Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada puan

pengerusi majlis, barisan hakim, guru-guru pendidik anak bangsa serta


warga dewan sekalian. Cincin Sakti, itulah tajuk cerita saya pada pagi yang
indah dan bermakna ini.

Di sebuah kampung, terdapat sebuah keluarga yang hidup dalam


kemiskinan. Mereka dikenali sebagai Pak Andak dan Mak Limah. Mereka
mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mawar. Hidup mereka
umpama kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Mereka
sekeluarga selalu kehabisan makanan. Kadangkala mereka sekeluarga tidak
makan seharian.

Hati runsing tidak terkira,

Mengenang untung nasib diri,

Tiada teman untuk berbicara,

Ke tepi sungai membawa diri,

Bermulalah kisahnya sedang Mawar menangis di tepi sungai, tiba-tiba


muncul seorang perempuan tua. Dia mendekati Mawar lalu meminta sedikit
air untuk diminum. Mawar pun mencedok air sungai lalu memberikan kepada
perempuan tua itu.

Terima kasih, cu. Cucu sungguh baik hati. Oleh sebab kamu baik hati, nenek
akan beri kamu sesuatu. Nah, ambillah cincin ini dan pakailah di jarimu,
mintalah apa sahaja yang kamu mahu.

Sebelum mawar sempat berkata apa-apa, tiba-tiba perempuan tua itu hilang
daripada pandangannya. Mawar berasa takut dan cepat-cepat lari pulang ke
rumah.

Sampai dirumah, ibunya sudah menunggu di muka pintu dengan muka yang
cemas. Eh, mengapa kamu lambat pulang, Mawar, selalunya tidak begini?,
Muka kamu pun Nampak pucat?, kata ibunya kehairanan.

Mawar pun menceritakan apa yang berlaku kepadanya di tepi sungai tadi.

Buang cincin itu!, kata ayah Mawar yang kebetulan berada di situ dengan
marah.
Mawar tidak sanggup membuangnya lalu dia menyembunyikan cincin itu di
dalam bakul biliknya. Pada malam itu, ketika Mawar sedang tidur, tiba-tiba
terdengar suara dari cincin itu.

Pakailah cincin itu, dan mintalah apa-apa sahaja yang kamu mahu

Pada mulanya, Mawar tidak pedulikan suara itu, tetapi bila difikirkan semula
dia berkata dalam hatinya Baik, aku cuba.

Mawar pun memakai cincin itu, lalu membuat permintaan. Dia meminta
sebuah rumah yang besar. Keesokan paginya, Mawar, ibu dan bapanya
terperanjat apabila melihat mereka berada di dalam sebuah rumah yang
besar.

Selepas itu, Mawar meminta bermacam-macam benda. Cincin Sakti itu


menunaikan semua permintaan Mawar. Mawar dan keluarganya menjadi
semakin kaya raya dan selalu menolong orang.

Lama kelamaan, Mawar menjadi seorang yang sangat bongkak.Malah dia


mengeji mereka yang datang meminta pertolongan darinya.

Pada suatu hari, Mawar membuat permintaanWahai cincin sakti, aku tidak
suka melihat orang miskin datang memintantolong di rumahku, jadikanlah
tasik yang luas di sekeliling rumahku ini.

Dalam sekelip mata, rumahnya telah dikelilingi tasik.ha..ha baru puas hati
aku, selepas ini tiada siapa yang akan ganggu aku lagi kata Mawar dengan
gembira.

Semakin lama, Mawar menjadi semakin tamak. Dia meminta pelbagai benda.
Ibu dan ayah Mawar selalu menasihati Mawar supaya berubah tetapi dia
tidak mempedulikannya.

Lama kelamaan, rumahnya dipenuhi dengan pelbagi barang permintaannya.


Rumahnya semakin berat dan tenggelam sedikit demi sedikit. Mawar berasa
risau dan meminta pertolongan dari cincin sakti itu.

Berhenti! Aku tidak mahu apa-apa lagi! jerit Mawar. Namun, Mawar sudah
terlambat. Akhirnya , Mawar, ibu bapanyan serta rumahnya itu tenggelam di
dalam tasik.

Anda mungkin juga menyukai