar yang lebih liberal di dalam
perjuangan politik Islamnya, PAS pada dekad ini, dengan kemasukan ramai tenaga-
tenaga professional telah berjaya memperjuangkan identiti Islam dengan tidak
mengira keturunan bangsa, ingin menghidupkan kesedaran Islam yang tulen,
bercita-cita menghidupkan budaya Islam, mahukan sebuah negara Islam dan
melaksanakan undang-undang Islam yang diterajui oleh kepimpinan ulamak.

UMNO disudut lain, yang ditubuhkan sebagai manfestasi kemuncak perjuangan


nasionalime Melayu.[8] Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih
mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang menegatifkan
Kuasa-kuasa Raja Melayu serta menidakkan hak-hak keistimewaan orang-orang
Melayu telah membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang Melayu. Satu
perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya
pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1hb Mac hingga 4hb Mac 1946 dan seramai
41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghadiri perhimpunan tersebut.

Dato Onn Bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi
Kongres. Antara usul yang telah diluluskan oleh Kongres tersebut termasuklah
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan membantah penubuhan
Malayan Union. Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima
Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal
Abidin Ahmad ( (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau
Perlembagaan UMNO.

Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato Onn Jaafar dengan nama Pertubuhan
Melayu bersatu atau United Malays Organization. Bagaimanapun Zaaba
mencadangkan supaya ditambah perkataan kebangsaan atau national selepas
perkataan pertubuhan. Selepas kongres yang pertama tersebut, dua lagi kongres
telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di
Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road,
Kuala Lumpur.
Pada Kongres yang ketiga yang diadakan di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan
12 Mei 1946, UMNO telah secara rasmi ditubuhkan. Dato Onn telah dilantik sebagai
Presiden UMNO yang pertama, Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa
kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta
memberi hak istimewa Melayu. Sesuai dengan falsafah penubuhannya yang
medukung cita-cita nasionalisme Melayu, perjuangan UMNO pada ketika itu juga
sepenuhnya berkisar seputar isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak keistimewaan
orang Melayu, pengukuhan Kuasa Raja-raja Melayu dan juga isu-isu yang berkaitan
dengan kemerdekaan Tanah Melayu.

Semangat Nasionalisme Melayu yang wujud semasa awal penubuhan UMNO sangat
menebal di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Keadaan ini dapat
lihat apabila cadangan Dato Onn, yang pada masa tersebut merupakan Presiden
UMNO, untuk membuka keahlian parti tersebut kepada semua penduduk Tanah
Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu", telah ditentang oleh hampir
keseluruhan pemimpin dan ahli UMNO pada ketika tersebut .

Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn akhirnya meletakkan jawatan


sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam
diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak
mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan
Parti Negara bagi menggantikan Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti
tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada
tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi
sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, beliau masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya
mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan
raya Persekutuan 1959.

Setelah Dato Onn, UMNO telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun
1951 , dibawah kepmipinan beliaulah Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada
31hb Ogos 1957. Pada masa pemerintahnnya, Tunku meletakkan dasar ekonomi
liberal iaitu mana-mana individu atau etnik berhak untuk memilikinya. Dasar ini
dilihat sesuai dengan system Demokrasi yang diamalkan oelh kerajaan
pimpinannya. Beliau tidak mengutamakan sebarang dasar yang membolehkan
kerajaan terlibat secara lansung untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang
Melayu. Dasar ekonomi yang diasaskan oleh Tunku ini nampaknya masih lagi
mewarisi model ekonomi neoklasikal dengan membiarkan potensi ekonomi
dimonopoli oleh bukan Melayu tanpa had. Hasilnya beberapa syarikat besar asing
telah menjadi semakin kukuh kedudukan di Malaysia seperti Guthrie, Sime Darby,
Harisson And Crosfield serta lain-lain lagi.[9] Dasar-dasar pemerintahan Tunku ini
bertentangan dengan prinsip ideologi nasionalisme Melayu seperti yang menjadi
dasar perjuangan UMNO. Pembangunan ekonomi di kalangan Melayu terutamanya
pada period-period awal selepas kemerdekaan amatlah penting bagi meningkatkan
martabat kaum Melayu di tanah air sendiri. Kealpaan Tunku dalam membangunkan
taraf ekonomi Melayu ini telah mendapat reaksi kurang senang di kalangan orang
Melayu, namun oleh kerana kedudukan beliau yang berasal dari gologan istana,
beliau masih lagi dihormati oleh orang-orang Melayu. Kemunduran ekonomi orang-
orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain pada ketika pemerintahan
Tunku telah membawa kepada ketidakpuasan orang-orang Melayu yang akhirnya
telah membawa kepada tercetusnya peristiwa 13hb Mei 1969. Ekoran trajedi ini
berbagai pihak didalam UMNO telah mendesak Tunku untuk melatakkan
jawatannya.[10]

Beliau kemudian telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden
UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein. Ketika
Tun Razak mula menerajui kepimpinan UMNO, beliau telah berhadapan dengan 3
masalah besar iaitu kemunduran ekonomi Melayu, penguasaan ekonomi oleh orang
asing dan masalah etnik yang belum reda. Bagi menangani masalah ini Tun Razak
telah menubuhkan Unit Perancang Ekonomi Di Jabatan Perdana Menteri yang
dipertanggung jawabkan untuk membentuk satu dasar ekonomi yang dapat
dimanipulasikan untuk kepentingan bangsa Melayu. Hasilnya Dasar Ekonomi Baru
telah dilancarkan oleh Tun Razak bagi memastikan pembangunan ekonomi
dikalangan orang-orang Melayu.[11] Sepanjang tempoh pemerintahannya, Tun
Razak telah melakukan dua penekanan iaitu politik perpaduan dan politik
penstrukturan ekonomi. Pendekatan pertama bertujuan mengekalkan kestabilan
dan keharmonian dalam masyarakat serta meningkatkan kelancaran interaksi sosial
berbagai kaum. Manakala pendekatan kedua bertujuan untuk proses penstrukturan
semula ekonomi dan meyeimbangkan pengagihan ekonomi negara, mengurangkan
ketaksamaan kaum dari segi penguasaan ekonomi dan melibatkan orang Melayu
dalam ekonomi komersial. Tun Razak juga telah melibatkan kerajaan secara
langsung dalam usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu
dengan penubuhan institusi amanah seperti PERNAS, MARA, FELDA, UDA dan lain-
lain . [12] Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Tun Razak pada zaman
pemerintahannya benar-benar menggambarkan asas perjuangan nasionalime
Melayu seperti yang dicita-citakan UMNO pada awal penubuhannya.UMNO pada
zaman Tun Razak dilihat telah kembali kepada asas utama perjuangannya iaitu bagi
menjamin hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam pelbagai bidang terutamanya
yang melibatkan bidang ekonomi di tanah air sendiri.

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Sepanjang
pemerintahannya Hussein Onn hanyalah meneruskan dasar-dasar yang telah
dimulakan oleh Tun Razak. Kepimpinan politik Hussein Onn memperlihatkan pola
kepimpinan monoton. Istilah monoton bermaksud tidak banyak kemampuan secara
objektif yang berjaya ditampilkan dalam proses pembangunan parti dan negara,
Transformasi pola kepimpinan beliau menyaksikan rentak budaya politik yang
perlahan. Usaha beliau hanya kelihatan dalam kesinambungan dasar-dasar yang
ditinggalkan oleh Tun Razak sahaja. [13]

Perjuangan UMNO sepanjang pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehingga kepada


Tun Hussein Onn memperlihatkan bahawa UMNO pada period tersebut secara
amnya telah telah berjaya melunaskan tanggung jawabnya, sebagai sebuah parti
politik yang bertunjangkan ideologi nasionalime Melayu, untuk mengekalkan hak-
hak keistimewaan orang Melayu ditanah air sendiri, walaupun terjadinya tragedi
13hb Mei 1969, namun peristiwa tersebut bolehlah dilihat sebagai membawa
keuntungan kepda orang-orang Melayu sendiri kerana ternyata selepas kejadian
tersbut Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh UMNO telah melakukan banyak
perubahan yang membolehkan orang Melayu mengubah taraf hidup mereka ditanah
air sendiri.

Dr. Mahathir Mohamad menggantikan Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO
pada tahun 1981. Dr. Mahathir yang telah memegang pucuk pimpinan UMNO dari
tahun 1981 hingga tahun 2003 telah banyak melalui pelbagai peristiwa pahit dan
manis didalam UMNO. Namun ketokohan dan karismanya sebagai pemimpin telah
membolehkan beliau melalui segala peristiwa tersebut dengan rekod yang
cemerlang. Dr. Mahathir layak untuk dinobatkan sebagai nasionalis Melayu sebenar
dan The Ultra Malay kerana usaha-usahanya dalam memperjuangkan nasib orang
melayu yang sanagt mundur dalam aspek ekonomi teutama hasil peninggalan
pemerintahan Tunku. Melalui DEB yang masih ada tempoh 9 tahun pelaksanaannya
beliau berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membina kembali sosio-
ekonomi Melayu. Tujuannya untuk memastikan supaya Melayu bukan sahaja
menaungi politik tetapi juga mampu bersaing dalam bidang ekonomi yang
mencabar. Beliau telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur iaitu dengan
berpaksikan model sosioekonomi masyarakat jepun dan Korea Selatan untuk
merubah gaya hidup dan minda sebahagian intelektual dan golongan menengah
Melayu yang pernah belajar di barat yang terlalu mengagungkan nilai dan norma
kehidupan Barat. Beliau juga telah melancarkan Dasar Persyarikatan dan Dasar
Penswastaan sebagai satu langkah baru dan berani. Tujuan Dasar Penswataan
adalah untuk melihat lebih ramai orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan
yang mampu bersaing dengan orang asing. Di bawah dasar ini peluang-peluang
perniagaan diberikan kepada orang Melayu yang berkemampuan dan hasilnya telah
berjaya melahirkan ramai jutawan dan Korporat Melayu. Beliau juga telah
menukarkan corak ekonomi negara ini daripada negara bersasaskan pertanian
kepada negara berasaskan perindustrian.[14] Pada zaman beliau juga telah
diperkenalkan program-program Islamisasi sebagai tindak balas daripada tekanan-
tekanan yang wujud pada zaman pemerintahannya seperti kemunculan gerakan
dakwah, penubuhan ABIM dan kemenangan PAS di Kelantan.
Sepanjang era pemerintahan Dr. Mahathir UMNO masih tetap mengekalkan dasar
utama perjuangannya iaitu semangat nasionalim Melayu. Dsar perjuangan UMNO
tidak pernah berubah dan matlamat utama perjuangan politiknya bagi
memperjuangkan adalah semangat nasionalisme Melayu.

Selepas Dr. Mahathir meletak jawatnnya pada tahun 2003 tempatnya telah
digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO yang baru.

PAS dan UMNO ternyata, daripada latar belakang perjuangan mereka seperti yang
dibincangkan di atas mempunyai wadah-wadah ideologi politik yang amat berbeza
untuk diperjuangkan. PAS sepanjang perjuangannya tetap mengekalkan ideologi
Islamnya, manakala UMNO pula tetap tegar dengan semangat nasionalisme
Melayunya. Dua sisi perjuangan ideologi politik yang berbeza ini telah mencetuskan
pelbagai insiden antara pengikut PAS dan UMNO.

__________________________________________________________

Rujukan

[1] Abu Bakar Hamzah, Al-Imam and Politics, dalam Islamika II (Kuala Lumpur:
Sarjana Enterprise, 1982), hlm.131-143.

[2] Kamarulnizam Abdullah, The Politics of Islam in Contemporary Malaysia, Bangi:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, hlm. 43-45.

[3] Burhanuddin Al-Helmy, Falsafah Kebangsaan Melayu, Pustaka Semenanjung


Bukit Mertajam, 1964. Lihat Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Politik
Melayu dan Islam, Yayasan Anda Sdn. Bhd., 1980, hlm.14.

