Anda di halaman 1dari 6

YOK WEI LIANG BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

15.1.2017

Mantera Perubatan Melayu : Sebuah Tafsiran Hadith dan Al-Quran


Muhammad Jailani Abu Talib
Yang Dipertua
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
Pengenalan

Sistem psikologi, kepercayaan serta kosmologi orang Melayu berlegar


antara dua perkara yang kompleks dengan sejarah perkembangannya
yang tersendiri. Biarpun di satu sudut, Islam telah banyak mempengaruhi
gaya hidup dan budaya masyarakat Melayu, perkara tersebut masih belum
berupaya untuk membasmi sistem kepercayaan Melayu yang sedia ada.
Secara umumnya, masyarakat Melayu telah melalui beberapa fasa
perubahan dalam sistem kepercayaannya. Antaranya, masyarakat Melayu
telah menganuti kepercayaan animisme, Buddha, Hindu dan Islam.
Kendatipun begitu, antara keempat-empat kepercayaan yang telah
disebutkan, Islam merupakan agama yang telah memberikan kesan dan
impak yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam erti
kata yang lain, Islam merupakan kepercayaan yang dominan dalam dasar
psikologi orang Melayu.

Perihal tersebut dapat diperhatikan pada segenap aktiviti orang


Melayu. Antaranya termasuklah kepercayaan orang Melayu terhadap
keupayaan mantera, serapah, jampi dan sebagainya sebagai pengganti
ucapan-ucapan yang terdapat dalam Al-Quran ataupun ucapan sampingan
bagi bacaan doa-doa daripada kitab suci tersebut. Walau bagaimanapun,
persoalan yang hadir dalam perbincangan mengenai mantera Melayu ialah
adakah kaedah tersebut diterima menurut pandangan Islam?

Mantera

Mantera lazimnya dapat ditafsirkan sebagai gubahan kata yang sifatnya


bercirikan doa yang ditujukan kepada sebuah makhluk yang tidak dapat
ditakluki ataupun dilihat secara mata kasar. Dalam erti kata yang lain,
mantera merupakan sebuah kod yang menjadi simbolik terhadap
perbicaraan antara makhluk kasar sebagai pengamal mantera, iaitu
manusia dan makhluk lembut sebagai penerima untaian doa tersebut,
sama ada makhluk tersebut merupakan jinn, syaitan, tuhan, dewa dan
sebagainya.

Klasifikasi Mantera
1
YOK WEI LIANG BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU
15.1.2017

Mantera sebenarnya turut dapat dibahagikan kepada dua kategori utama


sebagaimana yang diklasifikasikan pada ilmu sihir dan perubatan Melayu,
iaitu ilmu putih dan ilmu hitam. Dalam hal yang sama, skop perbincangan
mantera turut dapat diperincikan dengan membahagikan korpus kajian
kepada dua kelompok utama, iaitu mantera putih dan mantera hitam. Untuk
membahagikan mantera-mantera tersebut, dua landasan utama digunakan
oleh pengkaji untuk membedakan antara kedua-dua aliran tersebut.
Pengkaji turut menggunakan sistem yang digarispandukan oleh Abu Umar
Abdillah (2006:24) dengan beberapa pindaan minimal.

Mantera putih dapat diklasifikasikan sebagai mantera yang tujuan


utamanya adalah untuk membantu orang lain demi mendatangkan
kebaikin. Antara ciri-ciri mantera putih ialah untaian doa tersebut dapat
digunakan untuk menyembuhkan penyakit, mencarikan barang hilang,
memberikan jimat penglarisan, atau memberikan kesaktiuan untuk
kebaikan. (2006:24)

Sementara itu, mantera hitam dapat dirujuk sebagai doa-doa yang


tujuan utamanya untuk mencelakai orang seperti apa yang dipraktikkan
oleh golongan-golongan tertentu seperti dukun santet, dukun pellet,
gendam atau dukun yang secara khususnya menggunakan kesaktian yang
terdapat padanya untuk kejahatan lain.

Pandangan Islam Terhadap Penggunaan Mantera

Dan sesungguhnya, masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah.


Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya
di samping (menyembah) Allah. (Al-Jinn, Ayat ke-18)

Agama Islam tegas dalam pendapat bahawa tiada tuhan yang hadir selain
Allah s.w.t serta tiada makhluk yang wajar disembah selainnya. Dalam hal
ini, kecenderungan beberapa mantera untuk memasukkan elemen-elemen
Islam ke dalam doa-doa yang berbentuk bukan Islam tidak seharusnya
digalakkan. Perkara tersebut sekali gus merupakan sebuah amalan syirik
sebagaimana yang dapat diperhatikan dalam mantera seterusnya :

Bismillahirahmannirahim. Niat ingsun mata aji, ajiku suket


kalanjana. Ajisaka Sang Hyang Pramana. Byar pet, peteng

2
YOK WEI LIANG BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU
15.1.2017

dadi padhang. Padang terawanganSakabehing sifat katon


sakung kersaning Allah. (dlm. Abu Umar Abdillah, 2006:64)

Dalam hal ini, mantera tersebut turut menyebut Sang Hyang


Pramana di samping Allah s.w.t. Jelas daripada mantera tersebut bahawa
ia sedang mencampurkan apa yang hak dan mutlak dengan yang bathil.
Penggunaan mantera-mantera yang sebegitu sebenarnya adalah berdosa
dari sudut Islam. Hal yang sama turut dapat diperhatikan pada mantera
dan serapah tepung tawar berikut :

" Bismillahirrahmanirrahim.
Hai Jin Tanah Jembalang Bumi,
Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi,
putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga,
tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku,
dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah
Muhammadurrasulullah

Larangan Islam terhadap kaedah menggunakan khadam ataupun


perantaraan jelas dapat diperhatikan dalam firman Allah :

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara


manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di
antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesalahan. (Al-Jinn, Ayat ke-6)

Namun begitu, tidak semua mantera yang terdapat dalam korpus


kajian mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Sebagai contoh :

Matahari empat, bulan lima


Bintang tujuh ke mata aku
Bintang berayun ke dagu aku
Bulan purnama ke kening aku..

Cebisan daripada mantera sumbangan Senawi Ahmad (2004)


digunakan sebagai mantera pengasih. Mantera tersebut menggunakan
perwatakan alam semesta sebagai kiasan kepada anggota badan
pengamal agar kelihatan cantik. Mantera tersebut seterusnya
mengungkap:

3
YOK WEI LIANG BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU
15.1.2017

Suara aku seperti rupa Nabi Daud


rupa aku seperti rupa Nabi Yusuf
cahaya aku seperti cahaya Muhammad
berkat aku memakai
pemanis dengan berkat Lailahaillallah

Mantera tersebut jelas mengambil contoh daripada kelebihan para


Nabi sebagai kayu ukuran. Jelas dari senikata mantera tersebut bahawa ia
menyuratkan harapan pengamal mantera tersebut bagi memperolehi
perawakan alam semesta dan para Nabi melalui pembacaan serta
penghayatan akan bacaan. Antara mantera yang turut diperbolehkan dan
tidak melanggar syarak Islam adalah seperti berikut :
bismillahirahman nirrahim
dengan berkat izinmu
mengalirlah kersani dalam tubuhku
menjadi sasa si besi kuningan
dengan urutan berkat doa
la'illaha illaha muhammadur rasul allah

Syarat Penggunaan Mantera

Secara asasnya, kepercayaan terhadap Mantera ataupun puisi sihir telah


hadir sebelum kemasukan Islam ke perairan Nusantara pada abad ke-15.
Menurut tafsiran Worawit Baru@Haji Ahmad Idris (2005), mantera ialah
Bahasa magik yang digunakan untuk memuja roh atau semangat, untuk
mengubati penyakit dan sebagainya. Kemudian kepercayaan ini
diperkukuhkan pula oleh kosmologi panteistik pengaruh Hinduisme.

Mantera sebenarnya masih dapat digunakan sekiranya ia menepati


tiga syarat utama, iaitu :

Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan


as-Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui
maknanya tidak bertentangan dengan syarak.

Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang


pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami
maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan
syarak.

4
YOK WEI LIANG BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU
15.1.2017

Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa


penyembuh sebenarnya adalah Allah s.w.t sahaja. Pengubat
hanyalah berikhtiar.

Pandangan segenap lapisan masyarakat bahawa mantera (yang


menepati ketiga-tiga syarat yang ditetapkan) adalah bertentangan dengan
ajaran Islam adalah salah. Hal tersebut dapat diperhatikan dalam firman
Allah s.w.t :

Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-


ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya;
dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim
melainkan kerugian jua. (Surah al-Isra, ayat ke-82)

Mantera diperbolehkan dengan syarat pengamal mantera tersebut


memahami inti mantera tersebut dan dapat memastikan bahawa doa yang
digunakan tidak menduakan Allah s.w.t serta terpesong dari kiblat Islam.
Apatah lagi, sebuah hadith sahih turut menyentuh tentang kehadiran jampi
untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana yang dapat diperhatikan
seperti berikut :

Wahai Muhammad, aku jampikan kamu, Allahlah yang akan


menyembuhkan kamu. Semua penyakit yang kamu derita
daripada kejahatan hasad manusia dan sihir manusia, Allah
menyembuhkan kamu.

Jampi yang dibacakan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad


s.a.w sewaktu beliau dalam keadaan sakit seterusnya dikenali sebagai
Ruqyah Jibril. Sebuah hadith daripada Aisha r.a turut menjelaskan, Tidak
ada seorang sahabat yang mengadu kepada Nabi kerana kesakitan
melainkan Nabi menjampi mereka dengan beberapa jampi.

Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat


sememangnya merupakan salah satu daripada cabang rawatan yang dia-
kui syarak sebagai amalan mulia. Apatah lagi kalau kaedah yang
digunakan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Kesimpulan

5
YOK WEI LIANG BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU
15.1.2017

Pendekatan menggunakan mantera bagi mengubatkan seseorang tidak


semestinya salah dari tuntutan agama Islam. Namun begitu, pengamal
mantera bertanggungjawab atas mantera gunaannya dalam memastikan
bahawa mantera tersebut tidak melanggar sebarang hukum syarak Islam,
khususnya dalam kecenderungan mantera untuk meminta pertolongan
daripada makhluk selain Allah s.w.t. Keupayaan dan keberkesanan
mantera untuk mengubati sebarang penyakit hanya dapat mengambil
tempat dengan izin Allah s.w.t. Pengguna harus menyedari bahawa mereka
sebenarnya sedang meminta pertolongan tersebut daripadaNya.

Malahan, pengguna mantera turut bertanggungjawab untuk


menggunakannya demi kebaikan masyarakat bersama seperti yang
disabdakan rasul sewaktu beliau ditanyakan tentang ruqyah. Baginda
bersabda, barang siapa di antara kalian bisa memberikan manfaat untuk
saudaranya, maka lakukanlah. (Riwayat Muslim). Mantera diperbolehkan
asal ia tidak mempunyai sebarang unsur syirik sebagaimana yang tertulis
dalam Hadith Riwayat Muslim. Menurutnya, Nabi pernah bersabda, Tidak
mengapa melakukan ruqyah selagi tidak ada unsur syirik. Rumusannya,
mantera Melayu wajar diajarkan kepada generasi muda yang akan datang
demi memartabatkan serta memastikan agar budaya tersebut tidak hilang
dek zaman. Namun begitu, sesuai dengan ungkapan adat bersendikan
syarak, syarak bersendikan kitabullah, masyarakat Melayu harus bijak
untuk mengeluarkan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama Islam
dan membudayakan agama Islam ke dalam kehidupan seharian mereka.

Anda mungkin juga menyukai