Anda di halaman 1dari 15

DEFINISI PENGURUSAN NILAI

Pengurusan Nilai boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang digunakan untuk meminimumkan
sesuatu harga dan mengoptimumkan sesuatu kos projek, sistem dan kemudahan – kemudahan.
Pengurusan Nilai juga mempunyai banyak definisi bergantung kepada individu dan organisasi
dalam sesebuah sektor.
Bekerja bersama-sama adalah jalan yang kreatif dalam mencapai kehendak klien dan pemegang
taruhan.

Daripada The Institute of Value Management, United Kingdom,


Pengurusan nilai adalah satu kaedah pengurusan yang digunakan untuk memotivasikan individu
dan meningkatkan kemahiran, yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi sesuatu organisasi.

The Australia’s Department of Defense mendifinisikan pengurusan nilai sebagai :


Satu pencapaian yang teratur untuk mengenalpasti fungsi sesuatu sistem, alat – alatan,
kemudahan, kaedah dan kelengkapan untuk mencapai kos yang paling minimum, pencapaian matlamat
yang berterusan, prestasi, ketepatan maklumat dan keseimbangan.

Menurut Dell I’sola (1982)


Organisasi yang kreatif mempunyai matlamat dalam mengoptimumkan kos dan prestasi sesuatu
sistem atau kemudahan.

Dell I’Sola mengaitkan hubungan antara nilai, fungsi, kos dan kualiti seperti berikut :

Nilai = Fungsi (F) + Kualiti (Q)


Kos(C)

Fungsi : Satu kerja khas yang harus dilaksanakan untuk sesuatu item atau rekabentuk.
Kualiti : Keperluan, keinginan dan jangkaan pemilik atau pengguna.
Kos : Kos pusingan hayat sesuatu produk.
Oleh itu, nilai adalah kos yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu fungsi yang memenuhi keperluan,
keinginan dan jangkaan pengguna.

Nilai boleh ditingkatkan dengan pendekatan – pendekatan berikut :


1. Kos dikurangkan tetapi fungsi dan kualiti dikekalkan.
2. Kualiti atau fungsi atau kedua – duanya ditingkatkan tetapi kos dikekalkan.
3. Kos dikurangkan dan fungsi serta kualiti ditingkatkan dalam masa yang sama.
4. Kos ditingkatkan dan fungsi dan kualiti diperbaiki pada kadar yang lebih tinggi.

Di mana,

Nilai = (F) + (Q)


(C)

Nilai = (F) + (Q)


(C)

(i) (ii) (iii) (iv)

Carlos Fallon menggambarkan hubungan antara nilai, fungsi, Kualiti dan kos seperti berijkut ;

Nilai = Worth
Kos

Di mana,
Kos : Kos pusingan hayat sesuatu produk atau projek.
Worth : Kos yang paling minimum dalam penyediaan fungsi dan perbandingan kos per unit yang sama
untuk pencapaian yang diinginkan.

Fallon menjelaskan nilai boleh dikelaskan kepada 3 kategori :


i. Nilai
ii. Nilai pertukaran
iii. Nilai yang digunakan

Nilai
• Jumlah wang yang menunjukkan imej pengguna atau jumlah yang sanggup dibayar oleh pengguna.
• Keinginan untuk memiliki sesuatu.
• Fungsi jualan

Nilai pertukaran
• Nilai pasaran pada masa itu.
• Jumlah wang sesuatu produk atau prkhidmatan yang boleh didagangkan atau ditukarkan.

Nilai yang digunakan


• Fungsi asas sesuatu kos.
• Jumlah wang yang berguna untuk sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kelly and Male (1991)


“Pengurusan Nilai adalah suatu pencapaian berorientasi untuk mendapatkan nilai yang optimum
untuk sesuatu produk, sistem, atau perkhidmatan dengan menyediakan fungsi yang diperlukan pada harga
yang paling minimum.

Kelly dan Male juga mengkategorikan Pengurusan Nilai sebagai :


 Sistem berorientasi yang digunakan untuk suatu perancangan kerja rasmi untuk mengenalpasti
dan membuang kos yang tidak diperlukan.
 Pendekatan terhadap disiplin atau tatatertib pasukan seperti pasukan perekabentuk yang
berpengalaman, penganggar, dan perunding pengurusan nilai.
 Kos pusingan hayat yang berorientasi yang meneliti jumlah kos pemilik dan pengendalian
kemudahan.
 Teknik pengurusan yang berkesan.
 Fungsi berorientasi yang berkaitan dengan kehendak fungsi terhadap nilai yang diterima.

Dr. Mohd Mazlan Che Mat (2004) berpendapat Pengurusan Nilai adalah :

Kajian yang ketat, bersistematik dan berinovasi serta pendekatan pelbagai disiplin untuk
mendapatkan nilai yang lebih baik dan kos yang optimum bagi sesuatu projek, produk, kemudahan,
sistem, dan rangkaian tanpamengkritik tahap prestasi yang diinginkan
MAKSUD PENGURUSAN NILAI

Pengurusan nilai mempunyai pelbagai pengertian, salah satunya ‘satu perkhidmatan yang meningkatkan
nilai fungsi sesuatu projek dengan mengurus perkembangan dan pembangunan dari konsep penyiapan,
melalui perbandingan dan semua keputusan system nilai yang ditentukan oleh pelanggan ( Kelly and
Male, 1993).

Tiga definisi lain yang diperoleh dari Miles menerangkan asas – asas analisis nilai di United Statespada
tahun 1972,
1) Satu pendekatan yang diorganisasikan untuk menyediakan fungsi penting pada harga
yang paling minimum (tanpa menjejaskan kualiti produk)
2) Analisis berstruktur bagi sesuatu projek oleh perunding yang berdisiplin atau individu
untuk menentukan kehendak fungsi bangunan dan untuk mempertimbangkan
Penyelesaian alternatif ( rekabentuk / pembinaan) untuk menyingkirkan kos yang tidak
perlu.
3) Penyingkiran terhadap kos yang tidak diperlukan : kos yang tidak perlu adalah kos yang
tidak menyumbangan samada kepada sesuatu penggunaan, kehidupan, kualiti,
penampilan dan ciri – cirri pelanggan.
PRINSIP AM

Satu garis panduan pengenalan kepada peningkatan penggunaan dan teknik penting, termasuklah
latar belakang sejarah, dan tujuannya untuk memeriksa secara terperinci untuk menunjukkan pelbagai
pendekatan, kelebihan yang diperolehi, perbandingan perancangan kos / pengurusan kos dan beberapa
kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran di rujuk kepada Norton and Mcelligott (1995).

Pengurusan Nilai telah menarik perhatian industri pembinaan di UK sebagai pelanggan yang
terbesar dan menambahkan tumpuan dengan pencapaian nilai wang dalam projek pembinaan
mereka.Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh Green and Moss (1993), pengurusan nilai
selalu mempunyai makna yang berbeza di antara individu,dan terdapat kekeliruan yang besar antara
pengurusan nilai dan kejuruteraan nilai.

Pengurusan Nilai berfungsi dengan satu tatacara jadual yang diorganisasikan.Ini membolehkan
kehendak fungsi dan penyelesaian alternative, beserta kos yang berkaitan, hendaklah dikenalpasti dan
diterbitkan dalam satu jadual yang ketat.Pengurusan Nilai sentiasa dijalankan dalam bentuk kerja intensif
yang dipimpin oleh satu pasukan yang berdisiplin yang mempunyai pengalaman dalam membuat
perundingan dengan pelanggan.Setelah selesai sesi perbincangan, mereka menghasilkan laporan lengkap
beserta cadangan, penyemakan dan penilaian oleh pelanggan dan pasukan rekabentuk projeknya.Tatacara
tersebut tidak memberi kesan kepada tanggungjawab pasukan perekabentuk projek kepada
pelanggan.Pasukan Pengurusan Nilai, memainkan peranan yang lengkap, yang bertindak sebagai
pemangkin untuk penjimatan dan keberkesanan yang tinggi (Beard Dove 1990).

Secara teorinya, Pengurusan Nilai boleh dijalankan pada semua peringkat proses
rekabentuk.Walaubagaimanapun, Pada peraturan amnya, semakin awal kajian dijalankan,maka semakin
berkesan peluang untuk menentukan rekabentuk sebelum memperkukuhkan sebarang perubahan yang
akan meningkatkan kos perancangan.Secara lazimnya,masa sentiasa dalam keadaan kritikal walaupun ia
perlu dinyatakan bahawa tiada jaminan terhadap pengurangan kos modal permulaan walaupun terdapat
lebih cekap projek yang direkabentuk

SEJARAH PENGURUSAN NILAI

• Lawrence D. Miles memperkenalkan “Value Analysis (VA)” di Sebuah Syarikat Elektrik (GEC)
semasa perang dunia kedua pada tahun 1941.
• Pendekatan kaedah “VA” bermula dari Miles pada tahun 1947.Beliau mula mengurangkan kos
unit kerja di pejabat pusat penilaian .
• Miles bertanya kepada penyelianya, W.C White, Jika saya dapat sesuatu produk, saya harus
mendapatkan fungsinya.
• Miles juga bertanya kepada Timbalan Presidennya, Harry Erlicher untuk membangunkan konsep
baru “ apakah fungsinya ?” & Berapakah kosnya?”
• Erlicher mencadangkan kepada jabatan pengguna untuk mengkaji terhadap item tertentu dan cuba
mencari apakah item – item lain yang memenuhi keperluan kerja.
• Erlicher kemudiannya kembali ke GEC untuk membincagkan perkara ini dengan Timbalan
Presiden Kejuruteraan, Harry Winnie untuk membawa pendekatan yang sama kepada produk
GEC.
• Winnie bersetuju dengan dua syarat iaitu tiada pengurangan terhadap kebolehpercayaan atau
penjualan, dan tiada sesiapa pun yang boleh mempertahankan keputusan yang diambil lebih awal.
• Analisis Nilai pada mulanya dibangunkan pada masa kemunculan produk.
• Nama “Analisis Nilai”berasal dari pendekatan sistem yang melibatkan “Nilai” dan “Analisis”.
• Program tersebut kemudiannya dibawa daripada GEC oleh US Navy yang menyedari kejayaan
yang membanggakan terhadap teknik baru ini.
• Teknik ini kemudiannya dinamakan oleh “The Navy Engineering Team” sebagai
“Value Engineering” (VE) kerana ia diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan pada peringkat
rekabentuk dan spesifikasi.
• Bertahun lepas, beberapa pengarang dan pelatih menamakan teknik ini dengan nama VM, dan
sejak dari itu penggunaannya tersebar ke Australia, New Zealand dan United
Kingdom.Walaubagaimanapun nama VE masih digunakan di Utara Amerika, Jepun dan Negara
Eropah.
• Di Malaysia, teknik VM baru berada di peringkat awal.Teknik VM diperkenalkan oleh Roy
Barton pada tahun 1986 / 1987, Profesor Bersekutu dari Canberra University, Australia, Jabatan
Juru Ukur Bahan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
• Teknik ini kemudiannya dipromosikan memberi kesedaran di Malaysia.

Lawrence Miles adalah seorang jurutera pembelian dengan GEC dan beliau ditugaskan mencari
bahan – bahan yang bersesuaian untuk mengembangkan pengeluaran ‘turbo-superchargers’ untuk ‘B24
bomber’ dari 50 – 1000 pada setiap minggu, pada masa kekurangan bagi semua bahan – bahan dan
komponen yang diperlukan dan beliau gagal menentu dan memberi butiran terhadap sesuatu produk.
Beliau berfikir : Jika saya tidak boleh menentu dan memberi butiran terhadap sesuatu produk, saya mesti
mendapatkan satu alternative yang menjalankan fungsi yang sama.Apabila alternatif telah ditemui, ia
akan diuji dan akan diluluskan oleh perekabentuk. Miles mendapati bahawa banyak bahan pengganti
yang lebih murah atau bersamaan atau lebih baik dari produk asal.Definisi Pengurusan Nilai yang
mentakrifkan ‘satu pendekatan yang diorganisasikan untuk menyediakan fungsi yang diperlukan pada
harga yang rendah’ boleh diaplikasikan pada kerja pembinaan pada masa kini.

Eric Adam (1993) mengaitkan VA, VE dan VM dalam pelbagai tahap aplikasi :
 VA diaplikasikan kepada produk dan sistem yang sedia ada.
 VE diaplikasikan semasa peringkat rekabentuk.
 VM SA diaplikasikan pada semua peringkat.
VE atau ‘Value Engineering’ dianggap satu pencapaian fungsi pada kos yang minimum.Ianya
bergantung kepada anggapan bahawa fungsi adalah bersifat objektif.Ia dianggap semua rekabentuk
alternatif menyediakan fungsi pada tahap yang sama.Kemudiannya ianya boleh ditentukan pada kos
asasnya.Oleh itu, peningkatan nilai boleh dikaitkan terus dengan penurunan kos megikut rangka rujukan
ini.
‘Value Management’ (VM) berasal dari makna ‘value’ kepada pelanggan dengan konteks yang
tertentu.Dengan membawa bersama – sama projek pemegang saham dan mengeluarkan kenyataan
objektif projek yang jelas, VM akan boleh dicapai.Untuk mencapai nilai wang, pastikan bahawa
keputusan rekabentuk selaras dengan objektif yang dipersetujui.

Maka jelaslah VE adalah berkaitan dengan peringkat semasa proses rekabentuk, manakala VM
boleh diaplikasikan kepada peringkat konsep dan peringkat kemungkinan.Ianya juga sudah jelas bahawa
VM memerlukan penglibatan pelanggan yang dipertimbangkan lebih baik dari VE.

Perbezaan antara VE dengan VM apabila VE lebih dianggap dengan :


 Mengenalpasti fungsi sesuatu produk atau perkhidmatan.
 Membentuk nilai duit untuk fungsi.
 Menepati prestasi yang diinginkan pada kos yang paling minimum.
 Sistem kejuruteraan dan analisis.

Di mana VM tertumpu kepada :


 Memaksimumkan nilai fungsi sesuatu projek.
 Meneliti segala keputusan yang dibuat oleh klien.
TOTAL VALUE CONCEPT by ERIC ADAM

Cost Value Value Value

Reduction Analysis Engineering Management

Function
Part Function Function
Oriented Oriented Oriented
Oriented

5-95 % on Cost VM systems


5-15 % existing product reduction at approach at
Savings or system design stage all level

COMMITEE

THE VALUE MANAGEMENT TEAM


FAKTOR PEMILIHAN PENGURUSAN NILAI

Potensi pengurusan nilai disedari di Malaysia apabila pengiktirafan VM meningkat di seluruh


dunia dan telah melahirkan kejayaan.Seperti teknik – teknik lain atau disiplin yang melalui peringkat
kesedaran kepada pengiktiran yang berterusan.Jadi, pemasaran dan proses pembelajaran diperlukan
secara berterusan.

7 Sebab pilih VM,iaitu :

Pengurusan Nilai menggalakan system pemikiran


 Konsep VM dipertahankan dengan teguh oleh Roy Barton sebagai satu alat untuk sistem
pemikiran untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas.

Mewujudkan keperluan pelanggan


 Keperluan pelanggan diwujudkan daripada fungsi analisis kerana kita boleh mengenalpasti
keperluan tersebut disebabkan suasana pembelajaran VM .Kenyataan yang perlu itu boleh
diutamakan dan ke arah untuk mencapai keperluan telah diatur.

Perubahan pembentangan VM (Klausa Insentif)


 Kontraktor dibenarkan untuk menawarkan pembentangan alternatif kepada komponen kerajaan
melalui Program Perubahan Pembentangan VM apabila Jabatan Pertahanan Australia
menggabungkan Klausa Insentif semasa memperoleh kontrak

Pembangunan kakitangan
 Semasa kajian dijalankan, pasukan bangunan diperkenalkan.Ini adalah latihan pembangunan
kakitangan yang penting untuk memastikan semua peserta atau pekerja berasa bahawa mereka
diperlukan dan idea – idea mereka akan dibincangkan.Mereka juga belajar bekerja pada situasi
yang tertekan kerana mesti penghantaran laporan mesti mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.Kepuasan dirasai disebabkan penjimatan dalam mempelajari VM yang disertai oleh
mereka.
Rakan Kongsi
 Dalam artikelnya “Partnering-An Extension of the Value Management Process”, Ted Smithies
(1993) menyatakan bahawa konsep rakan kongsi adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah
persaingan dalam industri pembinaan.Ia adalah satu proses untuk membaiki hubungan antara
orang yang terlibat dalam projek pembinaan kepada keuntungan seluruhnya.
 Berakan kongsi mestilah berdasarkan kepada kepercayaan dan komitmen, konsep pengetahuan
umum berdasarkan nilai kemanusiaan yang mana semua pekerja mahir dan terlatih akan pasti
dilihat sebagai komponen yang sangat penting kepada kejayaan pengurusan nilai.

Kenderaan Untuk Mengubah


 Satu daripada aspek terpenting satu VM mengkaji ialah untuk menjana sebagai banyak
idea sebagai mungkin, serta pengwujudan kaedah-kaedah baru dan inovatif. Perubahan
ialah satu segi penting di today's dan perniagaan masa depan kemajuan. Disebabkan oleh
holistik dan participatory mendekati VM Kajian (VMS), perubahan iaitu pergi dicipta
dalam mana-mana organisasi tidak akan banyak diganggu, sebagai tahap pekerja pelbagai
terlibat dalam mencipta perubahan kepada menjadi lebih kompetitif.

Mengenalpasti dan membuang kos yang tidak diperlukan


Salah satu objektif VM adalah untuk menyingkirkan kos yang diperlukan tanpa mengurangkan:
 Kekurangan idea
Kos yang tidak diperlukan boleh didirikan ke dalam servis kerana kegagalan
mempergunakan kebolehan yang kreatif dalam membuat penyelesaian.
 Kekurangan maklumat
Kekurangan maklumat dalam setiap fungsi yang dilaksanakan berdasarkan kepada
keperluan dan permintaan pemilik.
 Tanggapan yang salah
Kos yang tidak perlu wujud akibat berlaku tanggapan yang salah dan berdasarkan fakta
yang tidak benar.
 Tabiat dan kelakuan
Tabiat dipengaruhi oleh kelakuan. Manusia mesti menghadapi kesan terhadap kelakuan
yang diperlukan.
 Kekurangan masa
Dengan penekanan terhadap pengurangan masa semasa peringkat rekabentuk, tekanan
masa yang terhad adalah sangat tinggi yang tidak mungkin boleh dipertimbangkan
dengan baik,jika ini semua terjadi,nilai sesuatu boleh dibangunkan.

 Perubahan teknologi
Kajian yang pantas dalam proses pembangunan, produk dan bahan mengalami perubahan
dan berkos rendah, cara untuk melaksanakan fungsi yang diperlukan.
 Kekurangan kayu pengukur
Kekurangan kayu pengukur atau nilai ukuran untuk sesuatu item boleh dinilai dengan
tepat melalui ujian fizikal yang pelbagai dan pengukuran.
 Spesifikasi lama
Teknologi berkembang dengan cepat, penerbitan tidak selalunya bersifat terkini.Pada
penekanan peningkatan produk yang lebih cepat ,Pengurus mengarahkan perekabentuk
untuk menggunakan spesifikasi lama.
 Hubungan sesama manusia yang lemah
Komunikasi yang lemah, salah faham, dan perpecahan antara manusia sering menjadi
sumber kos yang tidak diperlukan.
 Pulangan pelaburan
Teknik yang bertujuan mengoptimumkan kos adalah digalakkan untuk dilaksanakan
secepat mungkin, supaya dapat pulangan yang tinggi dalam pelaburan.

PENDEKATAN ALTERNATIF PENGURUSAN NILAI

Terdapat beberapa pendekatan yang dapat diambil apabila mengendalikan Pengurusan Nilai
dengan keputusan pilihan selalunya dibuat bergantung kepada jenis dan keadaan projek, masa
pengendalian dan sikap kumpulan perekabentuk.Menyediakan suatu perancangan kerja dengan
penggabungan strategi yang mempunyai enam fasa maklumat iaitu kreativiti, penilaian, pembangunan,
cadangan dan tindakan serta tindak balas.

BENGKEL PENGURUSAN NILAI

Bengkel Pengurusan selama 40 jam biasanya melibatkan pembelajaran terhadap Kejuruteraan


Nilai.Bengkel selama 40 jam itu diaplikasikan apabila apabila sebanyak 35 % rekabentuk sudah
siap.Terdapat jumlah maklumat yang boleh dipertimbangkan untuk mengintegrasikan tempoh masa pada
keseluruhan rekabentuk, konsep, spesifikasi dan kos.Tambahan pula, kumpulan dinamik terlibat, jika ahli
pasukan tidak begitu biasa sesama sendiri, ia akan mengambil masa yang lebih lama.Ini menunjukkan
tempoh yang sesuai untuk bengkel pengurusan bagi kejuruteraan nilai adalah bergantung kepada skop
kajian.Kajian kes terhadap dalam latihan kejuruteraan nilai memerlukan masa selama 40 jam.Tempoh
boleh dipendekkan jika seseorang individu itu sudah terbiasa dengan proses kejuruteraan nilai.Bengkel –
bengkel pengurusan lain telah diatur berasaskan 3+2+2 hari, berjumlah 56 jam.Pada kes ini, tiga hari
untuk pembelajaran intensif diikuti dengan cuti selama seminggu, dua hari pembelajaran diikuti dengan
cuti minggu yang satu lagi dan habis selepas dua hari berikutnya.

PENGURANGAN NILAI KOS

Penjimatan nilai kos boleh dibuat ke atas projek pada bila-bila masa dari proses insepsi
sehinggalah kepada proses penyiapan.Walaubagaimanapun, adalah mudah untuk membuat perubahan
ketika peringkat awal sesuatu projek daripada peringkat ketika projek sudah hampir siap.Perekabentuk
biasanya keberatan dalam melibatkan diri terhadap kerja yang terbantut.Perubahan terhadap sesuatu
rekabentuk adalah satu perkara yang rumit.Ia juga adalah dasar yang tidak baik untuk menyediakan
perubahan rekabentuk yang megurangkan kos kurang dari pentadbiran kos yang terlibat, jika tidak
pencapaiannya lebih penjimatan kos.

Isu lain yang perlu dipertimbangkan:

• Kos simpanan
Laporan membuktikan sekiranya pengurusan nilai digunakan dengan berkesan maka, simpanan
yang diperolehi adalah di antara 5% dan 25%. Dengan rekabentuk projek yang kemas, peratusan
bagi penggunaan pengurusan nilai mungkin berada pada paras yang lebih rendah. Perkhidmatan
pengukuran kuantiti tradisional dicadangkan bagi menjimatkan wang klien antara 5% dan 10%
walaupun ia juga bergantung kepada jenis projek dan keadaan organisasi klien. Perkhidmatan
perunding jurukur bahan Sejak 50 tahun yang lepas, perkhidmatan perunding jurukur bahan telah
membantu menurunkan kos pembinaan dengan membuat penilaian ke atas rekabentuk dan
menyelesaikan pembinaan yang mendatangkan akibat yang besar terhadap industri pembinaan.
Pengenalan terhadap produk yang baru, kaedah pembinaan dan kaedah kerja adalah berterusan
mengubah status.
• Pasukan pengurusan nilai
Ahli perekabentuk perlulah sepenuhnya mengambil bahagian dalam pasukan pengurusan nilai. Ini
mungkin dapat menghindarkan kemungkinan terhadap kegagalan kerja rekebentuk melainkan di
bawa selari dengan pelajaran tentang nilai.

