Anda di halaman 1dari 25

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 98

UNIT 7
TEKNIK MEMBINA DAN MERANGSANG PEMIKIRAN
ANALITIKAL DAN KREATIF

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud dan konsep pemikiran analitikal dan kreatif


2. Membina pemikiran analitikal dan kreatif
3. Mengaplikasikan teknilk pemikiran analitikal dan kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran

PENGENALAN

Gambar A Gambar B

Rajah 7.1 Persepsi

Perhatikan kedua-dua gambar di atas dari sudut berlainan. Apakah yang anda dapat lihat?
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 99

A
dakah anda sedar bahawa salah satu aspek penting dalam mekanisme minda ialah persepsi.
Persepsi merupakan pemahaman kita tentang sesuatu perkara. Persepsi dipengaruhi oleh pelbagai
faktor, yang antara lain pendedahan, umur, environmen, emosi, personaliti dan juga pendidikan.
Sebagai contoh, komputer boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Kanak-kanak selalunya menganggap
komputer sebagai barang mainan atau alat hiburan. Pelajar di universiti melihat komputer sebagai satu
kemestian untuk mengakses maklumat dan juga membuat tugasan. Warga emas pula mungkin
menganggap komputer sebagai sesuatu yang memeningkan.

Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara, misalnya suatu objek, anda secara
automatik akan menyoal diri anda sendiri. Soalan-soalan yang mungkin anda bertanya adalah apakah
objek itu?; apakah kegunaannya?; bagaimana menggunakannya?; dan adakah ia memberi manfaat?.
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk
mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut iaitu pengetahuan (apa yang anda tahu tentang
objek tersebut); kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek tersebut); sikap atau nilai (keinginan
untuk mengetahui tentang objek tersebut). Oleh itu proses berfikir melibatkan interaksi antara tiga perkara
tersebut.

Rajah 7.2 Gambar padang pasir

Lihat gambar di atas. Bandingkan persepsi anda dengan persepsi orang lain. Jika terdapat
perbezaan, bincangkan punca perbezaan tersebut

Pada pendapat anda, adakah persepsi individu dapat diperluas dan dipertajamkan? Adakah
memiliki persepsi yang luas dan tajam membantu merangsang pemikiran analitikal dan kreatif?
Bagaimana?
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 100

ISI KANDUNGAN
Apakah pemikiran analitikal dan kreatif?

B
aiklah. Selepas membuat refleksi tentang kecenderungan berfikir, mari kita bincangkan konsep
pemikiran analitikal dan pemikiran kreatif. Pemikiran analitikal tidak banyak bezanya dengan
pemikiran kritis. Namun jika diteliti dengan lebih mendalam ada perbezaan yang ketara. Pemikiran
analitikal cuba memahami sesuatu perkara secara keseluruhan dengan memahami semua komponennya
(misalnya melihat pelaksanaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menentukan
bagaimana faktor seperti bilangan murid, kemudahan yang disediakan, mata pelajaran yang diajar dan
sebagainya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tanpa membuat apa-apa
penghakiman terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut). Pemikiran kritis pula
menguna pakai kefahaman dan idea yang timbul daripada pemikiran analitikal dan kemudian menilai
kemunasabahan kefahaman atau idea itu berdasarkan kriteria tertentu. Berdasarkan definisi ini kita dapat
membuat kesimpulan bahawa kedua-dua pemikiran ini sukar dipisahkan pengunaanya dalam kehidupan
seharian. Pemikiran kreatif ialah kebolehan untuk menjana dan menghasilkan idea baru, asli, luar biasa,
dan/atau pelbagai melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Perkaitan antara pemikiran analitikal, kritis
dan kreatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3.

KEMAHIRAN
BERFIKIR

PEMIKIRAN ANALITIKAL+ PEMIKIRAN KREATIF


-mencirikan -menjana idea
-membanding dan membezakan -menghubungkaitkan
-mengumpul dan mengelaskan -membuat inferens
-membuat urutan -meramalkan
-menyusun mengikut keutamaan -membuat hipotesis
-menganalisis -mensintesiskan
-mengesan kecondongan -mengitlak
- menilai -membuat gambaran mental
- membuat kesimpulan -menganalogikan
-mereka cipta

Rajah 7.3 Model pemikiran analitikal, kritis, dan kreatif

Bolehkah anda terus mempelajari kemahiran membuat urutan sebelum menguasai kemahiran
mencirikan atau membezakan?
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 101

Kemahiran berfikir dalam Rajah 7.3 telah disusun mengikut hierarki dari kemahiran asas kepada kemahiran
yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran tersebut perlu
diperkenalkan mengikut urutan. Sekiranya dalam pemikiran analitikal, kemahiran yang ingin dipelajari
adalah membuat urutan, anda seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya
iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.