[4] Ibid.,

[5] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Di Malaysia., Jakarta: Gema Insani
Press (Jakarta) 1997., hlm. 224

[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Di Malaysia., Jakarta: Gema Insani
Press (Jakarta) 1997., hlm. 225

[7] Mohd Izani Mohd Zain, Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim
Kontemporari di Malaysia., Penerbit University Malaya., 2005

[8] Ibrahim Ahmad, Konflik UMNO-PAS Dalam Isu Islamisasi., IBS buku Sdn Bhd.,
1989, hlm. 56

[9] Dinamika Kepimpinan Politik UMNO, Jamaie Hamil, Di dalam Demokrasi


Kepimpinan dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia., disunting oleh Ghazali
Mayudin, Jamaie Hamil, Siti daud dan Zaini Othman., Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 2006, hlm.108-109.

[10] Ibid., hlm.,116

[11] Ibid, hlm,. 118

[12] Ibid., hlm.,119

[13] Ibid., hlm. 121

[14] Ibid., hlm.124

Pada Persidangan Agung UMNO 25 dan 26 Mac 1951 di Kuala Lumpur,

wakil Pemuda UMNO, Encik Abdul S amad Idris


(Allahyarham Tan Sri) dari Kuala Pilah dengan semangat yang
membakar dan berkobar-kobar membentangkan usul Pemuda UMNO
menukar slogan perjuangan UMNO dari 'Hidup Melayu' kepada 'Merdeka'
untuk diluluskan oleh badan induk UMNO.

Ulasan pemimpin PAS mengenai kemerdekaan menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia dan
penyokong UMNO buta sejarah.

Tidak siapa pun yang menolak sejarah bahawa pemimpin lain, selain UMNO turut memperjuangkan
kemerdekaan.

Namun, perjuangan UMNO tetap utuh dan perlu disanjung. PAS yang lahir selepas kewujudan
UMNO pada hakikatnya tidak layak bercakap mengenai kemerdekaan!

Semalam, PAS mula menerima hakikat bahawa UMNO memang memperjuangkan kemerdekaan
negara.
Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebelum ini,
Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu
negara bahawa parti itu tidak menafikan bahawa Umno memperjuangkan kemerdekaan.

Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi
menolak British dan cara 'peaceful cooperation' (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham
Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan UMNO. PAS juga
menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk
Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok
Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris," katanya.

Dalam buku saya Putera Mahkota UMNO (1995) yang asalnya berdasarkan sebuah tesis untuk
ijazah sarjana M. Soc. Sc. (USM, 1982) dengan jelas menyebut bahawa perjuangan kemerdekaan
lebih dahulu diperjuangkan oleh kumpulan lain sebelum UMNO.

Cuma yang dipertikaikan kini ialah kenyataan Mat Sabu mengagungkan komunis berbanding
perjuang di Bukit Kepong.

Mat Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas yang antara lain dipetik sebagai berkata bahawa
Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga
mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang
terkorban adalah polis penjajah British.

Dalam Bab Ketiga buku saya bertajuk Merdeka Slogan Tidak Ternilai dengan jelas saya
menyebut bahawa kemerdekaan membebaskan tanah air dariapada cengkaman penjajah mucul
sejak awal kurun kedua puluh lagi.

Al-Imam, majalah bulanan bertulisan jawi yang diterbitkan di Singapura berusia lebih kurang dua
tahun setengah, iaitu sehingga 1908, dipimpin oleh Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin, Sayid Sheikh
Ahmad Al-Hadi, Haji Abas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali, walaupun membincangkan
soal bahasa dan ekonomi Melayu, menyebut beberapa faktor utama kemunduran orang Melayu
adalah kerana sikap mereka sendiri.

Namun ketika pendudukan Jepun, suasana ketika itu memberikan kesan yang mendalam dari aspek
nasionalisme Melayu dan gerakan kemerdekaan di Indonesia turut mempengaruhi semangat
nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Golongan yang paling menonjol dan mendapat galakan Jepun dalam soal politik ialah kumpulan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada bulan Mei 1937.
KMM lahir daripada usaha pelajar-pelajar di Maktab Perguruan Sultan Idris yang bergerak secara
sulit, pada mulanya terdapat tiga kumpulan radikal yang berpecah, Sebelum terbentuknya KMM
kumpulan ini berpadu dulu dalam Belia Malaya, bagaimanapun terpaksa dibubarkan kerana
pemimpin-pemimpinnya keluar dari maktab.