• Gangguan yang mungkin terhadap proses


Ketakutan kebanyakkan majikan dalam industri pembinaan adalah pengenalan penggunaan
pengurusan nilai beserta proses-proses lain yang boleh menimbulkan masalah-masalah lain yang
perlu diselesaikan. Terutama penggunaan masa bagi projek yang kecil dan tidak berharga kecuali
sesetengah projek yang menawarkan kelebihan yang berulang-ulang sepanjang projek.
Kebanyakkan boleh menerima bahawa pengurusan nilai mungkin mendatangkan kesan yang baik
terhadap perubahan yang berlaku.

• Pertanggungan rekabentuk
Pertanggungan rekabentuk adalah isu yang sensitive. Perekabentuk membuktikan bahawa
pengenalan pengurusan nilai boleh menerbitkan penyelesaian masalah rekabentuk. Perekabentuk
perlu menerima pertanggungan dan tanggungjawab bagi jangka masa panjang. Akhirnya, sejak
perekabentuk diberi tanggungjawab terhadap rekabentuk, segala perubahan atau pertimbangan
mestilah telah diterima oleh perekabentuk terlebih dahulu. Ia seperti tidak dapat diubah lagi untuk
mengasingkan pertanggungan rekabentuk daripada sebahagian tanggungjawab pengurusan nilai
ketika kebanyakkan klien dipanggil untuk satu tanggungjawab terhadap projek pembinaan.

• Keadaan
Tidak ada sebab kenapa teknik pengurusan nilai tidak termasuk dalam projek samada ia
direkabentuk menggunakan model tradisional atau arahan yang dating dari kontraktor.

• Kesan terhadap jangkamasa projek


Persoalan penting samada pengenalan pengurusan nilai akan memanjangkan jangkamasa
keseluruhan projek daripada peringkat insepsi hingga projek siap. Jika aktiviti-aktiviti
merekabentuk tergantung semasa proses pengurusan nilai, maka proses rekabentuk akan
mengambil masa yang lama. Konsep pengurusan nilai menjimatkan kos (atau meningkatkan
nilai), maka kontraktor adalah dicadangkan perlu berada di tapak bina untuk suatu jangka masa
yang pendek. Di sini terdapat beberapa bukti yang mencadangkan bahawa lebih lama masa
diambil untuk mendapatkan rekabentuk yang betul sebelum pembinaan bermula di tapak akan
membantu mengurangkan tempoh kontrak dan menyediakan simpanan yang mungkin bagi kos
kontraktor.

• Faedah tidak bergantung kepada kajian semula


Terdapat faedah menolak kajian semula terhadap rekabentuk sebelum ia dibangunkan atau
dihasilkan. Pengurusan nilai menyediakan kajian semula dan ia boleh tergolong dalam laluan
yang tidak kritikal dan faedah sebenar biasanya boleh dicapai dengan pertimbangan perspektif
seseorang.

KELEBIHAN PENGURUSAN NILAI

 Untuk menyelesaikan masalah besar dengna segera.


 Untuk mewujudkan matlamat kos yang rendah.
 Untuk mengenalpasti tujuan dan objektif.
 Untuk mengoptimumkan kos untuk komponen.
 Untuk membuat penyelesaian dengan kreatif.
 Untuk meningkatkan potensi pasaran.
 Untuk memperbaiki komunikasi
 Untuk memperbaiki kualiti.
 Untuk mengurangkan masa.

RUJUKAN

1. Pengurusan Nilai dan Praktis Ukur Bahan, John Kelly & Stephen Male, Penterjemah Hasnan
Abdullah, Universiti Teknologi Malaysia

2. Building Economics, Ivor H. Seeley, Fourth Edition, Macmillian

3. Cost Studies Of Buildings, Alan Ashworth M. Sc., ARICS, Third Edition, Longman

4. http://www.ivm.org.uk/vm_whatis.htm
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Earned_value_management

Anda mungkin juga menyukai