Anda di halaman 1dari 16

Topik Syarah Hadis

tentang Sains
9 (Habbatussauda)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti hadis sahih berkaitan habbatussauda;
2. Menerangkan intipati hadis habbatussauda dengan jelas;
3. Menghuraikan perbahasan mengenai syarah hadis habbatussauda
dalam kitab syarah Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar
al-Asqalani dan kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam
Nawawi;
4. Mengenal pasti permasalahan hadis habbatussauda; dan
5. Menjelaskan penemuan saintifik yang dijalankan ke atas
habbatussauda dalam ilmu perubatan dan menyingkap kebenaran
hadis Nabi s.a.w.

PENGENALAN
Anda telah pun mempelajari mengenai kepentingan syarah hadis berkaitan sains
khususnya syarah hadis tentang sains. Islam mengambil berat setiap perkara
dalam kehidupan manusia sama ada ia perkara kecil seperti isu lalat mahupun
besar seperti isu akidah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. terdapat banyak perkara
yang berkaitan dengan sains secara tidak langsung, antaranya hadis mengenai
lalat, bangkai tikus, penyakit berjangkit, penggunaan herba dalam perubatan
seperti habbatussauda, bersiwak dan sebagainya. Kita juga sedia maklum
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutus Allah s.w.t. pada zaman yang tidak
mempunyai sebarang peralatan canggih untuk menjalankan penyelidikan
saintifik, malah tiada perkembangan sains dan teknologi pada ketika itu. Di sini
jelas menunjukkan bahawa setiap perkataan yang keluar daripada mulut

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 195

Rasulullah s.a.w. adalah merupakan wahyu dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.
dalam surah an-Najm, ayat 3-4:

4yr ru ) u ) #uo;$# t ,t $tu

Maksudnya:
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu
(sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadaNya.

Pelbagai kajian ilmiah telah dijalankan sama ada di barat atau selainnya
mengenai perkara-perkara yang dibahaskan dalam hadis Nabi s.a.w. khususnya
yang berkaitan dengan sains. Hasil kajian ilmiah tersebut membuktikan bahawa
segala kata-kata Nabi s.a.w. dalam hadis adalah bertepatan dengan penemuan
sains hari ini, antaranya topik sains lalat yang telah anda pelajari dalam pelajaran
yang lepas.

Dalam topik ini, anda akan mempelajari mengenai hadis berkaitan


habbatussauda dan pemahaman syarah hadis dari kitab-kitab syarah hadis
muktabar seperti kitab Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-
Asqalani, kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi dan selainnya.
Antara topik utama yang akan dikupas ialah hadis berkaitan habbatussauda,
pemahaman syarah hadis mengenai habbatussauda dan kajian sains moden
berkaitan khasiat habbatussauda dalam bidang perubatan moden serta
pengiktirafan pakar perubatan mengenai habbatussauda dalam mengubati
pelbagai jenis penyakit.

AKTIVITI 9.1

Sila layari Internet dan cari sebanyak mungkin maklumat mengenai


habbatussauda. Bincang bersama rakan anda mengenai hasil dapatan
anda mengenai habbatussauda, kemudian bandingkan maklumat
tersebut dengan hadis mengenai habbatussauda yang ada dalam topik
ini. Bentangkan hasil kajian anda mengenai habbatussauda kepada
rakan-rakan anda yang lain.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


196 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

9.1 HADIS HABBATUSSAUDA


Di sini kita akan membincangkan hadis berkaitan dengan habbatussauda.

9.1.1 Teks Hadis dan Terjemahannya


Terdapat banyak hadis yang membicarakan mengenai habbatussauda (sila lihat
Rajah 9.1) dan khasiatnya dalam kitab syarah hadis. Antaranya ialah kitab Sahih
Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Tirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibn
Majah dan lain-lain. Manakala syarah hadis tersebut terkandung dalam kitab-
kitab syarahnya, antaranya kitab Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar
al-Asqalani dan kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi.
Kebanyakan kitab syarah hadis menceritakan mengenai khasiat habbatussauda
dalam bidang perubatan, di mana ia mampu merawat pelbagai penyakit dan
merupakan penawar yang mujarab kecuali mati.

Rajah 9.1: Habbatussauda

Berikut adalah antara hadis sahih tentang habbatussauda:

(a) Hadis 1

) :
:( ( )
.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 197

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.
bersabda: Dalam habbatussauda (jintan hitam) terdapat ubat dari segala
penyakit kecuali mati. Maksud al-saam adalah maut. Sedangkan
habbatussauda adalah pohon syuniz.

(Hadis Riwayat Imam Muslim, nombor hadis: 2215)

(b) Hadis 2

:
:


.
Maksudnya:
Daripada Khalid bin Sa'ad, berkata: Kami dalam perjalanan keluar dan
Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan
dan apabila kami sampai di Madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang
menziarahi dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan
habbatussauda ini. Maka ambillah lima atau tujuh biji habbatussauda dan
hancurkannya dan masukkannya kedalam kedua lubang hidung beberapa
titis kerana sesungguhnya 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya
bahawa dia telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya
habbatussauda ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, nombor hadis: 5255)

9.2 PEMAHAMAN HADIS HABBATUSSAUDA


Di sini pula kita akan lihat bagaimanakah pemahaman bagi hadis
habbatussauda.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


198 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

9.2.1 Syarah Hadis dari Kitab Fathul Baari Syarh


Sahih Bukhari
Dalam kitab syarah hadis Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar al-
Asqalani dalam kitab at-Tibb, bab al-habbatus sauda, ada menyatakan beberapa
perkara mengenai habbatussauda seperti berikut:

(a) Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, terdapat lafaz selain habbatussauda yang
digunakan dalam hadis, iaitu hubaibatussuwaida ( ) yang
bermaksud biji-biji hitam yang kecil. Sebahagiannya menggelar ia sebagai
kammun. Walaupun terdapat perbezaan dari sudut nama, ia tetap pokok
yang sama, iaitu pokok habbatussauda atau dalam Bahasa Latin Nigella
Sativa.

(b) Sebahagian riwayat hadis menggunakan lafaz ( )dan sebahagiannya

pula menggunakan lafaz ( )iaitu mati atau maut. Maksud di sini ialah
habbatussauda merupakan penawar bagi penyakit kecuali maut atau mati.
Perkataan ( )dan ( )membawa pengertian yang sama, maut atau
mati, iaitu apabila telah sampai ajal seseorang.

(c) Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kemungkinan orang yang bertanya dalam
hadis tersebut ialah Khalid bin Saad, manakala orang yang menjawab ialah
Ibn Abi Atiq. Khasiat habbatussauda yang dinyatakan oleh Ibn Abi Atiq
dalam hadis tersebut turut diterangkan oleh pengamal perubatan pada
zaman itu, di mana habbatussauda boleh merawat penyakit selesema dan
kerap bersin. Kaedah penyediaannya ialah habbatussauda tersebut perlu
disangai, kemudian ditumbuk sehingga halus. Setelah itu, rendam dalam
minyak zaitun dan dititiskan ke dalam hidung tiga titis.

(d) Kemungkinan besar sahabat Rasulullah s.a.w. yang sakit dalam hadis
tersebut, iaitu Ghalib bin Abjar sedang mengalami selesema yang teruk.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 199

(e) Dalam kitab syarah hadis karangan Ibn Hajar al-Asqalani ada menjelaskan
khasiat-khasiat habbatussauda. Tumbuhan ini boleh dijadikan penawar
berbagai penyakit dengan pelbagai kaedah dan cara, antaranya adalah
seperti berikut:

(i) Mengubati Selsema


Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dalam kitab syarahnya melalui toriq
Husam bin Misok daripada Ubaidillah bin Buraidah daripada
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: Bahawasanya daripada
habbatussauda itu terdapat penawar bagi segala penyakit. Dalam
hadis tersebut terdapat lafaz hadis seperti berikut:

.
Maksudnya:
Apa itu habbatussauda? Dia berkata: ia adalah syuniz. Dan
bagaimana habbatussauda tersebut diproses?

Dalam lafaz hadis tersebut ada menerangkan kaedah rawatannya,


iaitu: Ambil 21 biji habbatussauda dan diikat dengan kain perca lalu
direndamkan ke dalam air semalaman. Keesokan paginya dititiskan
ke dalam lubang hidung sebelah kanan setitis, dan ke dalam lubang
hidung kiri sebanyak dua titis. Keesokan harinya dititiskan lagi ke
lubang hidung sebelah kanan sebanyak dua titis dan sebelah kirinya
setitis. Pada hari yang ketiga, dititiskan ke lubang hidung sebelah
kanan setitis dan sebelah kirinya dua titis.

(ii) Mengubati Penyakit Batu Karang dan Melancarkan Perjalanan Haid


Sekiranya habbatussauda ini ditumbuk dan diadunkan bersama
madu lalu diminum dengan air panas, ia boleh menghilangkan batu
karang dan melancarkan saluran air kencing dan haid.

(iii) Mengubati Selsema dengan Kaedah Hidu


Habbatussauda juga boleh merawat selsema dengan menumbuknya
sehingga halus lalu dimasukkan ke dalam kain perca dan diikat
seperti pundi, kemudian pundi yang berisi serbuk habbatussauda itu
dihidu oleh pesakit selsema, dengan izin Allah s.w.t. akan sembuh.

(iv) Mengubati Penyakit Demam Kuning


Ambil tujuh biji habbatussauda lalu direndam dengan susu ibu dan
dititiskan ke dalam hidung pesakit demam kuning, akan sembuh
penyakit tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


200 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

(v) Dijadikan sebagai Pembalut/Pelekat


Boleh melegakan sakit kepala yang disebabkan oleh keadaan sejuk.

(vi) Melegakan Sakit Gigi


Ibn Hajar dalam syarahnya menjelaskan sekiranya habbatussauda
dimasak dengan cuka, kemudian berkumur-kumur dengan air
tersebut, ia mampu melegakan sakit gigi atau rasa ngilu pada gigi
kerana sejuk. Manfaat-manfaat habbatussauda yang dinyatakan oleh
Ibn Hajar dalam syarahnya turut tercatat dalam kitab Ibn Baitar dan
ulama-ulama lain dalam kitab mereka. Malah terdapat lebih banyak
manfaat lain daripada habbatussauda yang tidak dijelaskan dalam
kitab syarah Ibn Hajar ini, tetapi dijelaskan secara panjang lebar
dalam kitab mereka.

Kesimpulannya, habbatussauda ini boleh dijadikan penawar dengan pelbagai


cara, sama ada digunakan bersama campuran lain atau tidak. Ia juga boleh
dibuat serbuk, dimakan atau diminum, atau dijadikan kain pembalut luka
berubat dan sebagainya.

Dalam hadis tersebut ada menjelaskan bahawa habbatusssauda merupakan


penawar bagi segala penyakit ( ). Maksud ( ) di sini ialah segala
penyakit, ini bermakna (habbatussauda) boleh merawat segala penyakit,
khususnya penyakit yang disebabkan oleh keadaan sejuk. Ini adalah kerana
habbatussauda yang secara semula jadinya bersifat panas dan kering. Ia juga
mampu merawat masalah kembung dan bengkak, demam yang datang empat
hari sekali, lendir kahak, angin dan sebagainya.