Bila tugas ini disambung oleh Ibrahim Yaakub, terbentuklah KMM yang dikatakan bersifat sosialistik,
anti kolonial, anti feudal dan bercita-cita untuk bersatu dengan Indonesia. Jepun menggalakkan
kumpulan ini kerana ia bersikap anti-British.

Walaupun KMM terpaksa dibubarkan kerana kehendak Jepun juga namun pergerakannya tetap
tidak berubah di segi matlamat perjuangan dengan nama baru iaitu Pembela Tanah Air atau PETA
yang kemudiannya bertukar pula menjadi Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). KMM
pimpinan Ibrahim Yaakub menjadi penting kerana adanya perjumpaan dengan pemimpin Indonesia,
Sukarno dan Hatta pada bulan Ogos 1945 untuk mengistiharkan kemerdekaan serentak dengan
Indonesia.

Bagaimanapun bila Jepun menyerah kalah, Indonesia telah mengistiharkan kemerdekaannya dan
Sukarno seolah-olah "terlupa" janji-janjinya dengan KMM, bila Tanah Melayu telah dilupakan untuk
sama-sama diistiharkan merdeka.
Soal kemerdekaan ini tiba-tiba menjadi isu besar dalam UMNO dan menyeluruh di kalangan
masyarakat Melayu apabila pada tahun 1951 UMNO Bahagian Kuala Pilah mendesak supaya
slogan Hidup Melayu ditukarkan kepada Merdeka.

Slogan ini adalah usul dari Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah yang dibawa ke Persidangan
Pemuda UMNO 1951. Ia dibentangkan sebagai usul di Mesyuarat Setengah Tahun Ahli-ahli
Perikatan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur pada 4hb.Februari 1951 dan satu ketetapan telah
diambil untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Agung UMNO yang akan nantinya diadakan pada bulan
Mac 1951.

Usul Merdeka ini menarik minat golongan muda yang mana sebelum ini tidak begitu diminati sama
ada oleh Pemuda UMNO mahupun UMNO secara keseluruhannya.

Tetapi setelah usul ini mula dibentangkan oleh golongan muda dari Kuala Pilah dan seterusnya
dibincangkan lagi di kalangan pemuda-pemuda di Kuala Lumpur kira-kira sebulan kemudiannya,
perjuangan seperti yang diidam-idamkan oleh golongan muda semakin cerah.

Kerana itu di Persidangan Agung UMNO pada 25 dan 26 Mac 1951 di Kuala Lumpur, wakil pemuda
Encik Abdul Samad Idris (Allahyarham Tan Sri) dari Kuala Pilah dengan semangat yang membakar
dan berkobar-kobar membentangkan usul Pemuda UMNO ini untuk diluluskan oleh badan induk
UMNO.

Bagaimanapun bukanlah mudah untuk menukar corak perjuangan UMNO pimpinan Dato' Onn
(jaafar) ketika itu yang masih asyik dengan slogan Hidup Melayu.

Slogan Merdeka ini amat sesuai dengan fahaman dan matlamat perjuangan bukan sahaja kalangan
muda dalam UMNO itu sendiri tetapi memang menjadi matlamat utama perjuangan PKMM yang
telah pun lumpuh kerana diharamkan oleh British.

Jadi, kemungkinan mereka akan menyertai UMNO sebagai jalan terakhir untuk memperjuangkan
terus matlamat politik mereka dari terus berdiam diri adalah cerah sekali.

Dalam konteks inilah agaknya Dato' Onn seakan-akan menolak slogan Merdeka kerana PKMM
pernah menjadi "musuh ketat" UMNO dan dengan mengambil perjuangan Merdeka, UMNO seolah-
olah mengambil perjuangan parti yang pernah menjadi "musuhnya" dan memberikan implikasi
bahawa UMNO "kekeringan modal perjuangan".
Tetapi bagi mereka yang bersemangat muda, persoalan kemerdekaan adalah sesuatu yang penting
dan "perlu" demi memungkinkan UMNO memasuki era baru dalam perjuangannya dan mendapat
reaksi menggalakkan di kalangan golongan muda dalam UMNO.

Walaupun demikian keadaannya, sepanjang tahun 1951 agak kurang jelas sejauh manakah slogan
tersebut benar-benar diperjuangkan oleh Pemuda UMNO. Ini mungkin kerana persoalan jus-soli
masih terus "menghantui" pemimpin-pemimpin pusat UMNO dan begitu juga dengan persoalan
Dato' Onn keluar dan masuk kembali dan keluar semula dari UMNO.

Juga, perubahan seruan dan lambang perjuangan UMNO belum cukup untuk menarik perhatian
orang ramai dan rakyat jelata kerana pucuk pimpinannya masih juga di tangan orang-orang lama
(kecuali jawatan Ketua Pemuda dari Kapten Hussein kepada Encik Abdul Razak).

Tetapi, pada tahun 1952, persoalan kemerdekaan ini tiba-tiba memuncak kerana dua sebab utama.
Pertamanya, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato' Onn (setelah keluarnya beliau dari
UMNO) sama-sama berjuang ke arah kemerdekaan.

IMP dengan tegas menyebut bahawa kemerdekaan boleh dicapai "lima hingga sepuluh tahun dari
sekarang (1952)" di mana UMNO tidak pernah menentukan masa yang tepat atau jangkamasa
tertentu dalam perjuangannya dalam UMNO yang diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman, kegiatan
UMNO ke arah kemerdekaan semakin ranck walaupun caranya jauh berbeza dari langkah-langkah
IMP.

UMNO mengharapkan bantuan MCA dari segi sumber kewangan dan setelah merdeka, Tanah
Melayu akan berada di dalam Commonwealth British seperti yang diterima oleh India, Ceylon
ataupun Pakistan.

Bertolak dari sinilah, perjuangan kemerdekaan UMNO bermula sehinggalah terbentuknya Perikatan
yang menang dalam pilihan raya 1955 dan membawa kepada tuntutan kemerdekaan melalui
rombongan yang diketuai Tunku Abdul Rahman ke London.

Amat jelas tuntutan kemerdekaan bukan jalan mudah tetapi perjuangan UMNO tetap mulia dan
patut disanjung, bukan menagung-agungkan komunis yang memang menggangu-gugat perjuangan
untuk memerdekakan tanah air!

Juga amat jelas Mat Sabu sengaja mahu spin sejarah untuk kepentingan perjuangan PAS sambil
menidakkan perjuangan UMNO.

Namun, sejarah tidak boleh diubah dan sumbangan UMNO perlu dihormati oleh semua pihak,
walaupun pahit untuk ditelan pembangkang!

Hakikatnya, pergerakan setiap parti politik adalah untuk menjaga kepentingan


kaum masing-masing. Perkembangan ini memperlihatkan corak masyarakat
majmuk yang amat disukai oleh pihak British yang mendukung tujuan
mengekalkan status-quo mereka di Tanah Melayu. Kaum Melayu pula dilihat
sebagai kaum yang disamakan hak dan taraf mereka dengan kaum pendatang.
Namun, keadaan selepas perang telah memperlihatkan perubahan mengenai
sikap berpolitik antara kaum lebih ketara. Orang Melayu mula bergerak dalam
kelompok politik yang lebih tersusun. Manakala orang bukan Melayu pula mula
menuntut hak yang sama rata seperti orang Melayu.

Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling tinggi letaknya dalam


pentadbiran sesebuah negara. Ia mengandungi peraturan asas dan undang-
undang bagi sesebuah negara. Perlembagaan adalah manifestasi sistem
politik dan pentadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara.
Pembentukan undang-undang mesti selaras dan sesuai dengan semangat
perlembagaan. Ia juga disesuaikan dengan institusi tertinggi dunia iaitu
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam amalan biasa, hanya hakim yang
boleh mengintepretasi sesuatu klausa dalam perlembagaan. Ia disebabkan
perlembagaan adalah rumit dan kompleks. Kewujudan sesebuah
perlembagaan menggambarkan ketinggian pembentukan sesebuah tamadun
masyarakat. TAKRIFAN PERLEMBAGAAN Secara umum, perlembagaan
boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana
kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagi dan
digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang
membentuk institusi- institusi negara eksekutif, badan perundangan dan
kehakiman sekaligus menyatakan bidang kuasa dan peranan mereka dalam
kerangka itu. Perlembagaan juga mempunyai prinsip-prinsip yang

NAMA

Anda mungkin juga menyukai