Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2018

(1) ALUAN PENGERUSI


Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang berusaha ___________________________, Pengetua SMK BERCHAM

2. Yang Berusaha, ____________________________, Penolong Kanan Pentadbiran,

3. Yang Dihormati ___________________________, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

4. Yang Dihormati ____________________________, Penolong Kanan Kokurikulum,

5. Yang Dihormati ____________________________, Penolong Kanan Petang

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga
kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan SM Bercham yang ceria ini untuk meraikan
majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2018.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz ______________________ bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz.


terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Tn Haji
Samsudin bin Yusoff , Pengetua SMK Bercham untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia
dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada ________________untuk
meneruskan acara.

(7)PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh
pelajar.

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua
pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama
yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai