Etika Profesional
Etika Profesional
KANDUNGAN
1. Pengenalan 2
2. Latar Belakang 3
3 Definasi Etika 4-5
4. Isu Yang Dikemukakan 6
5. Etika Perguruan 7
5.1 Kod Etika Perguruan 8-9
5.2 Prinsip-prinsip Etika Perguruan 10
5.3 Kepentingan Etika Perguruan 11-12
6. Memupuk Etika Kerja 13-18
7. Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah 19
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah 21-22
8. Kesimpulan 23
9. Cadangan 25
Appendix 26
Bibliografi 27
1. Pengenalan
Professional Ethics adalah salah satu bidang yang ditawarkan oleh pihak
Open University Malaysia dalam Program SMP dibawah kelolaan penuh Fakulti
Pengurusan Peniagaan. Bidang ini membincangkan persoalan-persoalan etika
yang di hadapi dalam setiap profesion pekerjaan hari ini dan masa akan datang.
Bidang kerja hari ini mempunyai masalah yang kritikal berkenaan dengan klien
dan masyarakat terutamanya. Masyarakat kini telah menukar peranan golongan
profesional dalam segala aspek dan bidang. Oleh yang demikian, kebanyakan
Tugasan ini akan menyentuh tentang perihal etika dan masalah rasuah
yang dihadapi pada masa kini. Perihal yang hendak ditekankan dalam tugasan
ini ialah kepentingan pencegahan rasuah dari peringkat awal pendidikan di
sekolah. Tugasan ini akan dibahagikan kepada topik-topik kecik yang akan
diperkatakan secara mendalam dan terperinci tentang peranan etika dalam
profesion perguruan.
3. Definasi Etika
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa
jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin,
bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan
membentuk etika seseorang individu tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah
berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau
tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu
menjadi seorang yang beretika tinggi.
start from primary schools until tertiary levels. The other stage should start from
the time when he/she joined the workforce”
Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau
elektronik berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan
mula memandang serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit
sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara. Menurut badan yang
bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan Pencegah Rasuah
(BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan antaranya menerima
wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang berharga
atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah
kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan
sebagainya.
Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa
yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar
dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah
digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”,
“undercounter payment” dan “duit pelincir.” Tidak dinafikan rasuah banyak
mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini.
Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang
rasuah dan pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa
individu berada di alam persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah
memasuki alam perkerjaan.
5. Etika Perguruan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk
membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang
diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan
status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-
muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka
dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat
sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi
lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
murid-murid, masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia
dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang
baik terhadap murid-murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas
profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah
menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan.
yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang
mulia.
Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan
itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-
prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model
kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu
1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan
sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu
bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu
dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar
"melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia
menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha
mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah
hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja
itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja
dengan baik dalam semua keadaan.
2. Sikap Berinisitif
3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan
bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja
yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan
hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi
pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan
tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam
perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.
ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak
amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang
diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda
pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang
mengamalkan sifat tidak amanah ini.
7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak
mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang
ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang
berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan
yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan
rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja.
Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang
mulia dan berkedudukan.
8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan
yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama
pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat
jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu
daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang
memasuki alam pekerjaan.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan
yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang
diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh
Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :
Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar
dan bengkel yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi
penerapan elemen rasuah ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling
sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan
Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan
sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan rasuah ini ,
malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut
mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti
seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program
yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini
diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam
Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR
dan Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382
guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan,
pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah
mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei bagi
pelajar sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan berkenaan
dengan pencegahan gejala rasuah.
Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan
dapatan yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai
elemen pencegahan rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-
faedah yang dinyatakan antaranya:-
1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung
kesalahan rasuah dari segi teori dan praktikal.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar
pandangan berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam
kurikulum pendidikan.
3. Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan
berhubung kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada
pegawai BPR.
4. Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan
pegawai BPR serta saling bertukar maklumat.
5. Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat
berhubung kesalahan rasuah kepada pelajar.
8. Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki
potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin
sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak
kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan
dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang
permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral.
“Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman” ini semuanya
tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika
telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini
bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya
tidak diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah “ Aku tidak mengubah sesuatu kaum
itu, sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini bermakna setiap
individu perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang
beretika, bermoral, berilmu dan beramal.
9. Cadangan
Appendix
Bibliografi
1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4
5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian
Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.
6. www.bpr.gov.my (14.11.2008)