Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya


dapat saya menyiapkan teks pidato bersama ahli kumpulan iaitu Syed Badriz Bin
Syed Mazlan.Tugasan ini berdasarkan subjek MPU3092 Pendidikan Islam.
Berdasarkan tajuk bagaimanakah siswi guru menerapkan sistem kehidupan
Islam dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam
kalangan remaja Islam masa kini, setiap kumpulan dikehendaki membuat satu
teks pidato.

Pertama sekali, tugasan membuat teks pidato secara berkumpulan ini


merupakan cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan ketika membuat teks
pidato ini saya perlu memikirkan format dan pada masa yang sama perlu
memasukkan isi yabng mana bersesuaian dengan kata-kata pemidato.
Disebabkan ini adalah pidato jadi saya menghadapi kesukaran untuk
menyesuaikan dalil aqli dan naqli dengan isi yang ingin disampaikan.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan
sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain
itu, sukar untuk menggabungkan idea sendiri dengan kawan yang lain dan
menjadikannya satu pidato yang lengkap dan kemas. Di samping itu, semasa
dalam proses untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah
pembimbing, saya juga mengalami masalah untuk mencari buku-buku rujukan
yang bersesuaian berkaitan dengan tajuk tugasan.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi yang baru
mengenai sistem kehidupan Islam. Perkara yang yang dibincangkan dalam
tasawur Islam seperti alamiyah, tawazun, dan sebagainya. Saya juga telah
mendapati bahawa kerjasama merupakan suatu aspek yang penting yang perlu
diamalkan. Hal ini demikian melalui semangat bekerjasamalah kami dapat
berbincang dan seterusnya menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.

Akhir sekali, saya inhgin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Ustaz Bani Hidayat Bin Shafiee atas kesudian beliau untuk meluangkan
masa memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyempurnakan
tugasan ini. Selain itu, beliau juga mempunyai kesabaran yang tinggi untuk
menerangkan dengan terperinci tentang tugasan ini dan akhirnya saya mampu
menyempurnakan tugasan yang diarah oleh beliau tepat pada masa yang
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai