Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makana dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini
menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna dariapda aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan
mental seseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang askpek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah
difahami ialah makan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesity masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan seimbang menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesity mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalah hidupnya.
Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan
gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makan yang seimbang kerana
semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu, mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepek dada tanya selera. Soalan:
1. Apakah maksud makanam seimbang?
2. Jelaskan kesan pengambilan makanan seimbang. 3. Bagaimanakah cara untuk mempratikkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian? 4. Analisis ciri-ciri makanan seimbang untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. 5. Sejauh manakah pemakanan seimbang dapat memupuk gaya hidup sihat? 6. Ciptakan serangkap pantun empat kerat yang menggambarkan kepentingan pemakanan seimbang.
Jawapan:
1. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan.
2. Pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya, memberikan vitamin yang cukup kepada badan, mampu mengawal kadar obesiti dan mampu menjaga perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
3. Mengurangkan gula Mengurangkan minyak Mengurangkan garam Melebihkan sayur-sayuran Melebihkan buah-buahan Pengambilan air yang mencukupi
4. - membantu tumbesaran kanak-kanak.
- membolehkan dewasa bekerja secara produktif - membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, penyakit kencing manis dan sebagainya. - mengurangkan faktor risiko utama untuk penyakit kronik, kegemukan, tekanan darah tinggi dan tinggi kolestrol dalam darah.
5. Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan
gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.
6. Cipta sendiri berdasarkan kreativiti murid-murid.