Anda di halaman 1dari 30

KPP 3014

PEMBELAJARAN & PERKEMBANGAN


PELAJAR
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan
(Al-Insyirah:5)
OBJEKTIF:

Selepas membaca bab ini, pelajar dapat:


Menghuraikan kuasa dorongan pelajar remaja dan bangkitan
untuk belajar.
Menerangkan iklim bilik darjah: Bagaimana Hubungan
motivasi remaja berkait rapat dengan pembelajaran dalam
bilik darjah.
Menghuraikan keberkesanan pembelajaran berlatarkan
intrinsik dan ekstrinsik remaja sebagai pembelajar yang
dinamik.
PENGENALAN
Kejayaan dan kegagalan pelajar remaja amat bergantung pada
dorongan yang dimiliki oleh mereka.
Bangkitan (arousal) sebagai aspek dorongan dilihat dari segi
positif dan negatif.
Selain itu, hubungan motivasi dalam suasana pembelajaran
dibincang dalam konteks keyakinan diri pelajar.
Keberkesanan pembelajaran dari segi intrinsik dan ekstrinsik
dianalisis.
Peranan guru dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Apakah motivasi?
Suatu Kuasa dorongan @ aksi yg menggerakkan
tingkah laku individu bagi mencapai keinginan
dalamannya.

Berasal drpd perkataan latin moverebrmaksud


to move

Apakah kepentingan motivasi dlm konteks pelajar?


Secara amnya apabila seseorang pelajar mempunyai
motivasi, maka dia telah memperolehi KEKUATAN
utk MENCAPAI KECERMERLANGAN HIDUP (dunia &
akhirat)
Motivasi melibatkan 2 pekara penting, iaitu
Insentif & Motif.

***Insentif:
--unsur ekstrinsik yg merangsang seseorang
utk bertindak. Cnth: bonus tahunan adlh
insentif utk pekerja bekerja kuat
**ekstrinsik=luaran

*** Motif: ialah keinginan yang lahir


semulajadi dalam diri kita& ianya
merupakan faktor penggerak yang kuat dlm
mencapai matlamat.
KUASA DORONGAN PELAJAR REMAJA DAN
KEBANGKITAN UNTUK BELAJAR
Motivasi (kuasa dorongan) merujuk kepada aksi yang
menggerakkan tingkah laku untuk mencapai keinginan dalaman
pelajar.
Menurut Petri (2003), dalam motivasi suatu aksi perlu
dimulakan, dikekalkan, diarahkan dan ditamatkan.
Aktiviti yang berkaitan motivasi dimulakan dengan suatu
keperluan atau kekurangan secara dalaman.
Dengan adanya keperluan, akan menyebabkan suatu dorongan,
yang bertenaga untuk memperkembangkannya & mencapainya.
Dorongan ini membangkitkan suatu respon, iaitu aksi atau aksi
yang bersiri yang direka untuk mencapai sasaran atau tujuan
apa yang ingin dicapai pada akhirnya.
Kesimpulanya, Remaja yang mempunyai tujuan yg ingin
dicapai, akan melakukan siri aksi peristiwa untuk
merealisasikan tujuannya
Dalam pembelajaran, pelajar remaja sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai tujuan dengan bantuan guru yang
mengajar secara dedikasi.
Bangkitan (arousal) merujuk kepada aktiviti mengaktifkan badan
dan sistem saraf (Coon, 2007).
Bangkitan biasanya pada tahap rendah, sederhana dan tinggi.
Jika rasa malas, tahapnya rendah.
Namun, kadangkala jika pelajar di sekolah yang mempunyai
bangkitan (arousal) tinggi, tetapi tidak dapat mengawal emosi yang
meluap-luap, akhirnya menhyebabkan kesan negatif pada
pembelajarannya.
Menurut Coon (2007), kebanyakan pelajar berasa kerisauan
ujian, sebagai suatu contoh bagaimana bangkitan yang
keterlaluan dapat membolehkan pelajar memperoleh prestasi yang
rendah.
Guru perlu sedar kehendak remaja dan harus mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengekalkan kesan
emosi positif remaja.
Guru harus menggalakkan remaja terlibat dalam aktiviti seperti
bermuzik, berinteraksi dan memberi peluang untuk meneroka
dapatan pembelajaran yang diharapkan dengan maksimum.
Prestasi pelajar (akademik@ bukan akademik)adalah dalam tiga
keadaan, iaitu prestasi rendah, sederhana dan tinggi.
prestasi yang baik biasanya dapat diperoleh jika remaja dalam
keadaan bangkitan yang sederhana dan bukan dalam keadaan
bangkitan yang rendah atau tinggi.
Dalam jangka masa panjang, bangkitan yang berlebihan akan
menggalakkan peningkatan prestasi pelajar.
IKLIM BILIK DARJAH: HUBUNGAN MOTIVASI REMAJA DAN
PEMBELAJARAN
Motivasi memainkan peranan penting dalam keperluan untuk
pencapaian, iaitu suatu keinginan dalaman untuk menghadapi
kecemerlangan.
Menurut McClelland (1961), individu yang mempunyai
keperluan pencapaian yang tinggi akan mencapai kecemerlangan
pada bila-bila masa apabila dinilai.
Remaja di sekolah menengah boleh dikategorikan dalam dua
kumpulan, iaitu pelajar yang menunjukkan tingkah laku dalam
pencapaian yang rendah dan tinggi.
Konsep pembelajaran remaja adalah berkaitan dengan
pencapaian dalam semua tugasan yang diberi, iaitu melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa ingin menjalankan
aktiviti yang berbentuk mencabar & cuba menghasilkan tugasan
dengan baik,
Pelajar yang bermotivasi kebiasaannya menyatakan kejayaan
adalah disebabkan oleh keupayaan sendiri, usaha berterusan
dan kegagalannya disebabkan oleh kekurangan usahanya.
Pelajar yang mengimpikan pencapaian yang baik, biasanya
menyemak usaha yang telah dibuat apabila mereka berprestasi
rendah. Mereka juga sentiasa bermotivasi tinggi dalam
menghadapi situasi yang mencabar dari segi pembelajaran.
Maka, guru harus mainkan peranan. Antaranya Guru harus:
i. menggalakkan usaha pelajar untuk mencapai apa yang
ditugaskan dengan baik.
ii. ii. Galakkan Pelajar melibatkan diri dengan penuh minat
dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii. Mengadakan Aktiviti yang berunsur penerokaan memberi
peluang untuk pelajar memikir secara kritis dan kreatif
dalam menghadapi pembelajaran secara efektif.
Pada asasnya, kebanyakkan ibu bapa mengharapkan Pencapaian
yang tinggi daripada anak-anak mereka. Maka, mereka akan
mendedahkan anak-anak mereka untuk menghadiri kelas-kelas
muzik, berenang, tarian dan sebagainya.
Ini bukan hanya memberi faedah, tetapi anak-anak mereka akan
cenderung untuk memahirkan diri dengan yang aktiviti baru (e.g
kelas muzik) yang diceburi dengan penuh keyakinan dan
keseronokan.
Lama-kelamaan , pelajar terus mengembangkan bakat untuk
mencapai kejayaan yang tinggi pada peringkat dewasa kelak.
Misalnya, pelajar terus berminat mendalami bidang muzik,
kerana keinginannya.

Bloom (1985) mendapati bahawa keinginan (drive) dan


kesungguhan (determination) membawa kepada kejayaan yang di
luar dugaan.
Maka, Suasana pembelajaran di sekolah perlu dimantapkan melalui
pengajaran guru, iaitu pengajaran harus berfokus kepada bakat
dan minat yang dimiliki oleh pelajar.
Sokongan guru untuk memantapkan kemahiran dan bakat seperti
bermain muzik, bersukan, bermain catur, berseni lukis dan lain-lain
memberi pengiktirafan kepada pelajar di dalam bilik darjah.

Selain, itu aspek keyakinan diri perlu bagi mencapai kejayaan. Ini
adalah kerana Keyakinan diri membantu meningkatkan motivasi
pelajar.
Menurut Druckman dan Bjork (1994), individu yang memiliki
keyakinan diri yang tinggi dapat membuat suatu aktiviti atau
mencapai suatu tujuan dengan jayanya.
Bagaimana untuk tingkatkan keyakinan diri?
Beberapa idea disarankan untuk meningkatkan
keyakinan diri seperti berikut:
Menetapkan matlamat yang spesifik dan mencabar
bukan sesuatu yang boleh dicapai.
Mengilhamkan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mencapai matlamat.
Mula dan bergerak dalam langkah yang kecil.
Apabila memperoleh suatu kemahiran, perlu maju
dalam pembelajaran. Boleh memberi tumpuan untuk
meningkatkan prestasi berbanding dengan orang
lain di kemudian hari.

6/11/2017
Bagaimana untuk tingkatkan keyakinan diri?

Dapatkan instruksi seseorang pakar yang dapat


membantu mahir dalam sesuatu kemahiran.
Mengenal pasti seorang model yang berkemahiran
untuk menjadikan panduan untuk terus maju.
Dapatkan sokongan dan galakan daripada
pemerhati untuk mengkritik demi
penambahbaikan.
Jika gagal, anggapkan ianya sebagai suatu tanda
untuk mencuba sedaya upaya dan bukan
kekurangan keupayaan.

6/11/2017
Keyakinan diri membantu meningkatkan
motivasi pelajar, khususnya dalam masa bilik
darjah.
Guru sebagai pemangkin harus menyuburkan
keyakinan diri dalam kalangan pelajar remaja untuk
terus berjaya dalam pembelajaran kurikulum,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.
Salah satunya boleh dilihat drpd perspektif
teori pembelajaran sosial & teori
pembelajaran tingkah laku (behaviourisme),
iaitu utk memotivasikan pelajar, perlulah
menitikberatkan pemberian peneguhan positif
& negatif.

Oleh itu, apabila guru memberi peneguhan


positif terhadap sesuatu tingkah laku, pelajar
akan termotivasi utk meneruskan tingkah laku
itu.

(**peneguhan positif, misalnya seperti pujian, tepukan mesra


pada bahu, senyuman)
Motivasi instrinsik Motivasi ekstrinsik

--brasaskan FAKTOR --adlh ganjaran luar (e.g


DALAMAN seperti pemberian hadiah &
persaingan, autonomi, hukuman)
keinginan, cabaran &
usaha. --ganjaran ini akan
memotivasikan seseorang
--Membuat sesuatu utk
kebaikan diri kita sendiri,
(for its own sake)

**Antara 2 motivasi ini, yg mana lebih


mempengaruhi pencapaian seseorang?
Keberkesanan Pembelajaran Berlatarkan
motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik
Guru dan pelajar terlibat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlatarkan motivasi intrinsik dan
ekstrinsik.
Menurut King (2008), motivasi intrinsik adalah atas faktor
dalaman seperti persaingan, autonomi, keinginan, cabaran dan
usaha.
Apabila melibatkan motivasi intrinsik, biasanya seseorang
gemar dan bergembira dengannya.