Selain itu, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab syarah hadisnya turut memetik
beberapa pendapat ulama mengenai sejauh mana keberkesanan habbatussauda
dalam merawat segala penyakit. Berikut adalah pendapat beberapa ulama yang
disebut dalam kitab Ibn Hajar al-Asqalani:

(a) Al-Khattabi (): Menurut al-Khattabi lafaz hadis ( ) , yang


bermakna dari segala penyakit, merupakan lafaz umum meliputi semua
jenis penyakit, tetapi dalam konteks ini, ia sebenarnya membawa maksud
yang khusus. Ini kerana sesuatu jenis tumbuhan tidak semestinya memiliki
semua sifat yang mampu mengubati semua jenis penyakit. Bagi pokok
habbatussauda, ianya mampu menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
yang disebabkan sejuk dan lembap.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 201

(b) Abu Bakar bin al-Arabi: Menurut Abu Bakar al-Arabi, para doktor
berpendapat bahawa madu lebah lebih tepat untuk dijadikan penawar bagi
segala penyakit berbanding habbatussauda. Walaupun begitu, masih
terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak sesuai diubati dengan madu
dan sekiranya diambil ia akan memudaratkan pesakit tersebut. Sedangkan
ayat al-Quran mengiktiraf madu lebah sebagai penawar ( ) .
Justeru, mengiktiraf habbatussauda sebagai penawar segala penyakit juga
adalah lebih utama seperti madu lebah.

(c) Sebahagian ulama ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w.


mempreskripsikan ubatan atau penawar bagi sesuatu penyakit itu
berpandukan fizikal seseorang pesakit itu dan jenis penyakitnya.
Kemungkinan besar kata-kata Baginda s.a.w. berkenaan pengambilan
habbatussauda sebagai penawar adalah bertepatan dengan penyakit
tersebut yang berpunca daripada sejuk. Maka lafaz ( ) ialah
segala penyakit yang berpunca dari sejuk.

(d) Syeikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah berkata: Ramai orang yang
memperkatakan tentang khasiat habbatussauda. Mereka juga
menyerahkan kebenaran tentang khasiat habbatussauda kepada pakar
perubatan dan melalui kajian, penyelidikan, eksperimen dan sebagainya
untuk membuktikan kebenarannya. Namun begitu, berpegang dengan
hadis ini adalah lebih baik dan utama kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah
berkata mengikut hawa nafsu semata-mata, bahkan apa yang diucapkan
oleh Baginda s.a.w. adalah wahyu belaka. Sedangkan kajian dan
eksperimen pakar perubatan adalah berasaskan teori dan eksperimen di
mana kemungkinan benar atau tidak tetap ada dan ianya bersifat
sementara di mana apabila wujud teori baru yang berbeza dengan teori
sebelumnya, maka teori lama akan musnah, sedangkan wahyu Allah s.w.t.
tidak bersifat sedemikian rupa. Justeru, beramal dengan hadis ini secara
umumnya adalah lebih utama. Wallahu alam.

9.2.2 Syarah Hadis dari Kitab Al-Minhaj Syarh Sahih


Muslim
Manakala dalam kitab syarah hadis al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (sila lihat
Rajah 9.2) karangan Imam Nawawi dalam kitab Salam, bab at-Tadaawi
bilhabbatussauda ada menyatakan kelebihan habbatussauda. Kebanyakan
kelebihan yang dinyatakan dalam kitab syarah Sahih Muslim ini tidaklah jauh
berbeza dengan apa yang telah dijelaskan dalam kitab syarah Sahih Bukhari.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


202 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

Rajah 9.2: Kitab syarah hadis al-Minhaj Syarh Sahih Muslim

Antara kelebihan habbatussauda yang dinyatakan dalam syarah Sahih Muslim


ini adalah seperti berikut:

(a) Penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan habbatussauda adalah


penyakit yang disebabkan oleh keadaan yang sejuk, antaranya selsema,
angin dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah s.a.w. juga mempreskripsikan
ubat-ubatan berdasarkan keadaan fizikal para sahabatnya.

