Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Gagasan pusingan wangsa merupakan aspek yang penting dalam pensejarahan

tradisional China. Gagasan ini merupakan satu pandangan bahawa setiap kerajaan ataupun

dinasti di China pada waktu dahulu adalah berkait rapat dengan alam semula jadi.1 Hal ini

demikian kerana, menurut pandangan budaya politik China, wangsa (dinasti) adalah perlu

untuk melalui satu pola yang berulang merangkumi kelahiran, pertumbuhan, kegemilangan,

kelayuan dan akhirnya kemusnahan.2 Gagasan pusingan wangsa ini mempunyai beberapa

asas yang menjadi faktor kepada kesempurnaan pusingan. Asas paling utama yang diberi

penekanan dalam pensejarahan tradisional China adalah T’ien iaitu mandat daripada tuhan.

Menurut pensejarahan tradisional China, pusingan wangsa ini mempunyai hubungan rapat

dengan kerajaan-kerajaan yang saling bertukar ganti. Kemudian, gagasan pusingan wangsa

ini digerakkan oleh beberapa perkara yang menjadi asas kepada pusingan wangsa bermula

daripada faktor-faktor peribadi sehinggalah kepada pengamatan.3

Oleh yang demikian, bagi menjelaskan lagi dengan lebih lanjut mengenai proses

gagasan pusingan wangsa dan kaitannya dengan pensejarahan tradisional China penulis telah

memilih wangsa (dinasti) Ch’in sebagai contoh. Menerusi wangsa Ch’in ini, penulis akan

menjelaskan mengenai kemunculan, kegemilangan dan keruntuhan wangsa tersebut. Ketiga-

tiga aspek ini adalah perkara yang perlu diambil kira sejajar dengan gagasan pusingan

wangsa bagi memperlihatkan lagi kefahaman penulis mengenai proses gagasan pusingan

wangsa. Kesemua perkara ini akan penulis jelaskan pada helaian yang seterusnya.

1
Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti
Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 23.
2
Ibid.
3
Ibid.

1
2.0 Proses Gagasan Pusingan Wangsa

Proses gagasan pusingan wangsa merupakan satu keadaan yang telah dilahirkan oleh

pandangan alam yang meyakini bahawa wujudnya keselarasan antara kitaran alam

cakerawala dengan alam manusia.4 Proses ini juga adalah sangat penting kepada pensejarahan

tradisional China kerana ia berkait rapat dengan pola-pola yang dialami oleh setiap kerajaan

ataupun wangsa (dinasti) terdahulu yang terdapat di China. Pola yang dimaksudkan

merangkumi beberapa peringkat termasuklah kelahiran, pertumbuhan, kegemilangan,

kelayuan dan akhirnya kemusnahan.5 Oleh itu, dapatlah difahami bahawa proses gagasan

wangsa ini adalah satu tanggapan yang menyatakan bahawa sejarah setiap kerajaan itu adalah

merupakan satu pusingan yang melalui pola yang berulang dengan menuruti peringkat-

peringkat perkembangan yang serupa.6

Proses gagasan wangsa ini juga merupakan perkara yang sangat penting dalam

pensejarahan tradisional China. Oleh itu, kepercayaan kepada satu kuasa tertinggi adalah

penting bagi menentukan hayat, pengaruh dan juga kedudukan seseorang pemerintah ataupun

wangsa. Pusingan wangsa ini merangkumi beberapa asas yang menjadi pegangan kepada

pensejarahan tradisional China. Melalui ini, budaya politik China percaya akan kewujudan

kuasa tertinggi yang boleh menentukan hayat pengaruh dan keduduka seseorang pemerintah

ataupun sesuatu wangsa. Tanggapan awal juga menyatakan bahawa masyarakat awal China

percaya akan peranan manusia mencorakkan hidup matinya sendiri, bahkan unsur asas alam

terhadap kesimbangan hidup manusia juga perlu diambil kira.7 Pendek kata, proses gagasan

wangsa ini adalah satu daripada budaya politik China tradisional yang meletakkan pemimpin

4
Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti
Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 23.
5
Ibid.
6
Abdul Rahman Hj Ismail, China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm. 42.
7
Ibid., hlm. 43.

