Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya dari kelas PISMP semester 1 telah menyempurnakan sebuah


Port Folio untuk kursus ini bagi subjek subjek MTE 3101 Knowing numbers,
MTE 3102 Mathematics education curriculum, EDU 3101 Philosophy and
education in Malaysia, EDU 3102 Perkembangan kanak kanak, WAJ 3108
Pengurusan kokurikulum, WAJ 3102 English language proficiency 1, PBS 3101
Pengalaman berasaskan sekolah 1 dan WAJ 3114 Bina Insan Guru dengan
sempurna.

Saya mengalami pelbagai cabaran dalam menyempurnakan Port


Folio ini. Saya telah mempelajari banyak dari proses penyempurnaan Port Folio
ini. Saya juga mendapat pertolongan dan kerjasama dari kumpulan saya.
Mereka membantu saya untuk mencari bahan bahan untuk Port Folio ini.
Yang ini membuktikan bahawa kerjasama adalah paling penting untuk
menyiapkan sesuatu kerja dengan sempurna. Sebagai langkah pertama saya
telah mencari semua bahan dan nota bagi semua matapelajaran yang saya
belajar dalam semester 1.

Selepas itu, saya telah mengasingkan nota nota tersebut


mengikut matapelajaran. Saya juga telah mempelajari banyak pengetahuan dari
subjek subjek yang dipelajari. Selepas itu, yang merekodkan semua nota
tersebut.

Saya pempelajari sejarah perkembangan matematik dari subjek


Knowing numbers. Subjek ini juga, memberi saya dapat mengetahui lebih
mendalam tentang sejarah perkembangan matematik dari zaman dahulu. Yakni
juga memberi saya mengetahui asal usul mewujudan nombor nombor.

Dari subjek Mathematics education curriculum pula, saya telah


mempelajari KBSR dan KBSM. Saya juga dapat tahu tentang rancangan bagi
setiap matapelajaran. Yang ini amat penting bagi seorang guru kerana dapat
mengetahui cara pembelajaran matapelajaran dengan sistematik. Yang ini
menyakinkan lagi saya berfikir sebagai seorang guru pada masa hadapan.

Subjek Philosophy and education in malaysia juga dapat memberi


saya mengetahui Falsafah pendidikan negara. Subjek Perkembangan kanak
kanak pula menolong saya dapat mengetahui lebih tentang perkembangan
kanak kanak. Melalui subjek ini saya mempelajari bagaimana untuk
mengendalikan kanak kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Subjek pengurusan kokurikulum memberi saya mengetahui


tentang pengurusan kokurikulum di sesebuah sekolah. Pengurusan
kokurikulum terdiri daripada persatuan, kelab, sukan serta permainan.
Pengalaman ini akan membantu saya untuk menghadapi praktikal di sekolah
pada masa hadapan. Pensyarah - pensyarah saya telah membimbing saya
untuk menguruskan kokurikulum di sesebuah sekolah.

Subjek English language profiency 1 telah diajar oleh Pn.Amilin.


subjek ini mengandungi beberapa bahagian iaitu cerpen dan sajak. Subjek ini
paling menarik kerana kami telah mempelajari pelbagai jenis cerita dan sajak
yang menarik. Selain itu saya juga dapat meningkatkan pemikiran saya dalam
meningkatkan pengetahuan sastera. Kami juga telah menyiapkan beberapa
kajian mengenai cerita pendek dan sajak.

Selain itu, kami juga telah menjalani pengalaman berasaskan


sekolah sesi pertama. Ia merupakan pengalaman baru bagi saya dalam alam
persekolahan sebagai seoarang guru pelatih. Saya telah diberikan tugasan
seperti mencari maklumat sekolah serta maklumat murid murid. Melalui
pengalaman berasaskan sekolah ini, saya dapat mempelajari cara
menyesuaikan diri dalam sekolah. Saya juga dapat mengetahui mentaliti setiap
murid murid di sekolah. Justeru itu, saya mengetahui cara cara pengajaran
dan pembelajaran guru guru di sekolah tersebut. Ini dapat memberikan
keyakinan pada diri saya untuk mengaplikasikan di sekolah pada masa
hadapan.
Pasa semester ini juga, kami telah menjalani Program bina insan
guru fasa satu di kawasan Merchong. Program ini adalah untuk membina jati
diri sebagai seorang guru. Pelbagai aktivi diadakan dalam program bina insan
guru ini. Setiap aktiviti merupaka aktiviti yang mencabar bagi diri saya.
Pelbagai suka dan duka telah saya alami melalui program ini. Ini merupakan
pengalaman yang amat bernilai dan tidak dapat dilupakan oleh saya, kerana
aktiviti aktiviti tersebut menyahut cabaran.

Berikut merupakan kursus serta subjek yang telah kami jalani


pada semester pertama. Pelbagai pengalaman saya telah lalui pada semester
ini dan dapat mengaplikasikan cara- cara dan kaedah yang telah dipelajari ini
pada semester akan datang. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai