Anda di halaman 1dari 32

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI

TAHUN 2011

KOD KURSUS OUMM 3203

TAJUK PROFESSIONAL ETHICK

NO MATRIKULSAI : 820623025858001

NO KAD PENGENALAN : 820623025858

NO TELEFON : 0174687628

EMAIL : nurela82@gmail .com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KEDAH

SG PETANI

NAMA TUTOR : DAYANG SITI NUR BANI BT. AWANG MURSHIDI

: EN ANUAR B.BAHARI
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.Definisi Etika 3

2.Kepentingan Etika 4

3.Fungsi Etika 5-7

4.Maksud Tanggungjawab Sosial 8

4.1:Konsep Tanggungjawab Sosial 8

4.2:Kepentingan Tanggungjawab Sosial 9

4.3: Jenis Tindakan Sosial yang bertanggungjawab 9

5.Contoh Tanggungjawab Sosial Organisasi 10-12

6.Cara Untuk meningkatkan Prestasi Organisasi 13-15

6.1:Menerapkan Budaya Kerja

6.2;Menggalakna Budaya Kerja Berkualiti

6.3;Menberikan Kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkesan

6.4: Leadership Development Programme (LDP)

6.5:Memberi Hadiah atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

7.Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

2
Pendahuluan

1.Definisi Etika

Konsep etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos.


Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau
budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan
yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan
dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu
tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi
merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau
tingkahlaku manusia.

Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana


manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail
Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang
baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang
mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia.

Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab
terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.

( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan

Awam-INTAN, 1991 )

Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh
dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.

( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin, )

3
2. Kepentingan Etika
Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu
kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan
kedamaian hidup. Kepentingan etika ini dapat dilihat dari segi individu,
keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Secara induvidunya, seseorang yang beretika akan dapat menikmati


kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa menjaga
tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu
juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang
membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional,
bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang
beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan
buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang
mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia
berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan
tindak tanduknya.( Nazirmuddin, 2005 )

2.1. Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting. Seandainya
seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran
disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa,
gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah
suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti
yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan
dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang baik dan terpuji dilam
organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan
organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang
tinggi keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan
sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut
terlibat.

4
3. Fungsi Etika

3.1: Fungsi Etika dalam kehidupan


Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam
bentuk menyuruh dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan
samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai
profesional

3.1.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian

Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya


kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada
berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan umum.
Ini akhirnya, menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati
dikalangan pihak yang berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional dalam
bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan
dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya.

3..2 Etika berfungsi sebagai sokongan


Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang
apa yang dilakukan, maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong
tindakanya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan.
Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau
lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi
atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat hendakalah saling
bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang melakukan tindakan yang tidak
bercanggah dengan etika masyarakat tersebut.

5
3.1.3 . Etika berfungsi sebagai memelihara maruah

Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina ,


meningkat dan mempertahankan intigriti, kejujuran dan maruah kehidupanmasing-masing. Ini
secara umumnya, etika berfungsi menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu
menggunakan segala ilmu pengetahuan yangdimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan
manusia seluruhnya, jujurkepada diri sendiri, masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari
semasa ke semasa.

3.1.4 . Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin

Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas untuk
menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima.
Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa
dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi
atau jabatan. Selain ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumatmaklumat
rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika
juga berfungsi dalam perhubungandengan unsur kerohanian manusia. Seseorang perlu
mengetahui akan kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan
kerohaniannya. Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada
kehidupan manusia, tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap
orang mesti tahu dan mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan
memberi kebahagian dan kedamaian kepada semua orang.
Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan
pretasi organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik
negara, malah ia tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana generasi
akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila

6
berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku atau mengawal
tingkahlaku individu dalam masyarakat Pendapat ini disokong oleh ( Shukri Ahmad & Razali
Mat Zin, )

Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh
dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.

7
4. Maksud Tanggungjawab Sosial

Maksud Tanggungjawab Sosial ialah menurut ISO 26000 Tanggungjawab sosial merupakan
standard ISO (International Organization for Standardization (ISO)) yang baru dibangunkan
untuk memberikan peluang dan penglibatan global dalam melaksanakan matlamat
"pembangunan lestari" dalam pelbagai peringkat organisasi di seluruh dunia
Inisiatif ISO untuk membangunkan ISO 26000 yang memberikan panduan kepada
tanggungjawab sosial, merupakan satu kesempatan unik untuk membentuk sebuah dunia yang
harmoni, memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi.

Terdapat enam "sektor" yang dikenal pasti; setiap negara peserta digalakkan untuk melibatkan
wakil daripada pelbagai sektor: industri, kerajaan, pekerja, pelanggan, badan bukan kerajaan, dan
lain-lain (perkhidmatan, sokongan, penyelidikan dan lain-lain).

4.1: Konsep tanggungjawab sosial:

1. Membantu organisasi dalam menangani tanggungjawab sosial


mereka agar menghargai budaya, sosial, persekitaran, perbezaan
peraturan dan keadaan pembangunan ekonomi;
2. Memberikan panduan praktikal yang berkaitan perlaksanaan tanggungjawab
sosial, mengenal pasti dan terlibat dengan pihak yang
berkepentingan, dan meningkatkan kredibiliti laporan dan tuntutan
dibuat tentang tanggungjawab sosial;
3. Menekankan keputusan prestasi dan penambahbaikan;
4. Meningkatkan kepercayaan dan kepuasan dalam organisasi di antara
para pelanggan dan pihak berkepentingan lain;
5. Konsisten dan tidak bercanggah dengan dokumen-dokumen, perjanjian
dan konvensyen antarabangsa dan piawaian ISO yang sedia ada;
6. Direka untuk mengurangkan kuasa kerajaan untuk menangani tanggungjawab
sosial organisasi;

8
4.2: Kepentingan tanggungjawab sosial

1. Meninggikan taraf hidup komuniti di tempat sesuatu perniagaan


itu beroperasi
2. Memupuk semangat kerjasama antara pengusaha perniagaan,
kerajaan dan orang awam.
3. Meningkatkan keuntungan syarikat.
4. Mengelakkan bencana alam seperti kejadian tanah runtuh, pencemaran
udara dan sungai akibat pengabaian terhadap tanggungjawab
sosial.

4.3: Jenis-Jenis Tindakan Sosial yang Bertanggungjawab

1. Tanggungjawab Terhadap Pengguna - Pembungkusan label yang


memberitahu tentang kualiti dan kegunaan produk dengan tepat
dan mudah difahami oleh pengguna.
2. Tanggungjawab Untuk Pekerja. - Jaminan kesihatan dan keselamatan
semasa bekerja.
3. Tanggungjawab Terhadap Insan Yang Kurang Bernasib Baik. - Menyediakan
latihan dan aktiviti kepada mereka yang tidak bernasib
baik yang diambil bekerja.
4. Tanggungjawab Terhadap Komuniti. - Penempatan pejabat @ kemudahan
pengeluaran di dalam kawasan luar bandar.
5. Tanggungjawab Terhadap Pendidikan. - Memberi bantuan kewangan
kepada Institusi pendidkan tempatan. Contoh : Biasiswa
( Petronas. SHELL dan lain-lain )
6. Tanggungjawab Terhadap Persekitaran. - Pelaksanaan polisi membersihkan
semula sumber-sumber pencemaran industri.
7. Tanggungjawab Terhadap Kerajaan. -Bekerjasama dengan. Kerajaan
dan pihak berkuasa tempatan dalam mengatur aktiviti perniaga

9
5. Contoh Tanggungjawab sosial organisasi

Tanggungjawab Sosial Pos Malaysia Be rhad

DASAR Tanggungjawab Sosial

5.1: Tanggungjawab Sosial merupakan perkara yang diutamakan oleh Pos Malaysia kerana ia
selaras dengan prinsip-prinsip kami yang menjalankan perniagaan dengan penuh ketelusan dan
bertanggungjawab serta mematuhi amalan-amalan utama pentadbiran korporat yang baik.

Sentuhan Kehidupan adalah tema untuk dasar Pos Malaysia di mana sebagai sebuah warga
korporat yang bertanggungjawab secara sosial dan dalam menyokong aspirasi kerajaan, kami
komited untuk melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang akan akhirnya
menyumbang ke arah pembangunan kemasyarakatan dan ekonomi negara.

5.2: PERNYATAAN DASAR TANGGUNGJAWAB SOSIAL POS MALAYSIA

Dasar kami menumpukan kepada kaedah serampang dua mata iaitu bertujuan untuk membawa
nilai kepada seluruh masyarakat dan negara melalui:

Meningkatkan Tahap Pendidikan:


Pos Malaysia berusaha untuk menyumbang ke arah aktiviti-aktiviti yang menyokong
pembinaan negara, terutamanya ke arah peningkatan pembangunan modal insan
khususnya di kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik;
Mengkayakan Masyarakat :
Pos Malaysia juga berusaha untuk mempromosi perdagangan dan keusahawanan di
dalam masyarakat yang kami tawarkan khidmat terutamanya di kawasan luar bandar.

10
Tema-tema tanggungjawb sosial di atas adalah sejajar dengan misi kami untuk sentiasa
berusaha menjadi warga korporat yang penyayang dengan menyokong pembinaan negara dan
perkhidmatan masyarakat.

Etika dan tanggungjawab sosial yang diamalkan oleh POS Malaysia sesuai dan di sokong
dengan pendapat ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991 ) iaitu Etika
bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab
terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.

11
5.3: OBJEKTIF-OBJEKTIF (Tanggungjawab Sosial)

Pos Malaysia berpegang teguh kepada empat objektif yang luas dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti TS (Tanggugjawab Sosial) kami:

Membezakan diri kami daripada para pesaing kami dengan memperkukuhkan imej dan
kredibiliti awam dalam cara bukan komersil tetapi lebih bermakna;
Mengukuhkan perasaan muhibah dan hubungan dengan para pelanggan dengan
menonjolkan sikap kami yang bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk membantu
meneruskan perniagaan kami;
Mendorong dan menyediakan saluran untuk para pekerja supaya menyedari nilai-nilai
korporat utama syarikat secara proaktif, yang dikenali sebagai PAKSI:
P:
o Penumpuan Kepada Kepuasan Pelanggan, (Customer Satisfaction Centric);
o Penumpuan Kepada Kebajikan Pekerja (Employees Welfare Centric);
o Pulangan Kepada Pemegang Saham (Shareholders Centric);
o Pematuhan Kepada Penguatkuasa (Authority /Regulator Centric).

Amanah (Trustworthy);
Kompeten (Competent);
Sepasukan (Teamwork);
Inovatif (Innovat

12
6. Cara untuk meningkatkan prestasi organisasi ialah

6.1. Menerapakn Budaya Kerja Dalam Organisasi

Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia
memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Antara objektifnya:

- Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti,
bermoral dan beretika.
- Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua
bidang
- Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti;
- Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan Meningkatkan daya saing dan
daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran
globalisasi dengan lebih berkesan

13
6.2: Menerapkan budaya kerja berkualiti

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi,

beberapa ciri harus diberi perhatian:

I: Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat
bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran
kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
II: Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan
organisasi adalah dituntut. Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh
hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya
kepentingan peribadi.

III: Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya


warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan
pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.

6.3: .Memberikan Kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkesan

Kepakaran penyampaian perkhidmatan adalah penting untuk membantu penjawat awam


meningkatkanproduktiviti, melaksana pelbagai perkhidmatan, mengurangkan karenah birokrasi,
mendengar keperluandan aduan para pelanggan. Kursus ini menjelaskan tentang strategi dan cara
penyampaian perkhidmatanawam secara efektif, konsep penyampaian perkhidmatan dan konsep
pelanggan di samping mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem penyampaian perkhidmatan
dalam perkhidmatan awam; membezakanantara kaedah penyampaian perkhidmatan sektor awam
dan sektor swasta dan merangka pelanpelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan
di organisasi.Pegawai sektor awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
danKumpulanSokongan 1 adalahkumpulan sasar kursus ini

14
6.4: Leadership Development Programme (LDP) 2010

Kursus ini adalah program usaha sama INTAN dengan Institut Perkhidmatan Awam
(IPA)Brunei Darussalam dan Civil Service College (CSC) Singapura. Program ini adalah
khusus untuk pegawaikanan kerajaan di peringkat gred 52 dan 54. Ia bertujuan untuk
memperkaya ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam meneraju kecemerlangan organisasi;
memperting katkan kemahiran kepimpinan;dan memperluaskan lagi jaringan antara pegawai-
pegawai kanan sektor awam daripada Malaysia, Singapura dan Brunei. Kursus ini berjalan
selama dua (2) minggu.

5.5: Memberikan ganjaran atau Hadiah Perkhidmatan Cemerlang

Dengan memberi hadiah dan ganjaran kepada pekerja akan merangsang semangat dan
kesungguhan untuk membangunkan organisasi serta dapat mengamalkan konsep etika dan dapat
mengamalkan budaya kerja yang berkualiti di dalam organisasi . contoh memberi hadiah
sempena Hari Pekerja ,Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

15
7. Kesimpulan

Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh
dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.

Etika merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan individu mengawal
tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap
tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Sacara datarnya etika berfungsi
sebagai,memelihara keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara maruah

Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada pembentukan
keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dankedamaian hidup. Kepentinganetika ini dapat dilihat
dari segi individu,keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Etika bermaksud
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang
anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan
perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.

Tanggungjawab sosial merupakan standard ISO (International Organization for


Standardization (ISO)) yang baru dibangunkan untuk memberikan peluang dan penglibatan
global dalam melaksanakan matlamat "pembangunan lestari" dalam pelbagai peringkat
organisasi di seluruh dunia
Inisiatif ISO untuk membangunkan ISO 26000 yang memberikan panduan kepada
tanggungjawab sosial, merupakan satu kesempatan unik untuk membentuk sebuah dunia yang
harmoni, memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi.

Malahan setiap organisasi perlu mengamalkan konsep etika dan tanggungjawab


sosial dalam organisasi .Ini kerana etika dan tanggungjawab sosial kedua-duanya memainkan
peranan yang penting dalam organisasi serta menjadi tonggak kejayaan dalam sesebuah
organisasi untuk menjadi lebih cemerlang gemilang dan terbilang .

16
Rujukan

Prof Madya Dr Mohammad Dian Jurini 2011 Professional Ethick

OUMM 3203

WWW.MORAL ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

WWW.ETIKA .MOTOROLA SOLUTIONS

WWW.POS MALAYSIA .COM.MY

17
Lampiran

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG


1
1.0 PENGENALAN
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut
peraturan untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya
berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintangbintang
ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang
bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah
pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang
tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan
ini.

Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturanperaturan


yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung
berterbangan ke sana sini mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup
di rimba dengan memakan binatang-binatang yang lemah dan kecil daripada
mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan
cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan
manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut.
Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan.
Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama
ada dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan
binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti.
Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
2
Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup
secara berkelompok dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan
kehendaknya. Sejak dari dalam perut ibunya, sehinggalah meninggal dunia,
manusia tetap bergantung lepada manusia lain untuk keperluan makanan,
pelajaran, kesihatan dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia perlu
lepada bidan atau jururawat untuk mengeluarkannya dari perut ibunya.
Setelah melihat dunia, manusia perlu bekerja dengan mensual tenaganya
lepada orang lain. Lantas berkahwin pula dengan manusia lain. Apabila
meninggal dunia, orang lain terpaksa pula menguruskan jenazahnya di dalam
kubur.
Secara keseluruhannya, manusia sentiasa memerlukan orang lain
untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup di dalam kelompok,
memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa,
dan masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama lain. Oleh
kerana itulah, manusia perlu kepada peraturan yang terdiri daripada etika,
undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai
keharmonian dalam masyarakat.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

18
3
2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG.
Konsep etika berasal dari perkataan Greek ethos dan ethikos.
Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau
budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan
yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan
dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu
tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi
merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau
tingkahlaku manusia.
Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana
manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail
Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang
baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang
mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku
manusia.
Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang
benar atau salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah
masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks
mendukung nilai-nilai peradapan secara umum.
Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal
kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan
untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle
melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni. Cicero
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
4
melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam
semulajadi, suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga
adalah satu perintah atau larangan.
Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan
akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti.
Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang ialah satu peraturan yang
dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah
masyarakat. Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu
ialah tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku
masyarakat atau kumpulan.
Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah
termasuklah juga oleh : Austin: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan
yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui
hukuman. (Noor Aziah. 2005)
Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan
satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat.
Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini
dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau
didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah
negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara
satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan
orang yang berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)

19
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
5
Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah
dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate)
mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan
untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang
ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut
adat-adat sendiri sesebuah negara.
Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan
undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam
penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan
sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran
berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian
atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.
3.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG.
Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh
beberapa orang lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari
sekolah. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan lelaki sedang
bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian. Mereka
hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.
Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang
tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi
tindakan mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya berusaha
untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini, kita dapat melihat
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
6
bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh
dihubungkait sahaja.
Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika.
Undang-undang dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan
dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara etika ialah tikaman hati. Seseorang
yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh
dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan
dirinya. ( Nazirmuddin, 2005)
Undang-undang menentukan batas yang pasti manakala etika
menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan
menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika
juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan
dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan.
Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi
mematuhi nilai-nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang.
Memasang muzik dengan kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu
kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam
waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira
keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undangundang.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
7
Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk
mengawal jenayah. Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang

20
sebab takutkan hukuman tetapi bukan berlandaskan etika. Etika pula lebih
umum dan lebih maksimum daripada undang-undang dalam mengawal
jenayah.
Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah
ditetapkan. Contohnya, perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya,
ia adalah salah di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik
sekaligus sebagai pelindung kepada pelajar. Bagaimana pula jika guru
membalas pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya daripada diserang
tanpa henti. Dalam kebanyakan insiden, guru sukar memenangi kes. Walau
bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan pelajar memukul guru
merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat
bahawa berbanding undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan
sikap terhadap kelakuan baik dan buruk dalam masyarakat.
Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan
moral. Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undangundang
terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
Dari segi etika, bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana
etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
8
Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya,
kerosakan telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undangundang.
Bagaimana pula dengan amalan menggunakan telepon awam
dalam tempoh yang lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan
ini tidak diliputi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, dari sudut etika,
ia adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang
meliputi pelbagai ragam masyarakat.
Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Salah satu motif
seseorang membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan
seseorang individu itu bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di
mana menjauhi sifat cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa
masalah.
Undang-undang tidak mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika
adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang, gangguan seksual merupakan
satu keslahan. Bagaimana pula jika seseorang suka mengenyitkan mata
kepada orang yang tidak dikenali.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
9
PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG
ETIKA UNDANG-UNDANG
1. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri.
Hukuman melanggar etika ialah rasa
bersalah dalam diri sendiri.
Dikuatkuasakan oleh mahkamah.
Hukuman melanggar undang-undang
adalah seperti yang diperuntukkan dalam
undang-undang bertulis negara.
2. Menentukan batas adat, idealisme,
kayakinan dan nilai. Batas teersebut

21
adalah relatif dan abstrak mengikut
masyarakat.
Penentuan batas perlakuan adalah jelas.
Dianggap melakukan jenayah jika
melampaui batas tersebut. Bentuk
perlakuan boleh bersifat global.
Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam
semua masyarakat.
3. Mematuhi nilai dan kod etika dapat
menghindari perlanggaran undangundang
Mematuhi undang-undang tidak
bermakna mematuhi etika
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
10
4. Bersifat lebi umum dalam mengawal
jenayah.
Merupakan peraturan minimum untuk
mengawal jenayah
5. Mengembangkan sikap
membezakan antara yang baik dan
buruk dalam masyarakat
Cukup untuk menentukan batas etika dan
moral
6. Membatasi perlakuan baik dan
jahat sama ada individu atau
kelompok
Tidak meliputi untuk menjadi panduan
individu dan masyarakat yang rencam
7. Mengambilkira faktor rohaniah
seperti hasad dengki dan lain-lain
penyakit jiwa
Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak
diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan
akibat kesan daripada perlakuan hasad
dengki yang dizahirkan
8. Mengambilkira semua faktor
termasuk yang abstrak.
Tidak mengambilkira perkara yang
abstrak seperti engkar,khianat daan
sebagainya
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
11
4.0 KEPENTINGAN ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA.
4.1 Kepentingan Etika
Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu
kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan
kedamaian hidup. Kepentingan etika ini dapat dilihat dari segi individu,
keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

22
Secara induvidunya, seseorang yang beretika akan dapat menikmati
kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa menjaga
tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu
juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang
membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional,
bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang
beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan
buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang
mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia
berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan
tindak tanduknya.( Nazirmuddin, 2005 ).
Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi
bukan hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormatMORAL,
ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
12
menghormati antara satu sama lain, malahan berjaya mejudkan suasana
mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan
dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan bahagia.
Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting. Seandainya
seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran
disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa,
gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah
suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti
yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan
dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang baik dan terpuji dilam
organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan
organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang
tinggi keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan
sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut
terlibat.
Manakala bagi masyarakat dan negara, dengan adanya individu,
keluarga dan organisasi yang beretika tinggi, masyarakat dan negara juga
turut mencapai faedahnya. Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman,
damai dan harmonis. Negara juga turut aman, damai, maju dan mempunyai
imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat
mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan
terus maju dan berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini.
Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
13
lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Abasiah dan Umayyah,
Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli
masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
Hubungan Etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh ;-
a) Jangan fikir dan lakukan perkara-perkara buruk seperti mencuri
Hubungan Etika dan moral akan ;-
a) Membentuk karektor seseorang seperti berfikiran positif
Apa yang difikirkan biasanya melibatkan unsur positif bagi beretika dan

23
unsur negatif bagi yang tidak beretika, sebagai contoh seperti di bawah ;-
Betul Salah
Baik Buruk
Moral Bukan moral
Etika Bukan etika
Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan harmoni seharian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan empat
perkara utama ;-
1) Etika dan kuasa
Menggunakan kuasa mengikut saluran yang dibenarkan
2) Etika dan individu
Menghormati hak anda dan hak jiran anda
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
14
3) Etika dengan undang-undang
Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar
batas undang-undang.
4) Etika dan agama
Individu yang berpegang kepada ajaran agama adalah mudah
melaksanakan nilai-nilai etika.
4.2 Kepentingan Moral
Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih
berprinsipkan kepada pertimbangan materialistic ada kalanya kita terlupa
bahawa ada manusia lain yang hidup disekeliling kita. Manusia menjadi
begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam
keputusan yang dibuat. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri
melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup bermasyarakat,
berkeluarga dan beragama. Moral adalah penting dalam kehidupan manusia
kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau
salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap.
Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk .
Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, masyarakat
dan bangsa . ( Tam Yeow Kwai, 1996 )
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
15
Secara individunya, seseorang yang bermoral akan menikmati
kehidupan aman dan sejahtera. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang,
keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan. Untuk mencapai tujuan ini,
mahu tidak mahu manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan
yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain
yang dapat menghidarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa,
dihina, dicuri harta bendanya , ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas.
Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup.
Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang
dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk
manusia itu bermoral.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari
bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada membuat
kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu
kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepusan dan kesejahteraan

24
kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan
lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang
yang bermoral ialah seorang yang telah menunaikan peranannya dengan
berkesan. ( Eow Boon Hin , 2003 )
Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan
sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.
Ini kerana segala masalah yang timbul daripada masalah delinkuen tidak
akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil di dalam setiap ahli keluarga dapat
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
16
mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan
menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang
generasi antara anak dan ibubapa tidak akan berlaku . Oleh itu keluarga
dapat hidup aman kerana segala keperluannya dapat dipenuhi seperti
pengeluran dan pengagihan barang.
Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan
masyarakat yang harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada
pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong
menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga
dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan
negara Malaysia terkenal diseluruh dunia yang mana budi bahasa rakyatnya
adalah diantara satu symbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara
sudah moden dan membangun.
4.3 Kepentingan undang-undang
Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak
nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan,
persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injuksi mahkamah. Undangundang
inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan
sebagainya agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat dilaksanakan.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
17
Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat
mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna
kulit, agama dan lain-lain lagi perbezaan. Ini terbukti apabila undang-undang
itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan
dalam sesebuah negara bagi kepentingan semua. Tindakan tersebut dapat
mempengaruhi perbuatan dan tindakan masyarakat contohnya seperti
memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat
pula memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan
melalui undang-undang kebajikan. Kesannya masayarakat dapat dengan
tenang dan damai.
Selain itu juga, kepentingan undang-undang juga dapat dilihat
bagaimana ia berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan.
Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli masyarakat daripada
melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang
ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan
hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat
adalah bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah.

25
Oleh yang demikian hak-hak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan
akhinya satu bentuk kehidupan politik dan social yang stabil dapat
diwujudkan.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
18
Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan.
Dengan adanya hukuman keatas pesalah, masyarakat merasakan kehidupan
mereka terjamin dan tidak terbiar. Struktur peraturan yang tersedia itu
membolehkan individu yang bersalah itu diadili dan seterusnya menerima
hukuman yang setimpal. Manakala pihak yang teraniaya akan mendapat
keadilan yang setimpal dengan apa yangn mereka alaminya.
Kepentingan lain yang boleh kita perolehi daripada undang-undang
ialah dapat membezakan dan meningkatkan seseorang manusia itu baik atau
pun buruk. Perbezaan ini dapat lihat daripada perlakuan serta sifat-sifat yang
ditonjolkan oleh setiap individu. Contohnya bagi individu yang sering
melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia yang
buruk dan sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain
untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada
sebarang keraguan.
5.0 FUNGSI ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA.
5.1 Fungsi Moral dalam Kehidupan
Moral adalah perkara yang perlu diketahui, difahami dan ditonjolkan
kepada masyarakat umum yang menjadi fungsi kepada nadi penggerak
pembangunan yang mementingkan peradapan dan tamadun kehidupan yang
berasaaskan kepada budaya , tamadun, peraturan dan keharmonian.
Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1998), moral berfungsi sebagai
panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ini
bermaksud, walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
19
berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya ,menyelesaikan
konflik yang dihadapi.
Soalnya sekarang, mengapa manusia perlu bermoral? Kita patut sedar
bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi darjatnya.
Manusia juga mempunyai kehendak, keinginan, matlamat dan objektif yang
sama iaitu inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Untuk ini manusia
perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan
bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain.
Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh
pada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap kerjasama
di antara satu dengan lain yang dapat menghindarkan diri daripada rasa takut
dan kehilangan nyawanya, dihina. Dicuri harta bendanya, ditipu, disekat
kebebasannya, dibelenggu dan ditindas. Jadi moral berfungsi dalam
memelihara kemuslihatan kehidupan manusia sejagat pada asasnya.
Ahli-ahli falsafah Barat lebih menekankan persoalan, mengapa
manusia pada umumnya patut bermoral? daripada mengapa setiap individu
harus bermoral? Kedua-duanya mempunyai penekanan yang berbeza-beza,
tetapi dalam kehidupan manusia, setiap individu itu menjadi teras kepada

26
pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam pembentukan sikap
bermoral individu dan lebih penting dari sistem moral itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan moral mempunyai fungsi yang amat penting
dalam membawa kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan
Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia
itu bermoral. Dengan perkataan lain, segala apa yang dibuat itu adalah untuk
penciptanya. Oleh itu fungsi moral terhadap kesedaran moral induvidu itu
bukan atas tekanan, pujian dan lain-lain, tetapi berdasarkan keimanannya
kepada Tuhan.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
20
Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu
perbuatan yang dilakukan oleh individu. Setiap manusia yang waras sentiasa
menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada
berbuat kejahatan yang akan membawa kesukaran kepada dirinya sendiri
dan orang lain. Sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan
kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri.
Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan seperti menipu,
berjudi, dan mencuri itu lambat-laun akan membawa akibat buruk kepada
dirinya sendiri. Setiap perbuatan baik yang dilakukan dan membawa faedah
kepada semua orang. Contohnya, kalau dalam satu kelompok masyarakat itu
tidak seorang pun menjadi pembunuh, pencuri dan penipu sudah pasti setiap
ahli kelompok tersebut akan menadapat faedahnya.
Oleh itu, selain mematuhi perintah Tuhan, manusia pula umumnya
mesti bermoral untuk kehidupan yang aman, bahagia dan bermakna. Sikap
dan perasaan bermoral adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap
individu yang tidak boleh dipersoalkan lagi kerana menurut Aristotle, moral
adalah berkaitan dengan fungsi manusia sejagat. Seseorang yang telah
menunaikan peranannya dengan berkesan.
Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral
seperti berikut:
Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang
tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan
manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh.( Mohd. Janib Johari,
1994).
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
21
5.2 Fungsi Etika dalam kehidupan
Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam
bentuk menyuruh dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan
samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai
profesional. Oleh itu, etika merupakan satu landasan kepada masyarakat
yang membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta
membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk
mereka dari semasa ke semasa. Sacara datarnya etika berfungsi sebagai,
memelihara keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara
maruah.(http://members.tripod.com/takingaoff/etika.html).
5.2.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian
Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya

27
kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada
berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan umum.
Ini akhirnya, menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati
dikalangan pihak yang berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional dalam
bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan
dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya.
5.2.2 Etika berfungsi sebagai sokongan
Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang
apa yang dilakukan, maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong
tindakanya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan.
Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau
lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi
atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat hendakalah saling
bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang melakukan
tindakan yang tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
22
5.2.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah
Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina ,
meningkat dan mempertahankan intigriti, kejujuran dan maruah kehidupan
masing-masing. Ini secara umumnya, etika berfungsi menjelaskan bahawa
setiap ahli masyarakat perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang
dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur
kepada diri sendiri, masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih
cemerlang dari semasa kesemasa.
5.2.4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin
Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi
sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila
terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat
mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan
berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi
atau jabatan. Selain ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumatmaklumat
rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.
Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika juga berfungsi dalam perhubungan
dengan unsur kerohanian manusia. Seseorang perlu mengetahui akan
kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan
kerohaniannya. Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada
kehidupan manusia, tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap
orang mesti tahu dan mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan
memberi kebahagian dan kedamaian kepada semua orang.
Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan
pretasi organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik
negara, malah ia tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana generasi
akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
23
berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku
atau mengawal tingkahlaku individu dalam masyarakat.

28
5.3 Fungsi undang-undang dalam kehidupan
Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau
etika yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Suatu tindakan yang
mungkin dianggap jenayah di negara ini, mungkin pula dianggap kebiasaan di
negara lain. Jesteru undang-undang boleh berbeza kerana nilai yang
dipegang juga berbeza.
Hukum dan undang-undang adalah untuk moderate kehidupan
manusia. Iaitu untuk mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan
manusia(http://zakiyamani.blogsport.com/2006/07/apa-tujuan-undangundang.
html).
Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan,
maka tidak ada keperluan untuk undang-undang dikuatkuasakan ke atas
mereka. Hanya apabila seseorang bertindak berlawanan dengan nilai yang
dipegang oleh komuniti, maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undangundang.
Undang-undang juga berfungsi menjaga kepentingan dan keharmonian
masyarakat (http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/14777). Contohnya, seorang
yang menconteng dinding pondok menunggu bas atau mana-mana dinding
awam, biar betapa artistik atau indah sekalipun, harus dikenakan tindakan.
Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004), undang-undang mempunyai
beberapa fungsi dalam masyarakat diantaranya, undang-undang sebagai
kawalan sosial, penyelesaian konflik, kebajikan sosial dan pemudahcara.
Undang-undang sebagai kawalan sosial iaitu undang-undang
menyatakan secara terperinci bila dan bagaimana individu tertentu
dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang dilarang, atau
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
24
kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara.
Undang-undang juga bertindak sebagai alternatif kepada perselisihan
peribadi atau balas dendam (personal feud/vengeaance). Dalam hal ini
undang-undang jenayah memainkan peranan sebagai kawalan sosial. Ia
menentukan sesetengah perbuatan atau kegagalan melakukan sesuatu
sebagai perbuatan jenayah. Ia bertujuan agar hak-hak dan kebebasan
individu terpelihara. Ini membolehkan satu bentuk kehidupan politik dan sosial
yang stabil dapat diwujudkan.
Undang-undang juga berfungsi sebagai mpenyelesaian konflik.
Tindakan undang-undang biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan
kepentingan (conflict of interests) antara dua pihak atau lebih. Kedua-dua
pihak akan menggunakan undang-undang apabila tiada persetujuan dicapai
dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar mahkamah. Dalam keadaan
ini undang-undang berfungsi sebagai wahana penyelesaian masalah. Ia
menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau liabliti dipertahankan dan
dikuatkuasakan di institusi tertentu, contohnya mahkamah, tribunal atau
panel timbang tara.
Institusi seperti mahkamah akan menetukan kesahihan tuntutan pihakpihak
yang bertikai. Oleh itu, undang-undang menyediakan satu kerangka
tetap kepada individu bahawa mereka boleh menjalankan transaksi dengan
pasti, jika konflik timbul ia akan diselesaikan dengan undang-undang, dan jika
berlaku sebaramg kemungkiran dalam transaksi ia akan memperolehi ganti
rugi.

29
Undang-undang juga berperanan dalam memastikan kesejahteraan
masyarakat. Pemerintah boleh menggunakan undang-undang bagi
memastikan kebajikan sosial tercapai. Pemerintah lazimnya menggunakan
undang-undang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan, perkhidmatan,
kesihatan, perlindungan kepada golongan tertentu. Contohnya, Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk wanitan dan Akta KWSP 1982
diperuntukan kepada majikan dan pekerja.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
25
Undang-undang juga berfungsi sebagai pemudahcara. Undangundang
menyediakan satu set peraturan untuk bertingkah laku kepada
anggota masyarakat. Ini membolehkan sesetengah aktiviti tertentu yang
memenuhi kepentingan bersama dapat dijalankan tanpa menimbulkan konflik.
Undang-undang persendirian (private law) mengambil peranan sebagai
pemudahcara untuk permasalahan masyarakat. Undang-undang yang
mengatur kontrak, instrumen kewangan (negotiable instrument), hartanah,
perkongsian (partnerships), bank, kesatuan sekerja, perkahwinan dan lainlain
untuk mengatur dan memudahkan manusia menjalankan kegiatan
mereka.
6.0 HUBUNGKAIT ANTARA ETIKA, MORAL UNDANG-UNDANG.
Kawasan yang bersilang di antara ke dua-dua bulatan di atas mewakili
pertalian undang-undang dan etika. Akan tetapi, ia boleh mengelirukan
kerana persilangan itu seolah-olah menunjukkan bahawa ukuran etika dan
undang-undang adalah sama walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu
yang objektif. Contohnya, membunuh merupakan satu perbuatan yang salah
UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG + ETIKA
ETIKA
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
26
dari segi undang-undang dan moral tetapi tidak semua perbuatan membunuh
itu salah sekiranya alasan disebaliknya adalah untuk mempertahankan diri.
6.1 Faktor-faktor Penentu Pertalian Undang-undang dan Etika.
a) Pengenaan nilai tatasusila tertentu dalam masyarakat
Tanpa nilai-nilai tatasusila tersebut, masyarakat akan bebas untuk
fitnah-memfitnah antara satu sama lain dan akan menyebabkan kehidupan
menjadi tidak aman dan tenteram.
b) Etika dan undang-undang saling menyokong atau
memperkuatkan atau menokok antara satu sama lain dalam kebanyakan
nilai fundamental.
Sesetengah individu menjauhkan diri daripada perbuatan menipu
kerana takutkan undang-undang. Sesetengah yang lain pula, mendakwa
mereka tidak menipu bukan kerana takut kepada undang-undang tetapi atas
desakan moral.
c) Undang-undang dan etika menjangkakan terlebih dahulu
kewujudan satu sama lain.
Umpamanya, jika undang-undang di Malaysia membenarkan
hubungan sejenis, undang-undang tersebut akan ditentang hebat oleh
masyarakat kerana ia bertentangan dengan nilai moral. Ini juga membuktikan

30
bahawa undang-undang merupakan suatu peraturan atau sistem yang
mewakili nilai moral yang didukung oleh sesuatu kumpulan masyarakat.
Selain itu, kemantapan etika bergantung kepada kewujudan sistem
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
27
perundangan. Sebagai contoh, kenyataan mencuri itu salah dari sudut etika
tidak akan memberi apa-apa erti tanpa wujudnya definisi pemilikan harta
benda dari aspek undang-undang.
d) Persamaan bahasa yang digunakan walaupun tidak
merangkumi semua perkara.
Ini adalah kerana kedua-dua undang-undang dan etika merujuk
kepada tata amalan, tingkah laku, larangan, hak dan kewajipan. ( Freeman,
1994 dalam Thiroux.J.P. 1995 .)
Secara ringkasnya, kod etika bukan berperanan untuk mengatasi
undang-undang, malah ia bertindak untuk memperjelaskan tentang
kewujudan undang-undang yang sedia ada. Undang-undang pula bertindak
sebagai penyokong. Akan tetapi, sekiranya hak-hak tertentu individu
terancam, undang-undang akan masuk campur dan mengatasi kod-kod etika
yang berkenaan.( Ahmad Rafizi Salleh , 1998 ).
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
28
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas,
manusia tidak boleh tidak mesti memerlukan etika, moral dan undang-undang
dalam kehidupan mereka. Sekiranya terdapat percanggahan antara undangundang,
moral dan etika, seseorang individu dianggap wajar untuk membuat
pertimbangan peribadi yang profesional. Ada sesetengan pendapat
mengatakan bahawa undang-undang perlu mengatasi etika. Seseorang
individu itu perlu melihat sesuatu situasi dari segenap sudut. Pada
kebiasaannya, seseorang itu tidak akan mendapat penyelesaian yang terbaik
jika hanya memandang sesuatu situasi atau masalah dari satu sudut sahaja.
Walau bagaimanapun, mematuhi etika, moral dan undang-undang
tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang terbaik. Undang-undang
terutamanya perlu dipinda atau diubah supaya masyarakat mendapat
manfaat sepenuhnya. Contohnya, dalam kes penderaan kanak-kanak, pihak
berkuasa mewajibkan ahli keluarga atau jiran tetangga membuat laporan
secepat mungkin apabila mereka menyedari penderaan telah berlaku.
Tindakan mungkin di ambil tetapi kenyataan sebenar masih tidak berubah di
mana sementara siasatan dijalankan, mangsa akan dihantar balik ke rumah.
Kemungkinan besar, mangsa akan didera dengan lebih teruk sebagai cara
untuk menebus dendam. Ini juga membuktikan bahawa perlakuan moral
negatif telah dilakukan.
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
29
Secara keseluruhannya, undang-undang, etika dan moral merupakan
unsur penting dalam kehidupan manusia yang sejahtera, selamat dan
terjamin. Undang-undang yang bersendiri tanpa etika dan moral tertentu akan
menjadi tempang. Namun begitu, bukan semua nilai etika dan moral
mengiringi setiap undang-undang kerana tidan semua orang memiliki tahap

31
etika dan moral yang sama. Apa yang penting, asalkan undang-undang yang
sedia ada memberi kebaikan maksimum kepada manusia keseluruhannya.

32

Anda mungkin juga menyukai