Dapatkan maklumat berkaitan dengan teori pemikiran menggunakan Internet atau sumber lain
AA seperti buku atau jurnal. Menggunakan satu atau dua ayat anda sendiri, catatkan idea utama
teori berikut:

Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner): _____________________________________________

__________________________________________________________________________________

Teori Pemikiran Lateral (Edward de Bono): _______________________________________________

__________________________________________________________________________________

Teori Split-Brain (Roger Sperry): _______________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Teori Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg): ___________________________________________

_________________________________________________________________________________

Pemikiran analitikal

M
ari kita bincang dengan lebih mendalam pemikiran analitikal berdasarkan pecahannya dalam
Rajah 7.3. Kita juga akan masukkan kemahiran menilai sebagai sebahagian daripada pemikiran
analitikal yang sukar dipisahkan walaupun ia lebih kepada pemikiran kritis. Berikut ialah
penjelasan dan contoh setiap pecahan kemahiran tersebut.

Mencirikan
Kemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan juga untuk mengenali antara konsep
atau item yang hampir serupa. Untuk itu anda perlu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu konsep atau objek.
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 102

Lihat gambar dalam Rajah 7.4. Tuliskan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut.

Rajah 7.4 Gambar seekor burung

Untuk membantu anda mencirikan, anda boleh gunakan rajah pancaran di bawah.

Berparuh berbulu
Haiwan
_________ ______________________

Membanding dan membezakan


Anda perlu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau
kemungkinan. Ia juga digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan. Contohnya:

Perhatikan dua gambar ini yang mempunyai peristiwa yang sama. Catatkan persamaan dan
perbezaan dalam Jadual 7.1.

Gambar A Gambar B

Rajah 7.5 Gambar peristiwa sambutan hari lahir


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 103

Jadual 7.1 Persamaan dan perbezaan antara gambar A dengan B

Persamaan Perbezaan
Gambar A Gambar B Gambar A Gambar B

Mengumpul dan mengelaskan


Anda perlu mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat
sepunya. Selalunya kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat, ataupun item
dan maklumat yang tidak tersusun.

Diberi sekumpulan item berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin, baju hujan,
pen dan pensil. Isikan carta alir Rajah 7.6 bagi menunjukkan secara ringkas proses
pengelasan.

Rajah 7.6 Carta Organisasi pengelasan item

Membuat urutan
Anda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau
sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 104

maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah dikesan. Sebagai contoh, berikut ialah senarai
kerja untuk memasak nasi:

Isi beras dalam periuk


Basuh beras
Pasang suiz
Letak periuk dalam rice cooker
Tutup dan lap periuk

Susun langkah-langkah kerja bagi memasak nasi supaya menjadi satu urutan yang logik
mengunakan carta alir di bawah.

Rajah 7.7 Urutan cara memasak nasi menggunakan periuk elektrik

Menyusun mengikut keutamaan


Anda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.
Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan perkara yangmustahak dan menentukan tindakan yang perlu
dibuat dahulu.

Anda diberi senarai beberapa item seperti telefon bimbit, televisyen, peti sejuk, lampu, radio,
komputer. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan anda dan terangkan mengapa.

Menganalisis
Anda perlu mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Anda boleh menggunakan
kemahiran ini untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan
mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 105

kemahiran berfikir. Contohnya: Buat analisis bagi kenyataan berikut: Komputer adalah penting kepada
kehidupan. Untuk menganalisis kita perlu:

Menentukan kenyataan Komputer adalah penting kepada kehidupan.


Huraikan andaian yang tersirat penting kepada kehidupan dari segi komputer : menyampaikan
maklumat; berunsurkan pendidikan; memberi hiburan.
Membetulkan kenyataan yang telah diperbaiki: Komputer adalah penting kepada kehidupan kerana
komputer dapat menyampaikan maklumat yang berunsurkan pendidikan dan memberi hiburan.

Mengesan Kecondongan
Anda boleh mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu.
Kemahiran ini diguna apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau
pendapat seseorang. Anda boleh juga menggunakan kemahiran ini untuk menimbang ketepatan sesuatu
sumber maklumat atau pernyataan atau mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.
Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kecondongan? Berikut ialah petunjuk kecondongan:

Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat


Pengitlakan yang keterlaluan
Soalan retorik (bersifat mempengaruhi atau bermuslihat)
Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah
Menyatakan pendapat sebagai fakta

Menilai
Anda perlu membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan
berdasarkan bukti yang sahih. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu
atau menerima/menolak sesuatu idea. Bagi pandangan yang jelas terbahagi kepada dua pandangan
berbeza, anda boleh menggunakan carta-T untuk membantu anda menilai dan seterusnya membuat
keputusan. Rajah 7.8 menunjukkan contoh carta-T.

Positif Negatif

Rajah 7.8 Contoh carta-T


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 106

Membuat kesimpulan
Anda boleh membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis
atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Anda boleh gunakan kemahiran ini untuk
membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.
Bagaimanakah kita hendak membuat kesimpulan yang baik? Berikut merupakan garis panduan yang boleh
diikuti:

Kumpulkan maklumat (contohnya dari eksperimen atau kajian)


Susun semula maklumat dalam urutan yang lojik
Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan
Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

Pemikiran kreatif

P
erkara yang ditimbulkan apabila kita berfikir secara kreatif ialah: kita perlukan idea baru, ada atau
tidak cara yang lain, cuba cari kaedah yang lebih mudah, ada atau tidak cara lain untuk
menerangkan perkara ini, tolong fikirkan kemungkinan lain, kita tidak mahu lagi penyelesaian cara
sekarang, cara ini belum dicuba, ini idea lama dan tentu ada cara lain. Berikut ialah contoh setiap
pemikiran kreatif:

Menjana idea
Anda boleh menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran
ini digunakan apabila anda ingin mencari idea baru atau mencari alternatif. Sebagai langkah permulaan
anda perlu fokus tentang apa tajuk yang hendak dibincangkan, misalnya, cara mengurus bahan buangan
yang sistematik. Anda perlu senaraikan semua idea yang dikemukakan, renung kembali idea yang
dikemukakan, tambah lagi idea jika ada, dan hubungkaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Membuat inferens
Langkah ini ialah merupakan langkah yang diambil oleh individu untuk membuat kesimpulan awal yang
mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Anda boleh menggunakan
kemahiran ini apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. Contoh situasi:

Anda memandang keluar tingkap dan mendapati daun pokok dalam pasu kelihatan tidak
bermaya dan berwarna kuning.

Untuk membuat inferens kita perlu membuat pemerhatian. Dalam situasi ini, pemerhatian anda adalah
daun tidak bermaya dan berwarna kuning. Inferens yang boleh dibuat adalah daun tidak bermaya dan
kuning kerana kemungkinan tidak disiram beberapa hari. Inferens merupakan kesimpulan awal yang boleh
menerangkan pemerhatian. Namun kebenarannya belum diuji kerana penerangan alternatif seperti
diserang penyakit juga boleh dipertimbangkan.
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 107

Menghubungkaitkan
Anda boleh membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini
digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.
Bagaimana langkah penggunaannya? Anda perlu kenal pasti masalah, buat analisis tentang keadaan dan
kenal pasti aspek yang boleh dihubungkaitkan. Kemudian, buat pernyataan tentang perkaitan.

Meramal
Apabila anda membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
yang lalu atau data yang boleh dipercayai, anda telah membuat ramalan. Kemahiran ini digunakan untuk
menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan. Apabila anda ingin meramal anda perlu
perhatikan atau kumpul maklumat. Kemudian tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
Kemudian, buat jangkaan yang paling sesuai.

Membuat hipotesis
Dalam pemikiran kreatif anda boleh membuat penyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-
pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya. Anda boleh menggunakan kemahiran ini pada peringkat awal apabila hendak
menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. Contohnya:

Sebuah pusat membeli belah mendapat keuntungan sehari pada hari biasa sebanyak RM
500,000.00, manakala pada hari menjelang perayaan pusat beli belah tersebut mendapat
keuntungan sebanyak RM 1 juta sehari. Bagaimana kita membina hipotesis berdasarkan
fakta ini?

Langkah yang anda perlu ambil adalah perhatikan situasi atau keadaan tersebut. Nyatakan mengapa
situasi atau keadaan tersebut terjadi sedemikian. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
Kemudian anda perlu semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji. Contoh hipotesis yang boleh dijana
bagi situasi di atas ialah Keuntungan sehari pusat membeli belah menjelang hari perayaan meningkat dua
kali ganda berbanding hari biasa

Mensintesis
Kemahiran ini menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan dan menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak. Anda boleh menggunakan
kemahiran ini untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Anda juga boleh
menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan. Untuk mensintesis
maklumat, apakah langkah-langkah yang perlu diambil?

Anda perlu mengenal pasti dan mendefinisikan tajuk, perkara atau subjek terlebih dahulu. Kemudian,
kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. Selepas itu, anda boleh kelaskan idea, data atau
maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek. Akhir sekali anda boleh kenal
pasti hubung kait antara kategori dengan kategori dan kategori dengan tajuk.
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 108

Mengitlak
Anda boleh membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sesuatu sampel kumpulan. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mencari
pola, menyusun maklumat dan meramal. Bagaimanakah anda hendak mengitlak? Mula-mula anda perlu
kumpulkan data. Kemudian cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan. Selepas itu imbas semula
kesahihan pengitlakan yang dibuat. Setelah sahih, barulah kita boleh membuat kenyataan.

Menganalogi
Seseorang itu boleh membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep dengan cara mengaitkan konsep itu
dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Anda boleh menggunakan
kemahiran ini untuk memahami konsep atau perkara yang abstrak dengan cara mengaitkannya dengan
sesuatu yang maujud yang telah diketahui. Anda boleh membandingkan dua perkara yang tidak sama,
kemudian cari sifat yang serupa yang boleh dihubungkaitkan dan nyatakan hubungkait sebagai metafora.
Contohnya; membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan. Untuk
membuat analogi kita perlu buat perbandingan jantung dengan pam. Kita cari sifat yang serupa iaitu
kedua-duanya mengepam cecair. Kemudian kita menyatakan hubungkaitnya iaitu jantung adalah seperti
pam. Kemahiran menganalogi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam seksyen selepas ini.

Membuat gambaran mental


Apabila anda membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan
dalam minda atau fikiran, anda telah membuat gambaran mental. Anda boleh menggunakan kemahiran ini
untuk memahami konsep yang abstrak dan mengingati konsep yang kompleks. Contohnya: Bayangkan
apa yang anda akan lakukan jika tsunami melanda secara tiba-tiba di tempat anda.

Mereka Cipta

Dalam perkara ini, jika anda boleh menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian
kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau bukan, anda telah mereka cipta. Untuk mereka
cipta anda perlu kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan. Selepas itu anda boleh menjana idea dan
pilih idea mana yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan. Setelah itu, anda boleh cuba dan uji idea.
Jika idea tersebut tidak memenuhi keperluan, anda boleh ubah suai atau pilih idea yang lain.

Apakah teknik yang boleh membina dan merangsang pemikiran analitikal dan
kreatif?

A
nda telah didedahkan dengan konsep pemikiran analitikal dan kreatif. Tahukah anda bahawa
berfikir adalah satu aktiviti yang dinamik dan kompleks? Justeru, adalah penting setiap individu
belajar teknik berfikir yang betul menggunakan kaedah pemikiran yang telah dicipta oleh pakar-
pakar pemikir. Antara teknik memupuk pemikiran analitikal dan kreatif adalah melalui penggunaan:
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 109

Peta minda
Pengurusan grafik
Peta konsep
Analogi
Pemikiran lateral
Pelbagai kecerdasan

Peta Minda
Teknik ini telah dibincangkan dalam Unit 8, Modul 1 dari sudut membantu guru menyusun maklumat yang
banyak dan menyampaikannya kepada murid dengan mudah, berkesan, dan bermakna kepada murid.
Murid pula lebih menyedari idea dan pengetahuan sedia ada mereka serta dapat mengaitkannya dengan
maklumat dan idea baru yang guru sampaikan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencatat nota,
mengumpul maklumat dan menyelesai masalah secara kreatif.

Mari kita mengulang kaji sedikit cara membina sebuah Peta Minda. Secara ringkasnya, setiap idea atau
pun maklumat yang difikirkan akan dilakarkan secara grafik dalam bentuk peta yang merebak dari satu titik
permulaan. Rajah 7.9 menunjukkan sebuah Peta Minda berkaitan kesihatan.

Rajah 7.9 Peta Minda berkaitan kesihatan

Sumber: http://www.mindmapart.com/health-mind-map-jane-genovese/
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 110

Jadual 7.2 meringkaskan cara menjana sebuah Peta Minda menggunakan teknik penjanaan peta minda
berdasarkan Tony Buzan (1995).

Jadual 7.2 Teknik menjana Peta Minda

Teknik Cara-cara menghasilkannya


Beri penekanan Guna imej utama
Guna tiga atau lebih dari tiga warna untuk setiap imej utama
Guna pelbagai saiz cetakan, garisan dan imej
Guna ruang yang terancang
Guna ruang yang bersesuaian
Tunjukkan perkaitan Guna anak panah untuk mengaitkan satu idea dengan idea yang lain
Gunakan warna atau kod seperti X, Y, Z
Serlahkan kejelasan Guna hanya satu kata kunci untuk setiap garisan
Hubungkan garisan-garisan
Tebalkan garisan utama
Wujudkan ranting utama yang dihubungkan dengan imej utama
Gaya sendiri Guna kartun, warna terang dan sebagainya.

Lakarkan 4 idea utama bersama ranting-ranting yang sesuai tentang topik berikut: Kesan negatif
dan positif penggunaan komputer

Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Pengurusan grafik boleh membantu
meningkatkan daya ingatan, motivasi, pemahaman, mengurangkan kebosanan dan menyusun fikiran anda
dengan lebih teratur yang membawa kepada peningkatan kemahiran analitikal. Berikut adalah dua contoh
pengurusan grafik.

a. Merancang
Tugasan Projek

Perincian tugasan projek Masa


Bajet
Sumber
Sokongan
Lain-
Time-line Bajet Tugas ahli Sumber Penulisan laporan
pasukan sedia ada

b. Membanding dan membeza


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 111

Perkara/Ciri-ciri Persamaan Perbezaan

Penutup/Rumusan

Peta Konsep
Teknik dengan nama yang sama telah dibincangkan dalam Unit 8, Modul 1. Namun Peta Konsep yang
dibincangkan di sini adalah seperti yang disarankan Novak (1991). Ia merupakan gambaran visual yang
menunjukkan bagaimana satu konsep itu berkait dengan konsep-konsep yang lain dan boleh dilihat
sebagai satu perwakilan struktur pengetahuan. Peta konsep boleh digunakan untuk;

Menjana idea (contohnya, sesi pemerahan otak atau brainstorming)


Mereka bentuk struktur yang rumit (seperti teks yang panjang, hypermedia, laman web yang besar,
dan sebagainya)
Menyampaikan idea yang kompleks
Membantu pembelajaran dengan secara eksplisitnya mengintegrasi pengetahuan baru dan lama
Menaksir kefahaman atau mendiagnosis salah tanggapan atau miskonsepsi murid

Proses menghasilkannya dinamai pemetaan konsep. Berikut merupakan langkah-langkah dalam proses
membina sebuah Peta Konsep.

1. Senaraikan semua konsep yang terkandung dalam unit pengajaran anda.


2. Jana seberapa banyak ayat bermakna ( propositions) yang menghubungkan dua atau lebih konsep.
3. Susun ayat dalam bentuk sebuah peta konsep yang mengandungi konsep ( nodes), ayat
penghubung (links), dan anak panah yang menunjukkan arah sesuatu ayat itu dibaca.

Rajah 7.10 menunjukkan sebuah Peta Konsep yang dibina berasaskan langkah-langkah di atas.
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 112

Rajah 7.10 Peta Konsep tentang beberapa konsep dalam tajuk Daya dan Gerakan mata pelajaran Fizik

Layari laman web di alamat


http://cmap.ihmc.us/publications/researchpapers/theorycmaps/theoryunderlyingconceptmaps.htm untuk
memahami lebih lanjut tentang teknik Peta Konsep.

Analogi
Kaedah analogi digunakan untuk membina jambatan konsep untuk murid bagi menghubungkan apa yang
diketahui (konsep analog) dengan apa yang baharu (konsep target). Terdapat banyak model pengajaran
dengan menggunakan analogi. Namun, Model Pengajaran Menggunakan Analogi oleh Glynn (2007) dipilih
kerana keberkesanannya terbukti secara empirikal dalam meningkatkan pembelajaran dan minat pelajar
sebagaimana yang banyak dilaporkan dalam jurnal pendidikan sains antarabangsa. Berikut langkah-
langkah menggunakan analogi mengikut model ini:

1. Perkenalkan konsep target


2. Ulang kaji konsep analog
3. Kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
4. Petakan ciri yang serupa
5. Tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
6. Buat kesimpulan

Contoh analogi yang popular ialah analogi antara sistem pengaliran air dengan aliran arus dalam satu litar
elektrik. Penting diingat bahawa penggunaan analogi memerlukan guru berhati-hati supaya murid tidak
membina kefahaman yang salah apabila mengaitkan secara langsung analog dengan target seperti
mengatakan air yang berjisim sama dengan arus elektrik yang tidak berjisim. Itulah sebabnya langkah 5 di
atas merupakan langkah yang tidak boleh diabaikan.

Pemikiran lateral
Berfikir secara lateral melibatkan discarding the obvious, leaving behind traditional modes of thought, and
throwing away preconceptions. Dengan lain perkataan pemikiran lateral merupakan proses berfikir secara
kreatif menggunakan inspirasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah dengan melihatnya dari
perspektif yang tidak diduga. Bagi merangsang pemikiran analitikal, kritis, dan kreatif melalui pemikiran
lateral terdapat alat berfikir yang boleh digunakan yang diperkenalkan dalam program CoRT yang
diasaskan Edward de Bono. Beliau menjelaskan dalam membuat keputusan, anda perlu mengambil kira
semua faktor (CAF-Consider All Factors), jelas tentang tujuan dan objektif (AGO - Aims, Goals and
Objectives), mengenal pasti prioriti (FIP-First Important Priority), mengenal pasti kesan dan akibat daripada
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 113

tindakan/keputusan yang diambil (C&S - Consequence and Sequel), menerokai tindakan alternatif yang
boleh diambil (APC - Alternatives, Possibilities and Choices), dan menilai alternatif yang diambil (PMI-
Plus, Minus, Interesting). OPV (Other Peoples View) juga boleh digunakan untuk membuat keputusan
dengan mengambil kira pandangan orang lain.

Ramai pelajar antarabangsa didapati mendaftar di sebuah universiti tempatan. Sehubungan itu,
BB universiti tersebut telah bercadang untuk menawarkan kursuskursus elektif dalam bahasa
Inggeris. Anda telah diberi mandat untuk membuat keputusan sama ada langkah ini harus
diteruskan. Apakah keputusan anda? Gunakan pemikiran lateral untuk membuat keputusan.

1. Buat AGO

2. Buat CAF

Faktor 1

Faktor 2

Faktor 3

Faktor 4
AGO
Faktor1 5
AGO 2

AGO 3

3. Buat FIP

Faktor-faktor berkaitan

Keutamaan
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 114

4. Buat APC

______________

_________________ ___________________

_________________

5. Buat C & S

Kesan jangka pendek Kesan positif

Kesan negatif

Kesan jangka sederhana Kesan positif

Kesan negatif

Kesan jangka panjang Kesan positif

Kesan negatif

6. Buat PMI

Kebaikan (P) Keburukan (M) Menarik (I)

7. Buat OPV

Pandangan siapa? Pandangan mereka


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 115

8. Keputusan anda
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 116

Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner (1983) yang merupakan pelopor kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa teori
kecerdasan mempunyai hubungkait yang rapat dengan pembelajaran. Beliau menyatakan setiap pelajar
memiliki pelbagai kecerdasan dari segi cara berfikir, bertindak dan belajar di mana kecerdasan setiap murid
adalah berbeza-beza. Beliau telah memperkenalkan lapan jenis kecerdasan pelbagai seperti yang
dihuraikan dalam Jadual 7.3 di bawah.

Jadual 7.3 Kecerdasan Pelbagai


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 117

Kecerdasan Apa dia? Murid gemar Guru boleh


Verbal- -berfikir dengan Teka-teki, membaca, Membuat projek penulisan,
Linguistik perkataan menulis, puisi, bercerita bercerita
-mahir berbahasa
Logik- -mendekati masalah -bekerja dengan nombor -menggunakan permainan strategi
Matematik secara logik - tunjuk ketepatan -rekod maklumat dalam geraf
-faham nombor dan pola -perlu penyelesaian tepat -membina rajah venn
abstrak
-memerlukan penakkulan
Visual -Ruang -cipta imej mental -melukis, mencipta -melukis
-berfikir dalam 3D gambaran 3D -memberi pelajar peluang
-peka akan pertalian - membuka dan memasang mencipta sesuatu seperti fesyen
antara objek dan ruang sesuatu pakaian, bangunan, kawasan
-melihat peta bermain dan pemandangan
Muzik -peka kepada bunyi -mendengar dan bermain -galak murid mengunakan muzik
bukan verbal dalam muzik dalam lakonan
persekitaran, termasuk -boleh mengingat dan -galak pelajar mencipta nemonik
melodi dan nada bekerja dengan bentuk muzik
-sedar akan pola pada muzik berlainan -memasukkan aktiviti muzik untuk
ritma, nada (pitch) . -mencipta dan mereplika mengajar konsep tertentu
lagu
Kinestetik -guna pergerakan badan -bersukan dan aktiviti fizikal -memberi peluang main peranan
untuk berkomunikasi dan -menari, berlakon dan dan berlakon
menyelesaikan masalah miming Melibatkan murid dalam aktiviti
jasmani
-memberi murid bekerja sambil
bergerak
Interpersonal -peka terhadap perasaan -berkawan -memberi projek berkumpulan
dan mood orang lain -memimpin, berkongsi dan -menyediakan aktiviti sumbang
-faham dan berinteraksi menjadi orang perantara. saran untuk menyelesaikan
dengan berkesan dengan -bekerja sebagai ahli masalah
orang lain kumpulan yang berkesan
Intrapersonal -peka kepada perasaan -kawal perasaan kendiri -memberi pelajar belajar pada
kendiri -guna kecekapan kadar kendiri
-tahu kekuatan dan metakognitif -membantu pelajar menetap
kelemahan kendiri -belajar melalui pemerhatian matlamat
-guna pengetahuan dan mendengar -melibatkan pelajar dalam menulis
kendiri sebagai panduan jurnal dan lain bentuk refleksi
membuat keputusan
Naturalis -peka kepada alam -menghabiskan masa di luar -guna persekitaran sebagai bilik
semula jadi -memerhati tumbuhan dan darjah
-nampak pertalian dan memelihara haiwan -memberi murid tanggungjawab
pola dalam alam -mendengar bunyian semula mengendalikan sudut-sudut
tumbuhan dan haiwan jadi -menjalankan eksperimen sains
-mengesan pertalian dalam hands on
alam semula jadi
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 118

RUMUSAN

P
Ikon
engajaran dan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir memerlukan strategi dan pendekatan
aktiviti
yang terancang agar ia dapat merangsangkan pemikiran analitikal dan kreatif. Teknik-teknik yang
dipelopori pengasas awal dalam pemikiran analitikal dan kreatif dapat membantu dalam proses
memupuk pemikiran analitikal dan kreatif. Bagaimanakah teknik-teknik yang telah dibincangkan berupaya
memupuk pemikiran analitikal dan kreatif? Setiap teknik itu memerlukan murid mencerakin maklumat,
melihat secara terperinci satu-satu konsep dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain, yang
memerlukan murid membanding beza antara satu konsep dengan satu konsep yang lain. Selain daripada
itu proses membina analogi dan peta konsep, misalnya, memerlukan murid menggunakan kreativiti yang
akan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di samping meneliti kesesuaiannya. Ini juga benar
bagi proses mengaplikasi konsep pemikiran lateral De Bono dan kecerdasan pelbagai Gardner semasa
pengajaran dan pembelajaran.

KATA KUNCI

1. Pemikiran analitikal 6. Kecerdasan Pelbagai


2. Pemikiran Kritis 7. Kecerdasan Berjaya
3. Pemikiran Kreatif 8. Teori Split-Brain
4. Pemikiran Lateral 9. Peta minda
5. Alat berfikir 10. Peta konsep

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran
analitikal?

2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan berdasarkan
pemikiran kritis.

3. Apakah perbezaan utama antara pemikiran analitikal dengan pemikiran kreatif?

4. Apakah yang membezakan antara peta minda dan peta konsep?

5. Bagaimanakah caranya anda hendak membuat keputusan yang bijak?


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 119

RUJUKAN

Berry K. Beyer. (1988). Developing a thinking skills program. Boston: Allyn and Bacon.

Munir, S dan Azlena, Z. (2004). Aktiviti Berfikir. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Novak, J. D. (1991). Clarify with concept maps: A tool for students and teachers alike. The Science
Teacher, 58, 45-49.

Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran,
Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Kemahiran berfikir dan strategi Berfikir dalam pengajaran sains
dan matematik.Kuala Lumpur: Perniagaan Rita Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rajendran, N.S.(2008). Teaching and acquiring higher-order thinking skills . Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes.
Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available: http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/

JAWAPAN SERTA MAKLUMBALAS


Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner): Setiap individu mempunyai kelapan-lapan
AA kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran.
Kecerdasan tersebut boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan
persekitaran
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 120

Teori Pemikiran Lateral (Edward de Bono): Pemikiran yang menerbitkan persepsi-persepsi baru yang
m.enganjak keluar dari belenggu pemikiran biasa. Ia adalah sejenis pemikiran kreatif yang berasaskan
kepada kemungkinan dan perubahan

Teori Split-Brain (Roger Sperry): Teori ini menyatakan otak manusia terdiri daripada dua hemisfera:
otak kanan dan otak kiri. Hemisfera otak kiri mempunyai kemampuan sains dan teknologi manakala
hemisfera otak kanan mempunyai kemampuan seni dan kreativiti.

Teori Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg): Teori ini merupakan set kemahiran terkumpul yang
diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan. Manusia yang berjaya menyesuaikan diri, membentuk dan
memilih situasi berdasarkan penganalisaan secara analatikal, kreatif dan kebolehan membuat keputusan
yang praktikal.

Terdapat ramai pelajar antarabangsa didapati mendaftar di sebuah universiti tempatan.


BB Sehubungan itu, universiti tersebut telah bercadang untuk menawarkan kursuskursus elektif
dalam Bahasa Inggeris. Anda telah diberi mandat untuk membuat keputusan sama ada langkah
ini harus diteruskan. Apakah keputusan anda?

1. Buat AGO

AGO 1 Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris


AGO 2 Menarik ramai pelajar antarabangsa
AGO 3 Menjana ekonomi negara

2. Buat CAF

Faktor 1 Ramai pelajar tempatan kurang mahir berbahasa Inggeris


3. Faktor 2 Kurang pensyarah yang mahir berbahasa Inggeris Buat
Faktor 3 Bertentangan dengan dasar pendidikan
Faktor 4 Meningkatkan pelaburan ekonomi FIP
Faktor 5 Negara lebih terkenal di arena antarabangsa
Faktor-faktor berkaitan
Kecermelangan akademik
Keutamaan
pelajar
Persediaan pensyarah
Kualiti pengajaran
berkelayakan
Persediaan pensyarah yang Kualiti pengajaran
berkelayakan
Kecemerlangan akademik
Persediaan prasarana
Disiplin pelajar
Kemudahan asas
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 121

4. Buat APC

prestasi pelajar menurun

pensyarah tidak bersedia bersaing dengan bahasa kebangsaan

kurang disiplin

5. Buat C & S

Kesan jangka pendek Kesan positif Wujud persaingan yang sehat


Kesan negatif Tidak dapat menyesuaikan diri
Kesan jangka sederhana Kesan positif Pensyarah meningkatkan ilmu
Kesan negatif Kesuntukan waktu
Kesan jangka panjang Kesan positif Pelajar lebih mahir berbahasa Inggeris
Kesan negatif Pelajar terus tertinggal

6. Buat PMI

Kebaikan (P) Keburukan (M) Menarik (I)


Memperbaiki penguasaan Pelajar tempatan kurang Pelajar lebih berdaya
bahasa Inggeris faham dan akan tercicir saing
Banyak sumber rujukan Pelajar kurang minat
Lebih berkeyakinan Pensyarah kurang
bersedia

7. Buat OPV

Pandangan siapa? Pandangan mereka


Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 122

Pandangan pihak Boleh meningkatkan kemahiran berbahasa dan


kementerian meningkatkan pengetahuan terkini untuk berurusan di
peringkat antarabangsa
Pandangan masyarakat Baik, tetapi perlu pastikan bahasa kebangsaan tidak di
anak tirikan

8. Keputusan anda

Perlaksanaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat

Anda mungkin juga menyukai