Manakala motivasi ekstrinsik terlibat dengan ganjaran luaran


seperti pemberian hadiah dan hukuman. Pelajar yang belajar
bersungguh-sungguh adalah untuk memperoleh gred yang
baik atau mengelakkan diri daripada hukuman ibu bapa.
Para psikologi percaya bahawa motivasi intrinsik lebih
mempengaruhi pencapaian & memberi hasil positif daripada
motivasi ekstrinsik (Blumenfeld, Kempler dan Krajcik, 2006).
Motivasi intrinsik dapat menghasilkan tingkah laku yang positif dan
ke arah masteri.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa pelajar yang bermotivasi
intrinsik memiliki keinginan dan keyakinan dalam tugas yang
diberikan daripada pelajar yang bermotivasi ekstrinsik.
Menurut Ryan dan Deci (2001), motivasi intrinsik biasanya
menghasilkan prestasi yang meningkat, kreativiti dan penghargaan
kendiri.
Oleh itu, Guru harus menggabungkan kedua-dua motivasi
intrinsik dan ekstrinsik bagi membantu pelajar melaksanakan
tugasan dengan berkesan.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran bergantung pada
penguasaan ilmu pengetahuan sesuatu subjek yang diajar.
Maka, peluang pembelajaran harus disediakan dalam konteks
penerimaan ilmu pengetahuan kerana pelajar adalah pembelajar
yang dinamik sekiranya guru mengurus pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.

Guru perlu membantu pelajar dalam penentuan objektif


pembelajaran, perancangan dan pemantauan.
Menurut Bandura (1997) dan Schunk dan Zimmerman (2006),
kejayaan pelajar meningkat apabila mereka menentukan matlamat
yang spesifik, jangka pendek dan mencabar.
Matlamat bukan spesifik ialah saya ingin berjaya.
Suatu matlamat yang konkrit dan spesifik ialah Saya ingin
memperoleh purata 3.5 pada akhir semester.
Suatu strategi yang baik menetapkan matlamat yg mencabar.
Keinginan dan penglibatan yang serius dalam aktiviti digerakkan
oleh cabaran.
Matlamat yang ingin dicapai dengan mudah mengundang rasa
kurang minat atau usaha.
Matlamat yang bukan realistik turut mengundang kegagalan dan
memadamkan keyakinan diri.
Perancangan guru dalam pengajaran penting untuk memangkin
pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran ke arah pemantauan.
Pencapaian yang diharapkan daripada pelajar penting untuk guru
menentukan jenis aktiviti pembelajaran.
Merancang untuk suatu matlamat adalah aspek kritikal dalam
pencapaian.
Para penyelidik mendapati individu yang berpotensi dalam
pencapaian tinggi, akan memantau pembelajaran mereka sendiri
dan menilai kemajuannya secara sistematik.
Para guru sentiasa perlu melengkapkan kemahiran dan
kepakaran dalam mengajar pelajar remaja yang
dianggap pembelajar yang sentiasa dinamik.
Guru harus menentukan cara pengajaran yang sesuai
digunakan di dalam bilik darjah.
Guru boleh mengajar pelajar dengan memberi peluang
berbincang secara terbuka semasa proses pengajaran di
dalam kelas. (mengamalkan pembelajaran aktif)
Guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran yang
menjurus kepada penyelesaian masalah pembelajaran.
Guru boleh membahagikan pelajar dalam kumpulan
belajar yang kecil untuk memaksimumkan
penyampaian ilmu pengetahuan yang diajar.
Fikiran adalah asas kepada kesedaran pelajar di peringkat
bawah sedar (sub-conscious) dan membantu mengekalkan
kesinambungan dalam proses kesedaran manusia
berhubung pengalaman yang diperolehnya.
Justeru, proses kognitif akan berkesan dan bertindak
lebih aktif dengan pengaruh pemusatan pemikiran,
motivasi dan dorongan mendalam yang kuat dan
konsisten pada sepanjang masa.
Kombinasi dorongan intrinsik dan ekstrinsik sentiasa
wujud dalam pemikiran pelajar mengikut tahap yang
berbeza-beza.
Guru harus menyediakan peluang pembelajaran yang
kondusif untuk pelajar remaja mengikuti isi kandungan
pelajaran dengan maksimum.
PERANAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Kognitif dianggap suatu kajian tentang proses mental &
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tahap perkembangan keupayaan kognitif bergantung pada
motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar.
Keupayaan kognitif harus diperkayakan melalui pelbagai
teknik pengajaran guru.
Penerokaan dan penimbaan ilmu pengetahuan amat
bergantung pada proses mental yang aktif.
Fungsi kognitif seperti persepsi, memori, bahasa dan
pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat
keputusan dan aspek seperti kecerdasan, emosi dan
kesedaran adalah antara topik yang menyentuh
pembelajaran.
Maka aspek kesediaan guru amatlah penting, dalam
mengembangkan aspek kognitif pelajar. Kesediaan guru
merangkumi bermotivasi untuk mengajar & mahir
dalam subjek yang diajar .
Aplikasi bahan bantu mengajar dan kaedah yang sesuai
juga amat penting semasa guru mengajar kerana terdapat
remaja yang bervariasi dari segi tahap keupayaan mental
iaitu yang cemerlang, sederhana dan lemah dari segi
kognitif.
Jadi, cabaran guru adalah untuk mengajar sehingga pelajar
menguasai ilmu pengetahuan subjek yang diajar dengan
baik & maksimum.
Dalam pada itu, cabaran guru termasuklah membentuk
pelajar bertingkah laku baik dan bebas daripada masalah
disiplin.
Kesan Motivasi terhadap pembelajaran
1. Motivasi mengarahkan tingkahlaku kepada sesuatu
matlamat yg ditentukan.
2. Mempengaruhi proses kognitif dalam Pengajaran & pembelajaran
3. Meningkatkan usaha dan tenaga dalam aktiviti pembelajaran
4. Meningkatkan keinginan dan pengekalan dalam meneruskan
aktiviti pembelajaran
5. Menentukan sebab-akibat untuk membuat peneguhan dan
hukuman.
6. Meningkatkan prestasi.

6/11/2017
Memberi peneguhan positif---e.g pujian

Menetapkan matlamat pembelajaran yg mencabar,


tetapi boleh dicapai mengikut kemampuannya.

Berusaha menukar persepsi pelajar trhdp


pembelajaran

Bantu pelajar memahami nilai tugas pembelajaran


pelajar

Beri pelajar pilihan strategi utk mencapai sesuatu


matlamat (e.g dlm siapkan tugasan)
Implikasi Instruksi
1. Sediakan peneguhan untuk aktiviti.
2. Tingkatkan peneguhan dalaman dan motivasi.
3. Tentukan matlamat pembelajaran yang mencabar,
boleh dicapai dan memaklumkan perkembangan terhadap
tugasnya.
4. Menukar persepsi pelajar tentang kepercayaan dan sikap
terhadap pembelajaran.
5. Galakkan matlamat yang berorientasikan masteri.
6. Bantu memahami nilai tugas pembelajaran pelajar
7. Tingkatkan efikasi kendiri (sedarkan kapasiti pelajar untuk berjaya)
6/11/2017
8. Beri pilihan tentang matlamat dan strategi.
Rumusan

Dorongan ke arah penimbaan ilmu pengetahuan adalah asas yang


kukuh untuk pelajar terus mara dari segi skademik.
Motivasi guru adalah pemangkin dalam mewujudkan iklim
pembelajaran yang efektif.
Gabungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik turut memainkan
peranan dalam membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan
secara maksimum.
Elemen kognitif dan proses mental penting untuk aplikasi ilmu
pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Cabaran guru ialah melahirkan pelajar yang seimbang semasa di
sekolah menengah, khususnya untuk menghadapi kehidupan yang
penuh dengan cabaran.
MOTIVASIDAPAT MENGERAKKAN KITA KE
HADAPAN BAGI MENCAPAI IMPIAN. APAKAH
YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK
BERGERAK KE HADAPAN?

KEEP REACHING FOR THE


STARSTQVM

Anda mungkin juga menyukai