(b) Imam an-Nawawi dalam kitab syarah Sahih Muslim menukilkan kata-kata
Galen, seorang pakar perubatan Greek mengenai kehebatan habbatussauda
(sila lihat Rajah 9.3). Menurut Galen, habbatussauda adalah penawar bagi
penyakit angin, masalah cacing di dalam usus, dapat menghilangkan
selesema (dengan disangai habbatussauda itu dan diikat dengan kain
menjadi pundi lalu dihidu), merawat penyakit kulit, melancarkan peredaran
haid, merawat pening kepala dengan disapu di atas dahi, menghilangkan
bintik-bintik jerawat dan bisul di badan, menghilangkan kahak dan sakit
gigi. Selain itu, ia juga mampu melancarkan saluran air kencing dan susu ibu
bagi wanita yang menyusukan bayi. Malah ia juga menjadi penawar bagi
sengatan labah-labah dan sekiranya dibakar, asapnya boleh menghilangkan
rasa mengantuk.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 203

Rajah 9.3: Galen, seorang pakar perubatan Greek

(c) Menurut al-Qadi dan ulama lain selain Galen, keistimewaan


habbatussauda ini antaranya boleh mengubati batuk berkahak, masalah
jerawat, selesema dan demam empat hari sekali. Habbatussauda ini boleh
digunakan bersama dengan campuran bahan lain atau pun sebaliknya.

(d) Imam an-Nawawi dalam kitab syarah al-Minhaj ada menyatakan bahawa
terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan mengenai
kaedah pengubatan selain habbatussauda, antaranya kaedah berbekam,
minum ubat-ubatan atau dengan cara dimasukkan ke dalam lubang hidung
(), menyapu ubat di tepi kanan atau kiri dalam mulut menggunakan

jari (), memotong urat ( )dan ruqyah syariyyah.


Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang badwi: Ya Rasulullah,
apakah kita boleh berubat? Jawab Rasulullah s.a.w.: Boleh. Wahai hamba-
hamba Allah, berubatlah! Sesungguhnya tidaklah Allah menurunkan
penyakit melainkan Allah juga menurunkan penawarnya, kecuali satu,
penyakit tua.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini merupakan dalil yang jelas bahawa Rasulullah s.a.w.


menganjurkan kita untuk berubat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


204 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Huraikan bagaimana pengajian syarah hadis berkenaan dengan


isu sains boleh dijadikan sebagai medium berdakwah dalam
zaman sains dan teknologi ini?

2. Ibn Hajar al-Asqalani ada mensyarahkan mengenai manfaat


habbatussauda. Nyatakan manfaat-manfaat tersebut.

3. Bagaimanakah Nabi s.a.w. mempreskripsikan ubat-ubatan


kepada orang sakit? Jelaskan.

4. Sila terjemahkan syarah hadis habbatussauda dalam kitab Syarah


selain yang dinyatakan dalam topik ini.

9.3 BUKTI/PENEMUAN SAINTIFIK TERHADAP


KEBENARAN HADIS
Mari kita teruskan perbincangan kita dengan bukti serta penemuan saintifik
terhadap kebenaran hadis, di mana kita akan membincangkan habbatussauda.

9.3.1 Pengenalan Pokok Habbatussauda


Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan (sila lihat Rajah 9.4) yang banyak
didapati di kawasan Mediterranean terutamanya di Mesir dan di kawasan yang
beriklim gurun. Hari ini, pokok habbatussauda ditanam di pelusuk dunia
seperti di Jazirah Arab seperti Yaman, Arab Saudi, Syria, Iraq dan di sebahagian
Asia Tengah seperti India dan Pakistan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 205

Rajah 9.4: Pokok habbatussauda


Sumber: http://cahayawahyu.files.wordpress.com/2013/11/habbatus-sauda.jpg

Seperti yang diberitahu sebelum ini, nama Latin bagi habbatussauda ialah
Nigella Sativa. Bentuknya berupa biji-biji kecil berwarna hitam, dan kerana
itulah orang arab menamakannya habbatussauda yang bermaksud biji hitam. Ia
juga dikenali sebagai black cumin. Ia berbentuk rumput kecil dan mempunyai
batang yang boleh mencapai ketinggian 30-60cm. Tumbuhan ini akan
menghasilkan bunga berwarna ungu kebiru-biruan atau keputih-putihan dan di
dalamnya terdapat biji-biji habbatussauda. Panjang biji-biji hitam ini tidak lebih
daripada 3mm. Biji-biji hitam inilah yang digunakan sebagai penawar segala
penyakit seperti yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis.

Nama-nama lain bagi habbatussauda ialah:


(a) Nigella Sativa;
(b) Black Cumin;
(c) Black Seed;
(d) Habbatul Barakah; dan
(e) Syuniz.

Di kebanyakan negara Arab, habbatussauda digunakan dalam pelbagai jenis


masakan seperti dalam pembuatan roti dan sebagainya. Di Malaysia,
penggunaan habbatussauda dalam masakan boleh dikatakan pada tahap
sederhana. Namun begitu, anda yang telah mengetahui kehebatan
habbatussauda ini boleh menggunakannya sama ada dalam masakan atau
diamalkan sebagai makanan kesihatan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


206 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

9.3.2 Kajian Saintifik Berkenaan Habbatussauda


Kita telah pun mempelajari mengenai kelebihan habbatussauda sebagai
penawar segala penyakit seperti yang dijelaskan dalam hadis sahih yang lepas.
Bagi mereka yang tidak beriman dengan Allah s.w.t. dan RasulNya, pasti
mempertikaikan kebenaran hadis ini, lebih-lebih lagi Rasulullah s.a.w. hidup di
zaman yang tidak mempunyai sebarang peralatan canggih untuk mengkaji
kelebihan habbatussauda dari sudut saintifik. Justeru, mereka mempertikaikan
bagaimana habbatussauda itu boleh mengubati segala penyakit kecuali maut.

Bagi menjawab persoalan ini, pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan
untuk mengenal pasti kebenaran hadis Nabi s.a.w. Melalui kajian-kajian yang
dijalankan, terbukti benarlah kata-kata Nabi s.a.w. mengenai habbatussauda
dan benarlah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm, ayat 3-4 yang telah kita
bincangkan di awal topik ini.

Sejak 1959, lebih daripada 200 kajian mengenai Nigella Sativa atau
habbatussauda telah dijalankan dan diselesaikan di seluruh dunia. Penyelidikan
mereka telah menunjukkan hasil yang begitu luar biasa. Seterusnya, anda akan
didedahkan dengan beberapa kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis
mengenai habbatussauda dan penemuan mereka dalam hasil kajiannya.

(a) Kajian yang Dijalankan oleh Dr. Peter Schleicher


Dr. Peter Schleincher ialah seorang doktor immunologist di Munich dan
merupakan ahli termuda dalam World Academy of Scientists. Beliau telah
mengkaji ekstrak minyak habbatussauda dalam rangka mencari terapi
baru bagi mengubati penyakit kronik dan kesan sampingannya. Hasil
kajiannya menemui penemuan yang sama dengan kajian-kajian sebelum ini
mengenai habbatussauda di mana ia mampu meningkatkan sistem imun
tubuh pesakit. Beliau juga mendapati bahawa habbatussauda dapat
mengubati penyakit alahan terhadap debunga, habuk, jerawat, penyakit
neuro dermatologi, asma, selesema dan influenza.

