Anda di halaman 1dari 40

Dua Jiwa Sosialisme

Oleh Hal Draper


The Two Souls of Socialism muncul dalam New Politics, Jilid 5, Nombor 1 (Musim
Sejuk 1966), muka surat 57-84, sebagai risalah yang diterbitkan oleh Sosialis
Antarabangsa (Taman Highland, Michigan). Edisi baru (cetakan keempat) pada
tahun 1970 termasuk dalam Sosialisme Dari Bawah oleh Hal Draper, karangan-
karangan terpilih, disunting dengan pengenalan oleh E. Haberkern (Terbitan
Humanities, 1992, muka surat 2-33). Satu perenggan di bahagian Apa yang
dilakukan oleh Marx di bawah muncul dalam risalah tahun 1966 tetapi bukannya
edisi Sosialisme Dari Bawah.
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Ogos 2002).

Nota dari Sosialis Antarabangsa, Taman Highland, Michigan (Amerika


Syarikat)
Ini merupakan versi yang ditulis semula dan lebih panjang berbanding kajian yang
mula-mulanya muncul dalam majalah pelajar sosialis bertajuk Anvil (Musim Sejuk
1960) dan kemudiannya dicetak dua atau tiga kali di tempat-tempat lain.
Bingkainya, kandungan umum, dan beberapa petikan masih terdapat di sini, tetapi
saya telah mengambil peluang edisi baru ini untuk membuat kajian semula
berbanding dengan draf kasar dahulu.
Matlamatnya bukanlah untuk memberikan sejarah pemikiran sosialis secara
ringkasan, tetapi hanya untuk menggambarkan sesuatu tesis tesis itu adalah
pemahaman maksud sosialis secara bersejarah dan cara sosialisme menjadi
bermaksud seperti hari ini. Demi ini, saya telah memetik untuk perbincangan
beberapa aliran sosialis yang paling penting sehingga awal abad ke-20, kerana
tujuan kajian adalah punca-punca gerakan sosialis moden. Terdapatnya beberapa
aliran yang sememangnya rumit untuk dikaji dengan ringkas, dan maka tidak dikaji
sama sekali, seperti sindikalisme, DeLeonisme, Bolshevisme, Perang Dunia
Pertama, pihak liberal kolektivis, dan sebagainya; tetapi saya percaya bahawa
kajiannya membawa kesimpulan-kesimpulan yang serupa.
Kesusahan utama dalam melayani subjek ini dengan ringkas adalah pengukuhan
mitos di kalangan sejarah yang dutulis mengenai sosialisme. Di hujung karya ini,
saya telah menyenaraikan beberapa buku yang sangat berguna bagi beberapa isi
yang dibincangkan di sini; bagi isi kandungan lain, pembaca yang tertarik hanya
perlulah kembali ke punca-puncanya. Tidak terdapatnya sejarah pemikiran sosialis
yang baik pada hari ini, dan mungkin tidak akan terdapatnya karya seperti itu
sehingga lebih ramai ilmiawan sosialis memulakan usaha seperti yang dilakukan
oleh E. P. Thompson bagi William Morris, di mana imejnya sudah hampir
dibinasakan sepenuhnya oleh mitos-mitos.
Berkenaan dengan William Morris, saya telah membaca semula Sesuatu Mimpi
Mengenai John Ball [A Dream of John Ball], dan sekali lagi telah melintasi petikan
yang seringkali diginuakan mengenai Biarlah kita memetiknya sekali lagi,
sebagai pendahuluan bagi mukasurat-mukasurat yang mengikuti: Saya telah
mempertimbangkan benda-benda ini, dan bagaimana manusia berjuang dan kalah
dalam pertempuran, dan benda yang mereka memperjuangkan muncul meskipun
kekalahan mereka, dan apabila ia muncul seperti sesuatu yang tidak tepat, dan
manusia lain telah berjuang demi apa yang mereka maksudkan di bawah nama
yang lain
Hal Draper
Dua Jiwa Sosialisme
Krisis sosialisme pada hari ini adalah krisis maksud sosialisme. Buat kali pertama
dalam sejarah dunia, kemungkinan besar majoriti orang mengatakan diri mereka
sebagai sosialis dari satu segi atau segi yang lain, tetapi tidak terdapatnya masa
apabila label itu sebegitu tidak bermaksud. Benda yang paling dekat dengan
kandungan bersama segala sosialisme itu adalah sesuatu yang negative: anti-
kapitalisme. Pada sebelah positif, keluasan idea-idea yang bercanggah dan tidak
sepadan yang memanggil dirinya sosialis adalah lebih luas daripada idea-idea
dalam dunia borjuasi.
Malah, anti-kapitalisme juga memegang faktor serupa yang semakin menyingkir.
Di satu bahagian spektrum tersebut, beberapa parti demokrasi sosial telah
menghapuskan apa-apa tuntutan sosialis khusus daripada rancangan-rancangan
mereka, sambil berjanji untuk mengekalkan usaha swasta di merata-rata. Contoh
yang paling baik adalah demokrasi sosial Jerman. (Sebagai sesuatu idea, sesuatu
falsafah, sesuatu gerakan sosial, sosialisme di Jerman tidak lagi diwakili oleh
sebuah parti politik, merumuskan D. A. Chalmers, dalam bukunya bertajuk Parti
Demokrasi Sosial di Jerman.) Parti-parti ini telah menghapuskan sosialisme dalam
rancangan mereka, tetapi aliran yang mereka telah mengukuhkan adalah aliran
seluruh demokrasi sosial reformis. Dari segi apakah parti-parti ini masih bersifat
sosialis?
Dalam sebahagian lain gambar dunia ini, terdapatnya negara-negara Komunis, di
mana tuntutan mereka sebagai negara sosialis adalah berdasarkan sesuatu negatif:
pembasmian sistem keuntungan swasta kapitalis, dan fakta bahawa kelas yang
memerintah tidak terdiri daripada pemilik-pemilik harta peribadi. Namun, pada
sebelah positif, sistem sosio-ekonomi yang telah menggantikan kapitalisme di sana
sudah pasti tidak akan dikenali oleh Karl Marx. Kerajaan memiliki cara-cara
pengeluaran tetapi siapakah yang memiliki kerajaan? Sudah pasti bukannya
para pekerja, yang dieksploitasi, tidak bebas, dan dipulaukan dari segala kawalan
sosial dan politik. Sebuah kelas baru memerintah, iaitu pihak majikan birokratik; ia
memerintah sebuah sistem kolektivis sejenis kolektivisme birokratik. Jika
pemusatan kerajaan disamakan secara mekanikal dengan sosialisme, dari segi
apakah masyarakat-masyarakat ini bersifat sosialis?
Kedua-dua jenis sosialisme ini sangatlah berbeza, tetapi ia mempunya lebih banyak
persamaan daripada yang dijangka. Demokrasi sosial biasanya telah bermimpi
untuk mensosialkan kapitalisme dari atas. Prinsipnya sentiasa adalah bahawa
campur tangan kerajaan dalam masyarakat dan ekonomi adalah bersifat sosialistik
secara umum. Ia mempunyai wajah yang serupa dengan konsep Stalinis untuk
menekan sesuatu yang dinamakan sosialisme dari atas, dan menyamakan
pemusatan kerajaan dengan sosialisme. Kedua-duanya mempunyai akar dalam
sejarah kabur idea sosialis.
Kembali ke akarnya: mukasurat-mukasurat berikut bercadang untuk mengkaji
maksud sosialisme secara bersejarah, dalam cara yang baru. Sentiasa terdapatnya
jenis-jenis sosialisme yang berbeza, dan ia biasanya dibahagikan kepada sifat
reformis atau revolusioner, damai atau ganas, demokratik atau mutlak, dan
sebagainya. Pembahagian-pembahagian ini memang wujud, tetapi pembahagian
dasar adalah sesuatu yang berbeza. Sepanjang sejarah gerakan-gerakan dan idea-
idea sosialis, pembahagian asas adalah di antara Sosialisme Dari Atas dan
Sosialisme Dari Bawah.
Apa yang menyatukan kebanyakan bentuk Sosialisme Dari Atas yang berbeza
adalah konsep bahawa sosialisme (atau sesuatu yang menyerupai sosialisme) perlu
diberikan kepada rakyat jelata yang berharga dalam satu bentuk atau bentuk yang
lain, oleh sebuah elit pemerintah yang tidak tertakluk kepada kawalan rakyat. Hati
Sosialisme Dari Bawah adalah pandangan bahawa sosialisme hanya dapat dicapai
melalui pembebasan sendiri rakyat aktif dalam gerakan, yang mencapai kebebasan
dengan tangan mereka sendiri, dimobilisasikan dari bawah dalam perjuangan
untuk menguasai takdir mereka sendiri, sebagai pelakon-pelakon (bukan sahaja
subjek-subjek) pada pentas sejarah. Kebebasan kelas pekerja mesti dicapai oleh
kelas pekerja sendiri: inilah ayat pertama dalam Peraturan yang ditulis bagi
Internasional Pertama oleh Marx, dan adalah Prinsip Pertama usaha hayatnya.
Ia adalah konsep Sosialisme Dari Atas yang menjelaskan penerimaan pemerintahan
diktator Komunis sebagai sesuatu bentuk sosialisme. Ia adalah konsep Sosialisme
Dari Atas yang memusatkan perhatian demokrasi sosial pada mahastruktur
parlimen dalam masyarakat dan pada pencapaian kemuncak tinggi dalam
ekonomi, dan yang menjadikan mereka bermusuh dengan tindakan rakyat dari
bawah. Ia adalah Sosialisme Dari Atas yang adalah tradisi utama dalam
perkembangan sosialisme.
Sila notakan bahawa ini bukan sahaja khusus kepada sosialisme. Sebaliknya,
keinginan bagi pembebasan dari atas adalah prinsip bermaharajalela sepanjang
abad-abad masyarakat kelas dan penindasan politik. Ia adalah janji berterusan yang
ditawarkan oleh setiap kuasa pemerintah untuk memaksa rakyat memandang ke
atas bagi keselamatan, dan bukan memandang kepada diri mereka sendiri bagi
kebebasan dan keperluan keselamatan. Rakyat telah memandang ke raja-raja untuk
menghalang kezaliman tuan-tuan, kepada tuhan untuk menumbangkan kezaliman
raja-raja. Sambil mengetepikan cara berani yang melibatkan tindakan rakyat dari
bawah, ia sentiasa adalah lebih selamat dan waspada untuk mencari pemerintah
baik hati yang akan Memerintah Rakyat Dengan Baik. Corak pembebasan dari
atas dapat digariskan sepanjang sejarah tamadun, dan terpaksa muncul dalam
sosialisme juga. Tetapi ia hanyalah dalam bingkai gerakan sosialis moden yang
kebebasan dari bawah dapat menjadi wawasan realistik; di dalam sosialisme, ia
telah muncul di hadapan, tetapi dengan perlahan-lahan. Sejarah sosialisme dapat
dibaca sebagai usaha berterusan tetapi secara umumnya tidak berjaya untuk
membebaskan dirinya dari tradisi lama, iaitu tradisi pembebasan dari atas.
Dalam keyakinan bahawa krisis sosialisme mutakhir hanya dapat difahami dari
segi Pembahagian Besar ini dalam tradisi sosialis, kita kini mempertimbangkan
beberapa contoh dua jiwa sosialisme.
1. Beberapa Moyang Sosialis
Karl Kautsky, ahli teori utama Internasional Kedua, telah memulakan bukunya
mengenai Thomas More dengan pemerhatian bahawa dua tokoh utama yang telah
memulakan sejarah sosialisme adalah More and Munzer, dan kedua-kedua mereka
mengikuti garisan panjang Sosialis, dari Lycurgus dan Pythagoras sehingga Plato,
Gracchi, Cataline dan Jesus
Ini merupakan senarai sosialis awal yang sangat menakjubkan, dan apabila
mempertimbangkan kedudukannya, Kautsky sudah pasti dapat mengenal-pasti
seorang sosialis. Apa yang lebih menarik mengenai senarai ini adalah cara ia
melerai apabila dikaji oleh dua kumpulan yang agak berbeza.
Karya Plutarch mengenai Lycurgus telah membawa pihak sosialis awal untuk
memupuknya sebagai pengasas komunisme Spartan itulah mengapa Kautsky
menyenaraikannya. Tetapi seperti yang dihuraikan oleh Plutarch, sistem Spartan
tersebut telah didasarkan pada pembahagian tanah yang sama rata di bawah
permilikan swasta; ia sama sekali tidak bersifat sosialistik. Perasaan kolektivis
yang seseorang mungkin mendapat dari penghuraian rejim Spartan datangnya dari
arah yang berbeza cara kehidupan kelas pemerintah Spartan sendiri, yang diatur
sebagai barisan berdisiplin berterusan dalam keadaan serangan; dan tambahkan
kepada ini rejim keganasan yang ditekankan pada pihak hamba. Saya tidak melihat
bagaimana seorang sosialis moden dapat melihat rejim Lycurgan tanpa berasa
bahawa dia sedang berjumpa bukannya dengan seorang moyang sosialisme tetapi
dengan pendahulu fasisme. Ini adalah perbezaan yang sangat besar! Tetapi
bagaimanakah ia tidak menjadi nyata bagi ahli teori demokrasi sosial utama?
Pythagoras telah mengasaskan susunan elit yang bertindak sebagai lengan politik
bagi golongan bangsawan menentang gerakan demokrasi rakyat; dia dan partinya
akhirya ditumbangkan dan disingkirkan oleh pemberontakan revolusioner popular.
Kautsky seolah-olah berada pada sebelah tambah yang salah! Tetapi selain itu,
dalam susunan Pythagoras, sebuah rejim pemerintahan mutlak dan penguasaan
tegas telah bermaharaja. Meskipun ini, Kautsky telah mengambil keputusan untuk
menganggap Pythagoras sebagai seorang moyang sosialis kerana kepercayaan
bahawa rakyat di bawah pemerintahan Pythagoras telah mengamalkan penggunaan
komunal. Biarpun ini benar (dan Kaustky kemudiannya mendapati bahawa ia tidak
benar), ini sudah pasti menjadi susunan Pythagoras seperti mana-mana kuil.
Tambahkan satu lagi orang dari senarai Kautsky kepada senarai pemerintahan
mutlak.
Kes Republik oleh Plato dikenali ramai. Unsur komunisme tunggal dalam
kerajaan sempurna Plato adalah cadangan penggunaan komunal-kuil bagi elit kecil
yang dinamakan Penjaga, iaitu yang terdiri daripada birokrasi dan tentera; tetapi
sistem sosial yang mengelilinginya dianggap sebagai permilikan harta swasta,
bukannya bersifat sosialistik. Dan di sini sekali lago model kerajaan Plato
adalah penguasaan sebuah elit bangsawan, dan perdebatannya menekan bahawa
demokrasi sememangnya bermakna peleraian dan kebinasaan masyarakat.
Sebenarnya, matlamat politik Plato merupakan pemulihan dan pembersihan kelas
pemerintah untuk menentang arus demokrasi. Untuk memanggilnya sebagai
moyang sosialis adalah untuk mengatakan bahawa mana-mana konsep sosialisme
tidak mementingkan kawalan demokratik.
Dalam tangan sebelah, Cataline dan Gracchi tidak mempunyai sisi kolektivis.
Nama-nama mereka disamakan dengan gerakan-gerakan pemberontakan
demokrasi popular menentang Kerajaan. Mereka sememangnya bukanlah sosialis,
tetapi mereka berada pada sebelah popular dalam perjuangan kelas dalam dunia
kuno, sebelah gerakan rakyat dari bawah. Ia seolah-olah ia semuanya sama bagi
ahli teori utama demokrasi sosial.
Di sini, dalam pra-sejarah subjek kita, terdapatnya dua jenis tokoh yang sedia bagi
pemukuran dalam bangunan gerakan sosialis. Terdapatnya tokoh-tokoh dengan (ia
didakwa) sedikit warna kolektivisme, yang namun demikian sangat bersifat elitis,
pemerintahan mutlak dan anti-demokrasi; dan terdapatnya tokoh-tokoh tanpa apa-
apa sifat kolektivis, yang berkenaan dengan perjuangan-perjuangan kelas
demokratik. Terdapatnya aliran kolektivis tanpa demokrasi, dan terdapatnya aliran
demokrasi tanpa kolektivisme tetapi belum lagi apa-apa yang menggabungkan
kedua-dua aliran ini.
Kita tidak menjumpai cadangan gabungan seperti itu sehingga Thomas Munzer,
iaitu pemimpun sayap kiri revolusioner semasa Reformasi Jerman; sebuah gerakan
dengan idea-idea komunistik (idea-idea Munzer) yang juga terbenam dalam
perjuangan demokrasi popular dari bawah. Bertentangan dengan ini adalah gerakan
Thomas More: jurang di antara dua orang sezaman ini adalah di inti subjek kita.
Utopia More menggambarkan sebuah masyarakat yang sangat zalim, lebih mirip
dengan 1984 daripada demokrasi sosialis, elitis sepenuhnya, malah membenarkan
permilikan hamba, sejenis Sosialisme Dari Atas yang biasa. Ia adalah menakjubkan
bahawa, di antara dua moyang sosialis ini yang berdiri di ambang dunia moden,
satu (More) telah menyerang yang satu lagi dan telah menyokong pembunuh-
pembunuh yang telah membunuh Munzer dan gerakannya.
Maka, apakah maksud sosialisme apabila ia baru sahaja dilahirkan dalam dunia?
Dari permulaannya, ia merupakan pembahagian di antara dua jiwa sosialisme, dan
terdapatnya peperangan di antara mereka.
2. Sosialis Moden Yang Pertama
Sosialisme moden dilahirkan semasa aliran setengah abad yang terletak di antara
Revolusi Perancis Besar dan revolusi-revolusi tahun 1848. Begitu juga dengan
demokrasi moden. Tetapi bukannya mereka dilahirkan bersama seperti kembar
Siam? Pada mulanya, mereka bertolak pada garisan yang berbeza. Bilakah dua
garisan itu bergabung buat kali pertama?
Dari sisa-sisa Revolusi Perancis, bangkitnya dua jenis sosialisme yang berbeza.
Kita akan mempertimbangkan tiga jenis yang paling penting dari segi persoalan
kita.
I. Babeuf Gerakan sosialis moden pertama merupakan gerakan yang dipimpin
semasa fasa terakhir Revolusi oleh Babeuf (Konspirasi Mereka Yang Sama Rata),
diasaskan sebagai penerusan Jakobinisme revolusioner di samping wawasan yang
lebih kukuh: sebuah masyarakat kesama-rataan komunis. Ini mewakili kali pertama
dalam zaman moden yang idea sosialisme dikahwini dengan idea gerakan popular
gabungan yang mesra.1
Gabungan ini menimbulkan sesuatu persoalan kritikal? Apakah, dalam setiap kes,
hubungan yang dilihat di antara idea sosialis dan gerakan popular? Inilah
persoalan utama bagi sosialisme dalam 200 tahun kemudiannya.
Seperti yang dilihat oleh pihak Babouvis ini: Gerakan rakyat telah gagal; rakyat
seolah-olah telah meninggalkan Revolusi Perancis. Tetapi mereka masih merana,
mereka masih memerlukan komunisme; kami sedar akan fakta itu. Hasrat
revolusioner rakyat telah dikalahkan oleh konsprirasi sayap kanan: apa yang kita
memerlukan adalah barisan hadapan sayap kiri untuk mewujudkan semula gerakan
rakyat, untuk mengutarakan hasrat revolusioner. Maka, kita mesti merampas kuasa.
Tetapi rakyat tidak lagi bersedia untuk merampas kuasa. Maka, ia adalah penting
bagi kami untuk merampas kuasa dalam nama mereka, untuk meningkatkan rakyat
sehingga tahap tersebut. Ini bermakna pemerintahan diktator sementara, diakui
oleh segolongan minoriti; tetapi ia akan menjadi Pemerintahan Diktator
Berpendidikan, yang bertujuan untuk menciptakan keadaan-keadaan yang akan
membolehkan kawalan demokratik pada masa depan. (Dari segi itu, kami adalah
demokrat.) Ini tidak akan menjadi pemerintahan diktator oleh rakyat, seperti yang
1 Secara khusus, gabungan ini telah diramalkan oleh Gerrard Winstanley dan gerakan Levellers Benar, iaitu sayap
kiri dalam Revolusi Inggeris; tetapi ia telah dilupai dan tidak membawa apa-apa dari segi bersejarah.
berlaku dengan Komun Paris, biarpun pemerintahan diktator oleh proletariat;
secara ringkas, ia adalah pemerintahan diktator rakyat dengan niat yang sangat
baik.
Selama kebanyakan lima puluh tahun yang berikutnya, konsep Pemerintahan
Diktator Berpendidikan ke atas rakyat kekal sebagai rancangan kebanyakan sayap
kiri revolusioner melalui tiga huruf B (Babeuf sehingga Buonarroti sehingga
Blanqui) dan, dengan kata-kata anarkis ditambah, juga Bakunin. Susunan baru
akan dihadiahkan kepada rakyat yang merana oleh kumpulan revolusioner.
Sosialisme Dari Atas yang biasa ini adalah bentuk sosialisme revolusioner yang
pertama dan paling kuno, tetapi masih terdapatnya penyokong Castro dan Mao
pada hari ini yang berpendapat bahawa ia adalah kata akhir dalam revolusionisme.
II. Saint-Simon Bangkit dari zaman revolusioner, sesuatu minda bijaksana telah
mengambil jalan yang sangat berbeza. Saint-Simon dipaksa oleh kejijikan untuk
menentang revolusi, porak-peranda dan kekacauan. Apa yang menarik dia adalah
potensi industri dan sains.
Wawasannya tidak mempunyai apa-apa yang menyerupai kesamarataan, keadilan,
kebebasan, hak asasi manusia atau hasrat-hasrat serupa yang lain: ia hanya
memberikan tumpuan kepada modenisasi, perindustrian, perancangan, diceraikan
daripada pertimbangan-pertimbangan tersebut. Perindustrian terancang merupakan
kunci kepada dunia baru, dan sememangnya orang yang akan mencapai ini
merupakan oligarki ahli-ahli kewangan dan pedagang, ahli-ahli sains dan
teknologi, pengurus-pengurus. Apabila tidak merayu kepada mereka ini, dia
merayu kepada Napoleon atau penggantinya, Louis XVIII, untuk melaksanakan
skima-skima bagi pemerintahan diktator beraja. Skima-skimanya sangatlah
berbeza, tetapi kesemuanya bersifat pemerintahan mutlak sehingga akta terancang
yang terakhir. Seorang rasis dan imperialis militan, dia merupakan musuh kepada
idea kesamarataan dan kebebasan, yang dia membenci sebagai anak Revolusi
Perancis.
Ia hanyalah dalam fasa terakhir kehidupannya (1825) yang, kecewa dengan reaksi
elit semulajadi untuk melakukan tugas mereka dan menekan oligasi modenisasi
baru ini, dia mencuba merayu kepada para pekerja di bawah. Kristianiti Baru ini
akan menjadi gerakan popular, tetapi peranannya hanyalah untuk meyakinkan
pihak berkuasa agar mereka menerima nasihat perancang-perancang Saint-Simon.
Para pekerja patut beratur untuk menghadapkan surat rayuan kepada was pihak
kapitalis dan majikan agar mereka menggantikan kelas-kelas malas.
Maka, apakah hubungan di antara idea Masyarakat Terancang dan gerakan
popular? Rakyat, atau gerakan, dapat menjadi jentera penumbuk yang baik dalam
tangan orang lain. Idea terakhir Saint-Simon merupakan sebuah gerakan dari
bawah untuk mengasaskan Sosialisme Dari Atas. Tetapi kuasa dan kawalan mesti
kekal di tempatnya dahulu di atas.
III. Pihak Utopia Jenis sosialisme ketiga yang bangkit dalam generasi selepas
revolusi merupakan sosialisme pihak sosialis utopia Robert Owen, Charles
Fourier, Etienne Cabet, dan sebagainya. Mereka telah merancangkan sebuah koloni
komunal sempurna, dibayangkan dari otak Ketua, untuk dibiayai oleh kebaikan
hati golongan gaya di bawah sayap Kuasa Baik.
Owen (dalam pelbagai segi, yang paling bersifat simpati di kalangan mereka)
pernah mengatakan: Perubahan besar mesti dan akan dicapai oleh golongan
kaya dan berkuasa. Tidak terdapatnya pihak-pihak lain yang dapat membuatnya
ia adalah pembaziran masa, kemahiran dan kewangan bagi golongan miskin untuk
bertarung dalam tentangan terhadap yang kaya dan berkuasa Sememangnya,
dia menentang kebencian kelas atau perjuangan kelas. Di kalangan mereka yang
percaya akan ini, tidak ramai yang telah menulis bahawa wawasan sosialisme
adalah untuk memerintah atau melayani seluruh masyarakat sebagaimana doktor
yang paling maju mengarah dan melayani pesakit-pesakit mereka dalam hospital
orang gila yang paling teratur, dengan kasih sayang dan kebaikan hati bagi
mereka yang kurang bernasih baik yang telah menjadi sebegitu melalui sifat tidak
rasional dan ketidak-adilan sistem masyarakat mutakhir yang paling tidak
rasional.
Masyarakat Cabet pula membenarkan pilihanraya, tetapi perbincangan terbuka
tidak dibenarkan; dan akhbar-akhbar akan dikawal, demi pendidikan sistematik,
dan keseragaman tegas ditekankan sebagai sebahagian daripada ubat itu.
Bagi pihak sosialis utopia ini, apakah hubungan di antara idea sosialis dan gerakan
popular? Gerakan popular itu merupakan binatang ternakan yang perlu dijaga
dengan baik oleh penternak. Ia tidak patut dianggap bahawa Sosialisme Dari Atas
sememangnya mempunyai hasrat-hasrat zalim.
Bahagian Sosialisme Dari Atas ini belum lagi melesap. Sebaliknya, ia sangatlah
moden sehingga seorang penulis moden seperti Martin Buber, dalam Jalan-Jalan
Di Utopia [Paths in Utopia] dapat membuat persembahan hebat dan melayani
pihak utopia lama seperti mereka merupakan demokrat hebat dan bersifat liberal!
Mitos ini sangatlah berleluasa, dan ia sekali lagi menunjukkan sifat tidak sensitif
penulis-penulis dan ahli-ahli sejarah sosialis kepada rekod mendalam Sosialisme
Dari Atas sebagai komponen utama dalam dua jiwa sosialisme.
3. Apa Yang Dilakukan Oleh Marx
Utopianisme bersifat elitis dan anti-demokratik kerana ia bersifat utopia iaitu, ia
berpandang kepada model masyarakat yang dirancang terlebih dahulu,
mengimpikan sesuatu rancangan yang akan diwujudkan hanya melalui ilham.
Paling sekali, ia sangatlah bermusuh dengan idea mengubah masyarakat dari
bawah, dengan campur tangan rakyat yang menggemari kebebasan, malah di mana
ia akhirnya diterima sebagai alat untuk meletakkan tekanan pada golongan Atasan.
Dalam gerakan sosialis yang berkembang sebelum Marx, garisan Idea Sosialis
tidak bersatu dengan garisan Demokrasi Dari Bawah.
Persatuan ini, sintesis ini, merupakan sumbangan besat Marx: berbanding dengan
ini, seluruh kandungan Kapital tulisan Marx adalah isu sampingan. Inilah hati
Marxsisme: Inilah Hukum; segala yang lain adalah ulasan. Manifesto Komunis
pada tahun 1848 telah menandakan kesedaran sendiri gerakan pertama (dalam
kata-kata Engels) di mana konsepnya dari mula adalah bahawa kebebasan kelas
pekerja mesti menjadi tindakan kelas pekerja sendiri.
Marx yang muda sendiri telah melalui tahap yang lebih kuno sebagaimana embrio
manusia melalui tahap insang; atau untuk mengatakannya dengan cara lain, salah
satu ubat pertama dimakan oleh Marx selepas mendapat panyakit yang paling
berleluasa, iaitu ilusi Pemerintah-Penyelamat. Apabila dia ber usia 22 tahun, kaiser
lama telah meninggal dunia, dan di samping laungan-laungan pihak liberal,
Friedrich Wilhelm IV telah menaiki takhta dengan harapan reformasi demokratik
dari atas. Apa-apa seperti itu tidak berlaku. Marx tidak pernah kembali kepada
konsep ini, yang telah menghantui sosialisme dengan harapan Diktator-Penyelamat
atau Presiden-Penyelamat.
Marx telah memasuki politik sebagai penyunting utama sesuatu akhbar yang telah
menjadi organ sayap kiri melampau dalam demokrasi liberal di kawasan
perindustrian Rhineland, dan tidak lama kemudian, dia telah menjadi suara
penyunting utama bagi demokrasi politik sempurna di Jerman. Rencana pertama
yang dia telah menerbitkan merupakan polemik yangmenyokong kebebasan akhbar
dari penapisan kerajaan. Apabila kerajaan imperial telah memaksanya meletakkan
jawatan, dia telah beralih untuk mempelajari idea-idea sosialis yang sedang datang
dari Perancis. Apabila jurucakap demokrasi liberal ini telah menjadi seorang
sosialis, dia masih menganggap tugas utama sebagai kejayaan demokrasi tetapi
kini demokrasi mempunyai maksud yang lebih mendalam. Marx merupakan
pemikir dan pemimpin sosialis pertama yang telah tiba di sosialisme melalui
perjuangan bagi demokrasi liberal.
Dalam nota-nota manuskrip yang dibuat pada tahun 1844, dia telah menolak
komunisme kasar yang menadikan karenah manusia, dan memandang ke arah
komunisme yang akan menjadi kemanusiaan paling maju. Pada tahun 1845, dia
dan sahabat karibnya, Frederick Engels, telah melukiskan garis perdebatan
menentang elitisme dalam aliran sosialis yang diwakili oleh seorang yang bernama
Bruno Bauer. Pada tahun 1846, mereka telah mengatur pihak Komunis
Demokratik Jerman di Brussels, dan Engels telah menulis: Pada masa kita,
demokrasi dan komunisme adalah satu. hanya proletariat yang dapat bersatu
dengan sepenuhnya di bawah panji-panji demokrasi komunis.
Dalam mempertimbangan pandangan yang pertama sekali mengahwini idea
komunis dengan hasrat-hasrat demokratik baru, mereka telah berkonflik dengan
kumpulan-kumpulan komunis yang sedia ada seperti kumpulan Weitling, yang
mengalu-alukan pemerintahan diktator penyelamat. Sebelum mereka menjadi ahli
kumpulan yang kemudiannya menjadi Liga Komunis (bagi siapa mereka telah
menulis Manifesto Komunis), mereka telah menyarankan agar pertubuhan itu
diubah dari sebuah konspirasi elit jenis lama menjadi kumpulan propaganga
terbuka, agar segala yang membenarkan pemerintahan mutlak dihapuskan
daripada peraturan, agar majlis pemimpin diundi oleh seluruh keahlian dan
bertentangan dengan tradisi keputusan-keputusan dari atas. Mereka berjaya
meyakinkan liga tersebut kepada pendepatan baru ini, dan dalam jurnal yang
dikeluarkan pada tahun 1847, hanya beberapa bulan sebelum Manifesto Komunis,
kumpulan tersebut telah mengumumkan:
Kami bukannya di kalangan komunis yang ingin memusnahkan kebebasan
peribadi, yang ingin mengubahkan dunia menjadi satu berek besar atau
menjadi satu rumah bekerja gergasi. Sememangnya terdapat komunis yang,
dengan suara hati yang senang, enggan mempertimbangkan kebebasan
peribadi dan ingin menolaknya keluar dari dunia kerana mereka
menganggapnya sebagai batasan kepada kebahagiaan sempurna. Tetapi
kami tidak mempunyai hasrat untuk menukar kebebasan bagi kesamarataan.
Kami yakin bahawa kebebasan peribadi tidak akan menjadi pasti dalam
mana-mana masyarakat seperti dalam masyarakat yang didasarkan pada
permilikan komunal [Biarlah] kita menggerakkan tangan kita untuk
mendirikan sebuah negara demokratik di mana setiap parti akan dapat,
melalui kata-kata atau dalam tulisan, untuk memenangi sebuah majoriti
kepada idea-ideanya
Komunis Manifesto, yang telah bangkit dari perbincangan-perbincangan ini, telah
melaungkan bahawa objektif revolusi adalah untuk memenangi pertempuran
demokrasi. Apabila, dua tahun kemudian dan selepas kemerosotan revolusi-
revolusi tahun 1848, Liga Komunis telah berpisah, ia sekali lagi berlaku kerana
konflik berkenaan dengan komunisme kasar yang diwakili oleh putschisme, yang
ingin menggantikan gerakan rakyat dengan kumpulan-kumpulan revolusioner
tekun. Marx memberitahu mereka:
Kumpulan minoriti hanya melihat kuasa motif revolusi sebagai hasrat
semata-mata, dan bukannya hubungan-hubungan sebenar. Manakala kami
mengatakan kepada pekerja: Anda akan melalui lima belas atau dua puluh
atau lima puluh tahun perang saudara dan perang antarabangsa, bukan
sahaja untuk mengubahkan keadaan-keadaan yang berleluasa, tetapi juga
untuk mengubah diri anda dan untuk menyediakan diri anda bagi
kekuasaan politik. Anda, dalam tangan sebelah, mengatakan kepada
pekerja: Kita mesti merampas kuasa dengan serta-merta, jika tidak kita
baik sahaja kembali tidur.
untuk mengubah diri anda dan untuk menyediakan diri anda bagi kekuasaan
politik: inilah rancangan Marx bagi gerakan kelas bekerja, bertentangan dengan
mereka yang mengatakan bahawa para pekerja dapat merampas kuasa pada mana-
mana hari Ahad, dan mereka yang mengatakan pekerja tidak dapat merampas
kuasa. Maka, Marxsisme bangkit dalam perjuangan sedar diri menentang pengaju-
pengaju Pemerintahan Diktator Berpendidikan, pihak Diktator-Penyelamat, elitis
revolusioner, pemerintah mutlak komunis, serta pihak liberal borjuasi. Ini
merupakan Marxsisme Marx, bukannya kehodohan itu yang dilukiskan dengan
label tersebut oleh golongan akaliah pihak berkuasa mutakhir, yang menakuti
semangat tentangan revolusioner Marx terhadap susunan kapitalis, dan juga yang
diajukan oleh pihak Stalinis dan neo-Stalinis, yang mesti menyembunyikan fakta
bahawa Marx telah menajamkan giginya dengan menyerang jenis mereka.
Ia merupakan Marx yang akhirnya menggabungkan idea-idea Sosialisme dan
Demokrasi2 kerana dia telah memperkembangkan sesuatu teori yang membuatkan
sintesis itu sesuatu yang tidak mustahil buat kali pertama. Hati teori tersebut adalah
kenyataan ini: bahawa terdapatnya majoriti sosial yang mempunyai kepentingan
dan hasrat untuk mengubah sistem, dan bahawa matlamat sosialisme adalah
pendidikan dan mobilisasi majoriti rakyat ini. Ini merupakan kelas yang
dieksploitasi, iaitu kelas pekerja, dari mana datangnya kuasa motif bagi revolusi.
Maka, sosialisme dari bawah tidaklah mustahil, pada dasar sesuatu teori yang
melihat potensi revolusioner di kalangan rakyat, walaupun mereka mungkin
kelihatan mundur pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat. Akhirnya, Kapital
bukanlah apa-apa melainkan penunjukkan dasar ekonomi kenyataan ini.
Ia hanyalah tepri sosialisme kelas pekerja seperti itu yang membolehkan gabungan
sosialisme revolusioner dan demokrasi revolusioner. Kami bukannya
memperdebatkan pada ketika ini bahawa kepercayaan ini adalah tepat, hanya
bahawa terdapatnya alternatif: kesemua sosialis atau penyokong reformasi yang
menolaknya mesti berpindah kepada Sosialisme Dari Atas, biarpun bersifat
reformis, utopia, birokratik, Stalinis, Maois, Castrois. Dan mereka sememangnya
berpindah.
Lima tahun sebelum Manifesto Komunis diterbitkan, seorang sosialis berusia 23
tahun yang baru bertukar kepercayaan telah menulis dalam tradisi elitis lama:
2 Petikan ini adalah dari autobiografi H. G. Wells. Pencipta beberapa utopia Sosialisme Dari Atas yang paling
menjijikkan, Wells di sini sedang mengutuk Marx kerana langkah bersejarahnya.
Kami dapat mencari ahli dari kelas-kelas itu yang telah menikmati pendidikan
yang agak baik; iaitu dari universiti-universiti dan kelas komersil Engels yang
muda telah mengubah sikap ini; tetapi kepercayaan usang ini sentiasa akan
bersama kita.
4. Mitos Libertarianisme Anarkis
Salah seorang penyokong pemerintahan mutlak dalam sejarah radikalisme bukan
lain daripada Bapa Anarkisme, iaitu Proudhon, iaitu nama yang berkali-kali
dibangkitkan sebagai model libertarian hebat, kerana pengulangan kata
kebebasaan dan penggunaan ungkapan revolusi dari bawah.
Mungkin terdapat orang yang bersedia untuk melupakan sikap anti-Semitisme
Proudhon (Kaum Yahudi adalah musuh umat manusia. Ia adalah penting untuk
menghalau kaumnya kembali ke Asia, atau menghapuskan mereka). Atau
rasisme nekad secara umum (dia percaya bahawa ia adalah baik bagi Amerika
Syarikat Selatan untuk mengekalkan kaum kulit hitam dalam penghambaan, kerana
mereka merupakan yang terbawah dari kaum bawahan). Atau penghormatannya
bagi peperangan tanpa sebab (dalam cara yang sama seperti Mussolini). Atau
pandangannya bahawa kaum perempuan tidak mempunyai hak (saya menafikan
kaum perempuan setiap hak politik dan setiap hasrat. Bagi kaum perempuan,
kebebasan dan kebahagiaan hanya terletak dalam perkahwinan, pengibuan, dan
tugas-tugas rumahtangga) iaitu, Kinder, Kirche, Kche yang dikatakan oleh
pengikut Nazi.
Tetapi ia adalah mustahil untuk mengetepikan tentangan ganas Proudhon terhadap
hak kesatuan pekerja dan hak untuk bermogok (malah, dia menyokong kegiatan
keganasan oleh polis untuk memecahkan permogokan), sehingga idea hak
mengundi, hak mengundi bebas, kekuasaan rakyat, dan idea perlembagaan.
(Semua demokrasi menjijikkan saya Saya sanggup memberikan apa sahaja
untuk memukul golongan demokrasi ini dengan buku lima saya!). Nota-notanya
bagi masyarakat sempurna mengandungi penibdasan segala kumpulan yang lain,
mana-mana perhimpunan awam dengan lebih 20 orang, apa-apa akhbar yang
bebas, dan apa-apa pilihanraya; dalam nota yang sama, dia mengharapkam
serangan umum dan penggusuran beberapa juta orang ke dalam pekerjaan
pemaksaan selepas Revolusi berjaya.
Di sebalik semua ini terdapatnya rasa benci bagi rakyat jelata iaitu dasar bagi
Sosialisme Dari Atas, dan yang bertentangan dengannya adalah usaha dasar
Marxsisme. Rakyat jelata adalah terbatas dan tidak berharapan (Saya memuja
umat manusia, tetapi saya meludah pada manusia!). Mereka hanyalah orang
liar yang kita mempunyai tugas untuk mendidik, dan tanpa menjadikan mereka
ketua kita, dia menulis kepada seorang sahabat, kepada siapa dia mengatakan:
Anda masih percaya pada manusia. Kemajuan hanya dapat dicapai melalui tipu-
helah seseuatu elit yang bergerak agar tidak memberikan kekuasaan kepada rakyat.
Pada suatu sama, dia memandang ke arah apa-apa pemerintah zalim sebagai
diktator yang dapat menciptakan Revolusi: Louis Bonaparte (dia menulis sebuah
buku pada tahun 1852 yang memuji Maharaja itu sebagai pendukung Revolusi);
Putera Jerome Bonaparte; akhirnya Tsar Alexander II (Jangan lupa bahawa
kezaliman tsar adalah penting bagi tamadun).
Sememangnya, terdapat calon bagi tugas diktator yang lebih dekat lagi: dirinya
sendiri. Dia telah menghuraikan skima terperindi bagi perdagangan bersama,
dalam bentuk koperatif, yang akan menyebar dan mengambil-alih kesemua
perusahaan, dan kemudiannya kerajaan. Dalam nota-notanya, Proudhon
menamakan dirinya sebagai Pengurus Agung, sememangnya tidak tertakluk kepada
kawalan demokratik yang dia membenci. Dia menyediakan butir-butirnya lebih
awal: Lukiskan rancangan sulit, bagi kesemua pengurus: penghapusan
pemerintahan beraja, demokrasi, pemilik tanah, agama [dan sebagai]. Lebih-lebih
lagi, Pengurus-Pengurus adalah wakil-wakil negara yang semulajadi. Menteri-
menteri hanyalah Pengurus atau Pentadbir Umum yang lebih berkuasa: seperti
yang saya akan menjadi suatu hari nanti Apabila kita menjadi tuan, Agama akan
menjadi apa yang ia ingin menjadi; begitu juga dengan Pendidikan, falsafah,
keadilan, pentadbiran dan kerajaan.
Para pembaca, yang mungkin dipenuhi dengan ilusi biasa mengenai
libertarianisme anarkis, akan bertanya: Maka, adakah dia tidak ikhlas mengenai
kesayangannya bagi kebebasan?
Tidak sama sekali: ia hanyalah penting untuk memahami apa yang dimaksudkan
oleh kebebasan anarkis. Proudhon menulis: Prinsip kebebasan adalah prinsip
Abbey Theleme [di Rabelais]: buatlah sesuka hati! dan prinsip itu bermakna:
sesiapa yang tidak dapat melakukan apa yang diingini dan kesemua yang
dikehendaki mempunyai hak untuk memberontak, walaupun seorang, menentang
kerajaan, walaupun kerajaan terdiri daripada orang lain. Satu-satunya orang yang
dapat menikmati kebebasan ini adalah pemerintah zalim; inilah pandangan
bijaksana oleh watak Dostoyevsky, iaitu Shigalev: Bermula dengan kebebasan
tanpa batasan, saya tiba di pemerintahan zalim tanpa batasan.
Cerita ini adalah mirip dengan Bapa Anarkisme kedua, iaitu Bakunin, di mana
skima-skimanya bagi pemerintahan diktator dan penindasan kawalan demokratik
adalah lebih dikenali daripada usaha Proudhon.
Sebab yang asas adalah serupa: Anarkisme tidak mementingkan pewujudan
kawalan demokratik dari bawah, tetapi hanya mementingkan penghapusan
kekuasaan ke atas individu, termasuk kekuasaan yang paling demokratik oleh
masyarakat yang dapat dibayangkan. Ini telah dijelaskan oleh pengaju-pengaju
anarkis berkali-kali; misalnya, oleh George Woodcock: malah jika demokrasi
tidak mustahil, pihak anarkis masih tidak akan menyokongnya Pihak anarkis
tidak mengajukan kebebasan politik. Apa yang kita mengajukan adalah kebebasan
dari politik Anarkisme pada dasarnya adalah bersifat anti-demokratik dengan
ganas, kerana sesuatu kekuasaan yang paling demokratik dengan sempurna masih
merupakan sesuatu kekuasaan. Tetapi oleh kerana, sambil menolak demokrasi, ia
tidak mempunyai cara lain untuk menyelesaikan percanggahan pendapat dan
perbezaan di antara penduduk-penduduk, kebebasan tanpa batasan bagi setiap
individu tanpa kawalan tidak dapat dibezakan daripada pemerintahan mutlak oleh
seorang individu, biarpun dari segi teori atau amalan.
Masalah besar bagi zaman kita adalah pencapaian kawalan demokratik dari bawah
ke atas kuasa-kuasa sosial moden yang luas. Anarkisme, yang adalah paling bebas
dengan kata-kata sesuatu dari bawah, menolak wawasan ini. Ia berada pada sisi
sebelah syiling pemerintahan zalim birokratik, dengan segala nilai-nilainya
tunggang-terbalik, bukannya ubat atau alternatif.
5. Lassalle Dan Sosialisme Kerajaan
Moden demokrasi sosial moden, iaitu Parti Demokrasi Sosial Jerman, seringkali
dikatakan berpunca dari dasar Marxsis. Ini adalah mitos, seperti kebanyakan yang
lain dalam sejarah sosialisme biasa. Kesan Marx memang kuat, termasuk pada
beberapa pemimpin tinggi buat seketika, tetapi politik yang bermaharaja dan
akhirnya berleluasa dalam parti tersebut datangnya dari punca lain. Satu
merupakan Lassalle, yang telah mengasaskan sosialisme Jerman sebagai gerakan
teratur (1863); dan yang satu lagi merupakan kumpulan Fabian Britain, yang telah
memberikan ilham kepada revisionisme Eduard Berstein.
Ferdinand Lassalle adalah contoh sosialis kerajaan yang bermakna seseorang
yang bermatlamat untuk melihat sosialisme dihadiahkan dari atas oleh kerajaan
yang sedia ada. Dia bukannya contoh utama yang pertama (itu merupakan Louis
Blanc), tetapi bagi dia, kerajaan yang sedia ada merupakan kerajaan Kaiser Jerman
di bawah Bismarck.
Kerajaan, Lassalle memberitahu pekerja, adalah sesuatu yang akan mencapai bagi
setiap satu daripada kita apa yang tidak satu pun daripada kita dapat mencapai bagi
dirinya sendiri. Marx telah mengajar yang bertentangan dengan ini: bahawa kelas
pekerja mesti mencapai pembebasan dengan sendiri, dan membasmikan kerajaan
yang sedia ada dalam proses ini. E. Berstein memang tepat apabila dia mengatakan
bahawa Lassalle telah menjadikan kerajaan sesuatu yang dipuja. Api suci segala
tamadun, iaitu Kerajaan, saya mempertahankan dengan anda daripada orang liar
moden itu [pihak borjuasi liberal], Lassalle memberitahu makhamah Prusia. Inilah
yang membuat Marx dan Lassalle bertentangan secara asas, seperti yang
dikatakan oleh penulis biografi Lassalle, iaitu Footman, yang mendedahkan sikap
pro-Prusianisme, pro-nasionalisme Prusia dan pro-imperialisme Prusia yang
ditunjukkan oleh Lassalle.
Lassalle telah mengaturkan gerakan sosialis Jerman ini sebagai pemerintahan
diktator peribadinya. Dengan sangat sedar, dia telah membinanya sebagai sebuah
gerakan dari bawah untuk mencapai Sosialisme Dari Atas (imbas kembali kepada
penumbuk Saint-Simon). Matlamatnya adalah untuk meyakinkan Bismarch untuk
menghadiahkan reformasi terutamanya hak mengundi bebas, pada dasar mana
sebuah gerakan parlimen di bawah Lassalle akan menjadi sekutu kerajaan
Bismarck dalam persekutuan menentang borjuasi liberal. Demi matlamat ini,
Lassalle telah mencuba berundingan dengan Canselor Besi itu. Sambil menghantar
Bismarck peraturan-peraturan diktatorial pertubuhannya sebagai perlembagaan
empayar saya yang mungkin akan mencemburukan anda, Lassalle bersambung:
Tetapi contoh kecil ini akan mencukupi untuk menunjukkan betapa benarnya
kelas pekerja merasai aliran naluri kepada pemerintahan diktator, jika ia
dapat dipujuk bahawa pemerintahan diktator akan digunakan bagi
kepentingan-kepentingannya; dan betapa banyakan, meskipun segala
pandangan republikan atau sebaliknya, oleh kerana pandangan itu ia
akan senang hati, seperti yang saya telah memberitahu anda baru-baru ini,
untuk memandang ke arah Pemerintahan Beraja, dalam tangan kepada
egoisme masyarakat borjuasi, sebagai wakil semulajadi pemerintahan
diktator sosial, jika Pemerintah Beraja dapat mengambil keputusan untuk
mengambil sudah pasti tidak tentu langkah untuk menghapuskan apa-
apa harisan revolusioner dan mengubah dirinya daripada pemerintahan
beraja bagi susunan berkeistimewaan menjadi pemerintahan beraja
revolusioner bagi rakyat.
Walaupun surat rahsia ini tidak diketahui pada masa itu, Marx telah menggenggam
sifat Lassalleanisme dengan sangat baik. Dia memberitahu Lassalle dengan terbuka
bahawa Lassalle merupakan seorang Bonapartis, dan menulis bahawa, Sikapnya
adalah sikap diktator pekerja masa depan. Kebiasaan Lassalle dia memanggil
sosialisme Kerajaan Prusia Di-Raja, sambil mengutuk persekutuannya dengan
musuh-musuh pemerintahan mutlak dan feudal menentang borjuasi.
Tanpa mengubah masyarakat melalui proses revolusioner, Marx menulis,
Lassalle melihat sosialisme sebagai bangkit dari bantuan kerajaan yang kerajaan
memberikan kepada masyarakat-masyarakat pengeluar koperatif dan yang
kerajaan, bukannya pekerja, mewujudkan. Marx mengutuk ini. Tetapi sejauh
berkenaan dengan masyarakat-masyarakat koperatif mutakhir, ianya hanya bernilai
sejauh mana mereka adalah penciptaan bebas para pekerja dan bukannya anak
kepada kerajaan atau borjuasi. Di sini merupakan penjelasan klasik mengenai
maksud perkataan bebas sebagai batu asas Sosialisme Dari Atas bertentangan
dengan sosialisme kerajaan.
Terdapatnya contoh baik bagi apa yang berlaku apabila seorang ilmiawan jenis
Amerika yang bersifat anti-Marxsis berhadapan dengan aspek Marx ini. Karya
Mayo, Demokrasi dan Marxism [Democracy and Marxism] (kemudiannya
diubahsuai sebagai Pengenalan Kepada Teori Marxsis) kononnya membuktikan
bahawa Marxsisme adalah bersifat anti-demokratik hanya dengan menghuraikan
Marxsisme sebagai ortodoksi Moskow. Tetapi sekurang-kurangnya dia telah
membaca Marx, dan memahami bahawa tidak di mana, di ekar-ekar tulisan dan
hayat yang panjang, telah Marx mengajukan kuasa yang lebih bagi kerajaan. Marx,
Mayo menangkap, bukannya seorang penyokong kerajaan [statist]:
Kritikan popular yang dihadapkan dengan Marx adalah bahawa ia
biasanya terjerumus ke dalam bentuk statisme. Pada pandangan awal
[iaitu, pembacaan], kritikan ini kelihatan sangat jauh dari sasaran, kerana
nilai tertinggi teori politik Marx adalah ketidak-hadiran apa-apa
pemujian bagi kerajaan.
Perjumpaan ini menawarkan cabaran besar kepada pengkritik-pengkritik Marx,
yang sememangnya berpegang kuat bahawa Marxsisme mesti memuji kerajaan.
Mayo menyelesaikan masalah ini dengan dua kenyataan: (1) statisme ini adalah
tertera dalam keperluan-keperluan perancangan menyeluruh (2) Lihat Rusia.
Tetapi Marx tidak pernah memuji perancangan menyeluruh. Dia seringkali
dikutuk (oleh pengkritik-pengkritik Marx yang lain) kerana gagal melukiskan
rancangan terperinci sosialisme kerana dia menyerang rancangan pihak utopia
atau rancangan dari atas. Perancangan awal ini adalah konsep sosialisme yang
Marxsisme telah mencuba menghapuskan. Sosialisme mesti melibatkan
perancangan, tetapi perancangan menyeluruh tidaklah sama dengan sosialisme,
sebagaimana setiap orang jahil dapat menjadi profesor, tetapi bukannya setiap
profesor mestilah sama dengan orang jahil.
6. Model Fabian
Di Jerman, di belakang wajah Lassalle, terdapatnya beberapa siri sosialisme yang
bergerak dalam arah yang menarik.
Pihak Sosialis Akademik (Sosialis ilmiawan atau Kathedersozialisten sesuatu
aliran ilmiawan pihak berkuasa) telah memandang ke arah Bismarck dengan lebih
terbuka daripada Lassalle, tetapi konsep sosialisme kerajaan mereka bukanlah
sangatlah berbeza dengan konsepnya. Hanya, Lassalle telah bertolak pada bergerak
pada jalan yang mewujudkan gerakan dari bawah bagi tujuan tersebut berisiko
kerana selepas bergerak, ia mungkin keluar dari kawalan, seperti yang telah
berlaku berkali-kali. Bismarck sendiri tidak ragu-ragu untuk mempersembahkan
polisi-polisi ekonomi paternalistiknya sebagai sejenis sosialisme, dan buku-buku
telah ditulis mengenai sosialisme beraja, sosialisme kerajaan Bismarck, dan
sebagainya. Lebih jauh ke sayap kanan, seseorang menghadapi sosialisme
Friedrich List, seorang proto-Nazi, dan di kalangan bulatan-bulatan di mana sejenis
anti-Semitisme berbentuk anti-kapitalisme (Duhring, A. Wagner, dan sebagainya)
terletaknya sebahagian daripada dasar gerakan yang memanggil dirinya sosialisme
di bawah Adolf Hitler.
Benang yang menyatukan seluruh spektrum ini, meskipun pelbagai perbezaan,
adalah konsep sosialisme sebagai menyamai campur tangan kerajaan dalam
kehidupan ekonomi dan sosial. Staat, greif zu! Lassalle melaungkan. Kerajaan,
genggamlah masyarakat! inilah sosialisme bagi golongan ini.
Inilah mengapa Schumpeter adalah tepat dalam memerhatikan bahawa sosialisme
kerajaan di Britain adalah Fabianisme, iaitu sosialisme Sidney Webb.
Pihak Fabian (atau lebih tepat lagi, pihak Webbian) adalah, dalam sejarah idea
sosialis, aliran sosialis moden itu yang berkembang dalam penceraian daripada
Marxsisme, iaitu aliran yang paling asing dengan Marxsisme. Ia hampir
merupakan reformisme demokrasi sosial tanpa campuran, terutamanya sebelum
kebangkiran gerakan buruh dan sosialis luas di Britain, yang ia tidak menginginkan
dan tidak membantu membina (meskipun mitos biasa yang mengatakan
sebaliknya). Maka, ia adalah ujian yang sangat penting, berbeza dengan segala
aliran reformis lain yang telah memberi pujian kepada Marxsisme dengan
memupuk bahasanya dan memesongkan kandungannya.
Pihak Fabian, dengan sengaja bersifat kelas menengah dalam kandungan dan
tarikan, tidak menyokong pembinaan sebuah gerakan berleluasa sama sekali,
terutamanya sebuah gerakan Fabian. Mereka melihat diri mereka sebagai elit kecil
pemikir yang akan memasuki pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang sedia ada,
mempengaruhi pemimpin-pemimpin dalam setiap sfera tanpa mengira jika
Konervatif atau Liberal, dan memimpin perkembangan sosial menuju matlamat
kolektivis dengan sifat beransur-ansur yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana
konsep sosialisme mereka hanyalah dari segi campur tangan kerajaan (kebangsaan
atau perbandaran), dan teori mereka memberitahu mereka bahawa kapitalisme
sendiri sedang dijadikan bersifat kolektif setiap hari dan terpaksa bergerak dalam
arah ini, fungsi mereka hanyalah untuk melajukan proses ini. Kumpulan Fabian
diasaskan pada tahun 1884 untuk menjadi ikan pemimpin bagi ikan yu: pada
mulanya ikan yu tersebut merupakan Parti Liberal; tetapi apabila gerakan
Liberalisme telah gagal dengan menakjubkan, dan gerakan buruh akhirnya
mengaturkan parti kelasnya sendiri di samping pihak Fabian, ikan pemimpin itu
hanya menjadi tersangkut semula.
Mungkin tidak terdapatnya mana-mana aliran sosialis lain yang telah
mengusahakan dengan sistematik dan malah dengan sedar teorinya sebagai
Sosialisme Dari Atas. Sifat gerakan ini dikenali dengan awal, walaupun ia
kemudiannya dikaburi oleh gabungan Fabianisme menjadi badan reformisme Parti
Buruh. Sosialis Kristian utama dalam Kumpulan Fabian pernah menyerang Webb
sebagai seorang Kolektivis birokratik (mungkin penggunaan pertama ungkapan
tersebut). Buku Hilaire Belloc yang pernah menjadi terkenal pada tahun 1912
bertajuk Kerajaan Penghambaan [The Servile State] secara umumnya diletuskan
oleh jenis Webb di mana wawasan kolektivis dia bersifat birokratik. G. D. H.
Cole mengingati: Pihak Webb pada masa itu sangat gemar mengatakan bahawa
semua orang yang aktif falam politik antara bersifat A atau B seorang anarkis
atau birokrat dan bahawa mereka bersifat B
Penyifatan-penyifatan ini tidak meluahkan rasa kolektivisme Webbian sepenuhnya
yang bernama Fabianisme. Ia sangatlan bersifat pengurusan, teknokratik, elitis,
mutlak, perancangan. Webb gemar akan ungkapan bermain patung sebagai
sinonim bagi politik. Sebuah penerbitan Fabian telah menulis bahawa mereka ingin
menjadi Jesuit Sosialisme. Kutab Suci mereka merupakan Susunan dan
Kemantapan. Rakyat, yang patut dilayani dengan baik, hanya sesuai dipimpin oleh
pakar-pakar bijaksana. Perjuangan kelas, revolusi dan pergolakan popular
merupakan sesuatu yang gila. Dalam Fabianisme dan Empayar [Fabianisme dan
the Empire], imperialisme dipuji dan dipupuk. Jika pernah terdapatnya gerakan
sosialis yang telag memperkembangkan kolektivisme birokratik tersendiri, inilah
dia.
Ia mungkin difikirkan bahawa Sosialisme secara asasnya adalah gerakan dari
bawah, sebuah gerakan kelas, menulis jurucakap Fabian, Sidney Ball, untuk
menyingkirkan idea ini dari pembaca; tetapi kini pihak sosialis mendekati
masalah tersebut dari pandangan saintifik dan bukannya popular; merela adalah
ahli-ahli teori kelas menengah, dia mengatakan, lalu menjelaskan bahawa
terdapatnya jurang nyata di antara Sosialisme di jalan raya dan Sosialisme di
kerusi.
Sambungannya juga dikenali, walaupun ia biasanya diketepikan. Sambil
Fabianisme sebagar aliran khas telah mula bersurai ke dalam aliran reformisme
Parti Buruh yang lebih besar pada tahun 1918, pihak Fabian utama telah menuju
dalam arah yang lain. Sidney dan Beatrice Webb serta Bernard Shaw tiga
pemimpin utama telah menjadi penyokong utama pemerintahan mutlak Stalinis
pada tahun 1930-an. Sebelum itu lagi, Shaw, yang berpendapat bahawa sosialisme
memerlukan seorang Superman, telah menjumpai lebih dari satu. Secara giliran,
dia telah menyokong Mussolini dan Hitler sebagai pemerintah-pemerintah baik
hati yang akan menghadiahkan sosialisme kepada kaum liar, dan dia kecewa
hanya kerana mereka tidak membasmikan kapitalisme. Pada tahun 1931, Shaw
telah mengumumkan, selepas lawatan ke Rusia, bahawa rejim Stalinis sebenarnya
merupakan Fabianisme dalam amalan. Keluarga Webb telah melawat Rusia juga,
dan telah menemui Tuhan. Dalam buku mereka bertajuk Komunisme Soviet:
Tamadun Baru [Soviet Communism: A New Civilisation], mereka telah
membuktikan (dengan menggunakan dokumen Moskow dan tuntutan Stalin
sendiri, dikaji dengan mendalam) bahawa Rusia adalah demokrasi paling hebat di
dunia; Stalin bukanlah diktator; kesamarataan bermaharaja bagi semua orang;
pemerintahan diktator satu parti diperlukan; Parti Komunis adalah elit sangat
demokratik yang sedang membawa tamadun kepada kaum Slav dan Mongol (tetapi
bukannya kaum Inggeris); demokrasi politik telah gagal di dunia Barat, dan tidak
terdapatnya sebab mengapa parti-parti politik akan kekal pada zaman kita
Mereka telah menyokong Stalin semasa kes-kes makhamah palsu dan Perjanjian
Hitler-Stalin tanpa apa-apa keraguan jelas, dan telah meninggal dunia sebagai
penyokong pro-Stalinis paling tidak kritikal berbanding mana-mana orang yang
kini dapat dijumpai dalam Politburo. Seperti yang telah dijelaskan oleh Shaw,
keluarga Webb tidak mempunyai apa-apa melainkan kutukan bagi Revolusi Rusia
sendiri, tetapi keluarga Webb telah bersabar sehingga kebinasaan dan kerosakan
perubahan itu telah berakhir, kesilapan-kesilapannya diubati, dan Kerajaan
Komunis dilancarkan. Iaitu, mereka telah bersabarr sehingga rakyat revolusioner
telah ditindas, pemimpin-pemimpin revolusi itu dibunuh, kepimpinan diktator
muncul di pentas, dan kontra-revolusi didirikan dengan kukuh; dan kemudiannya,
mereka datang untuk mengumumkannya sebagai Kesempurnaan.
Adakah ini hanyalah kesalah-fahaman, sesuatu kesilapan besar? Atau adakah
mereka tidak betul dalam berfikir bahawa ini sememangnya merupakan
sosialisme yang serupa dengan ideologi mereka, tanpa mengira pertumpahan
darah? Aliran Fabianisme dari pertubuhan kelas menengah kepada Stalinisme
merupakan pusingan pintu yang membuka jalan kepada Sosialisme Dari Atas.
Jika kita memandang dekad-dekad sebelum abad ke-20 yang telah melancarkan
Fabianisme sebagai gerakan di dunia, seorang lagi tokoh menjelma, iaitu antitesis
Webb: tokoh utama sosialisme revolusioner pada masa itu, seorang penyair dan
artis bernama William Morris, yang telah menjadi seorang sosialis dan Marxsis
semasa berusia empat puluh tahun. Karya-karya Morris mengenai sosialisme
bernafas dari setiap pora Sosialisme Dari Bawah, sebagaimana setiap ayat Webb
adalah bertentangan dengan itu. Ini mungkin paling jelas dalam serangan Morris
pada Fabianisme (kerana sebab-sebab yang betul); kutukannya terhadap
Marxsisme edisi Lassalle Britain, iaitu H. M. Hyndman; kritikannya terhadap
sosialisme kerajaan; dan kejijikannya dengan utopia kolektivis birokratik yang
terkandung dalam karya Bellamy bertajuk Memandang Ke Belakang [Looking
Backward]. (Yang terakhir ini telah menggerakkan Morris untuk mengatakan: Jika
mereka memasukkan saya ke dalam rejimen pekerja, saya akan meratap dan
menendang.)
Tulisan-tulisan sosialis Morris dipenuhi dengan tekanannya pada perjuangan kelas
dari bawah, pada masa mutakhir; dan berkenaan dengan masa depan sosialis,
karyanya bertajuk Berita Bukan Dari Mana-Mana [News From Nowhere] ditulis
sebagai antitesis kepada buku Bellamy. Dia memberi amaran:
bahawa manusia individu tidak dapat mengalihkan urusan kehidupan
kepada bahu sesuatu abstraksi yang dinamakan Kerajaan, tetapi mesti
menanganinya dengan hubungan sedar dengan satu sama lain
Kepelbagaian kehidupan adalah matlamat Komunisme tulin sebagaimana
dengan kesamarataan keadaan, dan tidak terdapat apa-apa melainkan
perpaduan kedua-dua ini yang akan membawa kebebasan tulin.
Malah beberapa orang Sosialis, dia menulis, seringkali mengelirukan jentera
koperatif yang ditujui oleh kehidupan moden dengan inti Sosialisme sendiri. Ini
bermakna bahawa kebahayaan masyarakat terjerumus ke dalam birokrasi. Maka,
dia meluahkan ketakutan terhadap birokrasi kolektivis yang terletak di hadapan.
Bereaksi dengan ganas terhadap sosialisme kerajaan dan reformisme, dia telah
menyandar pada anti-parlimentarianisme tetapi dia tidak terjerumus ke dalam
perangkap anarkis:
rakyat akan perlu berhubung dalam pentadbiran, dan kadang-kala akan
terdapatnya perbezaan pendapat Apakah yang perlu dilakukan? Parti
manakah yang akan menyerah diri? Kawan-kawan Anarkis kita mengatakan
bahawa ia tidak patut didukung oleh majoriti; dalam kes itu, ia mesti
didukung oleh minoriti. Dan mengapa? Adakah terdapatnya apa-apa hak
suci dalam minoriti?
Ini menikam hati anarkisme dengan lebih mendalam bahawa pendapat umum
bahawa masalah dengan anarkisme adalah sifat terlalu idealistik.
William Morris menentang Sidney Webb: ini merupakan satu cara untuk
merumuskan cerita di atas.
7. Dinding Revisionis
Eduard Bernstein, ahli teori revisionisme demokrasi sosial, telah mendapat ilham
dari Fabianisme, yang telah mempengaruhinya semasa dia berada di London. Dia
tidak merekakan polisi reformis pada tahun 1896: dia sekadar menjadi jurucakap
teorinya. (Kertua parti birokrasi lebih menggemari kekurangan teori: Sesorang
tidak mengatakannya, seseorang melakukannya, dia memberitahu Bernstein,
bermakna bahawa Marxsisme telah disingkirkan dari politik demokrasi sosial
Jerman jauh sebelum ahli-ahli teorinya mencerminkan perubahan tersebut.)
Tetapi Berstein tidak mengubahsuai Marxsisme. Peranannya adalah untuk
memotong akar Marxsisme sambil berpura-berpura memetik beberapa bunga.
Pihak Fabian tidak merisaukan diri dengan penyembunyian ini, tetapi di Jerman ia
adalah mustahil untuk menghapuskan Marxsisme dengan serangan terbuka.
Pengembalian kepada Sosialisme Dari Atas (die alte Scheisse) terpaksa
dipersembahkan sebagai modenisasi atau revision.
Secara asasnya, seperti pihak Fabian, revisionisme telah menjumpai sosialisme-
nya dalam kolektivisasi kapitalisme sendiri; ia melihat gerakan menuju sosialisme
sebagai jumlah aliran-aliran kolektivis yang nyata dalam kapitalisme sendiri; ia
mengharapkan sosialisasi sendiri terhadap kapitalisme dari atas, melalui
pertubuhan-pertubuhan kerajaan yang sedia ada. Ungkapan Kerajaan = Sosialisme
bukanlah penciptaan Stalinisme; ia direka oleh aliran Fabian-Revisionis-Kerajaan-
sosialis dalam reformisme demokrasi sosial.
Kebanyakan perjumpaan mutakhir yang mengumumkan bahawa sosialisme telah
menjadi usang kerana kapitalisme tidak lagi wujud, sudah dapat dijumpai dalam
Bernstein. Ia adalah melucukan untuk mengatakan bahawa Jerman Weiman
bersifat kapitalis, dia megumumkan, kerana kawalan-kawalan yang digunakan
pada pihak kapitalis; ia mengikuti dari Bernsteinisme bahawa kerajaan Nazi lebih
bersifat anti-kapitalis, seperti yang diiklankan
Perubahan sosialisme menjadi kolektivisme birokratik sudah nyata dalam serangan
Bernstein terhadap demokrasi pekerja. Sambil mengutuk idea kawalan pekerja ke
atas industri, dia mengubahsuai maksud demokrasi. Adakah ia pentadbiran oleh
rakyat? Dia menolak ini, dan memupuk penghuraian negatif, iaitu ketidak-
hadiran pentadbiran kelas. Maka, konsep demokrasi pekerja sebagai inti
sosialisme disingkirkan, sebagaimana dengan pengubahsuaian maksud demokrasi
yang berlaku dalam akademi-akademi Komunis. Malah kebebasan politik dan
pertubuhan-pertubuhan perwakilan telah disingkirkan: hasil teori yang lebih
menakjubkan kerana Bernstein sendiri tidak bersifat anti-demokratik seperti
Lassalle atau Shaw. Ia adalah teori Sosialisme Dari Atas yang memerlukan aspek-
aspek ini. Berstein adalah ahli teori demokrasi sosial utama bukan sahaja bagi
ungkapan kerajaan = sosialisme, tetapi juga bagi pemisahan sosialisme daripada
demokrasi pekerja.
Maka, ia tidak menghairankan bahawa Bernstein telah menyimpulkan bahawa
kemusuhan Marx terhadap kerajaan bersifat anarkistik dan bahawa Lassalle
sememangnya tepat dalam memandang ke arah kerajaan bagi permulaan
sosialisme. Badan pentadbiran masa depan akan berbeza daripada kerajaan
mutakhir dalam hanya satu tahap, Bernstein menulis; kelayuan kerajaan
hanyalah utopianisme malah di bawah sosialisme. Dia sebaliknya, sangatlah
bersifat waras; misalnya, sambil kerajaan tidak layu Kaiser melancarkan serangan
imperialisme dalam kejaran bagi tanah jajahan, Bernstein dengan laju telah
menyokong kolonialisme dan Beban Manusia Kulit Putih: Hanya hak bersyarat
kaum liar kepada tanah yang mereka menduduki patut dihormati; tamadun yang
lebih maju akhirnya dapat menuntut hak yang lebih tinggi.
Bernstein telah membezakan wawasan jalannya sendiri menuju sosialisme dengan
jalan Marx: jalan Marx adalah gambar sebuah angkatan tentera. Ia bergerak ke
hadapan, melalui lencongan, di atas kayu dan batu Akhirnya, ia tiba di jurang
besar. Di seberang jurang tersebut berdirinya wawasan yang diingini kerajaan
masa depan, yang hanya dapat dicapai melalui laut, laut merah seperti yang pernah
dikatakan oleh beberapa orang. Bertentangan dengan itu, wawasan Bernstein
bukanlah merah tetapi berwarna-warni: perjuangan kelas memasuki kebahagiaan
sambil kerajaan yang baik hati mengubahkan borjuasi menjadi birokrat yang baik.
Ia tidak berlaku dengan cara itu apabila demokrasi sosial Bernstein menyerang
sayap kiri revolusioner buat kali pertama pada tahun 1919, dan kemudiannya
menabalkan semula borjuasi dan pihak ketenteraan, mereka telah membantu
membawa Jerman ke dalam tangan fasis.
Jika Bernstein merupakan ahli teori persamaan kolektivisme birokratik dengan
sosialisme, maka ia merupakan musuh sayap kirinya dalam gerakan Jerman yang
telah menjadi jurucakap utama dalam Internasional Kedua bagi Sosialisme Dari
Bawah yang bersifat demokratik lagi revolusioner. Ini merupakan Rosa
Luxemburg, yang telah meletakkan kepercayaan dan harapannya dalam perjuangan
spontan kelas pekerja, sehingga pencipta mitos telah merekakan teori spontan
baginya, yang dia tidak pernah memegang, iaitu teori di mana sifat spontan
dibezakan dengan kepimpinan.
Dalam gerakannya sendiri, dia telah berjuang menentang pihak elitis revolusioner
yang telah menjumpai teori Pemerintahan Diktator Berpendidikan ke atas pekerja
(ia dijumpai semula dalam setiap generasi sebagai Benda Yang Terbaru), dan
terpaksa menulis: Tanpa hasrat berkesedaran dan tindakan berkesedaran oleh
majoriti proletariat, sosialisme tidak dapat dicapai [Kita] tidak akan merampas
kekuasaan kerajaan kecuali melalui hasrat jelas majoriti besar kelas pekerja
Jerman Dan laungan terkenalnya: Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh
gerakan pekerja revolusioner tulin adalah lebih baik dan bermanfaat dari segi
sejarah daripada kelemahan seluruh Majlis Pusat yang terbaik.
Rosa Luxemburg menentang Eduard Berstein: ini adalah bab Jerman dalam cerita
kita.
8. Adegan Amerika Seratus Peratus
Di Mata Air sosialisme peribumi Amerika, gambarnya adalah serupa, malah
lebih-lebih lagi seperti itu. Jika kita meninggalkan sebentar sosialisme Jerman
(sosialisme Lassalle dengan bunga-bunga Marxsis) yang diimport oleh Parti Buruh
Sosialis awal, maka tokoh utama di sini adalah, paling sekali, Edward Bellamy dan
karyanya Memandang Ke Belakang (1887). Sebelumnya adalah Laurence
Gronlund yang kini dilupai, dengan karyanya Komonwel Koperatif [Cooperative
Commonwealth] (1884) yang sangat berpengaruh pada masanya sehingga 100,000
naskah dijual.
Gronlung sungguh mutakhir sehingga dia tidak mengatakan bahawa dia menolak
demokrasi dia hanya mengubahsuaikannya; sebagai Pentadbiran Oleh Mereka
Yang Waras, bertentangan dengan pentadbiran oleh majoriti, bersama dengan
cadangan sederhana untuk menghapuskan kerajaan perwakilan serta kesemua parti
politik. Apa yang dikehendaki rakyat, dia mengajar, adalah pentadbiran
pentadbiran yang baik. Mereka patut mencari pemimpin-pemimpin yang baik
dan kemudiannya sanggup meletakkan seluruh kuasa kolektif mereka dalam
tangan pemimpin-pemimpin itu. Kerajaan perwakilan akan digantikan oleh undi
terbuka. Dia pasti bahawa skima ini akan berfungsi, dia menjelaskan, kerana ia
berfungsi dengan baik bagi hierarki Gereja Katolik. Sememangnya, dia menolak
idea perjuangan kelas. Para pekerja tidak dapat mencapai kebebasan dengan
sendiri, dan dia khususnya mengutuk laungan prinsip utama ini oleh Marx. Kaum
liar akan dibebaskan oleh sebuah elit yang terdiri daripada golongan waras, yang
ditarik dari golongan inteligensia; dan pada suatu ketika, dia telah mencuba
mengaturkan sebuah Persaudaraan Sosialis Amerika rahsia bagi para pelajar.
Utopia sosialis Bellamy dalam Memandang Ke Belakang menggunakan angkatan
tentera sebagai corak masyarakat yang sempurna berejiman, diperintah secara
hierarki oleh sebuah elit, diatur dari atas ke bawah, dengan keghairahan di
hujungnya. Cerita itu sendiri menggambarkan peralihan seolah-olah muncul dari
pemusatan masyarakat menjadi sebuah perusahaan perdagangan besar, sebuah
kapitalis tunggal: iaitu kerajaan. Hak mengundi bebas dihapuskan; kesemua
pertubuhan dari bawah dimansuhkan; keputusan-keputusan diambil oleh teknokrat-
teknokrat pentadbiran dari atas. Seperti yang seorang pengikutnya telah
menghuraikan sosialisme Amerika: Idea sosialnya adalah sistem perindustrian
yang diatur dengan sempurna, yang, oleh kerana gabungan roda-rodanya, akan
terus berfungsi dengan geseran minimum dan kekayaan serta kesenangan
maksimum bagi semua orang.
Seperti dalam kes pihak anarkis, penyelesaian Bellamy bagi masalah pengaturan
sosial asas bagaimana perbezaan-perbezaan dan kepentingan-kepentingan
berbeza di kalangan manusia dapat diatasi adalah anggapan bahawa sebuah elit
akan menjadi sangat bijaksana dan tidak mampu melakukan kesalahan (secara
asasnya, serupa dengan mitos Stalinis-totalitarian mengenai Parti yang tidak dapat
melakukan kesalahan), di mana inti anggapan itu adalah bahawa ia tidak
memerlukan apa-apa kawalan demokratik dari bawah. Yang terakhir ini tidak dapat
difikirkan oleh Bellamy kerana rakyat jelata, kerana para pekerja, hanyalah sebuah
raksasa merbahaya, atau kaum liar. Gerakan Bellamy yang telah memanggil
dirinya Nasionalisme dan pada mulanya telah mencuba menjadi anti-sosialis dan
anti-kapitalis diatur secara sistemik pada sokongan kelas menengah, seperti pihak
Fabian.
Di sinilah pendidik-pendidik sayap peribumi sosialisme Amerika yang sangat
terkenal, di mana konsep-konsep mereka telah berkumandang sepanjang sektor-
sektor bukan Marxsis dan anti-Marxsis dalam gerakan sosialis sehingga abad ke-
20, malah dengan kebangkitan Kelab-Kelab Bellamy pada tahun 1930-an, apabila
John Dewey mengatakan bahawa Memandang Ke Belakang sebenarnya
menggambarkan kesempurnaan demokrasi. Teknokrasi, yang sudah mendedahkan
unsur-unsur fasis dengan terbuka, merupakan warisan daripada tradisi ini dari satu
sudut. Jika seseorang ingin melihat betapa nipisnya garisan di antara sesuatu yang
dinamakan sosialisme dan sesuatu seperti fasisme, ada baiknya dia membaca
pengutaraan sosialisme palsu yang ditulis oleh seorang ahli sains dan tokoh Parti
Sosialis bernama Charles P. Steinmetz. Karyanya Amerika dan Zaman Baru
[America and the New Epoch] (1916) melukiskan semula dengan serius anti-utopia
yang dahulunya muncul dalam buku-buku fiksyen sains, di mana Kongres telah
digantikan oleh senator-senator dari DuPont, General Motors dan perusahaan-
perusahaan besar yang lain. Steinmetz, yang menggambarkan perusahaan-
perusahaan monopolistik besar (seperti pihak majikannya sendiri, iaitu General
Electric) sebagai kecekapan perindustrian tertinggi, mencadangkan untuk
menghapuskan kerajaan politik dan menggunakan pemerintahan secara langsung
oleh pihak monopolis korporat.
Bellamyisme telah meletakkan ramai orang pada jalan menuju sosialisme, tetapi
jalan itu telah berpisah. Menjelang abad ke-20, sosialisme Amerika telah
mengajukan antitesis paling ghairah kepada Sosialisme Dari Atas dalam segala
bentuknya: Eugene Debs. Pada tahun 1897, Debs masih berada di tahap di mana
dia bertanya John D. Rockefeller untuk membiayai pendirian sebuah koloni utopia
sosialis di sebuah negeri barat; tetapi Debs, di mana sosialisme dibentukkan oleh
perjuangan kelas dalam gerakan pekerja militan, telah menjumpai suaranya yang
tepat.
Hati sosialisme Debs merupakan rayuannya kepada, dan kepercayaan dalam,
aktiviti sendiri oleh rakyat dari bawah. Tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan Debs
adalah hamil dengan tema ini. Dia seringkali memetik atau menggunakan Prinsip
Pertama Marx dalam kata-katanya sendiri: Perjumpaan besar yang telah dibuat
oleh hamba moden adalah bahawa mereka sendiri mesti mencapai kebebasan. Ini
adalah rahsian perpaduan mereka; hati harapan mereka Kenyataan klasik
olehnya adalah ini: Kaum pekerja sedunia sudah terlalu lama menunggu seorang
nabi memimpin mereka keluar dari penghambaan. Dia tidak muncul; dia tidak
akan muncul. Saya tidak akan memimpin anda jika dapat; kerana jika anda dapat
dipimpin keluar, anda dapat dipimpin kembali. Saya lebih senang anda membuat
keputusan bahawa tidak terdapatnya apa-apa yang anda tidak dapat melakukan
dengan sendiri. Dia telah mengikuti kata-kata Marx pada tahun 1850:
Dalam perjuangan kelas pekerja untuk membebaskan dirinya daripada
penghambaan gaji, ia tidak dapat diulangi terlalu kerap bahawa semuanya
bergantung kepada kelas pekerja sendiri. Persoalan asas adalah, Dapatkah
pekerja menyediakan diri mereka, melalui pendidikan, pengaturan,
kerjasama dan disiplin sendiri, untuk mengambil-alih kuasa-kuasa produktif
dan mengurus industri demi kepentingan rakyat dan demi manfaat
masyarakat? Hanya Itu sahaja persoalannya.
Dapatkah pekerja menyediakan diri mereka? Dia tidak dipengaruhi ilusi
mengenai kelas pekerja pada masa itu (atau pada masa ini). Dia telah
mencadangkan wawasan yang berbeza daripada pihak elitis, di mana kepandaian
tunggal mereka adalah menunjukkan kemunduran rakyat pada masa ini, dan
mengajar bahawa ini berterusan selama-lamanya. Bertentangan dengan
kepercayaan pada pemerintahan elit dari atas, Debs telah mengajukan konsep
barisan hadapan revolusioner (juga sebuah minoriti) di mana kepercayaan
membawa mereka untuk mengajukan jalan yang lebih susah bagi majoriti:
Ia adalah minoriti-minoriti yang telah menciptakan sejarah dunia ini [dia
mengatakan ini semasa ucapan anti-peperangan pada tahun 1917, bagi mana
kerajaan Wilson telah memenjarakannya]. Ia adalah minoriti yang telah
menjadi cukup berani untuk mengambil tempat mereka di hadapan; yang
telah cukup ikhlas untuk mengucapkan apa yang benar; yang telah cukup
berani untuk menentang susunan yang sedia ada; yang telah mendukung
hasrat golongan miskin yang melarat, berjuang; yang telah berdiri teguh
tanpa mengira kesan-kesan peribadi demi kebebasan dan keadilan.
Sosialisme Debs telah membangkitkan balasan hebat dari hati rakyat, tetapi Debs
tidak mempunyai pengganti sebagai mata air sosialisme revolusioner-demokratik.
Selepas zaman radikalisasi selepas peperangan, Parti Sosialis telah menjadi lebih
sederhana dalam satu tangan, dan Parti Komunis telah menjadi lebih bersifat
Stalinis dalam tangan sebelah. Pada pihaknya sendiri, liberalisme Amerika sudah
lama menjalani proses statifikasi, dan berkemuncak dengan ilusi Perjanjian Baru
pada tahun 1930-an. Wawasan pengagihan dari atas elitis di bawah naungan
seorang Presiden-Penyelamat telah menarik seluruh lapisan pihak liberal, bagi
siapa orang di Rumah Putih adalah serupa dengan Bismarck bagi Lassalle.
Jenis ini telah dimulakan oleh Lincoln Steffens, seorang liberal kolektivis yang
(seperti Shaw dan Georges Sorel) ditarik kepada Mussolini dan Moskow, bagi
sebab-sebab yang sama. Upton Sinclair, yang telah mengundur diri dari Parti
Sosialis kerana ia terlalu bersifat sektarian, telah memulakan gerakan luas
tersendiri untuk Menghapuskan Kemiskinan di Kalifornia, dengan manifesto
yang diberikan tajuk Saya, Gabenor Kalifornia dan Bagaimana Saya
Menghapuskan Kemiskinan [I, Governor of California and How I Ended Poverty
(mungkin satu-satunya manifesto radikal dengan dua kata saya dalam tajuknya),
dengan tema Sosialisme Dari Atas Di Sacramento. Salah seorang tokoh biasa pada
masa itu merupakan Stuart Chase, yang telah mengikuti jalan tidak tentu dari
reformisme Liga Bagi Demokrasi Perindustrian sehingga separuh fasisme
Teknokrasi. Terdapatnya juga akaliah-akaliah Stalinis yang telah berjaya
mengukuhkan kebanggaan mereka dengan Roosevelt dan Rusia dengan
menghormati NRA dan Kes-Kes Makhamah Moskow. Terdapatnya tanda-tanda
masa itu seperti Paul Blanshard, yang telah meninggalkan Parti Sosialis dan
menyokong Roosevelt pada dasar bahawa rancangan kapitalisme terkawal di
bawah Perjanjian Baru telah mengambil langkah bagi perubahan ekonomi dari
pihak sosialis.
Perjanjian Baru, seringkali dikatakan dengan tepat sebagai zaman demokrasi
sosial Amerika, juga merupakan percubaan Sosialisme Dari Atas oleh pihak liberal
dan demokraso sosial, atau utopia pemerintahan beraja rakyat Roosevelt. Ilusi
revolusi dari atas Roosevelt telah menyatukan sosialisme menjalar, liberalisme
birokratik, elitisme Stalinis, dan ilusi-ilusi mengenai kolektivisme Rusia dan
kapitalisme kolektivis, semuanya dalam satu bungkusan.
9. Sembilan aliran Sosialisme Dari Atas
Kita telah melihat bahawa terdapatnya beberapa aliran atau jenis Sosialisme Dari
Atas. Mereka biasanya terbelit, tetapi biarlah kita mengasingkan beberapa aspek
yang paling penting bagi kajian terperinci.
1. Filantropisme Sosialisme (atau kebebasan, biar apapun) perlu dihadiahkan,
agar rakyat dapat dilayani dengan baik, oleh golongan kaya dan berkuasa, dari
kebaikan hati mereka.. Seperti yang dikatakan oleh Manifesto Komunis, dengan
pihak utopia awal seperti Robert Owen dalam minda, Proletariat hanya wujud
dalam pandangan mereka sebagai kelas yang paling menderita. Dan dalam
usaha berterima kasih, rakyat miskin mesti mengabaikan apa-apa usaha menjadi
sedar diri, dan tidak mementingkan perjuangan kelas atau pembebasan diri
sendiri. Aspek ini mungkin dikaji sebagai satu kes khas daripada

2. Elitisme Kita telah menyebut beberapa kes kepercayaa bahawa sosialisme


adalah urusan sebuah minoriti pemerintah baru, bersifat bukan kapitalis dan
maka dijamin tulin, menekan kekuasaannya antara buat sementara waktu (buat
satu zaman bersejarah) atau malah buat selama-lamanya. Dalam mana-mana
kes, kelas pemerintah baru ini kemungkinan melihat Pemerintahan Diktator
Berpendidikan sebagai wawasan bagi rakyat untuk berjasa kepada rakyat,
sememangnya dengan pemerintahan diktator tersebut diusahakan oleh sebuah
parti elit yang mendiamkan segala kawasan dari bawah, atau oleh seorang
pemerintah diktator baik hati atau Pemerintah-Penyelamat, atau oleh
Superman Shaw melalui tipu-helah eugenik, oleh pengurus-pengurus anarkis
Proudhon, atau teknokrat Saint-Simon atau orang-orang mutakhir yang serupa
dengan laungan-laungan mutakhir dan tabir-tabir bahasa baru yang dapat
dilaungkan sebagai teori sosialis subur menentang Marxsisme abad kesembilan
belas.
Dalam tangan sebelah, pengaju-pengaju Sosialisme Dari Bawah yang bersifat
revolusioner-demokratik juga merupakan sebuah minoriti, tetapi jurang di
antara pendekatan elites dan pendekatan barisan hadapan adalah penting,
seperti yang kita telah melihat dalam kes Debs. Bagi dia, sebagaiman dengan
Marx dan Luxemburg, fungsi barisan hadapan revolusioner adalah untuk
memastikan yang majoriti rakyat menyediakan diri mereka untuk merampas
kuasa dalam nama mereka sendiri, melalui perjuangan mereka sendiri. Yang
penting bukanlah untuk menafikan kepentingan golongan-golongan minoriti,
tetapi untuk mendirikan sebuah hubungan berbeza di antara minoriti maju dan
majoriti mundur.
3. Perancangan Kata-kata utama adalah Kecekapan, Susunan, Perancangan,
Sistem, dan Rejimentasi. Sosialisme disingkirkan kepada kejuruteraan sosial,
oleh sesuatu Kuasa di atas masyarakat. Di sini sekali lagi, yang penting
bukanlah untuk menafikan bahawa sosialisme cekap memerlukan perancangan
luas (dan juga bahawa kecekapan dan susunan adalah benda-benda yang baik);
tetapi penyingkiran sosialisme kepada pengeluaran terancang adalah sesuatu
yang sangatlah berbeza, sebagaimana demokrasi cekap memerlukan hak
mengunsi, tetapi penyingkiran demokrasi menjadi hak mengundi semata-mata
menjadikannya sesuatu yang palsu.
Sebenarnya, ia adalah penting untuk menunjukkan bahawa pemisahan
perancangan dari kawalan dari bawah yang demokrasi menyingkirkan
perancangan sendiri; kerana masyarakat-masyarakat perindustrian terperinci
hari ini tidak dapat dirancangan dengan cekap oleh sebuah kumpulan majlis
pusat yang berkuasa, yang menghalang dan mengancam kebebasan ilham dan
pembetulan dari bawah. Ini sememangnya adalah percanggahan asas dalam
jenis baru sistem sosial yang diwakili oleh kolektivisme birokratik Soviet.
Tetapi kita tidak perlu mengkaji subjek ini lebih lanjut di sini.
Penggantian sosialisme oleh Perancangan mempunyai sejarah yang panjang,
selain pengutaraan mitos Soviet bahawa Kepuasan = Sosialisme, iaitu sesuatu
laungan yang kita sudah melihat pertama sekali diutarakan oleh reformisme
demokrasi sosial (terutamanya Berstein dan pihak Fabian). Pada tahun 1930-an,
keajaiban Rancangan ini, sebahagiannya diambil-alih oleh propaganda Soviet,
telah menjadi sesuatu yang penting dalam sayap kanan demokrasi sosial,
dengan Henri de Man dilaungkan sebagai nabi dan pengganti kepada Marx. De
Man telah melesap dari pandangan dan kini dilupai kerana dia telah menolak
teori-teori Revisionis-nya pertama sekali ke dalam korporatisme dan
kemudiannya bekerjasama dengan pihak Nazi.
Di samping pembinaan teori, Perancangan juga muncul dalam gerakan sosialis
sebagai penjelmaan dalam sesuatu jenis radikal psikologi. Secara ringkas, salah
satu gambaran pertama jenis ini muncul dalam karya The Servile State oleh
Belloc, dengan pihak Fabian dalam minda. Jenis ini, menulis Belloc:
menggemari kesempurnaan kolektivis secara tersendiri kerana ia
adalah bentuk masyarakat yang tersusun dan biasa. Dia gemar
mempertimbangkan kesempurnaan sebuah Kerajaan di mana tanah dan
kapital akan dipegang oleh pegawai-pegawai awam yang akan mengarah
orang lain dan maka menghalang mereka daripada gejala, kejahilan dan
kesilapan. [Belloc juga menulis:] Dalam dirinya, pengeksploitasian manusia
tidak mengutarakan kebencian. Sememangnya, dia bukanlah jenis di mana
kebencian atau apa-apa perasaan hidup yang lain dikenali [Belloc
menulis mengenai Sidney Webb di sini:] harapan birokrasi luas di mana
seluruh kehidupan akan dirancang dan diberikan skima-skima ringkas
tertentu memberikan perut kecilnya kepuasan terakhir.
Sejauh mana berkenaan dengan contoh-contoh mutakhir dengan warna pro-
Stalinis, pelbagai contoh dapat dijumpai dalam majalah Paul Sweezy bertajuk
Monthly Review.
Dalam rencana pada tahun 1930 mengenai corak-corak motif sosialisme,
ditulis pada waktu dia masih berpendapat bahawa dia merupakan seorang
Leninis, Max Eastman membezakan jenis ini sebagai berpusat pada
pengaturan cekap dan bijaksana keghairahan bagi rancangan pengaturan
seperti perniagaan. Bagi mereka, dia mengulas, Rusia Stalinis mempunyai
tarikan:
Ia adalah kawasan yang sekurang-kurangnya perlu dimaafi di kawasan-
kawasan lain sudah pasti bukan dikutuk kerana merupakan mimpi gila,
seperti kebebasan pekerja dan dengan itu, seluruh umat manusia. Dalam
diri mereka yang telah membina gerakan Marxsis dan mereka yang telah
mengatur kejayaannya di Rusia, mimpi gila tersebut merupakan motif
utama. Mereka merupakan, walaupun kini dilupai oleh beberapa pihak,
pemberontakan menentang penindasan. Lenin mungkin akan berdiri,
apabila keghairahan mengenai idea-ideanya melesap, sebagai pemberontak
paling hebat dalam sejarah. Keinginan utamanya merupakan kebebasan
manusia jika satu konsep mesti dipilih untuk merumuskan wawasan
perjuangan kelas yang dihuraikan oleh tulisan-tulisan Marxsis, dan
terutamanya tulisan-tulisan Lenin, kebebasan manusia adalah nama
baginya
Ia mungkin ditambah bahawa lebih dari sekali, Lenin telah mengutuk desakan
menuju perancangan menyeluruh sebagai utopia birokratik.
Terdapatnya pembahagian di bawah Perancangan yang juga merupakan nama:
biarlah kita menamakannya Produksionisme. Sememangnya, semua orang
menyokong produksi sebagaimana semua orang menyokong Nilai Murni dan
Kehidupan Bahagia; tetapi bagi jenis ini, produksi adalah ujian utama bagi
masyarakat. Kolektivisme birokratik Rusia adalah progresif kerana statistik
pengeluaran besi (jenis yang sama biasanya tidak menghiraukan statistik
peningkatan pengeluaran di bawah kapitalisme Nazi atau Jepun). Ia adalah baik
untuk menghancurkan atau menghalang kebebasan kesatuan-kesatuan pekerja
di bawah Nasser, Castro, Sukarno atau Nkrumah kerana sesuatu yang dikenali
sebagai pembangunan ekonomi adalah lebih penting daripada hak-hak
manusia. Pandangan ini, sememangnya, tidak diciptakan oleh pihak radikal,
tetapi diciptakan oleh pengeksploitasi tenaga pekerja dalam Revolusi
Perindustian kapitalis; dan gerakan sosialisme telah bangkut untuk menentang
ahli-ahli teori yang menyokong pengeksploitasian progresif ini. Bersamaan
dengan ini juga, peminta-peminta maaf bagi rejim-rejim diktator sayap kiri
mutakhir juga menganggap doktrin palsu ini sebagai versi sosiologi terbaru.
4. Komunionisme Dalam rencana tahun 1930 itu, Max Eastman menamakan ini
corak persaudaraan bersatu di kalangan sosialis aktif atau perpaduan
manusia mereka yang mengharapkan, dengan pergaulan keajaiban agama
dan keghairahan binatang, perpaduan manusia. Ia tidak patut dikelirukan
dengan konsep perpaduan semasa permogokan dan sebagainya, dan tidak
semestinya disamakan dengan apa yang biasanya dinamakan sebagai perpaduan
dalam gerakan sosialis atau perasaan bermasyarakat dalam bidang-bidang lain.
Kandungan khususnya, seperti yang dikatakan oleh Eastman, adalah pencarian
demi penaklukan dalam Keseluruhan, hasrat untuk kehilangan diri dalam hati
pengganti Tuhan.
Di sini, Eastman sedang merujuk kepada seorang penulis Parti Komunis
bernama Mike Gold; satu lagi kes baik adalah Harry F. Ward, seorang ahli Parti
Komunis, di mana buku-bukunya meramalkan hasrat keseluruhan ini demi
kehilangan sifat individu seseorang. Buku-buku nota Bellamy mendedahkan
dirinya sebagai kes klasik: dia menulis mengenai hasrat demi penyerapan ke
dalam mahakuasa alam semesta; Agama Perpaduan Bellamy itu
mencerminkan ketidak-percayaannya dengan individualism seseorang,
keinginannya untuk memansuhkan Diri dalam Sesuatu Yang Lebih Berkuasa.
Aliran ini sangat berleluasa dalam beberapa bentuk Sosialisme Dari Atas dan
bukannya jarang dijumpai dalam beberapa kes lebih sederhana seperti pihak
elitis filantropik dengan pandangan-pandangan Sosialis Kristian.
Sememangnya, jenis sosialisme komunionis ini seringkali dilaungkan sebagai
sosialisme beretika dan dipuji kerana memegang perjuangan kelas sebagai
sesuatu yang perlu dihindari; kerana pertelingkahan tidak sepatutnya berlaku di
dalam rumah. Ia biasanya menghadapkan kolektivisme dengan
individualisme (penghadapan palsu dari pandangan keperimanusiaan), tetapi
apa yang ia sebenarnya ingin menghapuskan adalah sifat individu.
5. Pemasukan [permeationism] Sosialisme Dari Atas muncul dalam pelbagi
bentuk kerana sentiasa terdapatnya alternatif kepada mobilisasi sendiri rakyat
dari bawah; tetapi kes-kes yang telah dibincangkan biasanya dapat dibahagikan
menjadi dua keluarga.
Yang satu mempunyai perspektif menumbangkan masyarakat hierarki kapitalis
mutakhir dan menggantikannya dengan masyarakat hierarki bukan kapitalis
yang baru berdasarkan jenis kelas pemerintah elit yang baru. (Jenis-jenis ini
biasanya dijudulkan revolusioner dalam sejarah sosialisme). Yang satu lagi
mempunyai perspektif memasuki pusat-pusat kuasa dalam masyarakat yang
sedia ada untuk mengubahkannya secara beransur-ansur menjadi
kolektivisme kerajaan, mungkin molekul demi molekul, sebagaimana kayu
mereput. Ini adalah inti utama bentuk Sosialisme Dari Atas reformis lagi
demokrasi sosial.
Ungkapan pemasukan ini diciptakan bagi penghuraian apa yang kita sudah
menamakan jenis reformisme yang paling tulin, iaitu Fabianisme Sidney
Webb. Segala pemasukan demokrasi sosial adalah berdasarkan sesuatu teori
mekanikal: kolektivisasi sendiri kapitalisme dari atas, yang disamakan dengan
sosialisme. Tekanan dari bawah (di mana ia dibenarkan) dapat mempercepatkan
dan meluruskan proses tersebut, selagi ia dikawal dengan rapi untuk
mengelakkan penakutan pihak kolektivisasi sendiri. Maka, pihak pemasukan
demokrasi sosial bukan sahaja sanggup bersatu dengan Pihak Berkuasa dan
bukan menentangnya, dalam apa-apa kemampuan, biarpun sebagai pembantu
rendah mahupun menteri kabinet. Biasanya, fungsi gerakan dari bawah mereka
adalah untuk menghasut kuasa-kuasa pemerintah untuk membuka peluang bagi
pemasukan mereka.
Aliran menuju kolektivisasi kapitalisme sememangnya adalah realiti: seperti
yang kita telah melihat, ia bermakna kolektivisasi birokratik terhadap
kapitalisme. Sambil proses ini telah bergerak, demokrasi sosial mutakhir sendiri
telah melalui perubahan. Pada hari ini, ahli teori utama bagi neo-reformisme ini,
iaitu C. A. R. Crossland, mengutuk kenyataan sederhana yang menyokong
nasionalisasi sebagai melampau, walaupun ia ditulis bagi rancangan Parti
Buruh Britain oleh Sidney Webb sendiri (dengan Arthur Henderson)! Jumlah
jenis demokrasi sosial yang kini telah menghapuskan segala kandungan anti-
kapitalis sesuatu fenomena baru dalam sejarah sosialis mencerminkan tahap
sehingga mana proses kolektivisasi birokratik tersebut diterima sebagai ansuran
sosialisme terkejut.
Ini adalah pemasukan sebagai strategi besar. Ia sememangnya membawa
pemasukan sebagai taktik politik, sesuatu subjek yang kita tidak perlu mengejar
di sini, selain mengatakan bentuknya yang paling jelas di Amerika Syarikat:
polisi menyokong Parti Demokratik dan persekutuan di sekeliling Konsensus
Johnson, pendahulu dan penggantinya.
Perbezaan di antara dua keluarga Sosialisme Dari Atas ini juga adalah benar
mengenai sosialisme warganegara, dari Babeuf sehingga Harold Wilson; iaitu,
kes-kes di mana dasar sosial bagi aliran sosialis tertentu terletak dalam sistem
kebangsaan, biarpun bangsawan pekerja atar unsur-unsur tanpa kelas atau
unsur-unsur lain. Kes ini sedikit sebanyak adalah berbeza bagi sosialisme dari
luar yang diwakili oleh Parti-Parti Komunis mutakhir, di mana strategi dan
taktik mereka bergantung kepada dasar kuasa di luar apa-apa lapisan sosial
domestik; iaitu, pada kelas-kelas pemerintah kolektivis birokratik di Rusia.
Parti-Parti Komunis telah menunjukkan diri mereka sebagai berbeza daripada
apa-apa gerakan dalam negara dalam kemampuan mereka untuk berpindah di
antara atau menggabungkan taktik tentangan revolusioner dan pemasukan
mengikut kesukaan mereka. Maka, Parti Komunis Amerika pernah beralih dari
Zaman Ketiga sayap kiro melampau pada tahun 1928-1934 sehingga taktik
pemasukan melampau semasa Zaman Barisan Popular, kemudian kembali
kepada revolusionisme semasa zaman Perjanjian Hitler-Stalin, dan sekali lagi,
semasa pergolakan Perang Dingin, kepada pelbagai gabungan kedua-duanya.
Dengan pemisahan Komunis mutakhir di antara Moskow-Peking, pihak
Krushchev dan Maois biasanya menunjukkan salah satu daripada dua taktik
tersebut.
Maka, polisi domestik dalam Parti Komunis dan pihak demokrasi sosial
seringkali sepadan berkenaan dengan polisi pemaskan, walaupun dari sudut
Sosialisme Dari Atas yang berbeza.
6. Sosialisme Dari Luar Jenis-jenis Sosialisme Dari Atas sebelum ini
menyaksikan kuasa di puncak masyarakat: kini kita tiba pada bantuan dari luar.
Budaya makhluk asing adalah bentuk patologi, pujaan wira adalah bentuk yang
lebih tradisional, di mana dari luar bermakna dari luar dunia ini; tetapi buat
tujuan kita di sini, dari luar bermakna dari luar perjuangan sosial di sesuatu
negara. Bagi pihak Komunis di Eropah Timur selepas Perang Dunia Kedua,
Susunan Baru terpaksa diimport dari bayonet Rusia; bagi pihak Demokrasi
Sosial Jerman yang dibuang negara, kemerdekaan rakyat mereka hanya dapat
dibayangkan melalui kejayaan ketenteraan asing.
Bentuk semasa waktu damai adalah sosialisme mengikut contoh. Ini,
semamangnya, merupakan cara pihak utopia lama, yang telah membina koloni-
koloni teladan di kawasan luar bandar Amerika untuk menunjukkan kebaikan
sistem mereka dan mencari penganut baru. Pada hari ini, ia adalah pengganti ini
bagi perjuangan sosial yang semakin menjadi harapan bagi gerakan Komunis di
dunia Barat.
Contoh utama dibekalkan oleh Rusia (atau Negara Cina, bagi pihak Maois); dan
sambil ia adalah susah untuk menjadikan kehidupan proletariat Rusia menarik
kepada pekerja Barat walaupun dengan tambahan penipuan, terdapatnya lebih
kejayaan yang dapat diharapkan dari dua pendekatan yang lain:
a. Kedudukan unsur-unsur pengurusan, birokratik dan intelek yang agak
istimewa dalam sistem kolektivis Rusia dapat dibandingkan dengan
keadaan di Barat, di mana unsur-unsur yang sama ditaklukkan kepada
pemilik-pemilik kapital dan pemilik-pemilik kekayaan. Pada titik ini,
tarikan sistem Soviet dengan ekonomi kerajaan adalah seiras dengan
tarikan jenis sosialisme kelas menengah, bagi unsur-unsur kelas
intelek, ahli-ahli teknologi, ahli-ahli sains dsn pekerja dalam bidang
sains, birokrat pentadbiran dan pekerja dalam bidang pengurusan yang
tidak puas hati, yang dapat melihat diri mereka dalam sebuah kelas
pemerintah baru berdasarkan kuasa kerajaan dan bukannya kuasa duit
dan permilikan, dan maka melihat diri mereka sebagai orang berkuasa
baru dalam pemerintahan bukan kapitalis tetapi elitis.

b. Sambil Parti-Parti Komunis rasmi terpaksa mengekalkan penipuan


ortodoks berkenaan dengan kepercayaan kepada sesuatu yang
dinamakan Marxsisme-Leninisme, ia adalah lebih biasa bahawa ahli-
ahli teori jenis neo-Stalinis yang tidak terikat kepada parti adalah
bebas daripada penipuan ini. Satu perkembangan adalah pengabaian
perspektif kejayaan melalui perjuangan sosial di negara-negara
kapitalis. Revolusi dunia kini disamakan dengan pertunjukan oleh
negara-negara Komunis bahawa sistem mereka adalah lebih baik. Ini
kini telah diutarakan dalam bentuk tesis oleh dua ahli teori neo-
Stalinis yang utama, iaitu Paul Sweezy dan Isaac Deutscher.
Karya Baron dan Sweezy bertajuk Kapitalisme Monopoli [Monopoly
Capitalism] (1966) menolak jawapan ortodoksi Marxsis tradisional
bahawa proletariat perindustrian mesti bangkit dalam revolusi
menentang penindas kapitalis. Begitu juga dengan segala kumpulan
luar dalam masyarakat golongan penganggur, pekerja ladang,
rakyat miskin, dan sebagainya; mereka tidak dapat menjadi kuasa
mantap dalam masyarakat. Ini tidak meninggalkan sesiapa;
kapitalisme tidak dapat ditentang dari dalam. Jadi bagaimana? Suatu
hari nanti, dua penulis itu mengatakan pada mukasurat terakhit,
mungkin bukan dalam abad ini, rakyat akan menjadi tidak puas hati
dengan kapitalisme sambil revolusi dunia menyebar dan sambil
negara-negata sosialis menunjukkan melalui contoh mereka bahawa
ia tidaklah mustahil untuk membina sebuah masyarakat rasional. Itu
sahaja. Maka, laungan-laungan Marxsis yang mengisi 366 mukasurat
lain dalam buku ini hanya menjadi sesuatu sampingan seperti
pembacaan Surat Sembahyang di Gereja St. Patricks.
Perspektif yang sama dipersembahkan dengan lebih terang lagi dalam
karya Deutscher bertajuk Pertandingan Besar [The Great Contest].
Deutscher menyampaikan teori Soviet baru bahawa kapitalisme akan
dikalahkan bukan kerana atau bukan secara langsung krisis-krisis
dan percanggahan-percanggahan sendiri tetapi kerana ketidak-
mampuannya untuk bertanding dengan kejayaan-kejayaan sosialisme
[iaitu, negara-negara Komunis]; dan kemudian: Ia mungkin
dikatakan bahawa ini sedikit sebanyak telah menggantikan harapan
revolusi sosial berterusan Marxsis. Di sini, kita mempunyai
kemunasabahan teori bagi apa yang sudah lama menjadi fungsi
gerakan Komunis di Barat: untuk bertindak sebagai pengawal
sempadan bagi pemerintahan di Timur. Paling sekali, perspektif
Sosialisme Dari Bawah menjadi sesuatu yang asing kepada
penyokong-penyokong kolektivisme birokratik ini sebagaiman dengan
penyokong-penyokong kapitalisme di kalangan ilmiawan Amerika.
