Anda di halaman 1dari 2

Terdapat perbezaan yang nyata antara pengurusan organisasi Barat dengan

pengurusan organisasi Jepun dari segi orientasi masa dan penglibatan pengurusan
dalam sesebuah organisasi. Bincangkan secara terperinci kedua-dua aspek ini secara
perbandingan.

Sejak berkurun lama, pengurusan organisasi Barat menjadi sebagai sumber rujukan
sejagat, namun demikian selepas Perang Dunia ke 2, organisasi Jepun terus membangun
dengan membina modulnya sendiri sehingga mampu bersaing dengan Barat.

Perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam kaedah membuat keputusan, Jepun
menekankan konsep Consensus dimana ia melibatkan perbincangan secara menyeluruh
dalam organisasi tersebut yakni dari pihak bawahan hinggalah pihak atasan. Sekiranya
terdapat persetujuan yang menyeluruh dari semua pihak barulah keputusan akan dibuat.
Dalam perbincangan dalam mendapatkan persetujuan tersebut, organisasi Jepun akan
mengkaji terlebih dahulu semua persoalan, apakah perlunya soalan tersebut, adakah soalan
tersebut relevan atau sebaliknya. Sekiranya keseluruhan organisasi telah berpuas hati
dengan persoalan yang dibina maka barulah organisasi akan menentukan siapakah yang
sepatutnya menjawab segala persoalan-persoalan tersebut, lazimnya soalan-soalan
tersebut akan diberikan kepada yang berjawatan tinggi dan yang berkepentingan. Tetapi
biasanya organisasi tidak akan terkejut dengan jawapan yang diterima kerana organisasi
telah pun mengkaji sepenuhnya ramalan jawapan yang diterima. Perbincangan terakhir
akan dibuat bedasarkan dapatan yang diperolehi . Berbeza dengan organisasi Barat,
keputusan hanya ditentukan oleh pihak atasan dan dalam membuat keputusan tersebut,
organisasi Barat hanya cuba untuk menjawab semua persoalan yang timbul kerana
organisasi Barat lebih memetingkan masa, maka segala-galanya perlu ditentukan dengan
segera.

Organisasi Jepun tidak memerlukan masa yang lama dalam mempengaruhi individu
untuk menerima dan melaksanakan terhadap keputusan yang telah dibuat dengan
semangat yang tinggi dan sepenuh hati. Keputusan yang diputuskan dengan mudah
diterima oleh setiap lapisan dalam organisasi tersebut daripada peringkat bawahan
hinggalah pihak atasan kerana dalam proses membuat keputusan, organisasi telah
melibatkan semua pihak. Berbeza dengan organisasi Barat walaupun proses untuk
membuat keputsan dapat dilakukan dengan pantas tetapi mereka terpaksa mengambil
masa yang lama untuk untuk meyakinkan keseluruhan organisasi terhadap keputusan yang
telah dibuat dan organisasi berhadapan dengan risiko berkemungkinan ada pihak dalam
organisasi yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat dan kemungkinan akan
berlakunya konflik, samaada secara senyap atau secara terbuka kerana ketidak puasan hati
ahli organisasi terhadap keputusan yang telah diputuskan. Fasa ini lebih dikenali sebagai
fasa menjual idea dan biasanya fasa ini akan mengambil masa yang lebih lama daripada
masa yang diambil oleh organisasi Jepun dalam proses membuat keputusan.

Disamping itu juga, sekiranya organisasi luar dari Jepun ingin mengadakan
usahasama dengan organisasi Jepun, pelbagai perbincangan akan diadakan terlebih dahulu
kadangkala akan mengambil masa sehingga 3 tahun sekadar hanya untuk menandatangani
perjanjian sahaja tetapi bila telah termeterai perjanjian. Organisasi akan bekerja secara
pantas dan cepat, hasil juga dapat diperolehi dengan segera. Tidak mustahil ada yang tidak
dapat mengikut rentak organisasi Jepun. Berbeza dengan organisasi Barat, masa yang
diambil untuk perjanjian usahama sama berlansung dengan cepat tetapi tempoh masa untuk
melaksanakannya kadangkala hasil yang diperolehi mungkin lewat daripada apa yang
dijangkakan.

Organisasi Jepun akan mengambil kira semua alternatif yang ada.Inilah yang kita
katakan berusaha sedaya upaya untuk faham sebenar-benarnya sesebuah masalah itu.
Barulah difikirkan bagaimana untuk mencipta hasil akhir yang terbaik.Ia melibatkan tindakan
yang spesifik dengan sikap yang betul, oleh orang yang betul. Orang Jepun amat
memahami akan budaya ini. Bagi organisai Barat hanya mefokuskan kepada satu cara
sahaja dalam mencapai matlamat yang disasarkan, sekiranya terdapat isu yang timbul,
maka barulah mereka akan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Organisasi Barat lebih bersifat bertindak bedasarkan isu daripada mengambil masa dan
wang yang lebih dalam membuat kajian tindakan ramalan.

Organisasi Jepun fokus kepada keputusan yang membawa kesan yang besar
kepada organisasi. Bukan kepada kesan yang kecil. Bagi orang Jepun, masa adalah segala-
galanya. Mereka sedar, dengan terlalu fokus pada small picture seperti orang barat, ia akan
mengambil masa yang amat lama untuk membina semula negara selepas perang dunia
kedua. Budaya ini diteruskan untuk membina ekonomi negara yang lebih kuat.Kerana
seluruh organisasi telah tahu dari awal, mengapa ia perlu dilakukan, kerana sebelum itu
Konsep Consensus telah digunakan

Kesimpulannya, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, lihat kepada big
picture apa peluang yang masih boleh kita capai. Apa pula cara pertahanan yang kita boleh
buat untuk terus berada pada fasa survival di dalam organisasi. Kerana setiap keputusan
kita itu, akan mempengaruhi setiap punca rezeki, dalam keseluruhan organisasi kita..

Anda mungkin juga menyukai