Menurut Dr. Schleicher, minyak habbatussauda menjadi begitu luar biasa


kerana komponen-komponen dalam habbatussauda bertindak secara
serentak untuk menghasilkan kesan yang optimum. Professor G.
Rietmuller, Pengarah Institut Imunologi di Universiti Munich turut
berpendapat bahawa ekstrak tumbuhan habbatussauda berfungsi secara
positif ke atas sistem imun dan boleh digunakan sebagai bio-regulator
(http://www.amazingherbs.com/arblacseedoi.html).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 207

(b) Kajian yang Menunjukkan Ekstrak Habbatussauda Berupaya Meningkatkan


Sistem Imun atau Daya Tahan Badan Manusia
Kita sedia maklum bahawa kelancaran sistem daya tahan melawan
penyakit semula jadi badan sangat penting dalam aspek penjagaan
kesihatan seseorang individu. Oleh kerana kesihatan tubuh badan manusia
sangat berkait rapat dengan sistem imun badan, manakala habbatussauda
pula mampu meningkatkan sistem imun badan seseorang dengan
meningkatkan jumlah sel-sel T (iaitu sel yang diketahui sebagai limfosit
dan memainkan peranan utama pada kekebalan selular), maka tidak syak
lagi bahawa habbatussauda merupakan penawar bagi segala penyakit
kecuali mati seperti yang dikhabarkan oleh junjungan besar kita, Nabi
Muhammad s.a.w. 1400 tahun yang lalu.

(c) Melancarkan Air Susu Ibu


Dalam kitab-kitab perubatan Islam lama dan juga kedua-dua kitab syarah
hadis yang kita pelajari ada menukilkan bahawa habbatussauda
membantu kelancaran susu ibu. Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya
mengatakan: habbatussauda melancarkan pengeluaran kencing, haid dan
susu ibu jika diminum secara teratur selama beberapa hari (Ibn Qayyim,
t.t.). Para saintis hari ini telah mengkaji hal tersebut, antaranya kajian yang
dijalankan oleh Agharwal dan rakan-rakanya dari kuliah Shah di
Jamanaghor pada 1979 yang menunjukkan bahawa minyak habbatussauda
meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mereka mendapati bahawa minyak
habbatussauda mampu meningkatkan aliran susu ibu disebabkan
kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon yang terkandung dalam
habbatussauda.
(http://www.blackseedherb.com/cgibin/category.cgi?category=blackseed
_property#lactation)

SEMAK KENDIRI 9.2

Jelaskan peranan sistem imun badan manusia secara terperinci. Sila


dapatkan maklumat tersebut dalam buku-buku sains. Kemudian
nyatakan bagaimana habbatussauda mampu meningkatkan sistem
imun badan manusia?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


208 TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA)

Setiap muslim wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t. sahaja yang mampu
menyembuhkan segala penyakit hamba Nya. Namun begitu, Islam
menyuruh umatnya berusaha untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan
mengamalkan pengambilan makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
seperti pengambilan habbatussauda.

Setiap muslim wajib mempercayai bahawa segala perkhabaran yang


dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar sama ada dibuktikan secara
saintifik atau tidak.

Para ulama dan tabib silam mengiktiraf habbatussauda sebagai makanan yang
berkhasiat tinggi khususnya dalam merawat penyakit-penyakit fizikal.

Semua kajian saintifik yang dijalankan ke atas habbatussauda mendapati


bahawa tumbuhan ini mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam
mengubati pelbagai penyakit khususnya dalam meningkatkan sistem imun
badan manusia.

Black cumin Nigella Sativa


Black seed Penyakit sejuk
Habbatul barakah Sistem imun
Habbatussauda Syuniz
Kajian saintifik

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SYARAH HADIS TENTANG SAINS (HABBATUSSAUDA) 209

Amazing herbs. (2013). Dicapai dari http://www.amazingherbs.com/arblac


seedoi.html

An-Nawawi, Al-Imam Mahyuddin bin Yahya bin Syarf. (t.t.). Al-Minhaj Syarh
Sahih Muslim bin Hajjaj. Beirut: Dar al-Makrifah.

Ibn Hajar al-Asqalani. Ahmad bin Ali bin Hajar. (1990). Fathul Baari Syarh Sahih
Bukhari. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.). at-Tibb an-Nabawi. Beirut: Dar al-Fikir.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai