Anda di halaman 1dari 21

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1076 DOKTRIN KHURAFAT : PEMAHAMAN MENURUT


PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-HADITH

ROGAYAH BINTI CHEK


Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
ustazahrc@yahoo.com.my
No. Tel. 019- 8898190 / 019-439870
ZAINORA DAUD
Akademi Islam
KUIS
zainora@kuis.edu.my

Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman, seiring perkembangan pasca moden,
kemajuan ketamadunan yang pesat serta perkembangan ilmu secara global. Ini berlaku rentetan munculnya
media massa yang pelbagai dan perbualan dari mulut ke mulut antara generasi masih jelas keberadaan budaya
dan amalan karut marut sehingga membawa kepada perkara syirik dan khurafat. Walaupun dasarnya, budaya
dan amalan tersebut dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata dengan beralaskan bahawa masyarakat
kini sudah bijak menilai antara baik dan buruk serta antara realiti dan fantasi. Namun, ini telah memberi
gambaran realiti keberadaan fahaman serta amalan khurafat dalam kalangan masyarakat. Justeru, artikel ini
adalah bertujuan untuk menjelaskan secara lebih komprihensif pengertian khurafat dari aspek al-Quran dan al-
Hadith dan meninjau doktrin khurafat yang sangat bertentangan merangkumi pelbagai bentuk dan gaya serta
perkara berkaitan dengannya. Metodologi kajian secara kualitatif dijalankan menerusi rujukan dokumentasi
sebagai instrumen kajian, dikukuhkan lagi tinjauan penyelidikan lepas serta sumber primer a-Quran dan al-
Hadith, pandangan ulama terdahulu dan ilmuan kontemporari. Analisis kajian secara induktif dilaksanakan
bagi merumuskan segala maklumat dan hasil kajian. Hasil kajian jelas menunjukkan permasalahan khurafat ini
tidak boleh dianggap remeh dan perlu dibanteras secara ilmiah di dalam memberi kefahaman kalangan
masyarakat supaya masyarakat tidak terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya khurafat. Segala
halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi dalam kalangan individu yang meyakini khurafat, perlu
dipecahkan agar mereka tidak berada dalam keadaan ketakutan dan bebas untuk melaksanakan tuntutan
sesuatu tugas dengan sempurna di dalam melahirkan masyarakat yang benar-benar berpaksikan al-Quran dan
al-Hadith.

Kata kunci : Doktrin, Khurafat, Pemahaman,Al-Quran,Al-Hadith, Kontemporari

1. Pengenalan

Agama Islam yang bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai satu perlembagaan yang
menjadi panduan kepada umat Islam telah membawa ajaran akidah tauhid yang memerangi
berhala dan semua akidah yang kontra dengan tauhid. Bangsa Arab Jahiliyyah yang
berpegang dengan penyembahan patung dan berhala serta dipenuhi oleh berbagai unsur yang
berlawanan dengan akidah tauhid. Oleh yang demikian, Islam telah memerangi segala apa jua
rupa dan bentuk akidah yang salah, sesat dan berlawanan dengan akidah tauhid seperti yang
dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith.Walaupun Islam menentang khurafat, namun
khurafat terus wujud dalam kalangan masyarakat Islam sehingga kini. Berdasarkan ayat-ayat
al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w, khurafat bukanlah sesuatu yang baru dan telah
wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Namun, apakah faktor-faktor yang menyumbang
kelangsungan gejala khurafat sehingga kini kalangan masyarakat Islam? Ini memerlukan

945
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

kesinambungan usaha yang gigih dan dakwah berterusan khususnya bagi menghalang budaya
khurafat terus merebak dari generasi ke generasi. Pemahaman yang tepat dan jelas tentang
khurafat perlu diterapkan secara sempurna kepada masyarakat seiring kefahaman menurut
perspektif al-Quran dan al-hadith.

2.0 Pengertian Khurafat dari Aspek Bahasa

Maksud doktrin ialah prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya dapat
diterima (Hajah Noresah bt Baharom, 2002). Maksud Khurafat pula ialah ajaran yang
bukan-bukan, atau karut, dongeng dan tahyul (Hajah Noresah bt Baharom,2002). al-
khurafat juga bermaksud cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk
akal. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak memiliki dasar atau bersumber
daripada ajaran agama tetapi diyakini bahawa hal tersebut berasal dan memiliki dasar
daripada agama (Ensiklopedia Islam, 2004).

Merujuk kepada etimologi, adalah ternyata khurafat berasal dari bahasa arab kharafa-
yakhrifu-kharfan-khurafatan. Padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada supersition atau
supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita
bohong dongeng dan tahayul atau sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta
tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam, 1997) atau sesuatu cerita yang dusta tetapi
menarik (Ibnu Manzur, 1907). Menurut aspek terminologinya bererti lemah akal kerana
ketuaan atau orang yang rosak akalnya sebab nyanyuk kerana terlalu tua (Ibnu Manzur,
1907). Manakala, dalam buku kecil Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan
Akidah, JAKIM 2006, mendefinasikan khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan
yang dicampuradukkan dengan pekara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat
istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Semua pekara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan
dosa. Tegasnya, kurafat adalah amalan atau fahaman atau tingkahlaku atau perbuatan yang
bercanggah dengan akidah dan syariah Islam. Oleh itu kurafat boleh diketagorikan sebagai
ajaran sesat (JAKIM, 2006).

3.0 Pengertian Khurafat Dari Sudut Istilah

946
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Menurut Husin Abdul Wahid, khurafat adalah perkara yang saling bersilih ganti dengan
dongeng yang asasnya tidak wujud. Khurafat adalah merupakan dongeng yang berubah-ubah
yang dikhayalkan dan digambarkan oleh masyarakat sebagai makhluk halus yang boleh
berubah kepada menyerupai sesuatu. Sesuatu gambaran yang dikhayalkan berdasar realiti
semasa atau identiti masyarakat setempat Hai Bin Yaqdzan berpandangan khurafat berlaku
atas sebab manusia yang sifatnya inginkan motivasi dan perlukan kekuatan dalam menjalani
kehidupan. Kompenan yang penting kewujudan khurafat ini adalah dari generasi berpindah
ke generasi seterusnya dengan versi yang sama tetapi ditokok tambah dan penyelewengan
yang semakin berkembang (Hussin Abdul Wahid, 1980).

Manakala Dr Ali Mahfuz, seorang ahli teologi Islam, mendefinisikan khurafat adalah sesuatu
yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Orang yang membawa hal-hal yang bersifat
khurafat biasanya suka memutarbalikkan fakta, memberikan hal-hal yang bersifat dusta dan
menonjolkan hal-hal yang batil (Hussin Abdul Wahid, 1980).

Dari sudut kategori bidah pula, keberadaan khurafat adalah sebahagian dari bidah yang
diertikan sebagai penambahan kepada apa yang dibenarkan syarak. Penambahan dalam hal-
hal ibadah disebut bidah, manakala dalam kepercayaan (akidah) dinamakan bidah akidah
atau khurafat (H.Djarnawi Hadi Kusuma, t.t.).

Al-Sheikh Ali Mahfuz menjelaskan bidah akidah (khurafat) sebagai kepercayaan kepada
sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w. (Ali Mahfuz, t.t) Justeru, setiap
individu perlu memahami secara jelas dan tidak memandang remeh perkara bidah agar tidak
terjerumus ke dalam khurafat.

4.0 Pengertian Khurafat dari Aspek Pandangan Ulama

Berpandukan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan malaysia


Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Augus 1996 telah
membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah
memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan
panduan kepada orang ramai (E-Fatwa,1996):

947
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

i. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang,
adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari
ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat
karut atau dusta.
ii. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan
bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan
objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa
ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
iii. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan
yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith,
ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.
iv. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan
oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang
bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong
di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.
v. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal,
ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang
dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Justeru, pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam mengklasifikan bentuk amalan
khurafat dalam masyarakat Islam adalah bercirikan seperti berikut:

i. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak samaada al-Quran dan al-Hadith


(Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam,2010).
ii. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut (Kementerian
Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam,2010) .
iii. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah
dengan Islam (JAKIM, 1997).
iv. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang
memudharatkan dan menyeleweng dari akidah Islam (JAKIM, 1997).
v. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk
tujuan tertentu (JAKIM,1997).
vi. Mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam (JAKIM,1997).

948
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Manakala digolongkan syirik jika percaya bahawa ada yang memberi kesan selain Allah,
percaya bahawa ada yang mempunyai kekuasaan mutlak selain Allah. Seperti iktikad
(kepercayaan orang-orang yang mengabdi diri kepada berhala dan meminta pertolongan
kepadanya dalam perkara yang diluar kuasa manusia, seperti meminta menang dalam
pertandingan atau perlawanan, meminta sembuh dari sakit tanpa usaha berubat (Inilah syirik
yang dilakukan oleh kaum watsani (penyembah berhala,tugu dan sebagainya), dan golongan
seperti mereka. Syariat datang menghapuskannya dan Islam menghanjurkan untuk
mengembalikan perkara diluar kekuasaan manusia dan sebab-sebab alami kepada Allah yang
Maha Esa sahaja (Muhammad Abduh, 1960) .

Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, bolehlah dirumuskan bahawa istilah doktrin


khurafat merujuk kepada samaada sesuatu perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah,
bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau mazhab yang dipercayai dan
diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan atau penderitaan kepada
seseorang. Hakikatnya, semua itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat sumber
dan suruhan agama Islam yang suci. Pada waktu yang sama bertentangan dengan logik akal
yang sihat dan tidak bersandarkan kepada realiti, kerana ia merupakan sesuatu yang batil,
langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.

5.0 Pemahaman Doktrin Khurafat Menurut Perspektif al-Quran

Al-Quran hanya menyatakan hukum secara ringkas dan melalui kaedah kuliyyah (Yusuf al-
Qaradawi, 2006). Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sebab dan implikasi
daripada perbuatan khurafat. Walaupun tidak ada satu ayat khusus yang menyebutkan secara
jelas tentang perkataan khurafat (Che Zarina Shaari, 2002). Antara contoh ayat al-Quran ini
menyebutkan, orang mukmin mesti percaya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi
nikmat atau bala kepada manusia. Ini dinyatakan dalam Firman Allah s.w.t (Che Zarina
Shaari, 2002):

Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan


menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah
bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan

949
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang


beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51 )

Menerusi ayat ini Allah s.w.t telah menjelaskan segala kebaikan dan kemudaratan adalah
datangnya dari Allah s.w.t dan atas izin dan ketetapan-Nya jua. Ayat ini memberi petunjuk
kepada Rasulullah s.a.w bagaimana menghadapi sikap para munafiqin itu dan memerintahkan
agar baginda menjawab pernyataan orang munafiqin dengan mengatakan Sekali-kali tidak
ada sesuatu yang akan menimpa diri kami selain apa yang telah ditetapkan dan ditakdirkan
oleh Allah s.w.t. Dia-lah pelindung kami dan hanya kepada-Nya kami dan orang-orang
mukmin bertawakkal (H.Halim Bahreisy,1998). Allah S.W.T juga memperkukuhkan tentang
sifat Allah yang berkuasa dan ke-Esaan-Nya dengan menafikan sekerasnya perbuatan dan
kepercayaan dongeng dan tidak benar sebilangan masyarakat seperti yang disebut di dalam
dalam al-Quran:

Maksudnya:(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah


Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri?Dia pula yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan
segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah
Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan
(ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya.
( Surah al-Anam 6: 101-102)

Ayat ini memperjelaskan kesesatan dari kaum musyirikin yang mempersekutukan Allah
dengan Jin dan lain-lainnya, padahal Allah-lah pencipta langit dan segala sesuatu dan
mengetahui segala sesuatu. Semua yang ada adalah makhluk yang dijadikan, bukan anak
Allah walau berupa malaikat atau nabi dan rasul yang terdekat dengan Allah S.W.T. Allah
juga menekankan kepada setiap insan bahawa itulah sesungguhnya Allah yang bersifat
kekuasaan, kebesaran, tiada Tuhan kecuali Dia, pencipta segala sesuatu, maka hanya Allah
kalian harus mengabdi, menyembah, taat dan patuh, bahkan Dia-lah yang menjamin segala
sesuatu (H.Halim Bahreisy, 1988).

950
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Allah s.w.t juga melarang keras makhluknya mensyirikkan-Nya seperti yang dijelaskankan
di dalam al-Quran:

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan


siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari
dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu
sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya
beribadat kepada Allah. (surah Fussilat 4 : 37)

Ayat di atas juga membuktikan keberadaan khurafat dan perkara syirik sejak zaman
Rasulullah s.a.w. dan nabi sebelumnya lagi. Allah s.w.t tetap menekankan di dalam al-Quran
tentang kekuasaan-Nya sebagai asas pemantapan aqidah antaranya Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).


(Surah al-Fatihah 1 : 4)

Hamba Allah yang sebenarnya ialah: Orang yang menyembah kepada-Nya tidak kepada yang
lain. Kerana tiada sesuatu yang boleh memberi manfaat atau mudharat selain Allah berkuasa
memberi pengadilan (Ahmad Sonhadji Mohammad, 1988).

Antara amalan khurafat yang masih diamalkan masyarakat kontemporari ialah amalan tilik
menilik nasib. Iaitu perbuatan bertenung dan mempercayai apakah baik atau buruknya akibat
keputusan hasil tindakan yang akan dilaksanan. Amalan mempercayai tilik nasib adalah
perbuatan khurafat dan dilarang keras di dalam Islam. Al-Quran membuktikan kewujudannya
dengan menjelaskan tiada yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Sepertimana Firman Allah
s.w.t.

951
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Maksudnya: Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi


yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah
mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup
semula (sesudah mati).(Surah al-Naml 27: 65)
Berdasar maksud ayat ini juga menjelaskan kekuasaan-Nya sebagai kesinambungan pada ayat
sebelum-Nya yang membuktikan Allah mencabar kaum yang mengerjakan amalan syirik agar
membuktikan tentang kebenaran syirik yang dilakukan oleh kaum kafir musyrik (JAKIM,
2001).

Secara terperinci Allah menjelaskan lagi:

Maksudnya: Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi


diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah
dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan
mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah
dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah
(Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan
membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.

(Surah Al-Araf 7 : 188)

Ayat-ayat al-Quran di atas telah menerangkan secara umum keberadaan khurafat dan methide
mengatasi serta implikasi khurafat. Ini dikukuhkan lagi dengan al-Hadith bagi menolak
beberapa amalan yang bertentangan dengan Islam dan menjelaskan kebenaran ajaran Islam.

6.0 Pemahaman Doktrin Khurafat Menurut Perspektif al-Hadith

952
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Istilah khurafat dan kemunculan asal usulnya bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi
(Ensiklopedia Hukum Islam, 1997). Istilah ini muncul setelah timbulnya cerita tentang khurafat,
Abi al-Kalabi menceritakan bahawa ada seorang lelaki dari Bani Uzrah. Suatu hari ia telah
ditangkap oleh jin, setelah itu ia pun dikembalikan oleh jin kepada kaumnya lantas ia
menceritakan tentang peristiwa dan kejadian aneh dan menakjubkan yang pernah ia lihat
semasa berada di alam jin. Sebaik mendengar cerita itu, orang ramai menjadi taajub dan
berkata bahawa ia sesuatu yang tidak masuk akal dan ia adalah cerita khurafat (Ibnu Manzur,
1907),.
Asal usul khurafat ini juga telah diriwayatkan menerusi hadith tersebut:

Maksudnya:Dari Aisyah berkata; "Pada Suatu malam Nabi s.a.w bercerita


kepada para istrinya, lalu ada salah seorang dari mereka berkata; 'Wahai
Rasulullah, itu adalah cerita khurafat.' Rasulullah s.a.w bersabda: "Apakah
kalian tahu apa itu khurafat? khurafat adalah seorang laki-laki dari
Udzrah yang ditawan oleh para jin di masa jahiliyyah, ia tinggal bersama
mereka dalam jangka waktu sekian lama, kemudian para jin tersebut
mengembalikannya kepada wujud manusia, lalu Khurafat bercerita kepada
orang ramai tentang hal-hal yang menghairankan yang ia lihat di alam jin,
hingga akhirnya orang-ramai berkata; cerita Khurafat." Ayahku berkata;
Abu Uqail ini adalah tsiqah, nama dia Abdulloh bin Aqil Ats-Tsaqafi.
(Musnad Ahmad :24085)

7.0 Pemahaman dalam bentuk-Bentuk Khurafat Menurut Perspektif Al-Quran Dan


Hadith

Selain hadith-hadith yang menjelaskan asal usul khurafat, makna, sebab dan implikasi serta
hukum meyakini amalan khurafat, terdapat juga hadith-hadith lain menjelaskan bentuk-
bentuk keberadaan khurafat di zaman Rasulullah s.a.w. yang perlu difahamai secara tuntas

953
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

oleh masyarakat bagi mengenalpasti pro dan kontra setiap amalan dalam syariat Islam.
Antara ayat al-Quran dan hadith-hadith berkaitan adalah:

7.1 Pertama: Peristiwa Pohon Baiatur Ridwan


Ketika pemerintahan Khalifah 'Umar bin al-Khatthb, muncul gejala pada sebagian kaum
muslimin yang memiliki kebergantungan kepada barang-barang peninggalan dan kenangan
sejarah yang tidak bercantum keutamaannya dalam nas. Peristiwa pokok ini telah
mempengaruhi aqidah dan amalan dalam agama masyarakat ketika itu dilihat Umar r.a
menyumbang kepada kepercayaan dan amalan masyarakat kearah khurafat dan syirik .
Khalifah 'Umar bin al-Khattb dan para sahabat melarang dan memperingatkan manusia dari
perbuatan tersebut. Tertera dalam Al-Quran sejarah Rasulullah bersama sahabat di bawah
sebuah pohon sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Fath ayat18:

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang


beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu
(wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di
Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya
tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu
Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas
mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.(al-Fath:48:15)

Sebab penurunan ayat al-Quran ini yang mengisahkan ketika Rasulullah s.a.w
mengumpulkan seluruh mukminin di bawah pohon dan mengambil sumpah mereka untuk
bersedia berjihad memerangi orang-orang kafir yang menghalang mereka untuk memasuki
Mekah mengerjakan umrah ketika itu. Umat Islam berbaiah (bersumpah) satu persatu
dengan cara meletakkan tangannya ke atas tangan Rasulullah. Baginda yang terakhir
meletakkan satu tangan baginda sendiri ke atas tangan baginda sendiri sambil mengatakan
bahwa yang satu adalah tangan Usman, Baginda telah mewakili Usman berbaiat. Ini adalah
salah satu penghormatan unik terhadap Usman dimana Rasulullah s.a.w mengibaratkan

954
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

tangan baginda sebagai tangan Usman. Setelah kembalinya Usman bersama rombongan
mukminin tersebut, maka iapun berbai'at untuk dirinya sendiri (Ahmad Bin Abdul Rahman
al-Suyan, 1999).

Mereka yang ikut serta dalam peristiwa bai'aturridwan ini telah diberi penghormatan
besar oleh Allah dan Rasulnya. At-Tabari mentafsirkan ayat ini dari kisah Rasulullah s.a.w
dan Allah sangat menyukai sumpah yang telah diucapkan oleh para sahabat ini. Baiat ini
terjadi di bawah pohon di Hudaibiyah.

Umar bin Khattab memerintahkan agar pohon (baiatur ridwan ) untuk ditebang. Beliau
menebangnya karena ramai manusia yang pergi ke sana dan salat di bawahnya. Ini
membuatnya bimbangakan terjadi fitnah (kesyirikan) terhadap mereka (Ahmad Bin Abdul
Rahman al-Suyan, 1999).

7.2 Kedua: Kisah Kepercayaan Keramat Pada Pohon Zatu Anwat.

Kisah pohon zatu anwath, iaitu pohon milik orang musyrik yang menggantungkan senjata-
senjata mereka di pohon tersebut karena dianggap keramat. Rasulullah s.a.w. melarang
perkara tersebut. Ini diriwayat kan dari Abu Waqid al-Laitsi r.a., dia berkata,

Maksudnya:Dahulu kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. keluar


menuju Khaibar. Lalu, baginda melalui pohon orang musyrik yang
dinamakan zatu Anwat. Mereka menggantungkan senjata mereka. Lalu
mereka berkata, Wahai Rasulullah!Buatkanlah untuk kami zatu
Anwat.(tempat menggantungkan senjata) sebagaimana mereka memiliki
zatu Anwat.. Rasulullah s.a.w menjawab, Subhanallah! Sebagaimana
yang dikatakan oleh kaum Musa: Jadikanlah untuk kami sesembahan
sebagaimana mereka memiliki sesembahan-sesembahan. Kalian benar-
benar akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang-orang sebelum
kalian. (Sunan Tirmidzi : 2106 )

Penjelasan bahwa tabarruk (ambil berkah) dengan pohon dan batu, beritikaf di situ dan
menggantungkan hati padanya merupakan kesyirikan yang terjadi pada umat ini. Mereka

955
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

yang terjerumus dalam hal ini, maka mereka mengikut jalan Yahudi dan Nasrani
meninggalkan jalan dan petunjuk Nabi s.a.w.

7.3 Ketiga: Percaya Kepada Sial Majal Gerhana Matahari


Seperti yang disebutkan dalam hadith antaranya:

Maksudnya:Abu Bakrah berkata, "Kami pernah duduk-duduk bersama


Rasulullah s.a.w lalu terjadi gerhana matahari. Rasulullah berdiri
menjulurkan selendangnya hingga masuk ke dalam masjid, kamipun ikut
masuk ke dalam Masjid, baginda lalu mengimami kami shalat dua rakaat
hingga matahari kembali nampak bersinar. Setelah itu baginda bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana
disebabkan karena matinya seseorang. Jika kalian melihat gerhana keduanya,
maka dirikanlah shalat dan banyaklah berdoa hingga selesai gerhana yang
terjadi pada kalian." (Shahih Bukhari :982)

Menerusi hadith lain juga Rasulullah s.a.w menerangkan:

Maksudnya:Al Mughirah bin Syu'bah berkata, "Pada masa Rasulullah


s.a.w. pernah terjadi gerhana matahari, iaitu di hari wafatnya putera
baginda, Ibrahim. Orang ramai lalu berkata, "Gerhana matahari ini terjadi
karena meninggalnya Ibrahim!" Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana

956
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat


gerhana, maka salat dan berdoalah kalian kepada Allah."
(Shahih Bukhari :985)

Hadith di atas jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. menentang kepercayaan dan amalan
khurafat yang jelas melemahkan diri dan pemikiran seseorang. Kepercayaan terhadap
gerhana matahari yang berlaku disebabkan matinya seseorang adalah salah dan khurafat.

7.4 Keempat: Percaya Kepada Kesan Binatang


Rasulullah pernah melarang mereka yang percaya hujan turun disebabkan oleh binatang.
Antara hadith yang menerangkan larangan ini ialah, Zaid Bin Khalid menceritakan,
Rasulullah menjadi imam solat subuh di Hudaidiyyah, selepas hujan turun pada sebelah
malamnya. Apabila telah selesai solat, baginda berpaling kepada orang ramai dan berkata,
tahukah saudara sekalian apa kata Tuhan saudara? Mereka menjawab, Allah dan Utusan-
Nya yang lebih tahu. Rasulullah pun menerangkan, Allah menerangkan Ada hamba-ku
yang bangun pagi dalam keadaan beriman yakin kepada-ku dan ada pula yang kafir kepada
binatang. Manakala mereka berkata, Hujan turun kepada kami disebabkan binatang itu
binatang ini, itulah orang yang kafir kepada-Ku dan yakin kepada binatang (Riwayat
Bukhari Dan Muslim), (Imam Nawawi,2012).

Maksudnya: Dari Jabir dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam bersabda: Tidak ada penyakit yang menular secara sendirian,
tidak ada pengaruh atau tanda bahaya karena suara burung, dan tidak ada
hantu." (Shahih Muslim :4119)

7.5 Kelima: Kepercayaan Tahayyul, safar dan pengaruh burung

957
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas


bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak penyakit menular tanpa izin Allah,
tidak ada pengaruh disebabkankan seekor burung, Tetapi yang
mengagumkanku ialah Al Fa'l, yaitu kalimah hasanah atau kalimat
thayyibah." (Shahih Muslim : 4123)

Rasulullah s.a.w menerangkan tiada pengaruh dan kesan bala atau kecelakaan disebabkan
burung dan juga tidaka akan berlaku kesan penyakit menular tanpa izin Allah s.w.t. bersabda
Rasulullah lagi maksudnya:

Maksudnya: Dari Jabir Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada penyakit


yang menular secara sendirian tanpa izin Allah, tidak ada hantu
bergentayangan dan tidak ada shafar (penyakit perut) yang terjadi
dengan sendirinya."
(Shahih Muslim:4120)

Justeru, masyarakat arab Jahilliyyah di zaman Rasulullah s.a.w. mempunyai keparcayaan


bahawa bulan safar banyak mendatangkan bala, untung nasib di kemudian hari yang
kononnya dapat diketahui melalui cara menilik untung dan burung hantu membawa sial. Ini
jelas menyalahi akidah dan dianggap khurafat kerana bertentangan dengan hadith Rasulullah
s.a.w . seperti yang telah dijelaskan di atas (Al-Bukhari al-Karmani,1981). Kepercayaan
kaum Musyabbihah dan kaum Mujassimah yang menyifatkan Allah menyerupai makhluk,
juga dianggap khurafat (Ali Mahfuz,t.t). Ini kerana menyalahi firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Tidak ada sesuatu yang menyerupai Allah s.w.t.(As-Syura 42:11).

958
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kesimpulannya menunjukkan bahawa perkaraperkara khurafat itu sememangnya banyak


jenis dan bentuknya. Ini dipandang kepada istilah khurafat itu sendiri, apa sahaja kepercayaan
yang bertentangan dengan ajaran Islam dinamakan khurafat. Bentuk-bentuk khurafat di
zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat ini masih jelas dilihat keberadaanya dalam kalangan
masyarakat Melayu hingga kini.

6.0 Hukum Terhadap Amalan Khurafat

Apabila membicarakan persoalan khurafat, Islam berpandangan bahawa semua bentuk


pemujaan yang terdapat dalam animisme adalah termasuk dalam syirik, ertinya
mempersekutukan Tuhan, kerana pemujaan yang terdapat di dalamnnya hanya tertumpu
kepada bahagian-bahagian alam yang diciptakan Tuhan (Warden Amir, 1976) . Islam telah
mengharamkan amalan khurafat kepada manusia menerusi al-Quran dan al-Hadith sebagai
petunjuk jelas kepada manusia. Amalan khurafat dan menyeleweng dan berkait rapat dengan
syirik amat dimurkai Allah S.W.T dan amat ditegah dalam Islam seperti yang dinyatakan
antaranya sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari 'Ubaidullah telah
bercerita kepadaku Nafi' dari Shafiyyah dari salah seorang istri Nabi Shallallahu
'alaihi wa salam dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barangsiapa
mendatangi peramal lalu mempercayai ucapannya, shalatnya selama empatpuluh
hari tidak diterima." (Musnad Ahmad : 22138)

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Jin ayat 6 :

Maksudnya:Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)


beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan
meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan

959
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan


jahat. (Surah al-Jin72:9)

Firman Allah s.w.t dam surah Al-nisa Ayat 116:

Maksudnya:Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang


mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan
yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh.

Hukum orang yang menafikan ke-Esaan Allah S.W.T dengan meyakini sesuatu yang lain
selain Allah, contohnya pemujaan kubur dengan mempercayai boleh menolak musibah
adalah syirik besar (Mohammad Solih Al-Asimain,1426). Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan


sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan
tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi
orang-orang yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah 5:72)

Manakala terdapat banyak Hadith Rasulullah s.a.w yang menyentuh berkaitan hukum perkara
yang diada-adakan tanpa ada nas yang benar, dongeng dan khurafat ini antaranya:

960
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Maksudnya:Dari Al Qasim bin Muhammad dari 'Aisyah radliallahu 'anha


ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membuat-buat suatu
perkara yang tidak ada dalam agama kami, maka akan tertolak." Ibnu Isa
menyebutkan, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membuat perkara
baru selain dari yang kami perintahkan maka akan tertolak."
(Sunan Abu Daud:3990)

Al-Hafiz Ibnu Rejab berkata: Hadis ini merupakan antara dasar Islam, iaitu sebagai
timbangan amal secara zahir sebagaimana hadis yang berbunyi Setiap amalan itu tergantung
niat menjadi timbangan amal secara batin (Sheikh Saad Yusuf Abu Aziz, t.t).

Maksudnya:Dari Kharijah bin Ash Shalt At Tamimi dari Pamannya ia


berkata, "Kami datang dari sisi Rasulullah s.a.w, kemudian kami datang
menemui suatu perkampungan Arab. Penduduk kampung itu kemudian
berkata, "Sesungguhnya kami telah diberitahu bahwa kalian datang dari
orang ini (Rasulullah s.a.w) dengan membawa kebaikan. Apakah kalian
memiliki ubat atau jampi? Sesungguhnya kami memiliki orang yang kurang
akal yang terikat." Bapa saudara Kharijah berkata, "Kami lantas
menjawab, "Ya." Kemudian mereka datang membawa orang yang kurang
akal yang terikat tersebut. Kemudian aku bacakan kepadanya Surat Al
Fatihah selama tiga hari pagi dan petang. Setiap kali aku selesai
membacanya aku kumpulkan ludahku kemudian aku ludahkan. Kemudian
orang tersebut seolah-olah telah terlepas dari belenggu." Bapa saudara

961
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kharijah berkata lagi, "Kemudian mereka memberiku hadiah. Lalu aku


katakan, "Tidak akan aku bagikan hingga aku bertanya kepada Rasulullah
s.a.w." Baginda lantas bersabda: "Makanlah, demi Dzat yang
memanjangkan umurku. Sungguh, ada orang yang memakan dengan sebab
jampi batil, namun engkau makan dengan menggunakan jampi yang benar."
(Sunan Abu Daud:3402)
Justeru, Islam mensyariatkan berdoa untuk kesembuhan pesakit, menjampinya dengan al-
Quran al-Karim dan membaca ayat-ayat penyembuh seperti yang diharuskan syarak (Sheikh
Muhammad Al-Ghazali,2012). Sebagaimana setiap amal yang tidak dilakukan kerana Allah,
pelakunya tidak mendapat pahala, maka begitu juga setiap amal yang tidak berdasarkan
perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya, maka amal itu dikembalikan kepada pelakunya dengan
kata lain tidak mendapat pahala (Sheikh Muhammad Al-Ghazali,2012). Justeru, Doktrin
khurafat iaitu kepercayaan menganggap benar akan perkara khurafat perlu di dipatahkan
hujahnya berdasar kebenaran yang nyata dari al-Quran dan al-hadith. Kebenaran al-Quran
dan hadith-hadith yang memberi faham tentang bentuk amalan karut marut, dongeng dan
tiada asas dalam al-Quran dan al-hadith adalah dilarang di dalam Islam. Amalan yang
dilarang di zaman Rasulullah nyata bertentangan dengan konsep ketauhidan dan perlu
dipertanggungjawabkan kepada setiap muslim untuk mematuhi dan mencegah sehingga ke
hari ini.

8.0 Kesimpulan

Artikel ini jelas menunjukkan bahawa doktrin khurafat iaitu berkaitan semua cerita atau
rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan
perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. Lantaran itu, sentimen khurafat yang
berkembang sejak zaman awal Islam hingga masa kini, perlu ditangani dari akar umbi
melalui pemahaman sebenar berkaitan khurafat oleh setiap individu muslim terhadap kesan
bahaya pegangan khurafat. Malahan amalan serta budaya doktrin khurafat dari perspektif al-
Quran, hadith dan pandagan ulama menunjukkan hukumnya adalah haram kerana ia jelas
bertentangan dengan ajaran Islam yang memerintahkan hamba-hambaNya hanya beribadat
dan menyembah Allah sahaja dan tiada sebarang kemudharatan yang berlaku melainkan
dengan Qadha dan Qadar Allah.

962
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Melalui Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, khususnya komunikasi dan


informasi seiring perubahan kontemporari perlu di pelbagaikan alternatif menyampaikan
pemahaman secara tepat dan perbandingan yang betul atas makna khurafat, bentuk, sebab-
sebab berlaku dan kaedah penyelesaian khurafat dan perlu diambil serius oleh segenap
lapisan masyarakat. Pelbagai bentuk doktrin khurafat juga jelas kelihatan amat bertentangan
dengan al-Quran dan al-Hadith sehingga boleh merosakkan aqidah umat Islam. Penyelesaian
dan pemahaman secara sempurna oleh Rasulullah berkaitan khurafat yang berlaku sejak
zaman Rasulullah s.a.w perlu diaplikasi hingga kini oleh setiap badan dakwah dan setiap
individu. Khususnya, sebagai jaminan akidah dan amalan sebenar berdasar al-Quran dan al-
Hadis dalam seluruh kehidupan. Adanya keyakinan, keimanan yang kuat dan ilmu agama
yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith yang sahih di hati setiap mukmin, sudah pasti
akan menolak fitnah, khurafat, tahayyul, pembohongan dan lainnya.

Rujukan

Abu Dau. (2011) 39990.Ensiklopedia Hadith Kitab 9 Imam, ter: Lidwa Pusaka Lembaga
Ilmu Dakwah & Publikasi Sarana Keagamaan.

Ahmad Bin Abdul Rahman al-Suyan. (1999) Manhaj Al-Talaqqi Wa al-Istidlal Baina ahlu
al-Sunnah wa al-Mubtadiah, Bil.2. Dar al-Assalam.

Ahmad Sonhadji Mohammad. (1988)Tafsir al-Quran Juz 1, Kuala Lumpur: Pustaka al-
Mizan, Jalan Raja Alang.

Al-Bukhari al-Karmani. (1981/1401). Juzu 21, cet. Beirut: Dar Ihya al-Arabi.

Al-Mujam al-Falsafi. (1983). Qahirah, : al-Hayah al-Ammah li Shuun al-Matabi al-


Amiriyyah S.v Kharafah.

Ali Mahfuz. (t.t) Al-Ibda Fi Madhar al- Ibtida, Dar al-Itisan, cct.7, t.t, 52.

Asma Abu Bakar. (1992). Umar Ibnu al-Khattab, Min Khilal al-Tafsir al-Quranniyy al-
Mathur Anhu, Ter: Beirut, Lubnan: Dar kutub al-Alamiyyah.