Jenis ahli ideologi neo-Stalinis ini seringkali bersifat kritikal terhadap
rejim Soviet contoh yang baik adalah Deutscher, yang masih
sangatlah jauh daripada bersifat tidak kritikal terhadap Moskow,
berbeza dengan pihak Komunis rasmi. Mereka perlu difahami sebagai
pihak pemasukan berkenaan dengan kolektivisme birokratik. Apa
yang muncul sebagai sosialisme dari luar apabila dilihat dari dunia
kapitalis, menjadi sesuatu jenis Fabianisme apabila dipandang dari
bingkai sistem Komunis. Dalam konteks ini, perubahan hanya dari
atas adalah prinsip yang kukuh bagi ahli-ahli teori ini sebagaimana
dengan Sidney Webb. Ini ditunjukkan oleh reaksi permusuhan
Deutscher terhadap pemberontakan Jerman Timur pada tahun 1953
dan kepada revolusi Hungari pada tahun 1956, pada dasar bahawa
pemberontakan-pemberontakan seperti itu akan menakuti
pemerintahan Soviet daripada aliran liberalisasi secara beransur-
ansur.
10. Anda menyokong pihak mana?
Dari sudut pandangan akaliah-akaliah yang mempunyai pilihan peranan untuk
dimainkan dalam perjuangan sosial, perspektif Sosialisme Dari Bawah secara
bersejarah tidak mempunyai tarikan luas. Malah dalam bingkai gerakan sosialis, ia
hanya mempunyai segelintir pengaju dan tidak ramai pengaju tegas. Di luar
gerakan sosialis, sememangnya, aliran biasa adalah bahawa idea-idea seperti itu
adalah tidak praktikal, tidak realistik, bersifat utopia; idealistik mungkin, tetapi
tidak dapat dicapai. Rakyat jelata adalah bodoh, korupse, tidak bersemangat dan
secara umumnya tidak mempunyai harapan; dan perubahan progresif mesti
datangnya dari Kaum Lebih Berkuasa dan bukannya (seperti yang seringkali
berlaku) dari akaliah-akaliah yang meluahkan konsep-konseo ini. Ini
diterjemahkan secara teori menjadi Hukum Oligarki atau hukum elitism, dalam
sesuatu cara melibatkan teori tidak dapat dielaki kasar perubahan hanya dari atas
yang tidak dapat dielaki.
Tanpa mencuba untuk merumuskan perdebatan bagi dan menentang pandangan
berleluasa ini, kita dapat menotakan peranan sosial yang dimainkannya, sebagai
upacara kemunasabahan pihak elitis. Pada masa-masa biasa apabila rakyat tidak
bergerak, teori tersebut hanya memerlukan penunjukan dengan kritikan, sambil
seluruh sejarah revolusi dan pergolakan sosial hanya dinafikan sebagai sesuatu
yang usang. Tetapi kebangkitan pergolakan revolusioner dan perjuangan sosial,
dihuraikan oleh kemasukan rakyat yang dahulunya tidak aktif ke atas pentas
bersejarah dan zaman-zaman apabila perubahan sosial berada dalam agenda,
adalah sebiasa dalam sejarah seperti zaman-zaman konservatisme. Maka, apabila
ahli teori elities terpaksa mengabaikan tingkahlaku pemerhati saintifik yang hanya
meramalkan bahawa rakyat jelata sentiasa akan bersifat diam diri, apabila dia
berhadapan dengan realiti rakyat jelata revolusioner yang mengancam untuk
menghancurkan struktur kuasa, dia biasanya tidak susah mengalih kepada jalan
yang sangat berbeza: mengutuk campur tangan rakyat dari bawah sebagai sesuatu
yang zalim.
Faktanya adalah bahawa pilihan di antara Sosialisme Dari Atas dan Sosialisme
Dari Bawah adalah, bagi pihak akaliah, secara asasnya sesuatu pilihan moral,
manakala bagi kelas pekerja yang tidak mempunyai alternatif sosial, ia adalah
sesuatu yang dimestikan. Pihak akaliah mungkin mempunyai pilihan menjadi
sebahagian daripada Pihak Berkuasa, manakala para pekerja tidak dapat berbuat
sedemikian; pilihan yang sama terbuka bagi pemimpin-pemimpin gerakan pekerja,
yang, kerana mereka bangkit dari kelas mereka, menghadapi pilihan yang
dahulunya tidak terbuka kepada mereka. Tekanan untuk menjadi sebahagian
daripada kelas pemerintah, tekanan untuk menjadi borjuasi, menjadi semakin kuat
sambil hubungan peribadi dan pertubuhan dengan gerakan pekerja di bawah
menjadi semakin lemah. Ia bukanlah susah bagi seorang akaliah atau pegawai
birokratik untuk meyakinkan dirinya bahawa pemasukan ke dalam dan
pengubahsuaian pihak berkuasa adalah cara yang baik, apabila (seperti yang
biasanya berlaku) ia juga membenarkan perkongsian pengaruh dan kekayaan.
Maka, ia adalah fakta ironik bahawa Hukum Oligarki adalah kukuh secara
umumnya bagi unsur-unsur akaliah dari mana ia bangkit. Sebagai sebuah lapisan
sosial (iaitu, selain individu-individu luar biasa) pihak akaliah tidak pernah bangkit
dalam tentangan terhadap pihak berkuasa dalam cara kelas pekerja moden telah
melakukan berkali-kali dalam sejarahnya yang agak pendek. Berfungsi sebagai
sampingan ideologi bagi pemerintah-pemerintah masyarakat, sektor pekerja minda
dari kelas-kelas menengah tanpa harta masih, pada masa yang sama, digerakkan
menuju rasa tidak puas hati melalui hubungan tersebut. Seperti mana-mana hamba
yang lain, akaliah ini berfikir, Saya adalah manusia yang lebih baik daripada tuan
saya, dan jika keadaan berubah, kita akan melihat siapa yang patut merunduk pada
lutut. Lebih-lebih lagi pada masa ini, apabila kredit dari sistem kapitalis sedang
menyebat ke seluruh dunia, dia mengimpikan sesuatu bentuk masyarakat di mana
dia dapat menjadi tuan, di mana Otak dan bukannya Tangan atau Duit akan
memerintah; di mana dia dan akaliah-akaliah lain akan dibebaskan daripada
tekanan Hartanah melalui penghapusan kapitalisme, dan dibebaskan daripada
tekanan rakyat jelata yang lebih ramai melalui penghapusan demokrasi.

Malah, dia tidak perlu bermimpi terlalu lama, kerana versi-versi masyarakat seperti
itu seolah-olah berada di hadapan matanya, di bentuk-bentuk kolektivisme Timur.
Malah jika dia menolak versi-versi ini, kerana pelbagai sebab termasuk Perang
Dingin, dia dapat mengutarakan teori tersendiri mengenai jenis kolektivisme
birokratik baik, yang bakal dinamakan Meritokrasi atau pengurusan atau
Industrialisme atau apa-apa yang lain, di Amerika Syarikat; atau Sosialisme
Afrika di Ghana dan Sosialisme Arab di Kaherah; atau bentuk-bentuk sosialisme
yang lain di bahagian-bahagian dunia yang lain.
Sifat pilihan di antara Sosialisme Dari Atas dan Sosialisme Dari Bawah berdiri
dengan paling jelas berkenaan dengan persoalan di mana terdapatnya persetujuan
di antara akaliah-akaliah liberal, demokrasi sosial dan Stalinis pada hari ini. Ini
merupakan sifat tidak dapat dielaki bagi pemerintahan diktator (pemerintahan
diktator baik hati) di negara-negara membangun terutamanya di Afrika dan Asia
misalnya Nkrumah, Nasser, Sukarno dan lain-lain pemerintahan-pemerintahan
diktator yang menghancurkan kesatuan-kesatuan pekerja bebas serta segala
tentangan politik dan mengaturkan pengeksploitasian pekerja yang maksimum,
untuk meraih kapital yang mencukupi dari seluruh kelas pekerja untuk
mempercepatkan usaha perindustrian pada kadar yang diingini oleh pemerintah-
pemerintah baru tersebut. Maka, pada tahap yang tidak pernah dicapai, bulatan-
bulatan progresif yang dahulunya membangkang ketidak-adilan di mana-mana
telah menjadi peminta maaf automatik bagi mana-mana pemerintahan zalim yang
dianggap bukan kapitalis.
Selain alasan ekonomi yang biasanya diberikan bagi pendirian ini, terdapatnya dua
aspek persoalan ini yang menggambarkan apa yang dipertikaikan:
1. Perdebatan ekonomi bagi pemerintahan diktator, seolah-olah untuk
membuktikan keperluan bagi perindustrian pesat, sudah pasti sangat digemari
oleh pemerintah-pemerintah birokratik baru yang pada masa yang sama, tidak
mengurangkan pendapatan dan kehormatan palsu mereka tetapi tidak mampu
memujuk para pekerja di bawah masyarakat bahawa dia dan keluarganya mesti
tunduk kepada maha-eksploitasi dan pembantingan tulang buat beberapa
generasi, demi akumulasi kapital laju. (Sebenarnya, inilah mengapa
perindustrian pesat memerlukan kawalan-kawalan diktator.)
Perdebatan ekonomi adalah kemunasabahan pandangan kelas pemerintah; ia
adalah waras hanya dari pandangan kelas pemerintah, yang semestinya sentiasa
disamakan dengan keperluan-keperluan masyarakat. Ia adalah waras bahawa
para pekerja yang melarat mesti bergerak untuk menentang maha-eksploitasi ini
untuk mempertahankan maruah manusia dan kedudukan asas mereka. Begitulah
keadaannya semasa Revolusi Perindustrian kapitalis, apabila negara-negara
membangun berada di Eropah.
Ia bukan sahaja persoalan sesuatu perdebatan ekonomi teknikal tetapi adalah
persoalan pihak dalam perjuangan kelas. Persoalannya adalah: Anda
menyokong pihak mana?
2. Ia diperdebatkan bahawa rakyat jelata di negara-negara ini adalah terlalu
mundur untuk menguasai masyarakat dan kerajaan; dan ini sudah pasti adalah
benar, bukan sahaja di sana. Tetapi apakah yang mengikuti? Bagaimana rakyat
atau sebuah kelas menjadi bersedia untuk memerintah dalam namanya sendiri?
Hanya dengan berjuang untuk berbuat sedemikian. Hanya dengan berjuang
menentang penindasan penindasan oleh mereka yang memberitahu mereka
bahawa rakyat tidak sedia untuk memerintah. Hanya dengan berjuang demi
kuasa demokratik untuk mendidik diri mereka dan mendukung diri mereka
sehingga tahap di mana mereka bersedia untuk menggunakan kuasa tersebut.
Tidak terdapatnya cara yang lain bagi mana-mana kelas.
Walaupun kita telah mempertimbangkan garisan perdebatan yang tertentu, dua
fakta yang bangkit dapat diamalkan di seluruh dunia, di setiap negara, maju atau
mundur, kapitalis atau Stalinis. Apabila demonstasi-demonstrasi dan pemulauan
oleh kaum kulit hitam di selatan Amerika Syarikat mengancam untuk memalukan
Presiden Johnson sambil dia berhadapan dengan pilihanraya, persoalannya
merupakan: anda menyokong pihak mana? Apabila rakyat Hungari bangkit dalam
pemberontakan menentang penjajah Rusia, persoalannya merupakan: anda
menyokong pihak mana? Apabila rakyat Maghribi berjuang demi kemerdekaan
menentang kerajaan sosialis Guy Mollet, persoalannya merupakan: anda
menyokong pihak mana? Apabila Kuba diserang oleh patung Washington,
persoalannya merupakan: anda menyokong pihak mana? Dan apabila kesatuan-
kesatuan pekerja Kuba diambil-alij oleh komisar-komisar di bawah arahan
pemerintah diktator, persoalannya juga merupakan: anda menyokong pihak mana?
Sejak permulaan masyarakat, terdapatnya pelbagai teori yang membuktikan
bahawa pemerintahan zalim tidak dapat dielakkan dan bahawa kebebasan dalam
demokrasi adalah mustahil; tidak terdapatnya ideologi yang lebih digemari oleh
kelas pemerintah dan pembantu-pembantu intelek mereka. Ini merupakan ramalan-
ramalan palsu, kerana ia hanyalah benar selagi ianya dianggap sebagai sesuatu
yang benar. Dalam kajian terakhir, satu-satunya cara untuk menafikannya adalah
melalui perjuangan. Perjuangan dari bawah itu tidak pernah dihalang oleh teori-
teori dari atas, dan ia telah mengubah dunia berkali-kali. Untuk memilih mana-
mana bentuk Sosialisme Dari Atas adalah sama dengan memandang ke arah dunia
lama, ke arah keburukan lama. Untuk memilih jalan Sosialisme Dari Bawah
adalah untuk menggenggam permulaan sebuah dunia baru.
Beberapa rujukan
Seperti yang disebutkan dalam Nota, di bawah adalah beberapa judul yang
berguna, tetapi bagi kebanyakan persoalan yang diutarakan, seseorang mesti
kembali kepada sumber-sumber asas.
Bagi Bahagian 1, satu buku yang patut dibaca adalah The Genesis of Platos
Thought oleh A. D. Winspear, yang juga sedikit sebanyak membincangkan
Pythagoras. Bagi Proudhon, lihat bab dalam karya J. S. Schapiro, Liberalism and
the Challenge of Fascism, dan buku Proudhon bertajuk Carnets. Bagi Bakunin,
lihat buku E. Pyzuir, The Doctrine of Anarchism of M. A. Bakunin, dengan biografi
E. H. Carr bagi latarbelakang. Bagi Lassalle, lihat buku E. Bernstein bertajuk F.
Lassalle as a Social Reformer, serta biograsi oleh D. Footman. Bagi Fabianisme,
hanya terdapatnya satu kajian separuh baik yang telah diterbitkan, iaitu Fabian
Socialism and English Politics oleh A. N. McBriar, serta tesis E. J. Hobsbawm
yang belum diterbitkan, bertajuk Fabianism dan the Fabians; kedua-duanya tidak
mencukupi bagi tujuan kami. Bagi Rosa Luxemburg, lihat biografi oleh Paul
Frolich, dan buku Tony Cliff yang berjudul Rosa Luxemburg. Bagi Bellamy dan
Gronlund, lihat tesis Arthur Lipow yang belum diterbitkan, bertajuk Edward
Bellamy and the Nationalist Movement (Berkeley, Universiti Kalifornia, 1965).
Dua rencana oleh diri saya dalam New Politics mempunyai sedikit maklumat
mengenai beberap aspek subjek ini: Pihak Neo-Korporatis dan Neo-Reformis (I,
1, Musim Sejuk 1962) dan Reformisme Demokrasi Sosial Baru (II, 2, Musim
Sejuk 1963). Lihat juga bahagian-bahagian dari dua terbitan oleh Majlis Sosialis
Antarabangsa: Independent Socialism: A Perspective for the Left (risalah), dan
Introduction to Independent Socialism (buku nota).
[H.D.]

Anda mungkin juga menyukai