Anda di halaman 1dari 3

Acara dipertandingkan:

-60 meter lari berpagar (tertutup sahaja)


-100 meter lari berpagar (wanita)
-110 meter lari berpagar (lelaki)
-400 meter lari berpagar

Peraturan

Pelari berlari dalam lorong masing-masing.


Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang oelari dalam keadaan berikut:
1. Mengheret kaki di bawah palang pagar
2. Melompat pagar di lorong lain atau
3. Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

FASA LARI BERPAGAR

1. Menuju pagar pertama

Bilangan langkah larian hendaklah tetap

Berlari dengan pantas (lari pecut)

Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta
melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar

2. Lonjakan
- Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.

-Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi.

-Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.

-Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.

-Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.

-Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar

Gaya melepasi pagar

-Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah
kehadapan. -Bongkokkan badan kehadapan.
- Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan
kaki itu.
-Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah
melepasi pagar
-Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah
mencecah tanah (mendarat)

4. Pulihan
Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.

5. Condong badan dikekalkan.

Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara
pagar

6. Berlari di antara pagar

Bilangan langkah hendakalah sama

Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan

7. Mengakhiri larian.

Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari
pecut jarak dekat

Anda mungkin juga menyukai