Anda di halaman 1dari 6

AL-MAKKI DAN AL-MADANI

PERGERTIAN MAKKI DAN MADANI (PENDAPAT ULAMA’)

1. Dalam menentukan ayat-ayat makkiyah dan madaniyah, para ulama’ berpendapat ia


terbahagi kepada tiga iaitu:-

 Menentukannya berdasarkan tempat turunnya ayat Al-Quran. Apabila ayat Al-Quran


diturunkan di Makkah dan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah sekalipun
diturunkan selepas hijrah ia dinamakan ayat Makkiyah. Manakala, jika ayat
diturunkan di Madinah dan sekitarnya seperti Uhud dan Sila’ maka ia dinamakan
ayat Madaniyah.
 Menentukannya berdasarkan khitab (objek penerima) ayat. Apabila ayat Al-Quran
diturunkan dan ditujukan kepada penduduk Makkah, baik diturunkan di Makkah atau
di Madinah, baik sebelum atau selepas hijrah, maka ia dinamakan ayat Makkiyah.
Sebaliknya, jika ayat tersebut ditujukan kepada penduduk Madinah, baik diturunkan
di Makkah atau Madinah, baik sebelum atau selepas hijrah, maka ia dinamakan ayat
Madaniyah.
 Menetukannya berdasarkan waktu sebelum dan selepas hijrah. Jika ayat Al-Quran
diturunkan sebelum hijrah maka ia dinamakan ayat Makkiyah. Sebaliknya, jika ayat
Al-Quran diturunkan selepas hijrah, maka ia dinamakan ayat Madaniyah.

Pendapat ketiga diterima pakai dan sempurna kerana ia merangkumi semua definisi yang
diungkapkan oleh mazhab pertama dan kedua. Berdasarkan definisi ini, maka jumhur

ulama’ menggolongkan ayat (‫اليآي يية‬....‫)اليي ييوم أكملي ييت لكي ييم ديآنكي ييم‬ sebagai ayat Madaniah,

meskipun ia diturunkan di Arafah (Makkah) dan diturunkan selepas hijrah.


MAKKIYAH MADANIYAH
Kebanyakan surah yang terdapat perkataan ‫كل‬ Kebanyakan surah yang mengandungi perkataan ‫يآآ‬

‫أيآها الذيآن آمنوا‬


Kebanyakan surah yang mengandungi perkataan Ayat-ayatnya yang panjang

‫سجدة‬
Kebanyakan surah yang dibuka dengan huruf Terdapat ajakan kepada ahli kitab kaum Yahudi dan
hijaiyah Nasrani dibawah panji Islam, memberikan bukti-
bukti kesesatan aqidah mereka
Kebanyakan surah yang terdapat kisah Nabi Adam Ayat atau surah yang berisikan janji-janji
dan Iblis kecuali surah Al-Baqarah kerana ia kemenangan dan perlindungan Allah terhadap orang-
termasuk surah Madaniyah. orang mukmin yang berjihad.
Kebanyakan surah yang terdapat perkataan Surah atau ayat yang mengandungi kaedah-kaedah

‫يآآ بن آدم‬ hukum secara terperinci seperti ibadah, muamalat


(faraidh), perkahwinan, jenayah dan lain-lain
Kebanyakan surah yang terdapat perkataan Surah atau ayat yang didalamnya disebut-sebut

‫ يآييأ يآهييا النيياس‬kecuali surah Al-Baqarah (21 dan 168), tentang orang-orang munafik dan sikap mereka
terhadap dakwah Nabi Muhammad SAW kecuali
surah An-Nisa’ (1, 133,170 dan 174)
surah Al-Ankabut
Ayat-ayat pendek walaupun ada juga yang disebut
Madaniyah seperti surah An-Nashr.
surah yang berceritakan tentang kebiasaan orang
kafir yang ingkar, menguburkan anak perempuan
secara hidup-hidup, pemakan harta anak yatim secara
batil, pemakan riba’ dan peminum arak.
CIRI-CIRI AYAT MAKKIYAH DAN MADANIAH

PERBAHASAN TERPERINCI AYAT-AYAT MAKKIYYAH

1. Memberi penekanan kepada usul-usul akidah dari segi keimanan kepada Allah
SWT, para nabi, para malaikat, hari kiamat, memerangi penyembahan berhala. Hal
ini kerana penduduk Makkah ketika itu kebanyakannya merupakan penyembah
berhala. Maka Al-Quran diturunkan bagi memerangi akidah yang batil ini.

2. Penekanan kepada pembatalan kebiasaan masyarakat pada ketika itu dari segi
menanam anak perempuan hidup-hidup, menumpahkan darah, mencabul
kehormatan, perzinaan, memakan harta anak-anak yatim dan sebagainya.

3. Galakkan kepada melihat dan merenung ke dalam diri bagi melihat bukti-bukti
kebesaran Allah bagi mengukuhkan keimanan dengan mendatangkan pelbagai
contoh dan bandingan.

4. Menjelaskan prinsip-prinsip am akhlak serta hak-hak sosial seperti adab-adab, hak-


hak kemasyarakatan, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jiran dan fakir miskin.

5. Menceritakan kisah para rasul dan nabi yang terdahulu serta umat-umat terdahulu
yang mengandungi pengajaran dan tauladan seperti bagaimana pengakhiran
golongan yang derhaka dan pengakhiran golongan yang beriman.

6. Uslub yang digunakan dalam kebanyakan ayat-ayat Makkiyyah adalah ringkas dan
pendek, ini kerana penduduk Makkah merupakan ahli bahasa dan falsafah, dan dalam
tempoh ini tidak diperlukan penjelasan yang pajang lebar.

PERBAHASAN TERPERINCI AYAT-AYAT MADANIYYAH

1. Membahaskan tentang hukum-hukum syarak secara terperinci, peraturan-peraturan


perang, peraturan bermasyarakat, hak-hak individu dan bentuk-bentuk ibadat. Hal ini
kerana ketika umat Islam berhijrah ke Madinah maka terbentuk sebuah negara Islam
dan memerlukan kepada peraturan-peraturan dan hukum-hukum bagi dilaksanakan
dalam sebuah negara Islam.

2. Dakwah dan seruan kepada golongan Yahudi dan Nasrani kepada Islam,
perbincangan tentang akidah mereka yang salah dan menggesa mereka berfikir
dengan merenung dan melihat semula sejarah penyelewengan mereka terhadap kitab
Allah, pembunuhan mereka keatas para nabi yang diutuskan kepada mereka

3. Perbicaraan tentang nifaq dan mendedahkan sifat orang-orang munafik,


perancangan jahat mereka terhadap Islam.

4. Uslub yang digunakan agak panjang dan terperinci kerana terhadap penguasaan
penduduk Madinah tidak sama seperti penduduk Mekah. Uslub yang panjang
memenuhi tuntutan ketika itu.

FAEDAH MENGETAHUI MAKKI DAN MADANI

Mengetahui tentang ayat Makki dan Madani banyak faedahnya, di antaranya ialah:-
 Sebagai alat penyokong dalam mentafsir Al-Quran untuk mengetahui mengenai
tempat turunnya ayat dan dapat membantu memahami ayat tersebut dan mentafsirnya
dengan tafsiran yang benar.

 Memahami gaya bahasa Al-Quran dan mengamalkannya dalam metod berdakwah


menuju jalan Allah.

 Mengetahui sejarah hidup Nabi melalui ayat-ayat Al-Quran, sebab turunnya wahyu
kepada Rasulullah selari dengan sejarah dakwah dan segala peristiwa yang berlaku.

 Dapat membezakan di antara ayat nasikh dan mansukh berhubung dengan sesuatu
hukum.

RUJUKAN

o Dr. H. Anshori, Lal. M.A, Ulumul Qur’an, Cetakan Pertama 2013, PT


RajaGrafindo Persada, Jakarta.
o Prof. Dr. H. Muhammad Amin Suma, Ulumul Qur’an, Cetakan Pertama 2013,
Cetakan Kedua 2014, PT RajaGrafindo Persada, Jakarta.

o Sakinah binti Abdul Mokhti, Usul Al-Tafsir, Cetakan Pertama 2012, Kolej
Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

o Manna’ Khalil Al-Qathan, Cara Mudah Memahami Al-Quran, Cetakan Pertama


2006, Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

o Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Ulum Al-Quran, Cetakan Pertama 2010, Pustaka
Salam Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai