Anda di halaman 1dari 1

Kehadiran Suku Melayu di kawasan selatan Myanmar diperkirakan seawall 1865, apabila satu

kumpulan yang diketuai Nayuda Ahmed membuka penempatan di kawasan yang pada hari ini
dikenali sebagai Kawthaung (dikenali sebagai Pelodua dalam Bahasa Melayu).

Pengaruh Melayu dapat dilihat dengan penggunaan nama-nama asli Melayu di kawasan tersebut,
antaranya Pulau Dua, Pulau Tongtong, Sungai Gelama, Sepuluh Batu, Kepala Batu, Tanjung Badai,
Pasir Panjang, Malay One, Teluk China, Teluk Besar, Mek Puteh, Sungai Balai, Pulau Balai, Pulau
Cek, Tanjung Peluru, Pulau Bada, Teluk Peluru, Tanjung Gasi, Pulau Rotan Helang, Pulau Senangin
dan sebagainya. Ini berbeda dengan keadaan di Thailand, di mana berlakunya penukaran nama asli
Bahasa Melayu kepada Bahasa Thailand.

Di Myanmar, masyarakat Melayu mempunyai kebudayaan serta bahasa yang seragam dengan Suku
Melayu di pantai timur selatan Thailand iaitu di Phuket, Ranong, serta utara Semenanjung Malaya
seperti di Kedah, Perlis serta Pulau Pinang. Ini berikutan kawasan2 tersebut pernah berada di bawah
pengaruh Kesultanan Kedah.

Pada zaman ini, komunitas Melayu di Myanmar fasih berbahasa Myanmar, Bahasa Melayu dan
Bahasa Thailand, berikutan keadaan geographis mereka yang berada di sempadan. Mereka juga
masih mengekalkan kebudayaan Melayu yang kental seperti penggunaan Kain Sarung serta
penggunaan tulisan Jawi. Namun, bilangan mereka di Divisi Tanintharyi semakin berkurangan
berikutan penghijrahan bagi mencari peluang sosio-ekonomi yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai