Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Aplikasi Teknologi Radioisotop di Malaysia

2.1 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Perubatan Dan Kesihatan


Awam di Malaysia.

2.2 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Perikanan di Malaysia.

2.3 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Perindustrian Dan


Perlombongan di Malaysia.

2.4 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Pertanian di Malaysia.

3.0 Tiga Cadangan Aplikasi Teknologi Radioisotop Yang Bermanfaat untuk


Pembangunan Negara.

3.1 Perubatan

3.2 Perindustrian

3.3 Pertanian

4.0 Kesan Penggunaan Radioisotop Terhadap Kualiti Kehidupan Di Bumi.

4.1 Kesan Positif

4.2 Kesan Negatif

5.0 Penutup

6.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN

Radioisotop adalah isotop dari zat radioaktif. Radioisotop mampu memancarkan


radiasi. Radioisotop dapat terjadi secara alamiah atau sengaja dibuat oleh manusia dalam
reaktor penelitian. Produksi radioisotop dengan proses aktivasi dilakukan dengan cara
menembaki isotop stabil dengan neutron di dalam teras reaktor. Proses ini lazim disebut
irradiasi neutron, sedangkan bahan yang disinari disebut target atau sasaran. Neutron yang
ditembakkan akan masuk ke dalam inti atom target sehingga jumlah neutron dalam inti target
tersebut bertambah. Peristiwa ini dapat mengakibatkan ketidakstabilan inti atom sehingga
berubah sifat menjadi radioaktif.

Radioisotop ialah isotop yang nukleusnya tidak stabil. Radioisotop wujud secara
semula jadi atau dihasilkan apabila nukleus stabil dihentam dengan zarah alfa, proton atau
neutron. radioisotop akan mereput dengan memancar sinaran radioaktif iaitu zarah alfa, zarah
beta atau sinar gama. ciri-ciri reputan dan sinaran radioaktif yang membolehkan radioisotop
mempunyai kegunaan yang luas ialah:

i. Bahan radioaktif mereput dengan keaktifan yang semakin berkurangan berkurangan

ii. Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif.

iii. Sinaran radioaktif menembusi bahan.

iv. Sinaran radioaktif menyebabkan pengionan molekul bahan.

v. Sinaran radioaktif menyebabkan mutasi sel.

vi. Sinaran radioaktif membunuh sel.

Jenis-jenis radioisotop

Radioisotop merupakan isotop dari zat radioaktif yang mengandungi inti tidak stabil.
Kestabilan inti radioisotop dapat dilihat dari pita kestabilan. Berdasarkan pita kestabilan
tersebut, radioisotop dapat dibahagi menjadi sebagai berikut:

i. Radioisotop di atas pita (n>p)

Radioisotop ini memiliki nomor neutron lebih dari nomor protonnya sehingga akan

mencapai kestabilan dengan memancarkan sinar beta ( ) atau elektron ( ).


ii. Radioisotop di bawah pita (n<p)

Radioisotop ini memiliki nomor neutron kurang dari nomor protonnya sehingga akan

mencapai kestabilan dengan memancarkan sinar beta positif ( ) atau positron ( .

iii. Radioisotop di seberang pita (p>83)

Radioisotop ini memiliki nomor proton sangat besar, yaitu lebih dari 83 sehingga satu-

satunya cara mencapai kestabilan adalah dengan memancarkan sinar alpha ( ). Beberapa

jenis radioisotop ini adalah , dan .


Kegunaan Radioisotop
Pemanfaatan radioisotop semakin luas dalam berbagai bidang. Secara garis besar,
penggunaan radioisotop buatan dibagi menjadi 2 golongan utama, iaitu sebagai perunut
( tracer ) dan sumber radiasi. Pengunaan radioisotop sebagai perunut didasarkan pada
pengertian bahwa isotop radioaktif mempunyai sifat kimia yang sama dengan isotop stabil.
Jadi suatu isotop radioaktif melangsungkan reaksi kimia, yang sama seperti isotop stabilnya.
Sedangkan penggunaan radioisotop sebagai sumber radiasi berdasarkan pada kenyataan
bahawa radiasi yang dihasilkan zat radioaktif dapat mempengaruhi benda dan mahluk hidup.
Radiasi dapat digunakan untuk memberi kesan fizikal, kesan kimia serta kesan biologi
(Nurlaila, 2002).
Sebenarnya Radioisotop bukanlah ssesuatu yang menyeramkan bagi kehidupan
manusia melainkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan dan berguna bagi kehidupan manusia.
Selain di bidang kesihatan, Radioisotop juga dapat dimanfaatkan dalam bidang industri,
pertanian, arkeologi, pertambangan, kimia dan kesenian. Berikut adalah antara penggunaan
Radioisotop yang telah dibuktikan bahawasanya Radioisotop juga amat bermakna untuk
kehidupan manusia.
i. Perubatan
Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah dalam rawatan
radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh kuman dalam proses
pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari suntikan, alat
pembedahan dan sebagainya. Radioisotop natrium-24 disuntik ke dalam salur darah
pesakit untuk mengesan kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah.
Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan kedudukan
tumor otak.
Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan aktiviti kelenjar tiroid.
radioisotop ferum-59 digunakan sebagai unsur penyurih peredaran besi dalam darah.
teknetium-99m (m bermaksud metastabil) merupakan satu penyurih yang sesuai
digunakan di dalam badan manusia sebab :-
a. Memancarkan sinar gama sahaja. Sinar gama boleh dikesan dari luar badan dan tidak
menyebabkan banyak pengionan semasa melalui tisu badan, dan
b. Mempunyai setengah hayat yang pendek (6 jam). Selepas 1 hari, keaktifannya tinggal
1/16 daripada nilai asalnya sahaja.
ii. Pertanian
Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan dengan
mencampurkan fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu masa, tumbuhan itu
diuji dengan pembilang Geiger-Muller. Sinaran radioaktif daripada radioisotop
digunakan untuk membunuh sertangga perosak. Serangga perosak juga boleh dibiakkkan
di makmal. kumudian didedahkan kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga
itu boleh menjadi mandul dan tidak dapat membiak.
iii. Perindustrian
Dalam pembuatan kertas,kepingan plastik, dan kepingan logam, pengawalan
ketebalan secara automatik boleh dicapai dengan ,meletakkan sumber zarah beta di
sebelah kepingan dan pengesan di sebelah yang lain. Jika kepingan itu terlalu nipis,
pembilangan yang dicatat oleh pengesan bertambah dan isyarat akan dihantar ke
penggelek supaya tekanan pada kepingan dikurangkan. Tin dan bungkusan disemak
dengan memancar zarah beta menerusinya. Jika pembilangan bertambah, tin itu tidak
diisi dengan penuh dan akan disingkirkan.

Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah. Sedikit
garam(NaCl) yang mengandungi radioisotop natrium-24 (setengah hayat yang
pendek) dilarutkan ke dalam air di tangki simpanan.
Satu pengesan tiub Geiger-Muller digerakkan di permukaan tanah mengikut laluan
paip itu sehingga pembilangan yang besar dikesan. natrium-24 digunakan sebagai
penyurihj kerana:-
a. Mepunyai setengah hayat yang pendek supaya keaktifannya dalam air akan turun
ke nilai yang tidak merbahaya dalam tempoh yang singkat.
b. Memancarkan zarah beta yang dapat menembusi tanah untuk dikesan . (Zarah alfa
tidak dapat menembusi tanah manakala sinar gama pula akan menembusi paip
yang tidak bocor).
Semasa pembuatan kain sintetik, kain dicaskan dan akan menarik habuk serta kotoran
dari udara. Sumber zarah alfa yang kuat digunakan untuk menyahcas kain sintetik. Sinar
gama yang mempunyai kuasa penembusian yang tinggi digunakan untuk mengesan
rekahan dalam yang mungkin terdapat di dalam plat keluli.

2.0 APLIKASI TEKNOLOGI RADIOISOTOP DI MALAYSIA

Teknologi radioisotop mempunyai pelbagai aplikasi dalam bidang pertanian,


perubatan, perindustrian dan penyelidikan.Antara penggunaan bahan radioaktif atau
radiosiotop dalam bidang-bidang tersebut termasuklah meningkatkan hasil tanaman,
menjalankan diagnosis dan rawatan penyakit, sebagai bahan penyurih bagi proses industri
dan alam sekitar dan sebagainya. Radioisotop yang digunakan adalah sintetik dan dihasilkan
menggunakan siklotron atau reaktor nuklear.

2.1 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Perubatan Dan Kesihatan


Awam di Malaysia.

Dalam bidang perubatan dan kesihatan awam, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
terus menyediakan perkhidmatan untuk mengesan penyakit dan perkhidmatan sokongan
makmal kepada agensi-agensi lain yang berkaitan. Ujian untuk mengesan secara segera telah
dimajukan untuk mengkaji gigitan ular dan penawar kepada gigitan pit viper iaitu sejenis ular
bisa yang terdapat di Malaysia telah berjaya dihasilkan. Kegiatan-kegiatan IMR dalam bidang
R & D telah berjaya mengesan kewujudan secara meluas ketahanan kepada parasit malaria
terhadap CHLOROQUINE dan dengan demikian memberi kesedaran tentang perlunya
mengadakan ubat-ubat baru untuk mencegah dan merawat penyakit malaria. Penyelidikan
yang dibuat mengenai SCRUB TYPHUS menunjukkan bahawa ianya merupakan punca utama
kepada penyakit demam di kawasan luar bandar dan penyakit ini dapat dicegah dan dirawat
secara berkesan dengan menggunakan antibiotic DOXYCYCLINE.

Pencapaian besar yang lain ialah kejayaan membiak parasit filarial di luar badan
manusia dan dengan itu mengwujudkan peluang untuk mencipta vaksin yang berkesan bagi
rawatan penyakit filariasis tersebut. Kejayaan ini telah membawa kepada pengeluaran
antibodi monoklonal untuk mengesan daya ketahanan penyakit menyedia satu sistem untuk
menguji ubat baru mencegah filarial dan membuka peluang bagi pengeluaran vaksin di masa
hadapan. Bagi mengatasi masalah sosial yang dihadapi oleh negara pada masa ini, langkah
telah diambil oleh IMR untuk menubuhkan sebuah makmal sebagai pusat rujukan bagi
mengesan penyalahgunaan dadah. Pada awal tahun 1985, sebuah makmal baru telah
ditubuhkan untuk mengesan virus penyakit Syndrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) ke
atas contoh daripada penderma darah dan kumpulan-kumpulan risiko tinggi yang lain.

2.2 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Perikanan di Malaysia.

Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang telah dengan giatnya menjalankan


penyelidikan mengenai sumber-sumber ikan dan pembiakan ikan untuk memastikan tahap
penangkapan ikan yang optimum yang boleh mengekalkan sumber ikan. Teknologi ternak air
bagi udang dan pengeluaran anak-anak ikan siakap serta kajihayat dan kajialam hayat bagi
kerang dan siput-siput laut yang lain telah dihasilkan. Kajian-kajian juga telah dijalankan
mengenai kesan pencemaran air ke atas hidupan laut dan kajian ke atas tukun tiruan dan
kajialam hayat hutan baka.

2.3 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Perindustrian Dan


Perlombongan di Malaysia.

Dalam tempoh RME, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia


(SIRIM) terus melaksanakan objektifnya bagi mempergiatkan usaha untuk menjamin mutu
piawaian industri dan memberi pengesahan barang-barang buatan Malaysia. Di samping itu,
SIRIM juga memberi penekanan kepada pembangunan teknologi tempatan dan penerapan
serta pemindahan teknologi industri yang diimport kepada industri-industri kecil dan
sederhana. SIRIM juga telah berjaya memajukan teknologi biogas yang sesuai untuk
digunakan oleh petani-petani. Di samping itu, bagi kegunaan industri-industri, pelbagai alat
yang mudah dan baru seperti alat untuk mengeluarkan sarung tangan plastik menggoreng
keropok separa automatik, mengasingkan isi dan kulit kacang tanah, membungkus roti dan
membuat acuan sabun telah direka dan dibentuk.

Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) yang terletak di bawah Jabatan


Perdana Menteri telah ditubuhkan dalam bulan Januari 1985 untuk menjalankan penyelidikan
asas dan gunaan dalam bidang mikroelektronik. Penyelidikan ini memberi penekanan ke atas
teknologi yang mempunyai potensi untuk digunakan dalam keluaran-keluaran berteknologi
tinggi untuk diedarkan dalam pasaran tempatan dan eksport. Di peringkat awal, MIMOS telah
menumpukan kegiatan latihannya di bidang latihan dalam rekabentuk Pengkamilan Skala
Sangat Besar (VLSI) yang merupakan teknologi utama bagi keluaran mikroelektronik. Di
samping itu, institusi ini telah giat mendedahkan potensi dalam bidang mikro elektronik
kepada industri-industri tempatan.
Unit Tenaga Nuklear (UTN) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri terus
menyediakan latihan dan penyelidikan dalam bidang-bidang penggunaan sains dan teknologi
nuklear, serta membekal dan menggunakan radioisotop berhayat pendek dalam kegiatan
pertanian, teknologi makanan, kejuruteraan, perubatan dan alam sekitar dalam tempoh RME.
Antara kegiatan-kegiatan lain UTN ialah penyelidikan mengenai penyinaran ke atas makanan
dan penggunaan tenaga nuklear bagi ujian-ujian tanpa musnah.

Dalam sektor perlombongan, Institut Penyelidikan Perlombongan Malaysia terus


memainkan peranan yang giat dalam R & D untuk memajukan lagi pengeluaran galian
negara. Usaha-usaha ditumpukan ke arah pembangunan teknologi penilaian bijih,
kejuruteraan perlombongan dan pemprosesan galian. Hasil yang penting telah dicapai dalam
penggunaan jentera menggerudi lanar dalam usaha-usaha mencari gali, kaedah geofizik, dan
analisa tanah bagi kajian-kajian geoteknik yang berkaitan dengan kestabilan tanah dan
keselamatan perlombongan.

2.4 Aplikasi Teknologi Radioisotop Dalam Penyelidikan Pertanian di Malaysia.

Dalam sektor pertanian, tiga institusi penyelidikan utama iaitu Institut Penyelidikan
Getah Malaysia (RRIM), Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah meneruskan usaha
penyelidikan ke atas tanaman-tanaman utama. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat
(RME), banyak kegiatan penyelidikan telah dilaksanakan dan hasil-hasil yang menggalakkan
telah dicapai dengan adanya sokongan yang berterusan daripada Kerajaan.

Antara kejayaan penyelidikan yang telah dicapai oleh RRIM dalam tempoh RME
ialah pembangunan baka-baka baru yang berhasil tinggi serta sesuai dengan berbagai
keadaan. Penggabungan teknik tisu didik dan amalan agronomi yang baru, telah
membolehkan tempoh sebelum pokok getah boleh ditoreh dikurangkan kepada empat tahun.
RRIM juga telah berjaya memajukan sistem penorehan intensiti rendah dan pisau menoreh
bermotor. Bagi kegiatan di peringkat selepas pengeluaran, RRIM dengan menggunakan
kaedah pengubahsuaian kimia telah berjaya menghasilkan getah asli epoxidised (ENR) yang
mempunyai ciri-ciri istimewa. Kegunaan-kegunaan baru getah seperti pelapik getah
jambatan, pelapik getah landasan keretapi dan penyumbat elastoplastik untuk landasan
terbang, telah juga dimajukan. Penyelidikan mengenai sisa-sisa getah telah membolehkan
kilang-kilang mematuhi syarat-syarat yang ketat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
(Getah Asli Mentah) (Premis Yang di Tetapkan) Peraturan-Peraturan,1978.
Usaha-usaha penyelidikan yang dijalankan oleh PORIM adalah khusus ditumpukan
bagi meningkatkan hasil kelapa sawit dan penggunaan jentera untuk memetik dan
mengumpul buah kelapa sawit. Benih-benih kelapa sawit yang berhasil tinggi sedang
dibiakkan menerusi teknik tisu didik. Dalam bidang makanan pula, berbagai jenis marjerin,
VANASPATI, bahan lelemak dan bahan gantian mentega koko telah berjaya dihasilkan.
Rumusan-rumusan khusus bagi berbagai keluaran juga telah dihasilkan untuk memenuhi
keperluan tertentu pasaran baru seperti Korea Selatan, Jerman Timor dan Australia. Satu
perkembangan utama dalam penyelidikan bersama ialah penubuhan loji-loji perintis untuk
mengeluarkan minyak diesel daripada minyak mentah kelapa sawit, PALM STEARIN dan
asid lemak kelapa sawit, dan vitamin E daripada asid lemak yang disuling dan dari daun-daun
kelapa sawit.

Dalam tempoh RME, MARDI telah menumpukan usaha penyelidikannya ke atas


padi, tembakau, sayur-sayuran, koko, buah-buahan, ternakan dan teknologi makanan. Enam
jenis benih padi baru yang boleh mengeluarkan hasil sehingga 6.5 tan setiap hektar telah
dihasilkan dan teknik tabur terus telah diperkenalkan. Benih-benih baru bagi tembakau, cili,
koko dan nanas telah dihasilkan dan kaedah-kaedah pembajaan telah dirumuskan.
Penyelidikan juga telah dijalankan ke atas penggunaan keluaran sampingan dan sisa-sisa
tanaman sebagai makanan ternakan. Teknik penyejukan kering telah digunakan dengan
jayanya bagi pengeluaran makanan segera daripada bahan makanan tempatan. Kemajuan
telah dicapai dalam memproses dan membungkus keluaran-keluaran makanan tradisional
yang menggunakan proses penapaian dan tanpa penapaian.

3.0 TIGA CADANGAN APLIKASI TEKNOLOGI RADIOISOTOP YANG


BERMANFAAT UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

Teknologi nuklear (Radioisotop) boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatif


dan bermanfaat untuk pembangunan negara. Tenaga nuklear menggunakan uranium sebagai
bahan utama dalam penghasilan tenaga nuklear. Satu uranium boleh membekalkan tenaga
kepada satu keluarga untuk tempoh 100000 tahun. Contohnya, Malaysia sedang
melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam pembinaan loji nuklear. Antara
cadangan aplikasi teknologi yang bermanfaat untuk pembangunan negara adalah seperti
sektor:

3.1 Perubatan
Teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital seperti Magnetic
Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesan
penyakit berbahaya pada manusia. Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan
Radioisotop nuklear yang digunakan untuk membuat diagnosis penyakit. Hal ini membantu
doktor mengesan penyakit seperti ketumbuhan otak, tiroid, kanser tulang, kanser buah
pinggang,kanser jantung, dan kanser hati.Alat pengimbas CAT dan laser yang tercanggih juga
melibatkan bahan radioaktif untuk membuat diagnosis penyakit. Contohnya, Kobalt-60
digunakan untuk membunuh sel kanser dan radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak.

3.2 Perindustrian

Sektor perindustirian juga banyak dibantu oleh tenaga nuklear.Teknologi nuklear


mambantu menguji kualiti barang keluaran perindustrian. Misalnya,radio isotop digunankan
untuk menguji kepadatan tembakau rokok dan komposisi mineral dalam kepingan logam.
Seterusnya, teknologi nuklear digunakan untuk mengesan kebocoran paip dalam tanah.
Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat
dikesan dengan menggunakan teknologi ini.

3.3 Pertanian

Teknologi radioisotop membantu dalam sektor pertanian seperti penghasilan baka tumbuhan
yang baik dan bermutu melalui kaedah pembiakbakaan mutasi aruhan. Teknologi ini
digunakan untuk membasmi serangga perosak. Terdapat juga serangga yang dimandulkan
dengan pancaran sinaran gamma untuk mengurangkan populasi mereka. Contohnya,
kumbang dan belalang dimandulkan dengan pancaran sinaran gamma. Dengan cara ini,
bilangan serangga perosak dapat dikawal. Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang
lebih baik. Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman.

4.0 KESAN PENGGUNAAN RADIOISOTOP TERHADAP KUALITI


KEHIDUPAN DI BUMI.

Pada masa sekarang, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai alternatif lain
untuk menjana tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu. Antara negara2
yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain2.
Namun disebalik penggunaannya dalam teknologi terdapat kesan positif dan negatif :

4.1 Kesan Positif


4.1.1 Meningkatkan kecekapan bidang perubatan

CAT scan, laser, sinar -x digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman.
Kobalt 60 digunakan untuk rawatan kanser . Radioisotop fosforus sebagai rawatan tumor otak. Tanpa
nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan
nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.

4.1.2 Memajukan bidang pertanian.

Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food) ditemui dengan kaedah nuklear dapat
menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca. Sinar gamma
dapat memandulkan serangga perosak dan berguna dalam R&D pertanian contohnya dapat mengesan
pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.

4.1.3 Membantu kelangsungan dan kemajuan industri

Mengesan kebocoran paip bawah tanah mengesan kehausan enjin. Pelancaran satelit dan
kemajuan telekomunikasi.

4.1.4 Tenaga alternatif

Sebagai sumber alternatif kepada petroleum dan arang batu kerana lebih murah, loji tidak
perlukan kawasan yang luas dengan tenaga yang dihasilkan lebih efisen dan amat berguna untuk
industri berat.

4.1.5 Memodenkan pertahanan

Kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear lebih lama dapat menyelam dan laju.
Kapal pengangkut dan senjata nuklear amat berguna untuik pertahanan negara daripada
ancaman asing.

4.2 Kesan Negatif

4.2.1 Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia.

Risiko kemalangan atau bencana nuklear bolah menyebabkan kebocoran radioaktif.


Manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan terdedah kepada radiasi, radiasi menjejaskan
kesihatan semua benda hidup dan manusia boleh mati akibat penyakit kronik yang berpunca
daripada radiasi seperti kanser. Mutasi genetik ini menyebabkan kecacatan, tanah-tanih yang
tercemar dengan radiasi tidak berguna lagi.

4.2.2 Kesan radiasi


Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment
: Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan
tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran
yang sangat tinggi berbanding industri lain. Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang
kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang
membahayakan.

Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak
ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.
Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang
dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif
ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri,
minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka. Menurut laman
web atomicarchive.com, terdapat tujuh kesan yang berbahaya bila tubuh manusia terkena
bocoran radioaktif.

i. Rambut: rambut akan menghilang dengan cepat bila terkena radiasi 200 Rems atau lebih.
Rems merupakan unit bagi kekuatan radioaktif.

ii. Otak: sel-sel otak tidak akan rosak secara langsung kecuali terkena radiasi berkekuatan
5000 Rems atau lebih. Begitu juga dengan jantung, radiasi membunuh sel-sel saraf dan
pembuluh darah dan dapat menyebabkan kejang dan kematian serta merta.

iii. Kelenjar tiroid: kelenjar tiroid sangat terdedah terhadap iodin radioaktif. Dalam jumlah
tertentu, iodin radioaktif dapat merosakkan sebahagian atau seluruh bagian tiroid.

iv. Sistem Peredaran Darah: ketika seseorang terkena radiasi sekitar 100 Rems, jumlah
limfosit darah akan berkurang. Gejala awal ialah seperti penyakit flu. Menurut maklumat
kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukan mangsa cuma
bertahan selama 10 tahun dan mungkin menghadapi risiko jangka panjang seperti leukimia
dan limfoma.

v. Jantung: apbila terkena radiasi berkekuatan 1000 hingga 5000 Rems akan mengakibatkan
kerosakan pada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung berfungsi.
vi. Saluran Pencernaan: radiasi dengan kekuatan 200 Rems akan menyebabkan kerosakan
pada lapisan saluran usus, menyebabkan mual, muntah.

vii. Saluran peranakan: saluran peranakan akan rosak dengan kekuatan di bawah 200 Rems.
Dalam jangka panjang, mangsa yang terdedah akan mengalami kemandulan

5.0 PENUTUP

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan
yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang
dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah
ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti
pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia
secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah
mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat
manusia.

Bahan radioaktif memberi banyak manfaat kepada manusia. Ia digunakan sebagai sumber
radiasi atau sumber tenaga khususnya dalam bidang perubatan. Namun, ia juga dapat
membahayakan kehidupan makhluk hidup jika tidak digunakan dengan betul atau
menggunakannya dalam tempoh yang lama. Apabila radiasi yang dipancarkan berlebihan
akan mengakibatkan racun bagi tubuh, mengganggu pekerjaan sel dan dapat mematikan sel
terutamanya jaringan sel yang paling peka terhadap radiasi seperti mata, alat kelamin dan
sumsum tulang belakang.

Selain itu, penggunaan tenaga nuklear juga menghasilkan radiasi yang akan
menyebabkan kekebalan berkurang dan menimbulkan pembelahan sel darah putih, sehingga
penambahan sel darah putih menjadi banyak sekali dalam badan manusia. Situasi ini telah
diderita oleh penduduk Nagasaki dan Hiroshima, Jepun akibat ledakan bom atom pada
perang dunia ke-2.

6.0 RUJUKAN

Buku

Jacobson, M.S., Hung, J. C., Mays, T. L., Mullan, B. P., (2002) The Planning and Design of a
New PET Radiochemistry Facility, Molecular Imaging and Biology 4(2):119127.
Lee Cheng Qi dan Lee Beng Hin, Whizz Thru Fizik SPM (2012), Oxford Fajar Sdn. Bhd.,
Shah Alam, Selangor.
Welch MJ and McCarthy TJ (2000), The potential role of generator-produced
radiopharmaceuticals in clinical PET. Journal of Nuclear Medicine , 41, 315-317.

Internet
http://www.scribd.com/doc/94897131/ARTIKEL-RADIOAKTIF
http://nurul.kimia.upi.edu/arsipkuliah/web2011/0800555/sifat-sifat%20sinar
%20radioaktif.html
http://dessykimiapasca.wordpress.com/tugas-saya/
http://www.slideshare.net/RamizahAzizan/bab-6-tenaga-nuklear?next_slideshow
http://chemistry.about.com/od/chemistryfaqs/f/radioactivity.htm
http://www.ripiu.info/artikel/baca/kegunaan-dan-manfaat-radioaktif#.VD31AfnF_aF
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_25/Kemudahan-perubatan-
teknologi-nuklear

Anda mungkin juga menyukai