Anda di halaman 1dari 2

Atap rumbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Atap rumbia.

Atap rumbia merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat


daripada daun pokok Rumbia. Pada asasnya atap rumbia terdiri daripada
"tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat
daripada pokok Buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun
rumbia bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan
rotan ataupun kulit pokok Bemban untuk mengikatnya. Pada masa kini,
kerana sukar untuk mendapatkan kulit pokok bemban tersebut, tali plastik
atau nilon digunakan bagi menyemat atap.

Setiap atap rumbia biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter


hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk
mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir,
mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana
kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

Atap rumbia yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap
kudi / "kelarai", sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun
dikenali sebagai atap pakai / "mata ketam". Atap mata ketam adalah lebih
tebal dan tahan daripada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi.

Isi kandungan
[sorokkan]

1Penggunaannya
2Kelebihan
3Lihat juga
4Rujukan
Penggunaannya[sunting | sunting sumber]
Atap rumbia merupakan bahan atap yang paling meluas digunakan pada
binaan tradisional di Malaysia pada masa dahulu.[1] Atap ini cepat rosak
dan perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi
kerosakan kecil, cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti. Selain daun
rumbia, daun nipah juga turut digunakan bagi menghasilkanatap nipah.

Pada era 50 - 70-an istilah atap nipah membawa erti orang miskin, yang
dapat dilihat dalam buku berjudul Atap Genting Atap Rumbia.[2]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]


Atap rumbia memmiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak
menyimpan haba sebagaimana atap genting.[3] Bagi atap rumbia gred satu
yang menggunakan bilangan daun yang banyak dan rapat-rapai, ia mampu
tahan lebih daripada sepuluh tahun berbanding atai nipah yang perlu
ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak
diproses. Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakan kos
penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula, ia
mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daripada daun
nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan
tidak mudah patah apabila dilipat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Anda mungkin juga menyukai