2
iaitu raja di puncak yang tertinggi, manakala penasihat-penasihat utama pula adalah faktor

kepada yang turut mempengaruhi hayat pemerintahan ataupun wangsa mereka. 8 Seperti yang

telah dinyatakan sebelum ini, proses gagasan pusingan wangsa dapat dilihat melalui

kelahiran, pertumbuhan, kegemilangan, kelayuan dan seterusnya kemusnahan. Keadaan ini

jelas dapat dilihat, kelahiran sesebuah wangsa itu adalah disebabkan oleh kemampuan

ataupun kebijaksaan pemimpin wangsa tersebut yang dikatakan mendapat mandat daripada

tuhan iaitu Ti’en. Ti’en merupakan pasak kepada kuasa yang teragung bagi memimpin

manusia dalam kesentosaan.9 Namun, jika pemimpin wangsa tersebut gagal dan mencapai

kemusnahan, pemimpin tersebut tidak lagi mendapat Ti’en. Masyarakat tradisional China

percaya bahawa pemimpin ataupun raja yang tidak mendapat Ti’en akan mengalami

kemerosotan dan seterusnya kehancuran. Melalui gagasan pusingan wangsa ini juga,

keseimbangan unsur alam turut diketengahkan termasuklah unsur tanah, air, api, logam dan

juga kayu berdasarkan fahaman Wu Hsing.10

Jelas, apa yang penulis faham mengenai proses gagasan wangsa ini adalah satu

keadaan pusingan yang sama yang dialami oleh setiap wangsa pada zaman China tradisional.

Hal ini dapat dilihat apabila, sesebuah wangsa mengalami kemerosotan, maka wangsa lain

akan mula mengambil alih, wangsa yang mengambil alih pemerintahan pula akan mengalami

keadaan yang sama iaitu bermula daripada kemunculan, kegemilangan dan akhirnya

kemerosotan begitulah seterusnya. Jelaslah bahawa, pusingan wangsa merupakan satu

gagasan kecinaan yang dipupuk melalui pensejarahan China tradisional yang terus dikekalkan

berdasarkan kepercayaan. Oleh itu, penulis telah memilih wangsa Ch’in sebagai contoh untuk

menjelaskan lagi mengenai proses gagasan pusingan wangsa dalam pensejarahan China

tradisional.

8
Ibid., hlm. 44.
9
Ibid.
10
Ibid, hlm. 48.

3
3.0 Proses Gagasan Pusingan Wangsa Ch’in

3.1 Kemunculan Wangsa Ch’in

Dinasti Ch’in merupakan sebuah kerajaan yang terletak di kawasan barat Laut dengan

menjadikan Lembah Wei sebagai ibu kota.11 Pada tahun 221 S.M wangsa Ch’in telah

memperoleh kemenangan dengan menyingkirkan wangsa sebelumnya iaitu Shang. Maharaja

pertama bagi wangsa ini adalah Shih Huang Ti. Shih Huang Ti telah memilih Air sebagai

unsur penaung dan Hitam sebagai warna kerajaan rasmi wangsa Ch’in pada waktu itu.

Kemunculan dinasti ini adalah apabila Ch’in berjaya menewaskan wangsa

sebelumnya dan muncul sebagai sebuah wangsa yang telah menghapuskan sistem feudal

terdahulu.12 Wangsa ini telah dibahagikan kepada tiga buah negeri iaitu Han, Wei, dan juga

Chao.13 Walaupun wangsa ini mempunyai jangka hayat yang pendek, namun ia telah

memberi kesan yang mendalam kepada pensejarahan China tradisional sehingga ke hari ini.

Ch’in dibawah pemerintahan Shih Huang Ti telah berjaya menyingkirkan wangsa Shang

sebelumnya. Hal ini demikian kerana, wangsa Shang dikatakan telah kehilangan mandat

daripada Tuhan. Wangsa Ch’in juga telah muncul sebagai sebuah wangsa yang dikagumi

diseluruh China pada waktu itu dengan memperkenalkan pelbagai reformasi yang berbeza

dengan wangsa yang sebelumnya.14 Jelasnya, kemunculan wangsa Ch’in dibawah

pemerintahan Shih Huang Ti pada tahun 221 S.M merupakan permulaan kepada

kegemilangan Ch’in. Pada masa yang sama, wangsa ini juga turut mengalami proses

pusingan gagasan pusingan wangsa yang bermula daripada kemunculan, kegemilangan dan

akhirnya kemerosotan.

11
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M Craig, East Asia: Tradition and Transformation, Boston: Houghton
Mifflin Company, 1973, hlm. 1.
12
Derk Bodde, China’s First Unifier: A Study of The Ch’in Dynasty As Seen in The Life of Li Ssu (280?-208 B. C),
Holland: E.J Brill, 1938, hlm. 7.
13
Ibid.
14
Ibid.

4
3.2 Kegemilangan Wangsa Ch’in

Pada zaman pemerintahan wangsa Ch’in, Shih Huang Ti yang juga maharaja pertama

telah membawa perubahan dan juga kejayaan kepada China. Hal ini disebabkan oleh

kebijaksanaan Shih Huang Ti dan juga menterinya kananya iaitu Li Ssu.15 Kegemilangan

wangsa Ch’in bukan sahaja dapat dilihat apabila wangsa ini meninggalkan kesan yang

berpanjangan walaupun usianya agak pendek bahkan kegemilangan wanga Ch’in juga boleh

dlihat menerusi pelbagai aspek.

Dari segi politik, kejayaan terbesar wangsa Ch’in boleh dilihat menerusi teknik-teknik

ketenteraan baharu yang diperkenalkan di bawah undang-undang. Buktinya, kejayaan

ketenteraan yang pertama pada zaman wangsa Ch’in adalah dibawah pimpinan Shan Yang.16

Di bawah pimpinan beliau, sistem ketenteraan pada waktu itu dikatakan sangat berkesan dan

lebih baik daripada wangsa yang sebelumnya.17 Pada masa yang sama, wangsa Ch’in juga

merupakan wangsa yang telah memulakan sistem pemerintahan berpusat dan juga

berkepegawaian.18 Selain itu, wangsa Ch’in juga telah menyelaraskan dan menyeragamkan

bahasa dan sistem tulisan sehingga ia menjadi teras keperibadian dan pasak perpaduan di

China pada waktu itu.19 Pada zaman wangsa ini juga, China telah meluaskan empayarnya

sehingga ke kawasan pantai selatan yang dikenali sebagai Indo-China yang pada waktu itu

adalah berada diluar lingkungan kebudayaan China.20 Menerusi pertahanan pula, Ch’in telah

berjaya membina Tembok Besar Negeri China yang berkeluasan 2000 batu yang mengambil

15
K.S Latourette, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 14.
16
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M Craig, East Asia: Tradition and Transformation, Boston: Houghton
Mifflin Company, 1973, hlm. 54.
17
Derk Bodde, China’s First Unifier: A Study of The Ch’in Dynasty As Seen in The Life of Li Ssu (280?-208 B. C),
Holland: E.J Brill, 1938, hlm. 7.
18
Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Proses Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan,
Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 39.
19
Ibid.
20
K.S Latourette, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 14.

5
masa 12 tahun untuk disiapkan.21 Tembok ini merupakan salah satu daripada kegemilangan

Ch’in yang dibina khas untuk melindungi Ch’in daripada ancaman luar dan persediaan

peperangan hasil daripada cetusan idea Shih Huang Ti. Pada masa yang sama, Shih Huang Ti

sebagai maharaja juga merupakan seorang pemimpin yang hebat dan menjadi inspirasi

kepada tentera.22 Oleh yang demikian, tidak hairanlah pada zaman pemerintahan Shih Huang

Ti wangsa Ch’in mencapai kegemilangannya. Selain daripada itu, kegemilangan wangsa

Ch’in juga dapat dilihat apabila wangsa ini berjaya menghapuskan sistem feudal dan

mementingkan keseragaman dalam sistem pentadbiran istana.23 Pada masa yang sama, Ch’in

juga merupakan wangsa yang pertama memperkenalkan sistem kemaharajaan.

Seterusnya, kegemilangan dari segi ekonomi. Wangsa Ch’in pada ketika itu

mempunyai kedudukan geografi yang strategik iaitu berada di sekitar kawasan Sungai

Kuning dan dikelilingi oleh gunung ganang.24 Oleh yang demikian, kawasan tanah untuk

pertanian adalah subur dan sumber makanan juga adalah tidak terhad.. Keadaan ini telah

membantu wangsa Ch’in untuk menstabilkan ekonomi kerajaan mereka ianya tuurt disokong

oleh satu penulis sejarah China yang unggul iaitu Ssu Ma Chien.25 Selain daripada itu, pada

zaman Ch’in juga, sistem kepunyaan Tanah Baru telah diperkenalkan dengan membangunkan

ekonomi tuan tanah. Keadaan ini telah membantu lagi untuk mempergiat aktiviti ekonomi di

Ch’in pada waktu itu.

21
Leonard Cottrell, The Tiger of Chin: How China became a Nation, London: Evans Bother Limited, 1962, hlm.
151.
22
Ibid., hlm. 106.
23
Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan,
Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 41.
24
Leonard Cottrell, The Tiger of Chin: How China became a Nation, London: Evans Bother Limited, 1962, hlm.
114.
25
Ibid.

6
Manakala dari segi sosial pula, wangsa Ch’in telah menghapuskan sistem feudal.

Selain daripada itu, Ch’in juga mengetengahkan pendidikan dan juga pengajaran. 26 Pada

waktu itu, penyebaran ilmu pendidikan adalah melalui penulisan yang ditulis diatas kayu

bambu.27 Pada masa yang sama,Ch’in juga menggunakan undang-undang aliran Fa sebagai

panduan mereka. Hanya buku-buku aliran Fa sahaja yang dibenarkan untuk digunakan

sewaktu zaman Dinasti Ch’in. Jelasnya, walaupun wangsa ini tidak dapat bertahan dengan

lama, namun ia telah memberi impak yang besar kepada negeri China sehingga ke hari ini.

Demikianlah beberapa kegemilangan yang telah dialami oleh Wangsa Ch’in semasa wangsa

ini masih berkuasa di China. Namun begitu, keadaan ini tidak kekal lama akibat beberapa

masalah dalaman, pemberontakan dan juga pengkhianatan yang akhirnya membawa kepada

keruntuhan wangsa Ch’in.

26
Ibid., hlm. 168.
27
Ibid.

7
3.3 Keruntuhan Wangsa Ch’in

Keruntuhan wangsa Ch’in menurut pensejarahan tradisional China adalah disebabkan

oleh kepimpinan negara yang lemah.28 Hal ini demikian kerana, apabila Shih Huang Ti

meninggal dunia pada tahun 210 S.M, wangsa Ch’in mulai mengalami kemerosotan sehingga

dikatakan begitu lemah dan teruk.29 Hal ini demikian kerana, golongan atasan yang berada

dibawah taklukan Shih Huang Ti masih lagi memberi taat setia dan kepercayaan kepada ahli

kerabat maharaja yang terdahulu.30 Selain daripada itu, keruntuhan dan kemerosotan wangsa

Ch’in juga adalah disebabkan oleh masyarakat China pada waktu itu yang berasa tidak puas

hati atas dasar pemerintahan Shih Huang Ti. Sebagai bukti, maharaja Shih Huang Ti telah

bertindak menghantar golongan bawahan untuk menyertai kempen keluar negara bagi

meluaskan lagi empayarnya. Selain daripada itu, Shih Huang Ti juga mengerah setiap isi

rumah khususnya golongan lelaki untuk terlibat dengan pembinaan jalan raya, kubu dan juga

tembok besar China. Keadaan ini telah membebankan rakyat China sehingga ramai antara

masyarakat China pada waktu itu terkorban akibat kesengsaraan yang dialami.31

Setelah kematian Shih Huang Ti, tampuk pemerintahan wangsa Ch’in telah jatuh ke

tangan Hu Hai dan seterusnya Liu Pang. Keadaan ini telah memburukkan lagi pemerintahan

wangsa Ch’in apabila Hu Hai merupakan seorang maharaja yang dikatakan suka berfoya-

foya, membazir dengan mengadakan pesta yang tidak bermanfaat. Hu Hai juga merupakan

seorang maharaja yang hanya dianggap sebagai boneka apabila Chao Kao iaitu menteri kanan

Ch’in pada waktu itu telah memanfaatkan keadaan untuk memerintah dengan

mempergunakan maharaja.

28
Abdul Rahman Hj Ismail, China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm. 73.
29
Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M Craig, East Asia: Tradition and Transformation, Boston: Houghton
Mifflin Company, 1973, hlm. 58.
30
Ibid.
31
Ibid.

8
Selain daripada itu, pemerintahan Hu Hai adalah berbeza daripada ayahnya, Shih

Huang Ti. Hal ini demikian kerana, Hu Hai tidak berminat untuk menjalankan pemerintahan

dan tidak menghiraukan keadaan kerajaan Ch’in sewaktu pemerintahannya.32 Manakala Liu

Pang pula, beliau disifatkan sebagai seorang maharaja yang gemar meminum arak dan

berfoya-foya.33 Berdasarkan gagasan pusingan wangsa, keruntuhan sesebuah kerajaan

ataupun wangsa adalah disebabkan seorang maharaja yang tidak lagi mendapat mandat

daripada T’ien. Hal ini demikian kerana, raja yang baik adalah melaksanakan

tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap T’ien sebaliknya jika seseorang maharaja itu

ketandusan sifat-sifat ‘terpuji’ maka dia tidak akan dapat berpaut pada tien-ming.34 Jelasnya,

seorang maharaja yang tidak lagi menekankan nilai-nilai murni akan kehilangan mandatnya

dan keadaaan inilah yang akan membawa kepada keruntuhan sesebuah wangsa sekaligus

menyebabkan berlakunya masalah lain yang berpunca daripada kelemahan dalaman

pemimpin itu sendiri. Oleh itu, masalah dalaman yang dihadapi oleh Ch’in telah membawa

banyak pemberontakan setelah kematian maharaja yang pertama iaitu Shih Huang Ti.

Terdapat beberapa siri pemberonatakan yang akhirnya menjadi salah satu faktor yang

membawa kepada keruntuhan wangsa Ch’in. Sebagai contoh, kawasan di bahagian Timur

China telah memberontak dengan membunuh pegawai-pegawai Ch’in yang akhirnya

menyebabkan wangsa Ch’in runtuh. Namun begitu, disebalik pemberontakan dan masalah

daripada pucuk pimpinan, faktor lain yang menyebabkan wangsa Ch’in mengalami

kemerosotan dan akhirnya hilang dalam lipatan sejarah adalah disebabkan oleh

pengkhianatan daripada menteri-menteri kanan maharaja, pemberontakan, masalah ekonomi

dan juga rakyat China yang inginkan pemerintahan wangsa Ch’in digulingkan.

32
Leonard Cottrell, The Tiger of Chin: How China became a Nation, London: Evans Bother Limited, 1962, hlm.
186.
33
Ibid., hlm. 211.
34
Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Proses Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan,
Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 31.

9
3.0 Perbincangan

Pada bahagian ini, penulis akan menjelaskan bahawa proses gagasan pusingan wangsa

yang dialami oleh wangsa Ch’in adalah satu pusingan lengkap. Hal ini demikian kerana,

wangsa Ch’in telah muncul sebagai sebuah wangsa yang unggul dan mampu meninggalkan

kesan yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Keadaan ini bermula apabila Ch’in mempunyai

maharaja pertama yang berkaliber iaitu Shih Huang Ti dan juga orang kanan beliau Li Ssu yang

dikatakan merupakan seorang perdana menteri yang bijaksana. Keadaan ini adalah sama dengan

tuntutan gagasan pusingan wangsa yang menekankan bahawa T’ien ataupun mandat daripada

syurga bermula dengan pemimpin ataupun pemerintah dibantu oleh orang kanannya.

Setelah itu, kegemilangan wangsa Ch’in terus berlanjutan. Hal ini dapat dilihat

melalui sistem ketenteraan, pentadbiran dan juga sistem ekonomi yang berbeza dengan wangsa

yang sebelumnya. Melalui gagasan pusingan wangsa, keadaan politik dan ekonomi yang baik

juga merupakan penggerak kepada pusingan gangsa. Hal ini kerana, T’ien tzu merupakan asas

kepercayaan rakyat untuk membentuk sebuah kedamaian dan juga pembangunan.35 T’ien tzu ini

tidak akan dapat dicapai sekiranya pemerintah tidak lagi mendapat T’ien.

Kemerosotan Ch’in bermula setelah kematian Shih Huang Ti. Hal ini demikian

kerana, Hu Hai dan juga Liu Pang merupakan pemerintah yang dikatakan mempunyai

keperibadian yang bercanggah dengan konsep T’ien. Maka dengan itu, bermulalah kemerosotan

dengan masalah ekonomi yang timbul, pemberontakan dan juga penyalahgunaan kuasa yang

telah menyebabkan wangsa Ch’in terkubur dalam lipatan sejarah sekaligus melengkapkan

gagasan pusingan wangsa seperti mana yang tertulis dalam pensejarahan China tradisional

bahawa wangsa yang mengalami kemerosotan adalah berpunca apabila maharaja kehilangan

T’ien iaitu mandat daripada tuhan.

35
Ibid., hlm. 33.

10
5.0 Kesimpulan

Secara konklusi, proses gagasan pusingan wangsa ini adalah satu bentuk pusingan

penceritaan sejarah yang hampir sama dilalui oleh setiap wangsa yang terdapat pada zaman

tradisional China termasuklah wangsa Ch’in seperti mana yang penulis telah jelaskan pada

helaian sebelum ini. Hal ini demikian kerana, menurut pensejarahan tradisional China,

sesebuah wangsa akan melalui gagasan pusingan wangsa yang lengkap bermula daripada

kemunculan, kegemilangan dan akhirnya kemerosotan. Keadaan ini adalah saling berkaitan

dengan konsep daripada tuhan yang turut mempunyai hubungan dengan keseimbangan alam.

Oleh yang demikian, apa yang telah dilalui oleh Ch’in merupakan satu keadaan yang boleh

membuktikan bahawa wangsa Ch’in telah mengalami proses gagasan pusingan wangsa.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh kemunculan wangsa Ch’in kerana kepintaran dan

kebijaksanaan maharaja yang pertama dan akhirnya jatuh tersungkur akibat maharaja yang

seterusnya tidak lagi mendapat T’ien. Senario tersebut membuktikan bahawa pemerintah

ataupun maharaja sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah

wangsa seperti mana dakwaan masyarakat China tradisional yang sangat mementingkan

kepercayaan mereka iaitu mandat daripada tuhan yang bermula daripada seorang maharaja.

Jelasnya, tidak dinafikan bahawa proses gagasan pusingan wangsa ini telah menjadi

tunjang kepada budaya politik tradisional China yang percaya akan hubungan antara alam

dan juga manusia. Keadaan ini jelas sekali adalah sama seperti wangsa Ch’in yang turut

mengalami gagasan pusingan wangsa yang lengkap bermula daripada kemunculan,

kegemilangan dan akhirnya keruntuhan. Asas daripada gagasan pusingan wangsa ini adalah

gpemimpin iaitu maharaja. Keadaan ini dapat dilihat menerusi wangsa Ch’in yang telah

mengalami zaman kegemilangan kerana kebijaksanaan pemimpin dan mengalami keruntuhan

kerana maharaja yang telah kehilangan Ti’en.

11

Anda mungkin juga menyukai