Anda di halaman 1dari 3

SHELL OUT

1. Bahan Seafood

dicuci bersih+ didihkan air+ sedikit garam.

Rebus berasingan ala-ala celur aje( half cooked ). Dah ok angkat dan ketepikan dulu.

2. Bahan Sayur-sayuran dicelur + air dengan sedikit garam


*Jagung manis ~ potong 3 direbus sampai empuk.
Brocoli ~ di potong kecil
*Kentang ~ potong wages atau belah 4 direbus sampai empuk.
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

3. Bahan Rempah

Bahan A ~ di kisar + air+ sedikit minyak masak. Dikisar hingga halus


20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus


6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margarine
Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan


3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.


Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-
lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air
dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram,
sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot,
masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.

Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang.

Yang lain ita tak letak sayur.

Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

Ita lawankan hidangan Shell Out ita ni dengan nasi Mediterranean ( Mediterranean Butter Rice )
ala-ala Nandos yang di sediakan oleh anak bujang ita Azrul. Sedap nasi ni memang kena pulak
di gandingkan dengan Shell Out yang di sediakan.
RESEPI MEDITERRANEAN BUTTER RICE

Bahan-bahan:

1. 4 cawan beras

2. 1 cawan besar butter

3. 1 cawan mix vege ( karot, jagung, kacang pea )

4. garam secukup rasa

5. Air secukupnya untuk menanak nasi

Mula2 Cuci beras bersih kemudian masukkan beras + air secukupnya + butter, mix vege dan
garam secukupnya ke dalam periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa. Bila dah
masak,gemburkan dengan chopstick.

Anda mungkin juga menyukai