Che Zarina Shaari , Khurafat antara Adat dan Agama dalam Majalah al-Islam. ( Kuala
Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad, bil.338, (Febuari 2002), 20.

E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam.

Ensiklopedia Hukum Islam 1997 : Ensiklopedi Islam 1994; dan Mujam al-Falsafi 1983.Lihat
juga, kamus Dwi-Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, 261.

963
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Ensiklopedia Hukum Islam, (1997), Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 936.

Ensiklopedia Islam (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), 3: 57.

JAKIM. (1997). Garis Panduan Khurafat dan Azimat (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.

Hajah Noresah bt Baharom et.al. (2002) Kamus Dewan Edisi Ketiga, ( Ampang, Selangor
Darul Ehsan: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

H.Djarnawi Hadi Kusuma. (t.t) Ahli Sunnah Wal-Jamaah , Bidad Dan Khurafat, cct.TV,
Percetakan Percetakan Persatuan Yogyakarta.

H.Halim Bahreisy, H.Said Bahreisy. (1998). Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir. ( Kuala
Lumpur: Vic tory Agency, P.O Box 12359, 18, Jalan Kovil Hilir.

H.Halim Bahreisy, H.Said Bahreisy, Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, 293-295.

Hussin Abdul Wahid. (1998). Al-Tafsir al-alami llilkharafat, Itiraafaat Ifrit, terbit: Dar
akhbar al-yaum, Jumhuriyyah Misr al-Arabiyyah Qimah al-Isytirak al-Tsanawi 06,
Janiha Misriyyah.

Hj. Mustakin. (1999). Indeks al-Quran Panduan Mencari Ayat Al-Quran, ter: Kuala Lumpur:
Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.

Halaqah.Net, dikemaskini 12 Jun 2010, diakses 6 April 2016, Http://Www.Religious


Affairs.Gov.Bn/Index.Php?Ch= Bm_Artikelislam&Pg= Bm_Info_Islam&Ac=76

H.Moh Abdaib Rothom. (2000). Shahih Bukhari Jil 1,II,III, ( Kuala Lumpur : Victory
Agency, Jalan Kovil Hilir.

Ibnu Manzur. (1907). Lisan al-Arab. Beirut.

Imam Nawawi. ( 2012). Riyadus Solihin,terjem: Ainon Mohd et.al ( Selangor: PTS Islamika
Sdn. Bhd. Jln DBP Batu Caves.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian
Al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikr, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam, Khurafat Menurut Islam:Pengaruh


Dan Kesannya Kepada Aqidah Umat Islam, Laman sesawang, Islam untuk semua

Mohammad Solih Al-Asimayn. (1426H) Fatawa arkan Al-Islam ter: Dar al-Syiriya.

Muhammad Abduh. (1353H/1960). Risalah Tauhid. Mesir : Al-Manar.

Musnad Ahmad. 24085, (2011). Ensiklopedi Hadith Kitab 9 Imam, ter: Lidwa Pusaka
Lembaga Ilmu Dakwah & Publikasi Sarana Keagamaan

964
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Muzakarah Kali Ke-40, Akidah, Tarikh keputusan: 9 Ogos 1996. Diakses pada 2 Febuari
2015.

Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, (JAKIM, 2006), 16.

Prof Hamka, Tafsir al-Azhar, juzu 7,8,9, Yayasan NurulIslam, t.t, 216.

Sheikh Abdullah Basmieh. (2013). Tafsir Pimpinan Al-Rahman, (Kuala Lumpur: Dar al-Fikr,
Jln Abd Rahman Idris off Jln Raja muda Abdul Aziz.

Sheikh Muhammad Al-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Al-Zuhaili.


(2012). Membersihkan Diri Dan Masyarakat Daripada Bidah Dan Khurafat. terj:
Prof. Madya Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, tr: Al-Hidayah House Of
Publishers SDN BHD, Cet: Zafar Sdn. Bhd.

Sheikh Saad Yusuf Abu Aziz. (t.t). Ensiklopedia Sunnah & Bidaah, Ter: Perniagaan
Jahabersa, Taman Kempas, Johor Bharu, johor. Cet: Percetakan Impian Sdn.Bhd, Jln
Rosemerah 1/3, Taman Johor Jaya, Johor Bharu.

Sunan Abu Daud 3402, Bab Pengubatan Dan Tata Cara Ruqyah.

Yusuf al-Qaradawi. (2006). Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab. Cet. Ke-2. Beirut: Dar al-Syuruq.

Yusuf al-Qardhawi. (1973), al-Halal wa al-Haram, fi al-Islam, Beirut al-Maktab al-Islami.


Della Summers et. al. (2003), Longman Dictionary of Contemporary English,
England : Pearson Education Limited.
Yusuf al-Qardhawi. (1996). Al-Aqlu wal-Ilmi Fil-Quran al-Karim, Ter: Maktabah Wahbah,
Qahirah, Cet: Matbaah al-Madani, Muassasah Saudiyyah, Mesir.

Warden Amir. (1976), Perbandingan Agama, Jil 1, Semarang : Toha Putra, 22-23.

965

Anda mungkin juga menyukai