Anda di halaman 1dari 4

SK PORING-PORING, INANAM

WDT 48, INANAM


89350 KOTA KINABALU

KERTAS KERJA
PROJEK TERNAKAN IKAN KOI
Pengenalan

Keceriaan lanskap merupakan salah satu bidang yang menjadi keperluan utama bagi sesebuah
sekolah agar suasana yang indah, nyaman, bersih dan menyegarkan mata memandang akan
menghasilkan pembelajaran yang kondusif.

Selain itu, keceriaan lanskap melalui ternakan ikan Koi di kolam yang sedia ada dapat
memupuk minat dan sikap menyayangi haiwan seperti mana yang terkandung dalam topik
pembelajaran Sains Sekolah Rendah.

Sehubungan itu, Panitia Sains SK Poring-Poring mencadangkan projek menceriakan kolam


ikan yang sedia untuk mendedahkan murid teknik membela ikan air Koi yang betul di samping bagi
mengindahkan keceriaan kawasan sekolah.

Objektif
 Mendedahkan murid teknik menternak ikan Koi dalam kolam dengan betul
 Melatih murid membersih dan menguruskan kolam dengan teratur
 Melatih murid agar dapat menguruskan jadual dan perbelanjaan pengurusan penternakan ikan.
 Menyemai sikap menyayangi haiwan dikalangan murid
 Menceriakan dan mengindahkan landskap sekolah

Anggaran Kos

Kos yang diggunakan dalam projek ini diperolehi sepenuhnya daripada peruntukan tahunan Panitia
Sains serta sumbangan guru-guru SK Poring-Poring. Selain itu, pungutan derma juga dicadangkan
dikalangan warga sekolah untuk menampung kos pengoperasian misalnya untuk pembelian Palet
makanan ikan.

BIL ALATAN/BAHAN BILANGAN HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. Benih Ikan Koi 3inci 10 ekor RM 4.00 RM 40.00
2. Makanan/Dedak ikan Koi 5 KG RM 9.10 RM 45.50
3. Wayar 15 meter RM 3.10 RM 46.50
4. Pam Air Elektrik 1 unit RM 55.00 RM 55.00
5. Penapis Air (Filter Box) 1 unit RM 60.00 RM 60.00
6. Auto feeder 1 unit RM 50.00 RM 50.00
7. Pemanas Air Akuarium 1 unit RM 40.00 RM 40.00
Jumlah RM 337.00
Tenaga kerja

Pengoperasian projek ternakan ikan Koi ini akan dilakukan sepenuhnya oleh murid-murid sekolah
dengan bimbingan daripada guru-guru sains. Selain itu, bantuan penjagaan ikan juga dilakukan
oleh tukang bersih sekolah semasa cuti hujung minggu dan cuti persekolahan.

Tarikh pembinaan

Pihak panitia mencadangkan agar projek ini dimulakan pada bulan Oktober 2018 selepas berakhirnya
Peperiksaan UPSR.

Penutup

Besarlah harapan kami agar projek ternakan ikan Koi ini dapat dimulakan dan disiapkan dengan
lancar dengan sokongan semua warga sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………… …………………... …


( HARRY BIN ALIU ) ( ALEX BIN J BASKAL ) ( NOR ELMI LO ABDULLAH )
Ketua Panitia Sains, Penolong Kanan 1 Guru Besar
SK Poring-Poring Inanam, SK Poring-Poring, Inanam SK Poring-Poring, Inanam

Sk Fail

Anda mungkin juga menyukai